Anda di halaman 1dari 98

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

KOLEKSI TOK AWANG NGAH


001. ULAR DALAM KUBUR WANITA
002. POKOK PETAI MENCABAR BERTARUNG
003. HANTU BOTAK DALAM LOMBONG
004. PAK KAMAT MENUNGGANG HARIMAU
005. DIA BERLARI DI ATAS AIR
006. MAYAT BERNYAWA KUAT MAKAN
007. TIBA-TIBA MAYAT MENJADI BERAT
008. DENDAM ANGUT LUMPUH
009. ORANG BESAR KENA SUNAT
010. DIKEJAR ORANG TUA BERSERBAN KUNING

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

001. ULAR DALAM KUBUR WANITA


LAMA juga orang-orang kampung bercerita mengenai kematian Latip Pekak semasa memandikan
mayat isterinya Mak Yot Bidan yang kononnya balik ke rumah semula. Judin Bauk yang menjadi
saksi peristiwa itu bersama adik aruah Mak Yot Bidan iatu Usin Macuk. Tetapi kata orang-orang
tua yang balik semula ke rumah itu bukannya Mak Yot Bidan tetapi jelmaan 'hantu bungkusan'.
Semasa orang-orang mengkebumikan jenazah Latip Pekak, didapati kubur Mak Yot Bidan
berlubang kira-kira sebesar lilitan betis. Apabila dijolok oleh Lebai Piut ke dalam, kayu penyolok
itu sampai ke bawah. Berbunyi papan liang lahadnya apabila diketuk-ketuk.
Selepas kematian Latip Pekak tidaklah didengar lagi suara jeritan dari kubur Mak Yot Bidan.
Apakah rahsia di sebalik kejadian itu tidak pula diketahui oleh orang-orang kampung. Ketika saya
sampai ke kampung ini dapatlah saya mendengar serba sedikit ceritanya dari Judin Bauk.
"Tak tau aku apakah ilmu yang dipakai oleh aruah tu" jelas Judin Bauk apabila saya tanyakan
kepadanya. "Yang aku tau dia seorang bidan di kampung ni dulu. Agaknya ilmu membidankan
orang tentulah ada padanya" ujarnya bagaikan tergambar lagi kepadanya peristiwa yang berlaku.
"Sudah selesai semuanya, tak payahlah kita sebut-sebut lagi" Lebai Piut mencelah. "Perkara dah
berlalu, biarlah orang-orang masih hidup jadikan tauladan tentang petunjuk-petunjuk
sedemikian dari Allah..." katanya perlahan.
"Benar kata aki tu.." saya tersengih-sengih memerhatikan dia. "Tapi baik juga kita mengetahui
latar belakang mengapa kejadian itu berlaku. Dari sini bolehlah kita jadi tauladan kepada
masyarakat kita. Sebab petunjuk dari Allah itu supaya kita semua insaf" keinginan saya masih
membara ingin mengetahui latar belakang kejadian yang menimpa diri aruah Mak Yot Bidan itu.
"Kadangkala....." Lebai Piut mengangguk-ngangguk lemah. "Kita melihat zahir saja, sedangkan
yang zahir itu pun tidak semuanya kita tahu hanya Allah saja Maha Mengetahui" dia
memberitahu. Saya memahami maksud Lebai Piut itu. Dia tidak mahu cerita mengenai kubur
berasap itu dipanjang-panjangkan. Tidaklah mengherankan kepada saya mengenai diri Lebai Piut
itu. Dia memang bekas murid aruah Tok Aki saya. Oleh itu saya cam betul akan tabiatnya seakanakan mirip dengan aruah Tok Aki saya.
Sebenarnya saya datang ke kampung tersebut semata-mata mahu menziarahi Lebai Piut. Tetapi
secara kebetulan cerita mengenai kubur berasap itu masih menjadi buah mulut orang-orang
kampung itu, sengajalah saya tanyakan kepada Judin Bauk.
Ketika saya ke Merlimau di Melaka pun ada juga cerita mengenai kisah-kisah yang serupa dengan
kejadian di kubur Mak Yot Bidan ini. Kawan saya Ali Burn yang ceritakan kepada saya. Tetapi saya
tidak ambil peduli sangat cerita Ali Burn ini fasal kadangkala ceritanya bercampur temberang
sedikit.
2

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

Kira-kira dalam bulan Jun 1982 Ali Burn telah mengajak saya berjumpa dengan seorang lelaki tua
di Felda dekat Johor. Lelaki ini tinggal bersama anak perempuannya di situ. Tetapi dia bukanlah
berasal dari Merlimau iaitu kampung asal Ali Burn. Bagaimanapun menantu Pak Uduh ini
memang berasal dari Merlimau.
Pak Uduh sudah berumur lebih 80 tahun. Dia kelihatan sudah uzur kerana penyakit. Matanya pun
sudah rabun dan suaranya pun tidak berapa jelas bila bercakap. Tetapi bila Ali Burn datang , dia
terlalu gembira. Memang Ali Burn selalu datang ke situ menemui Rahman menantu Pak Uduh.
"Lama kau tak datang sini?" tanya Pak Uduh semasa Ali Burn memperkenalkan saya kepadanya.
"Kalau aku selalu datang nanti Pak Uduh bosan" Ali Burn bergurau dengannya. "Lagi pun Pak
Uduh nak simpan-simpan sangat, kalau ada apa-apa tu bagilah pada orang muda" tambahnya
sambil duduk rapat dengan orang tua itu. "Apa yang kau hendakkan pada aku, orang tua tak
berguna" sahut Pak Uduh tersengih-sengih. "Orang tua tak bergunalah selalunya ada isi...." kata
Ali Burn memaut bahu orang tua itu. "Kemenyan sebesar lutut kalau tak dibakar tak berbau Pak
Uduh" dia menepuk-nepuk bahu Pak Uduh.
Orang tua itu tersenyum. Dia tahu Ali Burn hanya begurau. Kedatangan Ali Burn menemui dia
juga memang mempunyai tujuan. Saya juga tahu Ali Burn datang menemui Pak Uduh kerana
mahu mencungkil-cungkil rahsia ilmu kebatinan orang tua itu. Memang menjadi kelaziman orang
tua-tua seperti Pak Uduh itu tidak akan menurunkan ilmunya kepada orang yang tidak boleh
diharap.
Maksud orang tidak boleh diharap ialah mereka yang tidak bersungguh, melainkan sekadar mahu
menguji-nguji atau tidak dengan sepenuh hati. Sebab itulah Pak Uduh sering mengelak-ngelak
bila Ali Burn cuba mendapatkan sesuatu ilmu kebatinan darinya. Selepas itu Ali Burn pun
memperkenalkan saya kepada Pak Uduh. Memang saya sendiri berhajat mahu bertemu
dengannya setelah Ali Burn menceritakan serba sedikit mengenai diri orang tua itu kepada saya.
"Jabat tangan tadi pun aku tau dah, jabat tangan orang berisi..." kata Pak Uduh tersengih-sengih
merenung saya. Mungkin kerana matanya yang rabun dia terpaksa merenung saya tepat-tepat.
"Adalah isiya Pak Uduh" sahut Ali Burn pantas. "Kalau tak ada isi kosonglah semuanya, baru jadi
hantu penanggal semua tali perut habis terkeluar ditarik kepala..." katanya ketawa terkekehkekeh.
Pak Uduh juga ketawa. Saya juga ikut sama ketawa. Geli juga dengan kata-kata Ali Burn itu. Fasal
itulah kawan-kawan kami gelarkan dia Ali Burn temberang, kerana ada saja ceritanya mahu
memanaskan suasana dengan gelak ketawa. "Iyalah, tahi pun isi juga namanya" balas Pak Uduh
dihujung ketawanya. "Tetapi berisi dengan tahi, tak sama berisi dengan ilmu..." ujarnya macam
menyindir.
Dari Pak Uduh inilah saya mendapat cerita mengenai kisah Naesah Lawa yang kuburnya berasap
seperti yang diceritakan oleh Ali Burn sebelum itu. Kampung Pak Uduh memang di Melaka, tetapi
3

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

bukanlah dari Merlimau. Naesah Lawa itu seorang janda muda yang mudah memikat pemudapemuda. Antaranya yang jatuh hati pada Naesah Lawa ialah Pak Uduh sendiri.
Akhirnya Naesah berkahwin juga dengan Pak Uduh, tetapi mereka tidak mempunyai anak. Ketika
berkahwin dengan Pak Uduh, Naesah Lawa sudah dua kali bersuami. Sebagai orang yang warak,
Pak Uduh selalu menghabiskan masanya di surau menunaikan ibadat, di samping belajar agama
dari guru-guru agama yang diundang khas.
Naesah Lawa pula dalam diam-diam berkenalan dengan seorang anak muda yang lain pula.
Perhubungannya dengan anak muda, satu hari telah terserempak dengan emak Pak Uduh. Apa
lagi perkara itu terus diberitahu kepada Pak Uduh. Tetapi Pak Uduh tidak terus terburu-buru. Dia
meminta emaknya bersabar dulu, kerana dia belum melihat dengan matanya sendiri akan
perbuatan isterinya itu. Sejak itu emak Pak Uduh mula tidak senang dengan sikap Naesah Lawa.
Malah dia menuduh Naesah Lawa sudah menggunakan ubat pengasih menyebabkan Pak Uduh
tunduk mengikuti perintahnya.
Sebenarnya Pak Uduh bukanlah terkena ilmu guna-guna atau ubat pengasih. Dia seorang yang
taat kepada perintah agama. Sebab itulah dia masih boleh bersabar mendengar aduan dari
emaknya sendiri terhadap kecurangan isterinya itu. Tetapi emaknya tetap berkeras menyalahkan
Pak Uduh. Tidak lama kemudian emak Pak Uduh jatuh sakit muntah-muntah darah. Ada bomoh
yang mengatakan dia terkena santau. Sebaliknya apabila dibawa ke hospital pihak hospital
mengatakan dia terkena penyakit batuk kering. Hospital pula mengesyurkan supaya dihantar
mendapat rawatan lanjut di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun emak Pak Uduh tidak mahu berubat di hospital. Akhirnya dia mati kerana
mengidap penyakit batuk darah. Sama ada dakwaan bomoh yang mengubatnya itu benar atau
tidak, Pak Uduh juga tidak mahu mempercayai sangat. Tetapi Pak Uduh sendiri sudah
mencubanya sendiri mengubat emaknya dengan membacakan ayat-ayat Quran seperti yang
dipelajarinya.
Setiap kali dia memberi emaknya minum air yang sudah dibacakan Yassin, emaknya muntahmuntah darah. Di dalam darah beku itu terdapat beberapa helai rambut. Malangnya, Pak Uduh
sudah terlambat mahu mengubat emaknya. Orang tua itu meninggal dunia sebelum sempat Pak
Uduh mengubatnya lebih mendalam.
Disebabkan terpengaruh juga dengan dakwaan bomoh mengenai emaknya yang termakan
santau itu, Pak Uduh telah mengerjakan sembahyang sunat tahjud 44 malam agar orang yang
menganiaya emaknya bertaubat. Dia tidak berharap untuk bertemu dengan orang yang
menganiaya itu, kerana gurunya berpesan supaya tidak berbuat demikian. Hanya yang diajarkan
oleh gurunya memohon doa agar orang yang menganiaya itu bertaubat kepada Allah. Tidak
sampai 44 malam Pak Uduh melakukan sembahyang sunat tahjudnya, tiba-tiba Naesah Lawa
isterinya jatuh sakit. Dia meracau-racau dan menjerit-jerit sepanjang malam. Dia menuduh emak
mertuanya sengaja membuat fitnah mengenai hubungan sulitnya dengan seorang pemuda.
4

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

Disebabkan tidak tertahan dengan peristiwa emaknya baru saja meninggal dunia, kemudian
isterinya mula jatuh sakit meracau-racau, maka Pak Uduh terpaksa minta tolong kepada gurunya
To' Kiyai Parjo dari Johor. "Mengapa tak diubat sendiri?" tanya To' Kiyai Parjo apabila Pak Uduh
menceritakan masalahnya. "Hati saya tak tenteram To' Kiyai, tak dapat nak khusyuk..." dia
menjelaskan dalam perasaan bimbang. "Kalau begitu kau tak tahan diuji" sahut To' Kiyai Parjo
mengingatkan. "Tak tenteram bererti kau tak sabar, kalau mau cari kemenangan mesti sabar.
Mesti tenteram, barulah kau dapat menggunakan ilmu kau" ujarnya macam kesal dengan sikap
Pak Uduh.
Tetapi Pak Uduh tidak pedulikan lagi mengenai kata-kata gurunya. Yang penting dia mesti
selamatkan isterinya Naesah Lawa. Dia tidak sanggup kehilangan isteri, setelah kehilangan
emaknya. "Sekarang, aku mahu kau sendiri mengubatnya" tegas To' Kiyai Parjo memberi isyarat.
Pak Uduh memahami isyarat itu. Dia mesti ditidurkan oleh To' Kiyai Parjo untuk melihat sendiri
penyakit isterinya. Dengan cara itu barulah dia dapat mengubat mengikut cara yang diajar oleh
To' Kiyai Parjo.
Ketika ditidurkan oleh To' Kiyai Parjo, Pak Uduh merasa dirinya keluar dari jasadnya. Dia
terapung-apung di awangan menurut perintah To' Kiyai Parjo. Apabila disuruh melihat tubuh
isterinya Naesah Lawa, dia nampak Naesah Lawa terbaring dengan seluruh tubuhnya berlubanglubang. Kelihatan nanah dan darah keluar dari lubang-lubang sebesar guli itu.
"Apa yang kau nampak?" dia terdengar suara To' Kiyai Parjo sayup-sayup dari jauh. "Berlubanglubang badannya. Ada darah dan nanah keluar" Pak Uduh memberitahu apa yang dilihatnya.
"Bacakan ayat ini dan hembuskan ke situ" perintah To' Kiyai Parjo. Dia membacakan tiga kali ayat
yang diajarkan oleh To' Kiyai Parjo, kemudian dihembuskan ke tubuh Naesah Lawa. Sebaik saja
dihembuskan seluruh tubuh Naesah Lawa menjadi hancur. Ketika ini Pak Uduh merasakan
sekelilingnya bagai dilanda ribut kencang, hingga dia juga hampir-hamoir diterbangkan.
"Mengapa?" soal To' Kiyai Parjo. "Ribut kencang..." jelasnya cemas. "Bacakan doa ini" kata To'
Kiyai Parjo memberi panduan.
Sebaik dibacakan ribut kencang tiba-tiba berhenti. Dia tidak nampak lagi tubuh Naesah Lawa,
tetapi kelihatan seorang lelaki berjubah putih dengan janggutnya juga putih sampai ke pusat. Dia
memberitahu apa yang dilihatnya kepada To' Kiyai Parjo. Tetapi apabila dia membacakan ayat
yang diperintahkan oleh To' Kiyai Parjo, lelaki berjubah putih itu tersenyum lalu memberi salam.
Ketika ini Pak Uduh sudah tidak mendengar lagi suara To' Kiyai Parjo yang sayup-sayup tadi. Dia
merasa begitu jauh terasing. Pak Uduh menyahut salam lelaki berjubah itu.
"Kenapa kau nak tolong orang yang akan mati?" lelaki berjubah itu bertanya. "Mati hanya
ditentukan oleh Allah....." sahut Pak Uduh keras. "Kau orang berilmu" ujar lelaki berkenaan
macam menyindir. "Tetapi tidak mendalami ilmu kau. Ilmu Allah luas dan kau tak akan jemu-jemu
mempelajarinya" kata lelaki berjubah putih itu lagi.
5

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

Pak Uduh dapat mengagak bahawa lelaki berjubah putih di depannya bukanlah syaitan. Kerana
syaitan tidak akan berani menyebut ayat-ayat Allah. Bagaimanapun dia tidak berani bertanya
siapakah lelaki berkenaan. Apa lagi dia tidak dapat lagi berhubungan dengan To' Kiyai Parjo.
"Sekarang, baliklah kau" lelaki berjubah putih itu memerintahkan dia meninggalkan tempat itu.
"Tidak......aku mahu selamatkan isteri aku!" tegas Pak Uduh. "Isteri seorang mukmin ialah
perempuan yang mempunyai cukup syarat di sisi Allah" suara orang tua berjubah putih itu keras.
"Apakah kau mau seorang isteri yang dilaknati di sisi Allah" jelas orang tua itu lagi. "Kau setan,
memang pendusta" sahut Pak Uduh menahan kemarahan yang mula membakar hatinya. Dia
cuba mengharapkan To' Kiyai Parjo segera menyeru namanya, tetapi sia-sia belaka.
Astaghafarullah-alazzim......" keluh lelaki tua itu menyesali sikap Pak Uduh. "Jangan kau jadikan
yang hak itu batil, dan yang batil itu hak" katanya mengingatkan. "Jadi kau siapa?" Pak Uduh
masih mendongkol. "Orang berilmu mesti banyak bersabar" orang tua berjubah putih itu
menasihati dia. "Aku tau To' Kiyai Parjo, aku juga tau tentang kau. Bukankah kau telah
menunaikan Sunat Tahajud selama 44 malam?" katanya mengingatkan Pak Uduh. "Iya....."
angguk Pak Uduh. "Kau sudah memohon pada Allah tunjukkan kebenaran?" tanyanya lagi. Pak
Uduh angguk. "Sekarang itulah kebenaran!" tegas orang tua berjubah putih itu lagi. "Aku guru
pada To' Kiyai Parjo, dan aku bukan syaitan yang mahu mempengaruhi kau. Mari ke mari......."
dia menghulurkan tangannya.
Cepat-cepat Pak Uduh memeluknya. Terbau padanya sekelilingnya harum semerbak yang belum
pernah diciumnya selama itu. Sekaligus air mata Pak Uduh menitis. "Maafkan saya To' Wali" Pak
Uduh menangis terisak-isak. "Sudahlah Uduh.." dia memujuk sambil mengusap-ngusap kepala
Pak Uduh. "Naesah yang memberi emak kau racun santau, kerana emak kau terserempak akan
perbuatan curangnya terhadap kau. Sekarang baliklah kau" katanya meninggalkan Pak Uduh.
Barulah Pak Uduh dapat mendengar suara bisikan To' Kiyai Parjo. Bagaimanapun Pak Uduh
meminta untuk balik segera masuk ke tubuhnya. Tidak lama kemudian dia membuka mata, dan
dilihatnya Naesah Lawa masih terlentang menderita sakit. "Saya fikir tak payahlah kita ubatkan
lagi Naesah ni To' Kiyai....." bisik Pak Uduh. To' Kiyai Parjo tersenyum. Dia sudah tahu apakah yang
tersirat di hati Pak Uduh. Malah pertemuan Pak Uduh dengan arwah gurunya itu juga sudah
difahami oleh To' Kiyai Parjo. "Kalau kau dah kata begitu, terpulanglah" ujar To' Kiyai Parjo
perlahan.
Tiga hari selepas itu pun perut Naesah Lawa menjadi buncit. Lama kelamaan menjadi busung
hingga kulit perutnya mengening-ngening. Apa yang dilihat oleh Pak Uduh melalui makrifatnya
jelas telah berlaku ke atas Naesah Lawa. Seminggu selepas perutnya menjadi busung Naesah
Lawa pun meninggal dunia.
Pada senja waktu maghrib hari dikebumikannya itulah Pak Uduh mendengar jeritan nyaring dari
tanah perkuburan. Jeritan itu juga didengar oleh orang-orang kampung. Selepas menunaikan
6

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

fardhu maghrib Pak Uduh bersama adik iparnya (iaitu adik lelaki Naesah Lawa) bernama Selamat
telah pergi ke tanah perkuburan.
Jeritan itu memang jelas seakan-akan suara Naesah Lawa. Sebab itulah dia mengajak Selamat
ikut sama melihatnya. Memang betul jeritan itu datangnya dari kubur Naesah Lawa. Ketika
mereka berdua sampai rintihan dan ngongoian Naesah Lawa begitu jelas dan menusuk perasaan.
Dari kubur itu kelihatan asap berkepul naik. Air mata Pak Uduh menitik melihat peristiwa yang
menimpa ke atas kubur isterinya. Kalaulah emaknya masih hidup bolehlah dia melutut meminta
ampun kepada emaknya bagi pihak Naesah Lawa. Tetapi semuanya telah berlalu, dia hanya dapat
berdoa meminta pertolongan Allah supaya mengampunkan Naesah Lawa. Ketika mereka berdua
sampai rintihan dan ngongoian Naesah Lawa begitu jelas dan menusuk perasaan.
Dari kubur itu kelihatan asap berkepul naik. Air mata Pak Uduh menitik melihat peristiwa yang
menimpa ke atas kubur isterinya. Kalaulah emaknya masih hidup bolehlah dia melutut meminta
ampun kepada emaknya bagi pihak Naesah Lawa. Tetapi semuanya telah berlalu, dia hanya dapat
berdoa meminta pertolongan Allah supaya mengampunkan Naesah Lawa.
"Mat...." kata Pak Uduh sayu. "Kakak kau terseksa. Kau balik dan beritahu To' Kiyai Parjo. Biar
abang tunggu di sini buat apa yang patut" bisiknya tersedu sedan. Kesedihan yang menusuk di
jiwanya bukanlah kerana kematian isterinya, tetapi penderitaan yang ditanggung oleh isterinya
setelah disemadikan di dalam kubur. Kalaulah benar Naesah Lawa membuat perhubungan
dengan lelaki lain dia boleh melupakan saja segalanya. Dia sedia mengampunkan dosa Naesah
Lawa terhadapnya. Tetapi perbuatan Naesah Lawa tergamak memberikan emaknya makan racun
santau itu, hanya emaknya sajalah yang boleh mengampunkan.
"Baliklah Mat, minta bantuan dari orang kampung" katanya lagi menahan kesedihan. "Baiklah
bang" sahut Selamat perlahan. "Macam mana pun abang sabarlah. Apa nak buat dah nasib dia..."
Selamat cuba mententeramkan perasaan Pak Uduh. Selamat terus balik ke rumah Pak Uduh,
kerana di sana orang sudah berkumpul untuk mengadakan kenduri aruah. To' Kiyai Parjo juga ada
menunggu di rumah Pak Uduh. Segala kejadian yang dilihatnya di kubur kakaknya diberitahu oleh
Selamat kepada mereka yang ada di situ. "Abang Uduh minta To' Kiyai ke sana" jelas Selamat.
Beberapa orang yang ada di atas rumah turun ke bawah. Mereka bersama-sama To' Kiyai Parjo
mengikut Selamat menuju ke kubur Naesah Lawa. Apabila sampai di kubur mereka dapati Pak
Uduh sedang membacakan Surah Yassin dengan tenang. Bunyi jeritan juga mula mengendur.
Kepul asap juga sudah mula berkurangan. Tetapi keadaan demikian sementara saja. Selepas itu
asap dari kubur semakin menebal dan jeritan suara meminta tolong semakin kuat. Sekali-sekala
keluar api dari celah-celah kepulan asap itu.
Semakin kuat bacaan Surah Yassin dibacakan, semakin kedengaran jeritan nyaring tidak
ketahuan. "Begini Uduh...." To' Kiyai Parjo menepuk bahu Pak Uduh. "Kalau kau izinkan kita
galikan semula kubur Naesah ni, kita mandikan dia dengan air Yassin" ujarnya menahan
kesedihan yang menusuk-nusuk. Pak Uduh hanya mengangguk. Lidahnya sudah tidak terucapkan
7

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

apa-apa lagi. "Kalau begitu kau Selamat, bawalah kawan-kawan" To' Kiyai Parjo berpaling pada
Selamat. "Bawa cangkul, bawa lampu gaslin dan bawa air segeluk" perintahnya.
Selamat tidak menyahut. Dia terus mengajak beberapa orang pemuda balik semula mengambil
barang-barang yang dipesan oleh To' Kiyai Parjo. Sementara bahang panas dari kubur Naesah
Lawa sudah dirasakan oleh Pak Uduh. Bagaimanapun dia tidak undur dari menahan panas yang
semakin membahang itu. To' Kiyai Parjo membacakan sesuatu doa sambil menghembuskan ke
kubur Naesah Lawa. Lama To' Kiyai Parjo berdoa barulah terasa bahang panas itu terasa
berkurangan. Pak Uduh juga ikut sama berdoa seperti yang pernah diajarkan oleh To' Kiyai Parjo
kepadanya.
Tidak lama kemudian Selamat bersama dua tiga orang pemuda tadi datang membawa cangkul
dan lampu gaslin. Air sejuk di dalam jag diberikannya kepada To' Kiyai Parjo. Setelah
diperintahkan gali oleh To' Kiyai Parjo mereka pun sama-sama menggali semula kubur tersebut.
To' Kiyai Parjo mahu memandikan saja jenazah yang sudah dikebumikan itu dengan air yang
sudah dibacakan Surah Yassin. Ketika menggalinya Selamat merungut-rungut juga kerana terasa
panas. Tetapi To' Kiyai Parjo menasihatkan supaya tidak disebut-sebutkan perkara bahang panas
itu.
Setelah digali semula Selamat cuba membuka papan yang menutup liang lahad, tiba-tiba dia
terkejut dan cepat-cepat melompat ke atas. Mukanya jadi pucat ketakutan. "Kenapa Mat...?"
tanya Pak Uduh. Selamat tidak menjawab. Dia terkaku tidak boleh bercakap apa-apa. Untuk
mempastikan keadaan sebenarnya mereka mendekatkan lampu gaslin ke tebing kubur. Pak Uduh
sendiri membukakan papan dinding liang lahad tersebut. Sebaik saja papan dinding itu ditarik ke
atas mereka dapat melihat ular-ular bisa berkumpul di dalam liang tersebut membelit jenazah
Naesah Lawa yang baru saja dikebumikan siang tadinya.
Dari mana datangnya ular-ular tersebut? "Hanya Allah Yang Maha Mengetahui" kata To' Kiyai
Parjo bila melihat kejadian tersebut. Tentulah mustahil terdapat ular di dalam kubur yang baru
saja dikorek dan baru saja dikambus semula. Mustahil jua ada sarang ular di situ. Kalau mahu
dikira ular bersarang di situ, bagaimana pula dengan api dan asap yang kelihatan di atas kubur
tersebut. Anehnya apabila sudah digali tidak ada langsung kesan asap atau api di situ.
"Jangan difikirkan sangat" To' Kiyai Parjo menasihatkan mereka yang terpegun melihat kejadian
tersebut. "Pengetahuan Allah meliputi tujuh petala bumi tujuh petala langit. Kita yang hidup ini
insaflah........" jelasnya dengan linangan air mata, bukan kerana kesedihan tetapi gementarnya
kepada Allah. Kemudian dia menyiramkan air sejuk di dalam jag yang sudah dibacakan Yassin ke
tubuh Naesah yang dibelit ular-ular bisa itu. Setelah disiram air tersebut ular-ular berkenaan lari
menyusup di dalam lubang liang lahad dan hilang entah ke mana. To' Kiyai Parjo turun ke dalam
kubur lalu mengepal tanah tiga kepal. Dia berdoa sambil menghembuskan kepada kepalan tanah
itu.

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

Dengan tidak menghiraukan sesiapa dia terus meletakkan tanah yang dikepal tadi ke kepala
mayat. Setelah semuanya selesai To' Kiyai Parjo memerintahkan supaya dikambus semula. Hari
berikutnya tidak ada lagi kedengaran jeritan dari kubur Naesah Lawa. Sementara di rumahnya
Pak Uduh membaca Yassin setiap malam seperti yang diingatkan oleh To' Kiyai Parjo.
Jadi, bila teringatkan pertemuan saya dengan Pak Uduh bersama Ali Burn, saya merasakan ada
sesuatu yang mesti telah berlaku menyebabkan kubur Mat Yot Bidan itu jadi demikian. Tetapi
disebabkan Lebai Piut tidak mahu diungkit-ungkit lagi maka saya pun tidaklah mahu bertanyakan
lagi pada Judin Bauk. Bagaimanapun setelah Judin Bauk balik ke rumah barulah Lebai Piut mahu
menerangkan kepada saya kisah sebenarnya mengapa kubur Mak Yot Bidan boleh jadi begitu.
"Bukan kerana ilmu sesat yang dituntut" kata Lebai Piut serba salah mahu menceritakan kepada
saya. Tetapi dosa kepada sesama makhluk, inilah yang berat hendak kita tanggung" jelasnya
mengeluh pendek.
"Tak ada dia menuntut ilmu sesat?" tanya saya. "Wallahhu'alam..." dia tersengih-sengih bagaikan
soalan itu mencuit hatinya. "Tetapi Yot tu berkehendakkan Latip Pekak semasa dalam tangan
suaminya lagi, iaitu aruah abang haji" katanya lagi. "Ohhh, begitu..." saya terangguk-angguk
mendengarkannya. Aruah abang haji yang disebutkan oleh Lebai Piut itu ialah abangnya sendiri
Haji Suri. Saya juga mendengar berita kematian aruah Haji Suri akibat termakan racun. Heran juga
saya ketika itu, kerana orang seperti dia masih ada juga orang sakit hati hingga tergamak
memberi racun. Setahu saya aruah Haji Suri itu memang warak. Dia tidak pernah ambil tahu
masalah peribadi orang lain. Malah dia akan bercakap kalau ada perkara-perkara yang ditanyakan
kepadanya saja. Bagaimana orang seperti dia masih ada orang yang sakit hati terhadapnya. Kalau
setakat hati pun tak apa juga, tetapi tergamak pula memberikan racun.
"Yot yang memberinya racun....." tiba-tiba isteri Lebai Piut mencelah. "Hisss, awak tu diam" Lebai
Piut berpaling kepada isterinya yang baru saja sampai menatang dulang air ke depan kami. "Mana
awak tahu Yot yang racun, awak nampak?" katanya perlahan, tetapi jelas dia tidak senang dengan
sikap isterinya membuat tuduhan itu. "Ramai orang cakap...." jelas Mak Ton tegas. "Cakap orang
cuma syak wasangka saja. Allah saja Yang Maha Mengetahui" ujar Lebai Piut kesal dengan
keterlanjuran isterinya itu.
Memang Lebai Piut tidak mahu menerangkan lebih lanjut perkara sebenarnya. Tetapi esoknya
apabila saya tanyakan kepada Judin Bauk mengenai cerita kematian aruah Haji Suri itu, memang
dia juga pernah mendengar khabar angin kononnya kematian aruah Haji Suri itu akibat diracun
oleh Mak Yot Bidan. Habis saja edah selepas kematian aruah Haji Suri itu, Mak Yot Bidan pun
terus berkahwin dengan Latip Pekak. Bagaimanapun orang-orang kampung tidak dapat ceritanya
yang sahih, selain dari khabar-khabar angin. Kalau ada pun mereka yang tahu tidak ada siapa pula
yang berani bercakap terus terang. Maklum sajalah Mak Yot Bidan itu merupakan bidan di dalam
kampung. Masing-masing memerlukan pertolongan Mak Yot Bidan bila tiba waktunya.

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

10

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

002. POKOK PETAI MENCABAR BERTARUNG

BARU saja mahu melelapkan mata isteri saya menggerakkan kerana ada orang memanggil dari
tengah halaman. Dalam keadaan terkuap-kuap itulah saya memetik lampu lalu membuka pintu
hadapan. Seorang lelaki separuh umur terkial-kial menupang motorsikal hondanya. "Maaflah
ustaz saya mengganggu..." cepat-cepat dia bersuara sebaik saja pintu terbuka. Saya tersengihsengih sambil terkuap-kuap. Mata memang sudah mengantuk walau pun baru pukul 10 lebih.
Tetapi sudah menjadi kelaziman saya tidur awal sedikit kerana akan bangun semula pada tengah
malam. Bangun tengah malam ini pun bukanlah dilakukan setiap malam, cuma saya lakukan
apabila malam Jumaat. Saya akan melakukan Sunat Tahjud diikuti dengan Sunat Tasbih juga.
"Maaflah ustaz" ulangi lelaki berkenaan. "Tak apa, silalah masuk..." saya mempelawanya. "Tak
payahlah ustaz" sahutnya terus mara ke pintu rumah saya. "Saya nak minta tolong pada ustaz.
Aki Sahak yang suruh panggil ustaz" katanya. "Rumahnya di mana?" tanya saya mahu
mempastikan. Saya sendiri tidak berapa kenal dengan lelaki berkenaan, tetapi rasanya dia lebih
tua dari saya. "Saya Sonok dari Kampung Simpang" jelasnya menghulurkan tangan kepada saya.
"Petang tadi saya pergi ambil Aki Sahak di Mancis rumah anaknya. Aki Sahak ada di rumah saya,
tapi dia suruh panggil ustaz juga" dia tersengih-sengih. Berdebar juga hati saya bila Aki Sahak
meminta saya datang. Tentulah perkaranya besar juga, kalau tidak masakan dia menyuruh Sonok
mencari saya. Mujur juga Sonok dapat mencari rumah saya di situ. Kalau sekadar gangguan
syaitan Aki Sahak tidak pernah memanggil saya. Dia sendiri boleh menghadapinya kalau ada
orang sakit diganggu syaitan.
Bagaimanapun saya tidaklah mahu bertanya kepada sesiapa pun mengenai tujuan mereka
memanggil saya. Memang sudah saya duga biasanya kalau orang mencari saya pada tengahtengah malam tentulah perkaranya ada pesakit yang memerlukan rawatan. Heran juga saya
selama datang ke kampung itu, mereka sudah menganggap saya macam bomoh. Berkali-kali saya
memberitahu mereka saya bukanlah bomoh. Disebabkan yang meminta saya datang itu Aki
Sahak membuatkan saya serba salah. Nampaknya saya mesti memikirkan perkara mahu bertukar
dari situ, kerana bimbang orang akan salah anggap. Nanti mereka menyangka saya seorang
bomoh, sedangkan saya tidak tahu apa-apa mengenai ilmu bomoh. Kalau saya tidak mahu datang
apa pula kata Aki Sahak. Sejak saya bertukar ke daerah itu, kerapkali sangat Aki Sahak meminta
saya membantu dia. Ingin juga saya membantah tetapi cepat-cepat dia mengingatkan, "Kerja ni
semua buat kerana Allah saja....".
Selepas bersiap-siap memakai baju, saya pun terus membonceng motorsikal Sonok. Malam gelap
gelita tidak ada bintang-bintang di langit. Saya sampai di rumah Sonok kira-kira jam 11 lebih. Aki
Sahak sudah ada di situ duduk di hujung serambi. Beberapa orang jiran Sonok juga ada di situ.
Saya memberi salam ketika menaiki tangga rumah. Kemudian bersalaman dengan mereka yang
duduk di serambi. "Terus ke hujung ustaz, terus ke hujung" seorang lelaki tua menyuruh saya
duduk di hujung serambi dengan Aki Sahak. Kampung ini kira-kira empat batu jauhnya dari
tempat Aki Sahak tinggal. Semasa saya sampai itu mereka sudah bercerita fasal anak Abang Amud
11

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

yang tenggelam dalam lombong. Aki Sahak memberitahu sayalah yang telah membantunya
mencarikan mayat itu yang tenggelam di dalam lombong.
Akhirnya perhatian mereka sudah beralih kepada saya, bukanlah kepada Aki Sahak. Sebenarnya
Aki Sahak cuba mengelak-ngelak juga apabila dipanggil orang merawat pesakit, tetapi kadangkala
serba salah juga. Tidak heranlah mengapa bomoh-bomoh terpaksa mengenakan bayaran kerana
penat lelah mereka terpaksa berjaga hingga jauh malam. Malah ada kalanya tidak cukup tidur
sekiranya dipanggil orang. Bagaimana kalau sampai pagi baru selesai kerjanya? Tentulah esoknya
menjadi letih dan mereka tidak dapat bekerja mencari rezeki nafkah hidup? Tetapi kebanyakan
orang menuduh bomoh-bomoh itu mementingkan wang semata-mata apabila mengubat pesakit.
Bagaimana kalau kami lakukan secara sukarela seperti Aki Sahak ini? Nampaknya senang saja
iaitu duduk sambil berdoa. Tetapi ketika berdoa ini mestilah dengan khusyuk atau istilah moden
'kosentrasi', kadangkala terasa kepala bagaikan mahu pitam kalau 'khusyuk' ini dilakukan sampai
hampir satu jam. Inilah yang tidak difahami oleh kebanyakan orang. Apabila saya bertukar ke
daerah kecil ini Aki Sahak terus meminta saya membantu dia. Bagi penduduk-penduduk di daerah
ini pula asal saja mendapat tahu tentang seorang bomoh mereka akan segera mendapatkannya
kalau menghadapi kesakitan. Kadangkala diserang demam panas pun segera mencari bomoh,
pada hal penyakit demikian lebih baik dibawa ke hospital.
Kesihan juga saya melihatkan Aki Sahak. Tidak pernah dia boleh duduk diam di rumah untuk
beribadat dan sebagainya. Ada saja orang menjemputnya. Kadangkala sampai ke Karak di
Pahang, ke Segamat di Johor, ke Tampin juga. Kadangkala dia sengaja melarikan diri ke rumah
anaknya di Mancis, namun dapat juga dicari orang.
"Anak Sonok ni hilang dari rumah" beritahu Aki Sahak berpaling kepada saya. "Jadi, itulah nak
minta kau sama-sama bantu" jelasnya meleret senyum. "Eh, Aki sorang pun boleh....." ujar saya
tersengih-sengih. "Tidak..." sahutnya tegas. "Aku tak kemampuan, sebab itulah perlu sangat kau
membantu. Ini bukan kerja manusia......" dia mula serius. "Dah bagi tau polis?" soal saya. "Tak
lagi, tapi ketua kampung dah beritahu..." sahut Sonok perlahan. "Bila hilangnya?" saya
memerhatikan Sonok tersandar pada jenang pintu induk rumah. "Hari ni tadilah" jelasnya
bertambah gelisah. "Tengahari tadi dia mengembala kambing ke tepi kebun getah nun,
top...top....kambing aje balik petang tadi. Dia entah ke mana" Sonok menerangkan.
Berita kehilangan anak Sonok yang berumur 10 tahun itu segera diberitahu kepada jiran-jiran.
Biasanya petang-petang selepas balik dari sekolah, Tamin mengembala kambing di hujung
kampung. Dia bukanlah penuntut di sekolah tempat saya mengajar. Sebab itulah saya tidak
mengenali sangat keluarganya. Kebanyakan penjaga murid di sekolah saya mengajar memang
saya kenali. Lagi pun sekolah yang jauh di kampung pedalaman ini, bukanlah ramai sangat
muridnya. Jadi, cepatlah dapat bermesra dengan penjaga-penjaga mereka. Lagi pun mereka
mulai mengenali saya, sejak peristiwa anak Abang Amud.

12

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

Ketika ini penduduk kampung tempat Aki Sahak tinggal itu pun masih belum tenteram akibat
gangguan bunyi air disedut lubang bergaung dari lombong tersebut. Terutamanya bila tengah
malam ornag-orang yang tinggal berhampiran dengan lombong dapat mendengarnya dengan
jelas. Ada juga Tonel memberitahu Sali dia ternampak dari jauh satu benda melintang di tengah
lombong. Tidak lama kemudian benda itu tenggelam semula ke dalam air. Mungkinkah ular besar
yang dikatakan oleh orang-orang kampung selama ini?
"Saya minta ustaz cuba-cubalah sikit" pinta isteri Sonok tiba-tiba muncul di pintu induk rumah
itu. Matanya bengkak bekas menangis. "Cubalah ustaz, kalau mati nak tengok juga mayatnya"
dia mula terisak-isak menahan kesedihan yang menusuk. "Hisss, jangan cakap macam tu" Sonok
mendongak sambil menguis paha Siti dengan sikunya. "Tak ada apa-apa tu, boleh jadi Tamin
sesat. Sabarlah sikit......" katanya macam menasihatkan isterinya. Sedangkan dia sendiri pun saya
lihat resah gelisah sejak datang menjemput saya tadi. "Cubalah ustaz" pinta Siti lagi merayu-rayu.
"Saya dah dengar fasal ustaz di Kampung Hulu bila anak Amud jatuh ke lombong. Saya harap
benar dengan ustaz ni" ujarnya tidak menghiraukan suaminya yang tersandar pada jenang pintu
induk rumah. "Sabarlah kak...." saya pula meminta dia bertenang. "Kita tengok dulu macam
mana, jangan tergopoh-gopoh. Kalau kita sudah yakin Allah saja memberi perlindungan dan
tempat meminta pertolongan, bertenanglah" kata saya mengingatkan.
Selalunya demikianlah ibu-ibu menghadapi dugaan apabila anak-anaknya menghadapi masalah.
Tetapi saya tidak dapat salahkan mereka, kerana perasaan manusia selalunya mudah digoda.
Mereka mudah hilang pertimbangan dan segera meminta pertolongan dari siapa saja, pada hal
tempat meminta pertolongan hanya semata-mata kepada Allah. Ketika meminta pertolongan
inilah syaitan menjanjikan pertolongan. Orang yang tidak sabar akan segera meminta
pertolongan pada syaitan tadi. Akhirnya terpedayalah dengan perangkap syaitan mahu
menggoda manusia menukar aqidah, dengan meminta pertolongan kepadanya.
"Kita tunggu dulu apa kata Aki Sahak" saya menepuk bahu Aki Sahak yang duduk mrnyandar pada
dinding. "Tak ada apa kita boleh buat, sebab budaknya tak ada di sini" Aki Sahak tersenyum
penuh makna. "Nak dicari tak tahu di mana, sebab pancaindera kita hanya untuk melihat benda
yang nyata" ujarnya tersengih-sengih. "Jadi macam mana ni Aki. Anak saya Aki, macam mana"
Siti terus meraung tidak dapat menahan perasaan sebak yang menumpu di dadanya.
Kemudian Aki Sahak meminta saya melakukan tidur seperti pernah dilakukan ketika mencari anak
Abang Amud di dalam lombong. Setelah berbincang dengan Aki Sahak saya bersetuju tidur sendiri
dengan tidak payah dikawal oleh Aki Sahak. Seperti yang telah saya jelaskan cara pengubatan
tidur samalah seperti bomoh-bomoh gunakan semasa mereka 'menurun', tetapi caranya saja
berlainan. Bomoh-bomoh selalu menggunakan 'akuan' tertentu sebagai sahabat, manakala cara
tidur yang saya lakukan hanya satu penyerahan kepada Allah.
Cara memulakannya tidaklah memerlukan menyeru berbagai-bagai nama, tetapi memudahi
dengan berastaghfar kepada Allah Yang Maha Pengampun, kemudian membaca A'uzubillah
meminta dilindungkan dari syaitan, Bismillahhirrahmannirrahim, Selawat kepada Rasullullah dan
13

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

tasbih mensucikan keagungan Allah. Para ahli sufi tidaklah perlu cara tidur seperti yang saya
lakukan, baginya memadai merenung saja ke dalam makrifat dan mereka akan mengetahuinya.
Tetapi pengajian kita belum sampai kepada tingkat ahli sufi, maka cara tidur inilah untuk
merenung secara makrifat. Itulah saya katakan amat sukar mahu menerangkannya di sini, kerana
hanya orang-orang yang mengetahui saja tahu apakah yang saya gambarkan ini.
"Kau tidur dulu dan cari di mana budak tu sekarang" bisik Aki Sahak. "Tak payah beritahu apaapa pada Aki. Lepas tu nanti baru kita sama-sama mencari di mana dia" katanya lagi. Saya
mengangguk. Saya pun memulakan tidur saya. Tidak lama kemudian saya merasa diri saya sudah
berada di satu kawasan paya. Saya terus menyeberangi paya hingga sampai ke seberangnya yang
dipenuhi oleh belukar rotan. Puas saya memerhati sekelilingnya tidak ternampak pun anak lelaki
Sonok yang hilang itu. Dalam pada itu yang mesti saya ingatkan ialah lorong-lorong jalan serta
pedoman yang terdapat di situ untuk membolehkan orang-orang kampung mencarinya nanti.
Sebab cara yang saya lakukan ini tidak dapat membawa Tamin balik ke rumah, kecuali kalau
dipandu oleh Aki Sahak. Kalau tidur bersendirian ini hanya untuk melihat saja, bukan untuk
melepaskan dia sekiranya dikawal oleh syaitan yang terdiri dari makhluk-makhluk halus.
Saya menyusup di bawah duri-duri rotan itu memerhatikan kalau-kalau dia disorokkan di situ,
tetapi tidak juga kelihatan. Biasanya yang melarikan budak demikian ialah bunian. Tempat yang
demikianlah selalunya disukai oleh bunian. Bagaimanapun Tamin tidak ditemui di situ. Hampir
saja saya putus asa kerana tidak dapat mencari Tamin. Dalam keadaan demikianlah saya
membacakan Surah Waddhuha untuk membuka jalan supaya pandangan saya tidak dilindungi
oleh makhluk-makhluk halus. Bagi memudahkan lagi saya terus membesarkan diri hingga
melangkaui pokok-pokok besar yang tinggi. Ketika inilah saya nampak seorang budak lelaki
terselit di celah dahan pokok petai. Saya camkan betul-betul memang benar itulah budak yang
sedang dicari. Dari segi akal memang mustahil bagaimana Tamin yang baru berumur 10 tahun itu
boleh memanjat pokok yang dianggarkan lima pemeluk. Pokok itu pula terlalu tinggi yang
dahannya yang paling bawah sekali sama tingginya dengan pucuk kelapa saka. Bayangkanlah
bagaimana budak tersebut boleh sampai di celah dahan pokok petai itu, yang saya anggarkan
kira-kira lebih 30 kaki tingginya.
Setelah saya cam semua pedoman di kawasan pokok petai itu, saya pun balik semula. Apabila
saya terjaga Sonok suami isteri sudah duduk berdepan dengan saya. Tidak sabar-sabar lagi dia
mahu mengetahui sama ada saya sudah berjumpa atau belum anaknya. Beberapa kali saya
menggelengkan kepala. Saya bagaikan tidak percaya dengan apa yang saya lihat. Bagaimanapun
saya terus memberitahu mereka apa yang telah saya lihat.
"Dah kau pagar tempat tu?" tanya Aki Sahak. Saya menganggukkan kepala. "Budak tu dia tak
dapat ambil lagi" Aki Sahak menghela nafas. "Jadi, kalau mahu malam ni juga kita cari, kalau
tunggu besok takut terjatuh pula budak tu. Maklumlah penjaga tak dapat masuk dekat lagi" kata
Aki Sahak merenung muka Sonok. "Eloklah malam ni juga kita ke situ" sahut Pak Jeli lelaki tua
yang mula-mula menegur tatkala saya sampai tadi. Dia ialah ayah Siti iaitu bapa mertua Sonok.
Rupanya dia ini seorang bomoh juga di kampung itu. Walaupun dia seorang bomoh tetapi
14

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

tidaklah dia merasa irihati dengan usaha-usaha yang kami buat. Memang ada cerita mengatakan
seseorang bomoh itu akan marah apabila ada orang lain mahu menunjukkan kepandaian
melebihi dia. Tetapi itu adalah tanggapan saja. Seorang bomoh yang bertanggungjawab tidak
akan menghalang orang lain melakukan sesuatu untuk menolong pesakitnya, malah dia sendiri
akan sama-sama membantu mengikut kemampuannya. Pak Jeli sendiri mengakui ilmu bomohnya
tidak sampai kepada kekuatan doa-doa yang menggunakan ayat-ayat Quran ini. Selama ini dia
sendiri memang mengakui akan kebolehan Aki Sahak.
Kira-kira 10 orang jiran ikut sama dengan Sonok menuju ke tempat yang saya katakan seperti
yang dapat saya lihat tadi. Di antaranya ialah Tapa Sungkur yang biasa memanjat pokok petai.
Sengaja Tapa Sungkur menawarkan diri setelah mendengar keterangan saya bahawa Tamin
dibawa ke atas pokok yang tinggi. Saya dan Aki Sahak juga ikut sama. Malah Pak Jeli sendiri
sanggup ikut sama. Maklumlah Tamin itu cucu kesayangannya. Kami masuk ke hutan melalui
kebun getah di hujung kampung dengan membawa suluh andang dari daun nyiur kering. Pak Jeli
membawa lampu suluh enam sambung yang digunakan untuk menyuluh musang. Disebabkan
Tapa Sungkur yang selalu masuk ke hutan dialah yang berjalan di hadapan sekali. Manakala saya
berjalan di belakang sedikit tetapi tidaklah jauh dari Tapa Sungkur, kerana pedoman sebenarnya
menuju ke tempat yang hendak dicari ialah di dalam ingatan saya.
Apabila masuk ke kawasan hutan saya seolah-olah hilang pedoman. Tidak dapat hendak dicari
tempat yang saya lihat melalui tidur tadi. Mungkin keadaan malam terlalu gelap menyebabkan
kami tidak dapat mencari arah. Tapa Sungkur juga sudah berpusing membawa kami sampai ke
pinggir anak air, tetapi paya yang dicari tidak juga bertemu. "Kalau paya bukan di sini agaknya"
Pak Jeli bersuara di belakang. "Yang aku tau kawasan paya di sebelah baruh kebun getah tadi.
Nampaknya kena berpatah balik kita....." ujarnya meragui jalan yang dibawa oleh Tapa Sungkur.
"Di situ mana ada pokok petai" laung Tapa Sungkur meyakinkan Pak Jeli jalan yang dituju
sekarang adalah betul. "Di situ pun tak ada belukar rotan......" katanya menambah. "Eloklah kita
tengok dulu....." sahut Pak Jeli mencadangkan. "Jangan gopoh-gopoh" Aki Sahak cepat-cepat
mencelah. Dalam usaha demikian tidak boleh berbantah-bantah. Kerja berbantah-bantah itu
memang kerja syaitan untuk melalaikan insan sehingga kerja-kerja yang mahu dilakukan tidak
berhasil. "Kita tak boleh gopoh-gopoh, semuanya mesti bersabar. Ikut dulu ke mana hala yang
diingatkan oleh ustaz tu tadi" ujarnya keras sedikit.
Pak Jeli tidak menyahut. Tapa Sungkur juga diam. Mereka tidak mahu menyinggung perasaan Aki
Sahak. Selama ini memang Aki Sahak menjadi tumpuan penduduk-penduduk kampung
berhampiran di daerah itu. Kadangkala mereka kecewa mahu mendapatkan khidmat Aki Sahak
kalau ada orang-orang dari Karak di Pahang memanggilnya. Atau orang-orang dari Segamat dan
Tampin juga. "Saya cuma agak-agakkan aje Aki" tiba-tiba Pak Jeli menjelaskan dari belakang.
Bimbang juga dia kalau-kalau Aki Sahak tersinggung dengan sikapnya cepat sangat menyalahkan
Tapa Sungkur menunjukkan jalan. "Tak baik berbantah-bantah" ujar Aki Sahak mengingatkan
sambil berdehem-dehem macam kahak tersangkut di tekak. "Dengar dulu apa cakap ustaz, dia
yang dapat mengagak jalannya" katanya termengah-mengah menyusur lereng bukit. Pak Jeli
terus mendiamkan diri. Dia juga termengah-mengah menyusur lereng bukit kerana banyak akar15

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

akar pokok besar menungkal. Malam bertambah gelap di dalam hutan demikian. Ketika ini sudah
lebih pukul 12 malam. Bunyi kuang sayup-sayup di balik bukit diselang-seli bunyi ngiang-ngiang
cengkerik bersahutan. Saya berhenti sejenak di atas akar kayu menungkal sambil mendongak ke
atas. Melihatkan saya berhenti mereka semua pun ikut sama berhenti. Aki Sahak pun sudah
sampai di belakang saya.
"Nanti dulu Tapa..." Aki Sahak memanggil apabila Tapa Sungkur yang di depan mahu meneruskan
perjalanan. Tapa Sungkur berpatah balik ke belakang mendapatkan saya. Perlahan-lahan saya
membaca Surah Waddhuha bagi mendapatkan semula pedoman jalan menuju ke pokok besar
yang kami cari. Selepas membaca tiga kali Surah Waddhuha saya dapat melihat dengan jelas paya
di bawah lereng bukit. Paya itulah tidaklah buyau, tetapi cuma tanah pamah yang ditumbuhi
pucuk-pucuk paku. "Cuba ikut ke bawah ni Tapa" saya memuncungkan bibir ke bawah lereng
bukit. Tapa Sungkur terus melompat mencari jalan untuk ke seberang tanah pamah tadi. Sonok
mengekorinya dari belakang. Manakala saya berjalan di belakang Sonok dan diikuti oleh Aki
Sahak serta Pak Jeli. Jiran-jiran yang lain semuanya berjalan di belakang. Memang betul sebaik
melepasi saja kawasan tanah pamah itu kami menemui belukar rotan yang padat. Tidak ada
lorong mahu menembusi belukar ini. Kami terpaksa berlegar-legar mencari jalan untuk naik ke
bukit di sebelahnya.
"Bangsat...!" saya terdengar Pak Jeli merungut. "Orang di sini nak cari geruh rupanya. Tahulah
aku! Tahulah aku! Ustaz ni akan ajar kau. Aku bawa ustaz ni untuk ajar kau...!" dia menggertap
bibir. Sebaik saja ke kawasan di situ Pak Jeli sudah dapat menangkap gangguan tersebut, kerana
dia memang pun seorang bomoh. "Dia nak merasa penangan Aki Sahak dengan ustaz dengan Pak
Jeli, biarkan!" gerutu Tapa Sungkur terkial-kial mahu mencari jalan melepasi belukar rotan yang
padat. "Jangan gempur dia dulu Jeli..." kata Aki Sahak mengingatkan. "Kita jumpa anak Sonok
dulu dan kita bawa balik, lepas tu baru gempur" ujar Aki Sahak selanjutnya. Dia bimbang Pak Jeli
tidak sabar bila menghadapi suasana demikian. Disebabkan dia seorang bomoh tentulah dia tidak
peduli apa lagi bila mahu menentang makhluk-makhluk halus demikian. Kadangkala tindakan
demikian boleh membahayakan orang yang sedang diganggu oleh syaitan tersebut. Orang
demikian sudah tidak ada semangat lagi, kerana sudah dikuasai oleh makhluk-makhluk halus.
Kalau tersilap langkah sukar untuk memulihkan semula semangatnya.
"Jangan gempur dulu Jeli!" ulangi Aki Sahak. "Iyalah Aki..." sahut Pak Jeli. "Saya serahkan pada
Aki dan ustaz saja. Saya bantu dari belakang" jelasnya. Puas berlegar-legar kami sampai ke
kawsan belukar bemban. Dari sanalah Tapa Sungkur membelok ke kanan mencari pokok besar
seakan-akan pokok petai yang saya sebutkan itu. Sebaik saja melepasi belukar bemban itu
barulah kami bertemu sebatang pokok besar terpencil dari pokok-pokok yang lain. "Aki..." Pak
Jeli menarik bahu Aki Sahak. Tangannya menyuluh ke atas dengan lampu picit sambung enam.
"Itu Aki, tengok tu, tengok" katanya bergetar menggertap bibir.
Kami semua nampak Tamin di atas pokok tersebut. Bagaimanakah cara mahu memanjat ke atas
sedangkan pokok itu terpencil di situ. Kalau ada anak-anak kayu bolehlah memanjat mengikut
anak-anak kayu. Manakala Tamin pula berpaut pada dahan yang di atas sekali. Bagaimanakah
16

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

Tamin boleh sampai ke atas pokok demikian besar? Sedangkan orang-orang dewasa pun tidak
tahu bagaimanakah caranya mahu naik memanjat memandangkan pokok itu tidak dapat dipeluk.
Demikianlah perlakuan mahkluk-makhluk halus yang tidak dapat kita lihat melalui pancaindera
biasa, kecuali melalui makrifat. Tentulah kerjanya membawa Tamin ke atas pokok tersebut.
Disebabkan kami sudah tahu bahwa Tamin berada di atas pokok yang tinggi, maka kami memang
sudah membawa persediaan yang cukup seperti tali serta kapak. Dengan perkakas-perkakas
demikian mudahlah Tapa Sungkur mahu memanjatnya. Mula-mula Tapa Sungkur menakik pokok
itu dibuat bertangga bagi memudahkan kakinya berpijak. Tali dililitkan sekeliling pokok dan
dengan ini boleh memautkan pinggangnya di celah tali tersebut. Sedikit demi sedikit dia menakik
pokok dengan kapak, sedikit demi sedikit dia naik ke atas. Sehinggalah Tapa Sungkur berjaya
memanjat naik, timbul juga masalah bagaimana mahu menurunkan Tamin. Dia tidaklah pengsan
atau tidak sedar diri. Tetapi seperti orang kebingungan tidak tahu apa-apa pun berlaku ke atas
dirinya. Bila dipanggil namanya dia menyahut. Sebaliknya kalau ditanya yang lain-lain dia hanya
menggeleng kepala atau mengangguk saja.
Tali yang dibawa pula tidak cukup panjang untuk membolehkan Tapa Sungkur menbawa Tamin
turun. Kami semua menjadi hilang akal. Adalah satu perkara mustahil untuk membawa seorang
kanak-kanak berumur 10 tahun turun dari pokok demikian tinggi. Kalau silap-silap berpaut
mungkin dua-dua sekali terjun ke bumi. Setelah puas memikirkan cara untuk menurunkan Tamin,
akhirnya Pak Jeli sudah tidak sabar lagi. Saya lihat dia menggertap bibir menahan perasaan
marahnya. "Aki, sekarang biar giliran saya dulu" katanya memandang Aki Sahak. "Silakan..." sahut
Aki Sahak perlahan. "Ustaz, tadi giliran ustaz. Sekarang biar saya pula" Pak Jeli menoleh kepada
saya pula. "Silakan Pak Jeli" kata saya. Itulah baiknya bila kita ramai. Mungkin salah seorang dari
kita mempunyai kelebihan dari satu segi, dan lemah dari segi lain. Manakala dari segi yang lemah
itu, orang lain pula mempunyai kelebihan. Demikianlah antara saya, Pak Jeli dan Aki Sahak ketika
ini. Aki Sahak dan Pak Jeli memerlukan saya untuk mencari di manakah Tamin dilarikan oleh
syaitan. Tetapi dalam kelam kabut untuk membawa Tamin turun dari pokok mungkin Pak Jeli
lebih berpengalaman dari Aki Sahak dan saya sendiri. Di sinilah pentingnya kami semua berpadu
tenaga.
"Tapa..." laung Pak Jeli di dalam gelap malam yang sepi itu. Suaranya bergaung ke balik bukit.
"Tapa, turun dulu. Biarkan dia di situ. Turun kau dulu..." dia menyeru Tapa Sungkur supaya turun.
"Turun dulu Tapa" Aki Sahak juga memanggilnya. "Biar Jeli pula naik. Jeli sendiri nak naik"
laungnya dari bawah. Terpaksalah Tapa Sungkur turun dengan hampa. Ketika ini sudah lebih
pukul tiga pagi. Tamin masih juga belum dapat dibawa turun. "Setahu saya kawasan ni tak ada
pokok petai" keluh Tapa Sungkur sebaik saja dia sampai ke bawah. Hairan juga dia dari mana
datangya pokok petai di situ. Kawasan hutan di situ semuanya sudah dalam kepala Tapa Sungkur.
Dia sudah mahir di mana selekohnya, di mana pokok petainya, di mana rotannya. Cuma dia satusatunya yang selalu mencari petai di situ.
Sebaik saja Tapa Sungkur sudah turun, Pak Jeli terus mengelilingi pokok petai berkenaan.
Kemudian dia menampar perdunya tiga kali. Ketika ini Aki Sahak membisikkan kepada saya
17

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

supaya membantu Pak Jeli. Apabila saya dan Aki Sahak sudah terpaksa mengambil keputusan
menggempur bersama Pak Jeli, cuma kami bertiga sajalah dapat berhubung antara satu sama
lain. Saya dengan Aki Sahak memang mempunyai cara yang sama, tetapi Pak Jeli berlainan sedikit.
Bagaimanapun kami masih dapat bekerjasama. Sementara jiran-jiran yang sama ada di situ hanya
melihat kami bertiga dari mata kasar saja. Oleh itu mereka melihat hanya Pak Jeli berkeliling
pokok, sementara saya dan Aki Sahak berdiri memejamkan mata. Pokok petai yang tersergam di
depan kami sudah bertukar menjadi lembaga hitam yang tinggi. Pak Jeli juga sudah berdiri sama
tinggi dengan lembaga hitam berkenaan.
"Awak rupanya ye!" jerkah Pak Jeli lalu menampar muka lembaga hitam itu tiga kali. "Awak tak
tau ke, bukankah cucu kawan yang awak larikan tu" dia bercekak pinggang mencabar lembaga
hitam itu seterusnya. Lembaga hitam itu cuba menyiku Pak Jeli, tetapi dengan pantas kakinya
menyepak pada bahagian dada. Tamin masih juga dikepitnya di celah ketiak. "Sekarang serahkan
cucu aku!" suara Pak Jeli keras mengancam lembaga hitam tersebut. "Aku tahu asal kau jadi,
orang memburu sesat di hutan asal kau jadi" bentak Pak Jeli bertambah marah. "Awak jangan
cari geruh Jeli..." jerkah lembaga hitam itu. "Awak dapat sahabat baru, sahabat lama dah lupa.
Tak mengenang budi awak ni Jeli!" katanya menyindir. "Kawan tak peduli." sahut Pak Jeli. "Kalau
awak tak serahkan cucu kawan, bertempurlah kita. Belum tentu siapa yang geruh" Pak Jeli teru
menyepak dagu lembaga hitam itu. DIa tetap berkeras tidak mahu melepaskan Tamin yang
dikeleknya.
Seperti yang saya katakan Pak Jeli mempunyai cara bomohnya. Dia terpaksa menentang lembaga
hitam setinggi 30 kaki dengan kekuatan tenaganya sendiri. Manakala saya dan Aki Sahak tidak
menentang dengan kekuatan secara makrifat, tetapi dengan ayat-ayat Quran saja. "Wallauanna
Quranna Suyirat bihhil jibalu.." saya membaca doa lalu menghembuskan dari jauh. Serta merta
terpancar kilat dengan petir memukulo kepala lembaga hitam itu. Saya lihat Aki Sahak
menghembuskan ayat, "Lanarjumannakum..." sekaligus memancar panah api menyinggahi tubuh
lembaga hitam itu.
"Ampun.." teriaknya merintih. "Belum pernah kawan jumpa ilmu macam ni tinggi. Ampun...Jeli,
minta sahabat baru awak tu, jangan seksa kawan macam ni. Kita bersahabat lagi Jeli" ujarnya
merayu-rayu meminta belas kasihan. "Baru awak tau, siapa sahabat kawan!" ejek Pak Jeli sambil
menampar muka lembaga itu tiga kali lagi. "Cukuplah Jeli, cukuplah" rayu lembaga itu lagi.
"Sekarang, serahkan cucu aku!" bentak Pak Jeli menyepak betis lembaga itu pula. "Kalau awak
nak berlawan, satu sama satu Jeli..." dia mencabar Pak Jeli setelah panah api tidak
mengancamnya lagi. "Awak pun kalau nak berlawan, serahkan cucu kawan dulu" sahut Pak Jeli
semakin berang. "Kalau awak berani, dengan kawan, jangan dengan cucu kawan" Pak Jeli terus
menyerbu menyiku rusuknya. Lenbaga hitam itu terhuyung-hayang akibat disiku oleh Pak Jeli.
Tetapi dengan pantas dia cuba membalas dengan menampar Pak Jeli. Bagaimanapun Pak Jeli
sempat mengelak. Sekali lagi Pak Jeli menendang dada lembaga hitam berkenaan. "Bukankah
kawan dah cakap, awak tak dapat mengalahkan kawan, bangsat puaka hutan jembalang tanah"
Pak Jeli menggertap bibir. "Sekarang lepaskan cucu aku!" jerkahnya.

18

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

Lembaga itu mengejek dengan ketawa. Dia tetap tidak melepaskan Tamin dari keleknya. Ketika
ini orang-orang yang ada di bawah pokok hanya mendengar Pak Jeli berbantah-bantah dengan
Tamin di atas pokok. Suara Tamin bergaung sampai ke bawah. "Lepaskan cucu aku!" bentak Pak
Jeli lagi. "Awak kata kuat, cubalah ambil sendiri..." lembaga hitam itu tertawa mengejek.
Kemudian saya lihat Pak Jeli menerkam garang mahu merampas Tamin dari kelekan lembaga
hitam itu. Mereka bergomol menunjukkan kehandalan masing-masing. Ketika ini juga Aki Sahak
membcakan sesuatu doa lalu menghembuskan ke arah lembaga hitam tersebut. Sekaligus api
dari segenap penjuru menyerbu ke arah lembaga hitam. Terjerit-jerit dia menahan kesakitan.
Tetapi Aki terus meniup ke arahnya. Saya juga mengulangi beberapa ayat lain bagi membantu
Pak Jeli yang membuat serangan. "Hazihi jahannamullati kuntum tu'adun..." saya
menghembuskan ke arahnya. Serentak dengan itu petir dan kilat memancar menerkam ke kepala
lembaga hitam. "Jeli, kau berani kerana sahabat-sahabat kau membantu" rintih lembaga hitam
itu gementar. "Ilmu sahabat-sahabat kau terlalu tinggi. Belum pernah aku menentang ilmu yang
demikian tinggi..." katanya merayu supaya tidak diserang lagi.
Bagaimanapun Aki Sahak tetap tidak mempedulikan rayuan lembaga hitam ini. Memandangkan
Aki Sahak terus menentang, saya juga tidak berhenti dari meneruskan serangan. Asap berkepulkepul meliputi lembaga hitam setinggi 30 kaki itu akibat tubuhnya terbakar. Dengan yang
demikian dapatlah Pak Jeli merampas semula Tamin dari bawah kelek lembaga itu. Sebaik saja
Tamin berada dalam tangan Pak Jeli, lembaga hitam itu terpelanting jauh dihembus oleh Aki
Sahak. Dia menjerit-jerit kesakitan ketika melayang ke udara ditiup oleh Aki Sahak. Apabila
keadaan pulih semula kami pun baliklah membawa Tamin yang masih dalam kebingungan. Kirakira hampir jam 6.00 pagi barulah kami semua sampai di rumah Sonok. Terasa mengantuk betul
mata akibat keletihan dan tidak tidur semalaman.
Semasa dalam perjalanan balik itu sempat Tapa Sungkur bercerita mengenai apa yang dilihatnya.
Katanya dia hairan bagaimana Pak Jeli yang sudah berumur itu boleh memanjat pokok petai yang
tinggi macam beruang memanjat pokok saja. Dia tidak perlu menggunakan apa-apa, seolah-olah
kaki dan tangannya melekat pada pokok berkenaan. Semasa dia membawa Tamin turun dari
pokok mudah saja kepadanya seperti menjinjing kapas. Inilah yang menghairankan jiran-jiran
yang menyaksikan Pak Jeli menyelamatkan cucunya Tamin. "Kalau macam tu bolehlah ajak Pak
Jeli cari petai ke hutan" Tapa Sungkur mengusik. "Bukan selalu boleh buat macam tu..." cepatcepat Sonok mencelah bila mengenangkan bapa mertuanya boleh memanjat pokok setinggi 30
kaki macam berjalan di atas tanah saja. "Hanya masa-masa tertentu saja dia boleh lakukan
macam tu. Kalau saja-saja nak tunjuk mampus tak dapat" katanya menerangkan. "Iya, ini bukan
barang permainan..." Aki Sahak pula bersuara keras. "Jangan heboh-hebohkan sangat apa yang
kamu lihat tadi. Kalau boleh perkara di pokok tadi, biar habis di pokok saja" dia mengingatkan
supaya keanehan yang dilihat sebentar tadi tidak diceritakan kepada orang-orang kampung yang
tidak ikut sama.
Saya juga setuju dengan Aki Sahak. Perkara yang berlaku ke atas Pak Jeli yang dilihat boleh
memanjat pokok setinggi 30 kaki seperti berjalan di atas tanah, bukanlah satu pertunjukkan
sarkas. Ianya digunakan pada masa yang diperlukan saja. Walaupun Tamin dapat dibawa balik
19

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

tetapi keadaannya masih belum pulih. Semangatnya masih dikuasai oleh lembaga hitam yang
melarikannya. Sebab itu dia masih dalam keadaan kebingungan, tidak tahu apa yang terjadi ke
atas dirinya. Disebabkan saya tidak boleh lagi menunggu lama di rumah Sonok, saya pun segera
balik ke rumah. Lagi pun saya terpaksa bertugas. Bayangkan bagaimana mahu bertugas dalam
masa mata terlalu mengantuk tidak tidur semalaman. Perkara mengubati Tamin saya serahkan
pada Aki Sahak dan Pak Jeli saja.

20

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

003. HANTU BOTAK DALAM LOMBONG


BARU saja saya meneguk kopi di rumah Aki Sahak, dua orang lelaki tiba-tiba memanggilnya dari
tengah halaman. Aki Sahak ini memang kenal baik dengan Pak Tua Mahat saya. Sebab itulah dia
juga sangat menghormati saya.
Dua orang lelaki itu saya lihat dalam keadaan cemas. Tetapi dia tidak terus memberitahu tujuan
kedatangannya. Mereka berdua seolah-olah terkejut melihat saya ada di rumah Aki Sahak.
Mungkin saya orang baru di situ, dan mereka menyangka saya juga datang meminta pertolongan
dari Aki Sahak. Memang ramai orang dari kampung-kampung jauh datang ke kampung tempat
Aki Sahak tinggal ini. Mereka tahu Aki Sahak selalu dicari orang kerana mahu berubat. Sudah lebih
dua puluh tahun Aki Sahak pindah ke kampung tersebut apabila berkahwin dengan isterinya
Makda Saodah.
"Apa halnya?" tanya Aki Sahak. "Adalah sikit perkaranya Aki..." sahut salah seorang darinya.
"Emm, kalau iya pun naiklah dulu" pelawanya sambil undur sedikit dari muka pintu. Dua orang
lelaki itu naik ke rumah. Mereka duduk bersebelahan dengan saya. Saya menghulurkan tangan
kepada mereka berdua. "Mat Deh..." ucap saya ketika bersalaman. "Sali" sahut lelaki yang duduk
berhampiran dengan saya tersenyum. Kami mengangguk tanda mula berkenalan. "Saya Tonel"
seorang lagi memperkenalkan diri. "Mat Deh ni orang kampung aku..." Aki Sahak menerangkan
kepada mereka. "Sengaja datang nak jenguk-jenguk aku. Kebetulan pula dia baru tukar kerja ke
sini" ujarnya lalu memanggil isterinya supaya membawakan dua buah cawan lagi.
Tidak lama kemudian Makda Saodah keluar membawakan dua buah cawan kosong. Dia
menuangkan kopi lalu menghulurkan kepada dua orang lelaki tadi. Kami tidak banyak berbual.
Sali dan Tonel kelihatan resah saja hendak memberitahu sesuatu. Seolah-olah kehadiran saya di
situ mengganggu mereka hendak bercakap kepada Aki Sahak. "Cakaplah, apa halnya?" kata Aki
Sahak setelah masing-masing terdiam.
"Begini Aki..." jelas Sali tergagap-gagap. "Anak Bang Amud di baruh jatuh lombong, sampai
sekarang tak jumpa" dia terus memberitahu perkara yang sebenar tujuan kedatangan mereka.
"Huss, mcam mana boleh jatuh lombong?" Aki Sahak macam terkejut. "Mandi dengan kawankawannya. Tiba-tiba dia tenggelam, sampai sekarang tak jumpa" Tonel pula menerangkan. Aki
Sahak terdiam. Saya lihat dia merenung sesuatu yang sukar hendak dilihat dengan mata kasar.
"Banyak sangat dia nak korban. Bulan dulu lelaki tua, sekarang ni pula kanak-kanak, huss...!" Aki
Sahak mendengus macam menyimpan dendam.
Dengan tidak banyak bicara saya dan Aki Sahak terus mengikut dua lelaki tadi menuju ke lombong
yang dikatakan. Saya dapati sudah ramai orang berkumpul di tepi lombong. Penyelam-penyelam
yang didatangkan dari bandar juga sudah silih berganti menyelam ke dalam air. Semua penyelam
itu memberitahu susah mahu melihat ke dalam air kerana terlalu keruh. Sebaliknya orang-orang
kampung sudah tidak sabar lagi. Budak yang mati lemas di dalam lombong itu sepatutnya sudah
ditemui. Lombong itu bukanlah luas sangat. Tetapi bagaimana pula mayat budak itu tidak ditemui
21

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

lagi? Ada juga setengah pihak mencadangkan supaya menunggu saja sampai mayat tersebut
timbul. Kononnya kalau mayat mati lemas ianya akan timbul apabila perut sudah kembung
dipenuhi air. Tetapi sejak dari tenggelamnya kira-kira pukul 10 pagi, sehingga jam 5.30 petang
mayat berkenaan tidak juga timbul.
Ketua Kampung Pak Semail sudah berbincang dengan ketua penyelam-penyelam itu supaya
diusahakan secara tradisional untuk menemui semula mayat budak tersebut. Sebaliknya ketua
penyelam-penyelam itu seorang lelaki India menolak kemahuan Ketua Kampung Pak Semail. Dia
tetap berpendapat kegagalan usaha menemui mayat budak yang tenggelam itu disebabkan air
lombong terlalu keruh. Abang Amud yang dikatakan oleh Sali tadi, iaitu ayah kanak-kanak
berkenaan sudah mula tidak yakin lagi anaknya boleh ditemui. Dia tahu anaknya sudah mati
lemas. Tetapi mengapa mayat anaknya tidak timbul ke permukaan air? Kalaulah hendak
dikatakan tenggelam dalam lumpur adalah mustahil.
Kemudian saya nampak Aki Sahak menarik bahu Abang Amud ke satu tempat yang jauh dari
orang ramai berkumpul. Saya tidak tahu apakah yang dikatakan oleh Aki Sahak kepadanya. Saya
bersama Sali dan Tonel asyik memerhatikan penyelam-penyelam silih berganti menyelam ke
dalam lombong. Sehingga jam 7.00 malam anak lelaki Abang Amud tidak juga ditemui. Ketua
penyelam itu memberitahu orang-orang kampung kerja menyelam itu ditangguhkan hingga ke
esok harinya. Mereka tidak dapat lagi menyelam disebabkan hari semakin gelap.
Penghulu Mukim yang ikut menyaksikan peristiwa tersebut cuba mententeramkan keluarga
Abang Amud. Dia nasihatkan supaya keluarga Abang Amud bersabar hingga besok paginya.
Bagaimanapun penyelam-penyelam itu tetap berkhemah di tepi lombong untuk memudahkan
kerjanya pada esok pagi. Tidak lama selepas penyelam-penyelam itu menangguhkan kerja-kerja
menyelam, saya nampak Aki Sahak bersama Pak Semail menghampiri Penghulu Mukim yang baru
saja mahu meninggalkan tempat itu. Entah apa pula dicakapkan oleh Aki Sahak kepadanya tidak
pula saya ketahui. Cuma dalam samar-samar senja saya lihat Penghulu Mukim terangguk-angguk
kepala saja. Sekali-sekali dia tersenyum sambil menepuk-nepuk bahu Aki Sahak.
Dalam masa saya asyik memerhati Aki Sahak bersama Pak Semail bercakap-cakap dengan
Penghulu Mukim, tiba-tiba Abang Amud datang menepuk bahu saya. Dia tersengih-sengih saja
menjabat tangan saya. Sali dan Tonel yang ada bersama lalu memperkenalkan kami. "Aki Sahak
dah beritahu tentang Mat Deh ni..." kata Abang Amud masih dalam keadaan rusuh. "Jadi, saya
nak minta tolonglah pada Mat Deh. Tolong benar-benarlah Mat Deh..." ujarnya dengan penuh
harapan. "Eh, tolong apa ni?" sahut saya tersengih-sengih juga. "Janganlah berdalih lagi Mat Deh.
Saya minta tolong benar-benar ni. Aki Sahak minta saya sendiri sampaikan kepada Mat Deh"
Abang Amud mendesak.
Saya menjadi serba salah dengan permintaan Abang Amud itu. Saya berpaling ke arah Aki Sahak.
Dia bertiga dengan Penghulu Mukim dan Pak Semail datang menghampiri saya. "Kalau boleh
tolonglah apa-apa pun Mat Deh..." Penghulu Mukim menghulur tangan kepada saya. Cepat-cepat
saya menyambut tangan Penghulu Mukim. Belum sempat saya menyahut Aki Sahak sudah
22

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

menyuruh saya diam. Aki Sahak meminta saya membantunya dalam usaha mencari mayat anak
Abang Amud yang tenggelam itu. "Lombong ni bukannya sungai. Kalau sungai bolehlah kita kata
budak tu hanyut. Tentu ada sesuatu yang menyorokkan..." demikian Aki Sahak menerangkan
kepada orang-orang kampung yang berkumpul di tepi lombong. Penyelam-pemyelam yang
bertugas juga ada sama menyaksikan. Mereka juga tidaklah membantah bila Aki Sahak
menawarkan diri untuk menolong kerana mereka sudah pun mengambil keputusan
menangguhkan kerja-kerja menyelam.
"Perlukah bara api dan kemenyan?" soal Abang Amud. "Tak payah. Ini bukan kerja asap
kemenyan. Saya dan Ustaz Mat Deh ni tahulah nak buat macam mana..." Aki Sahak memberi
jaminan. Sedangkan saya kebingungan dengan keputusan Aki Sahak. Saya tidak tahu
bagaimanakah cara mahu menolongnya. Tetapi saya tidak berani untuk bertanyakan kepadanya.
Lagipun dia berkali-kali menyebut fasal Pak Tua Mahat iaitu bapa saudara saya yang sudah lama
meninggal dunia. Dia memberitahu tentang Pak Tua Mahat pernah memberitahu dia mengenai
diri saya. "Kita buat Mat Deh, kita buat kerana Allah" Aki Sahak berbisik kepada saya.
Sebelum memulakan rancangan Aki Sahak itu kami semua menunaikan fardhu Maghrib terlebih
dahulu. Selesai sembahyang Maghrib barulah Aki Sahak menerangkan bahawa dia mahu
menidurkan saya. Barulah saya faham bahawa cara menidurkan orang satu cara perubatan yang
memang pernah diajar oleh Pak Tua Mahat kepada saya, tetapi jarang saya amalkan. Saya pun
bersetujulah untuk membantu Aki Sahak. Saya sendiri yang akan ditidurkan, dan rawan (yakni
roh sewaktu kita tidur) saya sendiri yang dikeluarkan mencari budak tersebut disembunyikan.
Bagi orang-orang yang tidak memahami mungkin merasa pelik bagaimanakah cara demikian
boleh dilakukan. Tetapi bagi mereka yang sudah mempelajari Usuluddin tidak ada apa yang
hendak dipelikkan. Di sini saya tidak mahulah menerangkan, tetapi eloklah sesiapa yang ingin
mengetahuinya bertanyalah kepada ahli-ahli Usuluddin.
Dipendekkan cerita, dibentangkanlah tikar di bawah sepohon pokok. Sali yang masih mempunyai
air sembahyang diminta oleh Aki Sahak berdiri di belakang saya untuk menyambut tubuh saya
apabila rebah ke belakang. Segala apa yang hendak dilakukan oleh Aki Sahak itu memang saya
sudah ketahui. Sebenarnya Aki Sahak juga tahu bahawa saya boleh tidur sendiri dengan tidak
payah dipandu olehnya, tetapi saya sendiri berkehendakkan dia mengawas saya kalau-kalau apa
yang saya hadapi nanti sukar dilawan.
"Mulakan zikir..." bisik Aki Sahak. Saya hanya tersenyum. Kerana apa yang dicakapakan oleh Aki
Sahak itu bukanlah ditujukan kepada saya. Aki Sahak memang dapat merasa diri seseorang itu
sama ada berzikir atau tidak. Dalam beberapa saat saja saya merasakan dunia menjadi gelap.
Hanya saya dengar suara Aki Sahak saja memerintahkan saya supaya terus berzikir. Ketika ini saya
merasakan diri saya melayang ke udara. Apabila Aki Sahak menyuruh melihat diri sendiri, saya
nampak tubuh saya terbaring di atas tikar. "Sekarang kamu cari di mana anak Abang Amud yang
tenggelam di dalam lombong ni pagi tadi" suara Aki Sahak begitu jelas kedengaran ke telinga
saya.

23

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

Dengan tidak bertangguh saya rasakan diri saya terus masuk ke dalam air lombong. Semuanya
gelap gelita tidak kelihatan apa-apa. Kemudian saya dengar Aki Sahak menyuruh saya
membacakan Surah Waddhuha. Setelah saya bacakan ayat berkenaan semuanya menjadi terang
benderang. Ketika ini saya nampak di tengah lombong satu lembaga manusia yang duduk bersila
di tengah dasar lombong sambil meriba budak lelaki. "Dah jumpa" bisik saya perlahan sambil
memerhatikan kelakuan lembaga tersebut. Saya berlegar-legar di dalam air itu mahu
menghampiri lembaga yang duduk bersila di tengah dasar lombong sambil meriba budak lelaki.
Tiba-tiba dia berpaling memerhati ke arah saya. Matanya kelihatan merah menyala-nyala seperti
puntung api.
"Lepaskan budak tu..." perintah saya mengancam lembaga tersebut. Tetapi dia tidak
menghiraukan saya. Saya terus memberi isyarat supaya dia melepaskan mayat anak Abang Amud
yang diribanya. Memang saya tahu budak tersebut tidak boleh diselamatkan lagi, tetapi tidak
patut puaka air itu tidak mahu lepaskan. Kalau puaka air itu berkeras saya sudah merasakan geruh
telah menanti. Sama ada saya akan menerima geruh atau sebaliknya adalah kuasa Allah saja.
Tetapi puaka air itu tetap jenis syaitan yang menjadi musuh semua anak Adam. Syaitan juga
mempunyai ilmu yang hebat kalau anak-anak Adam tidak mempunyai cukup persediaan.
"Lepaskan!" perintah saya lagi mengancam lembaga botak itu. "Budak ini mengganggu anak cucu
aku bermain" sahut lembaga botak itu menyahut cabaran saya. "Aku cakap lepaskan!" saya terus
memberi amaran. "Mana budak tu tau anak cucu kau bermain. Kau tubuh halus, kenapa tak
menyisih semasa budak tu mandi di sini" ujar saya mengingatkan. Lembaga botak itu tetap
menggelengkan kepala. Dia berkeras tidak mahu melepaskan mayat anak Abang Amud.
"Lanarjumannakum walayamassannakum minna azabun 'alim..." saya menghembus perlahanlahan ke arah lembaga tersebut. Setiap kali saya menghembuskan nafas berpuluh-puluh anak
panah dengan api menyala menjunam ke tubuh lembaga botak itu. Saya nampak lembaga botak
itu menggeliat-geliat setiap kali anak panah berapi itu singgah ke tubuhnya. Dia menjerit-jerit
sambil meronta meminta saya berhenti membacakan ayat tersebut.
"Ampun minta maaf kami. Ampun..." laung lembaga botak itu menahan kesakitan. "Kami tahu
awak anak buah Tok Pawang Mahat. Kami tahu, tapi janganlah seksa kami macam ni" dia
merintih-rintih. "Kalau kau tak mahu dipanah dengan api, lepaskan budak tu" perintah saya lagi.
Lembaga itu tidak menyahut. Dia hanya terkial-kial merintih meminta belas kasihan dari saya.
Untuk menguji sama ada dia benar-benar mahu mengaku kalah, saya cuba berhenti dari berzikir.
Sebaik saja saya berhenti berzikir tiba-tiba dia melontarkan sesuatu ke arah saya. Berdecap rantai
besi memukul kepala saya. Belum sempat dia mengulangi untuk melemparkan rantai besi itu ke
arah saya, cepat-cepat saya menguatkan zikir di dalam hati saya. "Wah, kau nak main-main ye.
Kau nak duga aku, kau nak duga!" saya mengherdik.
Dalam keadaan ini saya mendengar suara Aki Sahak membisikkan kepada saya, "Allahu Akhbar".
Lantas saya mengucapkan Allahu Akhbar tiga kali, kemudian menghembuskan ke arah lembaga
botak itu. Seluruh kawasan lombong itu bergegar bagaikan ditimpa letusan gunung berapi. Tubuh
lembaga botak itu berputar-putar seperti debu ditiup angin. Dia melolong-lolong meminta saya
24

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

berhenti dari mengucapkan Allahu Akhbar. "Minta ampun kami, minta ampun..." dia merintihrintih menahan gegaran yang menggoncangkan seluruh kawasan lombong. "Sekarang lepaskan
budak tu! Lepaskan anak Abang Amud. Budak tu dah mati lemas, tak ada guna kau sorokkan dia"
jerkah saya mengancam. "Tolonglah berhentikan dulu gegaran ni" katanya merayu-rayu.
Apabila saya berhenti menghembuskan nafas, gegaran itu berhenti. Dia tercongok semula di
tengah dasar lombong meriba mayat anak Abang Amud. Saya lihat dia merintih-rintih seperti
orang menahan seksaan yang berat. Tetapi dia tetap berdegil tidak mahu mengalah. Dalam
keadaan tergigil-gigil menahan kesakitan itu lembaga berkenaan tidak juga melepaskan mayat
anak Abang Amud yang diribanya. "Kalau kau berdegil aku bakar kau lagi" tegas saya
mengingatkan. "Nantilah dulu tunggu sampai kami puas bermain-main dengan budak ni" dia
tersenyum mengerling ke arah saya seolah-olah mahu mengejek. "Nampaknya awak tak serik!"
bentak saya. "Kami tak mahu lawan ustaz. Kami nak bermain-main dulu dengan budak ni" ujarnya
ketawa kecil. "Kalau nak bermain kenapa tak main dengan anak cucu kau. Mau tak kalau aku
ambil anak cucu kau buat mainan?" saya cuba mengujinya. "Apa salahnya kalau ustaz nak
bertukar-tukar..." dia semakin galak ketawa.
Ketika ini saya terdengar suara Aki Sahak mengingatkan supaya syaitan jangan dilayan. Memang
syaitan sengaja melalaikan kita dengan janji-janji kosongnya. Sebab itu kalau berhadapan dengan
syaitan jangan lagi dilayan bercakap. Teruskan saja menyerang sampai dia tidak dapat bertahan.
Saya tahu memang syaitan tidak boleh dilayan. Tetapi saya cuma mahu menduga saja. Saya mahu
tahu sejauh mana permainan puaka air yang menjelma sebagai lembaga botak itu. Sebaliknya Aki
Sahak mahu saya bertindak cepat. Mungkin orang ramai yang berkumpul di darat sudah tidak
sabar lagi menunggu. Segala pertelingkahan saya dengan lembaga botak itu memang dapat
didengar dengan jelas oleh mereka. Bagi orang-orang yang tidak mengetahui seperti penyelampemyelam yang ada di situ, mungkin mereka merasakan saya sedang merepek atau bercakap
sendirian. Atau bercakap untuk memperolok-olokkan orang ramai saja.
Tetapi kuasa Allah itu tidak dapatlah hendak saya tunjukkan kepada sesiapa. Kecuali mereka yang
memahami dan mempelajarinya saja. Pengalaman yang sedang saya lalui itu hanya boleh
diketahui oleh mereka yang mengetahui tentang ilmu Allah saja. "Panah saja dengan
lanarjumannakum..." bisik Aki Sahak. Saya mendengar suara Aki Sahak sayup-sayup dari
permukaan air. "Besarkan tubuh kamu, kerana roh manusia boleh membesar tidak ada had" kata
Aki Sahak. Saya menarik nafas. Ketika ini saya nampak dengan jelas tubuh saya menjadi besar
berkali-kali ganda. Lantas saya tangkap tengkuk lembaga botak itu.
"Lepaskan" perintah saya keras. "Ampun..." sahut lembaga botak tergigil-gigil. "Taubat, kami tak
buat lagi. Kami akan lepaskan budak ni" katanya gementar. Tetapi dia tetap meriba budak itu.
"Walauanna quranna suyyirat bihiljibalu..." saya berdoa dengan khusyuk dan taqwa kepada
Allah. Lalu saya hembuskan ke kepala lembaga botak itu. Kepala itu menjadi hancur seperti debu
berterbangan. Jeritannya bergema ke segenap pelusuk. Hanya saya saja yang dapat mendengar
jeritannya yang menggema itu. Kalaulah semua orang yang berkumpul di tepi lombong itu dapat
mendengarnya, tentulah mereka sedar betapa besarnya kuasa Allah. Hanya ayat-ayat Allah saja
25

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

dapat menghancur-leburkan segala gangguan syaitan. Malah ayat-ayat yang dibacakan setiap
hari sewaktu menunaikan fardhu sembahyang itu boleh menggegarkan jantung syaitan.
Sekiranya mereka dapat melihat bagaimana terancamnya syaitan dengan ayat-ayat Allah itu,
sudah tentu mereka insaf dengan diri mereka.
Inilah yang berlaku ke atas lembaga botak jelmaan dari puaka air itu. Dia tidak dapat
menyembunyikan dirinya apabila dibacakan Surah Waddhuha. Kemudian seluruh anggotanya
menjadi debu bila dibacakan ayat-ayat Quran. Kalaulah dengan ayat-ayat Quran gunung boleh
dihancur-leburkan, apa sangatlah kepada Allah kalau mahu meleburkan makhluknya seperti
syaitan itu. Sebaik saja tubuh lembaga botak itu berkecai menjadi debu, mayat anak Abang Amud
itu terlepaslah dari ribaannya. "Sudah dilepaskan mayat budak tu, kejap lagi timbullah" saya
memberitahu Aki Sahak. "Baiklah sekarang masuk semula ke dalam tubuh kamu, dan buka mata"
saya dengar Aki Sahak memberi arahan. Perlahan-lahan saya masuk ke tubuh yang terbaring.
Kemudian semuanya menjadi gelap. Apabila saya buka mata semua orang masih mengelilingi
saya.
Tatkala saya mahu duduk, terdengar dua tiga orang memekik dari tepi lombong, "Itu dia, itu
dia...mayat budak tu dah timbul di tengah lombong" kata mereka kegembiraan. Tiba-tiba saya
tergamam bila Abang Amud memeluk leher saya. Terasa air matanya hangat menitis di atas bahu
saya. Ketika ini orang ramai sudah mula menarik jenazah anak Abang Amud ke tepi. Ketua
penyelam itu segera mendapatkan Penghulu Mukim, dan dia sibuk menyediakan laporan
mengenai gerakan mencari mayat budak tersebut. Di samping itu dia juga telah melaporkan ke
ibu pejabatnya mengenai kejayaan menemui mayat itu. Penyelam-penyelam itu juga mengambil
keputusan untuk membatalkan perkhemahan di situ, di samping mahu membawa jenazah
berkenaan ke hospital terlebih dahulu. Sementara Abang Amud membantah tidak mahu lagi
jenazah anaknya dibawa ke hospital.
Setelah Penghulu Mukim memberi jaminan kepada Abang Amud bahawa mayat anaknya tidak
akan dibedah apabila dibawa ke hospital, barulah Abang Amud setuju. Saya juga nasihatkan
Abang Amud supaya bekerjasama dengan penyelam-penyelam tersebut kerana terpaksa
membawa jenazah anaknya ke hospital terlebih dulu sebagai urusan rasminya. "Mereka juga
bersusah payah menolong Abang Amud" kata saya mententeramkan Abang Amud. "Ah, dia nak
cari nama je..." rungut Abang Amud mendongkol fasal Ketua Penyelam itu pada mulanya tidak
mahu kerjasama dari Aki Sahak. "Mereka juga sama berpenat lelah" Aki Sahak juga meningatkan
dia. "Dia datang kerana tugas, sebab itu dia perlukan bawa jenazah budak ni ke hospital. Biarlah
tugasnya selesai..." Penghulu Mukim memujuk Abang Amud.
Malam itu juga jenazah anak Abang Amud dibawa ke hospital. Sementara Penghulu Mukim
sendiri mengikutnya bagi mengelakkan dilakukan pembedahan ke atas mayat berkenaan. Kirakira pukul 2.00 pagi barulah jenazah itu dapat dibawa balik ke rumah. Semasa orang-orang
kampung berkumpul di rumah Abang Amud menunggu kepulangan jenazah anaknya, satu bunyi
menggerunkan kedengaran dari arah lombong. Bunyi itu bergaung kuat seperti air disedut. Sali
merapati saya dan bertanyakan apakah bunyi yang kedengaran dari lombong tersebut. Saya
26

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

sendiri tidak tahu apakah harus dijawab. Sebenarnya saya tidak tahu mengenai latar belakang
kampung tersebut. Tentulah saya tidak tahu kejadian yang berlaku ke atas anak Abang Amud.
Hanya beberapa minggu sebelum itu seorang pengail tua mati lemas di lombong berkenaan.
Sali bertanyakan kepada saya kerana disangkanya saya dapat melihat semua keadaan di dalam
lombong. Memanglah sukar bagi saya mahu menerangkan kepada Sali bagaimana saya melihat
lembaga botak di dalam lombong tadi, tetapi bukannya melihat semua penjuru yang terdapat di
dalam lombong. Bunyi bergaung macam air disedut itu berulang kali semakin kuat. Saya juga
terkejut dengan bunyi yang menggerunkan itu. Saya lihat Aki Sahak melelapkan mata
menggunakan makrifat mahu mencari punca bunyi tersebut. "Nampaknya dia nak minta geruh
juga" bisik Aki Sahak. Mukanya kelihatan garang seperti menghadapi musuh di hadapan. Saya
merasakan bulu roma saya tegak. Ini bukanlah bererti saya bimbang menghadapi gangguan
syaitan, tetapi secara automatik apabila zikir dikuatkan di dalam hati, bulu roma mudah saja
tegak. Apalagi tatkala mengetahui akan gangguan syaitan.
"Kalau dia nak geruh, kita bagi geruh!" sahut saya macam mencabar lawan. "Ini geruh lain yang
dipintanya" kata Aki Sahak menggertap bibir. "Dia nak minta aku sendiri. Laknat...!" kemarahan
terbayang pada wajah Aki Sahak. Ketika ini jenazah anak Abang Amud belum sampai lagi ke
rumah. Kira-kira dalam pukul 12.30 tengah malam. Bunyi bergaung macam air disedut itu cukup
jelas kedengaran kepada orang ramai yang berkumpul di rumah Abang Amud menunggu
kepulangan jenazah. "Kalau begitu kita mesti ke hospital" Sali mengesyorkan. "Mana tahu kalau
diganggunya pula jenazah budak tu" dia kelihatan cemas menghadapi suasana demikian. "Nanti
dulu..." ujar Aki Sahak. "Selalukah bunyi macam tu kedengaran?" tanya saya pada Sali "Tak
pernah..." katanya menggelengkan kepala. "Seumur hidup saya tak pernah dengar bunyi macam
tu" jelasnya semakin bertambah bimbang. "Macam mana?" Aki Sahak pula bertanya kepada saya.
"Aki dah biasa di sini, terpulanglah pada Aki" sahut saya perlahan.
Saya tahu Aki Sahak mahukan buah fikiran saya bagaimana mahu menghadapi keadaan
selanjutnya. Cuma saya dan Aki Sahak saja yang tahu mengenai hantu botak jelmaan puaka air
itu. Sebab itu dia bertanyakan kepada saya, kerana jenis puaka air ini sama juga dengan syaitan
yang mesti dimusuhi oleh anak-anak Adam. Dari Kak Liah isteri Abang Amud kami diberitahu
mengenai lombong itu adalah bermula dari sungai mati iaitu teluk sungai yang terputus apabila
sungai menjadi lurus. Kata Kak Liah nenek moyang Abang Amudlah yang menjaga lombong
berkenaan. Semasa arwah ayah Abang Amud masih hidup dia sering membuat ancak sebagai
makanan kepada penunggu di situ. Dia melakukannya adalah mengikut seperti mana dipesankan
oleh ayahnya pula. Mereka turun temurun membuat ancak di tepi lombong setahun sekali
dengan meletakkan ayam separuh masak di situ.
Tetapi setelah kedatangan Aki Sahak ke situ, Abang Amud datang belajar agama dari Aki Sahak.
Sejak itu dia tidak pernah lagi melakukan kerja-kerja memberi makan penunggu. Seperti yang
diceritakan oleh Kak Liah, sejak beberapa keturunan Abang Amud lombong itu memang sudah
ada di situ. Lombong itu berasal dari sungai mati seperti yang disebutkan tadi. Lama kelamaan
lombong berkenaan menjadi besar. Ikan banyak di situ. Ketika ini Pak Jarak merupakan pengail
27

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

di kampung tersebut. Dari Pak Jarak inilah asal usul keturunan Abang Amud kemudiannya. Tiaptiap hari Pak Jarak mengail tetapi tidak dapat ikan. Mahu menjala dia tidak berani masuk ke
tengah disebabkan lombong itu dalam. Kalau mahu menjala dari tepi saja mungkin tersangkut
pada akar-akar kayu.
Satu hari ketika hujan turun renyai-renyai Pak Jarak nampak seekor ular besar berlingkar di atas
sebatang kayu yang melintang di tengah lombong. Ketika dia ternampak ular ini mata kailnya
direntap ikan. Tetapi sayangnya mata kail dia tersangkut di dalam air. Pak Jarak menjadi serba
salah sama ada mahu turun ke air melepaskan mata kailnya yang tersangkut atau
membiarkannya begitu saja. Kalau mahu turun ke air dia bimbang akan ular besar yang berlingkar
di tengah lombong berhampiran denagn tempatnya menghulur joran kail. Dalam keadaan serba
salah ini satu lembaga botak muncul di depannya. Lembaga botak ini pula berpaut pada hujung
ekor ular tadi.
"Jarak...!" lembaga botak ini menegurnya. "Awak mengail di sini tak minta kebenaran kawan.
Lombong ini kawan yang punya..." katanya mengingatkan. "Mana aku tau awak yang punya"
sahut Pak Jarak memberanikan hati. Sedikit sebanyak dia juga memang pawang terkenal di
kampung itu. "Kawan tak mahu awak mengail lagi di sini!" kata lembaga botak itu memberi
amaran. "Aku tak peduli..." sahut Pak Jarak tersinggung dengan sikap lembaga botak berkenaan.
"Selama ini rupanya kaulah yang menyebabkan aku tak dapat ikan" jerkahnya lalu menghunus
parang. Pantas dia mencacakkan mata parang ke tanah, sambil membaca jampi serapah seperti
yang pernah dituntutnya. Lembaga botak itu menjadi marah lantas melontar Pak Jarak dengan
rantai besi. Pak Jarak menepisnya sambil menghentakkan tumit tiga kali ke bumi. Lembaga botak
itu terhuyung hayang bagaikan dadanya kena hentak dengan tumit.
"Kalau awak berkeras juga..." laung lembaga botak itu menahan kesakitan di dadanya. "Kawan
balas dendam pada anak bini awak. Anak bini awak pun selalu mengail ke sini!" katanya
mengancam. Pak Jarak menjadi serba salah. Dia tahu puaka air itu tidak dapat melawan dia,
bagaimanapun dendamnya tetap membara. Mungkin anak atau isterinya akan diganggu apabila
datang ke lombong tersebut. Dia tidak boleh menegah isteri atau anaknya supaya jangan mengail
di situ kalau tidak bersebab. Dia juga tidak boleh memberitahu mereka tentang apa yang
dilihatnya sekarang.
"Jadi awak nak apa?" soal Pak Jarak bercekak pinggang. "Lebih baik kita bersahabat" sahutnya
tegas. Tawaran puaka air itu mudah saja diterima oleh Pak Jarak. Ilmu kebatinannya yang dituntut
selama ini memberi kesan juga. Bukan mudah mahu bersahabat dengan puaka air, seperti juga
bersahabat dengan hantu raya dan lain-lain. Syarat bersahabat pun memang dia tahu. Dia perlu
memberi makan sahabatnya itu setahun sekali iaitu seekor ayam panggang masak mentah,
bertih dan darah ayam berkenaan. Setelah bersahabat dia boleh mengarahkan puaka air itu
mendapatkan apa saja keperluannya. Dia juga boleh mendapatkan pertolongan menentang
musuh-musuhnya kalau perlu apabila sudah bersahabat.

28

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

"Kalau kau mahu bersahabat, apa salahnya" ujar Pak Jarak lalu mencabut parangnya. Dia
memulangkan semula rantai besi yang dilemparkan oleh puaka air ke arahnya tadi. Di situlah
mereka berteguhan janji sebagai sahabat. "Ingat, kau jangan ganggu anak cucu dan keturunan
aku!" katanya meminta janji. "Baiklah..asal saja kita tak putus sahabat" balasnya. Selepas itu ular
yang berlingkar di atas batang melintang di tengah lombong itu menyelam semula ke dalam air
bersama lembaga botak yang berpaut pada hujung ekornya. Kemudian Pak Jarak merentap
kailnya dan dapatlah ikan kelah sebesar daun keladi. Tiap-tiap hari bila dia mengail sentiasa dapat
banyak ikan. Bagaimanapun kalau hari hujan panas dia melarang anak cucunya bermain di tepi
lombong itu. Siapa yang mengail ketika itu disuruhnya balik. Apakah rahsia hujan panas itu tidak
pernah diberinya tahu kepada anak cucunya.
"Macam itulah ceritanya..." jelas Kak Liah pada saya. "Kalau begitu..." bisik saya pada Sali. "Mari
kita ke baruh tengok apa yang ada di lombong sekarang" kata saya mengajaknya. Aki Sahak juga
membenarkan saya pergi melihat apakah sebenarnya yang berlaku di lombong. Dia sendiri
menunggu di situ saja. Kemudian saya dan Sali terus menuju ke baruh. Sali membawa lampu picit
dan berjalan di depan. Saya mengekorinya dari belakang. Ketika sampai di lombong suasana di
situ terlalu gelap. Kami menyusup di celah-celah teberau untuk memerhatikan lebih dekat
apakah yang sebenarnya berbunyi. Sali sendiri tidak pernah lagi mendengar bunyi tersebut.
Memang bunyinya sungguh menggerunkan.
Saya menyuruh Sali memadamkan lampu picit terlebih dulu. Oleh itu kami terpaksa merempuh
belukar teberau itu dalam keadaan gelap gelita. Sebaik saja sampai di tebing lombong, terdengar
bunyi bergaung itu seperti air disedut. Tidak ada apa-apa yang kelihatan walaupun bunyinya
terlalu hampir dengan kami. Sali terdiam tidak bercakap apa-apa. Saya tahu dia benar-benar
dalam ketakutan. "Jangan-jangan naga tak ustaz?" bisiknya gementar. "Entahlah" jawab saya,
kerana cerita naga ini tidak terlintas langsung di kepala saya. "Sebenarnya inilah lombong yang
dipanggil orang lombong guntung" beritahunya perlahan dalam keadaan cemas. "Kalau hari
hujan panas pernah orang nampak ular besar timbul di tengah lombong" katanya tidak pernah
renggang dari saya.
"Kau pernah nampak?" tanya saya menduga. "Tidak.." katanya sambil memerhati ke tengah
lombong. "Pernah mengail?" soal saya lagi. "Ada juga.." jelasnya. "Kadangkala menjala juga
dengan orang kampung" dia menerangkan selanjutnya. "Tak ada pula jumpa ular?" saya
kehairanan dengan keterangan dia. "Selalunya Abang Amud bakar kemenyan barulah orang
berani mencari ikan" Sali menceritakan kepada saya latar belakang sebenarnya lombong guntung
itu. Mengapakah dipanggil lombong guntung Sali juga tidak tahu, kononnya nama itu sudah ada
sejak turun temurun.
Saya hanya mengangguk-angguk saja mendengar cerita Sali. Mungkin orang bandar mengatakan
itu sebagai tahyol, tetapi bagi saya bukannya perkara mustahil. Di dalam Quran pun ada
disebutkan tentang peranan syaitan yang menjadi musuh setiap insan. Syaitan yang nyata ialah
perbuatan seseorang insan itu, tetapi syaitan yang tidak nyata adalah makhluk halus yang tidak
boleh dilihat dengan pancaindera. Bagaimanapun apakah caranya saya hendak menerangkan
29

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

kepada Sali tentang puaka air yang disebutkan tadi. Memang cerita Kak Liah itu juga dianggap
tahyol. Tetapi apa yang diceritakan oleh Kak Liah, sudah dapat saya lihat sendiri melalui makrifat
yang dilakukan oleh Aki Sahak. Itulah lembaga botak yang dikatakan pernah ditemui oleh Pak
Jarak.
Sayangnya Pak Jarak cuma mempunyai ilmu pawang, bukannya ilmu agama. Maka dia telah
menerima syaitan menjadi sahabatnya. Sepatutnya seseorang insan tidak boleh menjadikan
syaitan itu sahabat, sebaliknya mestilah menggunakan syaitan itu sendiri untuk melawan syaitan
yang lain. Sebenarnya kita boleh menggunakan syaitan, tetapi jangan biarkan diri kita digunakan
oleh syaitan. Cara bersahabat yang dibuat oleh Pak Jarak, memang selalu digunakan oleh
pawang-pawang di masa lalu. Cara bersahabat ini secara tidak langsung telah menjadikan diri kita
dipergunakan oleh syaitan.
Insan berhak memerintah syaitan seperti yang pernah dilakukan oleh Nabi Allah Sulaiman
'Alaihissallam. Dan ilmu syaitan tidak akan dapat mengatasi ilmu insan seperti diterangkan dalam
Quran mengenai Nabi Allah Sulaiman 'Alaihissallam. Tatkala Nabi Allah Sulaiman 'Alaihissallam
mahukan istana Puteri Ratu Balqis dipindahkan dan dibawakan kepadanya, jin Afrit yang
merupakan syaitan paling tinggi ilmunya telah menyahut seruan Nabi Allah Sulaiman
'Alaihissallam berjanji akan membawa istana Balqis sebelum sempat Nabi Allah Sulaiman
'Alaihissallam bangun dari duduk. Tetapi seorang insan telah menyahut dengan berjanji akan
membawa istana Balqis sebelum sempat mata Nabi Allah Sulaiman 'Alaihissallam berkedip. Ini
menunjukkan ilmu syaitan tidak akan dapat menandingi ilmu insan. Jadi, mengapakah kita
mengambil jalan bersahabat dengan syaitan? Hal ini susah saya hendak terangkan kepada Sali.
Lama saya dan Sali berdiri di tepi tebing lombong itu, tetapi tidak ada lagi bunyi menggerunkan
seperti tadi. Kalau ada bunyinya saya akan menyuruh Sali menyuluh, walaupun saya tahu kalau
disuluh pun tentulah tidak akan kelihatan apa-apa. "Dah tak ada bunyinya.." keluh Sali pendek.
"Pukul berapa sekarang?" saya bertanya. Sali menyuluh jam tangannya "Dekat pukul dua..."
beritahunya perlahan. "Kita balik dulu..." ujar saya menepuk bahunya. "Kalau ada lagi bunyinya,
esok kita ajak Aki Sahak kerjakan" terus saya tolak dia suruh berjalan di hadapan. Sali tidak
menyahut. Dia memasang lampu picit semula merempuh belukar teberau. Ketika berdiri di
tebing lombong itu sempat juga saya membaca Ayatul Kursi sebanyak 133 kali. Sepanjang
perjalanan balik itu tidak ada pun kami dengar bunyi macam air disedut itu lagi. Semasa kami
sampai di halaman rumah Abang Amud itulah, jenazah anaknya baru sampai dibawa balik dari
hospital.

30

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

004. PAK KAMAT MENUNGGANG HARIMAU

SUDAH lama saya tidak balik ke kampung. Kalau tidak ada hal mustahak memang jarang saya
balik. Lagipun ayah saya sering mengirim surat memberitahu khabar berita di kampung.
Bagaimanapun dalam bulan Ogos 1975 saya balik juga menemui kedua orang tua. Tergerak saja
hati saya mahu balik menemui mereka.
Ketika saya balik emak saya masih dalam kesedihan. Heran juga saya mengapa emak dalam
kesedihan kerana semasa mengirim surat ayah saya tidak ada memberitahu apa-apa tentang
berita tidak baik. Rupanya emak bersedih disebabkan dua ekor lembunya mati. Seekor lembu
dara tengah naik tubuh dan seekor lagi induk lembu sudah dua kali beranak. Inilah yang
menyedihkan emak saya. Dia memang sayang pada binatang-binatang ternakannya. Emak
pernah sugul sampai dua minggu kerana kucing kesayangannya mati ditetak orang dengan
parang. Sempat kucing itu balik ke rumah dengan belakangnya terbelah akibat ditetak dengan
parang. Emak terpaksa membasuh luka kucing itu dan dibubuh ubat. Bagaimanapun dua hari
kemudian kucing tersebut mati juga kerana lukanya sudah berulat.
"Kalau jual lembu tu tak kurang dari tujuh ratus ringgit seekor" ujar emak masih dalam kesedihan.
"Tapi, bukan duitnya yang kita kenang. Mengapa orang sampai hati menganiaya binatang" tegas
emak terharu dengan nasib yang menimpa binatang ternakannya. Misalnya kucing kesayangan
dia yang ditetak dengan parang itu. Apalah dosa kucing itu sampai tergamak tangan manusia
menetaknya dengan parang. Di manakah letaknya perikemanusiaan sebagai makhluk yang
termulia dijadikan Allah sehingga sanggup melakukan perbuatan yang lebih hina dari seekor
haiwan.
"Lembu tu kena racun ke?" tanya saya perlahan. Emak tidak menjawab. Dia masih menahan
kesedihan akibat kematian dua ekor lembu itu. Memang emaklah yang mengembala lembu
tersebut. Emak ada memelihara enam ekor lembu. Dia tidak melepaskan lembunya seperti
kebanyakan lembu yang diternak di kampung kami. Emak hanya menambatkan saja lembunya di
tengah sawah kami yang tidak dapat dikerjakan kerana tidak dapat bekalan air secukupnya.
Tengahari emak akan mengembala lembu-lembunya ke sungai untuk diberi minum. Kemudian
ditambat semula. Dalam satu hari itu emak perlu mengalihkan lembu tiga empat kali saja
ditambat ke tempat yang ada kawasan rumput. Jadi, adalah mustahil boleh termakan racun
lembu-lembu berkenaan.
"Boleh jadi Cina meracun di kebun pisang agaknya" saya mengagak kalaulah benar lembu-lembu
itu termakan racun. "Kadangkala bekas dia meracun tu boleh membahayakan kalau tak dicuci
bersih" jelas saya lagi. "Racun apa...?" ayah saya mendengus. "Dua gulung kawat mata punai
sebesar tekoh dalam perutnya" beritahu ayah saya terbatuk-batuk. "Kawat mata punai...?" saya
keheranan. "Orang Jabatan Haiwan yang belah perut lembu-lembu tu. Mereka tunjukkan kawat
mata punai tu" kata ayah saya menahan perasaan terharu bila mengenangkan peristiwa tersebut.
Itulah yang mengherankan emak saya. Semasa dimasukkan ke dalam kandang emak dapati
31

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

semua lembunya sihat petang tersebut. Malamnya, ketika ayah saya membetulkan unggun api,
tidak ada tanda-tanda mencurigakan ke atas semua lembunya. Esok paginya apabila ayah saya
mahu ke kebun dilihatnya seekor lembu sudah terkinjal-kinjal.
Ayah saya cuba memulihkan dengan cara mendoakan pada garam. Tetapi dia tidak berjaya.
Sebab itulah ayah saya terus memberitahu Pejabat Haiwan Daerah. Kalau tidak dapat dipulihkan
pun, boleh juga dijual ke pasar sekiranya pihak Pejabat Haiwan mendapati tidak ada penyakit.
Ketika ayah saya membawa Pegawai Pejabat Haiwan seekor lagi lembunya tergolek. Sempatlah
ayah saya menyembelih kedua-dua ekor lembu tersebut. Pihak Pejabat Haiwan mendapati tidak
ada apa-apa penyakit. Untuk mempastikan sama ada termakan racun atau tidak maka mereka
pun membelah perut lembu tersebut. Alangkah terperanjatnya mereka mendapati segulung
kawat mata punai sebesar tekoan air di dalam perut lembu itu. Kedua-duanya terdapat segulung
seekor yang sama besarnya. Setelah disahkan tidak ada termakan racun, daging lembu dijual di
pasar borong saja seratus ringgit seekor.
Tidakkah mengherankan bagaimanakah segulung kawat mata punai sebesar tekoan air boleh
terdapat di dalam perut lembu. Kalau pun lembu makan menelan seperti ular tentu tidak tertelan
kawat mata punai seperti itu. Apa lagilah lembu makan mengunyah. Tetapi bila memikirkan
tentang kekuasaan Allah, maka tidaklah mengherankan. Allah Maha Pemurah lagi Maha
Mengasihani, tentulah apa saja permohonan dari makhluknya hatta dari syaitan pun akan
dimakbulkanNya. "Subhanallah..." keluh saya apabila mendengar cerita dari ayah saya. "Ah, siapa
lagi, tentu orang tu yang punya kerja" ujar isteri pula geram. "Jangan menuduh!" ayah saya
mengingatkan. "Kita tak boleh menuduh, kerana kita tak tau" jelasnya perlahan. Isteri saya
terdiam. Dia sendiri tidak dapat mengawal perasaan bila mendengar cerita tadi. Sudah kerapkali
saya ingatkan dia supaya tidak mengesyaki orang apabila menerima satu-satu musibah. Serahkan
saja pada Allah menentukan yang hak dan yang batil.
"Mujur kena pada binatang" emak saya pula bersuara. "Kalaulah terkena pada manusia.."
keluhnya terasa ngeri. Memang ngeri kalaulah segulung kawat mata punai sebesar tekoan air di
dalam perut salah seorang keluarga saya. Ini bukanlah kerja syaitan, tetapi kerja manusia yang
diperalatkan oleh syaitan. Lama saya terdiam memikirkan apakah tujuan mereka melakukan
kerja demikian. Apakah yang menyebabkan orang sakit hati kepada keluarga kami sampai
sanggup membuat kerja-kerja yang tak berfaedah. Takdirnya salah seorang keluarga saya
menderita akibat perbuatannya, apakah faedah yang mereka perolehi? Disebabkan fikiran
mereka tidak sampai ke situlah maka mereka tergamak melakukannya. Mujurlah Allah masih
memberikan pertolongan kepada hambaNya yang lemah. Allah menggelincirkan matlamat orang
yang mempunyai perasaan irihati itu dan menyebabkan lembu menjadi sasaran. Sudah tentulah
matlamat awalnya ialah dua orang dari keluarga saya.
"Dia nak tujukan pada ayah dan kau..." beritahu ayah saya apabila emak dan isteri saya sudah
masuk ke dalam. Saya hanya mengangguk-angguk saja. Ini adalah sebahagian dari dugaan kepada
mereka yang mengamalkan ilmu-ilmu Allah. Musuh sentiasa berada di sekeliling pinggang.
Kebanyakan musuh-musuh itu adalah terdiri dari manusia biasa yang diperalatkan oleh syaitan.
32

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

Mereka yang mengamalkan ilmu-ilmu syaitan sentiasa panas miang seperti terganggang ke api,
apabila terserempak dengan mereka yang mengamalkan ilmu-ilmu Allah. Sebab itulah mereka
tidak senang diam apabila keadaan mereka terancam. "Kalau kau nak tengok sendiri, cubalah..."
ujar ayah saya tersenyum. Saya tahu maksudnya menyuruh saya melakukan pengubatan cara
tidur itu. "Tak payahlah" sahut saya menyesali kejadian yang menimpa di tengah keluarga saya.
"Perkara dah lepas, sudahlah" ujar saya selanjutnya.
Saya percaya dengan kata-kata ayah saya bahawa ada orang berniat tidak baik kepada diri saya
dan ayah saya. Seperti saya katakan tadi Allah telah menolong hambaNya yang lemah dari
dianiaya. Maka itulah sasaran orang berniat jahat tidak tepat, lalu terkena kepada dua ekor
lembu. Sebenarnya kalau Allah mengizinkan perbuatan mereka adalah tidak mustahil kalau
sasarannya mengenai kami berdua. Ayah saya sendiri pernah menerima akibat dari perbuatan
orang yang tidak menyenanginya. Kisahnya berlaku semasa saya masih kecil lagi dan aruah Tok
Aji iaitu tok aki saya masih hidup lagi.
Di kampung ayah saya dikenali dengan panggilan Bilal Hud kerana dia menjadi bilal di surau
kampung itu. Untuk menyara hidup masa itu ayah saya bekerja mengambil upah membuat kerjakerja bertukang. Pak Kamat telah mengajaknya mengambil kontrak mengangkut pasir iaitu
menggali sungai untuk membuat empangan air. Ajakan Pak Kamat ini diterima oleh ayah saya,
memandangkan mereka berkawan baik. Dari segi umur memang Pak Kamat lebih tua dari ayah
saya, tetapi mereka berkawan baik kerana ada persefahaman. Sebenarnya Pak Kamat merupakan
seorang pawang terkenal juga. Seminggu mereka sama-sama bekerja mengangkut pasir, tiba-tiba
hujan panas turun. Pak Kamat mengajak ayah saya berteduh di bawah rumpun buluh yang
berdekatan.
Semasa mereka berteduh di bawah rumpun buluh inilah ayah saya melihat Pak Kamat berdiri
secara tiba-tiba. Pak Kamat mendongak dengan muka meradang. Kemudian segumpal asap
berpusar-pusar di udara lalu tergendeng macam papan liang lahad mahu menyerkup mereka
berdua. Pak Kamat membaca menteranya dan dihembuskan ke arah asap berkepul tergendeng
macam papan itu. Kemudian papan itu berkecai terus membentuk satu lembaga besar seperti
orang berdiri terkangkang. Asap yang berbentuk lembaga orang terkangkang terbatuk-batuk
beberapa kali. "Kau jangan mungkir janji Kamat!" bentak lembaga itu keras. "Janji apa...?" sahut
Pak Kamat mendongak ke langit kerana lembaga itu terlalu tinggi seolah-olah kepalanya
mencecah ke awan. "Kau tau janji kau aje, janji aku kau tak peduli..." dia menggertap bibir.
"Kamat...!" asap berbentuk lembaga menyeru namanya. "Jangan menyesal kemudian" katanya
memberi amaran. Asap berbentuk lembaga itu hilang kemudiannya. Sebaik saja asap berbentuk
lembaga manusia itu hilang, hujan panas pun berhenti. Pak Kamat pucat setelah diganggu oleh
hantu timggi yang menjelma tiba-tiba.
"Bilal Hud, biarlah kawan balik dulu" katanya perlahan dalam keadaan rusuh. "Kalau awak nak
balik marilah sama, kalau nak habiskan kerja, suka awaklah..." ujarnya semakin resah. "Biarlah
kawan habiskan kerja ni dulu Abang Kamat" sahut ayah saya. Memang ayah saya tidak mahu
kerja bertangguh-tangguh. Kalau boleh dia mahu cepat siapkan. Lagipun Pak Kamat sudah
33

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

berjanji membayar wang secara berkongsi mengenai kerja kontrak mengangkat pasir itu. Ayah
saya pula menjadi kepala (ketua) beberapa orang lagi pekerja di situ. Sebab itu ayah saya tidak
boleh balik bagi mengawasi mereka yang bekerja. "Kalau begitu biar kawan balik, kawan rasa tak
sedap badan" ujar Pak Kamat serba salah mengingatkan kejadian yang baru menimpa dirinya
tadi. Sebenarnya semasa hantu tinggi menjelma dalam bentuk kepulan asap tadi, tidak siapa pun
menduga ianya sedang berbalah dengan Pak Kamat. Ayah saya sendiri tidak tahu. Begitu juga
dengan pekerja-pekerja yang mengangkut pasir seramai sembilan orang itu, mereka juga tidak
tahu kejadian yang menimpa Pak Kamat sebentar tadi.
Setelah Pak Kamat balik, mereka semua meneruskan kerja menggali sungai dan mengangkut
pasir bagi tujuan membuat empangan air. Projek empangan air itu dibuat zaman penjajah bagi
membekalkan air ke sawah-sawah. Kerajaan orang putih ketika itulah memberikan kontrak
tersebut kepada Pak Kamat. Apabila balik ke rumah Pak Kamat masih tidak dapat melelapkan
mata semalaman itu. Walaupun dia seorang pawang terkenal tetapi keadaan yang dialaminya
sekarang sukar untuk diatasi. Sebagai seorang pawang memanglah caranya bersahabat dengan
jenis-jenis syaitan seperti hantu tinggi. Kalau dia tidak memenuhi kehendak sahabatnya maka
dirinya atau keluarganya akan menerima padah. Dia mesti memenuhi kehendak sahabatnya bagi
membolehkan sahabatnya sentiasa mendampingi dia. Mudahlah dia memenangi hati Tuan
Pegawai Daerah mendapatkan kerja-kerja seperti menggali sungai itu selagi sahabatnya sentiasa
berdamping.
Puas dia memikirkan bagaimanakah caranya untuk mengatasi masalah tersebut. Kesalahannya
pada sahabatnya kecil saja, tetapi bagi sahabatnya adalah besar. Sebenarnya dia terlupa
membuat semah semasa memulakan kerja seminggu sebelum itu. Pak Kamat tidak menyembelih
kambing sebagai semah dan menyimbahkan darah kambing di kawasan tempat kerja. Semah
inilah kononnya yang dituntut oleh sahabatnya. Apabila dia tidak melakukan semah maka galang
gantinya adalah nyawa manusia. Inilah yang menyulitkan Pak Kamat. Sudah tentulah korban yang
dikehendakinya itu salah seorang dari pekerja di situ. Mungkin ada mala petaka yang menimpa
pekerja-pekerja seramai sembilan orang, sama ada tergelincir mati lemas di dalam sungai, sama
ada terkena cangkul, dan sebagainya. Pak Kamat tidak mahu pekerja-pekerjanya menjadi mangsa
ketika membuat kerja-kerja tersebut.
Esoknya Pak Kamat datang juga ke situ. Dia telah memberitahu ayah saya mengenai masalah
dirinya. Memang kepada ayah sayalah dia meluahkan masalah dia. Sebab itulah persahabatan
mereka sangat baik. "Susah betul hati kawan Bilal Hud..." keluhnya bila mengenangkan amaran
hantu tinggi yang direnungnya semalam. "Awak yang salah, adakan hantu dibuat sahabat" ujar
ayah saya bergurau. Sebenarnya ayah saya tidaklah percaya sangat denagn perkara-perkara
demikian . Dia hanya menganggap tahyol saja. "Ini bukan main-main Bilal" tegasnya meyakinkan
hati ayah saya. "Beginilah Abang Kamat..." ayah saya masih juga bergurau kerana disangkanya
Pak Kamat terlalu percaya dengan perkara tahyol. "Kalau dia nak sangat, suruh ajelah jumpa
kawan" katanya tersengih-sengih. "Awak jangan cakap macam tu Bilal" Pak Kamat mengingatkan.
Mukanya menjadi pucat bila mengenangkan sahabatnya menuntut janji itu. "Kawan bukan cakap
main-main. Ini perkara tak boleh main-main Bilal..." ujarnya. Ayah saya tetap dengan
34

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

pendiriannya menganggap tahyol saja perkara-perkara yang dihadapi oleh Pak Kamat. Dia
percaya disebabkan Pak Kamat terlalu percaya kepada tahyollah menyebabkan dirinya sentiasa
dibayangi oleh khayalan tahyol itu. Bagi Pak Kamat tentulah sukar mahu menerangkannya bila
ayah saya tidak percaya akan kata-katanya.
Hari itu sekali lagi hujan panas turun. Semua pekerja berlindung di bawah rumpun aur
berdekatan. Sekali lagi Pak Kamat melihat kepulan asap datang dan terdiri lembaga manusia yang
tinggi, kepalanya sampai mencecah ke awan. Seperti semalam juga lembaga itu datang menuntut
janjinya. Ketika ini Pak Kamat teringat akan kata-kata ayah saya mahu bertemu dengan
sahabatnya itu. Tetapi Pak Kamat tidak sampai hati mahu memberitahu perkara tersebut.
Lagipun dia sudah lama berkawan dengan ayah saya. Hubungan mereka sudah macam adik
beradik. Dia tahu ayah saya cuma bergurau saja semasa bercakap demikian. "Awak berilah kawan
berfikir sehari dua..." Pak Kamat menengadah hantu tinggi yang menjelma dalam kepulan asap.
"Awak nak suruh Bilal Hud lawan kawan?" jerkah lembaga tersebut marah. "Heh, awak jangan
macam tu!" terkejut juga Pak Kamat kerana lembaga itu dapat mengagak apa yang tersirat di
hatinya. "Awak jangan nak menipu kawan, Kamat" bentaknya semakin marah. "Fasal Bilal Hud
awak lupa beri kawan makan..." dia mengingatkan Pak Kamat lagi. "Awak jangan mungkir janji,
Kamat. Nanti awak juga yang susah" tegas lembaga itu memberi amaran.
Pak Kamat bertambah gementar. Dia semakin takut mendengar amaran yang diberikan. Selama
ini dia sentiasa mematuhi apa saja kehendak sahabatnya. Dia tahu padahnya kalau membantah.
Memang perkara ini tidak dapat diterangkannya kepada sesiapa saja, kerana pertemuan dia
dengan sahabatnya tidak dapat disaksikan dengan pancaindera biasa. Tentulah semua orang
menganggapnya tahyol belaka, seperti ayah saya menganggap dia. Bagaimanapun orang-orang
kampung heran juga melihat keadaan dirinya. Walaupun umurnya sudah meningkat lebih lima
puluh tahun, tetapi susuk badannya masih tampan. Malah dia kelihatan seakan-akan sebaya
dengan anak lelakinya sendiri yang sudah berumur tiga puluh tahun. Dia juga boleh mengangkat
barang yang berat-berat seperti batang sagu yang tidak dikerat-kerat, kayu tiang jambatan dan
sebagainya. Kekuatan dan ketampanannya memang mengkagumkan orang. Tetapi orang tidak
tahu rahsia di sebalik kekuatan dan ketampanan dia selama ini.
"Fasal Bilal Hud, awak lupakan kawan!" bentak lembaga tinggi di dalam kepulan asap itu. "Bukan,
dia tak ada kena mengena" Pak Kamat mempertahankan ayah saya. "Kalau awak tak berkawan
dengan dia, tentu awak tak lupa nak beri kawan makan..." katanya mengingatkan Pak Kamat.
"Tidak, bukan salah dia" ujar Pak Kamat serba salah. "Kawan yang salah. Berilah kawan tempoh
berfikir sehari dua lagi" jelasnya cuba mententeramkan kemarahan sahabatnya itu. Selepas itu
asap berkepul itu hilang dari pandangan mereka yang sama-sama berteduh di bawah rumpun
aur. Mereka tidak sedar bahawa kepulan asap itu ialah jelmaan hantu tinggi yang hanya dapat
dilihat oleh Pak Kamat. Setelah kabus tebal itu hilang, hujan panas juga turut berhenti. Mereka
kembali membuat kerja masing-masing. Seperti semalam juga Pak Kamat balik dulu kerana tidak
sihat badan. Ayah saya terus menggantikannya mengawas pekerja-pekerja. "Kalau kawan tak
datang esok, awak sajalah teruskan Bilal" pesannya semasa mencapai basikal untuk balik ke

35

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

rumah. "Kalau Abang Kamat tak sihat, berehatlah di rumah dua tiga hari dulu" beritahu ayah saya.
Kesihan juga dia melihat Pak Kamat seperti orang tidak siuman setiap kali hujan panas turun.
Esoknya memang Pak Kamat tidak datang. Ayah saya menjangka tentulah Pak Kamat sakit. Sejak
semalamnya lagi dia sudah melihat Pak Kamat tidak cukup sihat. Mukanya pucat dan sentiasa
rusuh tidak tenteram. Bagaimanapun kerja-kerja menggali sungai diteruskan juga. Ayah saya
mahu kerja-kerja itu disiapkan seperti yang telah dijanjikan. Paginya apabila dia dan pekerjapekerjanya sampai di tempat kerja didapati pasir yang sudah dinaikkan ke tebing semuanya
sudah ditolak semula ke dalam sungai. Pasir sudah bertimbun semula di dalam sungai. Sekurangkurangnya memakan masa seminggu untuk mengangkutnya naik ke tebing semula. Bermakna
kerja mereka bertambah lewat seminggu.
"Macam mana ni Bilal...?" salah seorang yang bekerja di situ bernama Usin Rimau bertanya.
Heran juga dia bagaimana pasir-pasir tersebut boleh dikaut semula masuk ke sungai. Kalau kerja
manusia tentu sekurang-kurang tiga puluh atau empat puluh orang yang melakukannya. Ayah
saya juga heran. Bagaimanapun dia menyuruh mereka semua mengangkut semula pasir naik ke
tebing. "Susah kita macam ni, Bilal" kata Usin Rimau lagi. "Kita buat ajelah kerja kita" ayah saya
mententeramkan pekerja-pekerja yang naik radang melihat keadaan tersebut. Hari itu mereka
terus bekerja seperti biasa. Terpaksa bersusah payah mengangkut semula pasir naik ke tebing.
Sama ada lambat atau cepat siap kerjanya mereka sudah tidak peduli lagi. Tetapi yang bermain
di fikiran mereka siapakah punya angkara yang melakukannya. Petangnya apabila mereka balik
ke rumah semua perkakas-perkakas kerja mengaut semula pasir di tebing ke dalam sungai.
Tetapi anehnya apabila mereka datang lagi esok paginya, semua pasir yang ada di tebing sudah
dikaut ke dalam sungai. Ayah saya mula mengesyaki sesuatu. Tidak mungkin ianya dilakukan oleh
manusia. Adalah mustahil manusia datang pada sebelah malam semata-mata mahu mengaut
pasir di tebing dimasukkan ke dalam sungai. "Tak apalah petang nanti aku jumpa Pak Kamat" ujar
ayah saya kesal dengan kejadian tersebut. "Lebih baik kita intai saja malam ni Bilal" Usin Rimau
mencadang. Geram juga dia kerana ada orang berani mengganggu kerjanya. Kalau berani
mengapa tidak berani melakukan ketika semua pekerja-pekerja ada di situ. Mengapa mesti
bersembunyi kalau mahu tunjuk keberanian?
"Awak semua letih..." ayah saya tidak mahu menyiasatnya. Dia bimbang kalau bertemu dengan
orang yang melakukan tentulah terjadi pergaduhan. Masakan pekerja-pekerja yang sudah
berpenat lelah itu dapat menahan sabar, bila ada orang cuba mengkhianati kerja mereka. "Awak
semua letih, buat apa nak berjaga-jaga malam hari. Ini semua kerja aku dengan Pak Kamat,
serahkan saja pada kami" kata ayah saya meminta Usin Rimau bertenang. Tempat mereka
mengangkut pasir itu memang jauh dari kampung, kira-kira sebatu jaraknya ke pinggir hutan.
Sudah tentulah bukan kerja orang-orang yang tinggal di kampung mahu ke situ semata-mata
mahu mengkhianati kerja mereka. Lagipun siapa orang yang berani memperolok-olokkan kerja
Pak Kamat, kerana mereka semua tahu projek mengangkut pasir itu kepunyaan Pak Kamat.
"Kawan seorang pun sanggup mengintainya, Bilal..." Usin Rimau menggertap bibir sambil

36

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

menggenggam hulu parangnya. "Biar malam ni kawan intai, kawan nak lihat jantan siapa berani
mengganggu kerja kita" ujarnya bersemangat.
Semua pekerja-pekerja itu sanggup menyiasat siapa yang mahu melakukan kerja mengaut
semula pasir ke dalam sungai. Mereka serentak bertekad akan menentang musuh yang
mengkhianati mereka. Soal sudah letih kerana bekerja seharian tidak perlu difikirkan. Mereka
tidak mahu tenaga mereka menjadi sia-sia akibat perbuatan orang yang mengkhianat. Mahu
tidak mahu ayah saya terpaksa mengalah. Dia juga bersetuju untuk sama-sama menyiasat. Kalau
kerja manusia, apakah tujuan mereka melakukannya? Siapakah yang menyuruh? Apakah
faedahnya? Adakah mereka mendapat keuntungan apabila mengganggu kerja-kerja tersebut.
Kalaulah kerja itu cepat siap tentu semua orang kampung akan senang. Kerajaan akan membina
empangan batu di situ yang boleh menampung pengairan ke sawah meliputi satu mukim yakni
termasuk beberapa kampung seperti Kampung Tegom, Kampung Gasing, Kampung Cendak,
Kampung Lepam, Kampung Tangah dan Kampung Hilir. Pesawah-pesawah tidak perlu lagi
menggunakan empangan papan menampung air dari anak-anak sungai kecil bagi mendapatkan
bekalan air.
Kadangkala terpaksa berkongsi tujuh lapan orang untuk membina empangan papan. Sawah
mereka juga kekurangan air kecuali di bahagian berhampiran dengan anak-anak air. Tetapi
rancangan mendirikan empangan batu itu boleh mengairkan kawasan tinggi, yang selalunya tidak
dapat ditanam padi kerana tidak dapat air. Alangkah baiknya kerja-kerja untuk mempercepatkan
pembinaan empangan batu tersebut. Sebab itu ayah saya tidak percaya orang-orang dari
kampung yang melakukannya. Walau bagaimanapun kerana Usin Rimau dan kawan-kawannya
sanggup menyengkang mata untuk menyiasat, ayah saya juga bersedia mengikut kemahuan
mereka. Di samping itu mereka juga tidak mahu memberitahu Pak Kamat, kerana orang tua itu
masih tidak sihat. Mereka tidak mahu mengganggu Pak Kamat, mana tahu penyakitnya akan
bertambah teruk bila mendengar kejadian yang menimpa pekerja-pekerjanya.
Kira-kira jam 11 pagi hujan panas turun lagi seperti beberapa hari sebelumnya. Mereka semua
berteduhan di bawah rumpun aur yang berhampiran di situ sementara menunggu hujan panas
berhenti. Tidak lama kemudian ayah saya merasa sakit kepala. Dia memberitahu Usin Rimau
kepalanya terlalu sakit bagaikan ditusuk dengan besi tajam. Tiba-tiba saja ayah saya pengsan
tidak sedarkan diri menyebabkan semua pekerja-pekerja kelam-kabut. Sebaik saja hujan panas
berhenti Usin Rimau pun menyuruh kawan-kawannya tinggalkan saja kerja dan membawa ayah
saya balik ke rumah. Sampai di rumah ayah saya masih belum sedarkan diri. Satu hari satu malam
keadaannya tetap tidak berubah. Memandangkan keadaan semakin tenat, nenek saya menyuruh
panggilkan saja Pak Kamat. Cuma Pak Kamat saja di kampung itu yang dikenali sebagai pawang.
"Pak Kamat pun sakit..." beritahu Usin Rimau. "Kalau begitu panggilkan Mahat" kata nenek saya
seterusnya. "Agaknya Mahat boleh mencuba-cubakan..." jelasnya supaya diberitahu segera Pak
Tua Mahat saya, iaitu anak nenek saya yang tua.
Dalam masa Usin Rimau masih teragak-agak mahu memanggil Pak Tua Mahat, Tok Aji pun sampai
bersama nenek saya sebelah ayah. Mereka berdua sudah pun diberitahu mengenai ayah saya
37

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

yang tiba-tiba saja pengsan. "Macam mana anak kita ni besan?" tanya Tok Aji pada nenek saya.
"Entahlah Aji..."sahut nenek saya rusuh. "Kena dekat tempat dia mengangkut pasir itulah. Tak
semena-mena hujan panas kata Usin, lepas tu teruslah dia tak sedar diri" beritahu nenek. Tidak
lama kemudian Usin Rimau pun terus memanggil Pak Tua Mahat. Apabila dia sampai nenek pun
menyuruh Pak Tua Mahat mengubati ayah saya yang terlantar tidak sedarkan diri.

38

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

005. DIA BERLARI DI ATAS AIR


SUDAH ramai orang menziarahi Aki Sahak semasa saya sampai bersama isteri saya dan Sali.
Sepanjang jalan untuk ke rumah Aki Sahak saya berfikir bagaimana Aki Sahak boleh muntah
darah. Bagaimanapun saya belum dapat memastikan macam mana keadaan Aki Sahak
sebenarnya.
Hendak bertanya pada Sali pun saya fikir tidak penting. Lagi pun Sali dalam keadaan gelabah tidak
tahu apa mahu dibuat. Bila Abang Amud suruh memanggil saya, dia panggil. Makda Saodah suruh
dia panjat kelapa ambil buah kelapa muda, dia panjat. Itu saja yang dia tahu. Ketika saya masuk
mendapatkan Aki Sahak, saya lihat Abang Amud ada duduk di kepalanya. Manakala Tonel sedang
menyudukan air kelapa muda yang dijampi oleh Abang Amud.
"Macam mana jadi ni?" saya duduk sebelah Tonel. "Emm, dah geruh macam mana pula" sahut
Aki Sahak tenang. Saya lihat beberapa helai kain sudah basah dengan darah yang keluar dari
mulut Aki Sahak. Teringat saya kepada kata-kata Aki Sahak semasa terdengar bunyi air disedut
dekat lombong semasa anak Abang Amud mati lemas. Aki Sahak pernah menyebut puaka
lombong mahukan geruh dia. Bererti puaka lombong mahukan Aki Sahak sendiri menjadi galang
ganti.
Heran juga saya bagaimana Aki Sahak boleh terlalai sehingga puaka lombong dapat mengganggu
dia. Tetapi ini bukanlah mustahil kerana manusia ini ada kelebihannya dan ada kelemahannya.
Musuh manusia akan sentiasa menunggu kelemahan itu. Begitulah yang terjadi kepada seorang
ulama di Seremban iaitu mufti Negeri Sembilan. Saya mendapat tahu Allahyarham merupakan
ulama yang doanya selalu menolong orang ramai. Tetapi beliau juga menghembuskan nafas
akibat muntah darah juga.
Jadi, tidaklah heran perkara yang sama boleh berlaku ke atas Aki Sahak. Sedangkan ulama besar
seperti mufti itu pun bila sampai masanya tidak dapat mengelak dari geruh, apakan pula Aki
Sahak yang cuma belajar pondok. Semuanya telah ditentukan oleh Allah. Bagaimanapun Aki
Sahak masih kelihatan segar, walaupun darah banyak keluar dari mulutnya. "Buatlah apa-apa
patut ustaz..." bisik Abang Amud perlahan. Saya tidak menyahut. Saya memerhatikan pelupuk
mata Aki Sahak. Pelupuk mata itu masih segar. Cuma bibirnya agak lebam sedikit.
Ada juga di antaranya yang mengatakan Aki Sahak terkena 'kelintasan' yakni dilangkah oleh hantu
raya atau hantu tinggi. Ada juga yang menuduh puaka lombong membalas dendam. Tetapi pada
pendapat saya jenis-jenis syaitan tidak akan berani mengganggu Aki Sahak memandangkan
amalannya selama ini sudah cukup kuat mendinding dirinya. Boleh jadi syaitan digunakan oleh
orang-orang berilmu untuk menyempurnakan tugasnya. Inilah yang boleh memporakperandakan manusia.
Aruah Tok Aji iaitu tok aki saya juga pernah menghadapi perbuatan orang-orang berilmu
menggunakan syaitan bagi memenuhi kehendak mereka. Tok Aji ini dilahirkan di Sumatera,
39

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

kemudian dia berhijrah ke Tanah Melayu. Dia sudah berkahwin di Semenyih, di Singapura dan di
Kota Tinggi. Kemudian menetap di kampung saya. Semasa dia menikah dengan nenek saya, Tok
Aji sudah berumur hampir 60 tahun, manakala nenek saya baru berumur 18 tahun. Tetapi itu
jodoh namanya. Tok Aji kekal dengan nenek saya sehingga akhir hayatnya.
Disebabkan Tok Aji berkahwin muda maka adalah orang yang iri hati dengannya. Dalam satu
kenduri di rumah seorang kawannya, dia telah dihidangkan dengan kopi. Sebelum kopi itu
diunjukkan kepadanya Tok Aji sudah tahu bahawa yang diberikan kepadanya ialah racun santau.
Bagaimanapun Tok Aji tidak boleh mengelak dan dia mesti meminumnya juga. "Wah, sedap kopi
ni" katanya bila menghirup kopi tersebut. Orang ramai yang menyaksikan tidak tahu apa telah
berlaku.
Setelah diminumnya Tok Aji seperti biasa saja. Tidak ada apa-apa yang berlaku ke atas dirinya.
Tetapi tidak semena-semena anjing di bawah rumah terjerit-jerit lalu mati dengan darah mengalir
di mulutnya. Selepas itu beberapa kali Tok Aji telah diuji, dan dia terpaksa meminumnya
sekalipun diketahuinya air tersebut telah dibubuh racun santau. Aruah Tok Aji memberitahu saya,
racun santau ini dibuat oleh manusia dari serbuk kaca yang mempunyai ibu. Kadangkala orang
yang menyimpan santau ini tidak perlu membubuhkan sendiri racun santau tersebut, memadai
dengan menyeru saja maka ibu racun itu akan terbang seperti lipas dan memasukkan racun
santau berkenaan ke dalam makanan mangsanya.
Sebab itulah ayah saya tidak mahu mengetahui sangat tentang racun santau, kerana katanya
sesiapa yang sudah mengetahui maka dugaan sentiasa mengganggu seperti aruah Tok Aji.
Bagaimanapun ayah saya pernah juga mahu diduga. Semasa saya bersamanya mengikut orang
bertakbir Hari Raya pada malam Hari Raya, tiba-tiba gelas yang dihulurkan orang kepada ayah
saya meletup dan pecah. Air kopi dari gelas itu menimpa kepala saya.
Semua orang menyangka pipi dan muka saya melecur terkena air panas. Tetapi apa yang saya
rasakan adalah sebaliknya. Air kopi itu sejuk seperti dimasukkan ketul air batu. Rupanya ayah
saya tidak mengambil ilmu santau dari Tok Aji yang mesti diminum kalau mengetahui santau ada
di dalamnya. Ayah saya mempelajari doa supaya tidak sampai untuk diberikan kepadanya.
Walaupun Tok Aji dapat mempertahankan dirinya dari racun santau, tetapi apabila akhir
hayatnya bisa racun santau itu naik semula. dia tercungap-cungap seperti itik kena sembelih
sehinggalah nafasnya yang terakhir.
Inilah yang saya fikirkan kalau apa yang dialami oleh aruah Tok Aji dilakukan oleh Aki Sahak. Mana
tahu bisa racun santau yang mengancamnya sekarang sudah bertahun-tahun dulu dihirupnya.
Mungkin dia terpaksa menghirupnya seperti aruah Tok Aji kerana amalannya terpaksa meminum
juga. Hal demikian bukan berlaku ke atas orang-orang yang mendalami ilmu agama saja. Malah
bomoh-bomoh terkenal juga mengalaminya. Seorang sahabat saya telah mempelajari ilmu
mempertahankan diri dari racun santau ini dari ayahnya seorang bomoh. Sekarang sahabat saya
berkhidmat dalam pasukan askar. Ketika dia menuntut dari ayahnya dia masih di kampung lagi
dan menoreh getah.
40

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

Pernah juga dia mengajak saya menuntut dari ayahnya ilmu mempertahankan diri. Tetapi entah
mengapa hati saya enggan saja mahu mempelajarinya. Mungkin kerana saya lebih tertarik
dengan pelajaran agama dari aruah Tok Aji menyebabkan saya tidak tertarik hati dengan ilmuilmu bomoh ini. Lagi pun saya tidak berniat langsung untuk menjadi bomoh, seperti kawan saya
itu. Malah dia sendiri apabila menyertai pasukan askar langsung melupakan terus cita-citanya
mahu menjadi bomoh itu.
Selepas saja dia melalui ujian ilmu mempertahankan diri dari racun santau, satu hari apabila dia
balik dari menoreh getah dia terasa haus lalu meminta air dari emaknya. Oleh kerana emaknya
lewat membawakan air, maka kawan saya terpandangkan botol aiskrim soda. Pada sangkaannya
tentulah aiskrim soda. Dia pun tidak bertangguh lagi lalu menghirupnya hingga habis sebotol.
Apabila emaknya keluar, alangkah terperanjatnya orang tua itu kerana yang diminum oleh kawan
saya itu ialah cuka getah yang baru dibeli oleh emaknya. Kelam kabutlah emaknya menyaksikan
kejadian tersebut. Tetapi tidak ada apa pun merosakkan dia. Kawan saya hanya tersenyum saja
selepas meminum cuka getah tadi.
Tidak tahulah bagaimana dia sekarang, kerana sudah lama saya tidak berjumpa dengannya. Dia
pun sudah berkahwin dengan orang Kluang di Johor. Jadi, jaranglah saya dapat bertemu
dengannya. "Cubalah buat apa-apa ustaz..." desak Abang Amud lagi. Aki Sahak tersandar pada
bantal. Dia kelihatan letih sedikit, tetapi matanya tetap segar. Dia tersenyum memerhati saya
sudah ada di sisinya. "Takkan kau nak biarkan Aki macam ni" tangannya menampar lutut saya.
Saya tidak juga menyahut. Menghadapi orang berilmu seperti Aki Sahak bukanlah mudah.
Kadangkala dia sengaja mahu menguji seseorang walhal dia memang tahu bagaimana mahu
mengatasinya. Tidak ada langsung tanda-tanda dia dalam kesakitan apabila saya mula-mula
menjengah dia tadi. "Buatlah apa-apa pun" pinta Aki Sahak masih memegang kepala lutut saya.
"Bila kena ni?" saya mengeluh pendek. "Tiba-tiba aje..." Makda Saodah mencelah. "Lepas makan
tengahari tadi dia rasa sakit dada. Langsunglah jadi macam tu" jelasnya dalam keadaan rusuh.
"Aki, tak buat apa-apa?" tanya saya perlahan. "Nak buat apa...!" jawabnya tersengih-sengih. Tok
Kadi pun tak boleh nikahkan diri dia sendiri. Orang sakit macam Aki ni pun tentulah tak dapat nak
ubat diri sendiri..." ujarnya ketawa macam menyindir. Serba salah juga saya dibuatnya. Keadaan
Aki Sahak memang tenat, tetapi saya lihat dia tidak seperti orang sakit. Suaranya tetap tenang.
Sekali sekala dia terbatuk hingga keluar darah pekat dari mulutnya.
Darah yang keluar dari mulut Aki Sahak itu seolah-olah orang mengalami luka parah. Kalau
dibiarkan mungkin Aki Sahak akan kehilangan darah. Ada juga orang yang mendesak Aki Sahak
supaya dibawa ke hospital, tetapi Aki Sahak enggan. Dia yang suruh Abang Amud segera
memanggil saya. Sebenarnya saya jadi bingung menghadapi keadaan demikian. Kalau Aki Sahak
yang saya anggap guru sudah tidak dapat bertahan, bagaimana pula saya boleh membantunya.
Saya sendiri tidak tahu apakah ubatnya, kerana sebelum ini saya tidak pernah mengubati orang
terkena racun atau santau. Lainlah kalau gangguan syaitan boleh juga saya mencuba-cuba.
41

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

"Penyakit macam ni jenis gangguan syaitan juga..." ujar Aki Sahak macam mengetahui apa yang
terbendung di jiwa saya. "Macam mana saya nak mulakan?" saya serba salah. "Buatlah macam
mana pun..." desak Aki Sahak tersenyum pahit. Darah masih mengalir juga apabila dia terbatuk.
Saya hanya mencuba. Tidak tahu apakah ayat-ayat tertentu harus digunakan. Saya merenung
muka Aki Sahak tepat-tepat sambil berzikir khusyuk di dalam hati hingga terasa zikir itu
menyeluruh ke segenap badan. Ketika ini dapat saya rasakan diri saya ditolak kuat oleh satu
tenaga, tetapi tenaga itu tidak berdaya menolak saya.
Akhirnya saya tenggelam di dalam zikir. Saya tidak takut kepada apa pun yang mencabar. Hanya
berserah saja kepada Allah untuk meminta pertolongan dan perlindungan. Saya terus
menyemadikan diri, "Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Hayyum Ya Qayyum, Ya Zaljalalil Wal
Ikram, kepada Engkaulah aku memohon pertolongan". Demikian saya memulakan doa yang
menyerahkan diri semata-mata kepada Allah.
Lama saya menguatkan zikir saya barulah saya merasakan diri saya cukup gagah. Kekuatan yang
ada pada saya sudah cukup untuk menghadapi sebarang musuh yang berdampingan dengan
syaitan. Saya melihat seorang lelaki tua yang pernah saya temui sedang mengambil miang rebung
dikumpulkan dalam satu balang. Puas saya mengingatkan di manakah saya pernah menemui
orang tua tersebut. Orangnya kurus tetapi tinggi susuk tubuhnya. Dahinya sulah dan rambutnya
jarang sedikit. Sudah dipenuhi uban hingga memutih.
"Tua kutuk...!" keluh saya meluat melihat perangainya. Tidak sedar sudah tua tetapi masih mahu
melakukan perbuatan yang dilaknati Allah. Sepatutnya orang tua seperti itu mestilah melebihkan
amal ibadat. Miang rebung yang diambilnya tadi digaul dengan serbuk kaca ditumbuk halus.
Kemudian balang berisi serbuk kaca bergaul miang rebung itu diasap dengan kemenyan. Selepas
itu ditapakan jauh dari kampung, di satu tempat yang dirahsiakan.
Orang tua itu memuja balang berisi serbuk kaca dengan miang rebung itu hingga timbul ulat
seperti bubuk di dalamnya. Ulat-ulat ini menjalar dalam gumpalan miang rebung yang seakanakan rambut itu. Sebenarnya saya tidaklah nampak dengan jelas. Hanya seperti bayang-bayang
saja. Sebab itulah orang tua yang saya lihat hanya seperti bayang saja. Bagaimanapun memang
saya cam mukanya kalau bertemu di mana-mana.
"Tua kutuk..." keluh saya perlahan. Orang tua itu berpaling. Dia seolah-olah mendengar keluhan
saya tadi. Sebaik saja melihat saya berdiri bercekak pinggang menghadapnya, orang tua itu cepatcepat melontarkan serbuk kaca itu ke mata saya. Tetapi serbuk kaca yang dilemparkan kepada
saya itu tersekat pada tembok yang memagari saya tiba-tiba. "Kau berani datang ye!" pekik orang
tua tersebut kelihatan marah. "Orang tua macam awak ni patutnya banyakkan amal ibadat" saya
menyindir. Marah sangat saya kerana dicabar oleh orang tua berkenaan. "Kau datang nak cabar
aku...?" dia mengancam dengan pandangan yang menggerunkan. "Bukan fasal cabar mencabar"
jelas saya mengerling ke arahnya. "Kerja awak ni kerja syaitan. Jadi hamba syaitan. Dilaknat
Allah..." ujar saya seterusnya.
42

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

Dia semakin marah bila saya sindir begitu. Dia melepaskan beribu-ribu ekor ular mahu mematuk
saya. Tetapi ular-ular yang dilepaskan oleh orang tua itu semuanya terbakar hangus bila saya
hembuskan ayat-ayat yang tertentu. Bertambah marah dia bila dilihatnya semua ular-ular yang
menyerang tadi terbakar hangus. Kemudian dia membawa saya ke lombong tempat anak Abang
Amud mati lemas. Dia berlari-lari di atas air tersebut bagaikan berpijak dia atas bumi. Orang tua
itu ketawa berdekah-dekah bila melihat saya kehairanan memerhati dia berjejak di atas air.
"Awak berkawan dengan puaka, berkawan dengan syaitan..." bentak saya mula mengancam dia.
Melihatkan saya marah orang tu itu semakin kuat tertawa. Dia bertandak di atas air lombong itu
seolah-olah memperagakan kebolehan luar biasanya. "Awak nak tunjuk kepandaian awak ye!"
saya cuba mengawal perasaan marah apabila diejek-ejek. Dia tidak menghiraukan kata-kata saya,
sebaliknya terus bertandak-tandak. Tetapi dia tidaklah menyerang saya seperti mula-mula tadi.
Mungkin pada peringkat kedua dia hanya mahu saya meradang saja. Memang inilah cara syaitan
mahu mengalahkan manusia. dia sengaja mahukan kita marah supaya mudah baginya mencari
kelemahan.
Mujurlah saya sedar akan tipu muslihat syaitan yang mahukan saya marah. Setelah dapat
mengawal diri saya pun mula membacakan beberapa ayat Quran dan menghembuskan ke
arahnya. Air lombong tiba-tiba menggelegak dan cair. Orang tua itu tercungap-cungap lari
mencari tanah daratan. "Sahabat kau tak akan datang menolong!" saya mengejek dia. Kerana
saya tahu dia lari ke lombong adalah untuk mendapatkan pertolongan syaitan yang menjadi
sahabatnya.
"Sahabat kau akan dipanah petir kalau berani datang menolong kau" kata saya lagi menyebabkan
dia mulai marah. Gelak ketawanya tidak kedengaran lagi, sebaliknya mendengus-demgus marah.
Dia berpaling mahu menentang. Entah macam mana dia menjadi gementar apabila bertentang
mata dengan saya, ketika ini saya sedang azan. Gema azan itulah menyebabkan syaitan yang
diserunya tidak berani datang menolong. Nampaknya dia menggunakan puaka lombong itu untuk
menentang saya.
"Serulah sahabat-sahabat kau" saya terus mengejek. "Selagi kau bersahabat dengan syaitan,
selama itulah kau ditipu oleh syaitan. Tak mungkin syaitan datang menolong kalau dia tak dapat
keuntungan" kata saya lagi. Orang tua itu semakin marah. Tetapi dia tidak berani menentang saya
disebabkan syaitan yang diserunya tidak datang setelah saya azan tadi. Bumi tempatnya berpijak
juga bergegar menyebabkan dia terhuyung hayang tidak dapat berjejak. "Bertaubatlah, dan
kembali ke jalan Allah" saya menyerunya.
Dia tidak juga menyahut. Berlegar-legar dia mahu menyerang. Tetapi setiap kali dia mahu
mencuba gegaran bumi semakin kuat menyebabkan dia terhuyung hayang tidak dapat berjejak.
Orang tua ini memang manusia biasa, tetapi dia menggunakan ilmu syaitan untuk kepentingan
diri sendiri. Tidak heranlah mengapa manusia demikian mudah tertipu kerana syaitan boleh

43

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

memperdayakan mereka dengan janji-janji untuk memberi kekuatan, kekayaan, kemewahan


atau apa saja yang dihajat.
Syaitan akan memberikan mereka kebal tidak lut oleh besi, syaitan menjanjikan kebolehan
menyerang musuh dari jauh saja, syaitan menjanjikan ilmu yang boleh ghaib dari pandangan
mata. Hal-hal seperti inilah menyebabkan manusia mudah terpedaya. Segala janji-janji syaitan
itu adalah untuk sementara saja, iaitu selagi manusia mahu mengikut perintahnya.
Bagaimanapun syaitan akan lari meninggalkan manusia tadi, apabila dia terseksa dengan ayatayat Quran. Dengan itu manusia yang ditinggalkan oleh syaitan akan terseksa pula sebagai galang
gantinya. Inilah yang terjadi pada orang tua berkenaan.
Memang saya cam orang tua tersebut. Bagaimanapun saya terpaksa rahsiakan dia dari
pengetahuan orang-orang kampung. Orang tua ini ada hubungan kekeluargaan dengan Abang
Amud. Semasa saya membantu Aki Sahak mencari mayat anak Abang Amud yang tenggelam di
dalam lombong, dia juga ada menyaksikannya bersama. Dialah yang mendesak Ketua Penyelam
itu supaya meneruskan kerja mencari mayat tersebut dengan tidak payah pertolongan dari Aki
Sahak. Apakah tujuannya tidaklah saya tahu.
"Apa yang awak sakit hati sangat pada Aki Sahak?" soal saya mengherdiknya. Dia mengacau hak
orang..." sahutnya marah. "Apa yang dikacaunya?" "Kawasan ni kami punya!" "Kawasan apa?"
"Kawasan anak ubat kami..." "Dia cuma menolong" "Tidak! Dia mengacau,,!" "Dia bawa ilmu
Allah, awak kata mengacau?" sindir saya. Orang tua itu menjadi serba salah. Memang ada niat
dia mahu menyerang saya. Tetapi setiap kali dia mahu menyerang terasa dadanya bagaikan kena
pijak. Memang telah saya perhatikan sikapnya, sebab itu saya sudah menghentakkan tumit saya
ke bumi dengan makrifat memijak jantungnya.
"Kalau awak berani lepaskanlah kawan.." bentaknya pula mahu menerkam saya. "Kalau sahabat
awak boleh menolong lepaskanlah sendiri" sahut saya mengejeknya. "Awak halang dia, macam
mana dia nak datang!" katanya. "Kalau awak handal lepaskan halangan tu" kata saya sengaja
menyakitkan hatinya. Berkali-kali dia cuba menerkam tetapi terasa jantungnya terpijak. Dia
mengerang kesakitan bila terasa jantung kena pijak. Akhirnya dia memekik kuat melepaskan
kemarahannya. "Kau nak bunuh aku ke?" jeritnya menggema. "Awak nak bunuh Aki Sahak kan?"
soal saya kuat sedikit. "Fasal dia nak bunuh sahabat aku!" jawabnya membentak.
"Kalau awak tak mahu malu, pergi sekarang" perintah saya masih tidak melepaskan tumit yang
dihentak ke bumi. "Kalau tidak awak malu, keluarga awak pun malu" saya mengingatkan dia.
"Biar mati aku takkan mengalah dengan kau!" dia berkeras tidak mahu mengalah. "Mengapa kau
beri Aki Sahak santau?" jerkah saya apabila dia berkeras tidak mahu berundur. "Kau fikir kau
boleh selamat. Ayat-ayat Allah lebih berkuasa dari santau, awak tau!" ujar saya seterusnya.
Untuk mengujinya sengaja saya lepaskan tumit dari menekan bumi. Serentak dengan itu dia
menerkam saya. Bagaimanapun belum sempat dia sampai kepada saya, orang tua itu jatuh
terhempap ke bumi Saya menghembusnya dengan Surah Al Fatihah hingga dia terlambung tidak
44

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

dapat bertahan. Kemudian saya susul dengan Surah Al Ikhlas. Ketika ini berpuluh-puluh bukit
berterbangan menimpa ke atas dirinya. Dia terhimpit di bawah bukit-bukit yang berterbangan.
"Kau tidak akan dibantu oleh sahabat kau. Dia juga akan hancur kalau cuba mendekati" saya
menyerunya berulang kali.
Setelah saya melihat dia tidak bergerak di bawah himpitan bukit-bukit yang berterbangan,
barulah saya mengembalikan diri saya seperti sediakala. Saya masih menghadapi Aki Sahak yang
terbaring. Dia kelihatan lemah sedikit. Darah juga sudah mula kering dari mulutnya. Di samping
itu air kelapa muda yang sudah didoakan oleh Abang Amud tadi disudukan ke mulut Aki Sahak.
Saya tahu Abang Amud mendoakan 'peluruh' iaitu mengatasi bisa racun, tetapi 'peluruh' yang
diberikannya belum lagi berkesan.
Walaupun keadaan Aki Sahak sudah ada reda dia masih juga terbatuk-batuk. Bahang panas di
dadanya terasa berwap-wap. Lalu saya pun meminta air sejuk dari Makda Saodah. Pada
sangkaannya saya mahukan air minum, maka mereka pun memberikan kopi O. "Bukan saya nak
minum" ujar saya tersenyum kerana geli hati. "Air nak buat ubat..." jelas saya. Barulah Makda
Saodah menghulurkan kepada saya satu jag air sejuk. Saya membacakan Yassin tiga kali. Selepas
itu air tersebut diberi minum pada Aki Sahak. Kira-kira sepuluh minit selepas dia minum air
tersebut, Aki Sahak muntahkan darah dengan lendir-lendir putih.
Saya suruh muntah itu ditadah dalam besen supaya tidak habis tempat tidur. Tiga kali Aki Sahak
terjeluih muntah. Kali yang ketiga muntahnya tidak lagi darah tetapi segumpal rambut sebesar
penumbuk, serbuk kaca dan miang rebung. Setelah semuanya habis keluar barulah kelihatan Aki
Sahak terkulai lemah akibat keletihan. Disebabkan keadaan baru pulih, saya pun menyuruh Aki
Sahak tidur saja. Jiran-jiran pun saya tidak beri mengganggunya. Biarlah jangan ditanyakan apaapa sehingga Aki Sahak pulih betul-betul. Biasanya dalam masa seminggu barulah ada perubahan
sedikit.
"Kerja siapa agaknya?" Sali menggertap bibir. Barulah dia mahu bersuara setelah melihat Aki
Sahak tidak lagi terbatuk-batuk. "Siapa agaknya ustaz?" Abang Amud pula bertanya. "Mana kita
nak tau" sahut saya lemah. Sebenarnya saya juga terlalu letih. Pada lahirnya memang nampak
saya duduk saja di situ, tetapi keletihan yang saya alami seolah-olah baru saja mengangkat beban
berpikul-pikul. "Kalau tau orangnya" Sali menumbuk-numbuk tinju ke tapak tangan. "Kalau tau
orangnya, aku pijak-pijak kepalanya. Aku terajang dia...!" gerutunya mcam menyimpan dendam.
Saya mendiamkan diri saja. Biarlah Sali melepaskan geramnya. Saya tahu dia tidak akan
bertindak kerana dia tidak tahu siapakah yang didendamnya. Tugas saya sudah selesai iaitu cuba
mengubati Aki Sahak. Soal membalas dendam bukan kerja saya. Sebab Allah sendiri menjanjikan:
Setiap perbuatan yang baik ada ganjarannya di akhirat, dan setiap perbuatan jahat ada
balasannya di akhirat. "Hati binatang!" Sali masih merungut marah.
Kalaulah saya terangkan siapakah orang yang ternampak oleh saya mungkin Sali sanggup
menyerangnya. Tetapi saya tidak boleh memberitahunya. Kadangkala bayangan yang kita lihat
45

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

itu tidak semestinya benar. Boleh jadi orang yang berniat jahat itu menjelmakan dirinya seperti
orang lain. Sudah tentulah kita menganiaya orang apabila kita memberitahu apa yang kita lihat.
Sebab itu aruah tok aki saya melarang menyebutkan orang yang kita lihat melalui bayangan itu
kepada keluarga pesakit. Ditakuti mereka akan bertindak membalas dendam.
Ustaz tak tau siapa orangnya?" tanya Sali semakin kejap menggertap bibir. "Tidak..." saya
menggeleng kepala. "Kita baca Yassin ramai-ramai" Abang Amud pula mencadangkan. "Kita
balikkan semula pada orang yang membuat Aki Sahak" katanya membayangkan kemarahan yang
membakar perasaannya. Dia berkisar punggung bagaikan mahu melompat menerkam sesiapa
saja. "Jangan ikut perasaan..." Aki Sahak membuka matanya perlahan. Rupanya sejak tadi dia
mendengar saja perbualan kami. "Jangan ikut perasaan. Kau boleh bacakan Yassin dengan niat
nak membunuh orang. Kalau Allah makbulkan, kau mesti ingat dosanya! Dosanya tetap dosa
membunuh juga" suara Aki Sahak masih lemah tetapi nadanya keras.
"Orang hati binatang yang buat ni..." sahut Sali mengepal tinju kejap-kejap, kemudian meninjuninju kepala lututnya. "Habis, kau nak ikut pula jadi hati binatang?" soal Aki Sahak bangun
perlahan-lahan bersandar pada bantal. "Kalau kau nak balas juga, kau pun sama macam dia. Sama
berhati binatang!" Aki Sahak mengingatkan. Sali tidak berani membantah cakap Aki Sahak lagi.
Bukan saja Aki Sahak itu gurunya, tetapi juga pangkat bapa saudara pula. Makda Saodah itulah
emak saudara Sali. Sebab itu dia tidak berani sangat berbantah-bantah dengan Aki Sahak.
"Allah lebih Maha Mengetahui..." jelas saya setelah Sali terdiam dimarahi Aki Sahak. "Kalau setiap
hari sekurang-kurangnya kita melafazkan iyya kana'budu waiyya kanastai'n tujuh belas kali dalam
solat kita ketika membaca Fatihah iaitu hanya kepada Engkau aku sembah dan hanya kepada
Engkau aku memohon pertolongan, mengapa kita mesti membalas dendam! Mengapa kita tidak
mematuhi ikrar kita dengan Allah" kata saya mengerling Sali.
Sali terdiam. Terasa juga dia sudah terlanjur bercakap mengikut perasaan. Ketika inilah terdengar
seorang seorang perempuan memanggil Pak Semail Ketua Kampung dari tengah halaman. Pak
Semail yang duduk di belakang saya terkejut juga bila ada orang mencarinya ketika itu. Sedangkan
Aki Sahak masih belum pulih akibat termakan santau. "Ada Abang Mail di sini?" perempuan itu
bertanya dari tengah halaman sebaik saja pintu serambi dibuka oleh Makda Saodah.
"Oh, kau tadi Sumi, naiklah" pelawa Makda Saodah masih berdiri di muka pintu. "Ada Abang Mail
di sini?" ulangi perempuan yang dipanggil Sumi oleh Makda Saodah itu. "Ada..." beritahu Makda
Saodah. "Macam mana pun naiklah dulu..." dia mengajak Sumi naik ke rumah. Belum sempat
Sumi menyahut Pak Semail sudah berdiri di belakang Makda Saodah. "Apa halnya Sumi?" tanya
Pak Semail bimbang. Berdebar juga hatinya bila adiknya itu datang memanggil dia ke situ.
Sumi tidak terus memberitahu. Dia kelihatan rusuh sedikit tetapi masih juga tercegat di tengah
halaman. "Apa halnya?" tanya Pak Semail lagi. "Rumah kami dilanda ribut" jelas Sumi tergagapgagap. "Abang Fakeh terperangkap dalam runtuhan rumah tu..." dia tersedu-sedu menahan
perasaannya yang menyebak ke dada. "Ribut apa pula?" Pak Semail keheranan kerana kampung
46

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

itu tidak pun dilanda ribut. Tidak ada tanda ribut atau hujan melanda. Kampung itu tetap cerah
dengan cahaya matahari petang memancar bersih. "Macam mana boleh ada ribut, rumah kau
bukan jauh dari sini..." ujarnya sambil berastaghfar beberapa kali.
"Entahlah..." Sumi menggeleng kepala. "Tapi ribut kencang tadi saya ada di rumah. Saya sempat
terjun ke tanah sebelum rumah tu roboh" jelasnya perlahan. Dia juga heran kerana di kawasan
rumah Aki Sahak itu tidak ada pun kesan-kesan dilanda ribut. Kalau ada ribut melanda tentulah
habis sebuah kampung terlibat. Inilah yang mengherankan mereka. "Marilah kita pergi tengok
Pak Fakeh..." saya mencadangkan. Saya bersama beberapa orang jiran lelaki yang ada menziarahi
Aki Sahak terus mengikut Pak Semail.
Apabila sampai ke rumah Pak Fakeh memang semuanya terkejut melihat keadaan di situ. Rumah
Pak Fakeh habis musnah ditimpa kayu jongkang kalang. Mereka bertambah heran bagaimana
Sumi boleh terselamat kalau melihat keadaan rumah tersebut. Pokok kelapa tidak kurang dari
lapan batang bertupang tindih menimpa rumah. Pokok durian juga melintang menghempap dari
tengah bumbung. Kalau mahu dikira sempat melompat ke tanah memang tidak masuk akal
langsung bagaimana Sumi boleh terselamat. Mujurlah juga cucu-cucu mereka tidak ada di rumah
ketika itu. Kesan ribut juga jelas di sekitar kawasan rumah itu kerana banyak pokok-pokok yang
patah dahan.
"Macam mana ribut di sini aje? keluh Sali yang sama mengikut kami tadi. "Kencang betul
ributnya" beritahu Sumi masih dalam ketakutan. "Tengoklah pokok-pokok tu habis terbongkar
akar" katanya lemah. "Habis macam mana Mak Sumi lepaskan diri?" tanya Tonel pula.
"Entahlah..." ujarnya gementar mengenangkan peristiwa yang menimpa dirinya. "Mak Sumi rasa
macam mati hidup balik..." dia mengesat mata dengan hujung lengan bajunya.
Terpaksa pula masing-masing mengambil kapak dan gergaji untuk memotong kayu yang jongkang
kalang menimpa rumah Pak Fakeh. Hampir dua jam barulah kawasan rumah itu dapat
dibersihkan. Kira-kira sudah dekat masuk Maghrib barulah mayat Pak Fakeh ditarik keluar dari
bawah pokok durian. Kepalanya berkecai remuk. Mata, hidung dan telinganya dipenuhi darah
pekat. Memang Pak Fakeh yang saya lihat ketika saya mengubati Aki Sahak tadi. Tetapi saya tidak
mahu memberitahu sesiapa pun tentang Pak Fakeh itu. Biarlah mereka semua menyangka Pak
Fakeh menemui ajalnya apabila rumahnya dilanda ribut.

47

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

006. MAYAT BERNYAWA KUAT MAKAN


SUDAH lama saya bercadang mahu berpindah saja dari tempat tinggal Aki Sahak. Ini bukanlah
disebabkan saya tidak mahu menanggung beban yang sering diletakkan oleh Aki Sahak ke bahu
saya. Sebenarnya saya merasa penduduk-penduduk di situ sudah menganggap saya berlebihan,
malah lebih penting lagi dari Aki Sahak.
Apa lagi Aki Sahak sendiri yang menceritakan tentang hubungan saya dengan Pak Tua Mahat di
sebelah emak, dan Tok Aji di sebelah ayah. Memanglah benar Pak Tua Mahat itu abang emak
saya yang tua, manakala Tok Aji itu ialah tok aki saya iaitu ayah kepada ayah saya. Perkara
keturunan bukanlah perkara yang hendak disebut-sebut selalu, tetapi entah mengapa Aki Sahak
selalu saja mengaitkan saya dengan Pak Tua Mahat sedangkan dia juga pernah berguru dengan
Pak Tua Mahat saya itu. Sekarang mereka berdua sudah lama meninggal dunia.
Sebab itulah saya mengambi keputusan untuk berpindah saja dari situ, sama ada balik ke
kampung atau pun bertukar ke kampung isteri saya. Tetapi permohonan saya mahu bertukar itu
masih belum diputuskan oleh pihak atasan. Apabila saya beritahu kepada Aki Sahak mengenai
cadangan saya mahu berpindah itu, dia seolah-olah berat mahu melepaskan, tetapi dia tidaklah
menghalang keputusan tersebut. Berkali-kali dia mengingatkan saya bahawa setiap usaha
menolong orang yang dilakukannya itu bukanlah untuk membebankan saya, sebaliknya dia tahu
kebolehan saya melebihi dirinya. Sedangkan saya sendiri tidak tahu apakah ukuran yang
dibuatnya.
Setahu saya Aki Sahak sudah lama berguru dengan Pak Tua Mahat. Dia berkawan rapat dengan
Pak Tua Mahat kerana umur mereka lebih kurang sebaya. Sebelum berkahwin dengan Makda
Saodah, dia menetap di kampung saya. Tetapi setelah berpindah ke kampung isterinya hampir
20 tahun jarang pula dia balik ke kampung. Sebab itulah hubungan saya hampir terputus
dengannya. Abang pada Aki Sahak ini pun bukanlah calang-calang orang. Saya percaya tentulah
Aki Sahak ada juga menuntut dari abangnya. Bagaimanapun semasa abang Aki Sahak itu
meninggal dunia dulu, saya masih kecil lagi kira-kira berumur 10 tahun. Tetapi saya masih ingat
akan kejadian yang menimpa arwah Aki Mat Tera.
Lama Aki Mat Tera jatuh sakit menyebabkan badannya menjadi kurus kering. Walaupun sakit
terlantar namun Aki Mat Tera berselera bila makan. Dia makan bertambah-tambah. Malah kalah
pula orang yang sihat kalau melawan makan dengannya. Isterinya bercadang mahu memanggil
Pak Tua Mahat atau Aki Sahak sendiri datang mengubatnya. Tetapi Aki Mat Tera enggan diubat
oleh Pak Tua Mahat atau Aki Sahak.
"Aku pawang besar..." jelasnya membantah bila isterinya Simit mahu memanggil Pak Tua Mahat.
"Takkan orang baru nak belajar berpawang nak mengubat aku" katanya angkuh. "Jangan begitu"
pujuk Simit masih mengharapkan suaminya mehu berubat. "Pawang ni bukan kira besar kecilnya,
berubat ikut rasi..kalau rasi dengan penyakit, pawang kecil mengubat boleh sembuh" tegasnya
mencemik. Meluat juga dia dengan perangai sombong suaminya yang tidak mahu berubat
48

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

dengan Pak Tua Mahat. "Aku tak mahu berubat dengan Mahat" dia tetap berkeras tidak mahu
Simit menjemput Pak Tua Mahat. "Aku tahu siapa Mahat, dulu aku makam garam dari dia. Takkan
dia ada rupa nak mengubat aku" dia terus mengejek-ngejek kebolehan Pak Tua Mahat. "Kalau
tak mahu dengan Mahat, cuba-cubalah dengan Sahak" Simit tetap mendesak. "Sahak nak
mengubat aku..." Aki Mat Tera tersengih mengejek. "Budak hingus meleleh nak ubat aku. Kau
tau, dia tu belajar dengan aku!" katanya masih berkeras tidak mahu berubat pada Pak Tua Mahat
dan Aki Sahak.
Simit tidak tertahan dengan sikap Aki Mat Tera kerana sudah terlalu lama terlantar. Tubuhnya
semakin kurus hanya tinggal rangka saja. Bolehlah diibaratkan sebagai kata orang kalau tak ada
kulit, tulang pun habis berkecai. Begitulah kurusnya tubuh Aki Mat Tera. Malah sepanjang dia
sakit itu Aki Mat Tera tidak membenarkan Aki Sahak menjejakkan kaki ke rumahnya. Dia
menuduh Aki Sahak cuba memikat Simit. Inilah yang menyinggung perasaan Aki Sahak. Sejak itu
Aki Sahak juga tidak mahu menjengah abangnya yang sakit tenat itu. Hinggalah Aki Mat Tera tidak
boleh bergerak lagi dia tetap tidak mahu diubat oleh Pak Tua Mahat. Bagaimanapun selera
makannya tetap terbuka.
Dengan tidak setahu Aki Mat Tera, Simit terus memberitahu Pak Tua Mahat supaya datang
mengubat Aki Mat Tera. Setelah merasakan sesuatu yang tidak kena pada Aki Mat Tera, lantas
Pak Tua Mahat menyuruh Simit memanggil Aki Sahak datang ke rumahnya. Setelah Aki Sahak
datang dia pun mengajak Aki Sahak sama-sama mengubati Aki Mat Tera. Pada mulanya Aki Sahak
memang enggan juga pergi ke rumah Aki Mat Tera, tetapi setelah didesak oleh Pak Tua Mahat
barulah dia mengalah.
"Ini bukan perkara Abang Mat Tera yang kita hadapi" jelas Pak Tua Mahat menasihati Aki Sahak.
"Perkara lain yang kita sama-sama tak tau..." suaranya keras apabila Aki Sahak enggan menemui
Aki Mat Tera. "Kecil hati aku Abang Mahat" Aki Sahak terharu bila mengenangkan tuduhan
abangnya. "Kecil hati aku fasal dia tuduh aku ke rumahnya kerana nak mengulang Kak Simit.
Adakah patut dia tuduh aku macam tu!" ujarnya menahan perasaan kesal. "Ah, cakap setan kau
nak ikut" Pak Tua Mahat mendengus. "Bukan Abang Mat Tera yang cakap macam tu, setan yang
cakap! Setan yang cakap!" dia menambah macam memarahi sikap Aki Sahak kerana enggan
menziarahi abang sendiri yang sedang terlantar sakit. "Iyalah dia yang ikut cakap setan..." balas
Aki Sahak. "Fasal itu kita jangan peduli". "Sakit hati aku dibuatnya!". "Kau nak jadi setan juga?".
"Dia cakap tak fikir dulu...". "Kau nak jadi setan?". "Tak patut dia tuduh aku macam tu...". "Kau
nak jadi setan?". "Siapa nak sabar Abang Mahat...!". "Kau nak jadi setan?" suara Pak Tua Mahat
semakin keras menyebabkan Aki Sahak serba salah. Dia terdiam bila ditanya bertalu-talu oleh Pak
Tua Mahat. "Kau nak jadi setan?" ulangi Pak Tua Mahat merenung tepat-tepat.
Dia merasa tidak patut Aki Sahak langsung tidak mahu menziarahi abangnya kalau sekadar
dituduh mahukan kakak ipar sendiri. Orang sakit selalunya mempunyai fikiran yang tidak
tenteram. Sebablah cakapnya merepek sampai melalut tidak ketahuan. Sepatutnya Aki Sahak
tidak boleh ambil hati dengan tuduhan orang yang terlantar sakit seperti Aki Mat Tera itu. Lagi
pun kalau dibandingkan isteri Aki Sahak dengan Simit pun, jauh lebih muda dan menariknya isteri
49

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

Aki Sahak. Masakan dia boleh terpengaruh dengan tuduhan orang yang sedang terlantar sakit
kerana orang seperti ini fikirannya sudah nyanyuk. Mahu tidak mahu Aki Sahak terpaksa
mengalah juga. Dia mengikut Pak Tua Mahat ke rumah Aki Mat Tera. Jiran-jiran juga berkumpul
di rumah Aki Mat Tera apabila mendengar Pak Tua Mahat sanggup mengubatnya.
Sebaik saja Pak Tua Mahat dan Aki Sahak naik ke rumah terus dimaki hamun oleh Aki Mat Tera.
Terkial-kial dia mahu bangun tetapi tenaganya ternyata lemah. Saya sendiri duduk tidak jauh dari
hujung kaki Aki Mat Tera. "Aku tau kau berdua nak berbini dengan Simit..." gerutu Aki Mat Tera
terkial-kial mahu bangun. "Sabarlah Abang Mat Tera" emak saya memujuk supaya Aki Mat Tera
tidak berkuat mahu bangun. "Abang Mat Tera sakit, biarlah Abang Mahat cuba-cuba tengok..."
ujar emak saya lembut. "Mahat nak ubat aku..." dia tertawa mengejek sambil mengerling emak
saya. "Dia bukan nak ubat aku, dia nak jumpa Simit. Aku tahu dia selalu berzina dengan Simit"
katanya lagi menggertap bibir. Saya lihat Simit menangis teresak-esak mendengar tuduhan Aki
Mat Tera itu. "Astaghfarullah al-azzim" keluhnya menahan perasaan sebak yang menusuk-nusuk
di jiwa.
"Jangan ambil hati Kak Simit" emak saya memegang bahu Kak Simit. "Orang sakit tenat memang
macam tu. Cakapnya merepek" ujarnya memujuk. Simit tidak menyahut. Dia menganggukangguk kepala saja menyetujui kata-kata emak saya tadi. "Aku tau Simit, aku tau..." Aki Mat Tera
terus mengejek. "Kau berzina dengan Mahat, kau berzina dengan Sahak" katanya tertawa
menyakiti hati mereka yang dituduhnya. "Tutup mulut kau Abang Mat Tera!" jerkah Aki Sahak
tidak sabar dengan tuduhan Aki Mat Tera. Kalaulah tidak mengenangkan jiran-jiran ramai
berkumpul di ditu, memang sanggup dia menerkam abangnya. Dia tidak peduli lagi fsal abangnya
sakit terlantar berbulan-bulan di tempat tidur. "Sahak..." Pak Tua Mahat memarahi Aki sahak.
"Ingat! Kau bukan bercakap dengan Abang Mat Tera, kau bercakap dengan setan. Ingat tu...!"
katanya mengerling Aki Sahak yang masih kelihatan marah.
Aki Sahak tertunduk. Dia sedar tidak dapat mengawal dirinya apabila mendengar tuduhan yang
dilemparkan. Perkara menuduh dirinya berzina dengan kakak ipar sendiri, tentulah macam
mencontengkan arang ke mukanya. Manakala tuduhan itu dibuat oleh abang kandungnya
sendiri. Walaupun abangnya dalam keadaan sakit tenat, namun dia percaya fikirannya masih
baik. Aki Mat Tera masih dapat mengingat semua kejadian yang pernah dilalui. Sebab itulah Aki
Sahak percaya abangnya itu tidak nyanyuk. Tuduhan yang dilemparkan oleh abangnya memang
terbit dari hatinya sendiri yang mulai cemburu terhadap isterinya. Sudah berbulan-bulan dia
terlantar sakit. Tentulah timbul rasa cemburu, apabila melihat Simit sering menemui Aki Sahak
dan Pak Tua Mahat meminta tolong, sedangkan dia sudah melarang supaya jangan meminta
tolong dari dua orang lelaki berkenaan.
"Kau mesti banyak bersabar" ujar Pak Tua Mahat masih memandang ke arah Aki Sahak. "Usah
nak berpura-pura Mahat, aku tau kau dah berzina dengan Simit. Bukan sekali dua, sudah berkalikali. Simit akan buntingkan anak kau, tau..." Aki Mat Tera mengejek. Simit menangis tersedu-sedu
mendengar tuduhan suaminya itu. Tetapi dia tidak menyahut. Dia tahu Aki Mat Tera sedang sakit
tenat. Mungkin juga boleh dianggap membuang tebiat, kerana masanya sudah semakin hampir.
50

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

Sebab itu Simit tidak menghiraukan sangat. "Kau pandai berpura-pura! Kau berzina dengan bini
orang! Dengan Simit! pekik Aki Mat Tera terketar-ketar.
Pak Tua Mahat tidak menyahut. Dia membacakan sesuatu sambil menghembuskan kepada Aki
Mat Tera. biarlah Aki Mat Tera memaki hamunnya tidak berhenti-henti, namun Pak Tua Mahat
tetap tidak berundur. Dia terus membacakan ayat-ayat suci Al-Quran yang tertentu. Setelah lama
Pak Tua Mahat membacakannya, tiba-tiba Aki Mat Tera terus memekik. Dia meronta-ronta
bagaikan mahu bangun melawan, tetapi tubuhnya ternyata lemah. "Bangsat kau Simit..." gerutu
Aki Mat Tera. "Dah aku cakap Mahat dengan Sahak jangan jangan diberi naik ke rumah ni, seksa
aku!" dia merintih-rintih kesakitan. "Kau tak beri aku dengan Sahak datang, fasal takut rahsia kau
terbuka!" tiba-tiba Pak Tua Mahat membentak. "Rahsia apa?" Aki Mat Tera tersengih-sengih
bagaikan orang yang tersipu malu. "Sekarang pergi dari sini!" jerkah Pak Tua Mahat merenung
Aki Mat Tera tidak berkelip matanya. "Tinggalkan Mat Tera biar diuruskan oleh keluarganya. Kau
tidak ada hak nak menguruskan Mat Tera!" suaranya keras macam memberi amaran yang
mengancam. "Pergi nak ke mana?" tanya Aki Mat Tera seperti tidak tahu apa yang dimaksudkan
oleh Pak Tua Mahat.
Ketika ini semua jiran-jiran yang berkumpul di situ melihat Aki Mat Tera berbantah-bantah
dengan Pak Tua Mahat. Tetapi seperti yang diceritakan oleh Aki Sahak kemudiannya kepada saya,
masa itu dia sendiri sudah nampak keadaan sebenarnya. Barulah dia menyesal kerana memarahi
abangnya apabila dituduh berzina dengan kakak ipar sendiri. Aki Sahak ikut sama menyertai Pak
Tua Mahat. Dia melihat satu lembaga besar sedang memangku Aki Mat Tera seolah-olah seorang
ayah sedang meriba anak kecil saja lakunya. Muka lembaga itu tidaklah jelas sangat hanya seperti
bayang-bayang hitam yang terlindung. Lembaga besar itu pun seakan-akan asap pekat saja.
"Tinggalkan Mat Tera...!" perintah Pak Tua Mahat. "Nak tinggalkan Mat Tera atau kami serang
kamu dengan petir" Aki Sahak pula mencelah. Lembaga itu memerhatikan Pak Tua Mahat
bersama Aki Sahak sudah bersedia untuk menyerangnya. Dia masih juga meriba Aki Mat Tera
seperti ayah yang meriba bayi. Sementara Aki Mat Tera pula dilihatnya seperti bayi tidur tidak
bergerak langsung. "Kau berdua..." sahut lembaga besar seperti asap tebal itu. "Jangan ganggu
aku. Ini anak aku yang mesti aku jaga. Mengapa kau bersusah payah mahu mengambilnya dari
aku" dia ketawa mengejek lalu melemparkan besi serampang ke dada Pak Tua Mahat. Dengan
pantas Pak Tua Mahat menangkap besi serampang itu. Kemudian diramas-ramasnya hingga
menjadi cair.
"Mat Tera tu abang aku, bukan anak kau" kata Aki Sahak sambil membacakan beberapa ayat
dihembuskan kepada lembaga berkenaan. Ketika ini petir memancar memukul kepala lembaga
besar tersebut hingga berkecai. Tidak lama kemudian dia bertaup semula lantas meriba Aki Mat
Tera yang tidur seperti bayi. "Sia-sia aje kerja kau Sahak" lembaga itu mengejek-ngejek kerana
dia terlepas dari ancaman petir tadi. Belum sempat dia duduk tetap, Pak Tua Mahat
menghembuskan ayat-ayat Quran yang datang seperti gunung menimpa kepala lembaga
berkenaan. Dia terhimpit di bawahnya meronta-ronta mahu melepaskan diri. Puas dia terkial-kial
akhirnya dapat juga dia keluar dari bawah gunung yang menimpa dirinya. "Nampaknya kau nak
51

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

bunuh aku, Mahat" pekik lembaga itu meradang. "Memang aku nak bunuh kau" sahut Pak Tua
Mahat pula mengejek. "Sekarang, tinggalkan Mat Tera!" ujarnya mencabar lembaga tersebut
terus bertarung.
Lembaga itu tertawa menyakitkan hati Pak Tua Mahat. Tiba-tiba saja dia melontarkan beratusratus tombak menuju ke dada Pak Tua Mahat. Dengan pantas pula Pak Tua Mahat
menghembuskan api membakar semua tombak-tombak yang berterbangan itu. Dia masih juga
tertawa mengejek Pak Tua Mahat. Tetapi Pak Tua Mahat tahu lembaga besar yang meriba Aki
Mat Tera itu sudah menderita kesakitan. Bagaimanapun dia tetap berpura-pura menunjukkan
serangan yang dibuat ke atasnya tidak memberi bekas. Inilah yang dipermainkan oleh syaitan
bagi menguji kekuatan iman insan. Sekiranya insan cepat putus asa, maka sudah tentu syaitan
akan beroleh kemenangan.
"Kita serang serentak Sahak..." Pak Tua Mahat memberi arahan kepada Aki Sahak. Aki Sahak
membacakan sesuatu lalu berterbangan panah dari api menerkam ke arah lembaga besar itu.
Serentak dengan itu Pak Tua Mahat pula menghembuskan ke arah lembaga tersebut hingga
terlempar rantai besi melilit seluruh tubuhnya. Pak Tua Mahat dan Aki Sahak terus menyerang
dari berbagai sudut. Bukan saja rantai besi melilit tubuh lembaga besar itu, di samping panah api
datang dari segenap penjuru, petir juga berdentum membakarnya. Batu sebesar gunung
menimpa kepalanya. "Kau tipu aku Mahat. Kau berdua dengan Sahak, aku berseorangan. Mana
boleh aci macam ni..." dia menggeliat-geliat menahan serangan bertubi-tubi.
"Aku suruh kau tinggalkan Mat Tera!" suara Pak Tua Mahat semakin keras. Dia tidak berhenti dari
terus menyerang. Habis satu ayat, dibacanya ayat yang lain. Berhenti batu sebesar gunung
menimpa kepalanya, datang pula panah api meradak. Lembaga besar itu terjerit-jerit menahan
kesakitan. Jeritan itu dapat didengar oleh jiran-jiran yang menyaksikan melalui suara Aki Mat Tera
yang menggeliat-geliat di tempat tidur. Serangan Pak Tua Mahat ditambah lagi oleh serangan Aki
Sahak yang tak putus-putus membaca Ayatul Kursi. Sehingga sampai 333 kali Aki Sahak
membacakan Ayatul Kursi terdengarlah rintihan dari lembaga itu meminta diberhentikan.
"Cukuplah, terseksa aku!" rintih lembaga itu merayu. "Kalau takut terseksa, pergi sekarang"
perintah Pak Tua Mahat. "Aku tak boleh tinggalkan anak aku" jelas lembaga itu mempertahankan
diri. "Boleh atau tak boleh kau mesti tinggalkan Mat Tera!" tegas Pak Tua Mahat tidak mahu
bertolak ansur pun. "Ini anak aku" sahut lembaga itu berkeras. "Sahak, teruskan..." Pak Tua
Mahat menyuruh Aki Sahak terus membacakan Ayatul Kursi. "Jangan, jangan..." lembaga itu
menangis teresak-esak melalui Aki Mat Tera yang terbaring lemah. "Tak tahan aku bahang api,
panas..." ujarnya merayu-rayu. "Aku beri tempoh lima minit" Pak Tua Mahat memberi amaran.
"Kalau kau tak pergi juga, aku akan hancur musnahkan macam debu" katanya menggertap bibir.
Kelihatan Aki Mat Tera tidur nyenyak. Dia tidak bergerak lagi seperti mula-mula kedatangan Pak
Tua Mahat dan Aki Sahak datang. Saya yang duduk di lunjur kakinya bersama emak saya, dapat
melihat ombak dadanya turun naik dengan kencang. Matanya lelap. Sekali-sekala saya lihat
mukanya memang menggerunkan. Pipinya sudah cengkung, sementara matanya jauh ke dalam.
52

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

Tulang pipinya menungkal ke atas. Mukanya juga sudah menjadi kecil dan dagunya kelihatan
terlalu panjang. Tetapi dia masih juga terlantar di tempat tidur. Setelah lima minit, Pak Tua Mahat
melihat ke dalam makrifat, dia dapati lembaga itu masih meriba Aki Mat Tera. Tetapi seluruh
badannya sudah bertukar menjadi hitam akibat serangan bertalu-talu tadi. Bila menyedari Pak
Tua Mahat kembali datang untuk menyerang bersma Aki Sahak, lembaga besar itu melepaskan
Aki Mat Tera dari ribaannya. Melihat keadaan ini Pak Tua Mahat tahu lembaga itu sudah
mengalah. Dia tidak sanggup lagi melawan.
"Ilmu kau berdua, bukan ilmu pawang. Aku tak tau apa ilmu yang kamu pakai" lembaga itu
bersuara terketar-ketar. "Jangan tanya tentang ilmu, sekarang tinggalkan Mat Tera!" jerkah Pak
Tua Mahat. "Kau mahu kami serang lagi...?" tanya Aki Sahak mengeraskan suara. "Jangan,
ampun...ampun" rintihnya menangis teresak-esak. "Aku tak tau jalan balik" katanya berpusingpusing di sekeliling Aki Mat Tera. "Datang tau, balik tak tau ye..." Aki Sahak tidak mempercayai
dalih lembaga tersebut. "Tolonglah lepaskan aku. Bukakan ikatan aku..." lembaga itu merayu
bersungguh-sungguh. Pak Tua Mahat mengangguk. Dia bersetuju dengan permintaan lembaga
itu mahu pergi dengan tidak diganggu. Ikatan yang dimaksudkan oleh lembaga itu ialah terletak
pada Aki Mat Tera sendiri. Memang Pak Tua Mahat tahu mengenai ikatan lembaga tersebut
dengan Aki Mat Tera.
"Kak Simit jangan terkejut..." bisik Pak Tua Mahat pada isteri Aki Mat Tera. "Selama ini Abang
Mat Tera pakai ilmu salah, inilah yang menyeksa dia sekarang" beritahu Pak Tua Mahat. "Habis,
apa kakak nak buat?" Simit serba salah bila mendengar keterangan Pak Tua Mahat itu. "Suruh
orang bukakan lantai rumah sekeping, atap sekeping dan anak tangga bawah sekali" jelas Pak Tua
Mahat. Apa yang dikatakan oleh Pak Tua Mahat itu dilakukan oleh orang. Papan lantai sekeping
dikopakkan, atap juga dibuang sekeping, manakala anak tangga rumah juga ditetas pengikatnya.
Setelah semuanya dilakukan, Aki Mat Tera pun meninggal dunia.
Apabila Aki Mat Tera meninggal dunia, mayatnya pun diselubungkan dengan kain. Mereka pun
bersiap-siaplah untuk menguruskan pengebumiannya pada esok harinya. Ketika mahu
memandikan mayat alangkah terperanjatnya apabila melihat mayat Aki Mat Tera sudah reput.
Hanya tulang-tulangnya saja yang tinggal seolah-olah dia sudah lama meninggal dunia. Memang
benar Aki Mat Tera sudah lama meninggal dunia. Yang dilihat sedang sakit itu hanyalah lembaga
yang memelihara dia. Lembaga itulah yang kuat makan. Dan lembaga itulah yang melarang Simit
dari menjemput Pak Tua Mahat dan Aki Sahak, kerana dia tahu orang-orang demikian adalah
musuhnya.
Bila mengenangkan sumbangan Aki Sahak ini kepada orang ramai, saya rasa macam berdosa pula
mahu berpindah dari situ disebabkan tidak senang dengan Aki Sahak. Saya seolah-olah mahu
melarikan diri dari membantu dia di situ. Tetapi saya tidak sanggup membuat kerja-kerja seperti
dilakukan oleh Aki Sahak itu. Saya tidak mahu dijadikan tumpuan oleh masyarakat. Masalahnya
berat kalau kita sudah mula mahu menerima harapan seseorang yang mengharapkan sesuatu
dari kita. Sedangkan semua kerja-kerja ini mestilah dibuat dengan ikhlas. Bila hati kecil kita sudah
mempertikaikan sesuatu, maka kerja-kerja yang dilakukan itu sudah menjadi sia-sia.
53

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

Kadangkala timbul pula tomahan dari orang lain yang mengatakan cara yang dilakukan itu sama
seperti bomoh yang mencari wang. Padahal bukan semua bomoh mencari wang melalui cara
pengubatan mereka. Kalau mahu dikira upah memang tidak setimpal dengan pengorbanan yang
dilakukan oleh Aki Sahak. Apakah perasaan kita bila dikejutkan orang sewaktu mata baru mahu
terlena tengah malam? Bagaimana kita mahu mencari nafkah apabila semalam-malaman berjaga
merawat pesakit? Masyarakat hanya melihat dari satu aspek saja iaitu bomoh tidak
mengeluarkan apa-apa modal apabila mengubati pesakit? Inilah yang susah hendak dijawab.
Sebab itulah saya mahu melarikan diri dari tempat kerja-kerja demikian. Kadangkala kepala mahu
naik pitam apabila terpaksa membacakan satu-satu ayat itu dengan kusyuk. Ayat-ayat tersebut
bukannya dibaca seperti menghafal senikata lagu yang dinyanyikan oleh anak-anak muda. Tetapi
disekalikan dengan makrifatnya. Untuk mencapai tingkat itulah yang boleh menyebabkan kepala
naik pitam.
Tetapi saya kesihan juga kepada Aki Sahak yang sudah mula mendapat bantuan dari saya.
Tentulah dia kecewa sekiranya saya mengambil keputusan bertukar dari situ. Pernah juga Aki
Sahak membisikkan kepada saya, sementara saya masih bertugas di daerah itu, mungkin Abang
Amud bercadang juga mahu mendalami pengubatan cara ditidurkan ini. Dalam masa berkira-kira
mahu bertukar dari daerah itu hampir saya terlalai kerana Asar sudah masuk. Isteri saya juga
sudah mengingatkan tentang Asar. Saya pun segera mengambil wudhuk di bilik air untuk
menunaikan fardhu Asar berjemaah dengan isteri saya. Perkara mahu bertukar itu sudah saya
beritahu pada isteri saya. Dia juga tidak membantah tujuan saya, kerana selama ini memang dia
sedari saya selalu saja dipanggil orang. Kadangkala terkuap-kuap di tempat kerja menahan
mengantuk.
Pernah juga isteri saya bergurau dengan memanggil saya doktor tak berijazah. Tetapi saya
tidaklah hiraukan sangat. Bukan saya yang meminta diri saya dipanggil, tetapi masyarakat di situ
yang mahu mencari saya. Semenjak Aki Sahak menyuruh mereka mendapatkan saya kalau
menghadapi gangguan syaitan, maka saya sudah menjadi tumpuan. Asar itu seperti biasa kami
terus berjemaah menunaikan fardhu Asar. Semasa masuk rakaat kedua, saya terdengar ada
orang memanggil saya dari halaman. Terpaksa saya mendehem kuat. Kemudian meneruskan
sembahyang saya hingga selesai. Setelah memberi salam saya wirid pendek saja. Kemudian saya
terus ke pintu hadapan menjengah siapa yang memanggil tadi. Sali tercegat di tengah halaman.
"Ada apa Sali?" tanya saya sambil mempelawanya masuk dahulu. "Tak payah masuklah ustaz..."
sahut Sali tersengih-sengih. "Aki Sahak panggil?" tanya saya menduga. Selalunya mereka datang
berjumpa saya kerana disuruh oleh Aki Sahak. Dia mengangguk. "Kalau macam tu, masuklah
dulu" saya berkeras juga mengajak dia masuk dulu. "Masuklah, kita minum kopi dulu. Lepas tu
barulah kita pergi. Tak apa tu, Aki Sahak dah ada cukuplah..." kata saya menyuruhnya masuk dulu.
"Elok kita cepat ustaz..." ujar Sali mendesak. "Tak apa, masuklah dulu" ujar saya mendesaknya
supaya masuk. Sali menjadi serba salah apabila didesak. Mahu tidak mahu terpaksa juga dia
masuk. Tetapi saya lihat dia di dalam keadaan rusuh. Mungkinkah ada gangguan di lombong?

54

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

Saya rasa puaka air di lombong itu masih belum musnah lagi. Bukanlah satu perkara mudah untuk
menghapuskan mereka sama sekali, kecuali kita hanya boleh menghalang niat jahat syaitan saja.
"Takkan nak cepat sangat" isteri saya pula keluar dari bilik menyindir. "Datang cuma nak ajak
ustaz aje?" katanya terus berjalan ke dapur. Sali tersengih-semgih. Dia tidak banyak bercakap bila
sudah duduk. Mungkin dia bimbang orang akan tertunggu-tunggu. Tentulah mereka menuduh
dia tidak boleh diharap disuruh memanggil saya. Sepatutnya dia mesti segera datang semula
membawa saya bersama. "Apa halnya?" tanya saya. "Abang Amud ajak ustaz cepat" dia
memberitahu. "Apa halnya...?" ulangi saya. Sali terdiam. Susah benar dia mahu menerangkan
kepada saya. Mengapa pula dia masih mahu menyembunyikan tujuan kedatangannya. Kalau dia
disuruh oleh Abang Amud mendapatkan saya, mestilah saya hendak tahu jugak apa masalah
Abang Amud. Sepatutnya Sali mesti memberitahu.
Tetapi dia tetap membisu. Sama seperti seorang gadis yang bekerja di pejabat daerah yang
pernah menemui saya terlalu susah mahu menerangkan tujuannya. Dia mahu bercakap sama
seorang saja dengan saya. Terpaksalah saya membawanya jauh sedikit. Dia memberitahu tentang
seorang lelaki yang berjanji mahu mengahwini dia, tetapi masih juga enggan masuk meminang.
Lelaki itu memberi berbagai-bagai dalih. Akhirnya menghilangkan diri entah ke mana. Gadis itu
meminta saya membuatkan sesuatu supaya lelaki tersebut kembali kepadanya. Masalah gadis
tersebut tentulah tidak sama dengan Sali. Gadis itu terpaksa menyembunyikannya kerana
masalah peribadi. Saya sendiri tidak tahu apakah caranya mahu menolong, kerana seperti saya
katakan, saya bukanlah seorang bomoh. Sedangkan gadis berkenaan menyangkakan saya
seorang bomoh. Bagaimanapun saya nasihatkan gadis itu supaya sembahyang Tahajud
memohon kepada Allah supaya lembutkan hati lelaki yang telah merosakkan masa depannya itu
dan datang menikahinya. Sama ada dia melakukan atau tidak, saya pun tidak tahu. Selepas itu
saya tidak pernah lagi menemui gadis tersebut.
"Apa halnya?" soal saya lagi. "Abang Amud suruh ustaz cepat itu saja" jelasnya serba salah.
"Iyalah, cepat nak ke mana?" heran juga saya mengapa Sali tidak mahu berterus terang.
Sebenarnya kalau memerlukan saya cepat pun tidaklah penting sangat, kerana Aki Sahak sendiri
mempunyai pengalaman yang lebih dari saya. Pengubatan cara tidur yang sering saya katakan itu
memang saya belajar dari Aki Sahak juga. Malah bukanlah perkara yang pelik, kerana ada kawan
saya yang pernah bekerja di Sarawak memberitahu, di Sarawak juga pengubatan secara ini sudah
meluas digunakan. "Cepat, nak ke mana?" saya mendesaknya. Belum sempat Sali menjawab,
isteri saya sudah keluar membawa kopi bersama karipap yang sudah disediakannya. Sali terus
terkebil-kebil mata memerhati isteri saya datang.
"Bagilah can ustaz rehat-rehat di rumah..." isteri saya mengusik. "Abang Amud yang suruh
jemput" beritahu Sali tersengih-sengih. "Kalau ustaz selalu aje dijemput, saya ni macam mana?"
ujar isteri saya. Sebenarnya isteri saya bukanlah menyindir, sebaliknya dia memang gemar
mengusik. Kadangkala kalau orang nipis telinga mungkin mengatakan isteri saya menyindir.
Tetapi dia memang tahu mengapa masyarakat di situ menjemput saya tergesa-gesa. Disebabkan
mereka tidak pernah mengalami pengubatan yang sering saya dan Aki Sahak lakukan, jadi mereka
55

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

menyangka ianya satu perkara baru. Sebenarnya ilmu Allah bukanlah baru, ianya sudah ujud
sejak lama dulu.
"Minumlah dulu..." pelawa isteri saya menghulurkan cawan kepada Sali. "Lepas tu nak ambil
ustaz, ambillah. Tapi hantar balik tau..." katanya tersenyum. Sali tersengih-sengih mendengar
usikan isteri saya itu. "Abang Amud suruh ustaz datang fasal Aki Sahaklah" kemudiannya dia
memberitahu. "Mengapa Aki Sahak?" tanya saya. "Entah..." jelas Sali perlahan. "Sejak lepas Zohor
tadi dia muntah darah. Fasal itu Abang Amud minta sangat ustaz datang cepat." katanya
bercampur rusuh. Tidak jadi saya meneguk kopi bila mendengar cakap Sali. Lantas saya suruh
isteri saya bersiap-siap untuk menziarahi Aki Sahak. Dalam kepala saya mula timbul bermacammacam soalan, bagaimana Aki Sahak yang sentiasa beringat itu, sekali sekala terlalai juga. Tetapi,
inilah sifat insan...

56

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

007. TIBA-TIBA MAYAT MENJADI BERAT


MADRASAH Tok Aji dibina di depan rumahnya saja. Ramai penuntut-penuntut yang datang
belajar di situ. Ada yang datang dari Johor, ada yang datang dari Pahang, ada yang dari Selangor
dan ada yang datang dari Negeri Sembilan. Saya ikut sama belajar di madrasah Tok Aji, kerana
ayah saya lebih suka saya memulakan pelajaran pondok. Itu pun dihantar pada sebelah petang
saja, kerana paginya ayah mahu saya belajar di sekolah Melayu atau sekarang ini di sekolah
rendah.
Kegiatan saya masa di madrasah Tok Aji ini memang cergas. Saya pernah memenangi
pertandingan syarahan seluruh daerah bagi murid-murid sekolah agama termasuk sekolah
pondok. Ustaz Noor yang membimbing saya hingga menjadi johan syarahan itu sangat gembira.
Tetapi yang hendak saya ceritakan di sini bukanlah pengalaman ketika saya mengaji di madrasah
Tok Aji. Saya tertarik dengan beberapa cerita Tok Aji mengenai kisah masa remajanya ketika di
Sumatera lagi.
Seperti saya telah jelaskan, Tok Aji adalah berasal dari Sumatera. Kemudian merantau ke Tanah
Melayu ketika umurnya sudah meningkat dua puluhan. Sebelum datang ke kampung di daerah
saya dan bernikah dengan nenek saya iaitu emak ayah saya, Tok Aji sudah menikah di Semenyih,
Selangor. Dia juga menikah di Singapura dan di Kota tinggi, Johor.
Apa yang Tok Aji ceritakan ialah pengalamannya semasa di Sumatera dari aruah ayahnya. Ketika
ini seorang pelajar bertanya kepada ayah Tok Aji mengenai tingkah laku orang yang nazak, sama
ada mereka yang tersenyum itu sudah ternampak ganjaran baik dari Allah. Ayah Tok Aji
menerangkan belum tentu orang yang nazak itu tersenyum kerana ternampak ganjaran dari
Allah. Hanya Allah saja yang Maha Mengetahui. Boleh jadi orang yang tersenyum tatkala nazak
itu sedang mendengar janji-janji iblis yang menunggu peluang, manakala orang yang masam
mukanya itu sedang memarahi iblis yang cuba mengganggu. "Kita tak tahu rahsia itu..." jelas Tok
Aji semasa mengajar apabila saya sudah mula dewasa.
Tok Aji juga menceritakan tentang seorang yang terkenal sebagai ahli agama di Sumatera, yang
mempunyai madrasah sendiri. Dia juga digelar orang ulama di kampung tersebut. Ulama ini
mempunyai seorang anak yang mempunyai kelulusan dari Mesir. Satu hari ulama itu pun
meninggal dunia. Selang beberapa hari selepas kematiannya orang-orang kampung menjadi
terkejut melihat seekor harimau sedang wirid di atas masjid. Apabila dipandang dari belakang
rupanya seakan-akan ulama yang baru meninggal dunia itu.
Tiap-tiap waktu Maghrib harimau berkenaan dilihat ada di tempat ulama itu selalu duduk.
Disebabkan orang-orang kampung takut dengan kehadiran harimau tersebut, mereka pun
memberitahu kejadian itu kepada anaknya. Setelah dilihat oleh anaknya, jelaslah kepada dia
memang harimau itu adalah jelmaan dari ayahnya. Alangkah anehnya seorang ulama apabila
mati telah menjelma menjadi harimau. Sebagai orang yang berpelajaran tinggi dalam agama, si
anak tadi terus datang kepada harimau yang sedang wirid itu. Berkatalah si anak, "Ayah, apa
57

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

boleh buat kehendak Allah begini. Kita tak boleh menolak iradatNya. Bagaimanapun janganlah
ayah datang lagi ke sini, kerana orang-orang kampung takut dengan keadaan ayah sekarang.
Mendengarkan kata-kata si anak itu maka harimau itu menangis. Air matanya mengalir dari
pelupuk mata, dia hanya mengangguk-angguk seolah-olah faham akan kata-kata manusia.
Kemudian dia dipimpin oleh si anak turun dari masjid lalu dibawa balik ke kuburnya. Dia ghaib
sebaik saja sampai ke atas kubur. "Rahsia demikian pun hanya Allah saja yang Maha
Mengetahui..." Tok Aji menerangkan. Memang seronok mendengar Tok Aji bercerita mengenai
pengalamannya semasa menerangkan sesuatu kejadian yang dianggap aneh oleh orang. Kerana
bagi Tok Aji tidak ada satu kejadian pun di muka bumi ini yang aneh, disebabkan semua itu adalah
di dalam kudrat dan iradat Allah belaka.
Dalam masa Tok Aji bercerita mengenai pengalamannya inilah Dolah Moyok datang termengahmengah mencari Tok Aji. Tergagap-gagap Dolah Moyok bila ditanya mengapa dia tercungapcungap macam dikejar anjing gila. Lama Dolah Moyok jadi ayam berak kapur, barulah dia dapat
bertenang. "Mengapa kau ni, ada apa halnya?" Tok Aji geli hati dengan kelakuan Dolah Moyok
termengah-mengah berlari mendapatkan dia di madrasah. "Mak, minta Pak Aji datang ke rumah"
jelas Dolah Moyok masih lagi tercungap-cungap menahan mengah. "Apa halnya?" Tok Aji
mendesak. "Dia suruh Pak Aji datang aje..." beritahu Dolah Moyok tidak ketahuan.
Disebabkan Dolah Moyok tidak dapat menerangkan maka Tok Aji tidaklah bertanya lebih lanjut.
Sebaliknya dia tersengih-sengih geli hati melihatkan telatah Dolah Moyok. "Kau balik dulu, nanti
Pak Aji datang" kata Tok Aji. Dolah Moyok terus balik. Dia tidak peduli sama ada Tok Aji datang
atau tidak. Dia pun tidak mahu menunggu Tok Aji. Tetapi Tok Aji tahu Dolah Moyok itu bodohbodoh alang. Salahnya, Mak Munah sendiri yang mengharapkan anaknya itu. Sudah tahu Dolah
Moyok bodoh-bodoh alang mengapa diserahkan pada dia membuat urusan. Bagaimana kalau
Tok Aji menyangka urusan itu tidak penting, dan dia sengaja lambat datang?
Puas memikirkan mengapa Dolah Moyok datang tergesa-gesa, barulah Tok Aji mengambil
keputusan mahu melihat segera masalah yang dihadapi oleh Mak Munah. Kalau tidak perkara
mustahak tentulah Mak Munah tidak tergesa-gesa menyuruh Dolah Moyok menjemput.
Bagaimanapun Tok Aji mengajak nenek pergi bersama. Ketika Tok Aji sampai di rumah Mak
Munah keadaan di dalam rumah itu muram. Mak Munah menangis teresak-esak. Dolah Moyok
duduk di sudut serambi terkebil-kebil mata. Dua tiga orang jiran sudah pun sampai terlebih dulu
dari Tok Aji. Melihat keadaan itu Tok Aji menjadi bingung.
"Mengapa ni...?" tanya Tok Aji memerhatikan Mak Munah. "Abang Aji dah lambat..." Mak Munah
mengongoi hiba. "Mengapa?" ulangi Tok Aji. "Masuklah ke dalam" katanya dengan tidak
menerangkan apa-apa. Tok Aji tidak membantah. Dia terus masuk ke dalam mahu memastikan
apakah yang menyebabkan Mak Munah muram. Apabila dia masuk ke dalam dilihatnya anak
gadis Mak Munah terlentang tidak bergerak. Darah mengalir di mulut gadis itu. Nafasnya juga
tidak berombak-ombak lagi seperti sewaktu Dolah Moyok berkejar mendapatkan Tok Aji.

58

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

"Milah, Abang Aji" jelas Mak Munah tersedu-sedu. "Milah dah tak ada, dah tak ada" dia masih
mengongoi menahan kesedihan yang menimpa ke atas anak gadisnya itu. Milah baru berumur
16 tahun. Orangnya memang cantik, sebab itu di kampung dia dikenali dengan panggilan Milah
Cantik. Kerana kecantikan Milah, ramai pemuda-pemuda yang terpikat kepadanya. Tetapi
bukanlah senang mahu memikat Milah. Milah masih boleh mengawal dirinya dari digoda. Apa
lagi dia mendapat didikan agama dari madrasah Tok Aji. Bagaimanapun hanya beberapa bulan
sebelumnya malapetaka menimpa diri Milah Cantik. Dia didapati mengandung enam bulan.
Setelah perutnya membesar barulah berita dia mengandung itu pecah.
Mak Munah sudah pun menemui Tok Aji meminta doanya supaya kandungan itu digugurkan,
tetapi Tok Aji enggan. Tok Aji nasihatkan supaya biarkan saja Milah Cantik lahirkan bayi dalam
kandungan itu sampai selamat. Manakala Milah Cantik pula tidak mahu memberitahu siapakah
yang melakukan sehingga dia mengandung. "Kalau kita buang, sama juga macam membunuh"
jelas Tok Aji pada Mak Munah. "Apa nak dimalukan kepada manusia, sedangkan kepada Allah
tidak malu ketika melakukannya" Tok Aji menasihatkan Mak Munah supaya bersabar.
Tetapi Mak Munah tidak dapat menahan sabar. Dia mahu menghalau saja Milah Cantik dari
rumah kerana memberi malu kepada keluarga. Marah sangat dia dengan perbuatan anak
gadisnya itu. Sia-sia dia menyuruh belajar agama di madrasah Tok Aji. Sia-sia pelajaran agama
yang dididik oleh Tok Aji selama ini hingga sanggup mencemarkan nama baik keluarga dan
kampung halaman sendiri.
"Jangan bertindak terburu-buru..." kata Tok Aji lagi mengingatkan Mak Munah. "Boleh jadi bukan
salah Milah. Boleh jadi dia diperkosa orang, sebab itu dia malu menerangkan siapa yang
melakukannya" dia menyabarkan Mak Munah yang sudah mula hilang punca akibat malapetaka
yang menimpa keluarganya itu. Tidak pula disangka oleh Tok Aji tindakan Milah selanjutnya
sampai demikian. Baru beberapa hari sebelum itu Tok Aji menasihatkan Milah Cantik supaya
bersabar. Tok Aji sendiri meminta Milah Cantik menerangkan siapakah lelaki yang telah
melakukan perbuatan terkutuk itu.
Milah Cantik menceritakan kepada Tok Aji dengan linangan air mata. Segala rahsianya dicurahkan
kepada Tok Aji. Atas sebab-sebab inilah Tok Aji meminta dia bersabar, kerana pada pendapat Tok
Aji kesalahan itu tidak seharusnya dibebankan kepada Milah Cantik. Sayangnya, Milah Cantik
tidak dapat juga menerima nasihat Tok Aji. Dia membunuh diri dengan meminum racun tikus
yang digunakan oleh Mak Munah untuk meracun tikus di sawah.
"Kalau saya cepat sampai pun, mungkin Milah tak dapat diselamatkan Munah" Tok Aji
menasihatkan Mak Munah supaya bertenang. "Ajalnya sudah ditentukan demikian, siapa pun tak
dapat menyelamatkan..." keluh Tok Aji lalu menutup mayat Milah Cantik. Bila mengenangkan
cerita Milah Cantik terasa juga sebaknya dada Tok Aji. Tidak disangkanya gadis secantik Milah itu
sanggup meminum racun tikus hanya disebabkan mengandung. Tetapi Tok Aji sudah
menasihatkannya supaya bersabar, sayangnya Milah Cantik tidak dapat menahan kesabaran.

59

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

Sebagai gadis cantik, Milah Cantik selalu diusik oleh pemuda-pemuda yang ingin memikatnya.
Kadangkala usikan itu sampai menyakitkan hati pula. Akibat dari usikan yang sudah melampaui
batas itu, sekali sekala Milah Cantik terpaksa juga mengeluarkan kata-kata kesat. Inilah yang
terjadi dengan seorang duda bernama Lajak Jongang apabila mengusik Milah Cantik. Kalau mahu
dikira tua Lajak Jongang tidaklah tua sangat baru berumur kira-kira 38 tahun. Tetapi tidaklah
patut dia cuba memikat gadis baru berumur 16 tahun seperti Milah Cantik. Dia bercerai dengan
isterinya disebabkan Lajak Jongang suka main daun terup berjudi. Kadangkala semalaman tidak
balik ke rumah.
Setelah bercerai Lajak Jongang jadi miang tidak menentu. Pantang nampak dahi licin dia akan
cuba memikat. Mahu dikira tampan tidaklah tampan Lajak Jongang ini. Kulitnya putih kuning,
tetapi bertubuh kurus ceding. Giginya jongang sedikit dan mukanya banyak ditumbuhi jerawat.
"Hai Milah..." tegur Lajak Jongang ketika Milah Cantik singgah membeli biskut di kedai Mamak
Kadir. "Orang cantik bertambah cantik bila pakai kurung merah jambu" katanya mengusik.
Milah Cantik tidak menyahut. Dia mengerling masam. Menyampah sangat dia dengan Lajak
Jongang. Tidak sedar diri sudah beranak lima, cuba nak memikat gadis seperti dia. Bukan sekali
dua Lajak Jongang bersikap demikian. Sudah selalu sangat dia mengusik bila bertemu dengan
Milah Cantik. "Janganlah marah, takkan tak boleh nak bergurau sedikit" usik Lajak Jongang lagi.
Dua tiga orang pemuda ada tercongok di bangku panjang di kedai Mamak Kadir itu sedang
menunggu kawan-kawan lain mahu bermain terup, tertawa berdekah-dekah mengejek Lajak
Jongang cuba memikat Milah Cantik.
"Anak orang jangan diusik Abang Lajak" kata seorang pemuda. "Nanti kena ludah baru padan jadi
ubat jerawat..." ujarnya macam mahu menyakitkan hati Lajak Jongang. Marah juga Lajak Jongang
bila diungkit fasal mukanya yang penuh jerawat itu. Mahu saja dipeluknya Milah Cantik di situ
untuk membuktikan pada anak-anak muda itu bahawa dia masih boleh memikat gadis cantik
seperti Milah Cantik. "Kalau aku nikah dengan Milah baru padan muka engkau orang" sahutnya
kesal kerana diejek.
"Bagi can orang muda Abang Lajak" anak-anak muda yang bertenggong di bangku panjang terus
mengejeknya. "Abang Lajak dah tua, anak dah empat lima orang. Nak bersanding pun dah tak
padan" siul mereka melangsing ikut sama mengusik Milah Cantik. "Kau tengoklah nanti..." marah
sangat Lajak Jongang dipersendakan oleh anak-anak muda. "Kalau Lajak tak bersanding atas
pelamin dengan Milah Cantik, jangan haraplah kau orang nak bersanding. Kempunanlah engkau
orang semua" ujarnya menggertap bibir.
Anak-anak muda terus ketawa mengejek. Masakan Milah Cantik boleh terpikat dengan Lajak
Jongang kaki main terup pakau. Rupa pun tidaklah boleh memikat. Sudahlah muka tirus, jerawat
batu pula timbul dua tiga hingga muka jadi bokop. Lainlah macam P.Ramlee bintang filem
terkemuka ketika itu. Walaupun badan kurus ceding, muka bokop berjerawat, P.Ramlee boleh
menyanyi, berlakon dan terkenal. Siapa yang tidak tergila-gilakan bintang filem masa itu.

60

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

Tetapi Lajak Jongang orang kampung menoreh getah. Asyik pula menghabiskan masa di belakang
kedai kopi Mamak Kadir bermain terup pakau. Ada isteri pun lari meninggalkan dia. Macam mana
pula ada keinginan memikat Milah Cantik gadis comel baru berumur 16 tahun itu. "Jangan
pungguk rindukan bulan Abang Lajak..." ketawa budak-budak semakin meninggi. Terasa pada
Lajak Jongang dia benar-benar dipandang seperti lelaki tidak berharga di sisi wanita. Mentangmentanglah isterinya lari menuntut cerai, tidak bererti dia tidak dihargai oleh isterinya.
Malu benar-benar dihina oleh anak-anak muda itu di depan Milah Cantik. Dia terus merapati
Milah Cantik tersengih-sengih. "Milah..." dia tersenyum menegur Milah Cantik. "Ah, sudah..."
bentak Milah Cantik mencapai biskut yang dibelinya dari kedai Mamak Kadir. "Tak padan dah tua
nak jadi ulat bulu. Kalau miang sangat mengapa biarkan Kak Dah lari dari rumah" kata Milah
Cantik marah. Tersinggung sangat dia dengan sikap Lajak Jongang tidak sedar diri itu.
"Hei, Milah..." panggil Lajak Jongang serba salah. Tetapi Milah Cantik sudah pun berlari keluar
dari kedai Mamak Kadir. Anak-anak muda di bangku panjang terus ketawa mengejek. Tebal
rasanya muka Lajak Jongang mendengar kata-kata Milah Cantik tadi. Perkara Midah lari
meninggalkan dia tidak wajar diungkit oleh anak gadis seperti Milah Cantik. Mungkin Midah
melarikan diri disebabkan selalu meleteri dia, menyebabkan dia cepat naik angin.
Dia benar-benar merasa terhina bila seorang gadis mentah berani mempertikaikan keruntuhan
rumahtangganya. Lajak Jongang terus meninggalkan kedai Mamak Kadir dalam ejekan anak-anak
muda yang ketawa berdekah-dekah. Semalaman Lajak Jongang tidak dapat melelapkan mata.
Malu benar dia mendengar kata-kata Milah Cantik di depan anak-anak muda yang suka
mengejek. Kalau Milah Cantik tidak sudi menyahut pun janganlah ungkit fasal kegagalan
rumahtangganya dengan Midah.
Esoknya pagi-pagi lagi Lajak Jongang menemui Tok Batin di hulu kampung. Hampir sebulan dia
berulang alik menemui Tok Batin sehingga dia tidak pernah lagi menjenguk muka di kedai Mamak
Kadir. Kuranglah kaki main terup pakau dengan ketiadaan Lajak Jongang. Tup-tup satu hari
terjongol saja muka Lajak Jongang di kedai Mamak Kadir. Apabila dipelawa main terup, dia terus
saja tumpang sekali. Semasa bermain ini anak-anak muda juga mengusiknya. Mereka
mengatakan Lajak Jongang merajuk kerana Milah Cantik tidak mahu melayan.
"Merajuk, siapa nak pujuk Abang Lajak!" Johar menyinggung bahunya sambil tersengih-sengih.
"Takkan Milah Cantik nak datang pujuk" celah Leman pula. Mereka ketawa terkekeh-kekeh untuk
menyakitkan hati Lajak Jongang. Tetapi Lajak Jongang tidak marah. Dia hanya tersenyum saja,
walaupun mukanya merah padam menahan marah. "Nanti Abang Lajak gigit jari..." cepat-cepat
Kahar menyampuk. "Milah Cantik selalu jeling-jeling Johar nampaknya sekarang ni" ujarnya
disambut ketawa berderai.
Dalam masa mereka mengusik-ngusik Lajak Jongang itu, Milah Cantik datang ke kedai Mamak
Kadir. Apabila mereka tahu Milah Cantik datang cepat-cepat Johar menguis bahu Lajak Jongang.
Tetapi dia tidak ambil peduli langsung anak-anak muda itu mengusiknya. Sebaik sampai saja di
61

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

kedai Mamak Kadir, terus saja Milah Cantik menjengah ke belakang kedai memerhati orang
bermain terup. Tidak pernah selama ini dia menjengah ke situ. Selepas terpandang Lajak Jongang
bermain terup dia tersenyum mengerling ke arah lelaki duda tersebut.
Lajak Jongang pura-pura tidak nampak Milah Cantik memerhatikan dia. Anak-anak muda yang
mengejek juga terdiam dengan perubahan Milah Cantik mengerling dan tersenyum merenung
Lajak Jongang itu. Mereka melihatnya seperti dalam mimpi saja, bagaimanakah Milah Cantik
boleh tersenyum merenung Lajak Jongang. Sejak dari hari itulah Milah Cantik sentiasa
teringatkan Lajak Jongang. Tidur pun sentiasa termimpi-mimpikan Lajak Jongang datang. Dia
merasa gembira apabila dibelai Lajak Jongang. Setiap malam seperti ada saja orang memandunya
datang menemui Lajak Jongang di rumah lelaki duda bermuka bokop itu.
"Rumah abang buruk..." bisik Lajak Jongang merangkul tubuh gadis itu. "Milah bukan mahu
rumahnya" sahut Milah merebahkan kepala ke lengan Lajak Jongang. "Habis, Milah mahu apa?"
Lajak Jongang memain-mainkan anak rambut Milah Cantik. Setiap sentuhan jari Lajak Jongang
tetap mendebarkan dia. Milah Cantik merasakan dunianya hanya untuk Lajak Jongang saja. Dia
tidak mahu berenggang walau sesaat pun dari Lajak Jongang.
"Milah mahu apa?" ulangi Lajak Jongang perlahan. "Milah mahu abang..." sahut gadis itu
mengusap-ngusap pipi lelaki duda tersebut. "Abang tak lawa!" "Ah, Milah pun bukannya cantik
sangat" "Tapi, Milah memang cantik" "Abang pun apa kurangnya...!" "Abang dah tua, duda
pula..." "Tapi Milah, sayangkan abang". Akhirnya Milah menyerahkan segala-galanya pada Lajak
Jongang. Dapatlah Lajak Jongang membalas dendam, setelah Milah Cantik menghina dia ketika
di kedai Mamak Kadir. Selama berulang alik berjumpa Tok Batin itulah dia telah memuja Milah
Cantik.
Selepas puas melepaskan hawa nafsunya terhadap gadis mentah itu, Lajak Jongang pun
memulihkan semula semangat Milah Cantik. Sejak itu Milah Cantik kembali sedar apa yang
berlaku. Dia bagaikan mahu menjerit bila menyedari bahawa kehormatannya sudah dinoda oleh
lelaki yang dibencinya selama ini. Apabila dia menyedari dirinya mengandung, Milah Cantik
sengaja mendiamkan diri. Dia bimbang kalau dia menerangkan kedudukan sebenarnya tentulah
emaknya memaksa dia bernikah dengan Lajak Jongang, sedangkan hatinya tidak terbuka pun
mahu menerima Lajak Jongang.
Hinggalah saat Milah Cantik menutup mata dengan meminum racun tikus, tidak siapa pun
mengetahui rahsianya. Kecuali Tok Aji satu-satunya yang mengetahui tentang Lajak Jongang. Tok
Aji jugalah yang tahu tentang perbuatan Lajak Jongang memuja semangat Milah Cantik supaya
menyerah kepadanya. Ketika hayatnya Milah Cantik disuruh oleh Tok Aji melakukan solat sunat
Tahajud setiap malam, supaya dirinya dilindungkan dari sebarang bencana malu. Biarlah
masyarakat dapat menerima hakikat sebenarnya bahawa dirinya telah diperalatkan oleh syaitan
yang bertopengkan manusia.

62

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

Sama ada dia melakukannya atau tidak, Tok Aji sendiri tidak tahu. Tetapi menurut cerita Mak
Munah memang setiap malam Milah Cantik bangun tengah malam menunaikan solat sunat.
Apakah doanya tidaklah diketahui oleh Mak Munah. Tetapi, mengapa pula dia tergamak
meminum racun kalau sentiasa mengerjakan solat? Disebabkan dia mati ketika mengandung
orang-orang kampung menasihatkan Mak Munah supaya mengkebumikan Milah Cantik
mengikut kepercayaan mereka iaitu membubuh jarum di tapak tangan, telur di bawah ketiak dan
emas di dalam mulutnya. Kononnya, kalau tidak dilakukan begitu dia akan bertukar menjadi
langsuyar.
Walaupun Tok Aji tidak bersetuju dengan kepercayaan tersebut, tetapi dia tidaklah membantah.
Dia tidak mahu masyarakat akan membuat anggapan buruk pula kalau ditegur kepercayaan
mereka. Akibatnya boleh mendatangkan perpecahan di kalangan masyarakat apabila berbantahbantah. Dalam masa orang ramai sedang membuat persiapan untuk memandikan, tiba-tiba
suasana menjadi gempar bila Lajak Jongang datang menangis-nangis menyembah kaki Mak
Munah. Dia mengaku di depan Mak Munah melakukan perbuatan terkutuk itu menyebabkan
Milah Cantik mengandung. Dia sendiri tidak menyangka Milah Cantik tergamak membunuh diri.
Malah kalau Milah Cantik sudi dia sanggup mengambilnya menjadi isteri.
Akhirnya Lajak Jongang terpaksa menceritakan semua yang dilakukannya terhadap Milah Cantik.
Orang-orang kampung mendengar pengakuan itu dengan rasa benci, kerana selama ini mereka
menuduh tentulah kalau tidak bertepuk sebelah tangan masakan berbunyi. Dengan pengakuan
Lajak Jongang itu barulah mereka sedari bahawa Milah Cantik hanya teraniaya selama ini.
Serentak dengan itu Mak Munah sudah mencapai parang mahu menerkam Lajak Jongang.
Terpaksalah orang ramai mententeramkan keadaan.
"Yang mati, dah tentulah mati...!" Ketua Kampung mengingatkan Mak Munah. "Jangan yang
hidup pula, tak ada beban batu digalas. Cukuplah Munah, jangan ikutkan sangat perasaan kau"
nasihat Ketua Kampung. "Binatang ni salah, binatang ni salah!" Mak Munah menangis teresakesak sambil meronta mahu melepaskan diri dari pegangan orang ramai. Lajak Jongang tidak
berganjak menunggu serangan Mak Munah. Dia seolah-olah menyerahkan diri saja tidak
bertindak melarikan diri pun.
"Munah...!' Tok Aji pula bersuara. "Pengakuan Lajak di hadapan orang ramai ini satu rahmat besar
dari Allah. Sepatutnya kau bersyukur, kerana Allah telah menunjukkan kepada hambaNya
bahawa anak kau tidak berdosa. Dia dianiaya" jelas Tok Aji meminta Mak Munah bertenang.
Semakin lemah Mak Munah dipegang ramai-ramai. Dia tidak berdaya lagi mahu meronta. Kalau
ikutkan perasaannya memang dia tidak benarkan Lajak Jongang menjejakkan kaki ke rumahnya.
Tetapi Lajak Jongang sedikit pun tidak mengangakat muka walau dimaki macam mana pun.
"Sabarlah Munah" pujuk Tok Aji lagi.
Mak Munah dipapah ke dapur untuk meredakan suasana kerana Lajak Jongang tetap melutut di
sisi jenazah. Dia tidak mahu berundur walaupun orang ramai menasihatkan dia supaya
meninggalkan rumah tersebut buat sementara waktu. Bila keadaan sudah pulih barulah
63

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

diselesaikan perkara itu dengan Mak Munah. Ketika jenazah hendak dimandikan orang menjadi
bingung kerana mereka tidak terangkat jenazah untuk ditatang ke tempat dimandikan. Hingga
tujuh lapan orang lelaki mencuba mengangkatnya, tetapi jenazah tidak bergerak sedikit pun.
Puas mencubanya, maka mereka pun mengadukan hal itu kepada Ketua Kampung. "Macam
mana Pak Aji...?" tanya Ketua Kampung dalam kebingungan. "Tak pernah pula saya menemui
kejadian macam ni seumur hidup saya" katanya keheranan mendengar penerangan dari orangorang yang mahu memandikan jenazah. "Lajak..." Tok Aji memanggil Lajak Jongang. "Boleh jadi
dia meminta pertolongan kau" ujarnya menyuruh Lajak Jongang mengangkat jenazah itu ke
tempat hendak dimandikan.
Mudah saja Lajak Jongang menatang jenazah itu seorang diri. Heran juga orang yang mengangkat
mua-mula tadi, kerana mereka telah mencubanya beramai-ramai tetapi tidak berjaya. Bagaimana
dengan Lajak Jongang hanya seorang diri saja boleh mengangkat jenazah tersebut. Mereka mula
menuduh Lajak Jongang masih menggunakan ilmu Tok Batin, sebab dia sendiri mahu mengangkat
jenazah Milah Cantik. Memang Lajak Jongang yang menyebabkan mayat menjadi berat.
Bagaimanapun Tok Aji menasihatkan mereka supaya tidak menuduh sesuka hati.
"Serahkan kepada Allah, hanya Allah Yang Maha Mengetahui..." Tok Aji mengingatkan mereka.
Tetapi mereka tidak puas hati dengan alasan Tok Aji. Saudara mara Mak Munah juga menyimpan
dendam pada Lajak Jongang. Kalaulah tidak mengenangkan Tok Aji dengan Ketua Kampung
memang mereka mahu menghalau Lajak Jongang dari situ. Kedatangan Lajak Jongang sematamata untuk menimbulkan keributan saja. "Entah apa tangkal yang dipakainya, fasal itu jenazah
jadi berat" rungut salah seorang dari mereka.
Tok Aji tidak peduli sangat dengan rungutan demikian. Dia hanya memberi nasihat, kalau orang
tidak mahu mendengar nasihatnya dia tidak ambil peduli sangat. Terpulanglah pada orang itu
sama ada mahu menerima nasihatnya atau tidak. Setelah selesai dimandikan dengan sempurna
maka dikapankan oranglah jenazah Milah Cantik. Terpaksalah Lajak Jongang mengangkat jenazah
itu untuk dikapankan dan kemudiannya diletakkan di depan Tok Aji untuk disembahyangkan.
Setelah selesai disembahyangkan dimasukkan ke dalam usungan. Lajak Jongang juga terpaksa
membawanya ke dalam usungan.
Ketika usungan hendak dibawa ke kubur sekali lagi tidak dapat dilakukan. Usungan tidak bergerak
langsung dan mereka yang memikul usungan terasa jenazah itu terlalu berat. Mahu tidak mahu
dipanggil juga Lajak Jongang memikul usungan. Barulah orang-orang yang merungut tadi sedar
akan kata-kata Tok Aji hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Kalau semasa memandikan jenazah
bolehlah mereka menuduh Lajak Jongang menggunakan tangkal azimat supaya jenazah menjadi
berat, bagi membolehkan dia memeluk jenazah untuk melepaskan geramnya kepada gadis
kesayangannya. Tetapi bagaimana pula dengan usungan?
Sepanjang jalan kira-kira setengah batu menuju ke tanah perkuburan Lajak Jongang tidak dapat
bergilir-gilir seperti orang lain memikul usungan jenazah. Kalau Lajak Jongang menukarkan
kepada orang lain maka usungan itu tidak dapat dibawa bergerak ke depan. Masing-masing
64

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

merasa terlalu berat. Mereka tidak dapat melangkah langsung. Mahu tidak mahu terpaksa juga
Lajak Jongang memikulnya dengan tidak dapat bergilir-gilir. Lajak Jongang tidak membantah. Dia
terpaksa melakukan kerana dia merasa berdosa menyebabkan Milah Cantik jadi demikian.
Untuk menebus dosanya, dia sanggup melakukan apa saja di hari pengebumian Milah Cantik.
Orang ramai yang melihat Lajak Jongang berpeluh-peluh memikul usungan itu mula merasa
simpati terhadapnya. Tetapi mereka tidak dapat menolong. Walaupun ada orang yang mahu
menggilirkan dia memikul usungan, tiba-tiba saja usungan tidak bergerak. Kaki mereka tidak
dapat melangkah kerana menahan beban yang terlalu berat. "Sabarlah, Lajak" bisik Tok Aji yang
berjalan berhampiran dengannya.
Lajak Jongang hanya mengangguk. Dia teringat juga akan masa manisnya bersama Milah Cantik,
sekalipun melalui guna-guna yang dipuja oleh Tok Batin. Memanglah Milah Cantik bukan dengan
rela hati menyerahkan tubuhnya kepada dia, namun kenikmatan itu tetap tidak dapat diluputkan
dari jiwanya. "Ingatlah, Allah Maha Pengampun..." Tok Aji memberi nasihat kepadanya kerana
kasihan melihat Lajak Jongang tersenget-senget bahu memikul usungan jenazah.
Lajak Jongang tidak menyahut. Dia mengangguk lemah. Air matanya berlinang di pelupuk mata
menyesali perbuatannya terhadap gadis mentah yang tidak berdosa itu. Apabila sampai di kubur,
sekali lagi menjadi kecoh kerana jenazah tidak dapat diturunkan ke liang lahad. Mereka semua
tidak terdaya mahu mengangkat jenazah. Disebabkan mereka sudah tahu masalahnya, maka
disuruh saja Lajak Jongang masuk ke dalam kubur menyambut jenazah.
Lajak Jonganglah menyambutnya, dan dia jugalah yang memasukkan jenazah ke liang lahad.
Sebaik saja orang mengambuskan tanah, tiba-tiba Lajak Jongang tidak dapat mengangkat
kakinya. Dia meronta-ronta mahu melepaskan kakinya yang terlekat di tanah. "Tanah ni lekit..."
katanya sambil menghulurkan tangan minta ditarik ke atas. Sebaik saja mahu ditarik ke atas
kakinya semakin tenggelam. Terpaksalah berhenti orang menariknya. Asal saja cuba ditarik maka
kakinya akan bertambah tenggelam. Puas Lajak Jongang meronta mahu melepaskan diri, tetapi
tidak juga berjaya.
Selagi Lajak Jongang tidak ditarik naik ke atas maka kubur tersebut tidak dapat dikambus.
Memang keadaan semakin terdesak. Tok Aji pun menyuruh Lajak Jongang berastaghfar. Masingmasing bertambah bingung dengan kejadian yang berlaku tidak semena-mena itu. "Cuba kau
melompat Lajak..." ujar Mak Munah yang mula kasihan melihat Lajak Jongang bersusah payah
mengkebumikan anaknya. Lajak Jongang cuba melompat tetapi tidak boleh bergerak. "Kaki saya
panas" katanya mendongak ke atas terkebil-kebil mata. Suaranya gementar dalam ketakutan.
Tok Aji mengadap kiblat terus azan dengan lantang suaranya. Selepas azan Tok Aji merenung ke
liang lahad, lalu dia masuk ke lubang kubur. Tok Aji membongkok bagaikan bercakap-cakap
dengan jenazah Milah Cantik. Kemudian dia berdiri semula sambil berkata dengan tenang,
"Milah, pergilah kau saja. Tinggalkan Lajak di sini, biarlah urusan Allah diserahkan kepada Allah".

65

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

Setelah itu Tok Aji memberi isyarat supaya Lajak Jongang ditarik ke atas. Barulah Lajak Jongang
dapat ditarik. Selepas itu disempurnakanlah pengkebumian Milah Cantik. Bagaimanapun Lajak
Jongang tidak lama kemudiannya jadi gila. Seluruh badannya dipenuhi tokak. Kira-kira dua tahun
dia menanggung pernderitaan itu, Lajak Jongang pun meninggal dunia.
008. DENDAM ANGUT LUMPUH
SEBATANG parit yang melintasi tengah kampung selalu dikaitkan oleh orang-orang kampung
dengan dendam Angut Lumpuh. Siapa saja yang terkena dendam Angut Lumpuh nescaya akan
menjadi lumpuh kalau umur panjang, sebaliknya kalau sampai ajal akan mati. Apakah yang
dikatakan Angut Lumpuh ini pun saya tidaklah tahu sangat, cuma Kadir Misai yang mengajak saya
ke Jerantut di Pahang apabila adiknya dikatakan sakit akibat disampuk dendam Angut Lumpuh
ini.
Kadir Misai pun hanya mengesyaki saja adiknya disampuk dendam Angut Lumpuh. Ini disebabkan
apabila penduduk kampung itu diserang sakit luar biasa, maka mereka akan cepat mengesyaki
terkena sampuk Angut Lumpuh. Kerana tidak mahu menghampakan hati Kadir Misai saya pun
bersetuju ke Jerantut pada malam itu juga. Lagi pun saya sendiri ingin untuk mengetahui apakah
yang dikatakan Angut Lumpuh itu. Kalau puaka mengapa pula dinamakan Angut Lumpuh? Kalau
jenis syaitan dari mana pula datangnya nama Angut Lumpuh?
Ketika saya sampai di rumah ayah Kadir Misai, memang adiknya berumur 13 tahun masih tidak
sedar diri. Kata Lebai Man iaitu ayah Kadir Misai sudah tiga hari Zuki anaknya tidak sedarkan diri.
"Kenapa awak tak panggil Ulung Bahar di Lancang?" tanya saya pada Kadir Misai. "Ah, awak pun
sama juga ustaz..." bisiknya. "Tapi lebih elok orang sini juga" kata saya cuba menarik perhatian
dia. "Mana nak ingat semua tu, dalam keadaan macam ni" ujarnya sambil memanjangkan bibir
menunjuk ke arah adiknya yang terlentang di tengah rumah. "Kawan ingat, usaz pun bolehlah..."
jelasnya perlahan."Ha, cubalah ustaz" Lebai Man pula menggesa.
Sukar juga saya mahu membuat keputusan. Orang sudah mendesak supaya saya tengokkan Zuki.
Kalau saya mahu berdalih mengapa tidak menolak semasa Kadir Misai datang menjemput ke
rumah. Sebenarnya saya datang hanya untuk mengetahui apakah yang dikatakan Angut Lumpuh
itu. Kebetulan Dukun Pak Cu Jabat sudah mengubatnya. Dia sendiri meminta saya pula
mencubanya. Dukun Pak Cu Jabat juga mengesyaki memang angkara Angut Lumpuh. Dari dialah
saya diberitahu mengenai parit yang melintasi kampung, yang telah saya lalui bersama Kadir
Misai ketika datang ke situ, memang ada kaitan dengan Angut Lumpuh ini.
Beberapa tahun dulu anak saudara dia meninggal dunia setelah terkejut melihat seorang
perempuan tua berjalan menginsut punggung di dalam parit tersebut. Dia tidaklah meninggal
dunia sebaik saja melihat perempuan tua itu, sebaliknya jatuh demam. Budak baru berumur
empat tahun itu memberitahu emaknya dia ternampak seorang nenek tua menginsut punggung
mudik parit tersebut.

66

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

Kira-kira sebulan lebih budak itu sakit, dia pun meninggal dunia. Dukun Pak Cu Jabat
memberitahu kalau ternampak perempuan tua itu nyatalah dia Angut Lumpuh. Maksudnya
Angut ini ialah nenek kepada nenek. Sekiranya ternampak dia mudik bererti susahlah hendak
diselamatkan pesakit berkenaan, sebaliknya kalau dia menginsut ke hilir masih ada harapan
untuk sembuh, tetapi mangsanya itu akan lumpuh.
Dia juga menceritakan seorang lelaki tepok di dalam kampung itu yang disebabkan angkara
dendam Angut Lumpuh. Kaki dan tangan sebelah kanannya menjadi lumpuh setelah sembuh dari
sakitnya. Lelaki itu sekarang sudah berumur lebih 40 tahun dikenali sebagai panggilan Apat Tepok
saja. Seorang lagi sepupu Lebai Man menjadi tidak siuman selepas sembuh dari sakit yang
dikatakan akibat terkena sumpahan Angut Lumpuh ini. Sebenarnya sudah banyak mangsa Angut
Lumpuh itu sejak beberapa tahun dulu. Parit itu adalah anak sungai kecil yang mata airnya terbit
dari bukit dalam kampung itu juga, sekarang ini bukit berkenaan sudah pun ditebang tebas
dijadikan kebun getah.
"Kalau ternampak Angut Lumpuh tu di dalam parit tu, hah tanda nahaslah tu..." ujar Dukun Pak
Cu Jabat. "Ada yang terjumpa?" tanya saya. "Siapa yang jumpa Angut Lumpuh, kalau tak lumpuh,
mati..." sahut Lebai Man pula menguatkan lagi dakwaan Pak Cu Jabat. "Zuki ni jumpa?" soal saya
lagi. "Tak taulah..." beritahu Lebai Man perlahan. "Tengah makan tiba-tiba dia pening kepala,
langsunglah tak sedar diri. Fasal itulah kawan telefon pada Kadir di Kuala Lumpur" jelas orang tua
itu seterusnya.
Lama saya memikirkan apakah cara mahu dilakukan terhadap Zuki. Kalau Pak Cu Jabat seorang
dukun sudah berusaha memulihkan, pada hal dia sudah berpengalaman sekian lama di situ tetapi
tidak berhasil, bagaimana pula saya mahu mencubanya. Kerana tidak terfikirkan cara yang lain,
lalu saya mengajak semua orang yang ada di situ bersama-sama dengan saya membaca Yassin.
Mereka bersetuju dengan cadangan saya, iaitu membaca Surah Yassin. Lebai Man juga setuju
saya mengepalai bacaan Yassin tersebut.
Tiga kali bacaan Yassin dibuat barulah saya dapati Zuki mula menggerakkan badannya.
Bagaimanapun dia masih tidak sedarkan diri. Dia seolah-olah mahu bangun untuk melompat ke
tanah, tetapi tenaganya masih lemah. Zuki terbaring semula. Apabila dipanggil namanya dia tetap
mendiamkan diri. Hati saya lega kerana Zuki sudah mula menggerakkan badan. Walaupun dia
masih belum sedarkan diri, namun ada perubahan juga. Tidaklah terlentang tidak bergerak-gerak
seperti mula-mula saya datang. Saya sampai di rumah Lebai Man kira-kira jam 11.30 malam.
Ketika ini masih ramai lagi orang datang menziarahi Zuki.
Saya lihat Pak Cu Jabat juga tersenyum dengan perubahan Zuki. Setelah setengah jam Zuki boleh
menggerakkan badan, dia pun mula berpusing ke kiri ke kanan dalam keadaan masih lemah.
Nafasnya saja kencang turun naik. Dia tidak bercakap apa-apa pun. "Ada perubahan nampaknya,
ustaz..." kata Dukun Pak Cu Jabat. "Alhamdulillah..." sahut saya perlahan. "Dukun ni bukan kira
besar kecil, kira rasi" ujar Pak Cu Jabat mengurut-ngurut misainya. "Kira rasi, kalau rasi dukun

67

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

dengan ubatnya, hah macam kunyit jumpa kapur aje laa" dia terangguk-angguk puas hati dengan
perubahan Zuki yang sudah tiga malam tidak bergerak-gerak.
Semakin lama semakin keras Zuki berpusing ke kiri ke kanan. Terpaksa pula Kadir Misai
memegangkan kakinya. Tetapi cepat saja kaki Zuki menyinggahi dada Kadir Misai. Terundur juga
Kadir Misai ke belakang bila kaki itu menerjah ke dadanya. "Mari kita cuba sama-sama Pak Cu"
saya menepuk bahu Pak Cu Jabat. "Silakan dulu..." dia menyuruh saya terus menghadapi keadaan
Zuki yang semakin keras. "Pak Cu bantulah saya" kata saya mengharapkan dia sama-sama
menggunakan kemahirannya. "Iya, ya...silakan" ujarnya sambil rapat kepada Zuki.
Zuki tidak meronta-ronta, tetapi dia membalikkan tubuhnya ke kiri dan ke kanan. Makin lama
semakin kencang dia membalikkan tubuh ke kiri dan ke kanan. Saya lihat Pak Cu Jabat sudah
terkumat kamit mulut membacakan ayat-ayat tertentu, yang saya tidak tahu apakah ayatnya.
Seperti Ulung Bahar yang pernah saya temui, Pak Cu Jabat juga tidak menggunakan kemenyan,
bertih, limau atau ramuan-ramuan khas bagi mengubati pesakit.
Zuki masih membalik-balikkan tubuh ke kiri ke kanan. Sekali-sekala dia mendengus bagaikan
hidung tersumbat. Saya menyorot tubuhnya dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Lama
kelamaan tubuh Zuki hilang dari sorotan saya. Keliling saya menjadi gelap seketika. Setelah
melepasi kegelapan itulah saya dapati diri saya terlalu jauh di dalam kawasan hutan yang
terdapat satu parit anak sungai yang kecil. Parit tersebut sama seperti parit yang melintasi di
tengah-tengah kampung Kadir Misai. Cuma keadaan kelilingnya saja dipenuhi hutan dan anakanak pokok.
Lama saya berlegar-legar mencari punca di manakah saya telah sampai. Akhirnya saya dapat
mengangak bahawa anak air yang saya temui itu adalah anak air di kampung itulah seperti
keadaannya beberpa puluh tahun dulu. "Mungkinkah saya sudah berjalan terlalu jauh?" fikir saya
dalam kebingungan. Ketika ini saya teringat untuk membaca Ayat Waddhuha. Saya membaca tiga
kali barulah saya mendapat pedoman mengenai anak air itu. Memang itulah anak air yang saya
cari. Tidak salahlah dakwaan Pak Cu Jabat mengenai anak air yang mengalir di tengah kampung
itu sudah banyak memakan mangsa.
Dalam masa saya merayau-rayau ini kedengaran kepada saya suara orang mendehem. Cepatcepat saya berpaling memerhatikan arah suara itu. Seorang lelaki berserban putih, mukanya
bersih berbau harum sambil memegang tongkat semambu dari rotan beruas songsang. Dia
memimpin tangan Zuki masih teragak-agak mahu melompati parit berkenaan.
"Assalamualaikum..." tiba-tiba dia memberi salam. Saya menjadi serba salah. Mustahil pula
syaitan boleh memberi salam atau berbau harum demikian. Sekali lagi dia memberi salam. Mau
tidak mau saya terpaksa juga menyahut salamnya.
"Anak jangan ragu-ragu" dia tersenyum seolah-olah dapat membaca perasaan saya yang tidak
mempercayai dia. "Anak mau budak ni balik, memang saya mau menghantar dia pada
keluarganya" jelasnya sambil mengusap-ngusap kepala Zuki. Budak itu tersenyum mengerling ke
68

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

arahnya. "Tok Sheikh ni siapa? saya mula mempercayai dia. "Saya menjaga tempat ni" beritahu
dia ramah. "Memang si lumpuh tu tak habis-habis berdendam, sampai budak Zuki ni pun dia nak
kenakan. Mujur saya cepat sampai menolongnya..." katanya menghentak-hentakkan tongkat
rotan beruas songsang itu.
"Kenapa Tok Sheikh tak hantar Zuki balik...?" saya cuba menduga. "Tak ada orang sampai ke sini.
Pak Cu Jabat tak sampai, dia jauh lagi. Saya pula tak boleh keluar jauh dari sini" jelas lelaki yang
saya panggil Tok Sheikh tu. Tok Sheikh itu tidak pula menceritakan siapakah dirinya sebenar.
Tetapi saya dapati dia memang berniat baik. Boleh jadi juga Pak Cu Jabat tidak sampai ke situ,
sebab itulah Zuki tidak dapat dihantarnya balik. Kalaulah Zuki tidak dapat diambil balik bereti dia
akan tidak sedarkan diri beberapa lama lagi. Inilah hakikat sebenarnya.
"Memang jauh anak berjalan..." katanya lalu mengajak duduk pada sepohon pokok. "Jarang
orang boleh sampai ke sini, kalau kurang pengalaman memang sukar nak sampai ke sini" ujarnya.
Saya mengangguk-angguk kepala. Kagum juga saya dengan sifat ramah orang tua berkenaan .
Kalaulah dia dari jenis syaitan masakan budi bahasanya begitu ramah. Oleh itu saya kuat
mengagakkan dia bukanlah syaitan, tetapi golongan yang boleh membantu.
"Anak mau pertolongan saya?" tanyanya tersenyum memerhatikan saya dalam keadaan raguragu. "Tidak!" tegas saya. "Saya hanya memerlukan pertolongan Allah" kata saya ego sedikit.
"Alhamdulillah, kalau begitu..." suaranya lembut mempesonakan. "Saya tahu anak memang cucu
Tok Aji Mat Kampar. Saya kenal dengan Tok Aji Mat Kampar" katanya lagi. Kesal juga saya kerana
bercakap seakan-akan kasar terhadap orang tua berkenaan. Tetapi saya masih tertanya-tanya
siapakah dia sebenarnya? Belum pernah saya menghadapi suasana demikian, kerana selalunya
kedatangan saya ditentang oleh jelmaan syaitan-syaitan.
Mahu bertanya berulang kali terasa juga segan. Maklum saja, menyoal orang demikian, tidak
sama seperti menemui manusia biasa di alam nyata. Orang begigi kadangkala sudah dapat
membaca apa yang terbendung di hati kita. Dia juga tahu mengenai Tok Aji saya yang dikenali
Tok Aji Mat Kampar itu. Tentulah orang tua itu bukannya musuh. "Saya bukannya musuh..."
katanya seolah-olah mengerti apa yang saya fikirkan. "Tapi, datang untuk menolong" jelasnya.
Dia pun menceritakan mengenai Angut Lumpuh yang mengganggu itu. Katanya Angut Lumpuh
itu seorang wanita yang pernah dimadukan oleh suaminya. Dia tinggal berhampiran dengan parit
berkenaan. Kisah ini berlaku bertahun-tahun dulu sebelum kampung itu terbuka seperti
sekarang. Nama sebenar Angut Lumpuh ini ialah Mak Pilin, manakala suaminya Pak Bakok telah
berkahwin seorang lagi atas alasan Mak Pilin tidak mempunyai anak. Dengan isteri mudanya Pak
Bakok mendapat tiga orang anak. Mak Pilin tidaklah marah dengan perbuatan suaminya
berkahwin lain, sekalipun pada mulanya dia merasa kecewa juga.
Lagipun dia tidaklah berani mahu melawan Pak Bakok. Kadangkala apabila diherdik Pak Bakok dia
tidak berani langsung mahu menjawab. Satu hari Pak Bakok menyuruh Mak Pilin membasuh
seluarnya yang sudah kupam. Seperti biasa Mak Pilin tidak membantah perintah suaminya,
69

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

maklumlah sejak kebelakangan itu pula Pak Bakok menunjukkan sikap lebih sayang kepada isteri
mudanya. Ini disebabkan isterinya yang muda mempunyai anak, sedangkan Mak Pilin bolehlah
dianggap perempuan mandul.
Kerja-kerja di rumah lebih banyak dilakukan oleh Mak Pilin. kadangkala bila isteri Pak Bakok yang
muda bernama Siti mahu membantu akan dimarahi pula oleh Pak Bakok. Jadi, terpaksalah Mak
Pilin membuat kerja-kerja seperti membasuh, memasak, mencari kayu api dan sebagainya.
Sementara Siti hanya menjaga anak-anak saja. Mereka tinggal serumah. Siti sangat menghormati
Mak Pilin, sementara Mak Pilin juga menganggap Siti sebagai adiknya. Dia melayan anak-anak Siti
sama seperti anaknya juga. Sayangnya sikap baik Mak Pilin ini disalah anggap oleh Pak Bakok. Dia
memikirkan sikap baik Mak Pilin itu ada udang di sebalik batu. Tentu Mak Pilin akhirnya akan
menganiaya Siti anak-beranak melalui sikap lemah lembut itu.
Memang ada niat Pak Bakok mahu membuat rumah berasingan, tetapi mestilah membawa Siti
anak-beranak berpindah kerana rumah yang didudukinya itu adalah harta peninggalan ayah Mak
Pilin. Untuk membina rumah lain tentulah memakan belanja yang besar. Oleh itu terpaksalah Pak
Bakok mendiamkan diri terlebih dulu dengan menumpang tinggal di rumah pusaka Mak Pilin.
Bermula dari membasuh seluar kupam itulah rumahtangga Pak Bakok menjadi porak peranda.
Pak Bakok menjadi berang kerana seluar yang dibasuh itu tidak bersih. Seolah-olah retak menanti
belah saja bila didapatinya seluar tersebut tidak putih setelah dibasuh.
"Memang awak betina tak berguna, basuh kain pun tak boleh diharap!" bentak Pak Bakok
melemparkan seluar tersebut ke muka Mak Pilin. "Seluar tu memang kupam. Tak boleh putih lagi
dah..." sahut Mak Pilin terharu dengan sikap suaminya. Selama ini dia tahu Pak Bakok tidak
pernah bersikap demikian. Hanya setelah mendapat anak dari Siti barulah sikapnya berubah
terhadap Mak Pilin.
"Awak jangan menjawab cakap aku!" gerutu Pak Bakok. "Aku cakap yang benar" balas Mak Pilin
tidak puas hati dengan tindakan suaminya yang kasar. "Macam mana nak putih kalau seluar tu
kupam" ujarnya mempertahankan diri. Memang seluar kupam itu tidak boleh putih walau macam
mana dicuci pun. Tetapi Pak Bakok sengaja mahu mencari salah dia. Seolah-olah apa saja kerjanya
semua tidak memuaskan hati Pak Bakok.
Siti cuba masuk campur, tetapi diherdik oleh Pak Bakok. Dia tidak mahu Siti membela Mak Pilin.
Padanya Mak Pilin memang tidak boleh diharap lagi. Membasuh kain baju pun sudah tidak cuci.
Masak nasi sudah tidak menyelerakan. Semua yang dibuat oleh Mak Pilin tidak kena lagi pada
dia. "Bukan Kak Pilin yang basuh tu, aku yang basuh..." Siti cuba mempertahankan Mak Pilin.
"Seluar tu dah kupam, macam mana nak putih lagi. Sental macam mana pun tak hilang
kupamnya" kata Siti dengan harapan kemarahan Pak Bakok boleh reda.
Rupa-rupanya dengan kata-kata Siti itu membuat Pak Bakok semakin berang. Matanya terjengil
memerhati Mak Pilin. Oh, selama ni di belakang aku, kau hambakan Siti ye?" dia terus menyepak
paha Mak Pilin. "Kau suruh Siti membasuh, memasak, mencari kayu api. Kau duduk goyang kaki
70

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

aje di rumah!" bentaknya menggertap bibir. "Tak pernah aku buat macam tu..." sahut Mak Pilin
terkejut juga dia dengan tindakan Pak Bakok menyepak dia.
"Habis, kenapa Siti mengaku dia membasuh seluar aku tu?" Pak Bakok terus menampar pipi Mak
Pilin. Cepat-cepat Siti memeluk Pak Bakok. Dia juga tidak menyangka Pak Bakok bertindak
demikian jauh. "Awak dah gila ke buat Kak Pilin macam tu, awak dah gila!" Siti menangis teresakesak menahan sebak di dada. Pak Bakok tidak peduli rayuan Siti. Dia terus melepaskan geramnya
kepada Mak Pilin. Benci sangat dia pada Mak Pilin, setelah mendapati wanita itu seolah-olah
menjadi beban saja kepadanya.
"Aku mau kau basuh seluar tu sampai putih, kalau tak putih aku bunuh kau!" kata Pak Bakok terus
meninggalkan Mak Pilin dengan Siti di situ. Apabila Mak Pilin mahu bangun tiba-tiba dirasakan
kakinya sudah tidak boleh digunakan lagi. Dia tersepuk duduk tidak boleh berjalan. Terkejut juga
Siti melihat kejadian yang menimpa Mak Pilin. Mungkin tendangan Pak Bakok terlalu kuat
menyebabkan paha Mak Pilin patah.
Malamnya setelah Pak Bakok balik ke rumah, Siti memberitahu kejadian yang menimpa Mak Pilin.
Tetapi Pak Bakok tidak memperlihatkan rasa kasihan dengan apa yang berlaku ke atas diri Mak
Pilin. Dia juga tidak berusaha untuk mengubat kaki Mak Pilin. Sejak itulah Mak Pilin menjadi
lumpuh. Dia berjalan dengan menginsut punggung. Kerja-kerja di rumah tetap dilakukan seperti
biasa. Pak Bakok tidak mahu dia membebankan kerja-kerja rumah pada Siti. Manakala Pak Bakok
sehari-harian kerjanya pergi menyabung ayam. Jadi, terserahlah kepada Mak Pilin membuat
kerja-kerja membasuh, memasak dan mencari kayu api.
Rupa-rupanya kemarahan Pak Bakok menjadi-jadi disebabkan dia kalah bersabung. Tapi nasibnya
baik, apabila seluar kupam yang telah dibasuh oleh Mak Pilin itu dipakainya dia sentiasa menang
bersabung ayam. Dia terlalu sayang dengan seluar tersebut, walaupun kelihatan kupam. Siti tidak
berani lagi masuk campur sekiranya Pak Bakok memarahi Mak Pilin. Dia tidak mahu berlaku lagi
apabila dengan pengakuannya membasuh seluar itu telah menyebabkan Pak Bakok bertambah
marah, padahal tujuannya adalah untuk meneyelamatkan Mak Pilin.
Setelah beberapa lama Mak Pilin menjadi lumpuh, satu hari sampailah masanya Siti pun
meninggal dunia. Sedih juga hati Mak Pilin kerana Siti yang baik hati meninggal dunia. Anak-anak
Siti yang ditinggalkan juga belumlah dewasa lagi. Pak Bakok pula tidak lama selepas kematian Siti,
dia bernikah lagi dengan seorang janda. Sejak berkahwin dengan janda itu Pak Bakok mengikut
apa saja perintah isterinya. Sampaikan anaknya dengan Siti pun terbiar. Terpaksalah Mak Pilin
mengambil berat akan nasib anak-anak Siti.
Setiap hari dia terpaksa membasuh kain yang bertimbun-timbun. Janda itu bernama Encom
kadangkala bertindak lebih garang dari Pak Bakok sendiri terhadap Mak Pilin. Di parit anak sungai
itulah Mak Pilin membasuh kain. Dia menginsut punggung untuk membasuh kain. Kadangkala
anak-anak Siti tiga orang yang berumur 5, 3 dan 2 tahun itulah menemankan dia ke parit

71

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

berkenaan. Kebetulan satu pagi dia ke parit itu bersama-sama anak Siti tiga orang untuk
membasuh kain. Encom menyuruh budak-budak itu membantu Mak Pilin membasuh.
Ketika sedang membasuh itu sehelai kain kesayangan Encom telah dihanyutkan air. Apabila
menyedari kain itu hanyut anak Siti yang berumur 5 tahun bernama Minah terus menghilir air
untuk mencari kain tersebut. Dia telah pergi bersama dua orang lagi adiknya. "Biar aku cari ke
hilir Mak Tua..." kata Minah meminta izin untuk pergi mencarinya. "Tak payahlah..." Mak Pilin
berkeras tidak membenarkan. "Biar Mak Tua saja mencarinya. Kau semua tunggu di sini" ujarnya
hiba.
"Mak Tua susah nak berjalan, biarlah aku cari" Minah ketakutan akibat kain tersebut hanyut tidak
mereka sedari. "Nanti Mak Encom marah, kalau kain tu hilang" dia tetap mahu mencari kain yang
hanyut itu. Mahu tidak mahu Mak Pilin terpaksa juga membenarkan Minah bersama adik-adiknya
menghilir sungai mencari kain yang hanyut itu. Setelah matahari tegak di kepala dia menunggu,
Minah tidak juga balik. Dia mulai bimbang kerana Minah tidak balik semula ke situ. Tentulah
suaminya menjadi berang kalau Minah tiga beradik tidak balik, sementara Encom pula akan
merampus bila didapati kain kesayangannya hanyut tidak ditemui.
Terpaksalah Mak Pilin menginsut punggung menghilir sungai untuk mencari Minah tiga beradik.
Perkara kain Encom hilang tidak menjadi soal lagi kepadanya. Dia mesti mencari Minah sampai
dapat. Semasa menghilir sungai ini, Minah bersama tiga orang adiknya sudah pun menemui kain
yang hanyut itu tersangkut pada rumpun aur. Tetapi apabila mudik semula ke hulu, dia tidak
mengikut jalan sungai itu, sebaliknya naik ikut jalan darat supaya cepat sampai semula. Bimbang
juga dia kalau-kalau Mak Pilin terlalu lama menunggu.
Apabila dia sampai ke tempat Mak Pilin membasuh didapati oleh Minah kain baju sudah siap
berbasuh, tetapi Mak Pilin tidak ada. Puas dia menunggu Mak Pilin tidak juga muncul, Minah juga
mengajak adik-adiknya balik untuk memberitahu perkara itu kepada ayahnya. Sejak itulah Mak
Pilin tidak lagi balik-balik ke rumah. Pak Bakok pula cuba juga menghilir parit tersebut untuk
mencarinya, tetapi tidak bertemu kesannya.
Akhirnya dengan hasutan Encom, dia pun melupakan saja ke mana hilangnya Mak Pilin. Dengan
kehilangan Mak Pilin itu terpaksalah Minah yang baru berumur lima tahun itu mengambil alih
tugasnya membasuh, memasak dan mencari kayu api. Encom hanya memerintah saja, sementara
Pak Bakok tidak berani membantah perbuatan Encom. Satu hari semasa Minah membasuh di
tempat yang selalu digunakan menjadi pengkanlan, dia ternampak Mak Pilin menginsut
punggung mudik. Cepat-cepat dia berkejar mendapatkan Mak Pilin.
"Ke mana Mak Tua selama ni?" Minah menangis teresak-esak. "Janganlah Minah menangis..."
pujuk Mak Pilin. "Jagalah adik-adikmu baik-baik. Kau tak ada emak, tak ada Mak Tua lagi" dia
mengusap-ngusap rambut anak kecil itu. "Marilah kita balik Mak Tua" Minah mengajaknya. "Mak
Tua tak boleh balik lagi" beritahu dia kepada Minah. "Mak Tua dah tak sama lagi dengan Minah"
ujarnya memujuk anak kecil itu.
72

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

Walaupun Minah masih kecil, tetapi pada Minahlah dia menceritakan apa yang telah terjadi.
Semasa dia menghilir mencari Minah tiga beradik dia sudah berjalan terlalu jauh, sambil
menginsut-insut punggung itu dia meraba-raba juga di tepi parit kalau kain kepunyaan Encom
tersangkut di situ. Hinggalah sampai ke satu pondok di tepi sungai di hilir yang tidak tahu di mana,
seorang lelaki tua menunggu Mak Pilin di situ. Lelaki tua itu berjanji boleh mengubati kaki Mak
Pilin yang lumpuh dengan syarat mesti bernikah dengannya. Mak Pilin memberitahu tentang
suaminya Pak Bakok, oleh itu adalah mustahil untuk berkahwin lain.
Tetapi lelaki tua itu memberitahu bahwa kain Encom ada di tangannya. Dia akan memulangkan
dengan syarat Mak Pilin mesti menjadi isterinya. Dia tertarik hati pada Mak Pilin kerana hatinya
terlalu jujur kepada suami. Sebab itulah dia mahu sangat menikahi Mak Pilin, walaupun
perempuan itu sudah tua. Disebabkan takut dimarahi Pak Bakok, di samping kain Encom yang
hilang itu pada lelaki berkenaan, maka Mak Pilin terpaksa menerima syarat tersebut.
Bagaimanapun dia tidak dibenarkan balik semula pada Pak Bakok. Dengan janji itulah kain
berkenaan ditemui semula oleh Minah, yang terlebih dahulu menghilir mencarinya sebelum Mak
Pilin menghilir.
Memang Mak Pilin memerhatikan kain tersebut diserahkan oleh lelaki tua itu kepada Minah yang
pada sangkaan Minah dia menemui kain tersebut tersangkut pada ranting aur. Sebenarnya Mak
Pilin sudah dinikahi oleh puaka sungai berkenaan yang sekian lama telah memerhatikan keadaan
kehidupan Mak Pilin suami isteri. "Kalau Mak Tua mudik ke hulu itu tandanya Mak Tua nak
makan" dia memberitahu Minah. "Kalau Mak Tua menghilir, Mak Tua nak main-main aje" itulah
pesan Mak Pilin pada anak tirinya.
Sebelum pergi Mak Pilin mengingatkan Minah supaya tidak terkejut kalau ditegur oleh Mak Pilin.
Kalau Minah terkejut tidak dapatlah Mak Pilin mengetahui akan siapakah Minah sebenarnya,
kerana dia sendiri memang tidak ada keturunan. Hanya Minah dianggapnya sebagai keturunan
dia. "Mak Tua tak akan mengganggu Minah" jelasnya. Sejak itu hilanglah Mak Pilin dari
pandangan Minah. Sebagaimana sumpahnya apabila dia mudik parit berkenaan, maka adalah
mangsanya. Sebaliknya kalau ada yang menghilir, maka mangsanya akan lumpuh. Demikianlah
kisah Angut Lumpuh yang diceritakan oleh Tok Sheikh.
"Sayalah keturunan dari Minah itu..." beritahu orang tua berserban yang memimpin Zuki. "Jadi,
Tok Sheikh pun tak suka dengan perbuatan Angut Lumpuh?" saya menduga. "Iya..." dia
mengangguk lemah. "Tapi, saya tak boleh menghalangnya. Cuma saya akan selamatkan
mangsanya, itu saja" jelas dia tenang. "Mengapa pula?" soal saya. "Sebab dia tidak menjadikan
anak cucu Minah sebagai mangsanya" ujar orang tua berjubah dan berserban putih itu. "Mana
dia nak tau anak cucu Minah?" saya mendesak lagi. "Kalau tidak terkejut bila ternampak dia,
itulah tandanya anak cucu Minah" beritahunya tersenyum mengerling ke arah saya.
"Bolehkah saya bertemu dengan Angut Lumpuh?" saya memberanikan hati bertanya kepada Tok
Sheikh itu. Memang anak seorang yang berani..! kata Tok Sheikh itu tidak menjawab pertanyaan
73

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

saya. Dia pun menyerahkan Zuki kepada saya lantas menghilangkan diri. Heran juga saya
mengapa dia tidak mahu menjawab pertanyaan saya untuk bertemu dengan Angut Lumpuh atau
Mak Pilin yang sudah diperdayakan oleh syaitan itu.
Bagaimanapun saya tidaklah mengesyaki yang Mak Pilin itu bertemu dengan puaka sungai seperti
yang diceritakan oleh Tok Sheikh. Kemungkinannya ialah dia mati lemas semasa menghilir parit
itu. Sebenarnya Mak Pilin itu sendiri yang bertukar menjadi puaka di situ di sungai tersebut.
Ketika saya mahu membawa Zuki balik, saya ternampak seorang nenek tua lumpuh menginsut
punggung mudik ke hulu. Matanya merah menyala seperti api. Mukanya kelihatan garang seolaholah menyimpan dendam. Kelihatan dia terlalu payah mahu menginsut punggungnya.
Saat inilah Tok Sheikh yang menghilang tadi muncul di hadapan saya. Dia memegang tongkat
rotan beruas songsang itu di tangannya. "Angut jangan ganggu Zuki ni!" kata Tok Sheikh perlahan.
"Dah masuk ke tangan, takkan nak lepaskan" suaranya bergetar seperti menyimpan dendam.
"Tak usahlah Angut, dah banyak sangat mangsa Angut" Tok Sheikh mengeraskan suara. "Kau
jangan masuk campur!" jerkah Angut Lumpuh. "Saya kata jangan, janganlah Angut..." Tok Sheikh
memberi amaran. "Kalau Angut berkeras, saya juga akan berkeras" tegasnya lalu menghentakkan
tongkat rotan beruas songsang itu ke tanah.
Terjerit Angut Lumpuh menekup dadanya dengan tangan. Kenudian dia melompat bertukar
menjadi asap berkepul mahu menerkam ke arah Tok Sheikh. Tetapi Tok Sheikh tidak melepaskan
tongkatnya yang tercancang di tanah. Asap berkepul itu tidak dapat menerpa. Dia berlegar-legar
mahu menerkam. Bagaimanapun dia tidak dapat merapati Tok Sheikh kerana tongkat itu tetap
tercancang di situ. Sekali sekala suara jerit Angut Lumpuh bergema juga menahan kesakitan.
Melihatkan keadaan tersebut saya pun mengambil kesempatan lalu membacakan
lanarjumannakum, menyebabkan panahan api datang menerjah beratus-ratus.
Angut Lumpuh terpekik-pekik menepis panahan api yang menerjah ke arahnya. "Saya dah cakap,
Angut jangan mengganggu lagi...!" seru Tok Sheikh melihat asap berkepul-kepul itu jatuh semula
ke dalam parit. Terkial-kial Angut Lumpuh menginsut punggung. "Angut tidak akan diganggu,
kalau Angut tidak mengganggu orang" jelas Tok Sheikh mengingatkan. Angut Lumpuh
mengerang-ngerang kesakitan. Dia masih tidak berputus asa mahu menerkam balik. Tetapi
tongkat rotan beruas songsang yang tercancang di tanah itu membuatkan dia menekan-nekan
dadanya. Tongkat tersebut seolah-olah menusuk ke dadanya.
Lama dia terkial-kial menekup dadanya barulah dia menghilir semula dengan hampa. Selepas dia
menghilang, Tok Sheikh berpaling ke arah saya, "Bawalah budak ni balik. Insya Allah semuanya
akan selamat..." beritahu Tok Sheikh itu kemudian pergi dengan tidak meninggalkan apa-apa
pesan. Beberapa kali Pak Cu Jabat menepuk bahu saya, barulah saya membuka mata. Dia memicit
tengkuk saya, sambil menghembus ubun-ubun saya. Betul-betul saya keletihan.
"Berani sangat ustaz berjalan jauh..." bisiknya ke telinga saya. Baru saya sedari bahawa Pak Cu
Jabat memang tahu saya sudah terlalu jauh melepasi had yang sepatutnya. Saya menceritakan
74

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

pengalaman saya kepada Pak Cu Jabat selepas itu. Kata Pak Cu Jabat bahawa Tok Sheikh yang
saya temui itu memang tok akinya yang telah meninggal dunia berpuluh tahun dulu. Akinya
memang seorang ulama yang pernah belajar agama di Sumatera. Dari Pak Cu Jabat juga saya
mendapat tahu dia memang keturunan Minah anak tiri Angut Lumpuh itu.
Selepas Zuki pulih semula dia juga menceritakan dirinya telah dikurung di satu pondok buruk.
Tidak lama kemudian datang Tok Sheikh itu membawa dia keluar dari pondok berkenaan. Angut
Lumpuh cuba merampasnya dari Tok Sheikh, tetapi Tok Sheikh terus membawa dia lari. "Saya
fikir elok juga carikan saya rotan beruas songsang" saya memberitahu Pak Cu Jabat. Pak Cu Jabat
tersenyum. "Itulah pun musuh dia..." katanya. Dia tidak menceritakan lebih lanjut mengenai
rotan beruas songsang itu. Tetapi saya memang sudah mengagaknya, kerana Tok Sheikh itu saya
lihat memegang tongkat dari rotan beruas songsang.

75

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

009. ORANG BESAR KENA SUNAT

SERBA salah juga Ulung Bahar kalau orang sudah datang memanggil di rumah. Kalau tidak pergi
nanti dituduh orang mementingkan diri saja, kalau pergi pula kerja sendiri terbengkalai. Orang
datang menjemput tidak kira siang atau malam. Walaupun diberi saguhati, tetapi tidak
tergamaklah mengambil lebih. Takut juga dia akan tuduhan orang mengatakan dia bomoh cari
wang.
Dia sendiri tidak mahu dipanggil bomoh. Ulung Bahar tahu dirinya bukanlah bomoh. Tetapi entah
mengapa orang ramai menganggap dia seorang bomoh. Segalanya bermula ketika dia pergi ke
rumah anaknya di Felda Air Kuning sepuluh tahun dulu. Jiran anaknya memberitahu anak
gadisnya berumur 17 tahun digigit lipan, sudah tiga hari tidak baik. Sudah pun dibawa ke hospital,
tetapi bisa lipan itu semakin bertambah pasang.
"Di mana digigitnya?" tanya Ulung Bahar.
"Paha..." beritahu jiran itu sugul.
Ulung Bahar sengaja menziarahi jiran itu setelah mendengar berita anak gadisnya digigit lipan.
Adat berjiran kenalah ziarah menziarahi bila ada di antaranya mendapat susah.
"Lipannya dapat dibunuh?" tanya Ulung Bahar lagi.
"Tidak..." jiran itu menggeleng kepala. "Tak sempat saya nak bunuh, sebab cepat sangat dia
menghilang masuk ke bawah tikar" ujarnya.
"Nampak lipannya?" Ulung Bahar ingin tahu.
"Nampak..Nampak..." jelas jiran tersebut. "Lipan bara, memang saya nampak lipan itu menyusup
bawah tikar, kemudian hilang" katanya mengingatkan kembali peristiwa bagaimana anaknya
digigit lipan bara.
Tiba-tiba saja anak gadisnya terjerit sebaik selesai makan malam. Dia menepis bahagian pahanya
sampai lipan tersebut jatuh ke tikar. Cepat-cepat dia mahu memukulnya, tetapi cepat-cepat pula
lipan berkenaan menyusup ke bawah tikar.
"Cuba bagi saya air sejuk" pinta Ulung Bahar.
Dalam keadaan begini dia merasa patut juga membantu. Dia bukanlah mahu menunjukkan
pandai, tetapi tidak mungkin bisa lipan bertambah pasang setelah tiga hari. Lagipun sudah
dibawa ke hospital. Jiran itu segera mengambilkan air sejuk. Hatinya gembira kerana tiba-tiba
saja ada orang sanggup menolong anaknya digigit lipan. Tidak pula disangkanya Ulung Bahar
76

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

boleh mengubati anaknya itu. Kumat-kamit mulut Ulung Bahar merenung air sejuk di dalam gelas
di tangannya. Pada mulanya dia mahu menyuruh gadis itu minum saja air tersebut, tetapi
kemudian Ulung Bahar tidak jadi memberikan air tersebut pada gadis berkenaan.
"His, permainan orang..." Ulang Bahar mencebik bibir.
"Permainan macam mana tu Ulung?" tanya jiran itu keheranan.
"Tak usahlah kita panjangkan" sahutnya memerhatikan gadis itu masih mengerang kesakitan.
"Tak ada bisa lipan, cuma perasaan dia saja sakit..." ujar Ulung Bahar sambil mengetuk-ngetuk
jari telunjuk pada bibir gelas.
"Permainan macam mana tu?" desak jiran itu lagi.
"Permainan orang muda..." kata Ulung bahar tersenyum.
Termenung jiran itu memikirkan maksud Ulung Bahar. Bila dia mengerling pada anaknya, gadis
itu masih juga mengerang-ngerang kesakitan. Tidak mungkin anaknya berpura-pura sakit kerana
dia sendiri melihat lipan bara tersebut jatuh dari paha anaknya. Lipan itu lari menyusup ke bawah
tikar. Sekaligus dia memukulkan jarinya kuat sedikit ke bibir gelas. Tiba-tiba terapung satu
lembaga lipan diperbuat dari upih pinang di dalam gelas tersebut. Macam dibuat-buat saja
nampaknya, gadis anak jiran itu pulih semula. Dia tidak merasa sakit apa pun.
Bila ditanya sama ada dia digigit lipan atau tidak, dia sendiri tidak tahu.
"Lipan apa pula...?"soalnya keheranan. Cepat-cepat emaknya melihat bahagian paha yang digigit
lipan itu. Tidak ada kesan langsung digigit lipan.
"Permainan orang..." ulangi Ulung Bahar.
Barulah jiran itu faham, rupanya ada orang yang sengaja mempermain-mainkan anaknya dengan
memuja upih pinang tadi dengan digambarkan seperti lipan. Jadi, anaknya merasa seolah-olah
digigit lipan, sebaliknya sakit bisa lipan itu hanya pada pandangan anaknya saja. Anaknya sendiri
tidak menyedari apakah sebenarnya yang telah berlaku ke atas dirinya.
"Pulangkan sajalah Ulung..." jiran itu menggertap bibir. Marah sangat dia pada orang yang
melakukan tipu daya demikian.
Ulung Bahar tersenyum. Dia tahu inilah sifat manusia mudah saja mahu membalas dendam
apabila dianiaya. Sepatutnya seseorang mukmin wajib mendoakan orang yang menganiaya
orang itu supaya insaf dan bertaubat.
"Kita pulangkan saja Ulung" desak jiran itu.
77

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

"Apa faedah kita dapat?" Ulung Bahar marah bila didesak demikian. Tidak sepatutnya jiran itu
memaksa dia melakukan sesuatu yang tidak disukainya.
"Biar dia jeran..." sahut jiran itu masih menyimpan dendam.
"Jangan berdendam" ujar Ulung Bahar mengingatkan. "Anak awak selamat cukuplah.
Bersyukurlah pada Allah..." katanya macam menyindir.
Sejak itulah orang-orang di situ akan memanggil Ulung Bahar kalau mereka ditimpa sakit pening.
Kadangkala mereka sanggup mengajak anaknya Dalip menjemput dia ke kampung. Tidak
dapatlah Ulung Bahar mengelak lagi bila sudah ramai tahu mengenai kebolehannya. Orang-orang
jauh dari Gedangsa di Selangor, Hutan Melintang di Perak, di Sabak Bernam, Pengkalan Kempas
di Port Dickson akan datang mencari Ulung Bahar, setelah mendapat tahu dari mulut ke mulut
yang bermula di Felda Air Kuning itu. Keballah dia dianggap seorang dukun di kalangan
masyarakat.
Malah Ulung Bahar juga pernah dipanggil ke istana bagi mengubat kerabat diraja. Pendek kata
nama Ulung Bahar sudah dikenali oleh ramai pembesar-pembesar dan pegawai tinggi kerajaan.
Jadi, macam mana dia hendak mengelak apabila ada orang menjemputnya. Kalau sudah orangorang besar memanggil tentulah serba salah mahu mengelak. Bila sudah pergi memenuhi
jemputan orang-orang besar, tentu tidak sedap hati kalau mengelak dari menerima jemputan
orang-orang kampung. Tentu mereka menuduh dia memilih pesakit kerana mengejar wang.
Hanya orang-orang besar saja yang sanggup memberi wang banyak.
Tetapi bukanlah itu maksud Ulung Bahar. Dia terpaksa meninggalkan tanggungjawabnya mencari
nafkah hidup, disebabkan selalu dipanggil mengubati orang. Walaupun dia tinggal bersama
isterinya, disebabkan anak-anaknya semua sudah berumahtangga, tetapi tanggungjawab
mencari nafkah hidup masih menjadi fardhu ain yang tidak boleh diwakilkan kepada sesiapa.
Apakah pendapatannya tidak lumayan menjadi dukun? Perkara inilah yang sangat ditakutinya.
Dia tidak mahu dituduh mencari nafkah hidup dengan berdukun. Walaupun tidak salah, tetapi
tuduhan tersebut sangat menyeksa batinnya.
Inilah yang menyebabkan Ulung Bahar termenung panjang bila diminta datang ke Kuala Lumpur
oleh seorang Orang Besar. Puas juga dia berfikir bagaimana caranya mahu mengelak, tetapi
masih juga buntu. Malu juga dia mahu ke rumah Orang Besar itu, kerana apalah kurangnya ilmu
bomoh-bomoh lain yang lebih terkenal. Ulung Bahar merasa dirinya terlalu kecil bila
dibandingkan dengan bomoh-bomoh terkenal yang sering datang ke Kuala Lumpur. Tetapi anak
saudaranya yang berkhidmat di bawah Orang Besar mendesak dia. Anak saudaranya itu sudah
diberi kepercayaan oleh Orang Besar itu untuk mencari dukun yang boleh mengatasi masalah
dia.

78

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

"Jangan nak mengelak pula Ulung" kata Meon mendesaknya. "Nanti malu saya kalau Ulung tak
mau datang" ujarnya penuh harapan.
"Kau lagi malu, kalau Tuan tu tak sembuh" Ulung Bahar mencari alasan.
"Sembuh tak sembuh kuasa Allah..." balas Meon.
"Hah, mohon sajalah pada Allah..." cepat-cepat dia memintas cakap Meon.
"Nak meminta pada Allah pun ada aturannya" kata Meon menyindir. "Ulung tahu aturannya, jadi
kenalah Ulung tunjukkan aturannya" dia menambah sambil menghulur rokok pada Ulung Bahar.
Sukar juga Ulung Bahar mahu memberi keputusan. Pergi ke rumah Orang Besar tidak sama
dengan rumah orang kebanyakan. Orang kampung seperti dia banyak kesulitan mahu datang ke
rumah Orang Besar. Maklumlah orang sudah tua, lat-lat setengah jam mahu ke bilik air saja.
Tentulah dia kekok mahu ke bilik air saja bila berada di rumah Orang Besar. Begitu juga dengan
makan minum. Pinggan mangkuk di rumah Orang Besar semuanya jenis mahal. Kalau tidak biasa
memegangnya takut pula terlucut dari tangan dan terhempas pecah. Makan di rumah Orang
Besar juga terpaksa pakai sudu dan garfu. Mencedok gulai tergigil-gigil dengan tangan kiri.
Ulung Bahar tidak biasa dengan suasana begitu. Dia lebih senang minum di koleh. Makan
bertinggung lutut duduk di lantai. Ambil lauk cekup saja jari ke dalam piring gulai. Tentulah Meon
akan malu kalau dia tidak tahu menyesuaikan diri dengan suasana di rumah Orang Besar.
"Bersiaplah Lung, kita ke Kuala Lumpur" kata Meon tidak sabar.
"Banyak kerja aku ni, Meon" sahut Ulung Bahar lemah.
"Ah, kerja-kerja tu Mak Lung boleh tengokkan" balas Meon mendesak lagi. "Urusan Ulung di
Kuala Lumpur semuanya serahkan saja pada saya" tegasnya memberi jaminan.
Petang itu juga Ulung Bahar dibawa oleh Meon ke Kuala Lumpur menemui Orang Besar
berkenaan. Terperanjat benar Ulung Bahar kerana terpaksa ditahan di pintu pagar sebelum
dibenarkan masuk. Bagaimanapun setelah melihat Meon, mereka berdua pun dibenarkan masuk.
Dia dibawa masuk menemui Orang Besar berkenaan di bilik khas. Cuma mereka berdua saja di
situ. Orang Besar itu kelihatan sihat segar bugar. Tidak ada tanda-tanda ianya berpenyakit. Dia
berbual juga seperti orang biasa tidak kelihatan pun akan dirinya menderita sakit.
Ulung Bahar tidaklah bertanyakan tentang penyakit Orang Besar tersebut. Dia tidak perlu
bertanya apa-apa. Kalau dia sudah bertanya samalah macam terlalu mengetahui semua penyakit.
Seolah-olah dia bersedia mengubat semua penyakit.

79

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

"Saya ni nampak saja sihat Tok Ulung..." Orang Besar itu bersuara sebaik saja semua orang keluar
dari bilik khas. "Sebenarnya saya ni sakit. Itulah nak minta tengok-tengokkan pada Tok Ulung"
katanya ramah.
"Cuba-cuba bolehlah Tuan" sahut Ulung Bahar perlahan. "Saya ni pun bukanlah pandai sangat.
Maklumlah orang kampung" dia merendah diri.
"Orang bandar pun bukan pandai sangat" sahut Orang Besar tersengih-sengih. Dia masih belum
menerangkan penyakitnya pada Ulung Bahar.
"Bodoh orang bandar tak sama dengan pandai orang kampung" Ulung Bahar pula tertawa bila
mengenangkan dirinya tiba-tiba saja menjadi penting. Hinggakan Orang Besar terpaksa
menjemputnya datang ke rumah yang tersergam bagaikan istana. "Bodoh orang bandar panjang
ikhtiarnya, pandai orang kampung diri sendiri pun tak terkemaskan..." dia masih merendah bila
membandingkan dirinya dengan Orang Besar itu.
"Panjang ikhtiar pun panjang ikhtiar nak menipu bangsa" Orang Besar itu macam meluahkan
perasaan hatinya. Bagaikan terpancar kekusutan dalam fikirannya di sebalik kemewahan hidup
yang menyelubungi dia selama ini. "Terlalu ramai orang nak menipu bangsa sendiri sekarang ni"
jelas Orang Besar itu lagi. Terdiam Ulung Bahar mendengar kata-kata berupa rintihan yang
terluah dari mulut Orang Besar tersebut. Dia bagaikan tenggelam oleh kekusutan fikiran yang
menguasai dirinya. Inilah yang dapat dirasakan oleh Ulung Bahar sebagai kesan pertama apabila
bertemu Orang Besar berkenaan.
Lama Orang Besar itu mendongak memerhati siling dengan keluhan memanjang selepas
meluahkan perasaannya di depan Ulung Bahar. Kemudian perlahan-lahan dia bersuara.
"Sebenarnya saya ni dah tak melawan lagi Tok Ulung. Dah puas saya berubat..."
Tersentak juga Ulung Bahar mendengar pengakuan terus terang Orang Besar tersebut. Tentulah
hidupnya sebagai Orang Besar pun tidak bermakna lagi kalau menanggung beban seksa batin
sepanjang hidup. Seseorang lelaki yang sudah hilang kelelakiannya samalah macam anak patung
untuk menjadi hiasan di sudut rumah saja.
"Orang yang membuatnya saya tahu, tapi biarlah..." keluhnya menahan sebak di dada. Secara
tidak langsung Orang Besar itu mengakui sudah berkahwin lain. Akibat dari perkahwinan itulah
ada orang yang irihati menyebabkan tenaga kelelakiannya hilang. Ulung Bahar tidaklah banyak
bertanyakan apa-apa mengenai masalah yang dihadapi oleh Orang Besar tersebut. Tujuannya
bukan hendak mengetahui bagaimana puncanya, tetapi cuba mengubati sekiranya diizinkan
Allah. Kalau tidak berhasil bukanlah tanggungjawab dia lagi.
"Saya hanya mencuba Tuan, kalau tak berjaya janganlah sesal pula" beritahu Ulung Bahar.

80

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

"Tidak, tidak..saya faham Tok Ulung" cepat-cepat dia memintas cakap Ulung Bahar yang terlalu
merendahkan diri itu. "Tok Ulung cuma berusaha, yang menentukan tetap Allah jua" katanya.
"Alhamdulillah, Tuan kata macam tu..." sahut Ulung Bahar tersenyum.
Ulung Bahar meminta disediakan geluk air. Dan dia akan memberitahu ketika yang baik untuk
memulakan usahanya, sama ada waktu Maghrib, atau Isyak atau tengah malam. Ini disebabkan
dia mahu melihat cara mana permainan sebelah pihak. Segala yang dikehendaki oleh Ulung Bahar
dipersetujui oleh Orang Besar. Malam itu dia tidak dibenarkan oleh Orang Besar mengikut Meon
balik ke rumahnya di Gombak, tetapi disuruh menginap di rumah Orang Besar itu. Ulung Bahar
disediakan bilik di situ untuk berehat, tempat tidur dan sembahyang. Selama di Kuala Lumpur dia
dikehendaki menjadi tetamu Orang Besar tersebut.
Selepas menunaikan Isyak, Ulung Bahar memberitahu Orang Besar dia mahu memulakan
usahanya mengubati masalah yang dihadapi Orang Besar. Beberapa orang kerabat terdekat
Orang Besar ada sama setelah diberitahu mengenai Ulung Bahar akan mengubat itu. Memang
kerabat terdekat Orang Besar sudah tahu masalah tersebut, malah mereka semua sudah
berusaha menolongnya.
Fasal itulah Orang Besar menceritakan masalahnya kepada Meon. Ketika inilah Meon teringatkan
Ulung Bahar di kampung. Lantas Meon menerangkan kepada Orang Besar akan kepandaian Ulung
Bahar selama ini. Maka tidak bertangguh lagi Orang Besar menyuruh Meon memanggil Ulung
Bahar. Segala perbelanjaan Meon membawa Ulung Bahar serta perjalanan Ulung Bahar selama
berada di Kuala Lumpur adalah di bawah urusan Orang Besar.
Lebih kurang pukul 9.00 malam Ulung Bahar mula menarik geluk air ke depannya. Mulutnya
kumat kamit serta matanya terpejam rapat. Sekali sekala dia membuka mata memerhati ke
dalam geluk sambil menghembus perlahan-lahan. Ketika ini Ulung Bahar sudah menguatkan
zikirnya di dalam hati. Seluruh bulu romanya terasa meremang. Dia melihat dalam makrifat
tentang masalah yang dihadapi oleh Orang Besar. Sekali sekala orang-orang yang melihat Ulung
Bahar nampak dia mengerutkan dahi sambil menggeleng-gelengkan kepala.
Ulung Bahar melihat seorang lelaki berpakaian seperti sami Budha tersengih-sengih menunggu
kedatangannya. Lelaki itu dipenuhi dengan tangkal azimat di seluruh badan. Lelaki itu seolaholah mempersilakan dia hampir kepadanya. Tetapi Ulung Bahar tidak mahu datang hampir. Dia
membaca Fatihah tiga kali lantas dihembus kepada lelaki berkenaan. Terpelanting lelaki itu bila
dihembuskan dengan Fatihah. Mukanya merah padam menahan perasaan marah.
"Aku terima kau baik-baik, kau balas dengan jahat!" bentak lelaki itu cepat-cepat berdiri bercekak
pinggang.
"Kau nak tunjuk pandai dengan aku, sekarang terima habuan kau pula" pekiknya mengambil debu
tanah lalu dihembuskan ke arah Ulung Bahar. Terasa pada Ulung Bahar ribut kencang mahu
81

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

menerbangkannya, tetapi dia menguatkan zikir di dalam hati menyebabkan ribut kencang
tersebut tidak dapat menerbangkan dia. Setelah ribut kencang itu berhenti, Ulung Bahar tidak
nampak lagi ke mana lelaki tadi bersembunyi.
"Kenapa kau lari?" Ulung Bahar mencabar.
"Aku tak lari...!" sahut lelaki tadi tertawa mengejek. "Nampaknya kau takut dengan aku" lelaki itu
terus mempersenda-sendakan Ulung Bahar.
"Aku tak takut pada kau. Aku takut pada Allah" kata Ulung Bahar memerhati di sekeliling kawasan
itu menjadi hutan rimba yang jauh dari manusia. Tetapi suara lelaki itu tertawa berdekah-dekah
masih mengejek-ngejeknya. Ulung Bahar membacakan Surah Waddhuha dihembuskan
sekelilingnya. Serentak dengan itu lelaki tadi tersungkur di depannya. Terkial-kial lelaki itu
bangun akibat jatuh terhempas.
"Sekarang sembunyilah!" Ulung Bahar menyindir.
Kemudian dia mendengar lelaki itu merungut dalam bahasa yang tidak difahaminya.
Bagaimanapun dia dapat mengagak lelaki tersebut menggunakan Bahasa Thai. Jelaslah
kepadanya lelaki itu adalah Bomoh Siam.
"Berapa upah yang orang beri pada kau ni?" tanya Ulung Bahar.
"Aku bukan makan upah...! sahut lelaki itu marah.
"Ah, Bomoh Siam macam kau tak makan upah?" ejek Ulung Bahar mahu menyakiti hati lelaki
tersebut.
"Aku menolong orang saja" jawabnya membentak kerana terlalu marah diperolok-olokkan. Dia
sendiri hairan bagaimana Ulung Bahar boleh menembusi tempat persembunyiannya. "Aku
menolong orang, tapi macam mana kau boleh sampai ke sini?" dia mendongak Ulung Bahar yang
berdiri berpeluk tubuh di tempat dia terguling.
"Itu kuasa Allah..." beritahu Ulung Bahar tersenyum.
"Sudah banyak dukun-dukun Melayu mencari tempat aku tak jumpa, macam mana kau boleh
jumpa?" pekik lelaki itu berdiri dengan lutut.
"Kuasa Allah...!" ulangi Ulung Bahar. "Kau tak takut kuasa Allah?" tesengih-sengih Ulung Bahar
mengejeknya lagi. Lelaki itu menggeleng kepala. "Baiklah, kau akan tahu kuasa Allah" Ulung Bahar
pun mula azan tiga kali. Sebaik saja azannya bergema lelaki itu terumbang ambing apabila seluruh
tempatnya berdiri bergegar. Dia terhumban macam bertih direndang dalam kuali mencari
tempat mahu berpijak.
82

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

"Ilmu apa kau pakai ni!" jeritnya meminta Ulung Bahar berhenti dari azan.
"Kau kata tak takut Allah" ejek Ulung Bahar.
"Aku takut, aku takut..." sahutnya terketar-ketar.
"Sekarang cakap! Siapa yang suruh kau?" Ulung Bahar mula keraskan suara.
"Orangnya baik..." ujar lelaki itu termengah-mengah. "Dia dianiaya oleh Orang Besar tu, kalau
awak nak tau, Orang Besar tu jahat. Dah dapat manis sepah dibuang" jelasnya memepertahankan
diri.
"Berapa dia upah kau?" soal Ulung Bahar.
"Aku tolong saja"
"Mana boleh! Bomoh Siam mesti terima upah!"
"Aku ambil sikit..."
"Berapa?"
"Satu ribu..."
"Bodoh punya Bomoh Siam! Kenapa tak minta lebih?"
"Tak boleh, kita nak tolong aje..."
"Selalu Bomoh Siam ambil upah sampai lima ribu!"
"Itu Bomoh Siam moden..."
Terkekeh-kekeh Ulung Bahar tertawa mendengar kata-kata lelaki berkenaan. Manakan tidak
ketawa bila dia menyebut Bomoh Siam moden yang ambil upah mahal, sedangkan dia adalah
Bomoh Siam yang bertugas menolong orang. Bagi Ulung Bahar memang selalu menghadapi
keadaan demikian. Sebab itulah dia boleh berhujah dengan syaitan yang datang mengganggu.
Syaitan juga mempunyai ilmu psikologi bila berhadapan dengan manusia. Oleh itu manusia yang
terperdaya dengan ilmu psikologi syaitan akan cepat mengalah.
Sikap mengalah syaitan bukanlah bererti dia benar-benar mengalah. Sebaliknya mencari strategi
untuk menyerang balas. Sebab itu Ulung Bahar sengaja menyoal macam-macam biar syaitan
sendiri serba salah mahu menjawab.
83

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

"Kalau begitu cakap, apa yang kau buat pada Orang Besar?" tanya Ulung Bahar.
"Aku tak buat apa" jawabnya tersengih-sengih.
"Kalau tak cakap aku azan!" cepat-cepat Ulung Bahar mengugut.
"Eh, jangan..." rayunya mula berpusing-pusing mahu mencari helah.
"Jangan cari helah!" jerkah Ulung Bahar yang sudah tahu cara mana syaitan mahu bertindak.
Lelaki itu menjadi serba salah, sebab apa saja helah yang mahu dibuatnya sudah diketahui oleh
Ulung Bahar. Dia menjadi hairan kerana selama ini dukun yang mengubat Orang Besar terperdaya
dengan helah dia. Tetapi menghadapi Ulung Bahar dia menjadi kebingungan. Dia sudah
meniupkan ribut kencang tetapi tidak berjaya menerbangkan Ulung Bahar kerana zikirnya yang
mantap. Dia membawa Ulung Bahar merentas hutan, tetapi Ulung Bahar dapat mencari tempat
persembunyiannya. Apa saja helah yang dibuatnya dapat dikesan oleh Ulung Bahar.
Sudah banyak dukun-dukun Melayu yang ditentangnya, akhirnya dia dapat memperdayakan.
Kadangkala apabila ditiupkan ribut kencang mereka tidak dapat bertahan. Mereka cepat
berlindung diri dan terus balik meninggalkannya. Kalau ada pun yang boleh bertahan dari ribut
kencang, akan sesat meraba-raba bila dibawa merentas hutan rimba. Ternyata Ulung Bahar
sangat berbeza dari dukun-dukun Melayu yang pernah cuba mengubat Orang Besar. Malah
Bomoh Siam yang dipanggil mengubati Orang Besar juga tidak berdaya menentang dia.
Tertanya-tanya dia apakah ilmu yang digunakan oleh Ulung Bahar. Hanya yang didengarnya
Ulung Bahar menyebut kuasa Allah. Tentulah ilmu Ulung Bahar ini bukan ilmu baru, tetapi sudah
ujud sejak bertahun-tahun. Ilmu yang ada padanya tidak dapat menentang ilmu yang dimiliki oleh
Ulung Bahar.
"Apa ilmu yang awak pakai?" tanya lelaki itu gementar.
"Ilmu Allah yang diturunkan kepada umat Islam" jelas Ulung Bahar.
"Bolehkah awak ajar aku?" dia mahu menguji.
"Jangan nak cari helah..." Ulung Bahar mengingatkan. "Cakap, apa awak sudah buat pada Orang
Besar?" bentaknya keras.
"Tak buat apa pun..." sahutnya tersengih-sengih.
Tidak bertangguh lagi Ulung Bahar terus azan. Bumi tempat lelaki itu berpijak bergegar kuat. Dia
terlambung-lambung macam bertih di dalam kuali tidak dapat berjejak. Terpekik-pekik dia
84

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

meminta Ulung Bahar memberhentikan azan. Tetapi Ulung Bahar tidak peduli. Dia terus azan
berulang kali.
"Aku cakap, aku cakap..." tercungap-cungap lelaki itu merayu pada Ulung Bahar supaya
berhentikan azan.
"Sekarang cakap!" herdik Ulung Bahar.
"Aku dah lepaskan dalam Sungai Gombak" kata lelaki itu gementar.
"Apa yang kau lepaskan?" soal Ulung Bahar mengancam.
"Ikan haruan..." jelasnya terketar-ketar. "Ada penunggunya di situ..." ujar lelaki itu dalam
ketakutan.
Setelah mendapat rahsia dari lelaki yang berpakaian seperti Sami Budha itu, Ulung Bahar
menghembus lelaki itu dengan ayat Al-Ikhlas hingga melayang-layang seperti bunga lalang.
Kemudian Ulung Bahar terus melayangkan dirinya di sepanjang Sungai Gombak. Puas dia
mencari-cari di kawasan yang dituju tetapi tidak juga berjumpa. Ulung Bahar terus membaca
Surah Waddhuha dengan penuh khusyuk. Ketika ini dia sampai jauh dari bangunan-bangunan
tinggi di tengah bandar. Air Sungai Gombak yang keruh jelas pada penglihatan dia.
Dalam masa dia memerhatikan di sekitar kawasan Sungai Gombak itu, tiba-tiba dia nampak
seorang perempuan cantik berdiri di tengah sungai memegang tangguk. Dia percaya perempuan
ini bukannya bunian, tetapi penunggu sungai yang menjelmakan dirinya sebagai isteri muda
Orang Besar. Memang Ulung Bahar tahu Orang Besar sudah berkahwin dengan seorang gadis
cantik berasal dari Kelantan. Perkahwinan itu tidak kekal. Hanya selama lapan bulan saja. Gadis
itu diceraikan setelah Orang Besar diberi tangkal pembenci oleh isteri tuanya, sebaik saja isteri
tuanya mendapat tahu Orang Besar berkahwin lagi.
Tidak lama selepas penceraian itu Orang Besar bermimpi dia dikhatankan oleh seorang mudim
yang dikenalinya. Esoknya apabila dia bangun dari tidur, dia merasa kemaluannya ngilu. Lama
kelamaan tidak terasa lagi kalau dijentik pun. Orang Besar telah bertemu ramai dukun untuk
mengubatnya. Sejak lapan tahun dia mengidap dan menderita keadaan demikian. Isteri tuanya
terasa juga menyesal, tetapi lebih gembira kerana Orang Besar tidak akan berkahwin lagi.
Bagaimanapun ada juga dukun menasihati dia supaya rujuk semula dengan bekas isteri muda
yang pernah diceraikan.
Tetapi dia diberitahu jandanya itu sudah berkahwin lain. Orang Besar tidak mahu sangat ambil
tahu mengenai diri jandanya itu. Soal yang penting dia harus mengatasi masalah yang
dihadapinya.

85

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

"Buat apa awak bawa tangguk, kalau tak menangguk ikan?" tegur Ulung Bahar mendekati
perempuan cantik yang berdiri di tengah sungai.
"Kita punya sukalah" sahut perempuan itu mengerling ke arah Ulung Bahar.
"Kalau tak mahu menangguk, pinjamkan aku. Biar aku yang menangguk" ujar Ulung Bahar.
Bagaimanapun di tidak leka semasa berhadapan dengan perempuan cantik tesebut.
Masa ini terasa ribut bertiup kencang. Ulung Bahar terus bertahan di tengah ribut kencang.
Kemudian dia azan sekuat hatinya menyebabkan ribut kencang terhenti tiba-tiba. Lelaki yang
berpakaian seperti Sami Budha tadi tersungkur di tengah sungai. Bersama dengan perempuan
cantik di sampingnya, lelaki berkenaan melemparkan bola api ke arah Ulung Bahar. Perempuan
itu melontarkan serpihan besi tajam seperti paku menerjah ke tubuh Ulung Bahar. Tetapi
semuanya tidak memberi kesan kepada tubuh Ulung Bahar yang sentiasa berzikir. Akhirnya
mereka berdua mengeluh panjang kerana melihat Ulung Bahar tetap berdiri di tebing sungai
mengejek mereka. Ternyata serangan mereka berdua menjadi sia-sia.
"Tadi, awak dah kalah. Masih degil lagi mahu melawan!" cabar Ulung Bahar. Lelaki tersebut tidak
menyahut. Dia serba salah mengerling perempuan cantik di sebelahnya. Perempuan itu
melemparkan tali lantas membelit seluruh tubuh Ulung Bahar. Mereka berdua ketawa berdekahdekah melihat tali tersebut melilit seluruh tubuh Ulung Bahar.
"Hasbiallahu Lailahaillallah alaihi watawakkal.." kumat kamit mulut Ulung Bahar membaca doa
mengehembuskan ke seluruh tubuhnya. Tali yang melilit tubuhnya jadi cair seperti air. Sekali lagi
lelaki dan perempuan cantik itu tercengang kerana Ulung Bahar tidak takut pun menghadapi
serangan mereka.
"Hei, bomoh keparat...!" jerkah Ulung Bahar bercekak pimggang di atas tebing sungai. "Kau nak
mengaku kalah atau nak merasa lagi serangan aku?" tanyanya memberi amaran.
Tidak bertangguh lagi lelaki itu terus menghilangkan diri. Dia tidak berani lagi bertahan apabila
Ulung Bahar sudah memberi amaran. Hanya tinggal perempuan cantik itu kebingungan
ditinggalkan lelaki tadi. Memandangkan perempuan cantik itu degil, Ulung Bahar membaca
beberapa ayat lagi menyebabkan perempuan itu berputar seperti gasing beruri ligat. Laungnya
bergema kerana berputar-putar di dalam air. Setelah putaran itu berhenti dia termengahmengah menengadah Ulung Bahar. Kecantikannya juga luntur akibat diputar tadi.
"Bukan aku yang salah" dia merayu supaya dibebaskan.
"Jangan berdalih!" jerkah Ulung Bahar.
"Iya..." katanya gementar. "Botak tadi yang suruh. Dia suruh aku jagakan haruan yang dilepaskan
di sungai ni" ujarnya bertambah gerun bila mengerling Ulung Bahar.
86

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

"Mengapa kau ikut cakap dia?" tanya Ulung Bahar mahu menduga.
"Kalau tak ikut dia bunuh aku..." jelasnya menangis teresak-esak.
"Kau takut pada dia?" ejek Ulung Bahar seterusnya. Dia mengangguk lemah.
"Kau tak takut Allah...! suara keras Ulung Bahar semakin menggerunkan dia. Dia mengangguk
juga.
"Kalau kau takutkan Allah, jangan pedulikan botak tadi" perintah Ulung Bahar merentap rambut
perempuan tersebut. "Sekarang serahkan pada aku haruan tu!" bentaknya.
Mahu tidak mahu terpaksalah perempuan tadi menangguk ikan haruan yang dilepaskan ke dalam
sungai. Ulung Bahar terus menangkap ikan tersebut dari tangguk perempuan berkenaan melalui
makrifat. Dan terus dibawanya semula ke rumah Orang Besar. Ketika ini mereka yang ada di
rumah Orang Besar melihat Ulung Bahar mengetuk jari telunjuknya ke bibir geluk. Tiga kali dia
mengetuk berdentum seekor haruan yang masih berlumpur lagi tubuhnya menjelma di dalam
geluk.
"Alhamdulillah..." Ulung Bahar menarik nafas.
Orang Besar terkejut melihat ikan haruan di dalam geluk di depan Ulung Bahar. Geluk itu juga
menjadi keruh disebabkan lumpur yang dibawa oleh haruan tadi. Kemudian dia membelah perut
ikan itu. Di dalam perut ikan haruan berkenaan terdapat segulung benang kuning yang diikat
pada paku setengah inci. Barang-barang yang dikeluarkan dari perut ikan itu diambil oleh Ulung
Bahar dibungkus dengan sapu tangannya. Ikan haruan itu juga dibungkus dengan plastik, kerana
menurut Ulung Bahar dia sendiri akan membuangnya ke laut.
Setelah semuanya selesai, Ulung Bahar tidak membuat apa-apa tangkal atau azimat untuk Orang
Besar. Dia hanya membacakan doa lalu dihembuskan ke kepala Orang Besar. Kemudian dia
menyuruh Orang Besar solat tengah malam dua rakaat. Tidak ada ubat-ubat lain yang diberikan
oleh Ulung Bahar. Selepas dia mengubat malam itu, esoknya dia terus balik ke kampung. Orang
Besar bertanya sama ada dia akan mengubatnya tiga kali ulang, tetapi Ulung Bahar menjawab,
"Nak ubat apa lagi Tuan, bukannya Tuan sakit..." dia tersenyum mengerling Orang Besar.
Khabarnya Orang Besar berkahwin lagi tidak lama selepas itu. Selepas peristiwa ini isteri Orang
Besar tidak lagi mencari tangkal pembenci. Dia sendiri tidak marah lagi kalau Orang Besar
berkahwin lain.

87

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

010. DIKEJAR ORANG TUA BERSERBAN KUNING


DEMIKIANLAH diberitahu oleh Meon kepada saya mengenai Ulung Bahar. Dari apa yang
diceritakan oleh Meon itu saya dapati dia bukanlah orang dukun yang mengamalkan cara
perubatan tradisional. Kalau dukun tentulah dia menggunakan ramuan seperti bunga-bunga,
bertih direndang, kemenyan dan sebagainya.
Cara yang dilakukan oleh Ulung Bahar ketika mengubat Orang Besar samalah seperti yang pernah
dilakukan oleh Pak Tua Mahat, Aki Sahak dan Tok Aji. Berbeza dengan Pak Tua Mahat dan Aki
Sahak, Tok Aji adalah guru agama yang mempunyai madrasah sendiri. Sebab itulah saya berminat
sangat mahu bertemu muka dengan Ulung Bahar ini.
Saya datang ke rumah Meon di Gombak kira-kira jam 9.00 malam kerana mahu menetapkan hari
bilakah dia akan balik ke kampungnya. Memang saya tertarik hati mahu mengenalinya. Ulung
Bahar hanya menggunakan doa-doa tertentu saja dari ayat-ayat Quran, dan bukannya
menggunakan jampi mentera. Dia juga tidak menggunakan ramuan seperti bertih, kemenyan,
limau, bunga-bunga sebagaimana yang lazim digunakan oleh dukun-dukun. Inilah persamaan
yang dapat saya lihat antara Ulung Bahar dengan Pak Tua Mahat dan Aki Sahak.
"Macam ustaz buat apa lagi jumpa Ulung Bahar..." kata Meon sebaik saja saya masuk ke
rumahnya.
"Orang macam tu patut kita jumpa" jelas saya lalu duduk. "Orang tua banyak pengalaman..." ujar
saya tertawa.
"Saya agak orang macam ustaz ni memang suka sangat Ulung Bahar nak berjumpa" isteri Meon
menyampuk.
"Ah, apa sangat saya ni..." saya serba salah bila dikatakan begitu.
Sebenarnya saya baru setahun mengenali Meon dari seorang kawan. Kawan saya itu mengidap
sakit lelah beberapa tahun. Meon telah membawakan dia berjumpa dengan Ulung Bahar.
Katanya penyakit lelahnya itu sudah beransur baik. Dialah yang membawa saya pula bertemu
dengan Meon. Dari Meon pulalah saya mendengar cerita Ulung Bahar mengubat Orang Besar
yang hilang tenaga kelelakian itu. Tidak lama kemudian Simah isteri Meon meminta masuk ke
bilik kerana dia merasa pening kepala. Tinggallah saya dengan Meon berbual-bual kosong. Pada
mulanya saya tidak berniat untuk lama di rumah Meon, tetapi bila Meon bercerita mengenai
beberapa kisah di kampungnya yang melibatkan Ulung Bahar, saya tertarik hati pula mahu
mendengarnya.
Kata Meon, satu waktu dulu kampungnya diganggu oleh lembaga hitam pada setiap malam.
Lembaga hitam ini akan masuk ke dalam rumah dan mencabul wanita-wanita dengan sesuka
hatinya. Kebanyakan wanita itu tidaklah diperkosanya, hanya dibukakan pakaian wanita
88

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

berkenaan, kemudian dia melarikan diri. Bagaimanapun Ketua Kampung enggan melaporkan
kepada polis, kerana orang-orang kampung mahu menangkap sendiri, siapakah yang
melakukannya.
Seorang janda beranak terjerit bila tiba-tiba satu lembaga hitam menjelma di depannya.
Jeritannya hanya sekaligus saja, kerana selepas itu dia terus kebingungan akibat dipukau oleh
lembaga berkenaan. Lembaga hitam itu telah membuka pakaian janda tadi hingga tidak tinggal
sebenang pun. Sebelum lari meninggalkan wanita tersebut dia memangkahkan kapur pada
kemaluan janda itu. Satu malam sampai lima enam orang diganggunya. Dia tidak peduli sama ada
anak dara, janda atau isteri orang, semua diganggunya. Setelah ditelanjangkan dia akan
memangkah kemaluan wanita tersebut dengan kapur. Apakah tujuannya tidak pula diketahui.
Anehnya rumah-rumah yang berdekatan dengan Ulung Bahar tidak pula diganggunya. Apabila
diberitahu pada Ulung Bahar dia juga tidak dapat memberi jawapan. Katanya sukar juga mahu
memerangkap lembaga hitam itu, keran tidak tahu rumah mana yang akan diganggunya.
"Kalau kita tahu rumah siapa mahu diganggunya, mudahlah kita memerangkap dia..." jelas Ulung
Bahar.
"Apa tujuannya lembaga hitam ni Ulung?" Ketua Kampung hairan dengan suasana yang melanda
kampung.
"Ah, ilmu sesat. Ilmu orang tak ingat Allah..." beritahu Ulung Bahar selamba.
Bagaimanapun tiap-tiap malam Ketua Kampung mengarahkan penduduk-penduduk kampung
berkawal malam. Lembaga hitam itu pula bagaikan tahu di mana penduduk-penduduk kampung
berkawal. Dan dia akan datang mengganggu rumah yang jauh dari kawalan. Sebenarnya Ulung
Bahar boleh memerangkap lembaga hitam berkenaan sekiranya mendapat kerjasama dari
penduduk-penduduk kampung. Sayangnya, penduduk-penduduk kampung sendiri tidak mahu
bersatu apabila diajak berkumpul di surau. Ulung Bahar mengajak mereka membaca Yassin
beramai-ramai supaya lembaga hitam itu tidak dapat lagi masuk mengganggu.
Tetapi sebahagian besar penduduk mahu menangkap lembaga hitam itu. Mereka mahu tahu
siapakah orangnya yang berani melakukan perbuatan terkutuk tersebut. Disebabkan Ulung Bahar
enggan menerima cadangan orang-orang kampung yang berdendam mahu menangkap lembaga
hitam tersebut, maka mereka telah menemui seorang dukun bernama Pak Musiro. Pak Musiro
mendakwa dialah yang menjadi guru kepada lembaga hitam yang mengganggu orang-orang
kampung. Mengikut cerita Pak Musiro seorang pemuda telah datang menemuinya untuk belajar
ilmu ghaib. Bila ditanya siapakah pemuda berkenaan, Pak Musiro tidak mahu menerangkannya.
"Nantilah, bila dapat kita tangkap, kalian semua akan tau..." kata Pak Musiro.

89

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

Pak Musiro ini dipercayai memiliki ilmu ghaib. Pernah di zaman pemerintahan Jepun dia mahu
ditangkap oleh askar-askar Jepun. Tetapi askar-askar Jepun tidak menemuinya. Semasa darurat
juga gerila komunis mahu menangkapnya, tetapi tidak dapat dikesan di mana dia bersembunyi.
Satu hari seekor babi hutan telah masuk ke kampung menyerang beberapa orang penduduk.
Tetapi apabila terserempak dengan Pak Musiro babi hutan itu berpusing-pusing mencari Pak
Musiro. Sempat pula Pak Musiro mengasah parangnya sebelum menetak kepala babi itu sampai
tersungkur mati.
Mungkin kerana mendengarkan cerita kehebatan Pak Musiro inilah pemuda berkenaan ingin
sangat mempelajari ilmu ghaib dari orang tua tersebut.
"Ilmu ghaib macam mana yang kau nak belajar?" tanya Pak Musiro.
"Ilmu ghaib yang ada pada Pak Musiro" sahut pemuda berkenaan.
"Ilmu ghaib ni ilmu jahat..." beritahu Pak Musiro menjelaskan kepada pemuda itu. "Tetapi kalau
mahukan ilmu supaya tidak ditemui oleh musuh, kau boleh amalkan dari Surah Yassin" dia
menerangkan selanjutnya.
"Saya bukannya ada musuh..." kata pemuda itu tersengih-sengih.
Pak Musiro telah menerangkan satu cara yang paling sulit dilakukan dengan harapan pemuda
tersebut tidak jadi meneruskan uasahanya mahu menuntut ilmu ghaib. Lagi pun Pak Musiro
bukanlah bersungguh-sungguh mengajarnya. Dia hanya menerangkan satu perkara yang dia
sendiri tidak pernah melakukannya. Pendek kata apa yang dicakapkan oleh Pak Musiro itu
hanyalah rekaan semata-mata.
Kata Pak Musiro. "Kalau kau berani cubalah".
"Cuba macam mana?" pemuda itu mendesak.
"Aku ingat lebih baik tak usah" dia masih lagi mencari akal apakah cerita yang hendak direkanya.
"Saya sanggup buat apa pun Pak Musiro" tegas pemuda berkenaan.
Akhirnya Pak Musiro mendapat satu akal. Dia percaya tentu pemuda itu tidak akan sanggup
melakukannya. Memang kalau orang yang waras fikiran pun merasa tidak munasabah dengan
apa yang disebutkan oleh Pak Musiro.
"Apabila ada orang mati, kau ambil abuk papan lahad yang diketam. Dibakar dan ambil abunya.
Lepas itu semasa mayat sedang dimandikan, kau masuk ke bawah rumah tempat mayat itu
dimandikan dan taburkan abu papan itu di kepala..." ujar Pak Musiro tersengih-sengih kerana
pemuda tadi percaya sangat dengan apa yang dicakapnya.
90

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

"Lepas tu apa saya nak buat?" tanya pemuda berkenaan dengan yakin.
"Kalau ada apa-apa datang, kau curilah apa saja barangnya" kata Pak Musiro seterusnya.
"Lagi..." pemuda tersebut sedikit pun tidak ragu-ragu akan cerita Pak Musiro.
"Kalau ada sesiapa mengejar kau carilah sungai, dan cepat-cepat menyeberang" ujar Pak Musiro.
Pemuda itu mengangguk lemah. Terasa padanya terlalu berat mahu melakukan seperti yang
diterangkan oleh Pak Musiro. Namun dia tidak sedar bahawa Pak Musiro hanya berolok-olok saja
untuk melemahkan semangat dia dari meneruskan cita-citanya mahu belajar ilmu ghaib. Bagi Pak
Musiro orang yang akan mengejar sekiranya pemuda itu meneruskan cita-citanya mestilah
keluarga si mati. Tentulah mereka marah apabila ada orang melakukan perbuatan demikian
semasa si mati dimandikan. Sebab itulah dia sentiasa tersengih-sengih bila memberitahu
demikian.
Selepas itu Pak Musiro tidak tahu apa yang berlaku ke atas pemuda tadi. Apabila orang-orang
kampung gempar dengan kejadian lembaga hitam mengganggu dan datang menemuinya, Pak
Musiro mula teringatkan kepada pemuda yang pernah menemuinya untuk belajar ilmu ghaib itu.
Hanya orang yang melakukan ilmu halimunan saja yang boleh hilang dari pandangan orang ramai.
Orang-orang kampung menjadi bingung kerana lembaga hitam itu boleh masuk ke dalam rumah
mangsa mengikut lubang yang boleh ditembusi angin. Bagaimana rapat dikunci pun pintu dan
tingkap, dia boleh masuk selagi ada lubang yang boleh ditembusi angin.
Setelah berjanji untuk menangkap lembaga hitam tersebut, Pak Musiro pun bersiap-siap dengan
ramuan dukunnya. Dia menyediakan tujuh jenis bunga, tujuh biji limau dan tujuh geluk air yang
diambil dari tujuh batang sungai. Dia akan memanggil lembaga hitan itu datang ke rumahnya dan
akan menggunakan 'pasung bumi' iaitu ilmu kebatinan yang mengunci musuh tidak dapat
mencari jalan keluar untuk melarikan diri. Penduduk-penduduk kampung yang ditugaskan
membantu Pak Musiro juga bersiap sedia di sekitar rumah Pak Musiro. Mereka akan menyerbu
sebaik saja mendapat isyarat dari Pak Musiro.
Kira-kira jam 9 malam, Pak Musiro memulakan tugasnya. Dia mencucukkan tujuh batang lidi
kepada setiap biji limau dan direndamkan ke dalam tujuh geluk yang berisi air dan tujuh jenis
bunga. Kemudian Pak Musiro membakar kemenyan sambil mulutnya kumat-kamit membaca
mentera. Lama dia membaca menteranya, tiba-tiba dia hilang dari pandangan orang ramai.
Selepas itu mereka terdengar bunyi pergelutan di sekitar rumah itu. Meon yang ditugaskan oleh
Pak Musiro membakar kemenyan apabila dia sudah hilang dari pandangan, terus membakar
kemenyan yang siap dijampi oleh Pak Musiro.
Orang ramai mahu membantu tidak dapat kerana masing-masing tidak nampak siapakah yang
bergelut. Hanya barang-barang di dalam rumah itu saja tunggang-langgang seperti dirempuh.
91

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

Mereka semua menjadi cemas juga kerana tidak tahu siapakah akan tewas dalam pergelutan itu.
Dalam masa mereka tidak ketahuan itu tiba-tiba Pak Musiro terpelanting di hadapan mereka.
Termengah-mengah Pak Musiro menahan kesakitan. Mulutnya kelihatan berdarah dengan
seluruh badannya calar balar.
Pak Musiro terbaring di lantai dalam keadaan tidak sedar diri. Orang-orang kampung semakin
cemas melihatkan Pak Musiro tidak sedarkan diri setelah dipercayai bergelut dengan lembaga
hitam yang mengganggu penduduk-penduduk kampung selama ini. Dua hari Pak Musiro tidak
sedarkan diri. Nafasnya mengombak-ngombak. Kuku kaki dan tangannya sudah menjadi lebam.
Melihatkan keadaan Pak Musiro semakin tenat Meon pun menyuruh isteri Pak Musiro memanggil
Ulung Bahar. Orang-orang kampung selama ini tidaklah menganggap Ulung Bahar sebagai dukun,
tetapi sebagai orang tua yang banyak pengalaman saja. Lagi pun Ulung Bahar sendiri tidak suka
dirinya dipanggil dukun seperti Pak Musiro.
Jiran-jiran masih ramai berkumpul di rumah Pak Musiro semasa Ulung Bahar datang. Ketua
Kampung juga ada sama menziarahi Pak Musiro. Mereka semua merasa terhutang budi kepada
Pak Musiro yang sanggup menyabung nyawa untuk menyelamatkan penduduk-penduduk
kampung. Ulung Bahar memegang kepala Pak Musiro. Kesan calar-balar di tunbuhnya juga
menjadi lebam.
"Musiro bernasib baik..." keluh Ulung Bahar perlahan. "Dia hampir berjaya, tetapi tak ada orang
membantu. Musuhnya hampir kalah, tetapi cepat mendapat bantuan" katanya macam kesal.
Kekesalan yang terpancar di mata Ulung Bahar, ialah orang-orang kampung hanya berharap
kepada Pak Musiro semata-mata. Mereka tidak tahu bagaimana harus membantu bila seseorang
seperti Pak Musiro menentang gangguan syaitan. Kalau ada salah seorang darinya azan, sudah
tentu Pak Musiro lebih mudah menjalankan tugasnya. Disebabkan tidak ada sokongan itulah Pak
Musiro dapat ditewaskan.
"Minta aku air sejuk segelas..." Ulung Bahar meyuruh isteri Pak Musiro ambilkan air. "Meon,
ambil wudhuk" perintahnya lalu berpaling pada Meon. Tidak bertangguh Meon mengambil
wudhuk. "Azan..." katanya lagi sambil mencapai gelas air yang dihulurkan oleh isteri Pak Musiro.
"Jangan berhenti selagi aku tak suruh" dia memberitahu Meon. Meon pun azan seperti yang
disuruh oleh Ulung Bahar. Kira-kira sepuluh kali Meon azan barulah disuruh berhenti oleh Ulung
Bahar. Ketika ini dia merenung ke dalam gelas air di depannya. Ulung Bahar tersenyum sedikit
bila merenung ke dalam gelas.
"Bodoh!" itu saja yang orang ramai dengar terkeluar dari mulut Ulung Bahar. Selepas itu mereka
melihat mulut Ulung Bahar terkumat-kamit dengan mata terpejam rapat.
Sebenarnya Ulung Bahar sudah ternampak Jalit abang Meon sedang diubat oleh seorang lelaki
tua berserban kuning. Jubahnya juga kuning seperti kain Sami Budha. Apabila mereka berdua
nampak Ulung Bahar mereka cuba melarikan diri. Ketika ini Pak Musiro sudah menunggu di muka

92

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

pintu, lalu mereka bertarik-tarikan. Sebelah tangan Jalit ditarik oleh lelaki tua berserban kuning
itu, manakala sebelah lagi ditarik oleh Pak Musiro.
"Kau ajar dia jadi jahat!" pekik Pak Musiro menendang dada lelaki tua berserban kuning itu.
"Bukankah kau yang suruh dia datang kepada aku?" lelaki tua itu mengejek.
"Aku tak suruh...!" sahut Pak Musiro marah.
"Jangan pula kau berdalih" lelaki tua berserban kuning itu menampar muka Pak Musiro. "Kau
suruh dia datang belajar dengan aku, sekarang kau nak berdalih!" ujarnya masih memaut tangan
Jalit. Sementara Jalit pula menjadi bingung tidak bertindak apa-apa walaupun tangannya
dipegang oleh orang tua berserban kuning dengan Pak Musiro. Terkejut juga Pak Musiro bila
dituduh demikian. Dia tidak pernah menyuruh Jalit menuntut dari sesiapa pun.
Semua pertengkaran ini dilihat oleh Ulung Bahar. Tetapi yang menerima akibat dari pertentangan
itu ialah Jalit dan Pak Musiro sendiri. Mereka berdua yang cedera, manakala lelaki tua berserban
kuning itu tidak menanggung apa-apa kecederaan. Setiap tendangan kaki Pak Musiro yang
menyinggahi dada lelaki itu semuanya menuju ke sasaran dada Jalit. Seolah-olah Jalit menjadi
pelindung lelaki tua berkenaan apabila Pak Musiro membuat serangan.
"Jalit cakapkan siapa yang suruh kau datang menemui aku?" soal orang tua berserban kuning.
"Pak Musiro..." beritahu Jalit.
"Jangan berdusta Jalit!" marah benar Pak Musiro bila Jalit menuduh dia demikian.
"Bukankah Pak Musiro menyuruh aku curi kulit papan yang diketam untuk papan lahad?" Jalit
mengingatkan Pak Musiro. "Pak Musiro suruh aku bakar, Pak Musiro suruh aku ambil abunya.
Pak Musiro suruh aku mandi bawah air mandi mayat. Pak Musiro suruh aku taburkan abu kulit
papan ke kepala aku...!" jelasnya bergema memukul gendang telinga Pak Musiro.
"Cukup...!" pekik Pak Musiro marah. Merah padam mukanya bila mengingatkan balik peristiwa
dia menipu Jalit yang bersungguh-sungguh sangat mahu belajar ilmu ghaib. Rupa-rupanya Jalit
betul-betul melakukan seperti apa yang disuruhnya, padahal dia hanya mereka-reka supaya Jalit
lemah semangat.
Sebaik saja diberitahu oleh Pak Musiro petua-petua mencari ilmu ghaib, Jalit tidak memikirkan
sama ada Pak Musiro memperolok-olokkan dia atau tidak. Dia sudah nekad akan mencuba seperti
apa yang dicakapkan oleh Pak Musiro. Ilmu yang dituntut mestilah atas keyakinan diri sendiri.
Sama ada ajaran guru itu betul atau salah tidak boleh difikirkan. Inilah pendirian Jalit apabila
menerima peraturan yang disuruh oleh Pak Musiro kalau mahukan ilmu menghilangkan diri.

93

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

Kebetulan tidak lama kemudian ada orang meninggal dunia di kampung itu. Jalit terus menziarahi
si mati dengan nekad akan melakukan seperti yang dikatakan oleh Pak Musiro. Semasa orang
mengetam papan untuk dibuat papan lahad, Jalit terus mengumpulkannya dan membawa ke
lubang sampah. Pada penglihatan orang ramai Jalit sangat rajin membantu dengan
membuangkan sampah tersebut. Di situ dia membakar sampah papan diketam tadi. Abunya
dibungkus dengan sapu tangan. Dia menunggu sehingga mayat dimandikan di atas rumah kirakira jam 12 tengah hari. Orang ramai tidak menyedari bahawa dia sudah pun mencangkung di
bawah rumah bersetentangan dengan mayat hendak dimandikan. Sebaik saja derau air yang
mula dari mayat itu jatuh ke bawah rumah, teruslah menimpa kepala Jalit yang sudah ditaburkan
dengan abu sampah papan diketam.
Belum pun selesai mayat itu dimandikan, Jalit nampak lelaki tua datang bertongkat ikut sama
mandi bersamanya. Lelaki itu tidak bercakap sepatah pun. Sebelum masuk mandi bersama
dengan Jalit, dia meletakkan serban kuningnya pada gelegar rumah, manakala tongkatnya tetap
dipegang di tangan. Jalit memerhatikan apakah barang yang harus dilarikannya dari orang tua
itu. Kalau mahu dilarikan tongkat, orang tua itu masih menggenggam tongkatnya erat-erat.
Akhirnya terlintas di kepalanya untuk melarikan serban yang tersangkut pada gelegar rumah. Itu
saja barang yang ada pada orang tua itu tidak dipakainya.
Setelah melihat orang tua itu asyik mandi di bawah air mandian mayat tadi, Jalit pun meluru
mencapai serban kuning yang tersangkut di gelegar. Serentak dengan itu dia mendengar orang
tua itu menjerit memanggil dia dan mengejarnya dari belakang. Jalit pun lari sekuat hati menuju
ke arah sungai. Dia sempat menyeberang sungai. Orang tua yang mengejarnya dari belakang tadi
tidak dapat menyeberang.
"Pulangkan serban aku!" pinta orang tua tersebut.
"Tidak..." sahut Jalit berbangga dengan kejayaannya melarikan serban orang tua yang sama-sama
mandi air mayat tadi. "Sekarang serban ni kepunyaan aku. Kalau kau mau marilah menyeberang
sungai ke sini..." dia megejek-ngejek.
"Memang aku nak beri kau" orang tua itu tersenyum. "Memang aku tau kau berhajat sangat
hendakkan ilmu ghaib. Kau boleh memakai serban itu, tetapi ada syaratnya" beritahu orang tua
itu.
"Apa syaratnya?"
"Senang saja..."
"Kalau aku tak ikut syarat?"
"Aku ambil semula serban"

94

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

"Ah! aku tak percaya!" Jalit cuba mengelak dari syarat yang hendak dikenakan oleh orang tua
tersebut.
Orang tua itu menunding jarinya ke arah Jalit. Dengan tiba-tiba saja serban kepunyaannya
melayang dari tangan Jalit terus masuk berlingkar ke hujung tongkat. Jalit terlopong dengan
tindakan orang tua berkenaan. Ternyata dia tidak dapat melawannya. Jalit tidak mempunyai apaapa kelebihan bagi mempertahankan diri dari tindakan orang tua tadi. Dia hanya melakukan
seperti apa yang disuruh oleh Pak Musiro dengan tidak bertanyakan lebih lanjut bagaimana kalau
dia tidak boleh melawan dugaan.
"Sekarang kau percaya atau tidak?" tanya orang tua itu ketawa berdekah-dekah mengejek Jalit.
Pucat muka Jalit. Dia percaya dirinya tidak akan dapat lari ke mana. Kalau serban di tangannya
lagikan mudah dirampas kembali oleh orang tua itu, tentulah dia juga tidak akan dapat melarikan
diri.
"Aku percaya..." sahut jalit lemah. "Cakaplah apa syaratnya?" tanya Jalit mengharapkan
pertolongan dari orang tua tersebut.
"Kau mesti mencabul 44 orang perempuan!" ujar orang tua itu memberikan syaratnya. "Tetapi
ingat, kau tidak boleh menodai seorang pun..." katanya memberi amaran.
Lama Jalit berfikir sama ada mahu menerima syarat tersebut atau tidak. Alang kepalang dia sudah
pun hampir mencapai maksudnya. Cuma syarat itu saja mesti dilakukan.
"Ingat 44 orang perempuan dalam masa dua minggu!" tegas orang tua itu lagi.
"Baiklah, aku sanggup" Jalit memberi pengakuan.
"Kau mesti tandakan sebagai bukti kau telah mencabulnya!" katanya lagi.
"Baiklah!" sahut Jalit tegas.
Serban kuning itu dipulangkan semula kepadanya. Apabila dipakai di kepala Jalit merasakan
dirinya boleh berlari kencang. Dia boleh melompat melepasi sungai. Alangkah gembiranya kerana
dapat memenuhi maksudnya.
"Kalau kau tak berjaya mencabul 44 orang perempuan, serban itu aku ambil semula" beritahu
orang tua itu menghilangkan diri dari pandangannya.
Untuk memenuhi tuntutan itulah Jalit terpaksa melakukan perintah orang tua berjubah dan
berserban kuning itu. Apabila dia balik ke rumah hari itu dia telah bertemu Meon sedang
mengembala lembu masuk ke kandang. Jalit memanggil Meon, tetapi Meon berpusing-pusing
95

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

mencari suara Jalit yang memanggilnya. Apabila serban itu ditanggalkan barulah Meon melihat
dia. Meon juga tidak nampak serban yang dipegang di tangannya. Sejak itulah kegemparan
berlaku di kampung itu mengenai lembaga hitam mengganggu perempuan. Setiap malam
sekurang-kurangnya tiga orang perempuan telah dicabul. Kemaluannya dipangkah dengan kapur.
Kesemua mangsa mengakui bahawa mereka tidak dinoda oleh lembaga hitam tersebut.
Hinggalah Jalit tidak dapat mengelak bila bertembung dengan Pak Musiro. Dia sudah berjaya
mencabul hampir 30 orang perempuan bila namanya diseru oleh Pak Musiro. Apabila dia mahu
menyerah kalah kepada Pak Musiro, orang tua yang memberikan dia serban kuning itu datang
menjelma. Orang tua itu memerintahkan dia supaya menentang Pak Musiro. Terpaksalah Jalit
menentang Pak Musiro. Tetapi setiap kali memberi tentangan, serangan Pak Musiro terlalu keras.
Dia tidak dapat bertahan dari serangan Pak Musiro. Mujurlah orang tua berjubah kuning itu
datang menolongnya. Orang tua itu meresap ke dalam tubuhnya lalu sama-sama menyerang Pak
Musiro. Akhirnya Pak Musiro terpelanting tidak berdaya lagi untuk bangun menentang.
Jalit juga mendapat cedera parah. Bagaimanapun cederanya dapat diubat oleh orang tua yang
menolongnya. Hinggalah Ulung Bahar datang menjelma, barulah Pak Musiro kembali bertenaga
untuk melepaskan dia dari genggaman orang tua tersebut.
"Kenapa kau lari?" jerkah Ulung Bahar bila melihat orang tua berserban kuning bergegas-gegas
menarik Jalit, tetapi ditahan oleh Pak Musiro. "Kau takut pada aku?" kata Ulung Bahar
menghentakkan tumitnya ke lantai rumah. Terpekik jalit bila Ulung Bahar menekan tumitnya ke
lantai. Orang tua berserban kuning itu tertawa berdekah-dekah bila Jalit terpekik.
"Kau takkan menang Bahar..." ejeknya menyakitkan hati Ulung Bahar.
Pak Musiro juga masih memaut tangan Jalit. Dia tidak berjaya melepaskan Jalit dari orang tua
berkenaan. Kalaulah Pak Musiro dapat melepaskan tangan Jalit dari genggaman orang tua itu,
tentulah mudah bagi mereka menyerang orang tua tadi. Syaitan yang menjelma sebagai orang
tua itu berjaya menggunakan Jalit menjadi pelindungnya apabila diserang oleh manusia. Tetapi
Ulung Bahar bukan semudah itu hendak ditentang oleh syaitan. Dia tidak putus asa apabila Jalit
dijadikan pelindung syaitan. Ulung Bahar terus azan hingga menggegarkan kawasan rumah Jalit.
Pak Musiro tetap berpaut pada tangan Jalit walaupun gegaran bertambah kuat.
"Musiro, kuatkan zikir kau..." Pak Musiro mendengar Ulung Bahar membisikkan sesuatu ke
telinganya. Pak Musiro mengangguk. Dia berzikir mengingatkan kudrat dan iradat Allah. Ketika
ini dia merasa gegaran itu tidak menyusahkan dirinya. Pak Musiro terselamat dari gangguan
gegaran apabila Ulung Bahar azan. Hanya orang tua itu saja terhumban ke kiri ke kanan tidak
dapat berjejak. Gegaran semakin kuat.
"Nanti..." orang tua itu merayu meminta Ulung Bahar berhenti azan. Tetapi tangannya tetap
berpaut pada Jalit.

96

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

"Lepaskan Jalit dulu..." perintah Ulung Bahar. Dia tidak memberhentikan azannya. Semakin galak
Ulung Bahar azan berulang kali, semakin kuat gegaran di sekitar rumah Jalit. Orang tua itu
terumbang ambing macam bertih direndang dalam kuali terlompat ke kiri ke kanan.
"Tolong berhentikan! Aku tau kau tak sama dengan Musiro. Aku kalah dengan kau, tolong..."
rintihnya memanjang.
"Lepaskan Jalit dulu..." tegas Ulung Bahar. Selagi dia tidak melepaskan Jalit, Ulung Bahar tidak
akan berhenti azan. Tidak tahan dengan gegaran yang semakin kuat orang tua itu terpaksa
melepaskan Jalit. Sebaik saja Jalit dilepaskan, Ulung Bahar menyuruh Pak Musiro lindungkan Jalit.
Dia tahu Jalit tidak bersalah. Jalit hanya terpengaruh dengan ilmu sesat yang ditunjukkan oleh
syaitan.
"Aku tak bermusuh dengan kau" gerutu orang tua itu marah. "Aku bermusuh dengan Musiro,
biarkan saja Musiro melawan aku" ujarnya menyimpan dendam pada Pak Musiro.
"Kalau kau tak mahu bermusuh dengan aku, biar aku yang bermusuh dengan kau" sindir Ulung
Bahar.
"Jangan! Aku tak mahu bermusuh dengan kau...!" sahut orang tua itu lemah.
"Aku nak bermusuh dengan kau...!" jerkah Ulung Bahar.
"Mengapa pula?" dia sengaja mencari jalan mahu mengelakkan diri dari bertentang dengan
Ulung Bahar.
"Memang syaitan musuh aku!" balas Ulung Bahar menampakkan kebenciannya.
"Aku nak berlawan dengan Musiro..." beritahu orang tua itu lagi.
"Kenalah langkah mayat aku dulu!" Ulung Bahar terus mencabar.
Orang tua itu berlegar-legar mahu menerkam ke arah Pak Musiro. Belum sempat dia menerkam,
Pak Musiro menendang dadanya. Terpelanting orang tua itu akibat ditendang oleh Pak Musiro.
Masa ini dia tidak dapat lagi menggunakan Jalit sebagai pelindungnya. Dia terpaksa menanggung
sendiri kesakitan akibat tendangan kuat dari Pak Musiro. Marah benar dia ditendang oleh Pak
Musiro. Cepat-cepat dia bangun mahu membalas semula. Dia menerkam tetapi sempat dielak
dengan pantas oleh Pak Musiro.
"Di depan Bahar kau memang handal..." bentak orang tua itu marah.
"Baca Fatihah Musiro..." bisik Ulung Bahar.

97

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

Pak Musiro membaca Fatihah tiga kali. Satu putaran angin kencang memutar orang tua tersebut
seperti uri gasing berputar ligat. Jeritan orang tua itu bergaung di dalam putaran angin kencang
itu. Lama dia diputar angin kencang orang tua itu jatuh tersungkur di depan Pak Musiro.
"Sekarang kau nak lawan Musiro lagi?" kata Ulung Bahar mengejeknya.
Orang tua itu tidak dapat bergerak lagi selepas diputar angin kencang tadi. Ternyata dia terlalu
lemah untuk bangun semula. Selama ini dia tidak gentar kalau menentang Pak Musiro. Walaupun
Pak Musiro dukun terkenal, tetapi dia tahu mempermainkan Pak Musiro. Apabila kalah dia akan
berundur buat sementara dulu. Kemudian akan datang semula mengganggu. Tetapi dengan
Ulung Bahar dia tidak berpeluang mahu mengelak. Ke mana saja bersembunyi dapat diekori oleh
Ulung Bahar. Sebab itulah sedapat-dapatnya dia mahu mengelak dari bertemu dengan Ulung
Bahar.
"Sekarang kau lawanlah Musiro..." ulangi Ulung Bahar.
"Kau tolong dia, fasal itu aku tak terlawan" rintihnya menyimpan dendam pada Pak Musiro.
"Aku tak tolong dia, kau yang tak terlawankan dia" Ulung Bahar mengejeknya.
Orang tua itu bangun terhuyung hayang. Dia masih berdendam pada Pak Musiro. Sebaik saja dia
mahu menerkam, Ulung Bahar membisikkan ke telinga Pak Musiro supaya membaca Surah AlIkhlas, Pak Musiro membacanya tiga kali. Tiba-tiba bukit bukau berterbangan menimpa ke arah
orang tua itu. Jerit orang tua itu bergema menahan kesakitan. Pak Musiro melihat orang tua
tersebut terhimpit di bawah bukit bukau yang berterbangan menimpanya. Apabila dia membuka
mata, dilihatnya Ulung Bahar ada di sebelahnya. Malam itu juga Pak Kadut ayah Meon datang
memanggil Pak Musiro kerana Jalit diserang sakit sesak nafas tiba-tiba. Alangkah terperanjatya
dia bila diberitahu Pak Musiro masih belum pulih dari sakit. Bagaimanapun Ulung Bahar
mendoakan segelas air dan menyuruh Pak Kadut membawanya pulang. Air itu hendaklah diberi
minum pada Jalit dan disapukan ke dadanya.
"Itulah ceritanya ustaz..." kata Meon mengingatkan semula kisah abangnya tersalah tuntut ilmu.
Sebelum saya balik malam itu, kami telah berjanji fasal mahu menziarahi Ulung Bahar. Ketika
saya mahu balik terdengar Simah isteri Meon memekik dari dalam bilik. Bergegas-gegas Meon
masuk ke bilik bila mendengar isterinya memekik sebentar tadi. Sebentar kemudiannya dia
keluar semula dalam keadaan cemas.
"Jangan balik dulu ustaz..." katanya rusuh. "tolong tengokkan Simah dulu" ujarnya tidak
ketahuan.
"Astaghafarullah hala'zim..." keluh saya mengikut Meon mendapatkan isterinya di bilik.

98