Anda di halaman 1dari 90

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

KOLEKSI TOK AWANG NGAH


021. LEMBAGA BERKELAHI SESAMA SENDIRI
022. MAYAT DIMANDI BINGAS BANGUN
023. DENDAM KHADAM MINYAK SENYONYONG
024. KUBUR HILANG DI TENGAH HUTAN
025. MANDI AIR 7 KUALA
026. LELAKI TUA BERKEPALA BUAYA
027. LEMBAGA BERKEPALA BOTAK KELUAR DARI TOMPOK-TOMPOK HITAM
028. PUKUL CUCU UNTUK MATIKAN DATUK
029. DURI IKAN SEMBILANG DITUSUK KE KEPALA
030. TULANG KAKI BERTABURAN DI BILIK

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

021. LEMBAGA BERKELAHI SESAMA SENDIRI

MATAHARI sudah tergelincir hingga bayang pohon-pohon getah juga menjadi redup, semasa Pak
Tua Mahat menyandarkan basikalnya di sebatang pokok getah tua. Dia memang tahu kebun
getah kepunyaan Haji Mat Deman adik iparnya itu di darat kampung, kerana Ngah Jiyah sendiri
memberitahu abangnya di kawasan kebun getah itu memang keras puakanya. Tetapi Mat Deh
tidak percaya sangat dengan cerita emaknya mengenai puaka di kawasan kebun getah itu. Ngah
Jiyah percaya mengenai puaka di situ disebabkan kebun getah itu dibeli oleh suaminya semasa
selepas Jepun memerintah. Di sempadan dengan kebun getah sebelahnya terdapat dua buah
kubur lama yang dipercayai tuan punya tanah tersebut sejak lebih tujuh keturunan. Kubur lama
itu terletak di atas busut tinggi sehingga jelas nampak batu nisannya yang tergendeng separas
pinggang. Ngah Jiyah juga mendengar cerita mengenai batu nisan itu yang hidup kerana pada
mulanya hanya seketul batu dari sungai saja diletakkan di situ. Tetapi selepas lebih tujuh
keturunan itu batu berkenaan dikatakan hidup lantas meninggi sehingga sampai separas
pinggang.
Namun Mat Deh tetap tidak percaya dengan cerita emaknya. Sekalipun Ngah Jiyah merasa seram
juga apabila melintasi kubur lama itu apabila datang ke kebun getah itu semasa musim langsat
berbuah, tetapi rasa seram itu segera hilang kerana dia datang bersama suami, anak-anak dan
cucunya. Lagipun, kebun getah itu sudah ditebas terlebih dulu oleh Haji Mat Deman. Itu jugalah
sebabnya Haji Mat Deman meminta Muhis menebasnya kerana pokok-pokok langsat di kebun itu
sudah mula berputik. Memang di kebun getah itu banyak terdapat pokok-pokok langsat yang
sudah tua. Dari pokok-pokok langsat inilah buahnya lebih manis dari pokok-pokok langsat biasa.
Sebab itulah Haji Mat Deman tidak akan menebang pokok-pokok langsatnya, kerana setiap tahun
apabila musim langsat berbuah hasilnya amat menyenangkan hati.
Pak Tua Mahat berdiri berhampiran dengan pokok getah tempat basikalnya disandarkan.
Matanya liar memerhati di sekitar kawasan yang sudah ditebas oleh Muhis. Sekali-sekala dia
memandang juga ke arah busut kubur lama tidak jauh dari tempatnya berdiri. "Kalau kau tubuh
halus nak mengganggu, balik kau!" katanya sambil meludah tiga kali ke arah kubur yang tersegam
tidak jauh darinya. "Tanah ini bukan lagi dalam jagaan kau, biarlah tubuh kasar yang menjaga
tanah ini, kau tubuh halus balik ke tempat asal kau, jangan ganggu anak cucu di sini..." ujarnya
maacam bercakap dengan seseorang. Kemudian dia terus melangkah ke kawasann yang sudah
ditebas oleh Muhis itu. Beberapa langkah dia berjalan, Pak Tua Mahat menoleh ke arah yang
diagaknya Muhis tersungkur sewaktu menerkam burung puyuh sedang mengeram. Tetapi amat
sukar dia mahu meramalkan di mana Muhis menemui burung puyuh sedang mengeram itu.
Puas dia mencari-cari, Pak Tua Mahat memusingkan badannya menghadap ke arah dua buah
kubur lama yang tersergam di atas busut tidak jauh dari situ. Dia menuding jari telunjuknya ke
arah kubur itu, sambil tumit dihentakkan ke bumi. Ketika ini dia merasakan angin kencang bertiup
di sekitar kebun getah itu hingga desirannya terasa menggerunkan. Tetapi Pak Tua Mahat tetap
bertahan di situ dengan mengucapkan: huwa-auwallu wal-akhiru wal-zahiru wal-batinnu,
2

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

wahuwal 'alla kulli syai-in-qadir. Sejurus kemudian angin kencang itu berhenti, Pak Tua Mahat
dapat mendengar titisan hujan turun menimpa daun-daun. Hujan itu tidaklah lebat kerana
silauan matahari masih memancar. Dia dapat menduga ketika ini hujan panas turun seolah-olah
geruh sedang menunggunya. Tetapi Pak Tua Mahat sudah biasa menghadapi keadaan demikian.
Dia menunggu sesuatu menjelma di situ, tetapi tidak ada apa-apa pun kelihatan di atas kubur
tersebut. "Kalau bukan kau, aku minta maaf tubuh halus." katanya perlahan lantas menurunkan
tangannya dari menuding ke arah kubur tersebut. Kemudian dia berpaling ke sekeliling kawasan
yang sudah ditebas oleh Muhis memerhatikan tempat Muhis menemui sarang burung puyuh
mengeram. Puas dia memerhatikannya tetapi tidak juga bertemu kesan sarang burung
berkenaan.
Ketika dia mendongak ke atas Pak Tua Mahat ternampak sarang tebuan tergantung di dahan
sebatang pokok getah. Perdu pokok getah tersebut terdapat kesan sudah ditebas oleh Muhis.
Berdebar juga hati Pak Tua Mahat kerana tebuan-tebuan itu tidak menerkam semasa perdu
pokok getah itu ditebas. Biasanya tebuan-tebuan mudah menyerang mangsa apabila sarangnya
diganggu. Mata Pak Tua Mahat merenungi sarang tebuan itu tepat-tepat dengan tidak berkelip.
Kemudian perlahan-lahan dia membisikkan: waman 'arafa nafsihi faqad 'arafa rabbihi, lantas
dia menghentak-hentakkan tumitnya ke tanah. Setelah merasakan dirinya cukup yakin dengan
apa yang dilihatnya, Pak Tua Mahat merapatkan dua tangannya ke dada sambil menyebut
perlahan, "Tegak aku seperti alif, berlindung aku seperti zat." Sekaligus pula dia meneguk air
liurmya sambil menghela nafas panjang seperti menyedutnya jauh-jauh ke dalam diri.
Pak Tua Mahat sudah tidak merasakan dirinya tertegak di tengah kebun getah mendongak sarang
tebuan yang tergantung pada dahan pokok getah tua tidak jauh darinya. Dia tersenyum apabila
tiba-tiba saja tercegat di satu kawasan lapang yang tersergam sebuah rumah besar dengan
dipagar ruyung nibung kukuh di sekelilingnya. Di tengah halaman rumah itu seorang perempuan
muda yang cantik dengan rambutnya mengurai sampai ke punggung sedang menabur padi
seolah-olah memberi ayam makan. Tetapi yang berkerumun mematuk padi yang ditabur oleh
perempuan muda itu bukanlah ayam yang berebut-rebut, tetapi burung-burung puyuh yang
terlalu banyak. Pada mulanya dia tidak perasankan Pak Tua Mahat berdiri di luar pagar, tetapi
apabila dia mengangkat muka, matanya bertentang dengan Pak Tua Mahat.
"Awak rupanya...," cepat-cepat Pak Tua Mahat menegur sebaik saja mereka berpandangan. "Eh,
Tok Pawang buat apa ke mari ni?" soal perempuan itu semacam terkejut dengan kunjungan Pak
Tua Mahat ke situ. "Nak cari awak laa," sahut Pak Tua Mahat tegas. "Tok Pawang ni macam nak
cari musuh aje nampaknya," sindir perempuan muda itu lalu menghalau burung-burung puyuh
yang berebut-rebut mematuk padi yang ditaburkannya. "Kalau awak terima kedatangan aku
dengan baik, baiklah jadinya," ujar Pak Tua Mahat macam mengejek. "Tapi, kalau awak sengaja
nak cari geruh, belumlah tahu geruh siapa lagi!" dia meninggikan suara seolah-olah memberi
amaran. "Kami tak faham maksud awak ni, Tok Pawang," perempuan muda itu tersengih-sengih.
Belum pun sempat Pak Tua Mahat masuk ke kawasan pagar rumah itu dia merasakan bumi
bergegar kuat menyebabkan rumah tersergam itu ikut sama bergegar. Perempuan muda itu
terjerit ketakutan berlari-lari sekeliling halaman. Kemudian dia cuba mendekati Pak Tua Mahat,
3

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

tetapi kakinya terbenam menyebabkan dia terkial-kial mahu melepaskan diri. Pak Tua Mahat
undur ke belakang dua tiga langkah mahu memastikan dari mana ancaman itu datang. Matanya
liar mengerling ke kiri dan ke kanan, tetapi tidak kelihatan apa-apa kecuali gegaran yang kuat dan
asap keluar berkepul-kepul dari rekahan tanah.
"Tolonglah kami Tok Pawang," rayu perempuan muda itu terkial-kial mahu melepaskan kakinya
yang terbenam di bumi. Dia melambai-lambaikan tangannya dengan harapan mendapat belas
kasihan dari Pak Tua Mahat. Tetapi Pak Tua Mahat masih ragu-ragu siapakah yang membuat
angkara kerana tiba-tiba saja ancaman itu datang. Hatinya masih belum dapat menduga sama
ada ancaman itu untuk memerangkap dirinya, atau mahu memusnahkan perempuan itu.
Bagaimanapun yang jelas pada penglihatannya perempuan muda itu sendiri yang terancam
keselamatannya. Dia tidak boleh membantu perempuan muda itu selagi tidak diketahuinya
punca sebenar gegaran bumi tersebut. Sebaik saja kakinya menjejaki kawasan lapang itu dia
sudah dapat melihat bahawa tempat itu memang dikuasai oleh perempuan muda berkenaan.
Burung-burung puyuh yang berkeliaran sewaktu perempuan muda itu menaburkan padi, amat
jelas menunjukkan tempat yang dicarinya sudah pun ditemui. "Tolonglah kami Tok Pawang..."
ulangi perempuan muda itu merayu-rayu dengan berhiba hati. "Siapa nak tolong kau..., kau tu
syaitan!" bentak Pak Tua Mahat tersenyum setelah melihat Mat Deh tercegat di penjuru pagar.
Di sekeliling Mat Deh cahaya putih melingkarinya, sehingga perempuan muda itu tidak dapat
merapatinya sekalipun kalau kakinya tidak terbenam di bumi. Beberapa kali perempuan muda
itu cuba melemparkan rantai besi yang menjelma dari tangannya, tetapi rantai besi tersebut
terbakar sebaik saja mencecah cahaya putih yang melingkari Mat Deh.
"Kenapa kau tak serang aku!" Pak Tua Mahat meninggikan suaranya mencabar supaya
perempuan muda itu bertindak terhadap dirinya. Perempuan itu menunduk menggeleng-geleng
kepala. Dia menjadi gementar setiap kali matanya bertentangan memandang Pak Tua Mahat.
"Cuba kau serang aku...!" jerkah Pak Tua Mahat menampar-nampar dadanya seolah-olah
mengejek. "Aku hendak sangat geruh kau, cepat!" katanya keras menghentak-hentak tumit ke
bumi. Sekaligus pula bumi yang dipijak bergegar lagi menyebabkan rumah tersergam hampir
tersembam ke tanah. Pagar kukuh dari ruyung nibung juga sudah terbongkar habis, terpelanting
berselerak di merata tempat. Dua tiga tunggak pagar keras dari ruyung nibung sudah terpelanting
menusuk ke dada perempuan berkenaan. Dia termengah-mengah menahan kesakitan akibat
tertusuk ruyung nibung yang tercacak di dadanya. "Tak kasihan ke tengok kami..., tak malu ke
awak semua berlawan dengan perempuan?" suara perempuan itu terketar-ketar meminta belas
kasihan. "Kau syaitan, tak boleh dikasihani!" bentak Pak Tua Mahat.
Perempuan itu mengerling ke arah Mat Deh yang tercegat di sudut pagar dikelilingi silauan
cahaya putih. Terkial-kial dia cuba melepaskan ruyung nibung yang tercancang di dadanya. Sebaik
saja gegaran bumi terhenti dia tiba-tiba melompat ke atas bumbung rumah yang sudah
tersenget. Ruyung nibung di dadanya juga tercabut lantas menjunam menuju ke arah Mat Deh.
Bagaimanapun ruyung nibung itu tidak menyinggahi Mat Deh, kerana hangus terbakar apabila
melintasi silauan cahaya yang memutih itu. "Ilmu apa orang muda ni pakai?" rungut perempuan
itu memusingkan dirinya lantas menukar bentuknya kepada seorang lelaki tua yang bertanduk di
4

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

kepala. Sekaligus pula dia melepaskan wap api dari nafasnya yang dihembuskan ke arah Mat Deh.
Api yang menyala itu terus padam sebaik saja mencecah silauan putih yang mengelilingi Mat Deh.
Kemudian Mat Deh mula membacakan: hazihhi jahannamullati kuntum tu 'adun, berulang kali
menyebabkan angin kencang bertiup dari segenap penjuru memadamkan semua api menyala
dari nafas lelaki tua tersebut.
"Kau tak lepas ke mana, sekarang kau dah merupa!" Pak Tua Mahat bertempik hingga dilihat oleh
Mat Deh tubuhnya menjadi besar melebihi rumah yang tersergam itu. "Kau tak dapat nak
berlindung lagi...," jerkahnya lantas menyambar lelaki tua di atas bumbung rumah ke dalam
genggamannya. "Ampun Tok Pawang...," rayu lelaki itu terkial-kial dalam genggaman Pak Tua
Mahat. "Kami takkan melawan Tok Pawang kami nak berlawan dengan orang muda ni!" katanya
masih berkeras mahu menentang Mat Deh. "Kau tak boleh lawan dia, kau takkan menang," kata
Pak Tua Mahat meludah muka lelaki yang sudah tesepit dalam genggamannya. Lelaki tua itu
sudah menjadi kecil seperti anak tikus yang sudah tidak berdaya lagi melawannya. "Aku mau kau
lepaskan Muhis, kalau tidak aku hempaskan kau ke batu...," dia menguatkan genggamannya
menyebabkan lelaki itu terjerit-jerit meronta. "Kami tak tau... lelaki tua itu menangis teresakesak mengharapkan belas kasihan dari Pak Tua Mahat. Ancaman itu sudah tidak dapat
dielakkannya. Dia tidak dapat melepaskan diri setelah Pak Tua Mahat bertindak. Memang dia
mengetahui kemampuannya tidak akan dapat menandingi kebolehan Pak Tua Mahat. Sebab
itulah dari awal lagi dia mencari helah supaya Pak Tua Mahat tidak bertindak terhadap dirinya.
"Cakap...!" suara Pak Tua Mahat bergaung kuat menyebabkan dia menekup telinganya dua belah
tangan. "Lepaskanlah aku dulu...," rayunya terketar-ketar. Pak Tua Mahat melepaskan lelaki tua
itu ke tengah halaman. Tetapi dia mengawasi gerak-geri lelaki itu dengan berdiri meletakkan
rumah tersergam itu di bawah kangkangnya. Tiba-tiba asap berkepul-kepul keluar dari bumbung
atap, tetapi segera dihembus kuat oleh Pak Tua Mahat. Sebaik saja asap itu hilang, rumah yang
tersergam itu juga tersembam ke bumi. Muhis keluar dari runtuhan rumah tersebut dengan
tangan sebelah kirinya dibelit oleh seekor ular besar. Terkial-kial dia cuba mahu melepaskan
tangannya dari belitan ular tersebut, namun cerutan ular berkenaan semakin kukuh. Secepat kilat
pula Mat Deh menyambar Muhis membawanya masuk ke dalam lingkaran silauan cahaya putih
yang mengelilinginya. Sewaktu Muhis ditarik masuk, ular yang membeliti tangannya cuba
menarik keluar hingga terpaksa beregang-regang dengan Mat Deh. Kemudian Mat Deh
meletakkan tangannya pada bahu kiri Muhis lantas dilurutnya ke bawah. Apabila tersentuh saja
tangan Mat Deh kepada tubuh ular yang membaluti tangan Muhis, kepala ular itu cuba
menerkam untuk mematuk tangan Mat Deh. Setiap kali kepalanya cuba mematuk, kepalanya
semakin hangus terbakar apabila menyinggahi silauan cahaya putih yang memagari Mat Deh.
Akhirnya ular berkenaan terpaksa melepaskan belitannya hingga terpelanting berhampiran
dengan kaki lelaki tua yang tercegat di tengah halaman. Sebaik saja ular itu jatuh berlonggok di
kaki lelaki tua itu, kepulan asap berpusar di situ hingga menjelma seorang perempuan muda
memakai pakaian halus seperti sutera. Dia semacam tidak puas hati apabila Muhis terlepas dari
tawanannya. Perempuan muda itu bersama lelaki tadi berlegar-legar di tengah halaman mahu
bertindak balas. Sekali-sekala lelaki tua itu mengerling ke arah Pak Tua Mahat yang tercegat

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

melihat gerak-gerinya, tetapi dia tidak berani bertindak kerana tubuh Pak Tua Mahat dilihatnya
membesar seolah-olah kapalanya mencecah ke awan.
"Tok Pawang jangan campur, biar kami cuba permainan orang muda ni," laung perempuan muda
itu menyatakan rasa tidak puas hatinya. Pak Tua Mahat mengangguk seolah-olah memberi
peluang kepada perempuan muda itu. Bagaimanapun dia menyindir perlahan, "Awak orang
bunian, takkan boleh menentang Mat Deh. Sedangkan awak nak larikan Muhis pun tak dapat,
inikan pula nak berlawan...!" Peluh memercik di dahi lelaki tua itu setelah Pak Tua Mahat dapat
menentukan jenisnya sebagai orang bunian. Apabila asal usulnya sudah diketahui, dia tidak akan
boleh mempertahankan diri. Ketika ini seluruh tubuhnya rasa gementar, tetapi dia cuba berpurapura menunjukkan masih mampu mahu menandingi Mat Deh dan Muhis. Pada mulanya memang
perempuan muda itu mahu melarikan Muhis. Dia tahu Muhis masih mampu bertahan dari
gangguannya namun dia tetap berdegil mahu mengheret lelaki itu. Sukar juga baginya mahu
mengheret Muhis sekalipun dia terus berpaut pada tangan Muhis. "Bangsat kau...!" suara Muhis
mula bergema setelah disedarinya dia terperangkap oleh bunian yang menguasai kebun getah
kepunyaan Haji Mat Deman itu.
Di samping Mat Deh berzikir menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya, Muhis membacakan
Fatihah, 5 ayat terawal dari Surah Al-Baqarah, ayat 163 dan 164 Surah Al-Baqarah, Ayatul Kursi,
ayat 256 dan 257 dari Surah Al-Baqarah. Ketika Muhis membacakan ayat-ayat ini goncangan bumi
semakin kuat menyebabkan lelaki tua dan perempuan muda itu tidak dapat lagi berjejak.
"Teruskan Pak Muhis...," Muhis mendengar Mat Deh menyuruhnya meneruskan bacaan ayatayat tersebut. "Teruskan dengan ayat 284, 285 dan 286 Al-Baqarah, ayat 18, 19 Surah AliImran..." suara Mat Deh mengingatkan dia supaya membacakan ayat-ayat tersebut. Muhis
mematuhi bimbingan dari Mat Deh itu, lantas membacakan ayat-ayat tersebut yang diikutinya
dari mulut Mat Deh sendiri. Setiap kali ayat-ayat itu dibacakan kawasan lapang itu itu semakin
terancam, apabila batu-batu besar dan bola-bola api berterbangan dari segenap penjuru. Lelaki
tua dan perempuan muda itu bertempiaran lari mahu menyelamatkan diri dari terjahan batubatu besar dan bola-bola api. "Aku dah cakap, kau takkan boleh melawannya...," Pak Tua Mahat
berdekah-dekah mengejek lelaki tua itu yang terhuyung-hayang mencari tempat berlindung.
Perempuan muda yang bersungguh-sungguh mahu melawan Mat Deh itu terjerit-jerit meminta
pertolongan dari lelaki tua yang termengah-mengah berlari mencari tempat berlindung.
"Ampun Tok Pawang...," lelaki tua itu melutut di depan Pak Tua Mahat merayu belas kasihan.
"Kenapa kau ganggu anak buah aku?" jerkah Pak Tua Mahat. Lelaki tua itu berpaling ke arah
perempuan muda di sisinya lantas menerkam marah. Asap merah berkepul-kepul keluar apabila
dua lembaga itu bergomol sesama sendiri. Pak Tua Mahat tersenyum apabila mendengar Mat
Deh sayup-sayup melafazkan; innahu Sulaiman wainnahu bismillahhir Rahmannirrahim. Pak Tua
Mahat tahu bahawa Mat Deh sudah menggoda salah satu dari lembaga berkenaan supaya
menyerang antara satu sama lain. "Memang kau lembaga syaitan boleh aku gunakan untuk
menyerang golonganmu sendiri...." bisik Pak Tua Mahat kerana Mat Deh sudah menggunakan
ikhtiar demikian dalam usaha tersebut. Kepulan asap merah itu semakin menebal apabila lelaki
tua itu berlegar-legar mengelakkan serangan dari perempuan muda yang melepaskan beratus6

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

ratus ekor ular untuk memerangkapnya. Lelaki tua itu memusingkan dirinya menjelma menjadi
perempuan muda semula, menyebabkan ratusan ular-ular bisa yang mahu menyerangnya
berpatah balik untuk menyerang perempuan muda yang satu lagi. Mereka berdua bertambah
garang untuk mengalahkan antara satu sama lain, seolah-olah suara Mat Deh yang bergema itu
memaksa mereka berdua saling bermusuhan. Mat Deh dan Muhis yang berdiri di satu penjuru
tidak perlu lagi bertahan dari silauan cahaya putih sewaktu Mat Deh memantapkan zikirnya pada
permulaannya tadi.
Muhis diajarkan oleh Mat Deh supaya membacakan ayat-ayat tertentu dari Al-Quran, sementara
dia sendiri mengawasi dua lembaga perempuan itu berterkaman antara satu sama lain. Satu
lembaga berlegar-legar mahu mengelak dan satu lembaga lagi mencari helah untuk menerkam.
Apabila satu lembaga dapat memerangkap, mereka akan bergomol dengan ganas hingga
mengeluarkan debu merah seperti asap yang berkepul-kepul ke udara. Mereka berdua seolaholah tidak menyedari bahawa perkelahian mereka diawasi oleh Mat Deh, padahal sebelumnya
mereka berdua sama-sama mahu menentang anak muda itu. "Siapa yang niat salah dengan
Muhis, dialah akan musnah...," kedengaran suara Muhis bertempik sambil menghembuskan
rejaman anak panah berapi beratus-ratus dari hembusan mulutnya. Rejaman anak panah itu
menyinggahi belakang lembaga perempuan yang berpaut pada tangan Muhis sebelumnya.
Perempuan muda itu menggeliat-geliat menjerit apabila dua tiga anak panah terlekat di
belakangnya lantas membakar bahagian belakangnya. Dia tergolek ke tanah berpusing-pusing
menjelmakan dirinya menjadi seekor ular seperti di peringkat awalnya. Tetapi perempuan yang
satu lagi segera menghembuskan api kebiru-biruan membakar ular yang bergolek berpusingpusing itu menyebabkan kedengaran jeritan langsing dari nyalaan api tersebut. Sehingga nyalaan
api itu padam, perempuan muda itu masih kebingungan mahu mencari tempat berlindung
setelah rakannya hangus menjadi debu. Dia berlegar-legar mencari jalan mahu berlindung
apabila Mat Deh memulakan azan berulang kali.
"Aku tak mahu lagi kau maharajalela di sini!" bentak Pak Tua Mahat. "Habis, ke mana kami nak
pergi Tok Pawang?" dia mendongak meminta belas kasihan Pak Tua Mahat. "Itu, awak punya
fasal. Tapi aku tak mahu kau bertanah berair lagi di kebun adik ipar aku ni," ujar Pak Tua Mahat
memberi amaran. "Ke mana kami nak pergi Tok Pawang?" ulangi perempuan muda itu terketarketar. "Pergilah kau jauh dari sini...," perintah Pak Tua Mahat lantas menangkap perempuan
muda itu dalam genggamannya. "Kalau kau nak bertanah berair lagi di sini, Muhis dan Mat Deh
akan musnahkan anak cucu kau!" kata Pak Tua Mahat seterusnya mengancam perempuan muda
berkenaan. "Jangan,jangan..Tok Pawang," rayu perempuan muda itu dalam ketakutan
menyelubungi dirinya. Sepantas kilat pula Pak Tua Mahat melontarkan perempuan muda dalam
genggamannya itu jauh ke arah hutan belantara melangkaui bukit-bukau yang menghijau di
sekeliling kampung.
Apabila Pak Tua Mahat kembali sedar dari keadaan dirinya seolah-olah seperti diserkup mimpi
itu, didapatinya dia tersandar pada perdu pokok getah yang terdapat sarang tebuan tergantung
di dahannya. Dia mencepak-cepak bibir memerhatikan sarang tebuan tersebut yang hanya
merupakan bonggol besar sarang kelulut saja. Hujan panas yang turun menyirak-nyirak apabila
7

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

dia sampai ke kebun getah itu sudah tidak ada lagi. Silauan matahari juga memancar condong
dengan bayang-bayang pokok getah semakin redup menandakan Asar sudah pun masuk waktu.
Setelah merasakan tugasnya selesai, Pak Tua Mahat lantas mencapai basikalnya menuju ke
rumah Muhis. Semasa dia sampai di rumah Muhis, jiran-jiran masih ramai menziarahi. Mereka
juga menunggu kepulangan Pak Tua Mahat yang hanya seorang diri saja pergi ke kebun getah
Haji Mat Deman untuk melihat sendiri kawasan yang ditebas Muhis. Mereka tahu mengenai
keistimewaan Pak Tua Mahat. Sebab itulah mereka tidak merasa bimbang membiarkan orang tua
itu seorang diri saja ke tempat itu. Ludin Dobok yang ada bersama menziarahi Muhis juga
menceritakan pengalamannya bersama Pak Tua Mahat semasa anak gadisnya Midah tiba-tiba
saja tersengih-sengih sebaik terpandang seekor ikan haruan yang matanya berkedip.
Ketika ini Ludin Dobok sendiri kebingungan, kerana sewaktu mandi di sungai selepas menimba
lubuk di hujung sawahnya, dia dapat menangkap seekor ikan haruan yang menghambur
berhampiran dengannya. Mata ikan haruan juga berkedip, seolah-olah dia dapat melihat seorang
lelaki teruna terpancar dari kerdipan mata ikan haruan itu. Lelaki teruna itu menuntut untuk
berkahwin dengan anak gadisnya Midah. Apabila Pak Tua Mahat diberitahu, tidak bertangguh
lagi orang tua itu mengajak Ludin Dobok ke hujung sawah di lubuk tempat Ludin Dobok dan
isterinya Hawa menimba ikan. Peristiwa Ludin Dobok mengikut Pak Tua Mahat ke tepi lubuk itu
memang satu pengalaman baru yang belum pernah dirasakannya selama ini. Masih terbayang
oleh Ludin Dobok bagaimana Pak Tua Mahat menghentak kakinya tiga kali ke tanah, tiba-tiba saja
dia tidak melihat lagi lubuk di depannya. Yang dilihat oleh Ludin Dobok hanya tersergam sebuah
rumah besar. Dia terus mengikut saja ke mana dibawa oleh Pak Tua Mahat, sehingga bertemu
seorang lelaki tua berjubah kuning.
Sebaik saja Pak Tua Mahat menaiki tangga rumah Muhis, Ludin Doboklah yang mula-mula
menyambutnya. Dia membongkok bersalam sambil mencium tangan Pak Tua Mahat. "Macam
mana Muhis?" tanyanya kepenatan terus masuk ke dalam mendapatkan Muhis yang masih
terlentang tidak bergerak-gerak. "Macam tadi aje nampaknya Pak Tua," beritahu Senah kian
rusuh melihat keadaan suaminya yang terlentang tidak bergerak. Tangannya masih tergenggam
dalam genggaman Mat Deh. "Tak apa, sabarlah...," beritahu Pak Tua Mahat tersenyum seolaholah memberitahu orang ramai di situ akan kejayaannya. "Minta air sejuk segelas, haus aku ni,"
katanya sambil mengurut-ngurut leher. Senah bangun perlahan menuju ke dapur untuk
mengambil air yang diminta oleh Pak Tua Mahat. "Sejak tadi Ustaz pun macam ni juga Pak Tua,
sama macam Abang Muhis," jelas Ludin Dobok berbisik ke telinga Pak Tua Mahat. "Tak apa...,
Insya Allah, semuanya akan selamat," Pak Tua Mahat mencapai air yang dihulurkan oleh Senah.
Kemudian perempuan itu duduk bertimpuh di hujung kaki suaminya sambil mengerling Pak Tua
Mahat meneguk air sejuk di gelas. Ternyata orang tua tersebut benar-benar kehausan, kerana
sekali gogok saja dia meminum air berkenaan. Selepas saja minum, Pak Tua Mahat menepuk
bahu Mat Deh menyebabkan anak muda itu tergamam seolah-olah dikejutkan sewaktu nyenyak
tidur. Sebaik saja Mat Deh melepaskan tangan Muhis, lelaki itu mula menggeliat-geliat lantas
membuka matanya. "Minta aku air...," keluh Muhis perlahan kehairanan melihat orang ramai
mengelilingi dia. Kemudian dia tersenyum berpaling ke arah Pak Tua Mahat dan Mat Deh. Mereka
bertiga terangguk-angguk, seolah-olah sama-sama menyimpan rahsianya yang tersendiri.
8

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

022. MAYAT DIMANDI BINGKAS BANGUN


KETIKA INI, kubur juga sudah siap digali sebelum masuk waktu Zohor lagi. Mereka sudah
tetapkan, jenazah mesti dikebumikan sebelum waktu Zohor disebabkan sudah lama semalaman
terbujur. Siak Deraman tidak mahu melambat - lambatkan mengebumikan jenazah setelah
beliau diberitahu Mat Senik sudah meninggal dunia selepas Maghrib. Semalaman pula mereka
berjaga bersengkang mata membacakan ayat - ayat suci Al-Quran di sisi jenazah secara bergilir gilir.
Mereka semua mematuhi arahan Siak Deraman supaya jenazah Mat Senik dikebumikan dengan
segera. Apalah gunanya menunggu hingga selepas waktu zohor kalau mahu kebumikan jenazah,
dalam masa kubur sudah siap digali. Sebaik sahaja diberitahu supaya menggali kubur, lantas Surip
Lekeh pagi - pagi lagi sudah menggalas cangkul dengan penyodok ke tanah perkuburan. mereka
seisi kampung mesti bergotong-royong menggali kubur apabila diberitahu ada orang yang
meninggal dunia.
Di kampung mereka tidak wajar menerima upah menggali kubur. Seisi kampung tetap bergotong
royong kerana mereka hidup sudah macam sebuah keluarga. Lagi pun masing - masing memang
mempunyai talian kekeluargaan, sekali pun tidak dekat sangat namun masih juga berkeluarga
bau - bau bacang.
Sebab itu mereka seisi kampung berkumpul di rumah Mat Senik setelah diberitahu lelaki itu
sudah meninggal dunia. 3 hari berturut - turut Mat Senik terkejang tidak sedarkan diri selepas
ditimpa rumah runtuh tatkala sedang bertukang. Tiba - tiba sahaja rumah yang sudah ditegakkan
tiang, runtuh semasa Mat Senik sedang memanjat kasau mahu menaikkan atap. Dia jatuh
terperosok di bawah timbunan kayu - kayu rumah yang tersembam hingga bertupang tindih.
Terpaksa pula Alang Kiman meminta bantuan jiran - jiran untuk mengeluarkan Mat Senik dari
bawah timbunan kayu - kayu rumah. hairan juga Alang Kiman yang mengupah lelaki itu
bertukang, bagaimana rumah yang sudah siap ditegakkan boleh runtuh. Lain lah kalau Mat Senik
baru belajar bertukang hingga tidak tahu pasak dan sendal. tukang berpengalaman macam Mat
Senik tentu mahir dengan pasak dan sendal biar rumah tidak goyah sekali pun dirempuh angin
kencang.

Hampir 1 jam juga mereka bertungkus lumus mengeluarkan Mat Senik dari bawah timbunan
kayu jongkang kalang. Sebaik sahaja ditarik keluar, memang Mat Senik sudah tidak sedar apa apa lagi. Ombak dadanya sahaja yang turun naik dengan tubuh tidak bergerak apa - apa lagi.
Kejadian yang berlaku bertahun - tahun dahulu ini memang tidak ada sesiapa pun yang terburu buru untuk membawa Mat Senik ke hospital. Lagi pun ketika itu siapa pun tidak peduli sangat
dengan hospital yang jauh di bandar itu.
Kalau mahu ke hospital tentu terpaksa berjam - jam menunggu sampan mahu menyeberang
sungai. Kemudian jenuh pula harapkan ada kereta yang boleh membawa Mat Senik ke hospital.

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

Kalau ada kereta pun, tidaklah sama dengan kereta sekarang yang boleh memecut laju di atas
jalan yang diturap baik - baik itu.
Sebab itu Siak Deraman bersetuju meminta Pawang Jimin sahaja merawat abangnya biar pulih
semula. terpaksa pula Pawang Jimin kibas dengan kain hitam panjang sedepa hingga 3 petang
berturut - turut. Dia juga telah memandikan Mat Senik dengan air kelapa muda biar bisa - bisa
di dalam tubuh alah selepas disimbahkan dengan air kelapa muda berkenaan.
Tetapi Mat Senik terkejang juga dengan tidak membuka mata langsung. isterinya, Mayah sudah
tidak lekang punggung duduk disisi suaminya menahan kesedihan yang menusuk. Dia sudah
ingatkan Mat Senik supaya tidak gagahi bertukang apabila dia mengadu tidak sihat badan. Sejak
bangun pagi lagi, Mat Senik merasakan sendinya lenguh - lenguh lantas beliau pun meminta
anaknya, Selidah supaya dapat pijakkan belakangnya.
Gadis kecil yang berumur 10 tahun itu tidak membantah apa -apa. Dia akan pijakkan belakang
ayahnya setiap kali ayahnya berasa lenguh - lenguh badan. Asal sahaja balik dari bertukang
rumah, disebelah malamnya sebelum merebahkan kepala ke bantal, nescaya Mat Senik akan
menyuruhnya pijakkan belakang. Selepas Selidah pijakkan belakang, Mat Senik akan terasa segar
semula.
" Kalau demam buat apa bertukang! " gerutu Mayah mendesak suaminya supaya berehat sahaja
di rumah. " lagi pun bukannya boleh kaya cepat takat bertukang rumah " sengaja Mayah
menyindir Mat Senik yang berkeras juga mahu turun bertukang.
" Alang Kiman nak cepat siapkan rumahnya " beritahu Mat Senik sewaktu menuruni tangga. "
Dia nak siapkan sebelum kenduri nikah anaknya " jelasnya disebabkan beliau sudah berjanji
dengan Alang Kiman yang rumah itu mesti ditegakkan cepat.
" Awak tu demam, takkan dia nak paksa juga! " mayah tetap tidak mahu suaminya terus berdegil
bertukang rumah dalam keadaan tidak sihat badan itu.
" Ini perkara janji, bukannya paksa atau tidak " sahut Mat Senik mengingatkan isterinya supaya
tidak mengesyaki Alang Kiman yang memaksanya minta siapkan juga bertukang rumah.
Tatkala dia jejakkan kaki di rumah Alang Kiman pun, lelaki itu juga menyuruhnya supaya berehat
sahaja sekiranya tidak sihat badan. Perkara rumah mesti disiapkan sebelum kenduri kahwin
anaknya tidaklah penting sangat bagi Alang Kiman. Dia sekadar harapkan rumah yang baru dibina
itu siap menjelang hari perkahwinan anak gadisnya. Dan jika tidak sempat disiapkan oleh Mat
Senik pun, dia tidak memaksa apa - apa.
Tetapi Mat Senik tidak mahu memungkirkan janji. dia sudah berjanji mahu siapkan rumah
berkenaan sebelum majlis kahwin anak gadis Alang Kiman, sebab itu dia tetap berkeras mahu
teruskan bertukang. Biarlah demamnya mengganggu hingga sengal - sengal badan. Asal sahaja
sudah memanjat tiang sampai berpeluh badan, nescaya demamnya akan hilang serta merta.
10

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

Tahu sangat Mat Senik bahawa badan tengah sengal - sengal tidak boleh ikutkan sangat hati yang
malas. Sudah tentu kerja tidak akan selesai sampai bila - bila pun kalau harapkan tenaga sentiasa
sihat. Sekiranya demam berterusan dia akan bertukang secara ala kadar sahaja, asalkan kerjanya
beransur siap.
Siapa pun tidak boleh menghalang dia terus bertukang dalam saat demamnya mengganggu.
Mudah sahaja hati Mat Senik tersinggung kalau mereka menuduh dia sengaja berdalih apabila
diberitahu badanya demam berhari - hari. Apa lagi sekiranya kerjanya tergendala sampai rumah
mereka lambat disiapkan, sudah tentu mereka akan menuduhnya tidak mampu bertukang rumah
ikut jadual yang ditetapkan.
Semasa Mat Senik memanjat ke kepala tiang, dia tahu kasau sudah pun dipaku kukuh. Pasak
tiang juga sudah disendal kuat supaya tidak goyah sekali pun dirempuh oleh kerbau yang sedang
terluka. Dia sudah susun atap rembia pada alang tiang biar mudah untuk dinaikkan nanti. Siapa
pun tidak perlu membantunya apabila bertukang rumah. Apa sangat dengan ikatkan atap pada
kasau, dia seorang sahaja pun boleh lakukannya.
Dalam masa Mat Senik sedang mendongak mahu ikatkan atap rembia berkenaan pada kasau,
dia terasa rumah berkenaan bergegar kuat. Tatkala dia memerhatikan ke bawah, lantas sahaja
Mat Senik ternampak lembaga besar sedang terbongkok - bongkok menyungkit tiang rumah.
Belakang lembaga itu berbonggol laksana lembu jantan tengah naik badan.
Marah benar Mat Senik apabila rumah itu bergoyang - goyang akibat pangkal tiangnya disungkit
lembaga besar belakang berbonggol itu. Lantas Mat Senik pun melontarkan tukul besi sehingga
tukul itu menyinggahi kepala lembaga itu. Tetapi lembaga itu tidak peduli apa - apa sekali pun
tukul besi memukul kuat ke kepalanya.
" Hoi! awak nak cari geruh aku ke? " bentak Mat Senik sambil mencemikkan mukanya disebabkan
lembaga itu masih terbongkok - bongkok menyungkit kaki tiang rumah tersebut.
Tersengih - sengih sahaja lembaga besar belakang berbonggol itu sambil mengerling kepada Mat
Senik yang sedang berpaut pada kasau itu. Kemudian dia memberi isyarat kepada Mat Senik
supaya terjun dari kepala tiang. Dia juga tidak membenarkan Mat Senik untuk meneruskan
bertukang kerana mengatakan rumah berkenaan masih belum disimah dengan darah ayam
selasih lagi.
Semenjak turun temurun memang Mat Senik akan simah tapak rumah dengan darah ayam
selasih sebelum menegakkan tiang rumah itu. Ayahnya, arwah Tukang Lamin juga tidak pernah
biarkan tapak rumah baru tidak disimah darah ayam selasih setiap kali diminta bertukang. Kalau
tegakkan rumah tiang 9, semua kepala tiang akan dibungkus dengan kain putih. Perabung rumah
pula akan diikat dengan kain merah dan kain hitam biar sampai rumah didirikan siap tersergam.
Memang tukang Lamin sudah ingatkan Mat Senik mengenai pantang larang bertukang rumah
sebaik sahaja perkakas bertukang diturunkan kepadanya. Bukan mudah mahu gunakan pahat
11

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

mahu menebuk lubang tiang biar rasuk pelantar boleh kukuh tersendal, kalau tidak diseru segala
pawang bertukang membantu sama.
Tetapi Mat Senik tidak peduli sangat dengan pantang larang arwah ayahnya, Tukang Lamin . Dia
akan tegakkan juga rumah dengan tidak payah bertepung tawar dan tidak perlu bersimah dengan
darah ayam selasih. Sudah banyak kali dia tegakkan rumah baru dengan tidak pernah mematuhi
pantang larang berkenaan setiap kali bertukang.
" Kenapa kamu tak bersimah dengan darah ayam selasih? " jerkah lembaga besar berbonggol
belakang sambil menjegilkan mata.
" Awak ni siapa? berani nak perintah aku! " sahut Mat Senik mengejeknya lantas mengisar duduk
apabila bertinggung di atas palang kepala tiang.
" Wah! nak tunjuk keras kepala nampaknya! " semakin marah lembaga besar itu lalu terus
menyungkit kaki tiang rumah.
Belum sempat Mat Senik membacakan surah al fatihah, rumah berkenaan tiba - tiba sahaja
runtuh tersembam. Dia pun jatuh terperosok di bawah timbunan kayu jongkang kalang itu. Ketika
ini memang Alang Kiman nampak Mat Senik merungut - rungut sendirian sebelum jatuh
melayang bersama dengan rumah yang baru dibina itu runtuh sekali gus.
Cepat - cepat Alang Kiman mahu bongkarkan kayu yang jongkang kalang itu, tetapi bukan mudah
mahu mengangkat tiang sebesar pokok sepemeluk yang telah siap dipahat itu. Masakan dia boleh
mengeluarkan Mat Senik dari bawah timbunan kayu - kayu rumah runtuh itu, kalau takat
harapkan tenaga dia dan isterinya, Utih Rimah.
Sebab itulah jiran - jiran segera diberitahu. Tatkala Siak Deraman bersama Surip datang
menjengah, Mat Senik masih lagi terhimpit di bawah timbunan kayu - kayu yang jongkang kalang.
Terpaksalah dialihkan kayu secara satu persatu yang banyak bertimpa - timpa itu biar Mat Senik
boleh ditarik keluar.
Setelah seisi kampung diberitahu mengenai Mat Senik dihempap dengan kayu - kayu rumah yang
tengah dibina, barulah mereka semua dapat mengangkat tiang - tiang yang tumbang bertimpa timpa itu. Tatkala Mat Senik dikeluarkan dari bawah timbunan kayu - kayu yang jongkang kalang
itu, dia sudah tidak sedar apa -apa lagi. segera Siak Deraman meminta jiran - jiran supaya
usungkan abangnya balik ke rumah.
Disebabkan Mat Senik tidak sedar apa - apa, memang tiada siapa lagi yang boleh diharapkan
selain daripada Pawang Jimin . Tentu Pawang Jimin tahu bagaimana mahu memulihkan Mat
Senik yang terkejang laksana mayat terbujur itu. 3 hari Pawang Jimin kibaskan dengan kain
hitam, tetapi keadaan Mat Senik masih juga terkejang tidak bergerak apa - apa. Sebab itulah Siak
Deraman meminta bacakan surah yassin sahaja secara beramai - ramai.

12

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

Dalam masa mereka sedang membacakan surah yassin itulah, Mat Senik tiba - tiba saja kaku
tidak berombak - ombak lagi dadanya. Setelah dicekak nadinya oleh Siak Deraman, memang
sudah tidak berdetak lagi. Lantas sahaja dia membujurkan tubuh abangnya dibawah bumbung
rumah dengan menuturkan perlahan : " inna lillahi wa-inna lillahhi raji'un ".
Sebak juga dada Mayah pabila kenangkan suaminya ditimpa rumah hingga terkejang menjadi
mayat. Tahu sangat dia fasal suaminya berdegil tidak mahu mematuhi pantang larang arwah
ayahnya apabila mahu bertukang rumah. Dia tidak akan menepung tawar tapak rumah hinggalah
disimah dengan darah ayam selasih terlebih dahulu.
Pahat peninggalan ayahnya juga telah tidak diasapkan dengan kemenyan setiap kali mahu
memulakan kerja bertukang rumah. Memang tidak sama cara Mat Senik dengan arwah ayahnya
yang pegang kukuh - kukuh pantang larang berkenaan. Sebaik sahaja diminta bertukang rumah,
nescaya Tukang Lamin akan asapkan pahat dengan kemenyan. Tidak ada sesiapa lagi yang berani
mengganggu setelah bisa pahat berkenaan diseru biar mudah ditusuk pada kepala tiang.
Sebab itu Tukang Lamin akan balut kepala tiang dengan kain putih biar bisa pahat tidak memberi
mudarat pada tiang yang ditusuk itu. tentu kepala tiang tidak akan mudah reput akibat terkena
bisa pahat berkenaan. manalah Mat Senik tahu mengenai petua tukang rumah sejak turun
temurun kalau beliau sekadar belajar kemahiran bertukang semata - mata.
Siapa lagi yang boleh menandingi Tukang Lamin kalau mengukir pintu atau daun tingkap?.
Kadangkala dia akan ukir juga rasuk pelantar apabila diupah siapkan rumah yang besar
tersergam. Memang Tukang Lamin lah yang diharapkan oleh orang - orang kaya untuk
mendirikan rumah yang berukir - ukir hingga amat mempesonakan. Sebab itu pahat yang
digunakan oleh Tukang Lamin mesti diasapkan dengan kemenyan apabila mahu memulakan
kerja bertukang rumah.
Tetapi Mat Senik tidak peduli sangat dengan petua yang diturunkan oleh arwah ayahnya. Perkara
bertukang rumah bukanlah diharapkan sangat oleh Mat Senik . Kalau tidak disebabkan orang orang kampung mendesak, memang dia tidak akan bertukang rumah sangat. Biarlah dia
menggalas tajak mencebak tanah sawah.
" Sudah sampai waktunya " keluh Siak Deraman meminta kakak iparnya supaya bertenang sebaik
sahaja jenazah Mat Senik dibujurkan.
" Tak dapat diundurkan walau sesaat pun, tak dapat juga didahulukan " bisiknya menahan pilu
yang menusuk perasaan.
Semalaman itu pula mereka semua bercekang mata membacakan al quran di sisi jenazah Mat
Senik yang terbujur itu. sebaik sahaja pagi mula cerah melayah, Surip Lekeh pun bersetuju untuk
menggalikan kubur bersama jiran - jiran yang lain yang mahu uruskan bahagian penggalian kubur.
Mereka yang uruskan membuat usungan segera menetak buluh dan pelepah rembia.
Seisi kampung sudah diberitahu mengenai kematian Mat Senik , yang juga seorang guru
membaca muqaddam. Budak - budak yang belajar mengaji muqaddam berkumpul disisinya sejak
13

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

pagi lagi untuk membacakan muqaddam, sementara orang yang lebih tua masing - masing
menyediakan urusan pengebumian. Sebelum matahari tegak di kepala, Siak Deraman telah
diberitahu bahawa persiapan sudah sempurna untuk mengebumikan jenazah.
Ketika ini tidak bertangguh lagi Siak Deraman pun segera memerintahkan supaya jenazah
abangnya dimandikan. Mereka pun sama - sama mengusung jenazah ke tengah rumah dengan
mengopakkan lantai rumah supaya mudah jiruskan air. Semasa Siak Deraman hampir selesai
memandikan mayat itulah tiba - tiba sahaja mereka melihat jari jenazah Mat Senik bergerak gerak.
Cepat - cepat Alang Kimin menepuk bahu Siak Deraman apabila mereka yang berkeliling
memandikan jenazah sudah mula berundur ke belakang. Masing - masing mula bergerak mahu
terjun ke tanah kerana bimbang jenazah Mat Senik akan bingkas bangun. Kalau tidak disebabkan
Siak Deraman masih tercegat berdiri disisi jenazah abangnya, nescaya mereka tidak bertangguh
terjun ke tanah.
" Hiss, apa pula halnya ni? " serba salah juga Mayah apabila melihat mereka yang memandikan
jenazah berundur dengan cemas.
" Jari Mat Senik bergerak - gerak " gerutu beberapa orang yang sudah bersiap sedia mahu terjun
di tingkap rumah.
" Mayat takkan boleh bergerak lagi!! " salah seorang yang berundur ke serambi pula
memberitahu mereka berceratuk di tengah halaman rumah pula.
Serentak dengan itu, seisi rumah menjadi gempar apabila diberitahu yang jenazah Mat Senik
sudah bingkas bangun. Sekiranya waktu itu tengah malam ketika jenazah Mat Senik
menggerakkan jari, memang tidak ada sesiapa pun yang akan bertahan di situ. Disebabkan ia
waktu siang dan belum pun pukul 11 pagi, maka mereka tidaklah terbebar sangat. Setidak tidaknya Siak Deraman
juga tidak berganjak berhadapan dengan jenazah yang sedang
dimandikan itu.
Tidak lama selepas jari jenazah Mat Senik bergerak - gerak, lantas tangannya pula bergerak gerak bagaikan mahu mencapai sesuatu. Kemudian dia mengagaru - garukan siku lalu terus
terbersin perlahan. Cepat - cepat Siak Deraman berlutut disisi jenazah abangnya mahu
memastikan sama ada mayat atau Mat Senik yang bingkas bangun itu.
" Kenapa pula orang ramai hadap aku ni? " tercengang - cengang Mat Senik apabila dia duduk
termengah - mengah.
Tetapi Siak Deraman tidak menyahut. Segera dia papah semula Mat Senik ke tempat tidur
disebabkan tenaganya masih lemah. Memang terkejut mereka yang berkumpul dirumahnya
apabila diberitahu bahawa Mat Senik yang sudah terkejang mati itu, tiba - tiba sahaja bingkas
bangun.
14

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

" Kami sangka awak sudah meninggal " beritahu Alang Kimin serba salah apabila didesak oleh
Mat Senik supaya menceritakan hal yang sebenarnya ramai saudara berkumpul di rumahnya.
Menggeleng kepala Mat Senik sambil beristighfar. Di dalam keadaan lemah itu segera Mayah
menyudukan bubur ke mulutnya setelah 3 hari dia tidak menjamah sebarang makanan. Memang
Mat Senik juga tidak menyangka bahawa keadaan dirinya sudah dianggap mati oleh sanak
saudaranya. Dia sendiri tidak tahu apa - apa setelah tiang rumah yang sedang didirikannya itu
disungkit oleh lembaga besar belakang berbonggol itu.
Ketika ini Surip Lekeh yang mengetuai kerja menggali kubur juga sudah diberitahu mengenai Mat
Senik yang disangka sudah mati itu bangun semula. Sekali pun Mat Senik masih di dalam
keadaan lemah, tetapi tubuhnya tidak cedera apa - apa akibat dihempap oleh kayu - kayu rumah
yang jongkang kalang itu.
" Kalau begitu, kubur yang sudah siap digali kena ditanamkan dengan batang pisang " ujar Pawang
Jimin mengingatkan Surip Lekeh supaya mengambuskan tanah kubur mesti diisi liang lahadnya.
Tidak boleh liang lahad dibiarkan kosong setelah siap digali. Tahu sangat Pawang Jimin mengenai
pantang larang sejak turun temurun itu.
Petaka akan menimpa seisi kampung sehinggalah 7 hari berturut - turut orang meninggal dunia
akibat tanah kubur dikecewakan. Pawang Jimin tetap ingat pesanan arwah datuknya, Pawang
Manuk apabila kubur siap digali tetapi jenazah tidak dikebumikan.
Tiba - tiba sahaja Itam Damat yang disangkakan mati, bingkas bangun tatkala kubur sudah siap
digali. Seisi kampung menyangkakan Itam Damat sudah terkejang mati setelah ditemui tidak
sedarkan diri sambil tersandar pada pokok leban apabila balik dari berburu di hutan. Memang
Itam Damat pergi berburu tidak pernah mengajak kawan - kawan disebabkan kegemarannya
bersendirian sahaja.
Sehari semalaman dia tidak balik ke rumah, segera orang - orang kampung jejaki dia ke hutan.
Tatkala ditemui, beliau tersandar di perdu pokok leban sambil tercangkung memeluk tombaknya.
lantas Pawang Manuk pun diberitahu mengenai Itam Damat sudah ditemui tidak sedarkan diri
semasa berburu di hutan.
Belum sempat Pawang Manuk kibas dengan kain hitam untuk 3 petang berturut - turut, dia sudah
diberitahu bahawa Itam Damat sudah meninggal dunia. Dalam masa orang - orang kampung
bersiap - siap untuk mengebumikannya, tiba - tiba sahaja Itam Damat menarik kain selubungnya.
dia terus terkuap - kuap laksana bangun dari tidur sahaja, lalu terus turun ke telaga untuk
berkumur - kumur. memang dia tidak mempedulikan sangat mengenai jiran - jirannya yang
sedang bersiap - siap untuk mengebumikan jenazahnya itu.
Sebaik sahaja naik ke atas rumah, lantas sahaja Itam Damat meminta isterinya siapkan sarapan
minum paginya. terkejut benar Itam Damat apabila isterinya memberitahu bahawa dirinya sudah
dikatakan terkejang meninggal dunia. Ketika itu barulah dia memberitahu Pawang Manuk
15

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

bahawa dirinya sudah tersesat jalan di dalam hutan hingga meranduk kawasan yang penuh sesak
dengan rumpun buluh. Di mana - mana sahaja rumpun buluh bertaup rapat hingga dia tidak dapat
menemui jalan keluar. Semakin jauh dia melangkah, hutan buluh bertambah luas laksana lautan
terbentang.
Terpaksa pula dia mencari lorong di celah rumpun buluh berkenaan. setelah puas mencari jalan
keluar, akhirnya Itam Damat sudah sampai dihalaman sebuah rumah yang diperbuat daripada
buluh yang tumbuh merimbun itu. Tatkala dia sedang terpinga - pinga itu, dia telah mendengar
bunyi siut buluh bergesel ditiup angin lalu tiba - tiba muncul seorang perempuan tua yang
menggerbang rambutnya dari muka pintu.
Lantas dia pun memujuk perempuan tua itu supaya menunjukkan jalan balik kepadanya. namun
perempuan tua itu berkeras tidak mahu menunjukkan jalan keluar kepadanya disebabkan Itam
Damat sudah menceroboh tempatnya. Disebabkan itu marah benar Itam Damat apabila
diperdayakan sedemikian. Ketika dia menghentakkan tumit ke tanah terus dia membacakan : "
qaulan wafi'lan inna bathsyo rabbika lasyadidun wallahu min-waro-ihim muhidz, balhuwa quranun majidun fi-lohim mahfoz, summum bukmum 'umyum fahum layarji'un, summum bukmum
'umyum fahum laya'qilun, summum bukmum 'umyum fahum layatakallamun, summum bukmum
'umyum fahum layobsirun ".
Sekali gus angin pun bertiup kencang hingga banyak rumpun buluh yang tercabut tidak
bertampan. Menjadi gerun perempuan tua itu apabila rumahnya juga telah diserbu angin
kencang tersebut hingga menyebabkannya terpaksa berpaut pada jenang pintu. Berbuai - buai
perempuan tua itu itu bergayut akibat kakinya telah terangkat dielus angin bagaikan kain
tersangkut yang berayun - ayun.
Merungut - rungut perempuan tua itu marah kerana menyangka Itam Damat mudah
diperdayakan. Sebaik sahaja angin kencang reda, lantas sahaja menjelma lelaki besar laksana
gajah terconggok. Itam Damat dapat melihat belakang lelaki itu berbonggol - bonggol apabila dia
berjalan terjengket - jengket.
Lantas lelaki bongkok itu pun membentak marah kepada perempuan tua kerana mencuba
hendak menguji Itam Damat . Dia memberi isyarat kepada perempuan tua itu supaya masuk ke
dalam rumah dan tidak lagi menjengah di situ. Sebaik sahaja perempuan tua itu hilang di balik
pintu, segera lelaki bongkok bertubuh besar itu mengajak Itam Damat supaya duduk.
Tetapi Itam Damat tidak mahu menerima pelawaan lelaki berkenaan. dia ingatkan lelaki itu
supaya menunjukkan jalan keluar kepadanya dengan tidak bertangguh. Terpaksalah lelaki
bongkok itu mematuhi kemahuan Itam Damat itu. Memang Itam Damat dapat merasakan dia
melihat lorong di celah - celah rumpun buluh yang terus sahaja mengarah ke halaman rumahnya.
Tatkala kakinya melangkah mahu menaiki tangga rumahnya, dia merasakan ada kain selubung
yang menyerkupnya.

16

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

Sebaik sahaja dia membuangkan kain yang menyerkup mukanya itu, Itam Damat mendapati dia
sedang terbaring bagaikan mayat sedang dibujurkan. Ketika bingkas bangun inilah, Itam Damat
telah terkuap - kuap akibat letih disamping keletihan kerana lama sangat tersesat di tengah
rumpun buluh. Sebab itu dia berasa hairan apabila diberitahu sudah terbujur menjadi mayat
sejak semalaman.
Apabila Itam Damat yang sudah disangkakan mati itu kembali bangun dalam keadaan sihat,
orang - orang kampung segera mengambuskan semula tanah kubur yang sudah digali itu tanpa
disumbatkan dengan batang pisang sebagai ganti. Belum pun menjelang petang, tiba - tiba sahaja
Usin Kaduk meninggal dunia akibat jatuh tangga tatkala menyerbu ayam yang sedang mematuk
padi jemurannya. marah benar Usin Kaduk disebabkan ayam - ayam itu tetap tidak berundur
apabila beliau menghalaunya dari tepi tingkap. lantas sahaja Usin Kaduk mahu terjun ke tengah
halaman yang menyebabkan kakinya tersandung pada bendul.
Sekali gus pula dia terhumban ke kaki tangga dengan rusuknya tersendal pada anak tangga. dia
tidak boleh bergerak sehingga sesak nafas tercungap - cungap. terpaksa pula isteri dan anak anak memapahnya naik ke atas rumah dalam keadaan lemah tidak bertenaga. tidak lama selepas
itu pun Usin Kaduk terkejang tidak bernyawa sebelum sempat Pawang Manukdipanggil untuk
menjampikan.
Selepas kematian Usin Kaduk , 7 orang penduduk kampung telah meninggal dunia secara
berturut - turut dalam masa seminggu. setelah kematian 7 orang secara berturut - turut itulah
Pawang Manuk tidak semena - mena telah bermimpi melihat jelmaan lelaki tua yang berjubah
putih. lantas jelmaan lelaki tua itu telah mengingatkan dia supaya tanamkan batang pisang
setelah kubur digali tidak dikebumikan dengan mayat yang terbujur.
" Jangan biarkan tanah kubur tak diisi " beritahu Pawang Jimin setelah kubur telah siap digali
tetapi Mat Senik yang disangkakan mati bingkas bangun semula. segera dia menyuruh Surip
Lekeh tetakkan batang pisang lalu dimasukkan ke dalam liang lahat untuk menggantikan jenazah
yang tidak jadi dikebumikan.
Tatkala mereka sedang mengheret batang pisang itu, Siak Deraman diberitahu bahawa Aki Lagah
pula yang meninggal dunia setelah lama terkejang sakit. mereka semua memang tahu Aki Lagah
yang sudah berusia hampir 100 tahun sudah berbulan - bulan terkejang sakit akibat terlalu tua.
Dia sudah tidak mampu lagi bergerak disebabkan kakinya sudah terlalu lemah dan tidak boleh
dijejakkan lagi.
Tidak hairan sangat pada mereka apabila diberitahu bahawa Aki Lagah meninggal dunia setelah
lama terkejang sakit. setelah diberitahu bahawa Aki Lagah meninggal dunia, segera Siak
Deraman beritahu tidak payahlah dikambus tanah kubur yang sudah siap digali itu. mereka
sekadar perlu mengukur baik - baik jenazah Aki Lagah supaya sesuai dengan kubur berkenaan.
" Tak ada apa - apa kejadian ganjil selepas Aki Lagah dikebumikan, ustaz " jelas Mat Senik yang
menuturkan secara perlahan dalam suara yang lemah akibat terlalu uzur. Dia tetap kenangkan
kejadian dia disangka sudah meninggal dunia hingga digali kubur bertahun - tahun dahulu.
17

TOK AWANG NGAH

Memang Siak Deraman


menimpa abangnya itu.

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

sendiri yang memberitahu kepada saya mengenai kejadian yang

Tetapi Mat Senik tidak tahu apa - apa setelah dia terhumban hingga ditindih dengan kayu rumah
yang runtuh itu. dia hanya sekadar ingat lembaga besar belakang berbonggol itu yang
menyungkit kaki tiang hingga rumah berkenaan terbalik runtuh. Kalau dia sempat melompat
turun, memang Mat Senik tidak akan mengalah. Bila - bila sahaja dia akan mencekak tengkuk
lembaga bertubuh besar umpama gajah itu sekali pun terpaksa bergelut berhempas pulas.
"Dah lama benar kejadian itu berlaku, ustaz " beberapa kali Siak Deraman beristighfar
disebabkan dia sendiri yang sedang memandikan jenazah ketika itu. " Tapi, Abang Senik sekarang
ni memang sakit " ujarnya setelah diberitahu mengenai abangnya terkejang sakit sudah
berminggu - minggu.
Bimbang juga anaknya, Andak Kasim jika kejadian yang berlaku bertahun - tahun dulu terhadap
ayahnya akan berulang kembali. Sebab itu dia desak saya datang menjengah tatkala ayahnya
sudah terkejang sakit sehingga berminggu - minggu. Manalah tahu kalau sakit terkejang itu
sekadar mahu mengelirukan mereka sekeluarga.
"Siak Deraman pun berpengalaman, tentu dia lebih tahu " tutur saya sambil mengerling kepada
Siak Deraman . Dalam wajahnya yang sudah dimamah usia itu, Siak Deraman tetap tenang
mendesak abangnya supaya berzikir mengingatkan Allah yang maha mengetahui segala yang
nyata dan yang tersembunyi.

18

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

023. DENDAM KHADAM MINYAK SENYONYONG


MEMANG USIANYA Hampir 100 tahun ketika Aki Lagah meninggal dunia. Tetapi seisi kampung
telah menganggap Aki Lagahhseolah - olah telah bertukar nyawa dengan Mat Senik yang sudah
disangkakan mati, tetapi bingkas bangun tatkala tengah dimandikan. Dalam masa orang - orang
kampung mahu mengambuskan tanah kubur yang digali digantikan dengan batang pisang, tiba tiba sahaja pula mereka telah diberitahu mengenai kematian Aki Lagah.
Lantas Siak Deraman telah mengingatkan mereka semua bahawa perkara bertukar nyawa
sekadar anggapan mereka sahaja. Masakan sesiapa boleh menentukan perkara yang hanya ada
di dalam pengetahuan Allah Azzawajala. Tentu abangnya, Mat Senik masih belum mati semasa
mereka bujurkan tubuhnya semacam mayat terkejang tetapi sekadar keadaannya seolah - olah
sudah meninggal dunia.
Manakala Aki Lagah pula sudah lama benar terlantar akibat usianya sudah terlalu tua. tatkala
usianya sudah 90 tahun pun, Aki Lagah tetap berkeras juga mahu berkahwin lain disebabkan
isterinya Uda Selibah sudah bertahun - tahun meninggal dunia. Sepi sangat dia tinggal
berseorangan setelah anak - anak jarang menjengahnya di rumah. Mat Senik lah satu - satunya
yang mahu bantu dia apabila dia mahu berkahwin dengan Tikmah yang sudah lama menjanda
itu.
Tidak membantah pun Tikmah apabila dia dilamar oleh Aki Lagah sekali pun dia tahu jarak umur
mereka terlalu jauh berbeza. Apalah sangat Tikmah peduli dengan umur Aki Lagah yang sudah
menjangkau 90 tahun, kalau dibandingkan dengan tubuhnya yang masih gagah mencebak tanah
di kebun. Kulit lengannya juga masih belum kendur bagaikan lelaki yang perkasa. Sebab itu
Tikmah percaya Aki Lagah mampu melindungi dirinya yang baru berumur dalam 30 an itu.
" Tak siapa nak jengah aku kalau sakit pening, Senik " ujar Aki Lagah yang meluahkan rasa sepi
dihatinya tatkala memberitahu Mat Senik hasratnya mahu meminang Tikmah.
" Aki berkenan dengan budak Tikmah ke? " sengaja Mat Senik mahu menduga hati orang tua itu.
" Kamu nampak tak ke muda sangat kalau dibandingkan dengan aku? " tersengih - sengih Aki
Lagah kerana bimbang Mat Senik akan mengejeknya.
" Perkara jodoh bukan boleh banding dengan umur, Aki " beritahu Mat Senik seolah - olah
bersetuju dengan keputusan Aki Lagah itu.
" Sudikah Tikmah tu menerima, kalau aku minta dia? " bimbang juga Aki Lagah sekiranya janda
berkenaan menolak lamarannya.
Malu juga Aki Lagah sekiranya Tikmah menolak disebabkan belum pernah lamaran dia ditolak
oleh sesiapa pun. Setelah beberapa kali menduda, memang hampir 20 kali juga Aki Lagah

19

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

berkahwin lain sekali pun jodohnya tidaklah berpanjangan. Tetapi anaknya tidaklah ramai sangat
setelah beberapa kali berkahwin.
Tersenyum Mat Senik apabila Aki Lagah sengaja merendahkan diri tatkala berhasrat mahu
meminang Tikmah. Tahu sangat dia mengenai kebolehan Aki Lagah apabila hatinya mula terpikat
dengan seorang perempuan dimana - mana pun. Kadangkala diketuknya sahaja jari pada bendul,
nescaya perempuan berkenaan akan mengerling ke arahnya. Asal sahaja perempuan itu melirik
senyum, nescaya Aki Lagah sudah dapat membaca isi hatinya.
Masakan Tikmah mahu membantah sekiranya Aki Lagah sudah membuka mulut mahu
melamarnya. memang Mat Senik tahu mengenai minyak senyonyong yang disimpan oleh Aki
Lagah akan diasap dengan kemenyan apabila dia terpikat dengan anak gadis sekali pun. Tatkala
botol minyak diasap dengan kemenyan, dia akan bacakan sebanyak 7 kali : " Hai insan wahdi
insan, hai wahdi mani maknikam, aku tahu asal kau jadi si anu, rusuk kiriku asal kau jadi, masuk
kau ke batang tubuh aku, kembali kepada si anu, berkat huuu.... ".
Sekiranya minyak di dalam botol berbuih bagaikan dipusar angin, Aki Lagah tahu jiwa perempuan
berkenaan tengah bergelora. KetIka ini dia akan menepuk bantal 3 kali, kemudian akan
dilambungkan ke udara 7 kali berturut - turut. Dia akan memerhatikan bantal berkenaan jatuh,
sama ada menjunam atau tidak berpusing langsung. Memang Aki Lagah dapat mengagak
perempuan yang dipikat akan segera menjengah datang sekiranya bantal berkenaan jatuh
menjunam.
Apabila bantal yang ditepuk tidak memberikan kesan, dia akan gosokkan minyak senyonyong
pada alis mata hingga pada atas bibir. Dia akan membayangkan perempuan berkenaan datang
menjelma di depannya hingga jelas tercegat di situ. Kemudian dia akan memicit lambungan rusuk
sebelah kiri lantas menyeru :
" Aku tahu asal kau jadi, wahni wahdi mani maknikam asal kau jadi, masuk kau ke lambungan kiri
aku, di situ tempat asal kau jadi, berkat huuu.... ".
Aki Lagah akan menunggu hingga terasa pada rusuknya senak bagaikan tersengkang ditampan
kayu yang mencodak. Setelah ditepuk sebanyak 3 kali, nescaya rasa senak itu akan hilang secara
serta merta. ketika ini dia tahu perempuan berkenaan tidak akan mampu bertahan menunggu
waktu pagi cerah. Bila - bila sahaja perempuan berkenaan akan terjun ke tanah menyerbu ke
rumah Aki Lagah.
" Orang macam aki, takkan Tikmah menolak? " terkekeh - kekeh Mat Senik ketawa mengusik
orang tua itu apabila dia bimbang sangat Tikmah akan menolak lamarannya. Apa lagi Mat Senik
sendiri yang diharapkan oleh Aki Lagah untuk merisik ke rumah keluarga Tikmah.
" Belum tahu lagi, Senik " ujar Aki Lagah sambil tersenyum apabila kenang bukan mudah mahu
memujuk perempuan itu.

20

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

" Ah, Aki jangan nak sembunyikan kuku pula! " sengaja Mat Senik mengejek. " Uda Salbiah dulu
pun Aki boleh dapat " tuturnya sambil mencebekkan bibir apabila kenangkan bagaimana orang
tua itu boleh memikat Uda Salbiah.
Siapa yang akan berani mengusik Uda Salbiah kalau melintas tatkala berjalan turun ke sawah?
Cubalah mengganggu Uda Salbiah, tentu akan diserbu oleh ayahnya Wak Gabah! Asal sahaja
Wak Gabah mendengar anak gadisnya telah diusik, nescaya dia akan menghunuskan parang.
Lantas sahaja Wak Gabah akan mencekak leher dengan mata parang menghiris telinga.
Memang Uda Salbiah mempunyai rupa paras yang memikat hati ramai orang lelaki yang
menyebabkan dia lah yang satu - satunya menjadi tumpuan di dalam kampung. Bukan sahaja
rupa paras yang cantik, Uda Salbiah juga ramah asal sahaja bersua muka. Tetapi tidak ada sesiapa
pun yang berani mengusiknya apabila kenangkan Wak Gabah dengan misainya yang melentik itu.
Tidak ada sesiapa pun yang berani menentang muka Wak Gabah apabila dia sudah membentak
marah. Seisi kampung telah melihat sendiri bagaimana kejadian Usup Tibai cuba menunjukkan
keras kepala dengan menjerkah isteri Wak Gabah disebabkan permatang sawahnya telah
terpokah. Tatkala Siah Uban telah memasukkan air ke dalam lopak, memang dia telah memokah
permatang di sempadan sawahnya. Siah Uban mengaku dia bersalah kerana tidak meminta
kebenaran Usup Tibai terlebih dahulu sebelum memokah permatang tersebut yang
menyebabkan sawah Usup Tibai telah kekurangan air.
Tetapi Usup Tibai tidak peduli lagi sama ada Siah Uban ada meminta maaf atau tidak. Lantas
sahaja dia telah mencekak rambut Siah Uban sekali pun perempuan itu berkali - kali meminta
maaf. Memang dia tidak menyangka Usup Tibai akan marah menyinga hingga sebegitu sekali
walaupun sekadar permatang sawahnya dipokah lantas menyebabkan anak padi tidak cukup air.
Lagi pun bersempadan sawah apa sangat mahu berkira hingga tidak boleh terlebih kurang
langsung! Tersinggung sangat Usup Tibai apabila permatang sawahnya dipokah Siah Uban
seolah - olah mahu mencabar dirinya. Mentang mentang lah seisi kampung tidak berani
mengangkat muka di depan Wak Gabah, sengaja pula Siah Uban mahu memperolok - olokkan
dirinya.
" Kita bersempadan sawah, eloklah bertolak ansur, Sup " pujuk Mat Tera apabila melihat
sepupunya berkeras sangat mahu menunjukkan keras kepala sampai mencekak rambut Siah
Uban .
" Tolak ansur apa? Kalau nak pijak kepala aku! " sahut Usup Tibai yang tidak dapat menahan sabar
lagi.
" Siapa pijak kepala engkau? "....
Tiba - tiba sahaja Usup Tibai merasakan pipinya telah ditampar keras. Dia tercampak ke tepi
permatang lantas kepalanya pun dipijak. Dia pun menyedari bahawa kepalanya telah dipijak oleh
Wak Gabah hingga mukanya tertumus ke lumpur. Hairan juga Mat Tera bagaimana tiba - tiba
21

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

sahaja Wak Gabah terjongol di situ. Siapa pun tidak dapat menyedari bagaimana kelibat Wak
Gabah terpacul sekali gus pada masa isterinya dicekak rambut oleh Usup Tibai.
Apa lagi, sebaik sahaja Usup Tibai bangun segera sahaja dia menghunuskan parang di pinggang.
Dia pun menetak Wak Gabah hingga mata parang pun singgah pada lengan. Tetapi mata parang
Usup Tibai menggelebek sampai sumbing mata laksana ditetakkan pada besi yang melintang.
Kalau tidak disebabkan Aki Lagah yang memujuk, belum tentu lagi Wak Gabah akan mahu
mengalah. Mahu sahaja dia mencekak leher Usup Tibai setelah lelaki itu berkeras sangat mahu
mencederakan dirinya. Masakan Usup Tibai tidak tahu bahawa buaya yang berada di tengah arus
pun lari berdecau - decau asal sahaja Wak Gabah terjun ke dalam air. Asal sahaja dapat dicekak
ekor buaya itu, nescaya akan diheretnya naik ke tebing macam menarik aur songsang di tengah
belukar.
Buaya yang diheret naik itu sekadar menepuk - nepuk air dengan tidak melawan apa - apa. Kalau
buaya di tengah arus pun tidak berani menunjukkan bisa taring, kenapa Usup Tibai sengaja mahu
berkeras melawan? Dia seolah - olah sengaja mahu mencari geruh apabila berani mencekak
rambut Siah Uban disebabkan semata - mata permatang sawah di sempadan terpokah.
Lagi pun Siah Uban tu adalah sepupunya yang tidak sepatutnya dilawan berkasar. Tapi tiba - tiba
sahaja hati Usup Tibai memberang tidak menentu tatkala melihat anak padinya di tengah lopak
tidak mempunayi air yang cukup. Sebab itulah dia menyerbu Siah Uban semasa perempuan itu
sedang terbongkok - bongkok mencebak rumput di tepi permatang.
" Sabar Wak, buat apa lawan dengan Usup Tibai? " satu - satunya yang berani memujuk Wak
Gabah yang tengah memberang itu memang Aki Lagah sahaja.
" Dia nak tunjuk keras kepala dengan aku!! " bentak Wak Gabah yang masih tidak puas hati
dengan sikap sepupu isterinya itu.
" Ah, Usup Tibai ni Wak terikat tangan pun dia tak boleh lawan " sengaja Aki Lagah mengusik biar
lelaki itu mengendur.
Tersenyum Wak Gabah apabila Aki Lagah bandingkan dirinya tidak setanding dengan Usup Tibai.
Kalau Aki Lagah tidak ungkit pun, seisi kampung sudah tahu masakan Usup Tibai boleh
mengalahkan Wak Gabah. Bukan takat boleh cekak buaya yang di tengah arus sahaja, malah
ditimpa pokok 5 - 6 pemeluk pun Wak Gabah tidak mengalami kecederaan apa - apa.
Sebab itu seisi kampung tidak berani mengangkatkan muka sekiranya Wak Gabah sudah
membentak marah. Tetapi dia tidak akan berkeras apabila Aki Lagah yang memujuknya. Mudah
sahaja dia akan mengalah asal sahaja sudah bertentangan mata dengan Aki Lagah. Dalam masa
mereka di kampung tidak berani mengusik Uda Salbiah, dia satu - satunya yang memberanikan
diri datang melamar. Wak Gabah sendiri tidak membantah apa - apa sebaik sahaj Aki Lagah sudah
masuk meminang.
22

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

Memang Mat Senik tahu sangat rahsia disebalik keberanian Aki Lagah. Asal sahaja dia sudah
menyapukan minyak senyonyong pada alis matanya, nescaya harimau yang garang di tengah
hutan juga akan menjadi lemah tidak bertenaga. Tentu harimau berkenaan tidak akan dapat
melompat menerkam ke arahnya sampai mengerkah tengkuk.
Apa sangatlah dengan Wak Gabah tengah memberang jikalau dibandingkan dengan harimau
mengaum garang yang mahu menerkam mangsa. Mat Senik sendiri melihat Aki Lagah tidak
berundur tatkala terserempak dengan harimau di tengah hutan. semasa mereka berjalan masuk
ke hutan mencari rotan sengaja Aki Lagah yang berjalan di hadapan.
Memang mereka berdua bersama - sama ke hutan sekiranya mencari rotan. Tambahan pula Aki
Lagah akan mencari akar kayu untuk dibuat ramuan ubat. Kadangkala orang - orang kampung
akan meminta Aki Lagah mencarikan ubat akar kayu disebabkan mujarab sangat diminum
perempuan yang baru lepas bersalin.
Sewaktu melalui lorong yang dikelilingi pohon renek, tiba - tiba sahaja harimau belang muncul
menjongolkan kepala. Cepat - cepat pula Mat Senik berundur mahu mencari pokok untuk
berlindung. tetapi dia terpegun apabila Aki Lagah terus tercegat tidak bergerak sebaik sahaja
berhadapan dengan harimau berkenaan.
" Hei orang tua, pergilah cari makan tempat lain! " ujar Aki Lagah yang masih tidak berganjak
sambil merenung harimau tersebut yang mara ke arahnya.
Lama harimau tersebut mencakar - cakar tanah, kemudian terus menghambur ke tengah belukar.
Memang Mat Senik nampak harimau berkenaan seolah - olah tidak mampu mahu menerkam Aki
Lagah. Sebab itu Mat Senik tahu Aki Lagah tidak akan diterkam oleh harimau asal sahaja minyak
senyonyong sudah disapu ke mukanya. Bila - bila sahaja harimau garang akan tunduk tidak
membuka taring jikalau sudah berdepan dengan Aki Lagah.
Perkara minyak senyonyong itu tidak sama dengan minyak dagu kerana Aki Lagah akan tampung
didalam tempurung setelah masak santan nyiur hijau. Dia sanggup memanjat pokok kelapa hijau
pada tengah malam lalu memetik buah dan digantungkan pada lehernya supaya tidak jatuh
terhempas ke tanah. Setelah diparut, dia akan perah santan lalu dibuat minyak.
7 jenis bunga berbau harum akan dijadikan ramuan dengan 7 helai akar serai bunga. Dia akan
tapakan ramuan itu 7 malam di atas bumbung rumah biar dihurung oleh serangga atau pun
burung. Aki Lagah akan hayunkan limau pada asap kemenyan dengan dibungkus kain putih yang
diikat dengan benang 7 warna semasa minyak berkenaan ditapakan sampai 7 malam.
Dia tahu minyak berkenaan akan dijengah oleh 7 puteri yang turun dari udara. Tatkala 7 puteri
ini melayang turun, lembaga besar belakang berbonggol akan datang mengganggu. Apabila dia
hentakkan kakinya ke tanah, sekali gus kawasan berkenaan akan menjadi gelap seperti diserkup
dengan hutan buluh yang luas.

23

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

Tetapi 7 puteri ini tidak akan mengalah sebaik sahaja sudah tercium bau 7 jenis bunga yang ditapa
oleh Aki Lagah pada bumbung rumah itu. Lantas puteri 7 akan kibaskan kain layang yang
dipakainya lalu menyebabkan hutan buluh itu musnah terbakar dijilat api. Marah benar lembaga
bertubuh besar itu apabila api telah mengancamnya dari segenap penjuru.
Lembaga bertubuh besar itu pun tertunduk malu sebaik sahaja puteri 7 akan ungkitkan pasal
dirinya yang disumpah hingga menjelma dengan belakang berbonggol. Kalau tidak disebabkan
dia gunakan minyak dagu untuk memikat perempuan, memang puteri 7 tidak akan menyumpah
sedemikian.
Tahu sangat puteri 7 bagaimana lelaki berkenaan sengaja menunggu berita kematian gadis sunti,
kemudian beliau akan menggali kuburnya pada waktu tengah malam. Sanggup sahaja dia
melangkah ke kawasan tanah perkuburan dengan membuang semua pakaiannya. biarlah angin
kencang bersama petir berdentam, lelaki itu tetap berkeras meranduk kegelapan malam. terus
sahaja dia menggali kubur gadis sunti itu yang baru sahaja dikebumikan pada siang harinya.
Sebaik sahaja mayat gadis sunti di dalam liang lahad tu ditarik keluar, dia akan membakar dagu
mayat itu dengan api lilin sehingga minyak mula menitik. segera ditadah dengan tempurung
minyak yang mengalir pada dagu mayat itu. Ketika ini lelaki berkenaan akan mendegar jeritan
kesakitan sayup - sayup di udara, tetapi dia tetap berdegil. Dia tetap bertahan sekali pun lembaga
besar muncul menjelma di depannya.
Tersengih - sengih lembaga besar itu tatkala melihat lelaki berkenaan melayur dagu mayat
tersebut semata - mata mahu mendapatkan minyaknya. Setelah siap dilayur, dia akan
memasukkan kembali mayat berkenaan ke dalam liang lahad. memang lembaga bertubuh besar
itu akan menjilat minyak dagu yang ditadah di dalam tempurung itu.
Tetapi minyak senyonyong Aki Lagah tidak sama dengan minyak dagu berkenaan. Apabila lelaki
itu disumpah menjadi lembaga besar dengan belakang berbonggol, ia sentiasa memusuhi puteri
7.
" Kamu nak perdaya orang dengan minyak dagu!! " puteri 7 mengejek lembaga bertubuh besar
yang bersatu dengan lelaki berkenaan.
" Apa kurangnya kamu nak perdaya orang dengan minyak senyonyong!! " lembaga bertubuh
besar itu pulak berkata sambil mencemikkan muka.
" Tapi, kami tidak menyuruh orang menggali mayat! " sahut puteri 7 mempertahankan amalan
minyak senyonyong berkenaan.
" Minyak kamu ditapa dulu di atas bumbung rumah " terus sahaja lembaga bertubuh besar itu
mengejek puteri 7.

24

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

" Kami tak menyusahkan orang, kalau mereka tak salah gunakan! " beritahu puteri 7 mengenai
amalan minyak senyonyong yang ditapakan di atas bumbung rumah itu.
Tetapi Aki Lagah tidak akan membiarkan lembaga bertubuh besar itu mendekati dirinya
disebabkan mahu mencuri botol minyak senyonyong berkenaan. Sebab itulah dia menyeru puteri
7 supaya sentiiasa mengawasi minyak senyonyong yang disimpannya itu. Bau harum minyak
senyonyong akan menjadi lebih semerbak setiap kali puteri 7 menjelma sambil membawakan 7
jenis bunga yang berbau wangi.
Setiap kali turun dari rumah, Aki Lagah akan tuangkan minyak berkenaan pada jari manis
kemudian akan disapukan pada alis mata. Jikalau beliau bercakap dengan sesiapa pun lantas
minyak itu akan disapukan pada bibirnya. Bila - bila sahaja tutur katanya akan sentiasa dituruti
orang selepas menggunakana amalan minyak senyonyong itu. Sebab itu puteri 7 telah
mengingatkannya supaya tidak menyalahgunakan minyak berkenaan hingga boleh
memudaratkan orang lain.
Memang Aki Lagah patuhi mengenai amalan berkenaan tatkala puteri 7 menjelma disisinya.
Jikalau harimau garang mahu menerkam, cukuplah sahaja dia mengisarkan tumit ke tanah
nescaya harimau gagah itu akan menjadi lemah tidak bertenaga. Sekiranya tidak dipulihkan
nescaya berbulan - bulan harimau tersebut tidak akan mampu mengerkah mangsa hingga
kebuluran tidak boleh menjamah makanan.
Lama kelamaan harimau tersebut akan terkejang mati akibat tidak dapat menjamah makanan.
Sebab itu Aki Lagah mesti pulihkan semula bisa taring harimau tersebut setelah binatang itu
melompat lari meninggalkan dirinya. Dia mesti kuis tanah di kaki dengan ibu jari biar bisa taring
harimau tersebut pulih semula.
Apa lagi dengan Wak Gabah yang tengah membentak marah, setelah dipujuk memang Aki Lagah
akan pulihkan semula tenaganya. Kalau Wak Gabah menjadi lemah, lambat laun dia akan melihat
Aki Lagah sama macam puteri 7 juga. Nescaya dia akan memburu Aki Lagah macam merayu - rayu
di depan puteri 7. Tentu seisi kampung menjadi gempar sekiranya Wak Gabah sudah berubah
hati hingga tidak senang duduk akibat kenangkan Aki Lagah.
Tahu sangat Aki Lagah mengenai mujarab minyak senyonyong jikalau disalahgunakan. Lainlah
kalau berdepan dengan binatang liar di hutan. Binatang berkenaan akan menjadi bingung hingga
tidak dapat mencari makanan. Tetapi manusia apabila bingung tidak menentu akan pergi
menyerbu ke rumah Aki Lagah.
Semasa Aki Lagah mengusik - ngusik Uda Salbiah, memang mudah sangat gadis itu terpikat
apabila bertentang mata. Sebaik sahaja Wak Gabah mendapat tahu Aki Lagah memikat anak
gadisnya, lantas sahaja hatinya menjadi berang. Apalagi tatkala beliau kenangkan Aki Lagah
sudah beristeri dengan anak - anak yang sudah hampir sebaya dengan Uda Salbiah.
Lantas sahaja Wak Gabah pun pergi menyerbu ke rumah Aki Lagah dengan menghunuskan
parang. Dia akan kelar telinga Aki Lagah kerana berani memikat anak gadisnya. Tetapi Aki Lagah
25

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

tidak ada di rumah sewaktu Wak Gabah datang menyerbu. Hanya isteri Aki Lagah yang terkebil kebil mata di kepala tangga apabila melihat Wak Gabah tercegat di tengah halaman dengan
menghunuskan parang di tangan.
" Jaga suami kamu tu, Misah ! " jerkah Wak Gabah membentak marah kerana tidak mahu anak
gadisnya dimadukan.
" Nak jaga macam mana, Wak? " ujar Misah yang serba salah apabila beliau dipersalahkan akibat
perbuatan suaminya yang memikat Uda Salbiah. Kalau mahu dikira terluka, memang hatinya
sendiri yang menderita dengan perbuatan Aki Lagah itu.
Ketika inilah dia terdengar serunai batang padi ditiup mendayu - dayu di tengah sawah. Lantas
sahaja Wak Gabah dapat mengagak tentu Aki Lagah lah yang meniup serunai batang padi
tersebut. Seisi kampung memang tahu sangat mengenai kemahiran Aki Lagah yang meniup
serunai batang padi asal sahaja habis musim menuai.
Misah yang sudah bertunang pun sanggup menjadi isteri Aki Lagah sebaik sahaja mendengar
bunyi serunai batang padi yang ditiupkan mendayu - dayu. Terpaksa pula dia minta putuskan
tunang semata - mata terpikat dengan tiupan serunai batang padi Aki Lagah. Sebab itu Wak
Gabah dapat mengagak tentu Aki Lagah mahu memikat anak gadisnya Uda Salbiah dengan
meniup serunai batang padi juga.
Dia tidak akan lepaskan Aki Lagah asal sahaja dapat dicekak lehernya. Telinga lelaki itu akan
dikelarnya dengan mata parang supaya sedar mengenai kesilapan sendiri. Kalau sudah beristeri,
kenapa mahu memikat anak gadisnya dengan menggunakan serunai batang padi. sia - sia sahaja
dia digeruni seisi kampung jikalau beliau tidak dapat menundukkan Aki Lagah.
" Lagah, kamu jangan nak tunjuk biadap dengan aku! " bentak Wak Gabah sebaik sahaja beliau
menjejakkan kaki ke tengah sawah. Dia nampak Aki Lagah sedang tersandar pada perdu pokok
dedali sedang meniup serunai batang padi.
Beberapa orang yang sedang tercegat di tengah sawah merasa berdebar hati juga tatkala melihat
Wak Gabah sedang mara menghampiri Aki Lagah. Tetapi Aki Lagah tetap tidak mempedulikan
apa - apa sambil terus sahaja dia meniup serunai batang padi. Tatkala Wak Gabah menghayunkan
mata parang ke sisinya, beliau tetap tidak berganjak.
Tiba - tiba sahaja Wak Gabah menjadi terpegun apabila beliau melihat puteri 7 yang sedang
meniup serunai batang padi di perdu pokok dedali itu. Ketika ini, Aki Lagah sekadar terbaring
bagaikan tengah tidur nyenyak. Sebab itu mata parang yang dipangkas tidak menyinggahi dada
Aki Lagah. Seolah - olah Wak Gabah menetak angin sahaja.
Lantas puteri 7 memberi isyarat kepada Wak Gabah supaya tidak mengganggu Aki Lagah yang
tengah nyenyak tidur itu. Apabila Wak Gabah mahu berundur, dia merasakan bahawa tanah yang

26

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

dipijaknya menjadi lumpur selut. Kakinya telah terlekat tidak boleh diangkat dari lumpur selut
yang mencengkam kuat itu.
Saat ini Wak Gabah dapat merasakan bahawa kegagahannya seolah - olah tidak berguna apa apa tatkala berhadapan dengan puteri 7 yang lemah lembut itu. Hatinya menjadi terharu apabila
mendegar bunyi tiupan serunai batang padi yang mendayu - dayu menusuk telinga itu. Cepat cepat pula Wak Gabah meminta puteri 7 supaya berhenti meniup seruling batang padi berkenaan
akibat perasaannya menjadi terharu sangat asal sahaja bunyi tiupan serunai terus mendayu dayu.
Segera puteri 7 memberi isyarat supaya beliau membangunkan Aki Lagah yang tengah nyenyak
tidur itu. Sewaktu Wak Gabah mengejutkan Aki Lagah, mereka yang tercegat di tengah sawah
hanya nampak Wak Gabahmenepuk - nepuk bahu Aki Lagah. apabila dia sisipkan semula
parangnya ke dalam sarung di pinggang, lantas sahaja Aki Lagah pun berhenti meniup serunai
batang padi.
Tidak lama selepas kejadian itulah, Aki Lagah pun berkahwin dengan Uda Salbiah. Hairan juga
orang kampung disebabkan Wak Gabah tidak membantah apa - apa apabila anak gadisnya
berkahwin dengan lelaki yang sudah berumur lebih 40 tahun dalam masa Uda Salbiah baru sahaja
berumur 18 tahun.
Memang Misah juga tidak melarang suaminya berkahwin lain setelah Wak Gabah juga tidak
membantah perkahwinan tersebut. tetapi Mat Senik tahu Aki Lagah memang amalkan amalan
minyak senyonyong. sudah beberapa kali Aki Lagah memberitahunya jika inginkan minyak
senyonyong tersebut, tetapi Mat Senik tidak pernah terpengaruh.
Perkara minyak senyonyong itu tidak sama dengan impian ayahnya yang menghantar dia belajar
pondok sehingga sampai ke pattani. Sia - sia sahaja usaha ayahnya yang harapkan dia belajar di
pondok kalau beliau terpengaruh dengan minyak senyonyong Aki Lagah tersebut. Apa sangatlah
dengan minyak senyonyong kalau segalanya tidak diredhai oleh Allah swt.
Apabila Aki Lagah mendesaknya mahu meminang Tikmah, memang Mat Senik bersetuju mahu
menjadi orang tengah. Sudah lama dia berkawan dengan Aki Lagah disebabkan sama - sama ke
hutan mencari rotan, apalah salahnya dia membantu orang tua itu. Lagi pun dia tahu Aki Lagah
mampu melindungi Tikmah, janda muda berkenaan.
" Kalau Aki nak meminang Tikmah, jangan gunakan minyak senyonyong! " sengaja Mat Senik
mengusik Aki Lagah tetapi jauh di dalam lubuk hatinya memang dia tidak akan membenarkan
orang tua itu melakukan sedemikian.
" Ah, dah lama aku buang amalan tu " beritahu Aki Lagah yang mengakui bahawa dia sudah pun
menyeru puteri 7 lantas menyerahkan semula minyak berkenaan.
" Sebab itu Aki bimbang Tikmah menolak peminangan? " tanya Mat Senik sambil mencebikkan
bibir.
27

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

Dia menggangguk perlahan, tetapi beliau mengesatkkan pelupuk matanya apabila Mat Senik
memberitahu bahawa jodoh pertemuan dan ajal maut adalah ditentukan oleh Allah. Terasa juga
malu Aki Lagah apabila beliau terpikat kepada perempuan muda seperti Tikmah dalam masa
usianya sudah mencecah 90 tahun.
Kalau dia tidak amalkan minyak senyonyong pun, tentu seisi kampung tetap akan menuduh dia
menggunakan minyak berkenaan untuk memikat Tikmah. Masakan orang boleh percaya bahawa
Tikmah menerima lamarannya jikalau tidak dikenakan dengan minyak senyonyong.
Sewaktu Mat Senik merisik Tikmah, dia sentiasa berdoa agar lamarannya tidak ditolak. Bimbang
juga dia sekiranya Tikmah akan menyindirnya disebabkan mahu menjodohkannya dengan lelaki
tua seperti Aki Lagah. Disebabkan itulah Mat Senik membacakan : ' yuhibbu nahum kahubbillahi
wallazina amanu asyaddu hubbanlillahi, zuiyyina linnasi hubbusysyahawati minannisa -i
walbanina wal-qona thiril muqontharathi " .
Memang serba salah juga Mat Senik mahu uruskan lamaran Aki Lagah kerana bimbang dia akan
dituduh sebagai bersubahat dengan lelaki tua yang dianggap miang itu, tetapi dia tahu niat Aki
Lagah memang baik. Kalau Aki Lagah memilih perempuan yang sudah berumur sebagai isteri,
tentu mereka akan sama - sama uzur. Jadi, sia - sia sajalah Aki Lagah berkahwin apabila isterinya
terlalu uzur untuk menjaga dirinya.
Tentu Aki Lagah amat mengharapkan Tikmah agar dapat menjaganya apabila dalam keadaan uzur
nanti. Setidak - tidaknya dia mempunyai tanah kebun yang cukup setakat untuk menyara Tikmah
seorang. Kalau pun dia menutup mata, Aki Lagah sudah bersedia untuk menyerahkan tanah
kebun dan sawah kepada Tikmah yang bersusah payah menjaganya. Sebab itulah Mat Senik
sanggup membantu agar Aki Lagah dapat berkahwin dengan Tikmah.
Semasa seisi kampung gempar akan hal Mat Senik ditimpa dengan runtuhan kayu, memang
Tikmah melihat Aki Lagah sentiasa dalam keadaan resah. Berkali - kali Aki Lagah menggertapkan
bibir seakan - akan mahu melepaskan Mat Senik yang sedang terhimpit itu. Tetapi suara Aki Lagah
hanya tenggelam jauh dikerengkungnya. Sekali sekala Tikmah mendengar suaminya semacam
mencabar lembaga yang bertubuh besar itu berdepan dengannya sambil melepaskan semula
Mat Senik.
" Aki semacam meracau - racau marahkan lembaga bertubuh besar, ustaz " ujar Tikmah
menjelaskan tatkala saya sama - sama mengunjungi Mat Senik. " masa itulah Aki menyuruh
lembaga besar itu supaya melepaskan Abang Senik " tutur Tikmah yang tetap kenangkan kejadian
semasa Mat Senik sudah dikatakan meninggal dunia itu.
Dalam masa Aki Lagah merungut - rungut itulah, Tikmah telah pergi memberitahu kepada jiran jiran. Ketika itu kebanyakkan jiran - jiran sedang berkumpul di rumah Mat Senik mahu
menguruskan pengebumiannya. Sebaik sahaja seisi kampung sudah diberitahu mengenai Mat
Senik yang sudah terbujur mati itu tiba - tiba bingkas bangun, mereka yang sedang membacakan
28

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

surah yassin mengadap Aki Lagah mendapati orang tua itu sudah menutupkan matanya rapat rapat.

29

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

024. KUBUR HILANG DITENGAH HUTAN


SEMASA NAHAS berlaku apabila dilanggar sebuah motorsikal tatkala mahu melintas jalan mahu
ke masjid untuk solat maghrib, memang tidak ada sesiapa pun yang nempak Andak Bucin
dirempuh. Lama dia terbaring di tepi jalan, barulah Lebai Minin terserempak dengan kawannya
itu yang berlumuran darah dalam keadaan tidak sedar apa - apa. Tidak sempat hendak di bawa
ke hospital, Andak Bucin sudah meninggal dunia di atas ribaan Lebai Minin.
Memang tidak ada sesiapa pun yang nampak motorsikal merempuh Andak Bucin , tetapi
masakan penunggang motorsikal berkenaan tidak jatuh tersungkur ke jalan aspal? Kalau mahu
dituduh dirempuh dengan kereta, Jeman Tengkak tidak dengar pun bunyi kereta melintas di
depan masjid. Jeman Tengkak yang sampai lebih awal di masjid sebelum masuk waktu maghrib,
tahu memang terdengar bunyi motorsikal melintas.
Dia tidak peduli sangat bunyi motorsikal memecut laju di jalan kecil tengah kampung kerana
sudah menjadi kebiasaan anak - anak muda untuk tidak hiraukan keselamatan masing - masing.
Kalau mahu dikira anak - anak muda yang menunggang motorsikal di dalam kampung, hanya
beberapa orang sahaja yang memilikinya. Leman Sogok yang gila - gila memecut motorsikal tidak
cedera apa - apa sewaktu jejakkan kakinya ke masjid. masakan dia yang merempuh Andak Bucin
?
Mereka yang mempunyai motorsikal di kampung berkenaan memang tidak terbabit dalam nahas
yang menyebabkan Andak Bucin meninggal dunia. Bukan mudah mahu mencari di seluruh ceruk
di Hulu Perak sesiapa yang jatuh tersungkur menunggang motorsikal hingga merempuh Andak
Bucin . Sebab itu mereka tidak peduli sangat siapa yang bertanggung jawab menyebabkan Andak
Bucin meninggal dunia.
Sebaik sahaja keluarga Andak Bucin menelefon ke rumah Haji Basar memberitahu mengenai
nahas yang menimpa, Haji Basar sudah ke luar negara bersama Hajah Rusijah . Lantas Lebai Minin
mengingatkan supaya dikebumikan juga Andak Bucin dengan tidak perlu menunggu anaknya
Hajah Rusijah .
Setelah 2 minggu Andak Bucin dikebumikan, barulah Haji Basar bersama Hajah Rusijah
diberitahu mengenai nahas yang menimpa Andak Bucin . Kesal juga Haji Basar apabila kenangkan
sukar sangat orang - orang kampung mahu dapatkan kereta jenazah untuk membawa jenazah
Andak Bucin balik dari hospital. Terpaksalah Lebai Minin menyewa kereta bersama orang - orang
kampung untuk membawa balik jenazah.
Tetapi Haji Basar pendamkan rasa kesal itu jauh di lubuk hatinya. Sampai bila pun dia tidak akan
lupakan fasal bapa mentuanya sanggup bercekang mata bangun di tengah malam, setelah
diberitahu perniagaannya tidak mencapai apa - apa kejayaan. Setelah Andak Bucin berturut turut bangun di tengah malam bersolat tahajud, lantas dia memberikan sebuah botol minyak
sebesar ibu jari.

30

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

" Minyak ini tak ada kuasa apa - apa " jelas Andak Bucin tatkala dia menyerahkan minyak
berkenaan kepada menantunya.
" Tapi eloklah disapukan pada alis mata apabila nak kemana - mana masa uruskan perniagaan ".
Dia ingatkan Haji Basar supaya rahsiakan pada sesiapa pun mengenai minyak berkenaan.
Memang Andak Bucin akan titikkan minyak berkenaan ke dalam air, apabila sesiapa pun
mintakan mandi bunga. siapa lagi mereka harapkan di kampung berkenaan tatkala anak gadis
lambat berkahwin kalau bukannya Andak Bucin ? Asal sahaja Andak Bucin mandikan bunga
tengah malam, nescaya tidak sampai sebulan gadis berkenaan akan dipinang orang.
Sebab itu Hajah Rusijah tahu sangat jenis minyak wangi ayahnya gunakan semasa mandi bunga
tengah malam. Setelah dikumpulkan 7 jenis bunga berbau harum, Andak Bucin akan campakkan
bunga itu pada air di dalam timba. ketika itu dia akan curahkan minyak wangi yang sudah
dipesankan beli sahaja dimana - mana.
Tentu Hajah Rusijah tidak tahu apabila arwah ayahnya titikkan minyak senyonyong berkenaan di
dalam timba tersebut. Siapa sahaja yang mintakan dia untuk mandi bunga hanya sekadar
menyangka bau harum tersebut disebabkan oleh minyak wangi yang mereka bawa bersama itu.
Sebaik sahaja dijirus air bunga tersebut ke badan, sekali gus terasa sejuk laksana air jeram yang
memercik ke batu.
Mereka tahu air yang di dalam timba itu memang ditadah dari pili sahaja. Bagaimana pula tiba tiba sahaja berubah kepada sejuk hingga menusuk ke tulang hitam tatkala dijirus oleh Andak
Bucin ke tubuh. Siapa pun tidak akan bertanya apa - apa kepada Andak Bucin disebabkan mereka
bimbang akan melanggar pantang larang tatkala melakukan upacara mandi bunga itu.
Memang Andak Bucin sudah ingatkan supaya bertahan jikalau terasa sebarang perubahan pada
diri semasa dimandikan air bunga tersebut. Kadang kala terasa badan sakit - sakit hingga sengal
sendi sebaik sahaja dijiruskan air berkenaan. Manalah tahu seluruh badan akan menjadi gatal
tergaru - garu tidak menentu. Malah masing - masing akan mengalami sendiri perubahan
sedemikian yang tidak diketahui oleh sesiapa pun.
" Jangan kamu ingat minyak ini berkuasa sangat! " Andak Bucin tidak mahu Haji Basar harapkan
sangat kepada minyak yang dibekalan kepadanya setelah menantunya itu merungut
perniagaannya menjadi tidak menentu.
Tidak sampai setahun Haji Basar diberikan botol minyak sebesar ibu jari itu, dia merasa mudah
sangat uruskan perniagannya. Apa sahaja yang diharapkan, semuanya akan mengikut jadual
sehingga jika Haji Basar tidak berbuat apa - apa pun, sentiasa ada sumber perniagannya. Sebab
itu dia tetap kenang usaha bapa mentuanya hingga mencapai kejayaan besar di dalam
perniagaan.
Andak Bucin memang tidak pernah memberitahu Haji Basar dan keluarganya mengenai dia ke
hutan bersama Lebai Minin lalu terserempak dengan rumpun serai bunga yang tumbuh di

31

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

kawasan padang lalang. Segera dibongkarnya akar lalu dibawa balik ke rumah. Dia pun tanamkan
rumpun serai bunga itu di hujung halaman biar tumbuh merimbun di situ.
Tetapi Lebai Minin tidak pedulikan apa - apa tatkala Andak Bucin membongkarkan akar rumpun
serai itu. Biarlah Andak Bucin bawa balik rumpun serai bunga itu lalu ditanam di hujung halaman,
asalkan sahaja dia tidak menyimpan harapan tinggi di dalam jiwanya mahukan hikmat dan
kesaktian. Serai bunga berkenaan sama juga dengan tumbuh - tumbuhan yang lain yang tumbuh
dengan izin Allah.
Apa sangatlah diharapkan dengan serai bunga yang boleh memberikan kesaktian. Lebai Minin
tahu mengenai Andak Bucin hanya sekadar gemarkan mengumpul barang - barang ganjil jika
ditemui di tengah hutan belantara. Pokok senduduk berbunga putih pun Andak Bucin cabutkan
perdunya lalu ditanam di dalam pasu di belakang rumahnya. Apa lagi jika dia menemui buluh
tumpat atau rotan songsang ruas, memang dibawanya balik ke rumah.
Sebab itu Lebai Minin ingatkan dia yang tumbuh - tumbuhan demikian tidak mempunyai apa apa kesaktian luar biasa pun. Sekadar untuk disimpan sebagai kegemaran sahaja memang Lebai
Minin tidak akan melarang kawannya itu. Biarlah Andak Bucin mahu mengutip apa pun yang
ditemuinya di hutan kalau takat menjadi kegemaran semata - mata.
Lama serai bunga itu tumbuh merimbun di hujung halaman, tiba - tiba sahaja Andak Bucin
tercium bau harum bagaikan bunga rampai diletakkan di sanggul. Memang dia menyangka tentu
isterinya, Uda Setiyah selitkan daun pandan di celah sanggul biar berbau harum. Tetapi bau
harum itu semakin semerbak tatkala tengah malam hingga santak ke subuh.
Takat daun pandan diselit Uda Setiyah di celah sanggul, bau wanginya tidaklah semerbak macam
ambar kasturi. Lagi pun Andak Bucin tahu perbezaan bau daun pandan kering dengan harum
bunga - bunga kembang malam. Lantas dia mengagak tentu bunga serainya yang berbau harum
sedemikian.
Keresahan Andak Bucin bukan disebabkan oleh bau harum yang semerbak setiap malam, tapi
masalah rezekinya yang bagaikan tersekat tidak mencurah datang. Mahu bertukang rumah pun
tidak ada siapa pun yang harapkannya. Kalau menebang tebas belukar, ramai lagi anak - anak
muda yang sanggup mengambil upah pada mereka yang mempunyai kebun itu. Memang Andak
Bucin merasakan kesempitan wang hinggakan beliau hanya harapkan Uda Setiyah anyamkan
tikar lalu jualkan dimana - mana.
Sebab itu pada setiap malam Andak Bucin memang sukar sangat mahu melelapkan mata bila
kenangkan kesempitan kewangan yang menghimpitnya. Tatkala terkebil - kebil mata tengah
malam itulah, dia diganggu bau harum berwarwar asal sahaja angin memuput perlahan.
Disebabkan tidak mahu terus lelapkan mata, lantas sahaja Andak Bucin turun ke tengah halaman.
Setidak - tidaknya boleh juga beliau menyedut angin segar tengah malam yang mengelus
perlahan itu.

32

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

Ketika Andak Bucin tercegat di tengah halaman itulah dia melihat rumpun serai bunga berombak
- ombak dirempuh angin malam. Bau harum semakin semerbak apabila beliau melihat kain
kuning bagaikan tersangkut pada rumpun serai berkenaan. Tatkala beliau mendekati rumpun
serai berkenaan, berdebar hati Andak Bucin apabila beliau ternampak lelaki tua berjanggut putih
sampai ke dada tercegat di situ dengan memakai jubah kuning.
Lantas sahaja lelaki berkenaan memberikan salam. Serba salah Andak Bucin mahu menjawab
tetapi beliau sekadar menyahut di dalam hati sahaja. Memang bau harum yang tercium itu
berpunca dari jubah kuning orang tua itu apabila dipuput angin. Segera Andak Bucin bacakan
surah al fatihah 3 kali diikuti dengan ayatul kursi. Tetapi lelaki itu hanya tersenyum lantas
mengangkat tangan menggamit Andak Bucin supaya mendekatinya.
Memang Andak Bucin melihat kaki lelaki berkenaan bagaikan bersatu dengan rumpun serai
bunga berkenaan seolah - olah dia tidak dapat bergerak kemana - mana. Sebab itulah Andak
Bucin gagahi juga mendekati rumpun serai bunga berkenaan. Dia tidak bimbang apa - apa selagi
mengingatkan pesan Lebai Minin bahawa tidak ada makhluk yang berkuasa selain daripada Allah.
Sebaik sahaja beliau mendekati lembaga berjubah kuning itu, segera Andak Bucin membacakan
: " wa-'indahu mafatihol-ghaibi laya'lamuha illa-huwa, waya-lamu mafilbarri wal-bahri,
wamatasquthu minw waraqotin illa ya'lamuha wala hobbatin fi-zulumatil ardhi wala rath-bim
walaya birin-illa fi-kitabimmubin ".
Tersenyum lembaga berjubah kuning itu tetapi tetap tidak berganjak dari rumpun serai tersebut.
Apabila Andak Bucin hentakkan tumit 3 kali ke tanah, dia sekadar memberikan isyarat supaya
Andak Bucin tidak memusuhi dirinya. Kemudian dia kibaskan jubahnya hingga terpelanting
beberapa ketul kemenyan sebesar ibu jari.
" Andak dah jemput kami ke sini, kenapa pula tak suka? " tutur orang tua berjubah kuning itu
dengan ramah mesra.
" Aku tak kenal siapa awak! " sahut Andak Bucin sambil mengibas - ngibaskan bajunya yang
tersandang di bahu itu. Sekali pun angin malam mengelus sejuk, tetapi dia merasakan badannya
panas laksana tercegat di bawah silau matahari.
" Tak kenal tu, eloklah kita berkenal - kenal " ujarnya perlahan di dalam kesamaran malam di
bawah bulan pucat dilindungi awan menipis.
" Kalau tujuan jahat, tak payahlah nak kenal! " tegas Andak Bucin memberi amaran kerana tidak
mahu terpedaya dengan jelmaan yang mahu memujuknya itu.
" Jahat atau baik terletak pada hati sanubari " beritahu orang tua itu lantas memperkenalkan
dirinya Tok Kuning yang menanam serai bunga berkenaan di tengah hutan.
Manalah Andak Bucin tahu mengenai Tok Kuning yang menanam serai bunga berkenaan hingga
tumbuh merimbun di tengah hutan. Bertahun - tahun Tok Kuning tidak diketahui setelah hilang
33

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

sewaktu berkebun, hinggalah penduduk - penduduk kampung menyedari ada rumpun serai di
tengah kebunnya. Asal sahaja rumpun perdu berkenaan dipupuk dengan tanah hitam, penduduk
- penduduk kampung percaya Tok Kuning telah datang membersihkan kebunnya.
Setiap kali Tok Kuning membersihkan kebun dengan memupuk rumpun serainya, nescaya sawah
padi di sekeliling kampung berkenaan akan menhasilkan hasil yang melimpah ruah. Tetapi setelah
perkampungan mereka dilanda kemarau hingga tanah sawah menjadi gersang, penduduk penduduk kampung di situ telah berpindah jauh. Sebab itulah tempat berkenaan menjadi hutan
belukar tidak ditempuh sesiapa pun.
Mengeluh panjang Andak Bucin tatkala Tok Kuning memberitahu mengenai perkampungan
tinggal itu menjadi gersang akibat kemarau berterusan apabila ada orang melanggar pantang
larang. Memang Tok Kuning melarang sesiapa pun membakar jerami padi selepas musim menuai
setelah bertahun - tahun dia meneroka kawasan berkenaan.
Ketika meneroka bersama isterinya, Tok Oyam di kawasan paya di pinggir bukit, tidak ada sesiapa
pun yang mahu ikut menebang tebas. Setelah padi Tok Kuning subur menghijau, mereka mula
bertumpu ke situ. Tatkala padi masak, mereka akan kagum melihat sawah Tok Kuning akan
berkilau kekuningan disilau cahaya matahari lantas berombak - ombak ditiup angin bukit.
Tetapi Tok Kuning tidak membantah apa - apa sekiranya orang - orang kampung yang lain
bertumpu di kawasan yang diterokainya. Apalah salahnya mereka sama - sama meneroka setelah
paya di situ sesuai dijadikan sawah padi. Biarlah dia berseorangan sahaja mencebak tanah
membuat parit sampai paya berkenaan boleh dijadikan kawasan menanam padi.
Setelah ramai orang bertumpu meneroka di perkampungannya, Tok Kuning terkejut apabila
melihat sawah padinya bercahaya laksana api menyala tatkala tengah malam. Bimbang juga
padinya telah diunggun orang disebabkan irihati padinya menjadi sangat. Lantas Tok Kuning pun
turun ke sawah dengan tanpa memberitahu kepada isterinya, Tok Oyam .
Sebaik sahaja beliau sampai ke tengah sawah, dia terserempak dengan 2 ekor ular sawa yang
berkelahi sehingga berbelit - belit. Dia menyuluh ular berkenaan dengan api jamung ditangannya.
Disebabkan bimbangkan ular sawa tersebut akan memusnahkan ternakan, cepat - cepat Tok
Kuning balik ke rumah lalu mencapai lembingnya yang terselit pada dinding. Dia akan tusukkan
mata lembing itu ke kepala ular berkenaan biar mati terkejang.
Tatkala Tok Kuning menyerbu semula ke tengah sawah, hanya tinggal seekor sahaja lagi ular
sawa yang berlingkar dengan ekor terkotek - kotek. sudah tentu ular berkenaan telah kalah
berkelahi hingga tenat tidak boleh bergerak melarikan diri. Berdebar juga hati Tok Kuning kerana
bimbangkan ular yang menang berkelahi tadi akan datang menerpa ke arahnya lantas membelit
tidak bertangguh.
Cepat - cepat Tok Kuning menyuluh di sekeliling dengan api jamung, tetapi ular yang menang
tadi sudah tentu menyusup larikan diri. Dia hanya melihat denai ular tersebut berlorong di tengah
rumpun padi hingga berlondar laksana bekas batang kelapa diheret. Ketika dia berbalik semula
34

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

melihat ular yang kalah tadi, kasihan pula Tok Kuning mahu tusukkan mata lembingnya ke kepala
ular tersebut.
Memang ular tersebut parah akibat mengalami luka kalah berkelahi. Disebabkan kasihan dengan
keadaan ular sawa itu, segera Tok Kuning pupukkan luka - luka di badan ular itu dengan pucuk
senduduk yang dikunyah. Hingga santak subuh Tok Kuning barulah Tok Kuning mendapati ular
sawa berkenaan mulai mengangkat kepala.
" Kalau kau boleh menjalar, larilah dari sini " tutur Tok Kuning seolah - olah ular sawa itu
memahami sangat kata - katanya. " nanti jika orang di sini terserempak, tentu kau dibunuhnya "
dia ingatkan ular tersebut. Selepas itu Tok Kuning terus balik ke rumah.
Tatkala orang - orang kampung turun ke sawah sebaik matahari naik ke sepenggalah, mereka
menjadi gempar apabila melihat lopak sawah mereka berlorong seperti batang kelapa diheret.
lantas mereka menuduh tentu ular sawa telah mengheret ternakan mereka merempuh sawah
padi. Tetapi tiada sesiapa pun yang mengadu mengenai ternakan mereka hilang di dalam reban
direntap oleh ular sawa. Sekiranya kambing atau pun ayam ternak yang dibelit, sudah tentu
menjadi gempar dengan mengembek atau berkiok sepanjang malam.
Apabila diberitahu kepada Tok Kuning mengenai kejadian tersebut, dia sekadar mencebekkan
bibir sahaja. Sewaktu dia menjengah tempat ular berkelahi itu, dia mendapati ular sawa yang
kalah itu tidak berlingkar lagi di situ. Tok Kuning percaya tentu ular berkenaan sudah menyusup
ke mana - mana untuk selamatkan dirinya.
Tidak lama selepas kejadian itu, Tok Kuning tidak bimbang apa - apa lagi akan hal gangguan tikus
di sawahnya. Dalam masa penduduk - penduduk kampung merungut rumpun padi mereka rosak
digigit tikus - tikus, memang sawah Tok Kuning tak diganggu langsung. Terpaksa pula orang orang kampung membakar sabut di atas permatang setiap petang biar tikus - tikus tidak
menyerbu datang.
Beberapa kali juga penduduk - penduduk kampung terserempak dengan ular sawa menangkap
tikus - tikus di atas permatang sawah Tok Kuning tatkala mereka membakar sabut setiap senja.
Sebab itu mereka mengagak tentu Tok Kuning memelihara ular sawa berkenaan yang seolah olah menjaga sawah padi Tok Kuning dari gangguan tikus - tikus.
Ketika Tok Kuning membersihkan parit tali air sewaktu musim turun ke sawah, tiba - tiba sahaja
seisi kampung menyedari yang bahawa dia telah hilang. Mulanya mereka hanya ternampak Tok
Kuning bersandar pada perdu pokok dedalu sewaktu matahari tengah tegak di atas kepala untuk
berehat setelah penat membersihkan parit tali air dengan bergotong royong.
Di dalam sekelip mata sahaja Tok Kuning sudah tidak kelihatan di mana - mana. Sebab itulah
mereka menyangka tentu Tok Kuning sudah balik ke rumah secara tiba - tiba. Tetapi sehingga
santak petang, Tok Oyam memberitahu mereka bahawa Tok Kuning masih belum pulang ke
rumah tatkala bergotong royong membersihkan parit tali air.
35

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

Setelah lama Tok Kuning hilang di perdu pokok dedali di tengah sawah, Tok Oyam telah
bermimpi dikunjungi suaminya yang menjelma dengan berpakaian jubah kuning laksana padi
tengah masak. Tok Kuning ingatkan dia supaya anak cucunya tidak membakar jerami padi selepas
habis musim menuai. Dia juga mengaku tidak dapat lagi menemui Tok Oyam semula setelah
mengembara jauh di kawasan bendang yang luas.
Tetapi penduduk kampung tidak peduli sangat dengan pantang larang yang telah diberitahu Tok
Kuning di dalam mimpi Tok Oyam itu. Apalah sangat mimpi tatkala nyenyak tidur kalau
dibandingkan dengan kesukaran mereka mencebak tanah sawah setelah habis musim menuai.
Jerami padi harus dibakar juga biar mudah mencebak tatkala air mula masuk ke dalam lopak.
Marah juga Tok Oyam apabila mereka tetap berdegil mahu melanggar pantang larang membakar
jerami padi di tengah sawah. Sebab itu Tok Oyam ingatkan mereka setiap kali musim turun ke
sawah, nescaya hasil padi akan menjadi sekiranya parit tali air mereka mengalir air keruh masuk
ke lopak. Tok Oyam tahu memang Tok Kuning yang bersihkan parit tali air berkenaan, sekali pun
tiada sesiapa pun yang melihat dia terbongkok - bongkok di situ mencebak tanah.
Tok Oyam sekadar cam, air di dalam parit tali air itu akan keruh berkeladak sahaja sebagai tanda
Tok Kuning turun bersihkan parit berkenaan. sekiranya air tidak keruh, tahu sangat Tok Oyam
memang padi tidak akan menjadi sepanjang tahun berkenaan. kalau tidak dijangkiti penyakit
sambar pun, burung ciak atau tikus akan berkeliaran menggetis rumpun padi. mereka semua
akan mengeluh panjang akibat padi tidak menjadi itu.
Tidak lama selepas kejadian Tok Kuning hilang tatkala bersihkan parit tali air, Tok Oyam
bermimpi lagi mengenai rumpun serai bunga telah tumbuh di hujung halaman rumahnya. Sebaik
sahaja bangun pagi, segera Tok Oyam menjengah ke hujung halaman. memang terkejut dia
apabila melihat rumpun serai bunga segar tumbuh merimbun.
Hinggalah Tok Oyam meninggal dunia, rumpun serai bunga itu tetap merimbun tidak diganggu
sesiapa pun. Kadang kala anak - anaknya terserempak juga dengan ular sawa berlingkar di tengah
belukar rumpun serai berkenaan dengan sisiknya berkilau laksana kaca disilau dengan cahaya
matahari.
Disebabkan mereka berdegil juga membakar jerami padi, tiba - tiba sahaja musim kemarau yang
berterusan telah melanda hingga tanah sawah menjadi gersang. Tumbuh - tumbuhan juga
menjadi layu laksana dibakar api yang marak menyala. Setelah tidak lagi boleh bercucuk tanam,
lantas sahaja penduduk - penduduk kampung itu berpindah meninggalkan perkampungan yang
diteroka oleh Tok Kuning itu.
Lama kelamaan perkampungan berkenaan telah terbiar menjadi hutan hingga bertahun - tahun.
Tetapi rumpun serai bunga itu tidak lagi ditemui oleh Andak Bucin apabila dia masuk semula ke
hutan bersama dengan Lebai Minin untuk mencari rotan. Puas dia berlegar - legar di kawasan
rumpun serai bunga ditemui itu, namun tetap tidak kelihatan apa - apa di situ selain daripada
belukar bemban yang tumbuh meliar.
36

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

Kalaulah dia tidak merentap rumpun serai bunga berkenaan tatkala mula - mula terserempak,
nescaya dia tidak akan menemui lagi tumbuhan berkenaan. Tetapi Lebai Minin tidak peduli
sangat fasal Andak Bucin yang berbangga sangat dengan rumpun serai bunga yang ditemui di
hutan itu. Apa lagi setelah Andak Bucin mengakui pernah terserempak dengan kubur lama di
tengah hutan yang berpagar dengan ruyung nibung. Hinggakan nesan yang tercancang juga
diperbuat daripada ruyung nibung juga.
LAntas Andak Bucin pun menetak anak - anak kayu untuk dijadikan tanda lalu dicancang di situ
biar mudah cam tempat kubur lama itu ditemui. Apabila dia mahu tunjukkan kepada Lebai Minin
keesokkan harinya, mereka hanya sekadar melihat anak - anak kayu dipangkas yang
dicancangkan oleh Andak Bucin . Kubur lama yang berpagar dengan ruyung nibung itu sekadar
busut yang ditumbuhi dengan belukar rotan sahaja.
" Ah perkara kecil aje fasal andak temui kubur lama tu " ujar Lebai Minin yang tidak berasa hairan
apa - apa. " Allah jadikan langit tak bertiang, laut tak bergali, matahari memancar di ufuk timur
lebih menakjubkan dari kubur yang hilang tu " perlahan dia menjelaskan setelah Andak Bucin
merasa hairan dengan kejadian sedemikian.
memang Andak Bucin bermimpi juga fasal kubur yang ditemuinya itu memang kubur Tok Kuning
. Tetapi Andak Bucin tidaklah peduli sangat dengan mimpi demikian. Hinggalah beliau
terserempak dengan jelmaan lelaki berjubah kuning yang mengakui dirinya Tok Kuning berjejak
pada rumpun serai bunga di hujung halaman itu.
Terkejut juga Andak Bucin apabila Tok Kuning memberitahu yang dirinya juga berketurunan Tok
Oyam . Lantas Tok Kuning menyuruh dia tadahkan minyak yang memancut di perdu rumpun
serai bunga dengan tempurung. Setelah Tok Kuning hilang bagaikan asap yang ditiup angin,
segera Andak Bucin menyuluh ke perdu rumpun serai bunga berkenaan. Tetapi tiada setitik pun
minyak yang memancut di situ.
Apabila bangun pagi sebaik sahaja matahari naik sepenggalah, segera Andak Bucin jengah
semula ke rumpun serai bunga itu. memang hatinya tidak puas kalau tidak melihat apa - apa di
situ. Ketika ini barulah dia melihat perdu serai itu berlendir tetapi berbau harum. Setelah dikuis kuis lendir yang berbuih pada perdu rumpun serai bunga itu, barulah ternampak minyak
memancut bagaikan mata air di dasar telaga.
Tidak bertangguh Andak Bucin pun tadahkan dengan tempurung, tetapi hanya dapat sekadar
beberapa titik sahaja. Lalu dibubuh di dalam botol yang sebesar ibu jari pun sekadar acup dasar
sahaja. Disebabkan bau minyak berkenaan harum, lantas sahaja disimpan baik - baik oleh Andak
Bucin . Semenjak dia menemui minyak wangi pada perdu serai bunga itulah, terasa sangat pada
Andak Bucin rezekinya mencurah masuk. Kalau bertukang rumah pun cepat sahaja orang sudah
membuat janji dengannya hingga Andak Bucin serba salah mahu menerima tempahan.
" Minyak ini tidak ada kuasa apa - apa " beritahu Andak Bucin tatkala menunjukkan botol minyak
senyonyong itu kepada Haji Basar .
37

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

" Yang pentingnya usaha kita sendiri " dia menjelaskan supaya menantunya tidak bergantung
sangat pada minyak berkenaan.
Dia sekadar tadah minyak berkenaan apabila memancut di celah rumpun perdu serai bunga.
Kemudian asapkan dengan kemenyan setiap kali bulan mengambang penuh hingga minyak
berkenaan penuh sebotol. Apabila bulan menurun nescaya minyak di dalam botol berkenaan juga
susut sampai setengah botol.
Minyak senyonyong berkenaan yang bukan sahaja membuatkan Andak Bucin merasakan
rezekinya bertambah, juga boleh digunakan untuk memikat sesiapa pun. Memang Andak Bucin
berkahwin lagi selepas minyak senyonyong itu di tadahkan di dalam tempurung.
Selepas minyak berkenaan disimpan baik - baik, tidak ada lagi kelihatan minyak yang memancut
pada perdu serai bunga berkenaan. Disebabkan isterinya merasa marah sangat apabila Andak
Bucin berkahwin lain, lantas dia mengambil keputusan mahu menebas rumpun serai berkenaan.
Isteri Andak Bucin menuduh tentu disebabkan rumpun serai berkenaan, suaminya mudah sahaja
memikat perempuan akibat minyak senyonyong yang memancut di situ.
Tatkala dia menghayunkan parang panjang, sekali gus matanya bersilau hingga beliau tergamam.
Parang di tangannya juga tercampak ke tanah. Sewaktu dia membongkok mahu mencapai
parang, tiba - tiba sahaja isteri Andak Bucin ternampak batu berwarna warni berlonggok di perdu
serai bunga itu. Apabila dikutip batu - batu berkenaan, isteri Andak Bucin pun jatuh asyik.
kemarahannya terhadap Andak Bucin mulai luntur serta - merta.
Isteri Andak Bucin mulai berubah. Biarlah Andak Bucin berahwin lain asalkan dia dapat mengutip
batu berwarna warni di perdu serai bunga berkenaan. Siapa sahaja yang inginkan batu itu
dijadikan batu cincin, bila bila sahaja dia akan jualkan. Isteri Andak Bucin lah satu - satunya yang
tahu waktu yang sesuai untuk mengutip batu yang berwarna - warni itu. Kalau takat berniat mahu
membolot sendiri, sampai bila pun mereka tidak akan dapat melihat batu berkenaan berlonggok
macam pasir berserak.
" Kamu simpan lah minyak ini " ujar Andak Bucin ikhlas menyerahkan kepada menantunya, Haji
Basar .
Sengaja Haji Basar simpan botol minyak berkenaan di dalam kabinet di dipejabatnya, supaya
tidak ditemui oleh Hajah Rusijah jika di simpan di rumah. Biarlah isterinya tidak tahu apa - apa
mengenai minyak senyonyong itu. Andak Bucin sendiri ingatkannya supaya rahsiakan daripada
pengetahuan anak - anaknya yang lain setelah dia serahkan kepada Haji Basar .
Apabila dia mengalami masalah kesempitan berniaga, Haji Basar sudah tidak harapkan apa - apa
lagi pada minyak berkenaan. Apa sangat minyak senyonyong di dalam botol itu boleh lakukan
sekiranya dia sendiri tidak berusaha. Tetapi setelah menemui Ucu Semali, tiba - tiba sahaja dia
diganggu dengan kereta jenazah yang bergerak sendiri dengan tidak ada pemandu.

38

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

Bukan dia sahaja yang mengalami kejadian sedemikian, Ucu Semali juga berturut - turut 3 pagi
nampak kereta jenazah di tengah halaman rumahnya. Manalah di kawasan Felda berkenaan
pernah ada kereta jenazah melintas.
" Macam mana pandangan ustaz dengan kereta jenazah itu? " Haji Basar mendesak setelah Ucu
Semali juga berasa hairan dengan kemunculan kereta jenazah berkenaan di halaman rumahnya.
" Agaknya arwah Andak Bucin terkilan, kerana tak ada kereta jenazah nak bawa mayatnya balik
ke rumah! " lantas sahaja Mat Sutin membuat andaian. Tersengih - sengih sahaja dia menatap
muka saya.
" Tapi, saya nampak dinding pejabat Haji Basar bagaikan ada mata air macam tebing telaga "
jelas Ucu Semali apabila kenangkan melihat bayangan mengenai keadaan sekitar pejabat Haji
Basar .
Lama saya beristighfar setelah menyuruh Haji Basar lekapkan tapak tangan kanannya pada dada
kiri. Sewaktu dibacakan surah al fatihah sebanyak 41 kali, memang jelmaan Tok Kuning seolah olah terconggok di sisinya. Memang Haji Basar tidak tahu apa - apa mengenai Tok Kuning ,
disebabkan arwah bapa mertuanya tetap rahsiakan mengenai kejadian dia terserempak dengan
lelaki tua berjubah kuning itu.

39

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

025. MANDI AIR TUJUH KUALA


PERKARA LAMA terkejang berbulan - bulan hingga ombak dada kencang turun naik tidak sama
dengan amalan mahu tenaga gagah. Tentu Kasan Tobek juga tidak berniat mahu tenaganya
gagah apabila datuknya Tok Semulih mandikan dia apung semasa masih kecil tatkala terkial kial berjalan. Bimbang juga datuknya akan lutut cucunya akan terkoyak luka kalau jatuh
tersungkur.
Sebab itu Kasan Tobek dimandikan amalan apung apabila dijirus air 7 kuala sungai. beberapa kali
Kasan Tobek jatuh tersungkur, tidak pernah pun dia mengalami luka kepala lutut. ketika umurnya
10 tahun pun Kasan Tobek tidak berasa sakit apa - apa tatkala jari kakinya ditusuk lidi enau hingga
tembus sampai ke sebelah.
Sengaja Kasan Tobek tidak cabutkan lidi enau yang melekat ke daging itu kerana merasa terlalu
sakit sekiranya disentap. 3 hari Kasan Tobek biarkan sampai daging membusuk barulah lidi enau
berkenaan dapat disentap keluar. Memang Kasan Tobek tidak bimbang apa - apa kalau terjatuh
dimana - mana setelah datuknya Tok Semulih ingatkan dia mengenai mandi air apung 7 kuala
sungai.
Sekiranya terluka akibat jatuh tergelincir, Kasan Tobek sekadar pupukkan dengan tasak sarang
lelabah melekat pada bumbung atap sahaja. dia juga akan kunyah pucuk senduduk lalu
dipupukkan pada luka biar darahnya tidak meleleh berterusan. Tetapi kulit Kasan Tobek tidak
sama dengan kawannya, Tapa Lekeh . Cubalah Tapa Lekeh jatuh tersungkur hingga luka kepala
lutut, nescaya berminggu - minggu menahan kesakitan.
Dipupuk dengan tasak sarang lelabah melekat pada bumbung atap pun, luka Tapa Lekeh tidak
akan sembuh serta merta. Bukan Tapa Lekeh sahaja luka tidak sembuh dipupuk dengan tasak,
Berahim Tenyeh yang luka kaki disinggahi mata tajak pun sampai berhari - hari jalan berdengkot
tidak boleh jejak ke tanah.
" Arwah ayah kalau luka, bubuh air liur pun boleh sembuh " ujar Lasah bila kenangkan ayahnya
Kasan Tobek yang tidak bimbang apa - apa sekiranya terluka.
Tidak lama selepas kematian ayahnya, Lasah datang juga menemui saya memberitahu mengenai
tanah di atas kubur ayahnya roboh bagaikan tanah pasir jerlus. Sudah beberapa kali dikambus
semula, tetapi tanah berkenaan jerlus juga bagaikan terowong besar ternganga dibawahnya.
Memang Lasah tidak percaya tanah kubur ayahnya jerlus hingga tidak boleh dikambus. Dia tahu
tanah kubur jerlus itu tidak akan berlubang hingga ternganga sekiranya tidak dikambus dengan
tanah lain. Tetapi tanah berkenaan akan terus jerlus apabila dikambus sampai berpungkis pungkis.

40

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

" Dah puas saya kambus tapi tanah tu jerlus juga, ustaz! " keluh Lasah rusuh dengan kejadian
yang menimpa kubur ayahnya.
Tetapi saya sendiri tidak tahu bagaimana mahu membantu. Kalau sudah dikambus berulang kali
tanah berkenaan jerlus juga, manalah saya boleh ikhtiarkan cara lain. Memang hairan juga
bagaimana tanah kubur boleh jerlus setelah dikambus berpungkis - pungkis. Ke mana pula tanah
berkenaan membolos kalau tanah di dasar kubur tidak berlubang ternganga.
Hanya yang boleh saya lakukan sekadar bacakan surah yassin dengan airnya dijirus ke atas tanah
kubur. Kemudian menyuruh Lasah kambus semula sampai padat. Kalau jerlus juga hingga
merendap, lebih baik dikonkrit sahaja dengan simen. seminggu selepas saya bacakan surah
yassin, kubur berkenaan tidak lagi jerlus tanahnya.
Selepas bertahan beberapa hari, Lasah merungut lagi disebabkan tanah kubur ayahnya jerlus
juga. Bimbang juga kalau tanah jerlus itu akan berlubang hingga sampai ke liang lahad. tentu
mayat ayahnya yang sudah reput akan terbongkar keluar kalau tidak dikambus kukuh. Manalah
tahu anjing yang berkeliaran akan mengorek tanah kubur apabila dibiarkan terjerlus sedemikian.
" Tolonglah ikhtiarkan ustaz! " Lasah merayu dalam perasaan terharu yang menusuk.
Mengeluh pendek saya disebabkan tidak tahu bagaimana mahu ikhtiarkan lagi. Tetapi Lasah
terlalu mengharapkan saya sekali pun sudah diberitahu saya tidak pernah mengalami kejadian
sedemikian. Memang Kasan Tobek pernah beritahu Lasah mengenai kawan datuknya sewaktu
dia masih lagi di Paya Kumbuh.
Lama ayah kawannya, Rangkayo Bano terkejang setelah mengidap sakit lelah berterusan. Setelah
diberitahu oleh Rangkayo Bano mengenai ayahnya, Sibingkong terkejang tidak boleh bergerak
bangun lantas Tok Semulih pun datang menjengah. Tersenyum Sibingkong sebaik sahaja
melihat Tok Semulih naik ke rumah.
Tiba - tiba sahaja Sibingkong terus duduk meminta nasi tatkala Tok Semulih duduk disisinya.
Hairan juga Rangkayo Bano disebabkan ayahnya sudah berbulan - bulan terkejang tetapi terus
sahaja bingkas bangun apabila dijengah Tok Semulih . Sekali gus pula ayahnya meminta nasi
disebabkan terlalu lapar.
Tatkala Rangkayo Bano hulurkan hidangan, Sibingkong sekadar menyuapkan nasi sahaja dengan
tidak menjamah lauknya. Beberapa kali ditambah nasi, dia masih tetap berselera menyuap.
Kemudian dia meratah lauk sampai habis gulai satu belanga. Memang terkejut Rangkayo Bano
dengan sikap ayahnya yang terlalu rakus makan sekali pun hidangan yang diberikan kepadanya
untuk beberapa orang menjamah makanan.
Lantas Tok Semulih bisikkan pada rakannya Rangkayo Bano supaya tidak terpengaruh dengan
perubahan diri ayahnya. Tahu sangat Tok Semulih fasal Sibingkong sengaja menumpang tenaga
41

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

pada dirinya apabila bingkas bangun menjamah makanan. Tatkala Sibingkong menyuap nasi,
terasa pada Tok Semulih badannya beberapa kali berkisar bagaikan menahan beban yang terlalu
berat.
Setelah selasi makan, terus sahaja Sibingkong turun ke tanah berjalan berkeliling rumah. bangga
sangat dia dapat berjalan berkeliling setelah lama sangat terkejang tidak boleh bergerak kemana
- mana. memang termengah - mengah Tok Semulih menahan beban setelah menyedari
Sibingkong menumpang tenaganya ketika itu.
Segera Tok Semulih memujuknya supaya naik semula ke rumah. Sebaik sahaja Sibingkong
berbaring semula di tempat tidur, tidak bertangguh Tok Semulih kisarkan tumit kakinya ke lantai
lalu membacakan : " Allahu yatawaffal anfusahina mau-tiha wallati lam-tamut fi-manamiha
fayumsikul lati qoda 'alaihalmau-ta wayursilul ukhro ila-ajalim musammam, inna fi-zalika laayatin liqaumiy yatafakkarun ".
Apabila Tok Semulih hentakkan tumit kakinya, tiba - tiba sahaja Sibingkong tergamam bagaikan
jatuh terhenyak duduk. terjegil matanya merenung tajam ke arah Tok Semulih seolah - olah
kecewa dengan keputusan Tok Semulih.
" Kamu nak biarkan aku terkejang macam ni, Semulih ? " gerutu Sibingkong tidak berkedip mata
memandang Tok Semulih .
" Kalau gagah bangun sendiri, jangan tumpang pada aku! " sahut Tok Semulih
keras
menyebabkan Rangkayo Bano terkejut. bimbang juga dia kalau kawannya itu memarahi ayahnya
apabila tiba - tiba sahaja menjamah nasi hingga habis satu periuk. tidak pernah ayahnya boleh
gagahi menyuap nasi kalau tidak di depan Tok Semulih.
" Dah lama kamu berkawan dengan Rangkayo Bano, takkan tak boleh aku nak menumpang
kamu? " tersengih - sengih Sibingkong macam memujuk lelaki yang tercongok di depannya itu.
" Aku tahu kamu bukannya Pak Sibingkong ! " jerkah Tok Semulih lantas memberi isyarat kepada
Rangkayo Bano supaya dibuangkan papan lantai sekeping, bumbung atap sekeping dan ditetas
anak tangga.
" Kamu yang pakai susuk gagah Semulih , bukannya aku " lantas Sibingkong menyindir sebaik
sahaja Rangkayo Bano bingkas bangun menuruti apa sahaja yang diberitahu oleh Tok Semulih .
" Oh, sebab itu kamu hendak menumpang? " sengaja Tok Semulih mengejeknya apabila
Sibingkong ungkit mengenai susuk besi kursani yang ditusukkan pada rusuknya.
" Tak patut kalau kamu tak bantu aku, Semulih ! " mendengus marah Sibingkong apabila atap
bumbung rumah dibuang sekeping, lantainya diumpil sekeping manakala anak tangga juga
ditetas pengikat simpainya hingga tergajai.
42

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

" Kalau Pak Sibingkong bila - bila aku bantu, tapi kamu setan! " sahut Tok Semulih
menggertapkan bibir setelah beliau melihat Pak Sibingkong berbayang - bayang terlindung di
sebalik asap hitam yang melabun - labun.
Masakan Rangkayo Bano tidak dapat mengagak bagaimana ayahnya tiba - tiba sahaja boleh
bingkas bangun hingga turun ke tengah halaman. Kemudian berjalan berkeliling rumah seolah olah melepaskan rasa kemaruk setelah berbulan - bulan terkejang tidak boleh berjejak kaki.
Tetapi Tok Semulih tahu dia sendiri bagaikan memapah Sibingkong turun ke tengah halaman.
puas dia cuba menjauhkan diri dari kepulan asap hitam yang menyelubungi diri Sibingkong itu.
Namun terasa bagaikan besi berani menyentap dirinya. Hairan juga Tok Semulih apabila
lembaga yang bersatu dengan diri Sibingkong dapat menumpang tenaganya untuk turun ke
tengah halaman.
Lama dia terkial - kial mahu melepaskan diri, barulah Tok Semulih menyedari akan susuk besi
kursani yang ditusukkan pada rusuknya. kalau tidak kenang dia mengidap lemah tenaga lelaki,
memang Tok Semulih tidak akan tusukkan susuk besi kursani pada rusuknya. Memang Tok
Semulih lama terkejang tidak boleh bangun setelah jatuh memanjat pokok kelapa hingga patah
pinggangnya.
Terpaksa ayahnya, Malam Sidi hantarkannya ke rumah kawannya Sutan Balah yang jauh
terpencil di pinggir hutan. di pondok Sutan Balah yang berdindingkan kulit kepung itu Tok
Semulih ditinggalkan, setelah Sutan Balah berikan syarat supaya siapa pun tidak boleh datang
menjengah sampai 44 hari.
Sewaktu tinggal bersama Sutan Balah , dia sekadar diberi makan umbut sahaja dengan tidak
boleh menjamah apa - apa selainnya. disebabkan banyak sangat memakan umbut, memang Tok
Semulih bagaikan tidak sedar sangat bagaimana Sutan Balah mengubati pinggangnya yang
patah itu setelah terjatuh tatkala memanjat pokok kelapa.
Ketika tengah malam, terkejut juga Tok Semulih apabila lampu dipadamkan yang menyebabkan
mereka bergelap. Sutan Balah sekadar berzikir sahaja sepanjang malam sebaik sahaja beliau
merebahkan badan. Dalam masa Sutan Balah masih berzikir itulah, Tok Semulih mendegar
sekawan gajah berkeliaran disekeliling rumah. sekali sekala gajah berkenaan akan sengaja
menggeselkan badannya pada dinding tempat Tok Semulih terkejang tidak boleh bergerak itu.
Hinggalah Tok Semulih dikejutkan apabila sekawan gajah yang menggesel dinding rumah itu,
menghulurkan belalai pada celah dinding. Dia bagai terasakan belalai gajah itu menghidu - hidu
pada pinggangnya yang patah itu hingga terasa sengal - sengal sampai ke paha. terpaksa Tok
Semulih mendiamkan diri sahaja disebabkan Sutan Balah sudah ingatkan dia supaya tidak ungkit
apa - apa asal sahaja mengalami kejadian yang luar biasa.

43

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

Tidak sampai 44 malam di rumah Sutan Balah, pinggang Tok Semulih mula beransur pulih. dia
sudah boleh berpaut pada dinding tatkala berjalan ke pintu. ketika ayahnya Malim Sidi
menjengah setelah 44 hari ditinggalkan dipinggir hutan berkenaan, Tok Semulih sudah mampu
bertongkat berjalan berdengkot - dengkot mendekati ayahnya.
Memang terasa terseksanya Tok Semulih menghadapi ujian getir setelah terjatuh semasa
memanjat pokok kelapa itu. Pinggangnya patah sehingga tidak boleh tegakkan badan. dia
terkejang tidak boleh bergerak apa - apa bagaikan mayat terbujur di tengah rumah. setelah
dibawa berubat pada Sutan Balah , tenaganya kembali pulih apabila 3 malam berturut - turut
ditonyoh dengan belalai gajah.
Dia sekadar mendengar gajah - gajah berkenaan mendengus di dalam gelap malam sambil
menolak - nolak pinggangnya dengan belalai. Ketika ini dia tidak melihat Sutan Balah, kecuali
kedengaran sayup - sayup zikirnya dalam masa Tok Semulih bagaikan tengah bermimpi. Jikalau
diheret gajah turun ke tanah dengan belalainya pun Tok Semulih tidak dapat berbuat apa - apa
disebabkan ketika itu dia di dalam keadaan sedar dan tidak sedar sahaja.
Selepas pinggangnya pulih tidak terasa sakit apa - apa inilah baru Tok Semulih menyedari bahawa
dia sudah kehilangan tenaga kelakian. Malu benar dia mahu memberitahu ayahnya Malam Sidi
mengenai kejadian yang menimpa dirinya. Sebab itu dia terus menemui Sutan Balah dengan
tidak memberitahu ayahnya terlebih dahulu. biarlah dia pendamkan rahsia berkenaan dengan
Sutan Balah sahaja.
Tersenyum Sutan Balah apabila diberitahu oleh Tok Semulih mengenai dirinya yang kehilangan
tenaga kelakinya itu. Seminggu pula Tok Semulih diminta tidak menemui sesiapa dengan
memakan umbut nibung sahaja. 3 pagi pula Sutan Balah mengasah tenaga kelakian Tok Semulih
dengan batu petir lalu dibacakan : " gembira ala ali mali wali mali, hidup di atas hidup di bawah,
bangkit engkau seperti sediakala, dengan gerak petua, huuu... ".
Setelah dikilir dengan batu petir, Sutan Balah jiruskan pula dengan air 7 kuala sungai yang
ditampung di dalam tempayan. terasa pada Tok Semulih seluruh badannya berasap tatkala air
dijiruskan. Terketar - ketar dia menahan kesejukan apabila Sutan Balah menyuruh dia
mencangkung di bawah tangga tatkala matahari belum lagi memancar.
Semasa mencangkung di bawah tangga Tok Semulih duduk di atas tumit, dengan ditampankan
tenaga kelakiannya di situ. ibu jari kaki sahaja cecah ke tanah dengan 2 tangannya menampar
pinggang sebanyak 3 kali asal sahaja air dijiruskan oleh Sutan Balah ke kepala. Tok Semulih
terpaksa mematuhi apa sahaja petua yang ditunjukkan oleh Sutan Balah dalam masa dia sangat
mengharapkan orang tua itu membantunya.
Lagi pun bukanlah sukar sangat mandi di bawah tangga dengan bertupang pada ibu jari kaki
dalam masa tumit diasak pada tenaga kelakiannya. Biar terasa segala urat di seluruh badan
menyentap semasa duduk di atas tumit sedemikian. ketika tangan menumbuk kuat pada
44

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

pinggang, Sutan Balah menyuruhnya membacakan perlahan : " mandi nur mandi nir, mandi di
pintu petua, mandi nyawa serta badanku, sangka pasak sangka batu, sangka pasak sangka besi,
besi sembilan desa akan pasak pemasung dalam diriku, ikut petua guruku, huu... ".
Setelah siap mandi, Sutan Balah asapkan pula dengan kemenyan. seminggu dia tidak dibenarkan
menemui sesiapa sahaja apabila duduk di rumah Sutan Balah . Kemudian barulah rusuk kanan
Tok Semulih telah ditusukkan dengan besi kursani berwarna kekuningan laksana emas disepuh.
3 kali diketuk Sutan Balah pada kepala lutut Tok Semulih sambil menyeru supaya biar tenaga
kelakiannya pulih semula.
Sebaik sahaja tenaga kelakiannya pulih, segera disangkutkan 4 biji buah kelapa di situ oleh Sutan
Balah . Tersenyum Sutan Balah disebabkan tenaga kelakian Tok Semulih mampu bertahan
tatkala disangkutkan 4 biji buah kelapa. Setelah ditusukkan susuk besi kursani pada rusuk
kanannya, memang Tok Semulih tahu tenaganya di sebelah kanan mampu bertahan sampai bila
- bila pun.
Kalau kerbau menghayun tanduk menyinggahi rusuk sebelah kanannya, nescaya tidak berbekas
apa - apa pada Tok Semulih. Tatkala dia meninggalkan payakumbuh, sempat juga dia menemui
Sutan Balah . Berat juga hatinya mahu tinggalkan sanak saudara apabila ayahnya Malim Sidi
mengambil keputusan mahu berpindah ke semenanjung. Dia terpaksa mematuhi kemahuan
ayahnya yang mahu mencari penghidupan baru setelah dibaritahu oleh kawan - kawannya
mengenai semenanjung yang sesuai untuk membina penghidupan baru.
Tidak lama selepas jejakkan kaki di semenanjung, tiba - tiba ayahnya Malim Sidi mengidap
penyakit demam kura - kura sampai terkukul - kukul kesejukkan sepanjang malam. Sebulan
ayahnya mengidap demam kura - kura, Malim Sidi pun meninggal dunia tanpa sempat
memulakan penghidupan baru. Terpaksalah Tok Semulih menjadi ketua keluarga setelah
ayahnya meninggal dunia hingga meneroka di kampung yang dipenuhi belukar tebal.
Sebab itu Tok Semulih tetap kenang kejadian dia diminta kawannya Rangkayo Bano menjengah
ayahnya Sibingkong yang terkejang sakit. setelah dia lepaskan besi kursani yang dipaut oleh
lembaga berpusar - pusar yang bagaikan asap hitam menyelubungi Sibingkong , barulah tenaga
Sibingkong kembali lemah. Apabila Rangkayo Bano buangkan atap sekeping pada bumbung, anak
tangga sebatang dan lantai sekeping tiba - tiba sahaja Sibingkong menggelepar.
" Kamu nak bunuh aku ke, Semulih ? " terketar - ketar Sibingkong manahan ombak nafasnya yang
beralun - alun kencang.
Tetapi Tok Semulih tidak peduli apa - apa. dia sendiri tidak menduga Sibingkong boleh berpaut
pada susuk besi kursani di dalam dirinya untuk menumpang pulihkan semula tenaganya yang
lemah.

45

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

Setelah Tok Semulih hentakkan tumit kakinya ke lantai berulang kali, Sibingkong pun perlahan lahan mula menutup matanya. tangannya terkuit - kuit jari bagaikan mahu menggapai mencari
tempat berpaut. apabila Rangkayo Bano diberitahu bahawa ayahnya sudah meninggal dunia,
cepat - cepat dia membujurkan jenazah ayahnya.
Semasa jiran - jiran datang menjengah jenazah Sibingkong , mereka terkejut apabila melihat mata
mayat berkedip. Lantas mereka pun mengesyaki bahawa Sibingkong masih belum meninggal
dunia. Tapi Rangkayo Bano tahu ayahnya memang sudah meninggal dunia disebabkan detak
jantungnya sudah berhenti. Sewaktu mereka mahu memandikan jenazah tiba - tiba sahaja seisi
rumah menjadi gempar apabila melihat jenazah Sibingkong hanya tinggal longgokan tulang
sahaja.
" Apa salah ayahku, Semulih ? " keluh Rangkayo Bano yang terkilan dengan kejadian yang
menimpa ayahnya.
" Aku tak tahu apa amalannya, RangKayo! " beritahu Tok Semulih
menerangkannya.

yang serba salah mahu

" Kalau begitu ayahku ada mengamalkan amalan yang salah " gerutu Rangkayo Bano setelah
menyedari ayahnya merahsiakan mengenai amalannya selama ini.
" Kamu tentu tahu mengenai amalannya " lantas Tok Semulih mengagak fasal amalan Sibingkong
apabila dia melihat lembaga hitam bagaikan asap menyelubungi dir orang tua itu.
" Memang aku tak tahu amalan dia, Semulih ! " ujar Rangkayo Bano terkejut kerana tidak
menyangka ayahnya mengamalkna amalan sedemikian.
Tetapi memang dia menyedari tenaga ayahnya memang luar biasa apabila kehutan menebang
tebas hutan. Tatkala kawan - kawan ke bukit, dia sengaja membelok kebukit lain untuk menebang
pokok. dalam masa kawan - kawan yang lain masih terkial - kial mahu menebang sebatang pokok,
Sibingkong sudah tumbangkan 5 - 6 pokok besar hingga 5 - 6 pemeluk.
Pokok - pokok yang tumbang jongkang kalang itu tidak payah dipotong dengan kapak . Kawan kawannya tahu sangat mengenai tenaganya yang luar biasa kalau menebang tebas meneroka
hutan. Tatkala terserempak dengan harimau, tidak bertangguh Sibingkong akan cabutkan pokok
2 - 3 pemeluk terus dihembat ke belakang binatang berkenaan. Tidak sempat harimau tersebut
mahu mengelak apabila pokok besar menimpa belakangnya.
Rangkayo Bano sekadar mendengar cerita jiran - jiran sahaja mengenai tenaga luar biasa
ayahnya. Dia sendirI tidak pernah melihat ayahnya memikul beban berat. Kalau ayahnya memikul
beban pun, Rangkayo Bano sekadar melihat ayahnya memikul padi seguni penuh. Mudah sahaja
ayahnya meletakkan guni padi berisi padat itu ke bahunya lantas terus dipikul tidak bertangguh.

46

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

" Ayahku pakai susuk gagah ke, Semulih ? " desak Rangkayo Bano yang masih terkilan dengan
kejadian yang menimpa jenazah ayahnya. Dia sendiri melihat mata ayahnya berkedip setelah
jenazah dibujurkan di tengah rumah. Kemudian jenazah berkenaan tinggal menjadi longgokan
tulang kerangka semasa mahu dimandikan.
Selepas dikebumikan tulang belulang kerangka jenazah itu, Rangkayo Bano terkejut apabila tanah
kubur ayahnya jerlus. Kubur berkenaan mendap hingga berlubang laksana kayu reput tidak
tertahan. Bagaikan hilang akal Rangkayo Bano disebabkan kubur ayahnya terus juga jerlus sekali
pun dikambus berpungkis - pungkis.
Terpaksa Rangkayo Bano memujuk Malim Sidi membantu setelah dia kecewa dengan kejadian
yang menimpa ayahnya itu. Segera Malim Sidi menyuruh Tok Semulih memberitahu Sutan Balah
mengenai hal tersebut. Tatkala Sutan Balah datang menjengah ke rumah Rangkayo Bano, terus
sahaja dia naik ke atas loteng lalu mengambil peti kayu yang tersembunyi di situ.
Terus sahaja Sutan Balah menyuruh Rangkayo Bano bakar sahaja peti kayu berkenaan. Sebaik
sahaja dibakar, terkejut Rangkayo Bano apabila beliau mendengar jeritan nyaring di udara yang
memanggil - manggil nama Sibingkong . Abu peti kayu yang dibakar itu diserakkan di atas kubur.
setelah itu, kubur Sibingkong tidak lagi jerlus.
" Arwah datuknya Tok Semulih pernah bercerita dengan arwah ayah macam tu, ustaz " ujar
Lasah yang terasa seram sejuk juga apabila kenang kejadian demikian.
" Pak Kasan ada simpan peti kayu ke? " sengaja saya mahu mengusik Lasah yang serba salah
apabila disebut mengenai peti kayu berkenaan.
" Setahu saya tak ada " sahut Lasah yang bimbang juga sekiranya ayahnya ada menyimpan peti
kayu sama macam kisah Sibingkong .
Tetapi saya tidak peduli sangat mengenai Sibingkong yang diceritakan oleh Tok Semulih . Tatkala
senja samar -samar, sengaja saya mengajak Lasah menjengah kubur ayahnya selepas sahaja
tunaikan solat maghrib di surau. Setelah membacakan surah al ikhlas 100 kali, lantas saya duduk
tersandar pada perdu pokok temunik bersama Lasah .
Sebaik sahaja kawasan kubur menjadi gelap, saya mencuit bahu Lasah tatkala melihat lembaga
besar terconggok di atas kubur. Dia menghenyak - henyakkan punggungnya di atas kubur itu
hingga terdengar jeritan halus Kasan Tobek bagaikan dihenyak pinggangnya. tidak bertangguh
saya bacakan : " salaman 'ala sulaiman fil-'alamin, hazihi jahannamul-lati kuntum tu'adun ".
Sekali gus pula batu - batu sebesar reban ayam berterbangan menerjah tubuh lembaga besar
yang terconggok itu. tercenggang - cenggang dia tergamam apabila batu - batu berkenaan
bertubi - tubi menerjah kepalanya. Dalam terjahan batu - batu yang merah berbara itulah,
lembaga besar berkenaan bolos lari bersama angin malam yang bertiup sepoi - sepoi itu.

47

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

Tatkala itu saya juga terasa melayang bersama elusan angin lalu terus mengekori lembaga
berkenaan. Sewaktu lembaga besar itu melompat ke atas batu jeram, segera saya
menghambatnya ke situ. Terkejut lembaga besar itu apabila melihat saya berdiri di hadapannya.
Sebaik sahaja lembaga besar itu mahu menghentakkan kakinya, lantas sahaja saya tunjalkan jari
ke udara. Tiba - tiba sahaja ia jatuh berguling ke bawah jeram. Apabila dia bingkas bangun, segera
saya membacakan surah al fatihah 3 kali lantas membayangkan yang tubuh saya membesar
laksana gunung tersergam.
Sekali gus saya melihat ke bawah seolah - olah lembaga besar itu menjadi kecil sekecil - kecilnya.
Ke mana sahaja lembaga itu mahu berlindung, segera saya halang dengan jari telunjuk lalu
menyebabkan dia terpinga - pinga kecemasan.
" Ilmu syaitan terbatas, tetapi ilmu Allah meliputi 7 petala langit 7 petala bumi! " jerkah saya
hingga lembaga tersebut terketar - ketar ketakutan.
Setelah terkial - kial di tengah air jeram mahu melepaskan diri, lembaga berkenaan mendongak
memerhatikan saya. Perlahan - lahan dia memberitahu mengenai Tok Semulih telah
memisahkan dirinya dengan Sibingkong . Tidak patut Tok Semulih pisahkan mereka tatkala
Sibingkong memerlukan tenaganya dalam saat terkejang tidak boleh bangun berjejak kaki.
Apabila Tok Semulih mandikan cucunya Kasan Tobek dengan air apung, tentu bukan mudah
mahu lunturkan semangatnya. Masakan Kasan Tobek berasa bimbang mengalami cedera kalau
berulang - ulang kali terguling jatuh namun tetap tidak terkehel tulang. Sebab itu sengaja dia
halang Kasan Tobek di tengah perjalanan, biar lelaki itu mengalah di depannya.
Tetapi Kasan Tobek tetap bertahan. Dia tidak peduli lembaga besar sebesar mana pun yang
menghalangnya di tengah jalan, bila - bila akan diterkamnya. Sekali pun tidak dapat dibantingnya
sampai terguling ke tanah, Kasan Tobek tetap paut kaki lembaga tersebut untuk menyentapnya.
" Aku Sibingkong , sahabat baik datuk kamu! " beritahu lembaga besar itu setelah menyedari
Kasan Tobek tidak mahu mengalah.
" Kalau kau berniat baik, tak apa! " sahut Kasan Tobek memberi amaran. " Kalau kamu berniat
jahat, sampai bila pun aku akan tetap lawan " tegasnya sambil mendengus marah.
" Takkan Sibingkong akan berniat jahat kepada kawan sendiri " ujar lembaga besar itu sambil
tersengih - sengih.
Memang Kasan Tobek tidak peduli sama ada jelmaan Sibingkong mendampinginya atau tidak.
Apa sangat dengan jelmaan Sibingkong kalau tenaganya mampu bertahan melawan bencana
yang menggangu. Tidak pernah dia harapkan jelmaan Sibingkong setiap kali orang - orang
kampung memintanya membantu tatkala diganggu petaka.
48

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

Sewaktu ular sawa sebesar batang pinang menyusup masuk ke kandang kambing Itam Serilah,
dia menjadi cemas apabila kambingnya mengembek - embek dicerut kuat. Tidak bertangguh Itam
Serilah beritahu Kasan Tobek . Sebaik sahaja Kasan Tobek tercegat di tepi kandang, tiba - tiba
sahaja perasaannya menjadi berang hingga tidak disedari terus meluru masuk ke dalam kandang.
Sekali gus Kasan Tobek mengheret ular berkenaan keluar dari kandang. Tatkala ular sawa
membelit tubuhnya, jelmaan Sibingkong bagaikan bersatu dengan dirinya. Lantas sahaja ular
sawa sebesar batang pinang itu terasa seperti ular lidi membelit batang kelapa.
Sekali sentap sahaja akan Kasan Tobek , tubuh ular sawa itu terpokah tidak bersisa. Memang
terkejut orang - orang kampung yang melihat kejadian tersebut seolah - olah tenaga Kasan Tobek
bagaikan 100 ekor gajah di tengah hutan.
" Kenapa kamu ganggu kubur Kasan Tobek ? " lantas saya susupkan kepala lembaga itu ke bawah
batu jeram. Setelah ditindih dengan batu jeram, saya melihat lembaga tersebut tenggelam di situ
tidak mampu melonjak bangun.
Kemudian saya hentakkan tumit ke tanah sambil membacakan surah al ikhlas 17 kali hingga saya
melihat batu jeram itu menjadi mampat. Sewaktu saya melayang semula ke udara bersama
elusan angin, Lasah masih lagi terconggok di perdu pokok temunik. Dia berbisik memberitahu
saya bahawa timbunan tanah berlonggok di atas kubur datuknya.

49

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

026. LELAKI TUA BERKEPALA BUAYA


SUDAH menjadi kebiasaan selesai sahaja Maghrib saya akan membaca Al-Quran menunggu
masuk waktu Isya'. Berulang kali habiskan membaca tiga puluh juzu' Al-Quran itu semakin terasa
terlalu kerdil diri sejak bertahun-tahun dulu. Memang isteri saya tidak akan mengganggu
sekiranya saya masih membaca Al-Quran di dalam bilik sekalipun kawan-kawan rapat menelefon.
Disebabkan ayah saya menelefon, terpaksa jugalah isteri saya menjengah ke dalam bilik. Habis
sahaja saya membaca Surah Al-Haqqah sebanyak 52 ayat itu tidak sempat saya mahu
meneruskan membaca Surah Al-Ma'aarij sebanyak 44 ayat. Lantas saya keluar menyambut
telefon dari ayah saya. Memang surah yang mempunyai ayat-ayat pendek itu saya habiskan tiga
atau empat surah dari selepas Maghrib menjelang Isya' itu. Disebabkan isteri saya memberitahu
ayah saya menelefon, segeralah saya menyambut telefon itu.
Tidaklah mustahak sangat perkara yang hendak diberitahunya cuma abang ipar saya Haji Mosli
mengajak ke rumahnya kenduri disebabkan anak saudaranya akan ke Mekah. Perkara kenduri ini
sudah menjadi kelaziman dalam masyarakat kita, sekalipun mengadakan kenduri dan tahlil
semata-mata disebabkan mahu ke Mekah itu. Tetapi Haji Mosli mehu mengadakan kenduri doa
selamat itu bukanlah disebabkan anak saudaranya akan ke Mekah sahaja, dia sudah lama
berhajat mahu mengadakan kenduri tersebut. Kakak saya Hajah Seriyah pun memberitahu saya
dia mahu adakan kenduri doa selamat dan kesyukuran.
Disebabkan kenduri doa selamat itu diadakan di rumah kakak saya di Pulau Sebang, saya
menyuruh anak saya sahaja ke sana bersama isteri saya. Memang saya sudah berjanji mahu ke
Jerantut malam kenduri itu diadakan, setelah Kadir Misai beritahu Lebai Bumin sudah beberapa
minggu terlantar sakit. Sudah lama juga saya tidak menemui kawan baik saya Lebai Bumin itu,
semenjak dia berpindah ke Jerantut mengikut anaknya. Disebabkan dia selalu sakit-sakit setelah
isterinya meninggal dunia, sengaja anaknya membawa dia tinggal bersama di Jerantut.
Bukanlah bersetuju sangat Lebai Bumin dibawa anaknya ke Jerantut, tetapi dia terpaksa menuruti
kemahuan anaknya disebabkan keadaan badannya bertambah uzur. Kalau dia berkeras mahu
menetap di rumahnya di Tanjung Karang, siapa pula yang akan uruskan dirinya. Harapkan cucu
atau anak saudara, mereka juga bukan sepanjang masa mahu mengambil tahu mengenai dirinya.
Setelah diberitahu oleh Kadir Misai mengenai Lebai Bumin yang uzur di Jerantut itu saya sendiri
tetapkan masa untuk ke sana. Tetapi apabila ayah saya menelefon mengenai kakak saya mahu
mengadakan kenduri di rumahnya di Pulau Sebang, terpaksalah saya mengambil keputusan
mahu ke Jerantut juga.
Marah juga anak saya disebabkan saya lebih mementingkan kawan sendiri dari saudara-mara.
Tetapi perkara kenduri doa selamat tidak sama dengan menziarahi orang sedang sakit. Kenduri
doa selamat boleh diadakan lagi. "Kalau kenduri di rumah kakak ustaz tu penting, apa salahnya
malam lain sahaja kita ke Jerantut," ujar Kadir Misai ketika datang menjemput saya mendapati
isteri saya sudah bersiap-siap dengan anak saya untuk ke Pulau Sebang pula. "Tak apalah, Wak,"
50

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

sahut isteri saya perlahan. "Ustaz tu kalau dah berjanji, dia tak mahu mungkirkan janjinya," tegas
isteri saya memaklumkan. "Tapi, uzur Lebai Bumin ni, maklumlah uzur orang tua," jelas Kadir
Misai tersengih-sengih. "Bukanlah sakit tenat sampai terlantar sangat," katanya macam rasa
bersalah kerana mendesak saya ke Jerantut sebelum itu. "Hai, ustaz ni pun bukanlah muda
sangat, selalu juga uzur," sengaja isteri saya mengusik sambil mengerling ke arah saya.
Apabila isteri saya bersama anak-anak saya bertolak ke Pulau Sebang, saya pula bertolak ke
Jerantut bersama Kadir Misai. Sengaja pula Kadir Misai ke Temerloh dulu mengajak Mat Jubin
ikut sama. Tetapi kebetulan pula Mat Jubin tidak ada di rumah disebabkan sudah ke Kemaman.
Memang sebelum ke Temerloh tidak ada pun Kadir Misai berjanji dengan Mat Jubin. Dia sendiri
tidak menyangka kerana dua hari sebelum itu dia sudah menemui kawannya itu. Terkejut juga
Mat Jubin apabila diberitahu mengenai kawannya Lebai Bumin terlantar sakit itu. Mat Jubin
sendiri berpesan supaya Kadir Misai mengajaknya bersama kalau mahu ke Jerantut.
Isterinya juga tidak tahu kenapa Mat Jubin ke Kemaman hingga tidak sempat meninggalkan
pesanan apa-apa. Lainlah kalau dia ke Sungai Tengi bersama Lebai Bumin, semasa kawannya itu
masih menetap di Tanjung Karang. Kadir Misai pun tahu sekiranya Mat Jubin ke Sungai Tengi
memang menangkap buaya tengah galak mengganas. Tidak siapa pun berani mengharung arus
sungai apabila buaya terjongol kepala. Cuma Mat Jubin satu-satunya yang tidak akan berganjak.
Bila-bila dia akan turun ke bawah tebing setelah diberitahu mengenai buaya menyambar mangsa.
Sudah beberapa kali Lebai Bumin mengajaknya ke Sungai Tengi apabila buaya menyambar lembu
meragut rumput di tebing sungai. Bimbang juga mereka di situ mahu mengharungi sungai apabila
buaya mula mengganas sekalipun menyambar lembu tengah meragut rumput. Manalah tahu
buaya berkenaan akan menyambar siapa sahaja tercegat di tebing sungai.
Sebab itulah mereka ke Tanjung Karang mencari Lebai Bumin. Mereka mendesak orang tua itu
supaya membantu biar buaya berkenaan jauh dari Sungai Tengi. Tentu Lebai Bumin boleh halau
binatang berkenaan masuk ke sungai Bernam supaya tidak mengganggu penduduk-penduduk di
situ.Tetapi Lebai Bumin tidak sama dengan Pawang Bahar. Sejak bertahun-tahun memang
mereka di situ harapkan Pawang Bahar turun ke tengah arus apabila buaya menyambar mangsa.
Mereka melihat sendiri Pawang Bahar membakar kemenyan di tebing sungai lantas mengepal
tiga genggam tanah di tangannya.
Setelah kepalan tanah di tangannya diasapkan dengan kemenyan, Pawang Bahar akan
melontarkan kepalan tanah itu ke tengah arus. Kadangkala kepalan pertama yang dilontarkannya
itu sudah disambar buaya di permukaan air. Sekiranya buaya yang diperangkapnya berdegil
sampai habis semua tiga kepalan tanah dilontar ke tengah arus, tidak seekor pun buaya akan
melompat menyambarnya. Terpaksalah pula Pawang Bahar gunakan cara yang lain biar buaya
berkenaan menyerah diri di depannya. Cubalah buaya tersebut berdegil setelah dia lemparkan
tiga kepalan tanah sudah dijampi dan diasapkan dengan kemenyan itu!
Kalau Pawang Bahar sudah cancangkan buluh runcing di atas tebing bersilang dua, kemudian
dilangkah tiga kali nescaya buaya yang degil tidak lepas ke mana. Bila-bila buaya di dasar sungai
51

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

akan merangkak naik ke tebing laksana kura-kura tidak bermaya. Tidak bertangguh buaya
berkenaan menyusupkan kepala ke bawah buluh tercancang bersilang dua di tebing sungai.
Ketika ini Pawang Bahar akan memukul kepala buaya dengan kain hitam panjang tiga hasta
berulang kali. Memang buaya berkenaan tidak akan melawan sebaik sahaja kepalanya dipukul
berulang kali dengan kain hitam panjang tiga hasta.
Selepas dipukul kepalanya oleh Pawang Bahar nescaya buaya tersebut menghempas diri ke
tebing sungai. Tidak lama dia bergolek-golek menghempaskan diri buaya itu akan terkejang mati
dengan darah menyembur dari mulutnya. Cubalah buaya ganas berkeras di depan Pawang Bahar.
Kalau diumpan dengan kepalan tanah pun buaya di dasar sungai tidak dapat lari ke mana. Sebaik
sahaja buaya itu menyambar kepalan tanah yang dilontarkan ke permukaan hanya dalam masa
beberapa minit sahaja buaya itu akan merangkak naik ke tebing. Apabila naik sahaja ke tebing
nescaya buaya tersebut menggelepar laksana ikan mabuk tuba! Beberapa kali buaya berkenaan
menggolek badan menghempaskan diri, dalam masa beberapa minit sahaja akan terkejang
dengan darah membuak-buak di muncung. Mereka akui kebolehan Pawang Bahar kalau
berdepan dengan buaya ganas di mana-mana pun.
Tetapi semenjak Pawang Bahar meningal dunia siapa lagi boleh diharap kalau bukan Lebai Bumin.
Cuma mereka tidak menyedari Lebai Bumin tidak sama dengan Pawang Bahar. Disebabkan orangorang kampung mendesak, terpaksa jugalah Lebai Bumin gagahi memenuhi kemahuan mereka.
Sebab itulah Lebai Bumin menjemput Mat Jubin di Temerloh. Dia percaya kawannya itu sanggup
membantu disebabkan lama mereka berkawan dengan Pawang Bahar. Cuma Lebai Bumin tidak
cekap seperti Mat Jubin kalau diminta ke tengah arus sungai jinakkan buaya mengganas.
Lainlah kalau mangsa terkena santau sampai berbuih-buih muntah darah, memang Lebai Bumin
satu-satunya yang tidak mengelak jika dijemput hatta tengah malam tatkala nyenyak tidur
sekalipun. Ketuklah pintu rumahnya, nescaya bila-bila pun Lebai Bumin akan bangun dengan
terkuap-kuap menahan rasa mengantuk. Dia akan mencapai bajunya yang tersangkut di paku
dinding lantas disandang ke bahu. Dengan tidak bercakap sepatah pun dia terus sahaja berjalan
menuju ke rumah mangsa. Sudah menjadi pantang larang Lebai Bumin dia tidak akan bercakap
sepatah pun apabila dijemput mengubati mangsa terkena santau. Setelah dia doakan mangsa itu
barulah dia mahu bercakap sepatah dua.
Lebai Bumin tidak peduli tengah malam pun dia akan meminta keluarga mangsa ambilkan juga
kelapa muda. Kalau terpaksa memanjat pun, kena jugalah panjat sampai santak pelepah. Lebai
Bumin tidak mahu buah kelapa tersebut jatuh terhempas ke tanah sekiranya mahu dibuat ubat.
Terpaksalah siapa pun memanjat berhati-hati supaya buah kelapa muda yang diperlukan oleh
Lebai Bumin itu tidak jatuh terhempas ke tanah. Dia sendiri akan memangkas bahagian kepala
buah sampai nampak tempurung. Setelah ditebuk tempurung berkenaan barulah Lebai Bumin
merenung tepat ke pusar air kelapa. Kadangkala mereka nampak asap keluar berkepul dari
lubang yang ditebuk sebelum sempat Lebai Bumin bacakan doa. Ketika ini Lebai Bumin akan
bacakan berulang sampai tujuh kali: Bismillahhil lazi layaddhurru ma'asmihi syai-in fil-ardha wala

52

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

fis-sama-ii wahuwal sami'ul 'alim, fat-tahazat min dunihim hijaban fa-arsalna ilaiha rohana
fatamasthala laha basyaran sawiiya.
Apabila air kelapa yang didoakan itu diberi minum kepada mangsa sekaligus pula mangsa
berkenaan akan muntah hingga melambak ditadah ke dalam dulang. Mereka akan lihat sendiri
muntah bercampur darah itu berbaur-baur dengan serbuk kaca halus dengan serpihan ulat bulu
dan miang rebung. Setelah menghela nafas dengan keadaan yang dilihatnya itu barulah Lebai
Bumin mahu dilayan bercakap. Tidak ada lagi pantang-larang setelah dia doakan mangsa yang
mengadu terkena santau. Tetapi selagi belum dia mendoakan memang Lebai Bumin tidak akan
bercakap sepatah pun semasa berjalan ke rumah mangsa.
Tahu sangat orang-orang kampung dengan pantang-larang Lebai Bumin itu. Sebab itu mereka
juga akan sama-sama berpegang dengan pantang-larang tersebut apabila menjemput Lebai
Bumin. Tetapi mereka tidak tahu fasal Lebai Bumin tidak akan sanggup jinakkan buaya
mengganas di tengah arus sekalipun lama dia berkawan baik dengan Pawang Bahar. Sampaikan
dia tahu sangat tabiat Pawang Bahar yang sayangkan basikalnya macam mendidik anak-anak.
Setiap hari dia akan basuh basikal kesayangannya asal sahaja balik dari kedai meranduk lumpur
di permatang sawah.
Kadangkala diusik juga oleh Lebai Bumin disebabkan Pawang Bahar akan membawa basikalnya
naik ke serambi setiap malam. Dia tidak rela biarkan basikalnya tersadai di bawah rumah. Tetapi
Pawang Bahar tidak peduli sekalipun Lebai Bumin mengusiknya seolah-olah sama basikal
tersebut dengan isteri sendiri. Sekalipun dijaga cermat basikal Pawang Bahar hilang juga dari
tengah serambi. Dia sendiri tidak tahu siapa mencurinya sampaikan Pawang Bahar pun
terpedaya. Tidak lama selepas basikalnya hilang itu, tiba-tiba sahaja dia diserang sesak nafas
hingga meninggal dunia.
Macam tidak percaya Lebai Bumin apabila diberitahu mengenai kawannya Pawang Bahar.
Masakan Pawang Bahar bersedih fasal basikalnya hilang hingga menanggung sesak nafas. Siapa
pun tidak tahu ke mana hilangnya basikal kesayangan Pawang Bahar. Memang mereka percaya
Pawang Bahar dapat mengagak kehilangan basikalnya itu petua menandakan saatnya semakin
hampir. Tentu pawang besar sepertinya tahu mengenai petua dan pelangkah mengenai dirinya.
Kalau buaya ganas di tengah arus pun boleh dijinakkannya, masakan dia tidak tahu apa-apa
mengenai petua dan pelangkah.
"Mat Jubin pun tak kurang dari Pawang Bahar tu, ustaz," bisik Kadir Misai apabila meninggalkan
bandar Temerloh. Saya mengangguk perlahan. Perkara kebolehan Pawang atau Mat Jubin
bukanlah penting sangat, kerana mereka berdua juga memohon pertolongan dari Allah. Memang
seringkali saya ingatkan Kadir Misai mengenai makna: Innallahu mulkussamawati wal-ardh yuhyi
wayumitu wama lakum min dunillahi minwwaliyinwwalanasir. "Sesungguhnya kepunyaan Allah
kerajaan langit dan bumi, Dia yang menghidupkan dan mematikan, dan sekali-kali tidak ada
pelindung dan penolong bagimu selain Allah," keluh Kadir Misai menghela nafas pendek.

53

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

Dia sedar tidak sepatutnya dia membandingkan kebolehan arwah Pawang Bahar dengan Mat
Jubin. Kalau dia tidak ceritakan kepada saya pun, memang sudah beberapa kali saya diberitahu
oleh Lebai Bumin mengenai dua orang rakannya itu. Kadangkala menitik air mata Lebai Bumin
apabila kenangkan arwah Pawang Bahar sanggup bercekang mata di tebing sungai apabila
diberitahu buaya galak mengganas. Pawang Bahar tidak terniat langsung mahu tunjukkan
kemampuannya tundukkan buaya ganas sampai merangkak ke celah kangkangnya menyerah diri.
Dia sekadar mahu selamatkan penduduk-penduduk yang merasa terancam setiap kali buaya
ganas menjongolkan kepala di permukaan arus sungai.
Sama juga dengan Mat Jubin yang sanggup menyelam ke dasar sungai kalau penduduk-penduduk
gempar tatkala mangsa disambar buaya. Puas menyeru di tebing sungai, tidak seekor pun buaya
ganas terjongol kepala di tengah arus, lantas sahaja Mat Jubin menggenggam pasir. Apabila dia
kisarkan tapak tangannya, Mat Jubin akan turun ke air dengan tidak bercakap sepatah pun.
Sekaligus pula dia menyelam hingga tidak timbul lagi. Ketika ini mereka yang berdiri di tebing
sungai akan melihat buih membuak tempat Mat Jubin menyelam. Tidak lama selepas itu mereka
nampak seekor buaya putih akan menghambur tiga kali ke permukaan sungai.
Setelah buaya putih itu tenggelam semula ke dasar sungai, lama mereka menunggu di tebing
sungai nescaya akan terjongol seekor demi seekor buaya merangkak ke tebing sungai. Tatkala ini
Lebai Bumin akan berdiri di situ memegang kain hitam panjang tiga hasta. Sebaik sahaja buaya
merangkak naik ke tebing, Lebai Bumin akan memukul buaya berkenaan dengan kain hitam
panjang tiga hasta itu. Sekiranya buaya berkenaan tidak menyambar mangsa, lantas sahaja dia
terjun semula turun ke dasar sungai. Hingga buaya yang bersalah menyambar mangsa merangkak
naik ke tebing, nescaya dia tidak akan berganjak apabila kepala dipukul Lebai Bumin dengan kain
hitam panjang tiga hasta. Selepas buaya berkenaan menyerah kalah, Lebai Bumin akan meyeru
Mat Jubin naik semula ke tebing.
Sebaik sahaja Lebai Bumin menyeru namanya tiga kali, mereka yang berdiri di tebing sungai akan
melihat buaya putih menghambur ke permukaan air tiga kali berturut-turut. Tidak lama selepas
itu Mat Jubin akan tercungap-cungap naik ke tebing. Dia akan memberi arahan sama ada buaya
berkenaan perlu dibunuh atau pun tidak. Memang Mat Jubin tidak akan membunuh buaya yang
sudah tidak berganjak di tebing. Dia akan meminta orang-orang kampung sendiri menembaknya.
Setelah buaya itu mati akibat kepala ditembak, Mat Jubin sendiri akan tanam bangkai binatang
berkenaan lengkap dikapan kain putih. Mereka melihat Mat Jubin mengesat pelupuk matanya
apabila bangkai buaya itu terbungkam ditembak kepala sampai terkejang di situ.
"Saya tak sanggup nak buat macam abang Mat Jubin tu," Kadir Misai menambah apabila
menyedari saya tunduk tidak bercakap apa-apa. Saya tidak menyahut. Tidak tahu saya kenapa
Mat Jubin mesti kapankan bangkai buaya tersebut. Terpaksa pula banyak membeli kain putih
semata-mata mahu kapankan bangkai binatang berkenaan. Memang saya tidak pernah tanyakan
kepadanya mengenai petua tersebut sampai dia sanggup bersusah payah tanamkan bangkai
buaya berkenaan dengan dikapankan.

54

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

Disebabkan kami meninggalkan Temerloh belum masuk Maghrib, terpaksalah saya mengajak
Kadir Misai berhenti dalam perjalanan apabila ternampak masjid. Memang banyak masjid
ditemui kalau sepanjang perjalanan menuju ke Kuantan, tetapi melalui jalan ke Jerantut sengaja
Kadir Misai membawa saya ikut jalan kampung yang belum pernah saya tempuh lagi. Kadir Misai
memang tahu sangat di mana sahaja ceruk kalau di Pahang. Bukan takat ke Jerantut sahaja, kalau
turun sampai menuju ke Endau pun Kadir Misai tahu jalannya. Apalagi kalau ke Pelangai atau
Mancis ikut Jalan Karak, bila-bila Kadir Misai boleh tunjukkan jalan pintas.
Selepas melalui jalan belukar dipenuhi pokok-pokok durian di kiri kanan jalan, kami menemui
beberapa buah rumah sahaja. Tidak jauh dari beberapa buah rumah itu nampak surau kecil di
tepi jalan dengan beberapa orang jemaah tengah solat. Lantas Kadir Misai mengajak saya turun
di surau berkenaan untuk solat bersama jemaah di situ. Sempat juga kami ikut sama berjemaah
di surau berkenaan. Habis sahaja mereka berdoa, beberapa orang jemaah turun meninggalkan
surau. Hanya Siak Budin sahaja menunggu saya dan Kadir Misai habiskan solat sunat.
"Abang tunggu kami ke?" segera Kadir Misai mendekati lelaki itu setelah dia memperkenalkan
dirinya sebagai Siak Budin. Memang serba salah juga kami sekiranya dia terpaksa menunggu
kami, disebabkan mahu cepat balik ke rumah selepas habis solat berjemaah Maghrib. Kenapa
pula mereka tidak menunggu hingga Isya' masuk? "Tidak, saya menunggu Isya'," beritahu siak
Budin menyandarkan belakang ke dinding. "Kenapa jemaah lain tak tunggu Isya?" Kadir Misai
yang memang ramah itu terus bertanya. "Ah, orang-orang muda sekarang bukannya tahu nak
makmurkan surau atau masjid," gerutu Siak Budin menyimpan perasaannya.
Tersengih-sengih Kadir Misai. Bukan Siak Budin sahaja mengeluh kalau kenangkan suraunya
seringkali lengang menunggu jemaah. Banyak tempat berlaku kejadian seperti itu, tetapi apalah
yang boleh dibuat oleh orang-orang seperti Siak Budin selain daripada mengeluh kesal sahaja.
Dalam masa Siak Budin masih berbual-bual dengan Kadir Misai, saya merasa hati berdebar-debar
tidak semena-mena. Lantas saya memberi isyarat kepada Kadir Misai mahu berbaring sebentar
di penjuru surau. Sambil mengurut dada perlahan saya bacakan Ayatul Kursi untuk meredakan
debaran yang semakin kuat.
"Kalau ustaz penat, tidurlah dulu," ujar Siak Budin mengusap-ngusap janggutnya. Saya sekadar
memberi isyarat dengan mengangkat tangan sahaja. Kemudian merebahkan badan dengan
kepala alaskan lengan sahaja sambil mengereng ke dinding. Dalam masa saya bacakan Al-Fatihah
100 kali, memang terasa terlelap sebentar. Terbayang pula kepada saya rumah kakak saya di
Pulau Sebang tengah bertahlil tatkala itu. Nampak sangat bayangan ayah saya terlenggoklenggok bersama orang ramai di tengah rumah. Ketika inilah Jibah anak saudara abang ipar saya
terjerit di dapur ketakutan tidak bersebab.
Tidak bertangguh pula kakak saya menggamit suaminya Haji Mosli supaya pulihkan Jibah.
Tentulah mereka cemas sekiranya Jibah tidak dipulihkan disebabkan dia akan berangkat ke
Mekah tunaikan fardu haji bersama suaminya. Kalau keadaan masih lemah, bimbangkan juga
mahu lepaskan dia mahu ke Mekah. Selesai sahaja orang bertahlil dan doa selamat, terpaksa pula
55

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

mereka menjengah Jibah yang terjerit-jerit ketakutan. Suaminya Lasah semakin gelabah apabila
Jibah tidak boleh menatap mukanya. Asal sahaja Lasah berdiri di sampingnya dia akan menuduh
suaminya itu buaya ganas mengangakan mulut di tengah arus sungai.
"Sabar Lasah," segera ayah saya menepuk-nepuk bahu Lasah memujuknya supaya bertenang.
"Cubalah Pak Aji tengok-tengokkan," bisik Lasah resah dengan keadaan isterinya dalam saat
persiapan telah dibuat untuk ke Mekah. "Orang sini tak adakah yang boleh tengokkan," ujar ayah
saya sambil memandang orang ramai. Dia sendiri bimbang nahu tunjukkan pandai di tempat
orang sekalipun di situ kampung halaman menantu sendiri. Manalah tahu tidak sama pula adat
resam orang-orang di situ dengan di kampung halamannya. Setidak-tidaknya dia perlu juga
berbudi bahasa terlebih dahulu, sebelum doakan Jibah. Manalah tahu orang-orang di situ akan
menuduhnya sengaja mahu tunjukkan pandai.
"Tak apalah Pak Aji aje tengokkan," Hajah Demah emak Jibah lantas sahaja mendesak. Dia juga
tidak sabar lagi dengan keadaan Jibah terjerit-jerit takutkan Lasah yang dituduhnya buaya ganas
tengah mengangakan mulut. "Buaya betulkah yang kau nampak ni, atau buaya darat, Jibah?" Haji
Mosli bagaikan menyindir lantas menampar-nampar bahu anak saudaranya itu. "Mana ada buaya
darat!" bentak Jibah menjengil mata merenung tepat Haji Mosli. "Tak nampakkah kulitnya
menggerutu, taringnya macam mata gergaji!" marah benar dia apabila diperolok-olokkan oleh
bapa saudaranya itu.
Segera ayah saya menyuruh Lasah jauhkan diri daripada Jibah. Sebaik sahaja Lasah berundur,
lantas sahaja Jibah menghempaskan badan dengan tangannya merangkak laksana buaya naik ke
tebing sungai. "Hah, kau rupanya jadi buaya, bukan Lasah!" ejek ayah saya tersengih-sengih
melihat Jibah merangkak-rangkak di tengah rumah. Tiba-tiba sahaja Jibah mengangkat kepala.
Dia mengangakan mulut seperti buaya terjongol kepala di tengah arus sungai. Hairan juga ayah
saya dengan keadaan Jibah dengan tidak semena-mena jadi demikian. Kalau mahu dikatakan badi
buaya, rumah mereka bukannya di tepi sungai. Lagi pun di Pulau Sebang tidak pernah pun mereka
terjengah buaya menjongol kepala di tengah arus sungai.
Puas saya meramas-ramas tangan untuk pastikan sama ada tengah bermimpi atau pun bukan,
apakala terbayang kejadian tersebut berlaku di rumah kakak saya. Memang saya dapat mengagak
tatkala itu doa selamat dan bertahlil tengah rancak mereka lakukan sebaik sahaja selesai solat
Maghrib. Haji Mosli akan mengajak jiran-jiran solat berjemaah di rumahnya kalau dia menjemput
kenduri doa selamat dan bertahlil. Saya percaya saat tersebut memang mereka tengah bertahlil
lagi. Tetapi bayangan itu semakin jelas memancar di hadapan saya. Apalagi ayah saya menuding
jari bagaikan melambai-lambai ke arah saya dengan membacakan Al-Fatihah 17 kali, surah AlIkhlas 17 kali dan diikuti dengan Ayatul Kursi juga 17 kali.
Gema suara ayah saya membacakan ayat-ayat tersebut terasa bergegar dalam dada saya.
Gegaran itu semakin kencang hingga tangan saya ikut gementar apakala dilekapkan ke situ sambil
diusap-usap kuat. Sekaligus pula air mata saya bercucuran apakala suara ayah saya sayup-sayup
terdengar di cuping telinga. Ketika ini terasa kabus menyelubungi seluruh tubuh saya hingga
56

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

seolah-olah tenggelam di dalamnya. Apabila saya kuakkan tangan mahu melepaskan diri
daripada kabus tersebut, Jibah masih tertiarap di tengah rumah dengan tangan terkuak-kuak
bagaikan merangkak seperti buaya.
"Kenapa Angah tak mahu datang?" suara ayah saya bagaikan menyindir sebaik sahaja terjengah
muka. "Kenduri sanak saudara, patutnya Angah datang jengah muka!" katanya kesal dengan
keputusan saya sengaja mahu ke Jerantut mengikut Kadir Misai. Saya tidak menyahut. Memang
gema kemarahan itu menyusup jauh dalam perasaan ayah saya. Dia tidak luahkan kepada sesiapa
pun, tetapi memang dia kecewa apabila saya tidak menjengah muka sekalipun anak-anak dan
isteri saya datang menjengah.
Apabila tubuh Jibah bertukar menjadi buaya merangkak di tengah rumah, tidak siapa pun berani
mendekatinya. Tidak bertangguh pula dia menyambar Lasah yang cuba menghambur ke pintu.
Belum sempat Lasah mengelak muncung panjang Jibah lantas mengerkahnya. Lasah terperusuk
ke dalam kerongkong hingga darah memercik di celah taring buaya laksana mata gergaji itu. Saat
ini mereka yang melihat kejadian tersebut sekadar nampak Jibah ketawa terdekah-dekah seperti
merasa puas hati. Lasah yang tercegat di tepi pintu hanya terpampan dengan mata terkebil-kebil
memerhati isterinya merangkak-rangkak di tengah rumah.
"Macam mana kita nak buat ni, Pak Aji?" Hajah Demah semakin cemas dengan keadaan anaknya.
Bimbang juga dia sekiranya Jibah tidak dapat menunaikan fardu haji akibat diganggu penyakit
ganjil secara tiba-tiba. "Didajal orang ke Jibah ni, kerana iri hati dia nak ke Mekah!" marah benar
Hajah Demah dengan kejadian yang meresahkan dia ketika itu. Ayah saya tidak menyahut. Dia
menggamit Haji Rosli supaya meletakkan tapak tangan ke ubun-ubun Jibah. Kemudian dia
berpaling ke arah saya menyuruh mara ke hadapan. Hairan juga Haji Mosli tatkala ayah saya
bagaikan bercakap dengan saya sebelum membacakan: Qul-innama ana basyarum mislukum
yuho ilaiya innama ilahukum ilahun wahidun faman kana yarju liqo-a rabbihi falya'mal 'amalan
solehan wala yusyrik bi'ibadati rabbihi ahadan.
Sekaligus pula Jibah bingkas bangun berdiri terhuyung-hayang menuding ke arah saya di penjuru
rumah. Dia menarik-narik rambutnya ketakutan dengan menangis sayu. "Tolong ustaz, bukan
salah aku!" rintih Jibah mahu melarikan diri dengan langkahnya terketar-ketar. Dia jatuh
terduduk sambil tangan terkapai-kapai mahu selamatkan diri. "Nak ke mana kamu?" jerkah ayah
saya menjuruskan tapak tangannya ke muka Jibah dengan membacakan Al-Fatihah tiga kali.
Menggeliat-geliat Jibah menahan kesakitan seolah-olah disimbah dengan minyak panas
mendidih. Ayah saya tidak peduli Jibah merintih-rintih, namun dia terus membacakan: Wa-imma
yanza ghannaka minasy syaitoni nazghun fasta-'iz billahi innahu sami;ul 'alim.
Perlahan-lahan tubuh Jibah rebah ke lantai lemah tidak bermaya. Ketika ini saya melihat seorang
lelaki tua memisahkan diri dari tubuh Jibah yang lemah lantas berdiri. Kepalanya memanjang
laksana buaya terjongol di tengah permukaan air. Apabila dia mahu melarikan diri tangan saya
sudah mencengkamnya sehingga terasa seolah-olah kepala cicak sahaja di bawah tapak tangan
saya. Suara orang tua itu menjadi gementar apabila diserkup tapak tangan yang besar laksana
57

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

bukit menghimpit kepalanya. "Besarnya tapak tangan ustaz ni!" gerutu orang tua itu merungutrungut, hingga mereka yang tercongok di situ mendengar bisikan halus dari mulut Jibah. "Mana
ada ustaz di sini?" bentak ayah saya menyindirnya. "Pak Aji tak nampak ke, ustaz pegang kepala
saya ni?" Jibah termengah-mengah menggapai tangan bagaikan mahu melepaskan diri.
Memang lelaki tua berkepala buaya itu terkial-kial di bawah tapak tangan saya. Terketar-ketar
dia memberitahu mengenai keturunannya memang pawang buaya untuk selamatkan orangorang kampung diganggu buaya. Asal sahaja buaya mengganas di tengah arus, memang dia
dijemput orang-orang kampung menangkap buaya berkenaan. Dia akan turun menyelam ke
tengah arus sampai dua tiga jam baru timbul semula ke permukaan air. Dia akan mengheret
buaya yang ditangkapnya ke tebing sungai. Setelah disembelih dia sendiri akan melapah perut
buaya berkenaan. Orang-orang kampung akan melihat dalam perut buaya itu bermacam
perkakas peninggalan mangsa sama ada tongkat, gelang atau subang berlonggok di dalam perut.
Memang seisi kampung tahu mengenai Pawang Libin yang sanggup diajak ke mana-mana sahaja
sekiranya penduduk-penduduk kampung diganggu buaya ganas. Tidak pernah seekor pun buaya
terlepas sekiranya Pawang Libin sudah menyelam ke dasar sungai. Seisi kampung tahu Pawang
Libin akan bertukar menjadi buaya berjalur putih di tengah belakang. Ke mana sahaja buaya
ganas menyusup di merata ceruk akan diselongkarnya habis. Ketika ini Pawang Libin bukan lagi
manusia menyelam di dasar sungai, tetapi buaya berjalur putih.
Kerapkali juga orang-orang kampung melihat buaya berjalur putih di tengah belakang terjongol
di permukaan sungai. Sekiranya buaya berkenaan bermain di tengah arus, mereka seisi kampung
tidak perlu bimbang. Tidak seekor pun buaya ganas berani terjongol kepala apabila buaya
berjalur putih di tengah belakang iru bermain di permukaan air. Mereka percaya buaya berjalur
putih itu memang jelmaan Pawang Libin. Setelah Pawang Libin meninggal dunia pun orang-orang
kampung kerapkali ternampak buaya berjalur tengah belakang itu bermain di tengah arus sungai.
"Kalau kau ganggu Jibah, tubuh kau akan dipanah petir!" bentak saya merenung lelaki tua
berkepala buaya itu. "Aku tak ganggu Jibah, ustaz," beritahu lelaki berkepala buaya itu terketarketar. "Jibah yang terkejut fasal nampak aku!" rintihnya kesal dengan kejadian tersebut. "Kenapa
kau ke sini?" soal saya keras setelah menyedari tenaganya bertambah lemah. "Aku nak jumpa
Lasah, dia cucu cicit aku," ujarnya mencebik bibir menahan kesakitan setelah sekian lama
terhimpit di bawah tapak tangan saya seakan-akan bukit menyerkup. "Buat apa jumpa Lasah?"
sengaja saya menyindirnya biar dia semakin terdesak. "Lasah nak ke Mekah, apa salahnya aku
ziarah," lelaki berkepala buaya merintih-rintih sayu.
Tetapi dia tidak membantah apabila saya memberi isyarat supaya dia berundur meninggalkan
Jibah. Ketika dia meninggalkan kawasan rumah, lelaki berkepala buaya itu tersengguk-sengguk
menangis sambil mengerling ke arah Lasah. Memang Jibah terkejut tatkala nampak suaminya
Lasah tiba-tiba bertukar bagaikan kepala buaya. Sebab itulah dia terjerit ketakutan. Dia sendiri
berbisik kepada ayah saya, fasal nampak saya merentap kepala buaya yang menyerkup Lasah
seolah-olah topeng keras. Tetapi bukan JIbah sahaja yang menuduh saya terjongol di situ tatkala
58

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

dia meracau-racau. Anak kakak saya, Ziman juga tercengang-cengang memberitahu emaknya
apabila nampak saya melintas di situ. Beberapa kali dia menegur tetapi saya sekadar mengangguk
kepala sahaja.
"Tidur ke, ustaz" tegur Kadir Misai apabila kereta meranduk kegelapan malam melalui jalan
berliku-liku itu. Dia memerhati saya mula mengalih sandar belakang setelah lama sangat terlelap
mata. "Di mana kita sekarang ni," ujar saya lantas beristighfar beberapa kali. "Jauh lagi nak
sampai ke Jerantut," ujar Kadir Misai. Dia beritahu selepas solat Maghrib memang saya berbaring
sebentar. Tetapi saya terus turun ke kereta dengan tidak menunggu masuk Isya'. Disebabkan saya
tidak bercakap sepatah pun, Kadir Misai juga ikut sama turun meninggalkan Siak Budin
bersendirian di atas surau.
Ketika saya masuk ke keretanya hairan juga Kadir Misai disebabkan saya membolos masuk
sedangkan keretanya masih terkunci. Tidak lama selepas meninggalkan surau itulah, baru saya
mengusap-ngusap muka perlahan. Lantas sahaja Kadir Misai menegur sebaik sahaja saya mula
membuka mata. "Kita solat di mana tadi, Kadir?" apabila saya kenangkan berhenti di surau
bersama Siak Budin. "Ah, surau selepas dusun durian," jelas Kadir Misai kerana dia sendiri tidak
tahu di kampung mana kami berhenti solat.
Beberapa kali saya beristighfar setelah diberitahu oleh Kadir Misai. Tetapi sengaja saya tidak
memberitahu Kadir Misai, memang surau yang ditemui itu hanya rumah buruk di tepi jalan. Tentu
Siak Budin yang solat bersama-sama itu juga sekadar bayangan sahaja hingga saya terkeliru.
Masakan selepas melintas dusun durian terdapat kampung tatkala melalui jalan berliku-liku di
lereng bukit. Siak Budin juga bersendirian sahaja setelah jemaah yang lain turun meninggalkan
surau. Saya dapat mengagak pengalaman bertemu Siak Budin sama juga dengan kejadian singgah
di surau Lebai Kidam di Serting sebelum itu.
Lebai Kidam yang sudah meninggal dunia lebih lima belas tahun itu saya temui di suraunya,
semasa dalam perjalanan ke rumah Pak Hid di Bukit Kelulut. Disebabkan sewaktu melintasi surau
Lebai Kidam waktu malam, ketika balik dari rumah Pak Hid di sebelah paginya saya singgah juga
di surau Lebai Kidam. Memang saya sudah duga surau berkenaan tinggal usang dengan sarang
labah-labah di merata ceruk. Pak Hid sendiri yang beritahu mengenai Lebai Kidam sudah
meninggal dunia, sekalipun saya ceritakan fasal solat bersama Lebai Kidam di situ. Tersengguksengguk Pak Hid menangis setelah diberitahu mengenai pertemuan dengan Lebai Kidam itu. Dia
tahu Lebai Kidam sudah lebih lima belas tahun meninggal dunia, bagaimana pula boleh tercongok
di tengah suraunya solat bersama saya?
"Balik nanti kita singgah di surau tu," lantas saya menepuk bahu Kadir Misai. "Ustaz ingat surau
tu sama dengan surau Lebai Kidam dulu?" segera Kadir Misai menyahut apabila dia juga
teringatkan kejadian solat di surau Lebai Kidam di Serting. "Ah, kita singgah aje, apa salahnya!"
beritahu saya tersengih-sengih mengerling Kadir Misai. Belum sempat Kadir Misai menyahut tibatiba sahaja tayar kereta meletup. Serentak dengan itu kereta terbabas ke tepi jalan sampai
berpusing ke belakang. Mujur juga tidak terbalik akibat tayar pecah tidak semena-mena.
59

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

Tetapi Kadir Misai tidak bimbang apa-apa. Dia boleh gantikan semula tayar pancit itu dengan
tayar ganti. Sudah beberapa kali dia terkena kejadian demikian. Kalau takat kerosakan sikit
keretanya memang dia boleh baiki juga. Ketika dia menggantikan tayar kereta yang pancit itulah,
Kadir Misai terkejut kerana Siak Budin tercegat di sisinya. Siak Budin membantu dia gantikan
tayar kereta berkenaan. "Ada rahmatnya kereta awak pancit ni," ujar Siak Budin perlahan. "Kalau
awak cepat sampai ke Jerantut, entah apa pula malangnya!" jelasnya sewaktu Siak Budin
meninggalkan kami sambil dia mengerling ke arah saya. Ketika Siak Budin bersalam dengan saya
terasa tangannya lembut laksana gabus. Tetapi sempat juga dia berbisik kepada saya, "Ustaz
tentu lebih tahu dari saya,". Saya mengangguk perlahan sambil mengesat pelupuk mata.

60

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

027. LEMBAGA BERKEPALA BOTAK KELUAR DARI TOMPOK-TOMPOK HITAM


SAWAH kering terbentang selepas sahaja penduduk-penduduk kampung habis menuai. Siang hari
anak-anak muda berlari di tengah sawah bermain layang-layang sambil mendongak ke awan
memerhati layang-layang terapung di udara. Hanya di tengah sawah itulah anak-anak muda
kampung bermain menghulurkan tali layang sambil mendengarkan dengungnya yang merdu
mengiang-ngiang di udara.
Tetapi malamnya tatkala kegelapan menyelubungi kampung kecil di Pelangai itu, Pak Tua Mahat
meranduk tunggul-tunggul padi kering di tengah sawah bersama menantunya Saban Keme
mencari kawasan lapang tidak berlindung apa. Dia mengeluarkan buluh mendekut dari saku
seluarnya lantas berdiri mendongak ke awan menghadap matahari naik. "Duduk, Saban"
perintahnya menyuruh menantunya mencangkung. Saban Keme tidak membantah. Dia
mencangkung sambil meletakkan tangguk ke tanah. Bila burung wak-wak datang menyerbu
berkelompok-kelompok dia akan menyerkup dengan tangguk tersebut. Kemudian akan
sumbatkan ke dalam buntil yang terikat di pinggangnya. Memang Saban Keme tahu mertuanya
tidak akan mengajak sesiapa kalau mahu mendekut burung wak-wak. "Kau tunggu di sini" ujar
Pak Tua Mahat lantas mara ke hadapan meninggalkan menantunya kira-kira serantai jaraknya.
Saban Keme mengangguk. Dia memerhatikan mertuanya berjalan di dalam gelap, kemudian
hilang berbalam-balam di kejauhan. Dari jarak serantai darinya itulah Saban Keme mendengar
mertuanya meniup buluh mendekut-dekut melangsing di tengah sawah yang lengang di gelap
malam itu.
Dia tidak akan bangun menangguk burung wak-wak yang menyerbu selagi tidak diberi perintah
oleh mertuanya. Saban Keme hanya menunggu sahaja burung wak-wak yang berterjunan dari
awan menerpa ke tengah sawah, kemudian berjalan terlangah-langah mengejar bunyi dekut
buluh yang ditiup Pak Tua Mahat. Kadangkala ada burung wak-wak yang hinggap di atas
kepalanya, tetapi Saban Keme tidak akan menghiraukannya selagi Pak Tua Mahat tidak memberi
perintah menangkapnya. Ketika Pak Tua Mahat mendekut-dekut jauh dari Saban Keme inilah, dia
ternampak satu lembaga berlari-lari dari arah tebing menyeberang ke sawah dari arah kampung.
Sekalipun malam gelap tetapi di kawasan sawah luas terbentang itu, dia masih dapat melihat
orang berlari-lari di dalam samar-samar. "Siapa tu, Saban?" laung Pak Tua Mahat
memberhentikan meniup buluh mendekut. Dia nampak lembaga itu terlangah-langah kemudian
merendap mencangkung berhampiran dengan Saban Keme. "Jonoh...!" beritahu Saban Keme
sebaik sahaja adik iparnya tercangkung di belakang dia. "Apa halnya Jonoh?" soal Pak Tua Mahat.
"Tak ada apa..." sahut Jonoh tersengih-sengih di dalam gelap itu.
Pak Tua Mahat menghela nafas. Memang anaknya Jonoh itu nakal. Dia tidak peduli sama ada
ditegah atau pun tidak. Kalau hatinya berkeras mahu mengikut, tengah gelap pun Jonoh sanggup
meranduk mendapatkan ayahnya. Ketika Pak Tua Mahat mengajak Saban Keme mendekut
sebelumnya memang Jonoh tidak tahu. Tetapi setelah diberitahu oleh kakaknya Saban Keme
pergi mendekut bersama ayahnya ke tengah sawah, lantas Jonoh mengikutnya. Apa lagi dia
sendiri dapat mendengar bunyi buluh mendekut itu langsing sampai ke tengah kampung. "Emm,
61

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

Jonoh..Jonoh..." keluh Pak Tua Mahat meniup semula buluh mendekutnya. Kira-kira 15 minit dia
meniupnya, Pak Tua Mahat terdengar bunyi ribut kencang di udara. Awan juga kelihatan
bertompok-tompok bersama deru ribut yang hitam di angkasa. Tersenyum Pak Tua Mahat kerana
burung wak-wak yang didekutnya sudah datang menyerbu ke situ. Dia segera mendapatkan
menantunya Saban Keme dan anaknya Jonoh menunggu. "Buat apa kau ke mari...?" rungutnya
memarahi Jonoh. Kemudian dia cepat-cepat mencangkung supaya memudahkan Saban Keme
menangguk apabila burung wak-wak berkenaan menuju ke arahnya.
Jonoh tidak menyahut. Dia hanya tersengih-sengih sahaja walaupun ayahnya melarang dia
mengikuti berburu ke hutan atau mendekut burung wak-wak, tetapi Jonoh tetap berdegil mahu
mengikutnya. Sekali-sekala dia dapat mengikut mendekut burung, hatinya terasa seronok
melihat burung-burung berkenaan terperangkap di dalam tangguk. Kadangkala dia sendiri
merampas tangguk dari tangan abang iparnya menangguk burung-burung yang terlangah-langah
datang mengikut bunyi buluh dekut-dekut yang ditiup. Tompok-tompok hitam di angkasa tibatiba sahaja hilang bersama ribut kencang di udara. Pak Tua Mahat tahu burung wak-wak yang
datang bersama deru ribut kencang itu sudah melencong jauh hingga tidak turun di kawasan
tersebut. Dia kembali meniup buluh dekut-dekutnya bagi memerangkap semula burung wak-wak
berkenaan supaya turun di kawasan lapang di tengah sawah. Kalau burung-burung berkenaan
tersangkut di rumpun aur atau pohon rembia di pinggir sawah, mereka tidak akan turun ke tanah.
"Kau tunggu di sini..." Pak Tua Mahat mendongak ke langit memerhati tompok-tompok hitam
yang sudah bertukar menjadi awan lebam tidak mengandungi apa-apa. "Jonoh pegang lampu
picit, kalau benda tu samapai kau tangguk dia Saban" katanya lantas berjalan naik ke atas busut
tidak jauh dari Saban Keme mencangkung.
Saban Keme menghulurkan lampu picit kepada adik iparnya. "Kau suluh kalau terdengar dia
datang..." pesannya menyerahkan lampu picit tersebut kepada Jonoh. Jonoh mengangguk sambil
mencapai lampu picit dari tangan Saban Keme. Dia berhati-hati mendengar bunyi langkah
burung-burung tersebut datang terlangah-langah mendengar bunyi buluh dekut-dekut ditiup
ayahnya. Puas Pak Tua Mahat meniup dari atas busut tetapi tidak seekor pun burung wak-wak
terjongol di depannya. Dia merasa burung wak-wak yang datang bersama tompok-tompok hitam
di udara tadi sudah hilang ditiup ribut kencang. Marah juga Pak Tua Mahat tiba-tiba sahaja dia
gagal mendekut burung-burung tersebut, padahal selama ini dia tidak pernah hampa kalau
mendekut di tengah sawah. Kawasan lapang terbuka itu masakan burung-burung berkenaan
boleh tersangkut di dahan pokok-pokok. "Saban..." laungnya dari tengah gelap samar-samar itu.
"Jonoh..kau berdua tunggu tunggu di parit..." katanya menyuruh mereka berdua meninggalkan
tempat awal menunggu sebelumnya. Cepat-cepat Saban Keme bersama adik iparnya berlari ke
parit tali air yang melintasi di tengah kawasan sawah. "Mencangkung!" ujarnya keras sebaik
ternampak berbayang-bayang Saban Keme dan Jonoh tercegat di situ macam tunggul
tercancang. Cepat-cepat pula mereka berdua mencangkung.
Dari jauh mereka berdua melihat Pak Tua Mahat berlari-lari anak mengelilingi kawasan mereka
duduk tercangkung kira-kira jarak dua rantai berkeliling. Tiga kali Pak Tua Mahat lari berkeliling
sebelum naik ke atas busut dia berdiri sebelumnya. Kemudian dia mendongak semula ke langit
62

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

lantas meniup buluh dekut-dekutnya, tetapi tidaklah melangsing seperti biasa. Dia meniup pun
hanya tiga kali sahaja. Kira-kira lima minit sahaja selepas itu terdengarlah semula ribut kencang
seperti tadi, dan awan juga bertompok-tompok hitam. Jauh di udara terdengar bunyi orang batuk
hingga bergaung kedengaran sampai ke tengah sawah. Cepat-cepat pula Jonoh menyuluh ke
udara ke arah awan hitam bertompok-tompok. "Jangan disuluh, jadah!" pekik Pak Tua Mahat
marah dari atas busut di tengah sawah. Sekaligus Saban Keme merampas lampu picit dari tangan
adik iparnya. "Kau gila..." gerutunya memarahi Jonoh."Tak boleh disuluh ke atas!" katanya
menggertap bibir setelah memahami pekikan mertuanya tadi menandakan ada pantang larang
yang sudah dilanggar.
Jonoh tidak menyahut apa-apa. Dia menyedari akan kesilapannya tidak bertanya terlebih dulu
kepada abang iparnya apabila menyuluh bunyi batuk bergaung di udara. Dia sendiri tidak pernah
mengalami keadaan demikian sebelumnya. Setahu Jonoh selepas sahaja ayahnya meniup dekut,
burung wak-wak akan berterjunan turun dari udara mengejar lampu yang disuluhkan. Kemudian
Saban Keme akan menangguknya denagn mudah. "Siapa menyuluh tadi tu...?" bentak Pak Tua
Mahat menahan marah yang membakar perasaannya. "Jonoh" beritahu Saban Keme. "Kenapa
kau biarkan?" soalnya keras. Saban Keme terdiam. Dia sendiri serba salah bila disoal demikian.
Bagaimana dia mahu melarang sedangkan lampu picit berkenaan berada di tangan Jonoh? Tetapi
dia dapat mengagak tentulah bapa mertuanya dalam kesulitan menyebabkan dia tidak dapat
menahan marahnya. Kesal juga dia dengan kehadiran Jonoh secara tiba-tiba di situ, walaupun dia
sudah berpesan pada isterinya jangan diberitahu sesiapapun fasal dia mendekut burung bersama
mertuanya. "Jangan berdiri!" dia mendengar mertuanya melaung memberi perintah.
Ketika ini deru angin seperti ribut kencang di udara terasa turun ke tengah sawah. Saban Keme
dapat merasakan angin kencang itu bertiup paras kepalanya begitu deras. Kegelapan malam
bertambah gelap segelap-gelapnya semasa angin kencang itu bertiup rendah. "Bang, aku rasa
wak-wak dah turun" bisik Jonoh lantas berdiri menepis burung wak-wak yang terasa hinggap di
bahunya. Serentak dengan itu Saban Keme mendengar jeritan langsing Jonoh akibat kesakitan.
Apabila dia menoleh ke belakang dilihatnya Jonoh terbaring menggelupur di tanah. "Ayah..Jonoh
ni kenapa..?" laung Saban Keme menggamit mertuanya di dalam gelap samar-samar itu. Hatinya
cemas melihat Jonoh menggelupur bagaikan ayam kena sembelih. Pak Tua Mahat berkejar
mendapatkan anaknya yang terbaring di tanah. Dia mencapai lampu di tangan Saban Keme
menyuluh ke muka Jonoh. Anaknya mengerang-ngerang dengan kaki terkinjal-kinjal menendang
angin. Tangannya mengerekot-ngerekot laksana mahu mencakar ke udara.
"Huh, buat apa Jonoh ni ikut tadi" rungut Pak Tua Mahat kesal memerhati Jonoh terkinjal-kinjal
kaki menendang angin. "Agaknya Bibah yang beritahu kita ke sini" sahut Saban Keme menuduh
isterinya yang memberitahu Jonoh fasal mereka ke tengah sawah mendekut burung wak-wak.
Anak muda nakal seperti Jonoh memang tidak peduli sama ada orang memarahhi dia atau tidak.
Jonoh tahu ayahnya melarang dia mengikut berburu, tetapi tidak akan marah kalau sudah
terjongol bersama-sama. "Dah jadi macam ni, bukan ke susah" katanya lantas memangku kepala
Jonoh di atas paha. Saban Keme tertunduk memerhati mertuanya mengurut-ngurut kepala Jonoh
dengan ibu jari. Kemudian dia menghembus ubun-ubun anaknya tiga kali. "Pangku kepala adik
63

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

kau ni..." dia menyuruh Saban Keme menggantikan dia. Cepat-cepat Saban Keme memangku
kepala Jonoh. Dia sendiri tidak pernah mengalami lagi kejadian demikian sebelumnya. Setiap kali
dia megikut mertuanya mendekut wak-wak, tidak pula diganggu puaka yang mengembala
burung-burung berkenaan. Tetapi memang mertuanya selalu mengingatkan dia supaya berhatihati semasa mengikutnya mendekut supaya tidak diganggu puaka tersebut.
Pak Tua Mahat berjalan undur ke belakang mengelilingi Jonoh sambil meletakkan dua tangan ke
dada. "Wah..malam ni awak nak cari geruh kawan ke..." ujar Pak Tua Mahat mengisar-ngisar
tapak tangannya. Bila melintas di hulu kepala Jonoh dia menghentakkan tumitnya ke tanah tiga
kali, kemudian terus berjalan lagi undur ke belakang. Ketika melintas di lunjur kaki Jonoh dia
menekankan ibu jari kaki kanannya pula ke tanah. Dia berkeliling di sekitar Jonoh terbaring sambil
mulutnya kumat-kamit di dalam gelap samar-samar itu. Setelah tiga kali dia berkeliling undur ke
belakang, Pak Tua Mahat berpusing pula sambil berlari-lari anak mengelilingi tubuh Jonoh yang
terbaring dipangku oleh Saban Keme. Kemudian dia melangkah di bahagian pusat Jonoh tiga kali
berulang-alik. Ketika inilah Jonoh terbersin kuat hingga kedengaran oleh Saban Keme bergema
ke udara. Awan hitam bertompok-tompok juga bergerak perlahan bagaikan daun pintu terkuak.
Dari rekahan awan hitam bertompok itu kabus putih memanjang turun mencecah hingga
tertampan pada busut tempat Pak Tua Mahat berdiri meniup buluh mendekut.
Dalam kepulan kabus putih itulah keluar lembaga berkepala botak berbentuk seperti manusia
bertubuh kurus tinggi berdiri membongkok. "Sekarang apa awak hendak?" jerkah Pak Tua Mahat
sebaik sahaja lembaga itu menjelma di tengah sawah. "Awak nak menceroboh gembala kawan
nampaknya" sahut lembaga itu serak-serak parau. "Kawan tak peduli, kalau awak niat baik kawan
terima baik!" ujar Pak Tua Mahat berdiri tegak menghentak-hentak tumitnya ke tanah. "Kalau
awak sengaja nak cari geruh kawan, kita berjenang dulu...!" katanya macam memberi amaran
tidak akan mengalah dengan kemahuan lembaga tersebut. "Awak yang salah tok pawang"
lembaga itu terketar-ketar bagaikan kakinya goyah berjejak di bumi. "Kawan bukan nak dengar
siapa salah!" bentak Pak Tua Mahat merapatkan dua tangannya ke dada. "Kawan nak tau awak,
nak cari geruh kawan ke tidak?" soalnya menggertap bibir. Lembaga berkepala botak itu
terhuyung-hayang di atas busut di dalam kepulan asap putih. Dia semakin membongkok seolaholah memikul beban berat di belakangnya. Pak Tua Mahat berdiri tegak tidak bergerak dengan
dua tangan rapat ke dada. Mulutnya kumat-kamit juga sambil matanya merenung tepat ke arah
lembaga berkepala botak yang semakin membongkok.
"Jawab!" pekik Pak Tua Mahat menghentak tumitnya ke tanah menyebabkan lembaga itu jatuh
bertelugu lutut. "Awak nak cari geruh kawan ke, atau nak menguji?" ujarnya membentak marah.
Termengah-mengah lembaga berkepala botak itu mahu menegakkan kepalanya, tetapi beban di
belakangnya seolah-olah menyeksa dia. Lututnya bertumpu kuat di atas busut menanggung
beban yang terlalu berat terpikul di belakangnya itu. Sekali-sekala dia cuba melepaskan beban
tersebut, tetapi tidak berdaya melakukan apa-apa lagi. Setelah puas lembaga berkepala botak itu
mahu melepaskan diri dari beban yang menimpa belakangnya, dia memusarkan dirinya menjadi
angin berputar kuat hingga elusannya terasa memukul anak-anak rambut Saban Keme. Sekaligus
pula dia naik semula ke udara masuk ke celah rekahan awan bertompok yang berkuak seperti
64

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

pintu terbuka. Kemudian dari arah hulu Saban Keme nampak memutih dari jauh bagaikan
sekawan lembu menyerbu ke arah mereka. "Kau jangan bergerak di situ Saban, pangku adik kau
tu!" ujar Pak Tua Mahat mengingatkan menantunya.
Saban Keme mengangguk. Dia mematuhi apa sahaja perintah mertuanya. Memang Saban Keme
tahu mertuanya tidak semudah itu mengalah kepada gangguan-gangguan dari puaka tatkala
berburu. Sudah berkali-kali mertuanya diganggu demikian, semuanya dilaluinya dengan tabah.
Ketabahan inilah yang berjaya melepaskan dirinya dari perangkap yang boleh mengancam. Bukan
sekadar mendekut wak-wak sahaja sudah dihadapi oleh mertuanya dengan tabah, malah ketika
berburu ke hutan memburu rusa pun Pak Tua Mahat diganggu. Sampai rusa yang sudah
terbungkang ditembak pun tiba-tiba bertukar menjadi cina tua berpakaian serba hitam tergolek
di tanah. Setelah dikebas dengan kain hitam lilit kepalanya, cina tua itu bertukar perlahan-lahan
menjadi rusa, tetapi bulunya tegak seperti berus dawai dengan mengeluarkan darah. Puas pula
dia memulihkan semula gangguan puaka itu sehingga rusa sebenarnya kembali menjelma.
Barulah binatang tersebut dapat disembelih. Pak Tua Mahat juga tidak mengalah bila rakannya
pergi berburu tertembak di tengah hutan. Dia terus melawan puaka hutan dengan tabah
sehingga rakannya dapat dipulihkan semula. Sebab itulah Saban Keme yakin mertuanya tidak
gentar menghadapi dugaan yang sedang mengancamnya sekarang.
Dia juga mesti tabah menghadapinya. Kalau dia gementar mungkin puaka itu boleh mengalihkan
gangguannya dari Jonoh kepada dia pula. Tentulah mertuanya semakin terancam kalau puaka itu
mengganggu dia pula. Ketika ini Saban Keme teringatkan pesan saya agar membacakan Ayat Kursi
bila-bila sahaja diancam syaitan. Pesanan saya inilah digunakan oleh Saban Keme, lantas dia
membacakan Ayat Kursi itu dengan khusyuk berulang kali sampai 133 kali. Ketika ini dia
merasakan hujan turun menitik kasar, tetapi tidaklah lebat mencurah-curah. Boleh dikatakan
seperti hujan panas sahaja menyerak-nyerak. Sekumpulan lembu putih yang menyerbu dari
sebelah hulu itu tidak dapat mendekati kawasan Saban Keme bertahan, tetapi berlegar-legar
seolah-olah terhalang oleh tembok besar. Debu dari kaki kumpulan lembu yang banyak itu
nampak naik meruap ke atas laksana kabus memutih. Sekaligus pula Saban Keme nampak
mertuanya sudah melompat ke atas salah seekor dari kawanan lembu putih itu sambil
bertunggang mengelilingi dia dan Jonoh.
Sekali-sekala terdengar suara mertuanya bersorak-sorai bagaikan menghalau lembu. Kira-kira 15
minit dia menunggang lembu putih itu, tiba-tiba dia terpelanting ke tanah. Masa inilah awan
hitam bertompok terkuak semula seperti daun pintu terbuka. Kabus memutih keluar dari awan
hitam terkuak itu terjun laju menuju ke arah mertuanya terpelanting. Belum pun sempat kabus
putih menjunam itu menimpa ke arahnya, Saban Keme nampak mertuanya cepat-cepat bangun
di tengah silauan putih memancar. Dia nampak tangan Pak Tua Mahat terlalu besar memukul
kabus putih itu sampai berkecai habis. Dengan pantas pula Pak Tua Mahat menggenggam kabus
putih yang berkecai itu di dalam tangannya lantas bertempik, "Kau nak tunjuk keras kepala
dengan aku ye?". "Awak menceroboh gembala kawan tok pawang," rintih suara serak-serak
parau yang tergenggam di tapak tangannya yang besar seperti sebuah rumah tersergam. Saban
Keme sendiri tidak nampak di mana mertuanya berdiri ketika itu kerana kegelapan malam
65

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

melindunginya. Dia hanya melihat genggaman tangan mertuanya yang dilingkari oleh silauan
cahaya putih memancar.
"Aku tak menceroboh...!" bentak Pak Tua Mahat. "Aku dah minta izin, tapi telinga kau tuli" cepatcepat tangannya memial telinga lembaga berkepala botak yang sudah digenggamnya. Terlolonglolong lembaga berkepala botak itu menahan kesakitan akibat telinganya dipial. "Ini Mahat kau
tau, jangan main-mainkan Mahat..!" jerkahnya semakin marah. "Ampun tok pawang, ampunkan
kawan" rintih suara serak-serak parau itu meminta dilepaskan. "Bukan sekali dua kau dah tunjuk
kurang ajar dengan Mahat!" kata Pak Tua Mahat keras. "Ampun tok pawang, lain kali kawan tak
buat lagi" lembaga berkepala botak itu merayu-rayu. Tetapi Pak Tua Mahat tidak juga
melepaskan dia dari genggamannya. "Apa kau buat dengan Jonoh?" bentak Pak Tua Mahat
menampar kepala botak lembaga berkenaan. "Bukan kawan yang buat tok pawang..." ujarnya
terketar-ketar sambil meronta-ronta dari genggaman tangan Pak Tua Mahat sebesar sebuah
rumah tersergam. Puas Saban Keme memerhati tubuh mertuanya, tetapi tidak kelihatan di mana.
"Siapa yang buat?" soal Pak Tua Mahat. "Itu kerja orang bukit yang tersesat" beritahu lembaga
itu ketakutan. "Jangan kau nak berdalih!" Pak Tua Mahat menguatkan genggamannya
menyebabkan lembaga berkepala botak itu termengah-mengah menahan sesak nafas.
"Celaka orang bukit tu, kerja dia..kawan pula yang sudah" keluhnya menyesali kejadian yang
mengelirukan itu. Tetapi Pak Tua Mahat tahu orang bukit yang dimaksudkan oleh lembaga botak
itu ialah puaka hutan yang datang bersama lembaga berkepala botak itu. Disebabkan puaka
hutan itulah lembaga berkepala botak yang mengembala burung wak-wak yang didekut oleh Pak
Tua Mahat terkeliru hingga bertindak mengancam Pak Tua Mahat. "Sekarang, kau mensti
lepaskan Jonoh..!" perintah Pak Tua Mahat mengencam. Lembaga berkepala botak itu berjanji
akan melepaskan Jonoh. Perlahan-lahan Pak Tua Mahat melepaskan dia dari genggaman. Pak Tua
Mahat juga hilang dari silauan cahaya putih memancar itu, hanya tinggal berbayang samar-samar
di dalam gelap malam. Ketika ini kabus putih memanjang tadi naik semula menyusup ke celah
rekahan tompok-tompok awan hitam di udara. Serentak dengan itu kedengaran semula bunyi
tapak kaki sekawan lembu berlari kencang menyerbu ke arah Saban Keme bertahan. Lembu putih
itu berombak-ombak datang dari sebelah hulu. Belum pun sempat kawanan lembu putih itu
menyerbu hujan kasar turun dari tompok-tompok awan hitam menimpa kawanan lembu-lembu
putih tersebut. Asap berkepul-kepul naik tergawang-gawang sebaik sahaja hujan kasar seperti air
panas menimpa kawanan lembu yang datang menyerbu itu, menyebabkan semua kawanan
lembu putih bertempiaran menyelamatkan diri.
Kemudian sayup di udara kedengaran bunyi batuk berdeguh-deguh berulang kali. Awan hitam
bertompok-tompok itu bergerak perlahan bertukar menjadi bulat seperti lekar. Deru angin
kencang kedengaran bertiup dari sebelah atas hingga seram sejuk juga kepada Saban Keme. Dia
memerhati keliling tetapi tidak kelihatan lagi mertuanya. Jonoh juga masih terlentang di
pangkuannya walaupun tidak terkinjal-kinjal menendang angin seperti mula-mula tadi. Lembulembu putih yang berlari bertempiaran tadi datang semula menyerbu dari arah yang sama. Saban
Keme dapat mengagak sekiranya lembu-lembu putih itu merempuh sudah tentu dia dan Jonoh
remuk di bawah kakinya. Sebab itu Saban Keme tidak berhenti membacakan Ayat Kursi berulang
66

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

kali seperti yang pernah saya pesankan kepadanya. Sayup di udara Saban Keme mendengar suara
garau menghalau lembu-lembu dari celah lingkaran awan hitam. Tetapi lembu-lembu putih itu
kelihatan bertambah banyak berombak-ombak datang mahu menyerbu. Saban Keme menunggu
dengan tabah serbuan lembu-lembu putih yang datang menyerbu berombak-ombak itu.
Mujurlah dia dapat melihat bagaimana lembu-lembu putih itu datang beratus-ratus ekor dari
sebelah hulu. Tidak seperti Manan Sateh yang pernah mengalami keadaan serupa semasa
dirempuh oleh kabus putih yang menyerbu laju dibawa ribut kencang tatkala mendekut wak-wak
di Simpang Durian.
Kawannya Mat Samah sudah pun mengingatkan Manan Sateh supaya tidak terlalu tamak setelah
mereka berjaya mendapat dua karung burung wak-wak yang didekut. Tetapi Manan Sateh tidak
hiraukan nasihat Mat Samah. Dia masih belum berpuas hati kerana melihatkan burung wak-wak
masih banyak berlompatan turun ke tengah padang terlangah-langah mengejar silauan lampu
yang disuluh oleh Mat Samah. Manan Sateh terus menegakkan jaring pula supaya memudahkan
dia memungut burung-burung yang tersangkut pada jaring. Belum pernah lagi dia dapat melihat
terlalu banyak burung-burung berkenaan datang menyerbu bila didekut. Malam itu Manan Sateh
dan Mat Samah melihat sendiri burung-burung wak-wak berlompatan dari udara terjun ke
tengah padang. Puas Mat Samah menangguk hingga penuh dua karung pun, masih ada lagi
burung wak-wak berlompatan turun. Sebab itulah Manan Sateh memasang jaring yang
disediakan kalau burung-burung banyak datang menyerbu. Berkali-kali Mat Samah
mengingatkan dia supaya tidak payah lagi memasang jaring. Tetapi Manan Sateh tidak tergamak
balik segera meninggalkan rezeki sedang datang bergolek. Dia mesti memungut burung wak-wak
yang sudah terlalu banyak menyerah diri setelah didekut itu.
Sebaik sahaja jaring direntang inilah Mat Samah nampak kabus putih seperti bukit meluru
menerpa jaring dari udara ditiup ribut kencang. Sekaligus Manan Sateh terperangkap di dalam
kabus putih itu menyebabkan dia bergulung di dalam jaringnya sendiri. Setelah kabus putih itu
menghilang bersama ribut kencang, Mat Samah segera menerpa mendapatkan Manan Sateh
yang sudah terkapar tidak sedarkan diri. Mulut dan hidung Manan Sateh berbuih dengan darah.
Matanya terbeliak dengan kakinya terkinjal-kinjal menggelupur. Dengan tidak menghiraukan
burung wak-wak yang sudah penuh dua karung, Mat Samah memapah Manan Sateh balik.
Hampir tiga bulan Manan Sateh menderita sakit hinggakan luruh rambutnya di kepala. Setelah
dijemput Pak Tua Mahat di Mentaus, barulah Manan Sateh dapat dipulihkan semula.
Ketika ini memang Saban Keme dapat mengagak bahawa lembu-lembu putih yang menyerbu ke
arahnya itu sama dengan kabus putih yang merempuh jaring Manan Sateh. Dengan tidak
bertangguh lagi Saban Keme terus melaungkan azan sekuat hatinya hingga bergema sampai ke
udara. Gema azannya itu seolah-olah menggegarkan di kawasan lembu-lembu putih itu berlari
kencang, menyebabkan semua lembu-lembu itu bagaikan tertumus ke tanah. Mereka jatuh
bertimpa-timpa sama sendiri akibat tertumus keras semasa menyerbu datang. Semasa dia
berpaling ke hulu, Saban Keme nampak dua tapak kaki seperti bukit memijak lembu-lembu itu
hingga penyek. Dia tidak melihat lembaga kaki tersebut, tetapi hanya terbayang-bayang dari
silauan cahaya putih memancar. Setiap kali tapak kaki itu memijak, bunyi lenguhan lembu-lembu
67

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

berbaur-baur hingga sampai ke udara. Sekaligus pula lingkaran awan hitam bergerak perlahanlahan di udara lantas menurunkan hujan gerimis. Dalam hujan gerimis yang turun menyimbah
membasahi kepala Saban Keme inilah, Jonoh mula menggeliat-geliat menyapu mukanya.
"Eh, hujan ke, bang?" soal Jonoh bingkas bangun terpinga-pinga. "Emm, hujan" beritahu Saban
Keme perlahan. "Mana ayah?" Jonoh bangun berdiri memerhatikan sekelilingnya. "Eh, mana
wak-wak, tak ada ke kita dapat?" dia tidak tahu apa yang terjadi ke atas dirinya sejak dua jam
sebelumnya. Saban Keme tidak menyahut. Dia tidak tahu bagaimana mahu menerangkan kepada
Jonoh apa yang telah dilihatnya. Mungkin Jonoh sendiri tidak percaya dia tidak sedarkan diri
hampir dua jam di tengah sawah dalam kegelapan malam itu. "Mana ayah, bang?" ulangi Jonoh
lagi. Saban Keme memuncungkan bibirnya ke busut tempat mertuanya berdiri. Tetapi tidak siapa
pun dilihat berdiri di situ. Bayangan mertuanya pun tidak kelihatan langsung. Berdebar juga hati
Saban Keme setelah mendapati mertuanya tidak juga muncul. Kalau dia mengajak Jonoh balik
meninggalkan kawasan itu, bimbang juga dia akan dimarahi mertuanya. Sejak tadi lagi dia sudah
diperintah menjaga Jonoh di situ. Masakan mertuanya sudah balik lebih awal dengan tidak
mempedulikan keadaan Jonoh yang tidak sedarkan diri.
Dia percaya tentu mertuanya akan datang juga ke situ. Tentu mertuanya tidak tahu fasal Jonoh
sudah pulih semula. Hujan gerimis turun semakin kasar. Saban Keme terasa bajunya juga sudah
basah disimbah hujan. "Hei, bang marilah kita balik..hujan lebat ni" kata Jonoh menarik
tangannya. "Nantilah dulu, ayah suruh tunggu di sini" ujarnya perlahan. "Mana ayah?" Jonoh
tidak sabar mendesak. "Tunggulah kejap" Saban Keme mengingatkan. Dia terhangak-hangak juga
memanjangkan leher mencari mertuanya di dalam gelap malam yang mula kelam oleh hujan
gerimis menitik kasar. "Apa jadi pada aku, bang...?" tiba-tiba Jonoh bertanya setelah menyedari
dia masih berada di tengah sawah di dalam gelap demikian. "Balik nantilah aku ceritakan" sahut
Saban Keme terlangah-langah mencari mertuanya Pak Tua Mahat. Dia tetap menunggu di situ
sekalipun hujan turun semakin lebat mencurah-curah. Mertuanya sudah menyuruh dia bertahan
di situ sampai orang tua itu datang semula. Sebab itulah dia tidak akan balik lebih awal selagi
mertuanya tidak terjongol.
Kira-kira 15 minit Saban Keme menunggu barulah dia nampak bayang mertuanya terjengketjengket dari balik busut merempuh hujan gerimis semakin kasar. Dia menjinjing sebatang kayu
yang terikat burung wak-wak di situ. Sampai sahaja di depan Saban Keme dia menyuruh
masukkan burung wak-wak yang terikat pada kayu itu ke dalam buntil. "Jangan dibilang berapa
ekor..." kata Pak Tua Mahat mengeluarkan celapah rokok dari saku seluarnya. Dia mengambil
rokok daun yang siap bergulung lantas menghisapnya di dalam hujan yang mula turun lebat. Di
dalam hujan itulah mereka bertiga meranduk kegelapan balik ke rumah.

68

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

028. PUKUL CUCU UNTUK MATIKAN DATUK


SELAMA tiga hari tiga malam Tok Sagak terkejang di tengah rumah dihadap oleh anak-anak dan
cucu-cucunya. Nafasnya kencang turun naik dengan mata terpejam. Badannya sudah tidak
bergerak selama tiga hari tiga malam itu juga. Orang-orang kampung sudah tiga malam juga
berturut-turut berhimpun sampai empat puluh orang membacakan Yassin. Tetapi Tok Sagak
tercungap-cungap juga terkejang di tempat tidurnya. Anak-anak dan cucu-cucunya memang rela
dia menghembuskan nafasnya lebih cepat dari terkejang saja tidak bergerak-gerak. Masingmasing berdoa biarlah Tok Sagak menghembuskan nafas dengan aman tenteram, asalkan tidak
menanggung kepayahan seperti yang dideritainya ketika itu.
Mat Joi menantunya yang tua duduk di hulu kepalanya mencecahkan air yang sudah dibacakan
Yassin ke mulutnya. Tetapi mulutnya tidak bergerak-gerak lagi sekalipun Mat Joi menggunakan
hujung daun sirih untuk menyudukan air ke mulut orang tua berkenaan. Lambat air yang
tergenang di bibirnya itu masuk ke dalam mulut melalui rekahan bibirnya yang terbuka sedikit.
"Emmm, susahnya dia nak pergi" keluh Mat Joi sambil menyudukan air yang didoakan dengan
bacaan Yassin itu ke mulutnya menggunakan hujung daun sirih."Mengucap Tok" cucunya Tahrim
membongkok membisikkan ke telinganya. "Ingatkan Allah, Allah... Allah, ingatkan Allah Tok"
Tahrim membisikkan kuat sedikit. Tetapi Tok Sagak tetap terpejam tidak bergerak apa-apa.
Nafasnya kencang turun naik tercungap-cungap. Dia tidak lagi mengerang-ngerang sakit seperti
tiga hari sebelumnya. Tidak lagi menggeliat-geliat meminta picitkan betis, paha, lengan, kepala
dan dada. Dia sudah nazak menunggu panggilan Ilahi pada saat yang ditetapkan. Memang siapa
pun tidak mengetahui masa yang tidak diundurkan dan tidak didahulukan walau sesaat pun itu.
"Ingatkan Allah, Tok. Allah, Allah, Allah..." Tahrim tidak lekang bibir dari telinga datuknya. Dia
berdoa biarlah datuknya sentiasa mengingati Allah dalam perjalanannya yang demikian. Tiga hari
sebelumnya Tok Sagak mengerang-ngerang sakit di seluruh badannya. Kaki, betis, paha, lengan
dan kepala semuanya berdenyut-denyut. Merintih-rintih dia minta dipicitkan. Anak-anak dan
cucu-cucunya tidak lekang duduk menjaga disisinya bertukar ganti. Tahrim yang bertugas dengan
askar pun diberitahu mengenai datuknya yang sakit, terpaksa balik tergesa-gesa. Tetapi Tahrim
tidak dapat lagi bercakap-cakap dengan datuknya. Dia sampai di kampung Tok Sagak sudah sehari
semalam tidak dapat bercakap lagi. Tubuhnya terkejang saja tidak bergerak-gerak. Hanya
nafasnya saja kencang turun naik tercungap-cungap. Semua sanak saudaranya tahu Tahrim
memang cucu kesayangan Tok Sagak. Sepanjang masa dia mengerang-ngerang tiga hari
sebelumnya sempat juga dia menyebut nama Tahrim berulang kali.
"Cubalah panggilkan sesiapa yang tau" tiba-tiba saja Pak Sidi adik Tok Sagak bangun dari hujung
serambi. Gelisah juga dia melihat keadaan abangnya yang tercungap-cungap nazak sejak tiga hari
tiga malam. "Cuba-cuba bolehlah..." sahut Mat Joi mendongak ke pintu tengah memerhatikan
Pak Sidi berjalan ke tengah rumah. "Di Kampung Hilir tu, Bilal tu...cuba-cubalah tanyakan..."
ujarnya memberitahu mengenai ayah saya. "Haa, dia tu...anak Tok Aji" Pak Sidi lantas teranggukangguk bersetuju dengan cadangan Mat Joi. Tidak bertangguh lagi dia menyuruh Tahrim ke
Kampung Hilir menjemput ayah saya. Malam itu juga ayah saya ke rumah Tok Sagak. Ketika ayah
69

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

saya sampai keadaan Tok Sagak masih tidak berubah, tetapi mulutnya sudah berbuih putih.
Mungkin juga buih itu berpunca dari Surah Yassin yang tidak turun ke kerongkongnya.
"Dah baca Yassin?" soal ayah saya sebaik saja dia melepaskan lelah. "Sudah tiga malam berturutturut, Bilal...." sahut Pak Sidi menghela nafas. "Cubalah Bilal tengok-tengokkan, di mana lagi
silapnya" ujarnya tidak sabar lagi melihat keadaan abangnya yang tercungap-cungap. "Takat
tengok-tengokkan, awak pun boleh tengokkan!" ujar ayah saya berjenaka. Memang sikap ayah
saya suka berjenaka sekalipun dalam keadaan orang-orang disitu semuanya resah gelisah. "Ustaz,
tak ada balik Tok Bilal?" tanya Mat Joi pula, kerana dia tahu anaknya Tahrim memang berkawan
baik dengan saya. "Minggu ni tak balik pula..." beritahu ayah saya tersengih-sengih. Setelah
duduk beberapa minit, barulah ayah saya merapati Tok Sagak yang sudah nazak itu. Dia
membongkok melekapkan telinganya ke dada orang tua berkenaan sambil mulutnya terkumatkamit membacakan: Allahhu yaptafilan-fusihina mautiha-wallati lamtamut-fimanamiha fayumsaqullati qadaalihalmaut, wayarsilauhra illa-ajalun masammim inna-fizalikaliayatun likulliyatafaqarun...
Nafas Tok Sagak yang kencang mula beransur kendur, tetapi dia menghelanya panjang sambil
menghembuskan pula satu-satu. "Siapa anak atau cucunya yang paling dia sayang?" soal ayah
saya memerhati Pak Sidi. Menggeleng-geleng kepala Pak Sidi, kerana dia tidak dapat
mempastikan siapakah di antara anak-anak atau cucu-cucunya yang menjadi kesayangan Tok
Sagak. Sepanjang ingatan Pak Sidi semua cucu-cucu dan anak-anaknya mendapat kasih sayang
yang sama dari Tok Sagak. "Selalunya kalau ada apa-apa hal hendak dicakapkannya..." kata anak
perempuannya yang tua Ulung Mahawa, "Dia cakap pada Tahrim saja. Memang Tahrim pun yang
rapat sangat dengan dia...!" ujarnya memuncungkan bibir pada anaknya Tahrim. "Kalau macam
tu, Tahrim ke mari" ayah saya menggamitnya. Tahrim mendekati ayah saya dengan menginsut
punggung. "Duduk disitu, dan letakkan mulut kau ke telinganya" ayah saya macam memberi
perintah. Tahrim mengikut saja perintah ayah saya lantas duduk di sisi kepala datuknya
membongkok meletakkan mulutnya ke telinga orang tua itu. "Ikut apa yang aku cakap" ayah saya
menepuk bahunya. Tahrim mengangguk memberi isyarat sudah bersedia melakukan apa saja
yang dikehendaki oleh ayah saya. "Atuk, pulanglah dulu. Segala yang tinggal ini terletak atas bahu
aku..." kata ayah saya menyuruh Tahrim membisikkan ke telinga Tok Sagak. Tahrim membisikkan
seperti yang diajarkan oleh ayah saya itu.
Beberapa saat Tok Sagak membuka matanya, tetapi kemudian dipejamkan semula. Nafasnya
satu-satu memanjang membayangkan betapa payahnya dia mahu bernafas dalam keadaan
demikian. Kepayahan inilah yang menyebabkan sanak-saudaranya tidak sanggup lagi
membiarkan dia lebih lama menanggung penderitaan tersebut. "Sekarang, kau cium pusatnya"
perintah ayah saya selanjutnya. Tahrim beredar dari sisi kepala datuknya menginsut punggung
ke sebelah rusuk datuknya pula. Dia membongkok mengucup pusat datuknya sambil menunggu
arahan ayah saya seterusnya. Tetapi ayah saya tidak menyuruh apa-apa lagi. Dia membiarkan
Tahrim membongkok mencium pusat datuknya. Kemudian dia mengisar-ngisar tangannya
membaca doa lantas dihembuskannya perlahan-lahan ke kepala Tahrim. Selepas itu dia bangun
membuka ikat tali pinggangnya. Dengan tidak diduga oleh sesiapa pun ayah saya memukulkan
70

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

tali pinggang itu ke belakang Tahrim. Dua kali ayah saya memukulnya sebagai isyarat saja, tibatiba saja Tok Sagak menghembuskan nafasnya yang terakhir.
"Alhamdulillah" ayah saya tersenyum setelah diberitahu mengenai Tok Sagak sudah pun
menghembuskan nafasnya. "Kalau tidak sampai beratus kali pun kau kena tahanlah kena pukul
Tahrim" katanya mengusik anak muda itu. Tahrim tersengih-sengih. Dia tahu ayah saya memang
suka berjenaka. Dia tidak peduli sama ada suasana gembira atau suasana muram dia tetap suka
berjenaka. "Kalau sampai pengsan kena pukul pun, atuk punya fasal tak apa Tok Bilal...." ujar
Tahrim terharu. Dia tidak sedih lagi dengan kehilangan datuknya, tetapi terharu dengan kejadian
yang dialami oleh datuknya itu. Sejak balik ke kampung setelah diberitahu mengenai datuknya
sakit tenat, Tahrim sentiasa gelisah dengan keadaan orang tua itu. Dia sudah melakukan segala
nasihat datuk saudaranya Pak Sidi, membukakan sekeping atap, sekeping lantai dan
membuangkan anak tangga bongsu. Masing-masing mengagak tentulah Tok Sagak mengamalkan
ilmu 'sangka bunuh' menyebabkan terlalu sukar baginya mahu menghembuskan nafas. Tetapi
setelah dilakukan petua-petua menghapuskan ilmu 'sangka bunuh' dengan membukakan atap
sekeping, lantai sekeping dan membuang anak tangga bongsu, ternyata Tok Sagak tidak
mengamalkan ilmu tersebut. Dia terus nazak dengan mengharapkan pertolongan bagi
melepaskan dirinya dari kepayahan tersebut. Setelah Tok Sagak meninggal dunia jenazahnya
dibujurkan sementara menunggu hari siang. Ayah saya pun balik ke rumah selepas tugasnya
disitu selesai. Semasa ayah saya sampai di rumah, saya sudah pun balik ke kampung. Dia terus
memberitahu saya mengenai kematian Tok Sagak. Disebabkan sudah pukul 1.30 pagi ayah saya
balik ke rumah menyampaikan khabar kematian Tok Sagak tidak dapatlah saya menziarahinya
pada malam itu.
Esoknya barulah saya menziarahi jenazah Tok Sagak bersama ayah saya. Ketika kami sampai
pukul 10.00 pagi, sanak saudaranya sedang memandikan jenazah kerana mahu segera
dikebumikan. Tahrim memberitahu saya bau jenazah itu sudah mula mengganggu, walaupun
kebiasaannya jenazah tidak akan berbau kalau satu malam saja ditangguhkan pengkebumiannya.
Keadaan di atas rumah juga menjadi gempar kerana sewaktu dimandikan daging jenazah pula
menjadi reput bila digosok hingga terlekat pada sabun. "Macam mana ni...?" Ulung Mahawa mula
tersengguk-sengguk melihat daging jenazah mudah saja terlekang bila digosok kuat sedikit.
Melihat keadaan tersebut ayah saya menasihatkan supaya jenazah dimandikan dengan tidak
payah digosok. Hanya disiramkan saja air mengikut ala kadar saja bagi mengelakkan daging
jenazah habis luruh. Bau busuk juga meruap-ruap sekali sekala bila angin bertiup, seolah-olah
jenazah itu sudah tiga hari meninggal dunia.
Atas sebab-sebab demikianlah pengurusan mengkebumikan jenazah dilakukan dengan segera.
Memandikan jenazah pun tidak memakan masa yang lama, hanya cukup sekadar dapat
dibersihkan saja. Selepas itu dikapan dengan dibubuh banyak sedikit kapur barus. Setelah selesai
disembahyangkan, kami sama-sama menghantarkannya ke kubur. Tahrim disuruh oleh ayah saya
memikul usungan dengan tidak digilir-gilir hingga sampai ke kubur. Dia juga menyambut jenazah
dari lubang kubur untuk dimasukkan ke liang lahad. Semua yang disuruh oleh ayah saya dipatuhi
oleh Tahrim. Saya juga ikut sama memikul usungan Tok Sagak, tetapi kami memikulnya secara
71

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

bergilir-gilir. Pada malam selepas Tok Sagak dikebumikan, Mat Joi datang ke rumah ayah saya
kira-kira jam 12.30 malam memberitahu Tahrim tidak sedarkan diri secara tiba-tiba. Tubuhnya
menggeletar seperti orang dalam ketakutan, matanya meliar memerhati sekeliling kasau atap,
sambil bibirnya kumat-kamit merungut tidak tentu biji butir.
Disebabkan saya masih berada di kampung, saya pun ikut menemankan ayah saya ke rumah Mat
Joi setelah diberitahu mengenai kejadian yang menimpa diri Tahrim. Kebimbangan yang
bersarang di hati Mat Joi selepas kematian mertuanya, bertambah lagi dengan keadaan Tahrim.
Apa lagi cuti Tahrim juga sudah tempohnya. Ketika saya bersama ayah saya sampai, saya dapati
Tahrim menyorokkan mukanya di bawah bantal. Dia terketar-ketar bagaikan menghadapi
ancaman yang amat mengerikan. Tidak ada sepatah kata pun terluah dari mulutnya kecuali
rungutan yang tidak difahami biji butirnya. "Tok Bilal tengokkan laa Tahrim ni...." ujar Ulung
Mahawa terharu setelah mempersilakan kami duduk. "Tolong laa....tengokkan Ustaz, apa
kenanya Tahrim ni...besok nak balik kerja dia tu" jelasnya bercampur bimbang sekiranya Tahrim
tidak dapat balik bertugas semula setelah cutinya berakhir.
"Hah, tengokkanlah Angah" ayah saya menepuk paha saya. Serba salah juga saya apabila ayah
saya sudah melepaskan tanggungjawab yang diharapkan oleh Mat Joi darinya itu, kepada saya
pula. Kadangkala berdetak juga hati saya tidak mahu menziarahi teman-teman yang menghadapi
gangguan seperti dialami oleh Tahrim. Tetapi sekali sekala saya balik ke kampung hati saya
merasa macam bersalah kalau tidak menziarahi jiran-jiran atau kawan-kawan yang sakit
demikian. Tujuan saya untuk menziarahi sudah bertukar pula dengan harapan keluarga
berkenaan meminta diubati si sakit. Sewaktu Mat Joi datang menjemput ayah saya, tujuan saya
mengikutnya semata-mata untuk menziarahi Tahrim yang dikatakan sakit. Tetapi ayah saya
sendiri yang menyuruh saya mengubati Tahrim.
"Tengokkanlah Ustaz, Tahrim ni.." desak Ulung Mahawa lagi. Saya tidak menyahut. Saya
mendekati Tahrim yang menyembunyikan mukanya di bawah bantal. "Apa kena kau Tahrim?"
soal saya menepuk-nepuk bahunya. Dia menggeleng-gelengkan kepala sambil mulutnya
merungut-rungut. Tidak dapat saya fahami langsung biji butirnya. "Apa yang kau nampak?" soal
saya lagi. Tahrim merungut-rungut juga, sambil jari telunjuknya menuding ke ceruk pintu. "Tak
ada apa pun di situ..." beritahu saya tersengih-sengih. "Bukalah muka kau, tak ada siapa pun di
situ" kata saya merenung ke ceruk pintu yang ditudingnya. Lama saya merenung ke situ barulah
saya nampak berbayang-bayang Tok Sagak berdiri melambai-lambai. Saya terus bangun
mendapatkan Tok Sagak lantas berjabat tangan. Kemudian saya mengajak ke serambi duduk
disitu, sambil saya memarahi dia kerana datang mengganggu Tahrim.
"Tok, bukan nak ganggu dia...tok nak jaga dia.." ujar Tok Sagak perlahan. "Tak perlu tok jaga dia"
jelas saya memujuknya. "Allah lebih baik melindungi dia dari tok sendiri" kata saya mengingatkan
dia. "Tok sayangkan dia..." balasnya menunduk. "Allah lebih sayangkan dia dari tok" saya masih
berkeras tidak membenarkan dia mengganggu Tahrim. Dia terdiam bila saya bacakan Surah AlIkhlas di depannya 11 kali, menyebabkan dia menangis tersedu-sedu. "Tok jangan menangis,
janganlah tok bimbangkan dia. Allah lebih sempurna pemeliharaanNya dari tok" ujar saya tegas.
72

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

"Sedangkan tok sendiri pun mengharapkan perlindungan Allah, macam mana tok nak
melindungkan orang lain. Tok pun makhluk yang lemah..." kata saya menepuk-nepuk bahunya
berulang kali. Dia mengangguk-angguk mempersetujui nasihat saya. "Baliklah tok dulu..Tahrim
pun nak balik bekerja besok. Nanti kalau Tahrim dibuang kerja, tentu tok juga tak sukakan?" ujar
saya memujuknya. Bayangan Tok Sagak mengangguk. Dia bangun lemah dari tempat duduknya
meminta diri untuk meninggalkan rumah tersebut. Sebelum dia menuruni tangga sempat dia
masuk ke dalam mengucup dahi Tamrin. Kemudian dia berjabat salam dengan saya sebelum
meninggalkan rumah tersebut dengan linangan air matanya.
Kira-kira setengah jam selepas itu saya merasa bahu saya ditepuk. Apabila saya berpaling saya
dapati ayah saya tersenyum gembira. "Alhamdulillah.." kata saya memberi isyarat dengan ekor
matanya menunjukkan Tahrim sudah mula sedarkan diri sekalipun tubuhnya masih lemah lagi.
"Apa kena kau Tahrim?" tanya ayah saya tersengih-sengih mengusiknya. "Entahlah, Tok Bilal"
sahutnya menggeleng-geleng lemah. "Apa kenanya Ustaz?" Ulung Mahawa pula mendesak saya.
"Entahlah Ulung" beritahu saya serba salah mahu menerangkan sesuatu yang tidak dapat hendak
digambarkan kepadanya. "Tahrim dah sembuh, syukurlah" ujar saya supaya tidak didesak lagi
oleh Ulung Mahawa. Bagaimanapun Ulung Mahawa tidak puas hati dengan jawapan saya itu,
tetapi dia tidaklah berani mendesak sangat. Jauh di sudut hati Ulung Mahawa dia menuduh ada
di antara saudara-maranya yang irihati kepada anaknya Tahrim, disebabkan dia merupakan cucu
kesayangan aruah Tok Sagak. Sebab itulah mereka melakukan apa saja untuk memusnahkan
Tahrim. Namun saya tetap menafikan anggapan Ulung Mahawa itu. Inilah menyebabkan dia tidak
berpuas hati dengan penjelasan saya.
Hanya beberapa bulan selepas itulah baru Tahrim menceritakan kepada emaknya, dia ketakutan
sewaktu dikatakan tidak sedarkan diri itu, kerana aruah datuknya Tok Sagak datang mengajaknya
pergi. Puas Tok Sagak menghulur tangan meminta Tahrim memautnya, tetapi Tahrim ketakutan
untuk menyambut tangan aruah datuknya. Entah mengapa Tahrim dapat berfikir bahawa
datuknya baru saja meninggal dunia sebelah siangnya. Sebab itulah dia tidak mahu menyambut
tangan yang dihulurkan oleh Tok Sagak mengajaknya pergi dari situ. Dia seolah-olah nampak
datuknya berbual-bual dengan saya di serambi. Pada mulanya dia nampak datuknya bercakap
dengan suara lantang tidak puas hati kerana saya menghalang dia dari membawa cucunya.
Tetapi suaranya lama kelamaan merendah hingga menangis teresak-esak. Tahrim pula tidak tahu
apa yang saya cakapkan bersama datuknya. Tidak lama setelah datuknya bercakap-cakap dengan
saya, Tahrim dapat melihat dengan jelas datuknya mencium dahinya sebelum pergi menuruni
tangga. Selepas itu tiba-tiba saja sekitar rumah menjadi gelap gelita beberapa minit, hingga dia
terkejut bangun dari tidurnya. Hairan juga dia bila didapatinya saya dan ayah saya beserta
beberapa orang jiran lain ada di sisinya.
Tetapi cerita Tahrim tidak habis disitu saja. Sehingga dia berhenti askar pun saya mendengar
cerita mengenai keistimewaan dirinya, sedangkan dia sendiri tidak mengetahui dari mana
datangnya keistimewaan tersebut. Saya mendengar cerita Tahrim menolong sepupunya
menebang pokok rambai berhampiran dengan rumahnya. Semasa pokok rambai tumbang,
Tahrim tidak dapat mengelakkan diri lantas dihempapnya. Sepupunya Mat Derih menjadi panik,
73

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

lantas melaung memanggil jiran-jiran datang membantu. Sewaktu jiran-jiran sampai, Tahrim
merangkak-rangkak keluar dari bawah dahan dan ranting-ranting rambai yang menimpanya.
Hanya bahu dan belakangnya saja calar-calar ringan, sedangkan seluruh anggota badannya tidak
terjejas langsung. Bila ditanyakan oleh Mat Derih mengenai peristiwa tersebut, Tahrim hanya
menggeleng-geleng kepala saja, kerana dia sendiri pun tidak tahu apa yang telah terjadi.
Semasa masih berkhidmat dalam askar pun, Tahrim pernah mengalami kejadian yang tidak
disangka-sangkanya. Pasukannya telah membuat operasi jauh ke hutan. Apabila berkhemah di
satu kawasan Tahrim ditugaskan berkawal hingga tengah malamnya. Dengan tidak disedarinya
Tahrim merasai tersangat mengantuk lantas tertidur waktu berkawal ini. Kira-kira jam 2.00 pagi
seorang anggota lain yang ditugaskan menggantikan tempat Tahrim berkawal datang ke tempat
dia berkawal. Alangkah terkejutnya kawan itu apabila dilihatnya Tahrim tidur nyenyak di atas
perut seekor harimau yang berbaring di sisinya. Keesokan harinya Tahrim disoal oleh ketuanya
mengapa tidak mahu digantikan berkawal oleh rakannya, dia sendiri terpinga-pinga tidak tahu
apa yang telah berlaku ke atas dirinya. Apabila diberitahu oleh kawannya dia tertidur di atas perut
harimau yang mengambil alih tugasnya berkawal, Tahrim hanya menerangkan semuanya itu
cerita karut.
Setelah bersara dari askar Tahrim menetap semula di kampung. Setiap kali saya balik ke
kampung, saya akan singgah minum kopi di warung kecil yang dibukanya. "Beginilah Ustaz" kata
Tahrim tersengih-sengih bila saya singgah minum kopi di warungnya. "Masa muda jadi askar, dah
tua jadi jaga" ujarnya berjenaka. "Tapi jadi jaga di warung ni bagus, Rim" sahut saya tersenyum.
"Bukannya jadi jaga berdiri depan bank perhatikan orang keluar masuk bawa duit. Tapi jadi jaga
di warung ni, sendiri memerhatikan duit keluar masuk" saya sengaja mengusiknya.
Bagaimanapun setiap kali saya mahu membayar duit kopinya, Tahrim tetap menolak. "Bukan
selalu Ustaz minum di warung ni, sekali-sekala aje" katanya memasukkan semula wang yang saya
berikan ke poket saya.

74

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

029. DURI IKAN SEMBILANG DITUSUK KE KEPALA

KEMERIAHAN majlis perkahwinan yang berlangsung di rumah Mat Sunud bertukar menjadi
muram. Sebelum berlangsung majlis berinai pada sebelah malamnya, telah berlaku kekecohan di
sebelah petangnya ketika rombongan pengantin lelaki datang dari Tangkak di Johor. Keputusan
kedua pihak keluarga pada peringkat awalnya sudah dimungkiri. Semasa perundingan awal
diadakan bagi melangsungkan perkahwinan Masimah anak gadis Mat Sunud di Tanjung Karang,
memang sudah dipersetujui majlis persandingan hanya diadakan di sebelah pihak perempuan
saja.
Persetujuan ini dicapai memandangkan kampung mereka berjauhan. Kalau mahu diadakan juga
terpaksalah diadakan selang seminggu pula. Ketika ini sanak saudara juga ramai yang membuat
kenduri nikah kahwin. Pihak keluarga lelaki memanglah bersetuju majlis persandingan
dilangsungkan di sebelah pihak perempuan saja. Entah macam mana kekecohan mula berlaku
sebaik saja pengantin lelakinya Jabal ditempatkan di rumah jiran pengantin perempuan sebagai
tempat persinggahan, tiba-tiba saja pihak perempuan mahu juga diadakan majlis bertandang di
rumah keluarga pengantin lelaki di Tangkak. Pada mulanya pihak keluarga pengantin lelaki
berkeras juga, kerana tidak sanggup mengadakan dua kali kenduri. Semasa mereka menghantar
pengantin lelaki memang sudah diadakan kenduri membaca doa selamat. Tentulah menjadi
serba salah untuk memanggil jiran-jiran semula sekiranya mahu diadakan juga majlis bertandang
itu.
"Minta maaflah bisan..." Mak Icum memeluk leher Hajah Semiah ketika menyampaikan
keputusan sanak saudaranya. "Dah kemudian pula timbulnya desakan dari bapa-bapa saudara
Masimah" katanya menangis teresak-esak menahan malu apabila pihak sanak saudaranya
bersikap demikian. Sekiranya dia enggan menyampaikan keputusan tersebut, mereka semua
akan memulaukan majlis persandingan berkenaan. Alasan yang mereka berikan ialah Masimah
bukan janda. Sebab itulah mereka memaksa mesti diadakan juga majlis bertandang ke rumah
pengantin lelaki. Lagi pun semasa rundingan awal dibuat, hanya Mat Sunud saja yang
memutuskan dengan tidak memanggil sanak saudara yang lain. Walaupun pada mulanya Hajah
Semiah emak Jabal yang ikut sama dalam rombongan menghantar anaknya enggan menurut
kemahuan pihak perempuan disebabkan mungkir janji, tetapi dia kasihan juga melihat keadaan
Mak Icum yang sudah merayu-rayu mengakui akan kesilapan pihaknya itu. Terpaksalah Hajah
Semiah menerima dengan tabah hati keputusan yang tidak diduganya. Semasa rombongan
pengantin lelaki balik semula ke Tangkak petang itu juga, Jabal ditinggalkan bersama emak
saudaranya Ngah Rupai, dan sepupunya Berahim yang menjadi pengapit pengantin.
Semasa majlis berinai hendak diadakan, Masimah yang sudah duduk di pelamin tiba-tiba tergolek
ke bawah. Dia menggelupur bagaikan ikan tidak mendapat air di atas riba Mak Andam. Mereka
yang berkerumun di atas rumah mahu melihat pengantin perempuan di atas pelamin menjadi
gempar dengan kejadian tersebut. Cepat-cepat pula Mat Sunud berkejar ke rumah jirannya Bahar
tempat persinggahan pengantin lelaki, memberitahu supaya ditangguhkan dulu kedatangan
75

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

pengantin lelaki. Sebaliknya apabila Mat Sunud sampai di rumah Bahar, beberapa orang yang
menemani pengantin lelaki juga menjadi cemas kerana Jabal terlentang di hujung serambi
mengerang-ngerang sakit kepala. Dia juga masih belum lagi memakai pakaian pengantin untuk
majlis berinai. Sementara di khemah di hujung halaman, masing-masing belum mengetahui
peristiwa yang menimpa kedua-dua pengantin. Mereka asyik mendengar permainan pancaragam
yang mendendangkan lagu-lagu merdu.
"Macam mana kita nak buat ni?" tanya Ngah Rupai berpaling pada Mat Sunud. Dia memicit-micit
kepala Jabal bagi mententeramkan anak muda berkenaan. "Nantilah, saya suruh budak-budak
panggilkan dukun" sahut Mat Sunud lantas menghilangkan diri di celah-celah orang ramai yang
berkerumun di serambi rumah Bahar. Tidak lama kemudian dia muncul semula dengan
termengah-mengah mengesat peluh pada lehernya. "Tengoklah kejap lagi, saya dah suruh budak
panggilkan dukun" ujarnya mengeluh lemah. "Masimah, apa khabarnya?" soal Bahar pula setelah
diberitahu mengenai Masimah juga tidak sedarkan diri. "Entahlah..., macam tu juga nampaknya"
Mat Sunud menggeleng-geleng kepala tidak keruan. "Adakah Pak Nud syak sesiapa yang buat...?"
Bahar merasakan bertanggungjawab penuh ke atas pengantin lelaki, disebabkan rumahnya
dijadikan tempat persinggahan. Apa yang berlaku ke atas Jabal dia tidak boleh lepas tangan
begitu saja. Mat Sunud menggeleng kepala. Sukar juga dia mahu menuduh sekiranya tidak ada
bukti yang sahih. Lagi pun menuduh dengan tidak ada bukti mungkin menyebabkan orang marah,
sehingga menambahkan lawan di dalam kampung sendiri. Perkahwinan anaknya Masimah
dengan Jabal pun bukanlah atas pilihannya, tetapi mereka berdua berjanji setelah bertemu di
Kuala Lumpur. Mereka sama-sama bekerja di Kuala Lumpur. Di mana mereka mula bertemu,
kemudiannya memadu janji hingga memutuskan untuk ke jinjang pelamin, Mat Sunud sendiri
tidak tahu. Setelah anaknya Masimah memberitahu Jabal akan masuk meminang, dia hanya
menerima dengan dada yang tebuka.
Dalam rundingan dengan keluarga Jabal, memang Mat Sunud sendiri bersetuju majlis bersanding
dibuat di Tanjung Karang saja kerana kalau mahu bertandang pula ke Tangkak banyak
masalahnya. Setelah diputuskan perundingan, tiba-tiba saja abang isterinya yang tinggal di Felda
Jengka tidak bersetuju majlis bersanding itu habis di Tanjung Karang saja. Semua sanak saudara
Mak Icum menyalahkan Mat Sunud kerana membuat keputusan sendiri, apabila menetapkan hari
perkahwinan Masimah dan Jabal. "Ini kerja orang dengki ni, dia sengaja nak beri malu Pak Nud
agaknya" gerutu Bahar menggertap bibir. Geram benar dia dengan perbuatan yang tidak
bertanggungjawab semasa pengantin hendak naik ke pelamin untuk upacara berinai. "Entahlah,
Bahar...mati akal aku!" keluh Mat Sunud mengesat pelupuk matanya. Jabal mengerang-ngerang
menahan kesakitan yang menyucuk-nyucuk tengkorak kepalanya. Dukun yang dipanggil tidak
juga datang lagi setelah setengah jam mereka menunggu. Ketika ini orang memanggil Mat Sunud
dari rumahnya kerana keadaan Masimah masih membimbangkan. Bergegas-gegas pula Mat
Sunud balik ke rumah dalam keadaan cemas mencengkam hatinya.
"Apa ikhtiar kita makcik?" tanya Bahar berpaling pada Ngah Rupai. "Tak tau laa makcik,
terpulanglah pada orang sini" sahut Ngah Rupai sambil jarinya memicit-micit kepala Jabal. Peluh
membasahi belakang Jabal hingga bajunya lembab. Terpaksalah pula Ngah Rupai membukakan
76

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

baju tersebut supaya suhu panas badan Jabal dapat dikurangkan. Dalam masa yang sama
Masimah juga tidak beransur sembuh. Dia menggelepar dengan nafasnya sesak tercungapcungap sama seperti ikan terdampar di pasir. Sehingga jam 11.00 malam barulah Mat Sunud
memberitahu orang pancaragam supaya menghentikan permainannya, lantas memberitahu
mengenai kejadian yang menimpa kedua mempelai. Bertambah lagi murungnya suasana setelah
pancaragam memberhentikan permainannya. Hanya tinggal keluh kesah sanak saudara Mak
Icum dan Mat Sunud melihatkan dua mempelai terlantar menahan kesakitan masing-masing.
"Wak Golan dah ke Ulu Selangor, Pak Nud..." beritahu Jali Tenjot yang disuruh memanggil dukun.
Sebaik saja disuruh memanggil dukun, Jali Tenjot terus menunggang motorsikal Hondanya ke
rumah Wak Golan. Tetapi dia diberitahu Wak Golan sudah ke rumah anaknya di Gedangsa, Hulu
Selangor. Bertambah hampa Mat Sunud setelah mendengar Wak Golan yang diharapkannya
boleh memulihkan kedua mempelai tidak ditemui. Dia sendiri tidak tahu apa harus dilakukan.
Sepanjang ingatannya hanyalah Wak Golan yang menjadi dukun di sekitar kampungnya. Kepada
orang tua itulah mereka menggantung harapan sekiranya diancam gangguan demikian. Tetapi
bila Wak Golan tidak ada mereka seolah-olah putus asa mencari ikhtiar yang lain. "Kalau sakit
macam ni, carilah tok imam-tok imam ke, minta doakan...." ujar Ngah Rupai apabila diberitahu
oleh Mat Sunud mengenai Wak Golan yang sudah pergi ke rumah anaknya di Gedangsa. "Hah,
elok juga tu" sahut Bahar menyetujui cadangan Ngah Rupai. "Elok kita panggilkan Haji Madan,
minta doa-doakan" katanya menggesa supaya segera diberitahu kepada Haji Madan.
Jali Tenjot terus menunggang motorsikal Hondanya dengan tidak mendapatkan persetujuan dari
Mat Sunud untuk memanggil Haji Madan di seberang jalan. Dia juga tahu Haji Madan guru agama
di situ yang selalu ditemui oleh orang-orang kampung meminta jasa baiknya mendoakan anakanak mereka supaya lulus dalam peperiksaan. Semasa Jali tenjot sampai di halaman rumah Haji
Madan, isteri Haji Madan baru saja menghidangkan kopi kepada kami di serambi. Kebetulan saya
singgah di rumah Haji Madan bersama seorang kawan lagi dalam perjalanan dari Teluk Intan.
Setelah Jali Tenjot naik ke rumah, dia diperkenalkan oleh Haji Madan kepada saya dan Bumin,
sambil mengajaknya minum kopi terlebih dulu. "Apa halnya ni?" tanya Haji Madan lantas
menghulurkan cawan kopi o ke hadapan Jali Tenjot. Tergagap-gagap Jali Tenjot menceritakan
kejadian yang menimpa di majlis berinai anak Mat Sunud.Terbayang kegelisahan di wajahnya,
disebabkan dia adalah anak saudara Mak Icum. Kejadian tersebut bukan saja memalukan
keluarga dia, malah sebuah kampung menanggung malu kepada keluarga pengantin lelaki.
Tentulah cerita mengenai kejadian tersebut tidak akan lenyap dalam masa sehari dua,
kemungkinan akan menjadi buah mulut kepada seisi kampung.
Majlis perkahwinan adalah bertujuan untuk sama-sama memeriahkan kedua mempelai, serta
menemukan mereka dengan sanak saudara. Tetapi dengan kejadian yang tiba-tiba saja diserang
sakit, bukanlah merupakan penyakit turun-temurun yang datang menyerang. Sudah tentulah ada
orang yang iri hati melakukan kerja-kerja sihir bagi merosakkan nama baik keluarga Mat Sunud.
"Emm, kita minum kopi dulu" ujar Haji Madan tersengih-sengih. "Kopi ni, Mak Aji kau sendiri yang
tumbuk" katanya sambil mengerling isterinya yang tersenyum tersipu-sipu. Disebabkan Haji
Madan sudah dijemput orang lantas saya mengajak Bumin balik, kerana saya menumpang
77

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

keretanya. Tetapi kalau saya melalui jalan tersebut ke Teluk Intan, memang saya singgah di
rumahnya. Kadangkala kalau melebihi jam 11.00 malam pun saya tetap singgah, kerana dia masih
belum tidur lagi. Malah dia akan memarahi saya kalau tidak singgah sekiranya dia tahu saya ke
Teluk Intan atau ke Kampung Gajah melalui jalan tersebut.
"Biarlah saya minta diri dulu, tuan..." saya menghulur tangan untuk berjabat salam. "Hiss, nanti
dulu Ustaz" katanya menepis tangan saya. "Ini Fardhu Kifayah, Jali ni datang betul-betul
berharap, marilah sama" Haji Madan tidak membenarkan saya balik. "Tak apalah tuan, Bumin ni
ada hal besok" saya cuba mengelak. "Halnya besok, bukan malam ni!" Haji Madan berkeras tidak
mahu melepaskan saya pergi. "Macam mana Bumin?" sengaja saya mencuit Bumin. Belum pun
sempat Bumin menyahut cepat-cepat Haji Madan memotong, "Bumin belum nak balik lagi tu,
Ustaz ni aje yang pandai-pandai" dia bangun berdiri sambil meminta isterinya mengambilkan
lampu picit. Dia menarik tangan saya mengikutinya ke rumah pengantin. Bumin hanya tersengihsengih melihat telatah Haji Madan yang langsung tidak memberi peluang kami mengelakkan diri
mengikutinya. Malam sudah mulai sepi, tetapi kawasan sawah luas terbentang itu nampak
berbalam-balam cahaya api dari setiap rumah. Di jalan besar melintasi sawah itu juga sekalisekala ada juga kereta meluncur.
Semasa kami sampai di rumah Mat Sunud pengantin perempuan masih berpakaian pengantin
lagi, tetapi sanggulnya sudah terurai. Dia menggelepar-gelepar juga tercungap-cungap sukar
bernafas seperti ikan terdampar di pasir. "Yang lelakinya di mana?" soal Haji Madan sebaik saja
duduk menyandarkan belakang ke dinding. "Di rumah Bahar" beritahu Mat Sunud. Kemudian
barulah Haji Madan memperkenalkan saya dan Bumin kepada Mat Sunud dan keluarganya.
"Macam mana Ustaz?" Haji Madan menepuk bahu saya. "Terpulanglah pada tuan..." ujar saya
menghela nafas. "Kalau macam tu, bawa pengantin lelaki tu ke mari" Haji Madan mencadangkan.
"Di sini, boleh kita sama-sama ikhtiarkan" katanya semacam memberi arahan kepada Mat Sunud.
Dengan tidak membantah Mat Sunud mengajak Jali Tenjot membawa pengantin lelaki ke
rumahnya. Suasana muram di rumah pengantin itu jelas terbayang di setiap wajah yang lesu
berceratuk memenuhi ruang rumah. Mereka masih kebingungan dengan peristiwa tersebut,
walaupun sudah diusahakan dengan berbagai jampi serapah oleh beberapa orang yang
berpengalaman juga mengubati penyakit seperti itu.
Disebabkan Wak Golan tidak ada, dua tiga orang yang pernah berguru dengan Wak Golan telah
mencuba kemampuan masing-masing. Namun Masimah dan Jabal tidak juga dapat dipulihkan.
Ketika Jabal dipapah datang ke rumah Mat Sunud, mukanya pucat. Kuku jari-jarinya lebam. Dia
mengerang-ngerang juga menahan sakit kepala. Haji Madan menyuruh dibaringkan Jabal
berhampiran dengan Masimah. Kemudian dia duduk di tengah-tengah pada bahagian hulu
kepala. Dia menyuruh saya duduk di bahagian lunjur kaki kedua pengantin itu. Sebaik saja saya
duduk tiba-tiba Masimah bingkas bangun lantas meludah saya berulang kali, menyebabkan
keadaan menjadi kelam kabut. Mat Sunud dan Jali Tenjot segera menerpa memegangkan
Masimah yang tiba-tiba saja menjadi berang melihat saya duduk di lunjur kakinya. Sekali-sekala
dia mengerling ke arah Jabal yang terbaring mengerang-ngerang menahan sakit kepalanya yang
mendenyut-denyut.
78

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

"Kenapa kau marahkan dia....!" jerkah haji Madan menepuk dua tangannya ke paha. "Orang ni
jahat" sahut Masimah ketawa terkekeh-kekeh, menudingkan jarinya ke arah saya. "Ha,
ha...sekarang kau dah tunjukkan diri kau..." ejek Haji Madan meletakkan tapak tangannya ke
kepala Masimah. Sekaligus gadis itu meronta-ronta sambil memekik kesakitan. "His, belum apaapa dah memekik, tadi kau tunjukkan kuat sangat...!" ujar Haji Madan tersenyum sinis. Masimah
meronta-ronta tetapi tidak dapat melepaskan diri dari pegangan Jali Tenjot dan Mat Sunud.
Ketika ini terdengar bunyi dinding berdegam seperti dirempuh kuat tetapi tidak ada apa-apa yang
kelihatan merempuh dinding. "Halau dia tu, halau dia...!" pekik Masimah menuding-nuding ke
arah saya. "Dia tu orang jahat, dialah yang suruh aku ke mari" katanya ketawa mengejek. "Setan
memang nak laga-lagakan orang" sahut Haji Madan tidak melepaskan tangannya di kepala
Masimah. "Kau fikir kami percaya dengan tipu muslihat kau? Ustaz tu baru tak sampai sejam
datang" ujarnya merentap tangannya dari kepala Masimah. Mat Sunud menyangka saya
tersinggung apabila diludah oleh Masimah beberapa kali menyebabkan dia berkali-kali meminta
maaf. Tetapi saya tidak hiraukan sangat kekeliruan Mat Sunud itu, kerana saya menyedari
sewaktu sampai ke halaman rumah saya melihat seolah-olah terbayang satu cahaya seperti
benang putih di bumbung rumah sampai mencecah ke awan. Oleh itu sebelum naik ke rumah
saya sudah membacakan Ayat Kursi 33 kali sehingga saya duduk berhampiran dengan Masimah.
Kemudian saya berzikir halus di dalam hati, menyebabkan benang putih itu terputus hingga
kedengaran oleh orang ramai bunyi berdegam memukul ke dinding.
"Ustaz ni orang jahat...!" Masimah tersengguk-sengguk menangis seperti orang putus asa.
"Engkau yang jahat, menyusahkan orang!" suara Mat Sunud keras mengherdik. "Kami bukan
kacau kau, kenapa kau kacau kami?" dia sudah mula memahami apa sebenarnya sedang
mengganggu anaknya ketika itu. Memandangkan keadaan Masimah bertambah garang,
sedangkan Jabal mengerang-ngerang saja menahan kesakitan, saya pun meminta izin untuk
memegang kepala Masimah. Dia memarahi saya sebaik saja tangan saya menyentuh kepalanya,
tetapi saya membongkok merapatkan mulut saya ke telinga kanannya. Saya melaungkan azan
perlahan 5 kali di telinga kanan, dan 5 kali di telinga kiri. Semasa saya melaungkan azan ini
Masimah menjerit-jerit mengatakan petir dan kilat memusnahkan rumahnya. "Ah, rumah ni elok,
tak roboh pun. Tak ada pun kilat, tak ada petir..." Mak Icum yang mendiamkan diri sejak tadi tibatiba saja bersuara lesu. "Cukup dulu..." kata saya kembali duduk di lunjur kaki Masimah. "Kalau
kau berdegil, aku akan timpakan kau dengan gunung" ujar saya memberi amaran. Masimah mulai
ketakutan merenung muka saya. Tubuhnya menjadi longlai tidak bermaya. "Nah, lawanlah
sangat" sergah Haji Madan mengejek.
Ketika ini saya melihat Jabal tidak mengerang-ngerang lagi. Dia hanya keletihan terlentang
melepaskan lelah. Saya bangun mengangkat kepala Jabal menghembuskan perlahan dengan
membaca Surah Al-Ikhlas 11 kali diikuti dengan Surah Al-Falak dan Surah An-Nas sekali. Selepas
itu barulah Jabal menggosok-gosok matanya lantas meminta air untuk diminum. Dia sendiri
seperti orang kebingungan kerana tidak tahu apa yang telah berlaku kepada dirinya dan isterinya
yang akan menjalani upacara berinai dan seterusnya bersanding. Mujurlah mereka berdua
sempat diakad-nikahkan sebelum majlis berinai itu. Setelah diterangkan kepadanya bahawa
79

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

Masimah masih tidak sedarkan diri, Jabal mengangguk lemah. Dia sendiri mengadu masih terasa
sengal-sengal di kepalanya walaupun tidaklah sakit berdenyut-denyut lagi.
"Haji Madan, buat apa kau bawa Ustaz ni?" Masimah menggertap bibir tetapi tidak berani
merenung muka saya. "Ah, aku tak mau layan kau. Aku beri tempoh lima minit. kalau kau tak
pergi tinggalkan Masimah, Ustaz ni akan timpakan gunung, aku akan ambil barang mainan kau
tu!" tegas Haji Madan memberi amaran. "Buatlah, apa kau nak buat" sahutnya tersengih-sengih
memaling mukanya merenung ke bumbung atap. Saya ikut merenung ke atas memerhatikan
bumbung yang direnung Masimah. Lantas saya membacakan innahu minal-Sulaiman wainnahu
bismillahhir Rahmannir Rahim 10 kali, kemudian saya seolah-olah terlihat seorang perempuan
tua berambut penuh uban termengah-mengah memerhatikan ikan sembilang di lantai
menggelepar tidak mendapat air. Duri sembilang itu tertusuk kepada buah limau yang
berbungkus kain putih diikat dengan benang, tetapi sudah terlepas dari tusukannya.
"Ustaz, kita mulakan...." kata Haji Madan bangun sambil meminta air sejuk segelas. Setelah
diberikan air tersebut, Haji Madan menjulang gelas berisi air itu tinggi melampaui kepalanya, dan
saya mendengar dia membacakan Ayat dari Surah Al-Jin Quluhiyya innahus tamaa nafarun minaljinni...hingga beberapa ayat lagi. Kemudian saya menudingkan jari ke muka Masimah seolah-olah
saya menuding ke muka perempuan tua yang mengadap ikan sembilang di lantai itu sambil
membisikkan "Sejuk kau, sejuk kau...aku kirimkan air batu...", sekaligus pula saya melupakan
Masimah terbaring di hadapan saya. Ketika ini semua orang melihat Masimah terketar-ketar
menahan kesejukan, hungga bibir dan jari kecut seperti terkurung di dalam air batu. Dalam masa
inilah orang ramai mendengar satu letupan kecil di gelas yang dipegang olah Haji Madan. Bila dia
duduk semula sambil meletakkan gelas berisi air itu di hadapannya, semua orang melihat seekor
anak sembilang sebesar ibu jari terkotek-kotek di dalam air. Tubuhnya terikat dengan benang
yang bersambung pada sebiji limau berbungkus dengan kain putih. Kira-kira 15 minit
kemudiannya barulah Masimah sedarkan diri semula. Hanya 5 bulan lepas kejadian itu, semasa
saya dan Bumin singgah di rumah Haji Madan beliau menceritakan Jabal dan Masimah selamat
disandingkan dengan tidak ada gangguan apa-apa. Tetapi Haji Madan sendiri terkejut bila
diberitahu seorang dukun perempuan jauh dari situ, mati dalam keadaan mengerekot. Seluruh
tubuhnya kecut seperti terkurung di dalam air batu.

80

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

030. TULANG KAKI BERTABURAN DI BILIK

BERPELUH-PELUH seluruh badan akibat menebas di kebun pisang hingga santak senja. Tetapi Ucu
Mahali tidak peduli apa-apa kalau sudah turun ke kebun. Dia tidak boleh duduk diam semenjak
masuk ke felda, disebabkan terpaksa bekerja keras sepanjang hari.
Harapkan menoreh getah masakan boleh menampung hidup keluargangya, kalau tidak ditambah
dengan berkebun pisang. Dalam tempoh seminggu Ucu Mahali boleh dapat RM70.00 apabila
banyak pisang yang ditebang. Biarlah jiran-jiran menuduh dia tamakkan harta dunia disebabkan
turun ke kebun sampai santak senja. Dia masih mengibas-ngibas mata parang ke tengah belukar
sekalipun Kak Banun sudah mendesaknya balik. Takkan menunggu azan berkumandang di surau
baru mahu tinggalkan kebun pisang hingga tergesa-gesa mandi di bilik air. Tentu tergesa-gesa
pula ambil wuduk lantas terburu-buru mencapai sejadah. Memang Ucu Mahali jarang berjemaah
ke surau, disebabkan tidak sempat mahu terburu-buru ke surau di seberang pejabat kesihatan di
dalam felda berkenaan.
Marah juga Kak Banun disebabkan suaminya mandi tatkala badan tengah panas berpeluh-peluh.
Apa salahnya kering dahulu peluh supaya badan terasa sejuk baru curahkan air ke seluruh badan?
Tetapi Ucu Mahali bukan boleh ditegur kalau mahu menentukan cara hidupnya. Sebab itulah Kak
Banun tidak peduli sangat sekiranya Ucu Mahali berkeras juga mahu mandi tatkala badan tengah
panas berpeluh-peluh. "His, cukuplah tu dulu, bang," Kak Banun mendesak suaminya balik
disebabkan senja sudah semakin samar sekalipun azan di surau belum berkumandang. Ucu
Mahali mendengus. Belum sempat dia mahu menyahut, tiba-tiba terdengar kereta berhenti jauh
di hadapan rumahnya, diikuti dengan namanya dipanggil berulang kali. Dia tidak perlu tergesagesa memastikan siapa yang datang ke rumahnya. Tahu sangat Ucu Mahali asal sahaja orang
datang jejak kaki ke rumah dia tentulah fasal berubat. Apa lagi tujuan mereka kalau bukan
berubat minta dijampikan?
Sejak dia berpindah ke felda itu memang ramai tahu fasal dia menjadi bomoh. Sekalipun Ucu
Mahali tidak mahu dia dikenali sebagai bomoh, tetapi dia tidak dapat menghalang apabila ada
orang datang jejak kaki ke rumahnya minta dijampikan. Sampaikan suami lari meninggalkan
rumah pun, mereka meminta bantuan Ucu Mahali. Tidak boleh tiga hari, Ucu Mahali akan cuba
sampai tujuh hari nescaya lelaki yang lari meninggalkan rumah isterinya, akan datang semula
mencari isteri yang ditinggalkan. Tentu hati lelaki itu tidak tenteram apakala namanya seringkali
disebut-sebut oleh Ucu Mahali dalam jampinya. Tetapi mereka yang pernah menemui Ucu
Mahali tahu, bukan disebabkan jampi mentera Ucu Mahali boleh memaksa orang yang lari balik
semula dengan pasangannya. Mereka tahu Ucu Mahali akam kirimkan jin-jin yang bersahabat
dengannya mengganggu sesiapa sahaja yang cuba melawan kemahuannya. Mereka tidak marah
apa-apa kepada Ucu Mahali, kerana dia tidak mengganggu sesiapapun. Dia sekadar gunakan jinjin yang bersahabat dengannya untuk tujuan membantu mereka yang diganggu kesusahan.
Memang Ucu Mahali tidak akan gunakan jin-jin berkenaan untuk melakukan kejahatan.

81

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

Sewaktu dia mengajak Kak Banun balik, terjengket-jengket Mat Junoh melompat anak-anak kayu
mendapatkan dia. Tersengih-sengih Mat Junoh melihat Ucu Mahali berpeluh-peluh memegang
parang panjang di bawah perdu rumpun pisang. "Ah, Abang Junoh rupanya!" gerutu Ucu Mahali
sebaik sahaja Mat Junoh mendekati dia. "Encik Kiman ajak awak ke Kuala Lumpur." beriahu Mat
Junoh setelah mereka bersalaman. "Bila?" perlahan sahaja Ucu Mahali bertanya sekalipun
hatinya serba salah juga apakala diminta oleh Kiman ke Kuala Lumpur. Kalau Kiman mengajak ke
Kuala Lumpur tentulah Kak Banun juga ikut sama. Masakan dia mahu tinggalkan isterinya di
rumah apabila ke Kuala Lumpur sampai bermalam di rumah Kiman. Sekiranya Kiman hantar balik
pun selepas tengah malam tentu hampir Subuh baru sampai ke rumah. Dia tahu sekiranya Kiman
datang menjemput memang lelaki itu sanggup hantar dia balik malam itu juga. Apalagi kalau dia
mendesak fasal mahu menoreh getah. Tinggal dalam kawasan felda dia tidak boleh berdalih
sekiranya tidak pergi menoreh.
"Encik Kiman akan hantar balik malam ni juga," terus sahaja Mat Junoh menerangkan supaya Ucu
Mahali tidak was-was mahu ikut ke Kuala Lumpur. Lagi pun Mat Junoh akan ikut sama disebabkan
malamnya dia tidak bertugas. Memang tugas Mat Junoh menjadi pengawal di stor kilang getah
buku akan off tiap-tiap dua malam sekali. Selepas pencen jadi buruh di jabatan, mujur benar nasib
Mat Junoh dipelawa bertugas menjadi pengawal di stor kilang getah buku itu. Masuk sahaja jam
6.00 petang dia akan mula bertugas sampai ke pagi. Apa salahnya bertugas sebelah malam,
bukannya dia bercekang mata tidak tidur hingga ke Subuh. Sebab itu Mat Junoh sanggup ikut
Kiman ke Kuala Lumpur sebaik sahaja lelaki itu memintanya mengajak Ucu Mahali. Dia sendiri
yang perkenalkan Ucu Mahali kepada Kiman, disebabkan lelaki itu pernah menjadi ketua
jabatannya sebelum bertukar ke Kuala Lumpur.
Asal sahaja ada masalah memang Kiman akan bertumpu kepada Mat Junoh. Tidak tergamak pula
Mat Junoh membiarkan Kiman gelabah sepanjang masa semenjak rumahnya diserbu rama-rama
hitam sepanjang malam. Kadangkala sampai lampu di dalam rumah tertutup akibat terlalu
banyak rama-rama hitam hinggap. Apabila rama-rama hitam gugur ke lantai akibat mati terbakar
pada kaca lampu, isteri Kiman akan mula diserang sakit kepala. Kemudian hidungnya keluar darah
macam selsema dihinguskan. Lama juga isterinya Seridah menanggung sakit, barulah sakit di
kepalanya mulai reda. Sudah berkali-kali juga Kiman membawa isterinya menemui doktor, tetapi
tidak dapat diagakkan penyakitnya. Kalau mahu dituduh darah tinggi keadaan Seridah tidak pula
mempunyai tekanan darah yang membimbangkan. Doktor juga tidak syak kalau ada ketumbuhan
di kepala, kerana tanda-tandanya tidak ada langsung.
Sebab itu Kiman hubungi Mat Junoh sekiranya boleh membantu dapatkan bomoh untuk
mencuba rawatan tradisional. Sudah dua kali Ucu Mahali mencuba apakala Mat Junoh membawa
Kiman dan isterinya ke rumah itu. Mula-mula sahaja dia melihat Seridah, perempuan itu bagaikan
enggan naik ke rumahnya. Kalau tidak didesak oleh Kiman memang Seridah tidak mahu naik
disebabkan terasa seluruh badannya seram sejuk. Semakin digagahi juga naik dadanya berdebar
kencang mengombak-ombak tidak menentu. Ketika itu Ucu Mahali merasakan dirinya dikelilingi
oleh lembaga-lembaga berjubah putih yang ramai di tengah rumahnya, dia dapat melihat seolaholah di ubun-ubun Seridah terletak tengkorak kepala dengan lidah terjelir panjang. Tengkorak
82

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

kepala itu bergoyang-goyang laksana kapas ditiup angin setiap kali lembaga-lembaga berjubah
putih mengibaskan tangan. Marah benar tengkorak berkenaan kepada lembaga-lembaga
berjubah putih itu kerana membawa Ucu Mahali ke situ hingga dia tidak dapat berlindung ke
mana pun. Memang lembaga-lembaga berjubah putih itu yang tunjukkan kepada Ucu Mahali
mengenai tengkorak di atas ubun-ubun Seridah. Lidah yang terjulur dari tengkorak itu terus
menjilat-jilat darah dari ubun-ubun macam kucing menjilat susu tumpah di lantai.
"Hah, tengkorak apa pula atas ubun-ubun Seridah ni?" keras suara Ucu Mahali membentak
sambil menuding ke kepala perempuan itu. Terkejut juga Kiman apabila diberitahu mengenai
tengkorak di atas ubun-ubun isterinya. Dia tidak melihat apa-apa pun kecuali tudung yang
melingkupi rambut. "Buangkan aje, Ucu," sahut Mat Junoh seolah-olah dia sendiri dapat melihat
tengkorak yang disebutkan oleh Ucu Mahali. Lantas Ucu Mahali menjuruskan tangan ke arah
ubun-ubun Seridah dengan membacakan: Qola Musa maji'tum bihissihira innallahha
sayubthiluhu innallahha layuslihu 'amalal mufsidin, wali-ilafin quraisy, abthil sihraka kullahu
wayubthilhu, Allahhumma abthilis sihrallazi bainazzar'i wafi jami'il mukhta-fiati kulliha. Kemudian
dia merentap kuat hingga terasa tengkorak di atas ubun-ubun Seridah tertanggal habis. Tetapi
tengkorak itu hanya seperti bayang-bayang sahaja yang hilang sementara terlindung oleh silauan
cahaya. Dalam masa beberapa saat sahaja bayangan tengkorak itu kembali bertenggek di ubunubun Seridah bagaikan terus berdegil sekalipun diancam oleh Ucu Mahali.
"Hah, nak tunjuk keras kepala ye!" bentak Ucu Mahali lantas memberi isyarat kepada lembagalembaga berjubah putih segera menyerbu. Tatkala lembaga-lembaga berjubah putih itu
menyerbu, terasa pada Seridah kepalanya sejuk laksana dicurahkan ais di ubun-ubunnya. Dia
tidak melihat apa-apa kecuali merasakan elusan angin di keliling tubuhnya yang duduk berlunjur
kaki di hadapan Ucu Mahali. Tetapi Ucu Mahali tahu elusan angin itu memang lembaga-lembaga
berjubah putih itu menyerbu lantas merentap tengkorak yang melekap di atas ubun-ubun
Seridah. Masakan tenaga manusia mampu merentapkan bayang-bayang tengkorak itu, kecuali
lembaga-lembaga berjubah putih itu sama seperti bayang-bayang tercegat di sisinya. Bila-bila
lembaga-lembaga berjubah putih bersedia mematuhi perintah Ucu Mahali asal sahaja dikerah
dalam saat demikian. Mereka akan mematuhi apa sahaja perintah Ucu Mahali tatkala dia terus
berzikir mengulangi sampai 500 kali: Ya haiyun ya qaiyum ya latiff ya zaljalali wal ikram.
Setelah dua kali Kiman membawa isterinya Seridah berubat ke felda sebaik sahaja diperkenalkan
oleh Mat Junoh, memang isterinya mengakui sakit kepalanya semakin berkurangan. Dia juga
tidak lepaskan kain putih yang dituliskan oleh Ucu Mahali dengan: Waja'alna min baini aidihim
saddan wamin khalfihim saddan fa aghsyainahum fahum layubsirun, menutup ubun-ubun
macam kain selindang diikat ke kepala. Disebabkan sakit kepala Seridah semakin sembuh itulah,
Kiman mengajak Ucu Mahali ke Kuala Lumpur supaya lihat sendiri keadaan rumahnya. Manalah
tahu tapak rumah itu tidak sesuai menyebabkan penyakit silih berganti mengganggu
keluarganya. Memang Ucu Mahali sendiri mengakui apabila diminta Kiman melihat dari jauh
keadaan rumah berkenaan, berkali-kali terbersin seolah-olah terhidu bau busuk yang menusuknusuk. Kali kedua Seridah datang jejak kaki ke rumahnya berubat, Mat Junoh mencadangkan
supaya Ucu Mahali melihat keadaan di keliling rumah Kiman di Kuala Lumpur. Tetapi Mat Junoh
83

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

tahu masakan Ucu Mahali boleh ke Kuala Lumpur kalau masih tercongok di tengah rumahnya di
kawasan felda itu. Ucu Mahali sekadar memerintahkan lembaga-lembaga berjubah putih yang
menjelma setiap kali dia menyeru. Sebaik sahaja lembaga-lembaga berjubah putih itu melayang
ke udara, dia akan mendengar apa sahaja yang dibisikkan ke telinganya oleh lembaga-lembaga
berkenaan.
Apabila diberitahu mengenai bau busuk yang terhidu di keliling rumah Kiman jauh di Kuala
Lumpur, tiba-tiba sahaja bau busuk itu menusuk ke hidungnya. Sekaligus pula Ucu Mahali
terbersin kuat menahan rasa loya yang membuak-buak ke kerengkung akibat bau yang busuk
tengit itu. "Apa pula yang bau busuk ni?" gerutu Ucu Mahali berlenggok-lenggok kepala di tengah
rumahnya yang sengaja dipadamkan lampu. Memang dia tidak akan memasang lampu setiap kali
mengubati sesiapa sahaja. "Carilah punca busuk tu, Ucu," ujar Mat Junoh tersengih-sengih
memerhati Ucu Mahali terlenggok-lenggok kepala di tengah rumah. Beberapa kali Ucu Mahali
mendehem bagaikan kerengkungnya tersekat akibat loya membuak-buak. Kalau tidak dapat
dikawal nescaya dia akan menyerbu ke jendela terjeluih muntah. Memang termengah-mengah
dia menahan senak perut akibat memual-mual ketika itu.
Sebab itu Ucu Mahali tidak sanggup mengubati sesiapa pun sekiranya tidak terpaksa
melakukannya. Dia sendiri akan menanggung segala apa yang dilihatnya setelah menyeru semua
lembaga-lembaga berjubah putih itu menjelma. Sekalipun Ucu Mahali sekadar memberitahu
lembaga-lembaga berkenaan hanya sahabatnya, tetapi Mat Junoh tahu memang Ucu Mahali
menyeru jin-jin khadamnya. Kadangkala dia akan termengah-mengah sesak nafas sekiranya
lembaga-lembaga berjubah putih dipusar angin kencang sewaktu merempuh ke tempat yang
menjadi sasaran. Ucu Mahali juga akan terdampar ke dinding apabila lembaga-lembaga berjubah
putih itu terpelanting tidak dapat mengawal diri. Memang dia mengakui tubuhnya juga lenguhlenguh kalau lembaga-lembaga berjubah putih itu berdepan dengan lembaga besar yang
terpaksa dilawannya. Bukan mudah Ucu Mahali mahu mengubati sesiapa pun kalau tidak kena
gayanya. Sebab itulah Kiman memujuk Mat Junoh supaya Ucu Mahali bersedia mengubati
Seridah.
"His, apa ni..?" geli geleman Ucu Mahali apabila dibisikkan ke telinganya lembaga-lembaga
berjubah putih itu melihat tulang kaki manusia bersepah-sepah di merata tempat dalam rumah
Kiman. "Kenapa Ucu?" lantas sahaja Mat Junoh bertanya macam berasa hairan. "Banyak benar
tulang kaki manusia ni!" beritahu Ucu Mahali menggeleng-geleng kepala hingga terpaksa
mengusap-usap lengan akibat bulu roma tegak meremang. "Mana datangnya tulang kaki
manusia tu?" hairan juga Kiman apabila diberitahu mengenai taburan tulang kaki manusia di
dalam rumahnya. "Bukanlah betul-betul tulang kaki manusia berserak di rumah encik," lantas
Mat Junoh mengingatkan bekas ketua pejabatnya itu. "Ucu nampak macam tulang kaki manusia,
tapi itulah sihir yang digunakan orang!" dia menjelaskan supaya Kiman tidak terkeliru dengan apa
yang disebut oleh Ucu Mahali. Kalau tidak diterangkan tentu Kiman menyangka di rumahnya
penuh dengan tulang-tulang kaki manusia berserakan. Disebabkan Mat Junoh sudah kerapkali
melihat Ucu Mahali mengubati orang, dia tahu apa yang dilihat oleh Ucu Mahali sekadar

84

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

bayangan sahaja. Tetapi demikianlah bentuk penyakit yang mengganggu mangsa akibat sihir ilmu
syaitan itu.
Memang mereka yang amalkan ilmu syaitan boleh menggunakan apa sahaja kelengkapan yang
sesuai untuk melepaskan marah terhadap seseorang yang dibencinya. Apabila tulang kaki mayat
dipuja dengan menyeru syaitan, maka bayangan itulah dapat dilihat oleh lembaga-lembaga
berjubah putih yang menjadi sahabat Ucu Mahali.
Tahu sangat Mat Junoh fasal amalan ilmu syaitan yang digunakan orang untuk mengganggu
sesiapa sahaja. Mereka sanggup menggali kubur lama semata-mata mahu dapatkan tengkorak
kepala supaya boleh dipuja tengah malam tatkala bulan mengambang penuh. Apabila sudah
dikuasai ilmu syaitan memang mereka tidak pernah takut apa-apa pun lagi, asal sahaja niat
buruknya tercapai. Bukan takat kubur lama sahaja digali, kadangkala kubur orang mati
kemalangan jalan raya yang dianggap mereka mati terbunuh juga digali. Apa sahaja bahagian
anggota mayat yang sudah ditanam baik-baik itu digunakan mereka untuk tujuan-tujuan yang
sengaja untuk memuaskan hati sendiri. Apalagi kalau kubur anak gadis sunti yang belum disentuh
mana-mana lelaki, mereka sanggup menggali dengan tidak berpakaian langsung. Mereka tidak
bimbang sekalipun dihalang dengan berbagai-bagai bayangan yang mengerikan dalam saat
menggali kubur tersebut. Hati mereka sudah nekad melakukan apa sahaja, asalkan hasrat di hati
dapat ditunaikan. Biarlah terpaksa menarik mayat tersebut ke atas kubur, kemudian melayur
dagu mayat dengan api lilin sampai menitik airnya. Mereka akan tadah air dagu berkenaan
dengan tempurung yang sudah disediakan. Gembira sangat mereka apabila usaha tersebut dapat
dilaksanakan sekalipun perbuatan tersebut memang dilaknati sesiapa sahaja.
"Ah, manusia ni macam-macam kepandaian!" Kak Banun menyampuk sambil ingatkan Kiman
supaya tidak gelabah apakala mendengar tulang kaki manusia bersepah-sepah di lantai
rumahnya. "Ilmu jahat memang mudah nak amalkan," gerutu Mat Junoh selanjutnya dengan
mencebek bibir. Marah benar dia perbuatan mereka yang gunakan sihir untuk menganiaya orang
lain. Kalau tidak puas hati apa salahnya bersemuka biar sama-sama dapat menilai siapa di pihak
benar dan siapa di pihak yang salah. Kadangkala disebabkan mereka gunakan sihir inilah, orang
seperti Ucu Mahali juga dituduh amalkan perkara yang tidak baik. Sampaikan Imam Labim juga
nasihatkan Ucu Mahali supaya tidak amalkan ilmu-ilmu yang bertentangan. Tetapi Ucu Mahali
tidak membantah apa-apa. Perkara amalan dia tidak pernah tumjukkan kepada sesiapa pun.
Belum pernah dia meminta mereka datang jejak kaki ke rumahnya kalau diganggu syaitan sama
ada pelesit, polong atau sihir. Dia juga tidak mengajak sesiapa pun di felda itu amalkan zikir
sepanjang malam. Bila-bila Ucu Mahali akan jengah ke surau asal sahaja dijemput menghadiri
ceramah agama. Imam Labim boleh jemput siapa sahaja guru-guru agama mengajar di surau, dia
tetap memberikan sokongan.
Sebab itu dia tidak bantah apa-apa kalau Imam Labim ingatkan supaya tidak menjadi bomoh.
Imam Labim sendiri diberitahu mengenai Ucu Mahali akan berjamu ayam panggang dengan tujuh
piring nasi kunyit apabila seseorang itu sembuh penyakitnya. Marah benar Imam Labim apabila
diberitahu sudah beberapa kali Ucu Mahali buat berjamu ayam panggang itu. Hinggakan Imam
85

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

Labim menanggung derita sakit gigi sampai membengkak pipi pun mereka tuduh disebabkan Ucu
Mahali. Mereka yang tinggal di kawasan felda percaya memang Ucu Mahali gunakan sihir
menyebabkan Imam Labim menanggung kesakitan bengkak pipi berminggu-minggu. Sudah
beberapa kali Imam Labim ke hospital mendapatkan rawatan tetapi bengkak pipi akibat sakit gigi
tidak juga seruh. Apabila doktor cadangkan supaya dibedah, berdebar juga hati Imam Labim.
Kalau takat sakit gigi kenapa pipinya yang membengkak perlu dibedah juga?
Tetapi bengkak pipi Imam Labim tidak seruh hingga berminggu-minggu. Sakit giginya juga
berdenyut-denyut asal sahaja senja menjelang sampai dia tidak mampu ke surau untuk solat
Maghrib berjemaah. Berdetak juga hatinya mahu menuduh perbuatan Ucu Mahali gunakan sihir
menyebabkan pipinya membengkak berminggu-minggu. Bimbang juga dia mahu berterus-terang
di hadapan Ucu Mahali. Kalau dia percaya penyakit bengkak pipinya disebabkan sihir Ucu Mahali
dan bukannya dari Allah Subhanahu Wata'ala, tentulah dia sendiri yang mempercayai perkara
tahyol. Seisi felda itu tahu memang dia tidak percayakan perkara tahyol demikian. Tentu orangorangnya di felda akan menuduhnya iri hati dengan Ucu Mahali sekiranya percaya penyakitnya
disebabkan sihir. Tetapi Imam Labim hairan bagaimana penyakitnya berlanjutan setelah berterus
terang menegur perbuatan Ucu Mahali menjadi bomoh di situ. Kalau Ucu Mahali tidak
menberitahu dirinya bomoh pun, penduduk-penduduk kampung itu akan bertumpu juga ke
rumahnya.
Tersengih-sengih Ucu Mahali apabila naik ke rumah Imam Labim sebaik sahaja diberitahu oleh
isteri imam itu mengenai penyakit bengkak pipi yang ditanggung suaminya. Tidak tersinggung
pun Ucu Mahali apakala dituduh gunakan sihir untuk menganiaya Imam Labim. Mereka percaya
Ucu Mahali berkecil hati apabila ditegur oleh Imam Labim mengenai amalannya. Sebab itulah dia
sanggup gunakan lembaga-lembaga berjubah putih yang menjadi sahabatnya menganiaya Imam
Labim sampai sakit gigi berdenyut-denyut. "Imam pun tahu, sakit datang dari Allah, ubatnya juga
dari Allah," ujar Ucu Mahali perlahan dengan penuh ikhlas. Tersinggung juga hati Imam Labim
kerana menyangka Ucu Mahali sengaja mahu menyindir dia. Tidak patut lelaki itu menyindir dia
dalam saat bengkak pipinya masih juga belum seruh. "Ubat hanya sebagai ikhtiar saja, yang
pentingnya: iyya kana'budu wa iyya kanas ta'in," Ucu Mahali menegaskan lantas meletakkan
tapak tangannya ke pipi Imam Labim yang membengkak. Tersengih-sengih Imam Labim dengan
penjelasan Ucu Mahali. Dia sendiri tidak tahu sangat mengenai amalan Ucu Mahali kecuali
mendengar laporan beberapa orang sahaja. Imam Labim tidak pernah bertanyakan apa-apa pun
mengenai cara pengubatan yang diamalkan oleh Ucu Mahali semenjak mereka sama-sama
berpindah ke kawasan felda.
Imam Labim sendiri mendengar Ucu Mahali membacakan doa tatkala tapak tangan diletakkan ke
pipinya yang membengkak: Alif lam mim sad, kaf ha ya a'in sad, ha mim a'in sim kof, uskun aiyuhal
waji' billazi in yasya yuskinir riho fayazlalna rawakido 'ala zohrihi, inna fi zalika la-ayatin likulli
sobbarin syakur. Terasa pada Imam Labim daging pipinya bagaikan disentap semasa tapak tangan
Ucu Mahali melekap di situ. Tiga kali diulangi oleh Ucu Mahali, memang Imam Labim berasa lega
juga. "Musibah macam ni, ujian kepada kita Imam," tutur Ucu Mahali sewaktu turun
meninggalkan rumah Imam Labim. Seminggu selepas itu talkala bertemu di surau, Imam Labim
86

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

tunjukkan kepada Ucu Mahali bengkak di pipinya mengecut. Sakit giginya yang berdenyut-denyut
juga tidak lagi mengganggu. Tidak pula Imam Labim mengagak sama ada ubat yang diambilnya
di hospital atau doa Ucu Mahali yang menyembuhkan. "Semuanya kuasa Allah, Imam," tersengihsengih Ucu Mahali ingatkan dia, apabila Imam Labim ungkit mengenai kesudian Ucu Mahali jejak
kaki ke rumahnya menjengah dia mengidap bengkak pipi berminggu-minggu. Dia juga percaya
kuasa Allah yang menyembuhkan apa jua penyakit, tetapi manusia wajib berikhtiar mendapatkan
ubat. Cara mana ubat itu diperolehi tidak penting sangat, asal sahaja ikhlas mendapatkan di
mana-mana.
Sebab itu Ucu Mahali tidak mengelak sangat tatkala dijemput oleh Kiman ke Kuala Lumpur dalam
saat dia baru sahaja selesai menebas di kebun. Keletihannya akibat tidak cukup berehat sejak
pagi lagi menoreh getah, kemudian menebas di kebun pisang di sebelah petang, cuba
disembunyikan oleh Ucu Mahali. Selesai sahaja solat Maghrib, tidak bertangguh dia mengajak
Kak Banun masuk sama ke kereta Kiman. Sewaktu turun dari rumah memang Ucu Mahali tidak
mengunci mangga rumah. Dia sekadar gantungkan sahaja mangga itu di pintu seolah-olah
rumahnya terkunci rapat. Sudah menjadi amalan Ucu Mahali tidak akan mengunci rumahnya
apabila dia berjalan ke mana-mana. Biarlah rumahnya digantungkan mangga sahaja dengan tidak
dikunci apa-apa. Tahu sangat Kak Banun petua suaminya apabila keluar rumah dengan tidak
menguncikan mangga. Kadangkala sampai berhari-hari dia meninggalkan rumah, Ucu Mahali
tidak bimbang apa-apa pun mengenai keadaan rumahnya. "Tak masuk pencuri ke, Ucu?" sengaja
Mat Junoh menduga sebaik sahaja kereta bergerak meninggalkan kawasan rumah. "Ah,
bukannya ada apa dalam rumah, kalau mereka nak curi pun," sahut Ucu Mahali tersengih-sengih
lantas menyandarkan belakang kukuh-kukuh. "Kalau TV dilarikan orang, macam mana?" Kiman
pula bertanya seolah-olah mengingatkan lelaki itu. "Kalau mereka nak ambil, dikunci pun mereka
dapat pecahkan," tegas Ucu Mahali tidak bimbang apa-apa meninggalkan rumahnya dengan
tidak berkunci.
Tetapi Kak Banun juga tahu mengenai keistimewaan suaminya meninggalkan rumah dengan tidak
berkunci. Memang dia sendiri bimbang tatkala mula-mula berkahwin dengan Ucu Mahali yang
sudah duda itu, apabila meninggalkan rumah dengan tidak berkunci langsung. Merungut juga Kak
Banun disebabkan mahu menghadiri majlis kahwin sampai santak malam, sengaja Ucu Mahali
tidak mengunci rumah. Mangga tergantung di pintu sekadar terlekat sahaja dengan tidak
digunakan. Ketika balik dari kenduri majlis kahwin, tiba-tiba sahaja Kak Banun terkejut melihat
dua orang pemuda tercangkung di dalam rumah seolah-olah tangan mereka diikat ke belakang.
Sewaktu lampu dipasang dua orang pemuda itu terkebil-kebil mata meminta ampun. Dua orang
pemuda itu sendiri mengaku mahu masuk mencuri ke dalam rumah, tetapi mereka dikejutkan
oleh bayangan Ucu Mahali terlalu banyak di keliling rumah. Ke mana sahaja mereka berpaling
bayangan Ucu Mahali tercegat di situ. Tidak sempat mereka melarikan diri, bayangan Ucu Mahali
yang terlalu banyak menerkam ke arah mereka. Lantas sahaja tangan mereka diikat ke belakang.
Di dalam gelap itu mereka melihat terlalu banyak bayangan Ucu Mahali tercegat di mana-mana.
Hinggalah lampu dipasang dan mereka melihat sendiri Ucu Mahali baru sahaja balik bersama Kak
Banun, dua orang pemuda itu menyedari sia-sia sahaja menyusup masuk ke rumah itu semasa
Ucu Mahali tidak ada di rumah. Tetapi Ucu Mahali sekadar memberitahu dua orang pemuda itu
87

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

ketakutan sahaja sehingga melihat bayangannya tercegat di mana-mana, bukan disebabkan


melhat bayangan dia di tengah rumah. Sekalipun Kak Banun beritahu mengenai kejadian itu,
namun Ucu Mahali tetap merahsiakan juga daripada Kiman.
Hampir jam 11.00 malam mereka sampai di rumah Kiman, terasa lapar juga Ucu Mahali
disebabkan belum menjamah nasi sewaktu turun meninggalkan rumah. Memang Kiman mahu
berhenti juga di gerai makan sewaktu dalam perjalanan, tetapi tidak ada gerai makan di
sepanjang jalan. Apabila masuk ke Kuala Lumpur, Ucu Mahali sendiri cadangkan biar terus sahaja
ke rumah Kiman. Apalah gunanya makan di gerai makan di Kuala Lumpur kalau sudah sampai di
rumah Kiman. Lebih baik mereka makan sahaja di rumah Kiman. Tentu Seridah sudah bersiapsiap menyediakan hidangan disebabkan dia tahu Kiman ke felda menjemput Ucu Mahali.
Alangkah membazirnya Seridah menyediakan hidangan, kalau mereka semua makan di gerai
sebelum jejak kaki di rumah! Sewaktu menghadapi hidangan di meja makan, memang Ucu Mahali
tidak bercakap apa-apa. Mat Junoh sudah mengagak tentu Ucu Mahali terlalu letih kerana tidak
sempat berehat ketika Kiman datang menjemput. Tetapi Kak Banun tetap galak berbual dengan
Seridah sewaktu menyediakan hidangan di dapur. Kalau Ucu Mahali keletihan tentu Kak Banun
juga keletihan akibat sama-sama menebas di kebun pisang hingga santak senja. Tetapi Kiman
melihat Kak Banun masih segar berbual.
Tidak bercakap apa-apa. Ucu Mahali terus sahaja solat Isya' selepas selesai makan. Kemudian dia
menyuruh padamkan sahaja lampu di tengah rumah dengan membiarkan lampu di luar sahaja
terpasang. Dalam masa setengah jam sahaja Ucu Mahali tercongok di penjuru rumah dengan
melenggok-lenggok kepala, tiba-tiba dia mendongakkan kepala dengan keadaan geli-geleman.
"Semua tentera Islam sahaja datang, yang lain tak mahu!" Ucu Mahali menuding tangannya ke
siling. Ketika ini mereka semua terdiam melihat Ucu Mahali tercongok di penjuru rumah.
Tubuhnya semakin galak melenggok-lenggok seolah-olah tidak lagi lesu akibat keletihan bekerja
sepanjang hari. Dia semakin gagah merapatkan sila dengan membacakan: Wa-in yamsaskallahu
bidhurin kasyifa lahu illahhuwa wa-in yuridka bkharin fala radda lifadhlihi, yusibu bihi man yasyau min 'ibadihi wahuwal ghafurrur rahim. Serentak dengan ini terlalu banyak rama-rama hitam
berterbangan di tengah rumah, menyebabkan Kiman segera memasang kipas angin. Rama-rama
hitam itu tertampan ke dinding apakala kipas angin berputar ligat hingga berserakan ke lantai.
Tiba-tiba pula Ucu Mahali terjeluih, menyebabkan dia berlari ke dapur. Lantas sahaja dia muntah
ke dalam sink dengan tidak bersebab. Sampai merah muka Ucu Mahali menahan loya tekak
hingga perut memual-mual termuntah tidak tertahan.
"Hah, kenapa Ucu?" gementar juga Mat Junoh dengan keadaan Ucu Mahali yang termuntahmuntah menahan loya tekak. "Abang Junoh cuba tengok di bilik tidur Encik Kiman ni," ujar Ucu
Mahali mengurut-ngurut dadanya setelah dapat bertenang semula lantas duduk bersila rapat.
Tidak bertangguh Mat Junoh mengajak Kiman naik ke bilik tidur di tingkat atas. Sebaik sahaja
pintu bilik terbuka, Kiman dengan Mat Junoh beristighfar beberapa kali apakala melihat
bersepah-sepah tulang kaki manusia di atas karpet. "His, mana datangnya Abang Junoh?" Kiman
tidak jadi melangkah masuk ke dalam bilik. "Entahlah Encik Kiman," keluh Mat Junoh terasa

88

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

seram sejuk hingga bulu roma tegak meremang. "Mari kita panggil Ucu naik," lantas dia menarik
bahu kanan Kiman mengajak turun semula ke tingkat bawah.
"Ada nampak apa-apa Abang Junoh?" segera Ucu Mahali bertanya sebaik sahaja Mat Junoh dan
Kiman bergegas-gegas turun. Mat Junoh tidak menyahut. Dia segera menarik tangan Ucu Mahali
supaya naik ke tingkat atas. Terpaksa Ucu Mahali ikut naik sama setelah digesa oleh Kiman. Ketika
ini dua orang anak Kiman di biliknya juga terjerit memanggil emaknya kerana terkejut dengan
tulang kaki manusia berselerak di bilik tidurnya. Termengah-mengah pula Seridah dan Kak Banun
berkejar naik ke bilik tidur anaknya. Memang mereka terkejut melihat tulang kaki manusia
berselerak dengan bau busuk yang menusuk-nusuk. "Semua tentera Islam masuk, buangkan apa
sahaja sihir dalam runah ni!" seru Ucu Mahali dengan berlegar-legar di sekeliling bilik tidur Kiman.
Kemudian dia menyuruh memadamkan semua lampu di dalam rumah dengan membiarkan
lampu di luar sahaja terpasang di garaj kereta. Sedikit demi sedikit bau busuk yang menusuknusuk ke hidung hilang. Ketika ini mereka mendengar Ucu Mahali berzikir dengan: Ya zaljalali wal
ikram, hingga suaranya bertukar menjadi parau macam tersedak akibat sendawa. Setelah bau
busuk itu hilang barulah Ucu Mahali benarkan memasang lampu di dalam bilik tidur.
Ketika ini mereka melihat tidak ada lagi tulang-tulang kaki manusia berselerak di atas karpet.
Tidak bertangguh pula Ucu Mahali mengajak turun semula ke tingkat bawah. Dua orang anak
Kiman juga turun ke tingkat bawah disebabkan tidak berani lagi masuk semula ke dalam bilik tidur
mereka. Memang tidak pernah mereka mengalami kejadian demikian, apalagi baru sahaja balik
dari belajar di luar negeri. Apabila turun ke ruang tamu, mereka tidak melihat lagi bangkai ramarama hitam yang berselerak banyak di atas karpet. Kalau mahu dikatakan rama-rama hitam mati
setelah tertampan ke dinding akibat ditolak kipas angin berputar ligat, tentu kepaknya
bertaburan di mana-mana. Seridah akan sapu juga bangkai rama-rama hitam kalau masih
berselerak di atas lantai. Tetapi kesan bangkai rama-rama hitam yang banyak berselerak sebelum
itu tidak kelihatan di mana pun. Macam tidak percaya pula dia dengan apa yang dilihatnya.
Masakan Ucu Mahali sengaja gunakan silap mata dalam saat demikian. "Kalau sakit, cukuplah
berubat," ujar Ucu Mahali setelah suasana reda. "Perkara dari mana puncanya penyakit tu, tak
perlu kita ingatkan sangat," dia mengingatkan lantas menyuruh Kiman sediakan garam dan lada
hitam.
Disebabkan tidak sempat mahu mencari garam kasar dan lada hitam ketika hampir jam 12.00
tengah malam, Ucu Mahali sekadar memberikan petua supaya dua jenis bahan itu digaulkan
sahaja. Kemudian Kiman boleh bacakan sendiri Ayatul Kursi sebanyak 313 kali selepas solat
Maghrib. Dia menyuruh Kiman serakkan garam kasar digaul lada hitam itu di sekeliling rumah.
Tidak perlu lagi Kiman terburu-buru mendapatkan Ucu Mahali, kalau bacaan Ayatul Kursi itu
diamalkan sepanjang masa. Apalah salahnya bacakan Ayatul Kursi itu sampai 313 kali setiap kali
mahu masuk tidur, ataupun bangun tengah malam dirikan solat Tahajud. Tetapi Kiman sendiri
bukan ambil peduli sangat mengenai solat Tahajud. Malah solat lima waktu juga seringkali
tertinggal disebabkan banyak urusan di pejabat. Berkali-kali juga Seridah mendesak supaya tidak
lupakan solat, tetapi Kiman sendiri banyak berdalih. "Dah jadi perkara macam ni, baru nak ingat
Allah," sengaja Seridah menyindir tatkala mereka berdua datang ke rumah saya, disebabkan
89

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

menemui isteri saya. "Bukan macam tu," sahut Kiman terkilan dengan tuduhan isterinya itu. "Tapi
solat ni bukannya nak menunjuk-nunjuk pada orang, solat tu satu tanggungjawab kita," katanya
mengingatkan Seridah.
Sudah lama juga isteri saya tidak bertemu dengan anak saudaranya itu, semenjak Seridah
berpindah ke Kuala Lumpur. Apalagi Kiman sudah membeli rumah di sana, tentulah tidak ada
masa lapang. Kadangkala bersua semasa menyambut Hari Raya sahaja, itu pun kebetulan
terserempak di masjid. Kalau mahu jejak kaki ke rumah semata-mata mahu bersua, memang
sukar mahu dirancang. Kadangkala mereka pula terkilan mahu jejak kaki ke rumah apabila saya
jarang di rumah. "Ustaz ni bukannya lekat di rumah," isteri saya pula mengusik apabila diberitahu
oleh Kiman sudah beberapa kali menghubungi dengan telefon. Kalau tidak didesak oleh Ucu
Mahali memang Kiman serba salah juga mahu berkunjung ke rumah saya. Tetapi Ucu Mahali
desak juga sekiranya keadaan di rumah mereka masih juga diganggu. Memang semenjak
amalkan Ayatul Kursi itu, Seridah terasa sakit kepalanya tidak lagi mengganggu, tetapi sekalisekala bau busuk itu meruap-ruap juga tatkala tengah malam. Sekalipun mereka ada hubungan
keluarga dengan isteri saya, tetapi jarang bertemu untuk mengeratkan tali persaudaraan.
Lagipun Seridah sendiri malu berkunjung disebabkan sikap suaminya yang tidak gemar ke masjid.
Bimbang juga dia sekiranya diingatkan oleh isteri saya demikian, apabila bersua muka.
"Banyak saya belajar dari ustaz ni," beritahu Ucu Mahali semasa dibawa berkunjung ke rumah
saya oleh Kiman. "Bolehlah dikatakan guru saya juga," tersengih-sengih dia memeluk leher saya.
Serba salah juga saya dengan pengakuan Ucu Mahali itu. Tidak pernah pula saya memberikan
petua pengubatan kepadanya, kerana saya tidak tahu menahu langsung mengenai perubatan
cara mana pun. Apa yang saya lakukan sekadar berdoa sahaja dengan menyerah diri sematamata kerana Allah. "Jalan sama, cuma caranya berlainan," segera Ucu Mahali menjelaskan
apabila disedarinya saya dalam keadaan serba salah. Memang gementar juga hati saya apabila
orang seperti Ucu Mahali yang banyak pengalaman itu tiba-tiba sahaja mengakui saya menjadi
gurunya. Lainlah kalau saya yang berguru kepadanya, sekalipun usia saya memang lebih tua
daripadanya.

90