Anda di halaman 1dari 16

Topik X Membentuk

Kreativiti dan
Inovasi
Keusahawanan

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mentakrifkan konsep kreatif dan inovasi;

p 2. Menjelaskan empat fasa utama dalam proses kreatif;


3. Menerangkan lima teknik kreativiti;
4. Menghuraikan empat jenis lazim inovasi; dan
5. Membincangkan halangan kepada kreativiti dan inovasi.

PENGENALAN

Persaingan hebat di alam perniagaan pada zaman sekarang memerlukan


usahawan untuk memikirkan cara-cara menghasilkan produk, perkhidmatan
atau proses baharu dengan tujuan baharu untuk pelanggan. Ini membolehkan
syarikat mereka bertahan dan menarik perhatian pelanggan kepada ciptaan
baharu mereka di samping menjana pendapatan. Oleh itu, kreativiti dan inovasi
adalah unsur-unsur penting untuk semua tahap perniagaan berkembang. Keduadua unsur ini juga wajib untuk syarikat terus beroperasi dan membina kelebihan
persaingan (Kirby, 2003).

TOPIK 3

MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN W

21

Berterusan mencari paradigma baharu dalam menyelesaikan masalah


perniagaan adalah prasyarat untuk usahawan berjaya. Sebagai seorang yang
kreatif, usahawan mesti boleh berfikir secara kreatif untuk mencari penyelesaian
masalah yang dihadapi. Perlu diingati bahawa kecekapan dan keberkesanan
tidak lagi menjamin bahawa suatu perniagaan itu akan berterusan. Sebaliknya,
kreativiti dan inovasi diperlukan untuk membantu suatu perniagaan itu maju ke
hadapan. Justeru itu, kebolehan mencipta atau mereka sesuatu yang baharu
adalah cara untuk sesuatu perniagaan itu untuk terus berada di pasaran.
Seksyen pertama dalam topik ini akan membincangkan apa itu kreativiti, proses
kreativiti, halangan kepada kreativiti, bagaimana menjana kreativiti dan ciri-ciri
usahawan yang kreatif.

3.1

APA ITU KREATIVITI?

Terdapat beberapa definisi kreativiti. Menurut Schermerhorn, Hunt dan Osborn


(2003), kreativiti melibatkan pembentukan tindak balas yang unik dan baharu
kepada masalah dan peluang. Kreativiti adalah mustahak dalam menangani
cabaran rumit dalam suasana perniagaan yang dinamik dan selalunya penuh
dengan masalah bukan rutin. Oleh itu, kreativiti adalah:

Kebolehan untuk menghasilkan kerja yang baharu (iaitu asli dan tidak
disangka), berkualiti tinggi dan sesuai (iaitu berguna dan memenuhi
kekangan tugas)
Sternberg, Kaufman dan Pretz, 2002

SEMAK KENDIRI 3.1


Berikan pentakrifan kreativiti berdasarkan pemahaman anda.

22

X TOPIK 3

3.2

MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN

PROSES KREATIVITI

Usahawan perlu memikirkan idea untuk melaksanakan strategi baharu. Pada


umumnya, idea lahir daripada proses kreatif di mana seorang individu yang
berimaginasi akan membayangkan dan mengembangkan suatu idea kepada suatu
bentuk yang boleh dilaksanakan dan membawa manfaat kepada usahawan tersebut
dan organisasinya. Mengikut Kuratko dan Hodgetts (2004), terdapat empat fasa
utama dalam proses kreatif, seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 3.1.

Rajah 3.1: Proses kreatif


Sumber: Kuratko dan Hodgetts (2004)

Fasa-fasa ini dihuraikan di dalam Rajah 3.2.

TOPIK 3

MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN W

Rajah 3.2: Huraian bagi empat fasa utama dalam proses kreatif

LATIHAN 3.1
1.

Jelaskan secara ringkas apa itu kreativiti dan fasa utama dalam
proses pemikiran kreatif.

2.

Mengapakah kreativiti mustahak untuk usahawan?

23

24

X TOPIK 3

3.3

MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN

HALANGAN KEPADA KREATIVITI

Perlu diingat bahawa bukan semua idea baharu yang dijana semasa proses
kreativiti boleh diterima. Kreativiti tidak menjamin tidak akan ada halangan,
kekecewaan atau kegagalan. Terdapat empat halangan kepada kreativiti, seperti
yang ditunjukkan di dalam Rajah 3.3.

Rajah 3.3: Beberapa halangan kepada kreativiti

TOPIK 3

3.4

MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN W

25

BAGAIMANA MENJANA IDEA KREATIF

Individu berlainan mempunyai cara pemikiran yang berbeza. Terdapat beberapa


teknik untuk memperbaiki kreativiti dan lima antaranya adalah seperti berikut:
(a)

Percambahan Idea
Ini adalah satu teknik yang paling lazim digunakan dan ia berkuasa untuk
menghasilkan idea. Di sini, semua ahli kumpulan mencadangkan idea-idea
yang kemudiannya dibincangkan. Bilangan ahli kumpulan yang paling
sesuai adalah empat hingga tujuh orang. Mengikut Williams (2000),
terdapat empat peraturan yang perlu diikuti iaitu:
(i)

Lagi banyak idea yang dikeluarkan, lagi bagus;

(ii)

Semua idea boleh diterima, walau setakat manapun nampak pelik


atau tidak masuk akal;

(ii)

Idea-idea yang diberikan oleh ahli kumpulan digunakan untuk


menghasilkan lebih banyak lagi idea; dan

(iv) Kritikan dan penilaian idea tidak dibenarkan.


(b)

Analogi Paksaan
Ini adalah teknik menjana idea yang sangat berguna dan menyeronokkan.
Teknik ini dipanggil analogi paksaan kerana sesuatu idea itu dibandingkan
dengan masalah atau benda lain yang tiada persamaan langsung
dengannya untuk mendapatkan pandangan baharu. Anda boleh
mengaitkan benda-benda yang biasanya tidak berkaitan dan mencari
penyelesaian baharu. Contohnya diri anda dan sebatang pen, muzik dan
komputer, produk dan pasaran. Memaksa hubung kait sebegini akan
membantu anda membina pandangan baharu serta alternatif baharu.
Membina hubungan antara benda yang asalnya tidak berkaitan akan
menghasilkan pilihan objek atau kad dengan gambar atau imej yang
membantu menjana idea. Pilih suatu objek atau kad secara rambang dan
lihat apa hubungan yang boleh dibuat.
(Diadaptasi daripada
members.optus.net.com/au/~charles57/Creative/Techniques/
forced_analogy.htm or www.si.hhs.nl/~runda/Creativity.pdf)

(c)

Teknik Do It
Ini adalah suatu teknik di mana DO IT adalah ringkasan bahasa Inggeris
seperti di bawah:
D
= Define problem (Takrifkan masalah)

26

X TOPIK 3

O
I
T

MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN

Open mind and apply creative technique (Buka minda dan

=
=

gunakan teknik kreatif)


Identify best solution (Kenal pasti penyelesaian terbaik); dan
Transform (Tukar)

Di peringkat pertama teknik ini, kita mesti menganalisa suatu masalah itu
untuk memastikan soalan yang betul ditanyakan. Mengkaji dan memahami
masalah adalah penting untuk mengenal pasti sebab utama masalah tersebut.
Jika ia merupakan masalah yang amat besar, pecahkannya kepada bahagianbahagian kecil dan ringkaskan masalah itu dengan sepadat yang boleh.
Kedua, selepas berjaya mengenal pasti masalah, hasilkan seberapa banyak
idea yang boleh untuk mendapat penyelesaian yang mungkin boleh
digunakan. Setiap percubaan untuk menjana idea adalah penting, tidak
kira sama ada idea itu baik mahupun buruk.
Ketiga, kita perlu menyemak dan menganalisa setiap idea secara terperinci
sebelum memilih idea-idea yang terbaik untuk menyelesaikan masalah
yang dihadapi. Semua penyelesaian ini patut datang dari peringkat kedua.
Akhir sekali, setelah penyelesaian yang terbaik sudah dikenal pasti, sudah tiba
masanya untuk melaksanakannya. Peringkat ini melibatkan pengembangan
produk yang boleh dipercayai daripada idea yang paling sesuai; penggunaan
strategi pemasaran dan perniagaan; dan penggunaan masa, wang dan tenaga.
(d)

Peta Minda
Teknik ini membolehkan seseorang itu menggunakan gambar, frasa atau
perkataan untuk menyusun dan mengembangkan fikiran dalam bentuk
bukan linear. Ini membolehkan seseorang itu melihat masalah serta
penyelesaiannya. Ramai orang menggunakan peta minda semasa:
 Percambahan idea;
 Mengambil nota; dan
 Mengingat kembali sesuatu.
Peta minda boleh digunakan untuk mewujudkan produk baharu,
menyelesaikan masalah, merancang strategi atau membina suatu proses.
Kunci keberkesanan peta minda dalam menjana idea dan menyelesaikan
masalah adalah untuk tidak semestinya berfikir secara logik. Jika suatu idea
membawa kepada idea yang lain, jangan menganalisanya. Sebaliknya,
letakkan sahaja idea tersebut dalam peta minda. Seperti percambahan idea,
lagi tidak masuk akal sesuatu hubungan itu, lagi bagus. Inilah cara
mendapatkan penyelesaian yang inovatif.

TOPIK 3

(e)

MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN W

27

Kumpulan Nominal
Penggunaan kumpulan nominal adalah untuk menjana idea dan menilai
penyelesaian secara bersemuka dalam situasi kumpulan yang tidak
mengancam.
Ahli kumpulan berbuat demikian dengan menulis secara senyap sebanyak
mana idea yang boleh. Selepas itu, ahli merekod idea-idea tersebut dan
membincangkan kesemuanya untuk mendapatkan penjelasan dan
penilaian. Akhirnya, setiap ahli akan mengundi secara sulit untuk
menyusun idea-idea tersebut dari segi keutamaan.

LATIHAN 3.2
Senaraikan dan ringkaskan teknik menjana idea yang kreatif.

3.5

CIRI-CIRI INDIVIDU KREATIF

Usahawan adalah individu yang kreatif tetapi tidak semua individu yang kreatif
boleh menjadi usahawan. Rajah 3.4 menunjukkan lapan ciri individu kreatif.
i.

Amat rendah diri dan bangga pada masa yang sama

ii.

Sangat sayangkan kerja mereka tetapi sangat objektif terhadapnya pada


masa yang sama

iii.

Berani mencuba benda baharu

iv.

Minda terbuka dan sanggup menerima kritikan orang lain

v.

Memiliki kombinasi sikap suka main-main dan berdisiplin serta


kombinasi bertanggungjawab dan tidak bertanggungjawab

vi.

Mempunyai tahap kawalan diri yang tinggi

vii.

Berpandukan matlamat, cermat dan bertimbang rasa dalam membuat


sebarang keputusan

viii.

Sanggup mengambil risiko terhitung


Rajah 3.4: Ciri-ciri individu kreatif

28

X TOPIK 3

3.6

MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN

APA ITU INOVASI?

Apabila usahawan telah melalui proses kreatif dan memperoleh penyelesaian


yang terbaik, langkah seterusnya adalah penggunaan dan akhirnya, inovasi.
Kreativiti adalah prasyarat kepada inovasi. Pada hari ini, inovasi dipercayai
ramai sebagai kunci kejayaan yang berlanjutan untuk banyak organisasi.
Syarikat yang boleh bersaing dan menang adalah syarikat yang mengembangkan
produk atau sistem baharu mengeluarkan produk dan berterusan berbuat
begitu.
Kenapakah inovasi penting? Apakah itu inovasi? Dalam subtopik ini, kita akan
membincangkan makna, jenis, sumber dan penghalang inovasi.
Mengikut Kinicki dan Williams (2003), inovasi adalah mencari cara-cara untuk
memberikan produk atau perkhidmatan yang baharu atau lebih baik. Ini
bermakna setiap organisasi, tidak kira sama ada berpusatkan keuntungan
ataupun tidak, tidak akan cepat berpuas hati dengan pencapaiannya, lebih-lebih
lagi apabila saingannya menghasilkan idea kreatif. Inovasi dirasakan sebagai
penghasilan suatu yang baharu di pasaran yang mengubah persamaan
permintaan dan penawaran (Chell, 2001). Seorang usahawan mencipta
permintaan baharu dalam pasaran dengan menggabung semula faktor-faktor
pengeluaran untuk mencipta suatu yang baharu. Oleh itu, inovasi adalah kunci
untuk usahawan terus kekal dalam dunia perniagaan yang mempunyai
persaingan sengit di zaman ini. Lakukan inovasi atau mati patut menjadi
prinsip hidup setiap usahawan.

AKTIVITI 3.1
Apakah yang anda faham dengan perkataan inovasi? Pada
pendapat anda, bagaimanakah perkataan ini dikaitkan dengan
usahawan dan kenapakah ia penting? Bincangkan idea anda.

3.6.1

Jenis-jenis Inovasi

Setiap orang dalam suatu perniagaan mesti menjadi inovatif untuk membolehkan
perniagaan tersebut berubah sepantas mungkin demi memenuhi keperluan dan
permintaan pelanggan. Mengikut Kuratko dan Hodgetts (2004), terdapat empat
jenis inovasi yang asas seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 3.5.

TOPIK 3

MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN W

29

Rajah 3.5: Jenis-jenis dan contoh inovasi

3.6.2

Sumber-sumber Inovasi

Seorang usahawan memerlukan idea-idea yang berimpak tinggi sebagai inspirasi


menemu produk, perkhidmatan atau proses yang baharu. Berikut adalah empat
sumber inovasi untuk para usahawan (Drucker, 1985; Kuratko & Hodgetts, 2004).
(a)

Peristiwa Di Luar Jangkaan


Usahawan kerap mendapat idea daripada sesuatu yang berlaku di luar
jangkaan mereka. Peristiwa yang tidak dijangka memberikan mereka
peluang besar untuk menggunakan kemahiran mereka untuk membuat
formula atau benda baharu. Kejayaan atau kegagalan yang tidak dijangka

30

X TOPIK 3

MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN

juga adalah sumber inspirasi apabila mereka tidak merancang atau


menjangka sesuatu.
(b)

Konsep Ilmu Baharu


Di pasaran hari ini, kita boleh menjumpai produk atau perkhidmatan
baharu dengan mudah. Kebanyakan produk dan perkhidmatan ini adalah
inovasi berasaskan pengetahuan yang memerlukan waktu yang lama untuk
diselidik dan dikembangkan oleh golongan pakar. Ilmu baharu boleh
diperoleh dengan membaca, menghadiri seminar atau persidangan serta
menyertai perbincangan di kalangan profesional.

(c)

Perubahan Demografik
Perubahan dalam ciri-ciri demografik seperti umur, tahap pendidikan,
pendapatan dan jenis pekerjaan merupakan sumber inspirasi yang utama
kepada golongan usahawan. Bagi mereka, perubahan sebegini
mewujudkan peluang besar untuk diterokai. Contohnya, apabila kualiti
hidup dan pendapatan meningkat, permintaan untuk barang mewah dan
produk kesihatan juga bertambah.

(d)

Keperluan Proses
Keperluan proses wujud di dalam proses sebuah perniagaan, industri atau
perkhidmatan. Ia menyempurnakan proses yang sedia ada, menggantikan
pautan yang lemah, mereka bentuk semula proses yang ada dan
sebagainya. Kesemua ini membolehkan usahawan menghasilkan produk,
perkhidmatan atau proses yang menunaikan permintaan dan memenuhi
keperluan pelanggan. Contohnya, dalam usaha mewujudkan masyarakat
yang cergas, sesetengah individu akan terdorong untuk melakukan lebih
banyak senaman. Justeru itu, usahawan boleh menyediakan lebih banyak
pusat atau kemudahan kesihatan untuk mereka.

SEMAK KENDIRI 3.2


1.

Apakah sumber inovasi? Perhatikan keadaan di sekeliling anda


dan berikan contoh.

2.

Berdasarkan jenis-jenis inovasi, berikan contoh yang bersesuaian


dan terangkannya. Bandingkan dengan rakan anda.

TOPIK 3

3.6.3

MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN W

31

Penghalang Inovasi

Walaupun usahawan mempunyai banyak idea untuk inovasi, terdapat beberapa


halangan yang boleh menghindarkan mereka daripada menjadi inovatif. Rintangan
kepada inovasi biasanya datang daripada dalam sebuah organisasi, khasnya
daripada golongan pekerja. Contoh-contoh halangan adalah seperti berikut:
(a)

Organisasi Tidak Menggalakkan Inovasi


Sesetengah organisasi selesa dengan keadaan yang sedia ada dan enggan
berubah. Untuk mereka, perubahan mengancam budaya dan tatacara
organisasi dan lebih teruk lagi, kedudukan mereka. Untuk mengelakkan
perkara ini daripada berlaku, pihak pengurusan akan mengelak atau
enggan mengakui keperluan inovasi di dalam organisasi berkenaan.
Tambahan pula, sempadan di antara jabatan atau interdepartmental
borders menghalang idea inovasi daripada disebarkan secara meluas di
kalangan pekerja.

(b)

Sumber Tidak Mencukupi


Sesetengah organisasi ingin berubah dan melakukan inovasi tetapi tidak
mempunyai sumber yang mencukupi seperti sumber manusia, kewangan
dan kemudahan yang penting dalam melakukan sesuatu inovasi.

(c)

Sikap Pengurusan yang Tradisional


Keinginan pihak pengurusan untuk memegang kuasa menghalang
pekerjanya daripada melakukan inovasi. Ini berlaku khasnya apabila pihak
pengurusan terdiri daripada pekerja kanan yang berfikir secara tradisional
dan menentang perubahan. Kadang-kadang kekreatifan pekerja disekat
oleh peraturan, kekangan dan birokrasi pihak pengurusan.

Penghalang inovasi juga datang daripada sikap peribadi atau individu itu
sendiri seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 3.6 berikut.

32

X TOPIK 3

MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN

Rajah 3.6: Sikap peribadi atau individu

3.7

KEPENTINGAN KREATIVITI DAN INOVASI


BAGI USAHAWAN

Dalam dunia persaingan global yang dinamik, usahawan mesti menerima


kreativiti dan inovasi sebagai ramuan penting untuk berjaya. Mereka seharusnya
boleh mencipta produk atau perkhidmatan baharu dan bersedia untuk
mengamalkan teknologi terkini jika ingin bersaing dengan jayanya. Oleh itu,
usahawan mesti mengiktiraf dan memberi ganjaran atas kreativiti dan inovasi
diri sendiri dan pekerja. Kreativiti dan inovasi adalah mustahak kerana tiga
sebab, iaitu:
(a)

Memastikan Ketahanan Organisasi


Kreativiti dan inovasi adalah satu kemestian agar sebuah organisasi dapat
bertahan lama. Masa hadapan sesebuah organisasi itu bergantung pada
kebolehannya untuk mencipta produk atau perkhidmatan baharu. Dengan
berbuat begitu, ia akan meningkatkan kebolehan organisasi tersebut untuk
bersaing dengan para pesaingnya. Ia juga menjadikan ahli organisasi itu
mampu bertindak pantas terhadap perubahan sekeliling. Sesebuah
organisasi itu tidak lagi perlu menantikan permintaan daripada pelanggan;
sebaliknya, ia harus sentiasa cuba mengeluarkan sesuatu yang baharu
untuk memuaskan kehendak pelanggan.

(b)

Meneroka Pasaran Baharu


Usahawan boleh menggunakan produk atau perkhidmatan baharu untuk
menerokai pasaran yang belum diceburi. Seorang usahawan yang kreatif

TOPIK 3

MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN W

33

dan inovatif akan selalu cuba menakluki pasaran baharu dengan


memperkenalkan produk atau perkhidmatan baharu. Contohnya, bila
Phillips memperkenalkan cakera video digital (DVD) yang pertama dalam
pasaran pada tahun 1995, ia berjaya menembusi pasaran dunia.
(c)

Menggunakan Sumber Asli


Terdapat banyak sumber asli di muka bumi ini yang mana usahawan boleh
memanfaatkannya tanpa menjejaskan alam sekitar. Kreativiti dan inovasi
mewujudkan sumber. Malah, sumber tidak wujud sehingga manusia
(usahawan) mencari kegunaan baginya dan memberikannya nilai ekonomi
(Drucker, 1985). Oleh itu, usahawan adalah orang yang bertanggungjawab
mewujudkan nilai bagi setiap sumber asli untuk faedah manusia.

3.8

STRATEGI MENGGALAKKAN KREATIVITI


DAN INOVASI

Terdapat empat strategi yang boleh digunakan untuk menggalakkan kreativiti


dan inovasi di dalam organisasi, seperti yang diringkaskan di dalam Rajah 3.7.

Rajah 3.7: Empat strategi untuk menggalakkan kreativiti dan inovasi di dalam organisasi

(i)

Mengiktiraf Kebolehan Anda Sendiri


Adalah penting untuk mengetahui kebolehan diri anda supaya anda boleh
menghadapi masalah dan merebut peluang secara kreatif dan inovatif.
Kenali batasan diri anda yang mungkin menghalang anda daripada
mencari penyelesaian yang sesuai.

(ii) Mengubah Persepsi Anda


Cuba lihat masalah dan peluang dari pelbagai perspektif. Selidik masalah
dan peluang dengan memecahkan mereka kepada beberapa bahagian kecil
dan cari penyelesaian yang sebenar atau yang terbaik.

34

X TOPIK 3

MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN

(iii) Mengubah Budaya Organisasi


Organisasi mesti menggalakkan kreativiti dan inovasi di kalangan pekerja.
Berikan ganjaran kepada pekerja yang cemerlang dalam membuat
pembaharuan.
(iv) Berani Gagal
Anggap setiap kegagalan atau kesilapan sebagai motivasi untuk mencari
penyelesaian yang terbaik.

SEMAK KENDIRI 3.3


1.

Apakah strategi yang boleh anda gunakan untuk menggalakkan


kreativiti dan inovasi di dalam sesebuah organisasi?

2.

Uji kreativiti anda dengan menduduki ujian menerusi laman


sesawang berikut:
x

http://www.creax.com/csa/frame.asp?session=zero

http://enchantedmind.com/html/creativity/iq_tests/
creativity_test.html

Kreativiti adalah kebolehan untuk menghasilkan kerja yang baharu (iaitu asli
dan tidak disangka), berkualiti tinggi dan sesuai (iaitu berguna dan
memenuhi kekangan tugas).

Inovasi adalah mencari cara-cara untuk menyediakan produk atau


perkhidmatan yang baharu atau lebih baik.

Empat fasa utama dalam proses kreatif adalah:


(i)

Pengumpulan ilmu;

(ii)

Pengeraman;

(iii) Idea-idea; dan


(iv) Penilaian dan pelaksanaan.
x

Lima teknik kreatif adalah:


(i)

Percambahan idea;

(ii)

Analogi paksaan;

(iii) Formula Do It;

TOPIK 3

MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN W

(iv) Peta minda; dan


(v)
x

Kumpulan Nominal.

Empat jenis asas inovasi adalah:


(i)

Penciptaan;

(ii)

Pelanjutan;

(iii) Penduaan; dan


(iv) Sintesis.
x

Penghalang kreativiti adalah:


(i)

Kepercayaan peribadi;

(ii)

Takut kepada kritikan;

(iii) Pengurusan yang berlebihan; dan


(iv)

Tekanan.

Penghalang inovasi adalah:


(i)

Organisasi tidak menggalakkan inovasi;

(ii)

Sumber tidak mencukupi; dan

(iii) Sikap pengurusan yang tradisional.

Analogi paksaan
Formula Do It
Inovasi
Kreativiti

Kumpulan nominal
Percambahan idea
Peta minda
Proses kreatif

35

Anda mungkin juga menyukai