Anda di halaman 1dari 4

KEPENTINGAN BERBUDI BAHASA

Individu
Dipandang serong oleh masyarakat
Mudah mendapatkan pertolongan ketika berada dalam kesusahan
Mudah didampingi oleh orang lain
Melahirkan individu yang beretika dan bersopan santun
2. Masyarakat
Mewujudkan perpaduan antara masyarakat berbilang kaum
Mengelakkan perbalahan sesama masyarakat
Melahirkan masyarakat yang bertamadun
3. Negara
Mempamerkan nilai positif kepada pelancong asing
menarik minat pelancong asing untuk sentiasa berkunjung ke negara kita
Meningkatkan pendapatan negara

Dalam mengharungi era ledakan sains dan teknologi, budaya berbudi bahasa dalam
kalangan masyarakat semakin lenyap dalam sanubari dewasa dan remaja. Berita tentang
remaja bertindak liar di luar batas-batas kehidupan dengan terlibat dalam aktivitiaktiviti jenayah seperti gengsterisme, vandalisme dan pornografi sering terpapar di
dada akhbar dan kaca televisyen. Hal ini jelas menunjukkan betapa kroniknya masalah
kelunturan amalan berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat. Sememangnya, tidak
dapat dinafikan bahawa kebejatan amalan mulia ini adalah disebabkan oleh pengaruh
budaya kuning dari negara-negara barat seperti Amerika Syarikat, Belanda dan United
Kingdom yang terkenal dengan sikap keterbukaan. Malaysia merupakan sebuah negara
yang demokratik dan mengamalkan dasar buka pintu bagi menggalakkan pertumbuhan
ekonomi negara. Justeru, masyarakat kita tidak dapat lari dari pengaruh dunia luar dan
pengaruh budaya kuning dengan mudahnya dapat bersarang di kotak fikiran masyarakat.

Budaya berbudi bahasa perlulah dijadikan sebagai amalan dalam kehidupan seharian
kita kerana seribu satu manfaat boleh diperolehi. Salah satu kepentingan amalan ini
adalah dapat mewujudkan perpaduan antara masyarakat berbilang kaum di negara kita.
Masyarakat yang berbudi bahasa akan saling menghormati tidak kira apa jua warna kulit,
taraf dan umur individu tersebut. Apabila wujud sikap saling menghormati, masyarakat
akan dapat hidup dalam suasana yang harmoni dan gembira walaupun hidup dengan
masyarakat yang berbeza budaya, adat dan kepercayaan. Dalam pada itu, perselisihan
faham antara kaum atau rusuhan kaum seperti peristiwa 13 Mei 1969 dapat dielakkan.
Ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-51 iaitu pada tahun 2008 yang bertemakan
Perpaduan Teras Kejayaan jelas menunjukkan pentingnya perpaduan kaum dalam negara
kita yang terdiri daripada rencaman bangsa. Pepatah ada mengatakan bersatu teguh,
bercerai roboh. Justeru, apabila masyarakat bersatu, negara dapat berkembang dengan
maju dan anasir-anasir luar tidak dapat menggugat kestabilan negara dengan mudah.

Meninjau dari skop yang lebih luas, amalan berbudi bahasa dapat melahirkan
masyarakat yang lebih bertamadun. Menurut konteks sejarah, masyarakat yang
bertamadun merupakan masyarakat yang memiliki tahap tatasusila yang tinggi dan
kebudayaan yang luhur selain pencapaian lahiriah. Oleh itu, masyarakat pada masa
tersebut dapat membina empayar dan kerajaan yang kuat dan hebat seperti ketika
tamadun Mesopotamia.

Tamadun Mesir Purba, tamadun Indus dan tamadun Hwang He walaupun pada masa
itu teknologi masih belum berkembang dengan sepenuhnya. Namun begitu, scenario hari
ini yang menyaksikan masyarakat yang biadap dan kasar sikapnya seperti mengeluarkan
kata-kata kesat amatlah memilukan hati bagai duri dalam daging. Hal ini seolah-olah
masyarakat kita masih hidup dalam Zaman Jahiliah yang mana akhlak dan nilai hidup
masyarakat pada masa tersebut adalah sangat rendah. Perkara seumpama itu tidak
sepatutnya wujud dalam masyarakat kkit lagi memandangkan negara kita telah lima
dekad mencapai kemerdekaan. Untuk mendapatkan kemerdekaan bukanlah suatu perkara
yang mudah tetapo untuk mempertahankan dan mengekalkan kemerdekaan merupakan
perkara yang lebih sukar untuk dilakukan. Justeru, negara amat memerlukan masyarakat
yang berfikiran matang dan bijak untuk mengelakkan penjajahan semula oleh kuasa-kuasa
asing.

Dari kaca mata yang lain, industri pelancongan juga turut meningkat. Masyarakat
yang berbudi bahasa akan mempamerkan nilai-nilai yang positif seperti memberi layanan
yang sopan dan bersikap lemah lembut terhadap pelancong asing. Hal ini penting agar
dapat meninggalkan imej yang positif terhadap negara kita dalam diri pelancong.
Pelancong juga akan mempunyai percutian yang menyeronokkan kerana beranggapan
bahawa kedatangan mereka adaalah dialu-alukan dan dihargai oleh masyarakat tempatan.
Dalam pada itu, pekerja-pekerja dalam Jabatan Kastam dan Imigresen, pemandu
pelancong dan pemandu pengangkutan awam perlulah memainkan pereanan yang lebih
penting dengan senantiasa melemparkan senyuman dan bertutur dengan nada yang
lembut ketika berurusan dengan pelancong asing. Negara Jepun sayugia dijadikan teladan
kerana masyarakatnya sememangnya kaya dengan budi bahasa. Contohnya, ucapan
irasshaimase yang bermaksud selamat datang dalam bahasa Jepun pasti akan menusuk ke
gegendang telinga tidak kira apa-apa kedai yang dikunjungi. Amalan berterima kasih juga
merupakan sesuatu yang biasa dalam masyarakat Jepun. Justeru, budaya murni ini
perlulah diserapkan dalam jiwa dan raga setiap individu terutamanya golongan yang

berurusan dengan pelancong asing agar merekadapat menikmati percutian yang


menyeronokkan di negara kita.

Di samping itu, pemimpin yang berdedikasi juga dapat dilahirkan. Pemimpin yang baik
akan dapat mmentadbir negara dengan lancer kerana mendapat sokongan padu daripada
rakyat. Dalam pada itu, golongan remaja merupakan asset yang sangat bernilai kepada
negara kerana mereka adalah generasi pelapis yang bakal menerajui tampuk kepimpinan
negara. Oleh itu, budi bahasa perlulah dijadikan panduan kepada kehidupan mereka
supaya mereka dapat menjauhkan diri daripada kancah gejala social serta dapat
membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Pemimpin yang berbudi bahasa juga
dapat meningkatkan imej negara kerana pemimpin dari negara lain akan kagum dan
nmenghormati negara kita. Ironinya, hubungan diplomatik bagi menjamin kemajuan dan
keselamatan nbegara dapat dijalainkan dengan mudah. Dengan itu, negara kita akan dapat
duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain. Selain itu, negara
kita akan terkenal di persada dunia kerana sifat budi bahasa kita dan ini akan menjadi
kebanggaan masyarakat kita.

Individu yang berbudi bahasa juga akan memperolehi pelbagai kemaslahatan,


antaranya mudah didampingi oleh orang lain,. Hal ini kerana individu yang berbudi bahasa
sentiasa lemah lembut dan bersopan santun dalam pertuturan dan perlakuan. Mereka
juga tidak akan mengeluarkan kata-kata yang kesat atau kata-kata yang menyakitkan
hati. Justeru, mereka tida akan menyinggung perasaan orang lain. Sebaliknya, mereka
akan dihormati dan disenangi oleh orang lain. Hal ini akan turut menjaga nama baik dan
maruah individu tersebut dan keluargannya kerana sifat-sifatnya yang mulia itu.
Konklusinya, budaya berbudi bahasa perlulah digarapkan oleh ibubapa dalam diri anakanak sejak dari kecil lagi bagai melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan ini, hasrat
negara untuk melahirkan masyarkat yang berbudi bahasa menjelang tahun 2020 akan
dapat direalisasikan.

Natijah, sifat-sifat luhur dan amalan berbudi bahasa yang dahulunya menjadi
kebanggaan masyarakat timur tetapi kian terhakis ini wajarlah dipulihkan dan dihidupkan
semula. Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah
menyatakan yang negara kita akan mudah dikalahkan jika kita mempunyai infrastruktur
kelas pertama tetapi mentali kelas ketiga. Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa
pembangunan nilai dan budaya yang betul amat mustahak untuk negara mencapai citacitanya yakni untuk mencapai taraf negara maju yang duduk sama rendah dan berdiri

sama tinggi dengan negar-negara gergasi lain di dunia. Dalam pada itu, semua pihak
haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing dan mengelakkan sikap bagai enau dalam
belukar melepaskan pucuk masing-masing. Dalam menanam amalan berbudi bahasa dalam
diri setiap individu. Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni perlulah diimplementasikan
dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kesedaran rakyat. Kita mengharapkan agar
menjelang tahun 2020, tabiat buruk seperti gengsterisme, dan bercakap kesat sudah
lupus dari memori setiap rakyat Malaysia supaya negara akan lebih cemerlang, gemilang
dan terbilang.

Anda mungkin juga menyukai