Anda di halaman 1dari 22

1.

0 PENGENALAN
Sejarah kewujudan manusia di dunia ini, bermula setelah Allah S.W.T memerintahkan
Nabi Adam a.s dan isterinya, Hawa untuk meninggalkan syurga dan turun ke bumi.
Peristiwa tersebut diceritakan dalam al-Quran dengan jelas, lantaran kesilapan yang
dilakukan Adam a.s dan isterinya yang mengundang kemurkaan Allah S.W.T. Kesilapan
ini berpunca daripada hasutan Iblis yang berjaya menggoda Adam a.s bahkan Iblis dan
sekutunya telah berjanji kepadaAllah untuk menyesatkan anak cucu Adam a.s sehingga
hari kiamat.

Firman Allah S.W.T:

Maksudnya: Iblis berkata: "Wahai Tuhanku ! Engkau telah menjadikan daku sesat,
(maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam
dan zuriatnya di dunia ini, dan Aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali di
antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hamba-Mu yang dibersihkan dari sebarang syirik".
(Surah al-Hijr; 15: 39-40)

Istilah ajaran sesat adalah istilah yang lazim dan popular yang digunakan dalam kalangan
masyarakat Malaysia kebelakangan ini terutamanya pihak birokrasi agama dan media
arus perdana di Malaysia. Istilah ajaran sesat adalah istilah yang bersifat relative kerana
terdapat banyak takrifan dan definisi yang diberikan oleh pelbagai pihak. Menurut Kamus
Dewan, ajaran ditakrifkan sebagai segala perkara yang diajarkan, nasihat, petunjuk, teori
dan mazhab. Manakala sesat pula ditakrifkan sebagai tidak mengikuti jalan yang betul
dan menyimpang daripada jalan yang benar.1 Tugasan ini akan membincangkan lebih
lanjut ciri-ciri, punca-punca dan langkah-langkah untuk mengatasi ajaran sesat,
khususnya di negara kita.

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, ( 2005 ) halaman 119

2.0 OBJEKTIF KAJIAN


2.1 Kajian ini dilakukan untuk memaparkan penjelasan terhadap ciri-ciri ajaran sesat
dengan mengemukakan huraian yang lengkap agar kita dapat mengenal pasti fahaman
yang salah, menyeleweng dan sesat.
2 .2 Kajian ini juga dapat dijadikan panduan agar kita tidak mudah terjerumus dengan
sesuatu fahaman yang sesat.
2.3 Melalui kajian ini kita dapat memperbetul fahaman sebegini daripada menjadi barah
hati yang boleh membunuh akidah Islam.
2.4 Mendedah perkembangan dan ancaman kumpulan ajaran sesat tegar seperti Anti
Hadis, al-Arqam, Istilah-istilah yang boleh menjurus kepada berlakunya
kesesatan dan keruntuhan akhlak.
2.5 Membincangkan proses tindakan yang lebih sesuai terhadap kumpulan ini dari aspek
undang-undang, syariah dan keselamatan.
2.6 Meneliti persediaan yang diperlukan dalam menghadapi isu ini dan akhirnya tindakan
yang perlu dikeluarkan oleh semua agensi-agensi kerajaan menangani isu ajaran sesat.

3.0 SKOP TUGASAN


Bidang tugasan dalam tajuk dikaji berkaitan dengan penyelewengan akidah dan masalah
ajaran sesat boleh merencatkan usaha kerajaan dalam membangun ummah dan
menyebarkan fahaman Islam di Malaysia. Faktor ini boleh menyebabkan beberapa
perubahan negatif terhadap kepercayaan, sikap dan amalan dalam masyarakat umat Islam
di negara ini. Di Malaysia, kajian mendapati bahawa ajaran dan amalan sesat bergerak
secara senyap- senyap atau tanpa disedari semasa Islam mula bertapak di negara ini pada
abad ke-15 lagi.2 Ia dipercayai turut dibawa secara imigrasi yang membawa fahaman asal
yang ada antaranya ciri-ciri ajaran animisme dan adat yang tidak selaras dengan Islam.
Ajaran sesat yang bergerak cergas di seluruh Malaysia sebelum 1980an bukan sahaja
telah mengalami pengurangan bahkan kebanyakan dapat dibanteras oleh pihak berkuasa
agama negeri-negeri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dari semasa ke
semasa dengan kerjasama yang berkaitan.
Berdasarkan kajian Jakim, ajaran sesat yang dikategorikan sebagai aktif sehingga Mac
2001 adalah sebanyak 26 kumpulan meliputi pelbagai bentuk amalan seleweng,
penggabungan dengan amalan pembomohan, persilatan serta amalan khurafat seperti
amalan sihir, penggunaan jin atau hantu. Beberapa daripada kumpulan berkenaan telah
difatwa dan diwartakan oleh negeri-negeri sebagai sesat.
Ajaran sesat adalah sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang Islam atau
bukan Islam yang didakwanya berdasarkan kepada ajaran Islam atau didakwa tidak
berlawanan dengan ajaran Islam, tetapi sebenarnya ajaran atau amalan itu berlawanan
dengan akidah dan syariah Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah.

http://www.utusan.com.my/ dicapai pada 27 April 2014

4.0 MASALAH KAJIAN


Kewujudan dan perkembangan ajaran sesat dalam pelbagai bentuk dan cara mengundang
pelbagai kesan yang amat jelas terhadap masyarakat terutamanya golongan awam. Jika
dilihat berdasarkan kes-kes yang berlaku, terdapat keanekaragaman latar belakang dan
peringkat umur mereka yang terlibat atau menjadi mangsa kepada ajaran sesat. Dengan
kemunculan ajaran sesat yang sentiasa wujud dan berkembang serta peningkatan bilangan
mangsa yang terdiri daripada golongan Mahasiswa, perkara seumpama ini tentunya boleh
memberi impak yang kuat kepada kestabilan akidah, akhlak dan keselamatan masyarakat
yang akan membawa kepada kehancuran generasi mendatang. Kejahilan, meringanringankan urusan agama, budaya hedonisme, populariti, kekayaanserta mengejar
kedudukan di dalam masyarakat awam mahupun masyarakat kampusmenyebabkan ramai
yang terjerat untuk menyertai sesuatu ajaran baru. Ini mengakibatkan berlakunya
kekacauan dalam ikatan sosial masyarakat Islam, pudarnya keyakinan terhadap
kebenaran Islam, meningkatnya perbuatan jenayah, permusuhan dan perpecahan. Melihat
kepada permasalahan ini, pengkaji merasakan perlu dibuat kajian untuk melihat persepsi
dan keprihatian pelajar terhadap ajaran sesat.

5.0 METODOLOGI KAJIAN.


Pengkaji telah menggunakan beberapa kaedah yang bersesuaian dengan skop kajian
untuk menyempurnakan tugasan ini. Antara kaedah yang saya pilih termasuklah kaedah
bacaan. Saya telah mencari buku-buku, artikel, dan keratan akhbar yang berkaitan dengan
ajaran sesat. Salah satu buku yang saya gunakan adalah "40 ciri ajaran sesat" tulisan
Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir. Buku "Ajaran Sesat" tulisan Wan Mohd. Azam
Wan Mohd Amin juga saya jadikan bahan rujukan sepanjang penulisan esei ini dan
beberapa lagi buku yang lain. Sumber dari akhbar pula saya memilih Utusan Online yang
bertajuk "Memerangi kumpulan ajaran sesat di Malaysia" iaitu diterbitkan pada
17.Julai.2012.
Seterusnya saya menggunakan kaedah temu bual bersama orang-orang yang mempunyai
pengetahuan dalam bidang agama iaitu individu yang mempunyai pengetahuan serba
sedikit tentang isu ajaran sesat di negara kita.
Tinjauan menggunakan borang soal selidik juga saya praktikkan dalam kajian ini untuk
mendapatkan maklum balas dari orang ramai tentang pandangan mereka terhadap ajaran
sesat dan menguji tahap kefahaman mereka dalam isu ini.
Saya juga menggunakan internet untuk mencari fakta yang berkaitan dengan ajaran sesat.
Laman web rasmi yang saya layari ialah www.islam.gov.my iaitu laman web JAKIM.
Melalui laman web tersebut saya telah menemui beberapa maklumat penting seperti kes
ajaran sesat dan langkah JAKIM untuk menghentikan gejala ajaran sesat di negara kita.

6.0 JUSTIFIKASI
Saya selaku pengkaji sangat berharap agar kajian yang dilakukan ini dapat membantu
umat Islam amnya dan pelajar khasnya agar tidak mudah terjerumus ke dalam ajaran
sesat. Melalui kajian yang dijalankan ini, pelajar dapat didedahkan dengan ajaran sesat
dan jenis-jenisnya yang pelbagai bentuk agar mereka dapat menghindarinya dan menyeru
masyarakat supaya tidak mudah terpengaruh oleh tipu helah kumpulan ajaran sesat.
Kajian ini juga boleh dijadikan panduan bagi Fakulti Pendidikan dan juga bahagian Hal
Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Sains Malaysia untuk mendedahkan pelajar yang kurang
berpengetahuan tentang ajaran sesat dan bahayanya terhadap pelajar dan masyarakat.
Selain itu, kajian ini juga penting bagi pihak universiti dalam menilai tahap pengetahuan
pelajar tentang ajaran sesat yang seterusnya dapat dijadikan pertimbangan dalam
penyusunan sylabus pelajaran yang berkaitan dengan ilmu akidah dan akhlak. Demikian
juga halnya bagi pihak yang berwajib dalam membanteras ajaran sesat, kajian ini
diharapkan dapat memberikan gambaran yang nyata mengenai tahap pengetahuan pelajar
universiti tentang ajaran sesat dan seterusnya dapat dijadikan panduan dalam
memperkasakan lagi metode yang digunakan dalam mencegah perkembangan ajaran
sesat di dalam masyarakat Islam Malaysia.

7.0 ANALISIS KARYA


7.1 DEFINISI AJARAN SESAT
Fahaman sesat ialah fahaman yang bertentangan dengan Islam tetapi ada kaitan dan
dinisbahkan kepada Islam.3 Oleh itu, agama-agama lain tidak termasuk dalam konteks
ajaran sesat. Ajaran sesat juga terjadi apabila seorang Muslim membawa satu fahaman
agama namun fahaman agama ini jelas bertentangan dengan Islam. Ia mungkin
bertentangan dengan al-Quran atau riwayat hadis yang sahih. Maka ini dihukum sebagai
ajaran dan fahaman menyeleweng atau juga boleh sampai ke tahap ajaran sesat.
Ada juga fahaman dan ajaran yang menggunakan nas al-Quran untuk mengesahkan
ajaran tersebut. Secara zahir, ia nampak benar namun jika dikaji dengan baik dan teliti,
rupa-rupanya ajaran tersebut bertentangan dengan ajaran Islam. Maka ini juga dikira
sebagai ajaran dan fahaman sesat. Oleh itu, apabila disebut fahaman sesat atau ajaran
sesat, ia merujuk kepada ajaran yang ada kaitan dengan Islam dan dicanangkan sebagai
ajaran Islam. Namun disebabkan ia telah menyalahi dasar akidah Islam, maka ia dikira
sebagai ajaran yang menyeleweng atau ajaran sesat.
Ajaran sesat ditakrifkan oleh Bahagian Akidah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM) sebagai sebarang ajaran ataupun amalan yang dibawa oleh orang-orang Islam
ataupun bukan Islam yang mendakwa ajaran dan amalan itu berdasarkan ajaran Islam. 4
Hakikatnya, ajaran dan amalan yang di bawa itu bertentangan dan berlawanan dengan
akidah Islam, bertentangan dengan al-Quran dan sunnah, bertentangan dengan mazhab
yang muktabar dan bertentangan dengan Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah.

Mohammad Nidzam Abdul Kadir, (2012) 40 Ciri Ajaran Sesat . Kuala Lumpur :

Telaga Biru Sdn. Bhd. Halaman 2


4

http://www.islam.gov.my dicapai pada 26 April 2014.

7.2 JENIS DAN CIRI AJARAN SESAT.


( A ) Menolak al-Quran
Menolak al-Quran merupakan asas kesesatan. Setiap insan dan Muslim yang tidak
menerima al-Quran termasuk dalam golongan yang sesat. Hujah mereka menolak alQuran disebabkan jalan periwayatan al-Quran yang tidak selamat. 5 Bagi golongan
sebegini, al-Quran yang ada hari ini sudah tidak lagi asli sebagaimana pada zaman Nabi
Muhammad SAW. Al-Quran hari ini sudah dicampuri oleh idea Abu Bakar, Umar dan
akhir sekali idea dan fikrah Uthman bin 'Affan r.a. Sedangkan hakikatnya Al-Quran ialah
kitab yang diwahyukan dan dipelihara oleh Allah SWT. Firman Allah:

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan az-Zikr (al-Quran) dan Kami yang
menjaganya.
( Surah al-Hijr 15:9 )
Oleh itu, ditegaskan bahawa mana-mana fahaman yang menolak al-Quran, secara
keseluruhan atau sebahagiannya dan fahaman yang mempertikaikan keaslian al-Quran
adalah fahamanyang sesat.
( B) Menolak hadis atau sunnah.
Ada golongan dalam masyarakat Muslim yang menolak hadis atau sunnah. 6 Golongan ini
menolak secara keseluruhan hadis. Pada mereka proses penulisan hadis lambat. Hadis
dalam Sahih al-Bukhari contohnya ditulis pada kurun ketiga hijrah iaitu lebih 200 tahun
selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW. Hadis juga tidak relevan dengan suasana
masyarakat moden. Selain itu, wujud hadis palsu dan daif. Sebenarnya penulisan hadis
5

Mohammad Nidzam Abdul Kadir, (2012) 40 Ciri Ajaran Sesat . Kuala Lumpur :

Telaga Biru Sdn. Bhd. Halaman 18


6

Mohammad Nidzam Abdul Kadir, (2012) 40 Ciri Ajaran Sesat . Kuala Lumpur :

Telaga Biru Sdn. Bhd. Halaman 27

bukan bermula pada zaman Imam al-Bukhari. Penulisan hadis bermula sejak zaman awal
Islam. Sudah ada beberapa para sahabat yang turut menulis riwayat hadis. Imam Malik
contohnya yang lahir sekitar tahun 93 Hijrah sudah pun menulis satu kitab hadis yang
dikenali sebagai al-Muwattha'. Selain penulisan, riwayat hadis juga dihafal dalam
ingatan. Kemampuan mereka menghafal hadis amat mengagumkan. Bukan sekadar
puluhan hadis, tetapi mencecah ribuan hadis. Maka sikap menolak hadis keseluruhannya
adalah salah dan ia membawa kepada peyimpangan dari jalan yang lurus.
( C ) Memperlekehkan Nabi
Nabi dan rasul ialah pilihan Allah. Melalui mereka, wahyu disampaikan kepada umat
manusia. Ada fahaman yang memperlekehkan nabi.7 Pelbagai buku diselongkar untuk
mencari bukti kesilapan dan kesalahan nabi. Seseorang nabi itu hendaklah dimuliakan.
Apatah lagi nabi akhir zaman iaitu Nabi Muhammad SAW. Firman Allla SWT:

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu meninggikan suara


kamu lebih daripada suara nabi, dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara
keras sebagaimana kerasnya (suara) sebahagian kamu terhadap sebahagian yang lain,
supaya tidak terhapus amalan kamu, sedangkan kamu tidak menyedarinya.
( Surah al-Hujurat 49:2 )
Nas al-Quran ini menekankan aspek adab dengan Nabi Muhammad SAW. Maka apa-apa
7

Mohammad Nidzam Abdul Kadir, (2012) 40 Ciri Ajaran Sesat . Kuala Lumpur :

Telaga Biru Sdn. Bhd. Halaman 30

kenyataan atau tindakan yang cuba memperlekehkan Nabi Muhammad SAW merupakan
fahaman yang salah dan menyeleweng. Ada fahaman yang mempertikaikan bilangan
isteri Nabi yang melebihi empat orang. 8 Bagi fahaman ini, tindakan Nabi Muhammad
SAW adalah tindakan yang zalim, melampaui batas dan melanggar nas al-Quran. Ada
fahaman yang mempersoalkan pernikahan Nabi Muhammad SAW dengan Sayidatina
Aisyah r.ha. Yang masih muda usianya. Tindakan ini dianggap sebagai seks dengan
kanak-kanak. Maka ada tanggapan bahawa Nabi Muhammad SAW sebenarnya seorang
lelaki gila seks. Ada fahaman yang memperlekehkan hadis menyimpan janggut. Maka
janggut Nabi Muhammad SAW diumpamakan sebagaimana janggut kambing sahaja.
Ada fahaman yang menyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW ialah pemimpin yang
suka berperang. Ada fahaman bahawa Nabi Muhammad SAW bukanlah seorang insan
ummiy iaitu buta huruf. Bagi fahaman ini, buta huruf tidak layak bagi Nabi Muhammad
SAW kerana Nabi ialah cucu kepada pembesar Makkah. Sifat buta huruf adalah
menghina nabi Muhammad SAW. Namun sebenarnya al-Quran menjelaskan bahawa
memang nabi adalah ummiy. Firman Allah:

Mohammad Nidzam Abdul Kadir, (2012) 40 Ciri Ajaran Sesat . Kuala Lumpur :

Telaga Biru Sdn. Bhd. Halaman 30

10

Maksudnya: "Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi


yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat
dan Injil yang ada di sisi mereka. Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang
baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia
menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka
segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan
belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya,
dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan
kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya.
(Surah al-A'raf 7:157)
Sifat buta huruf merupakan bukti kerasulan Nabi Muhammad SAW. Bagaiman seorang
insan yang buta huruf dapat mengetahui kisah-kisah ahli kitab dan kisah silam tanpa
pembacaan. Bagaimana seorang yang buta huruf dapat menyampaikan al-Quran dengan
gaya bahasa yang sangat indah tanpa apa-apa kesalahan bahasa. Sifat buta huruf bukanlah

11

satu penghinaan bagi Nabi Muhammad SAW. Namun dikhuatiri menafikan sifat buta
huruf akan menafikan nas al-Quran dan membuka ruang untuk membuat fitnah terhadap
keaslian al-Quran sebagai wahyu Illahi. Oleh itu , mana-mana fahaman yang cuba
memperlekehkan Nabi Muhammad SAW ialah fahaman yang wajib dihindari dan
dilawani.
( D ) Nabi atau rasul baharu.
Nabi Muhammad SAW ialah nabi dan rasul yang terakhir. Maka dakwaan wujudnya nabi
atau rasul yang baharu selepas Nabi Muhammad SAW adalah dakwaan palsu. 9 Pada
mereka, hujah untuk membuktikan kewujudan nabi yang baharu ialah tiadanya satu nas
al-Quran yang mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW sebagai khatam para nabi (
khatam an-nabiyin ) tidak jelas dalam maksud tersebut. Khatam bukan bermakna penutup
tetapi bermakna cincin.
Dalam al-Quran, Allah Azzawajalla menjelaskan:

Maksudnya : Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya)
menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah
Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha
Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
( Surah al-Ahzab 33:40 )
Jelas bahawa Muhammad ialah pesuruh Allah. Jelas juga bahawa Muhammad ialah
khatam para nabi. Dalam kitab tafsir yang muktabar dan menjadi rujukan, khatam
ditafsirkan sebagai penutup atau akhir. Maka insan yang mendakwa dirinya sebagai nabi
Allah atau sebagai rasul Allah selepas Nabi Muhammad SAW ialah pembawa ajaran
sesat. Oleh itu, berhati-hatilah dengan dakyah dan penyelewengan mereka.

Mohammad Nidzam Abdul Kadir, (2012) 40 Ciri Ajaran Sesat . Kuala Lumpur :

Telaga Biru Sdn. Bhd. Halaman 35

12

( E ) Ajaran Al-Arqam
Di antara kesesatan ajaran al-Arqam yang berkaitan langsung dengan akidah Islam
pertamanya ialah mempercayai bahawa Ashaari Muhammad tidak mati bahkan terus
memimpin jemaahnya di alam ghaib.10 Kedua, pengikut mereka beriman bahawa Ashaari
Muhammad adalah Imam Mahdi yang akan dibangkitkan kelak.Ketiga, mereka percaya
bahawa Ashaari Muhammad bertemu dengan Nabi Muhammad s.aw dalam keadaan
yaqazah. Apabila pengikut al-Arqam boleh mempercayai Ashaari Muhamamad sebagai
Imam Mahdi maka tidak hairanlah mereka juga mempercayai cerita khurafat bahawa dia
bertemu dengan Nabi secara yaqazah. Yaqazah bermaksud bertemu dengan Nabi secara
sedar bukan mimpi manakala Nabi pula dalam keadaan hidup iaitu berjasad dan roh.
Pengikut al-Arqam dan kebanyakan aliran tarikat kesufian mereka yakin bahawa boleh
bertemu dengan Nabi dalam keadaan yaqazah. Namun, yaqazah bukanlah pegangan
akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah melainkan ia adalah batil lagi sesat.
( F ) Ajaran Al- Maunah
Al-Ma'unah adalah sebuah organisasi pengganas militan di Malaysia yang terkenal
dengan keberaniannya melakukan pencerobohan nekad ke atas sebuah kem Rejimen
Askar Wataniah pada subuh 2 Julai 2000 dan melarikan sejumlah besar senjataapi
daripada stor persenjataan. Kumpulan tersebut kemudiannya mendirikan pangkalan
rahsianya di kawasan hutan berhampiran perkampungan di Sauk, Perak dan terlibat
dalam pertempuran di antara Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia. Ciri
ajaran yang ditekankan dalam kumpulan ini ialah ilmu persilatan dan turut menggunakan
tenaga dalaman dan mempelajari ilmu perubatan tradisional Islam. Mohamed Amin bin
Mohamed Razali yang merupakan pemimpin kepada 29 ahli kumpulanAl-Ma'unah
mengetuai misinya untuk menggulingkan kerajaan Malaysia. Menurut fakta kes,
kumpulan itu bertekad jika kerajaan yang memerintah menolaknya, mereka tidak raguragu menggunakan kekerasan termasuk melakukan pembunuhan. 11 Melalui arahan ketua,
anggota-anggota kumpulan itu berperanan dalam misi utama untuk menggulingkan
10

Nasrudin H. Mahmud ( 1995 ) Pengakuan Mantan Pemimpin al-Arqam, Kuala Lumpur: Jabatan Perkhidmatan

Penerangan Malaysia. Halaman 31


11

Ravichandrika Alagirisamy (2003) Metaphor and ideology in news discourse a case study of the Al-Ma'unah weapons
heists. Halaman 25

13

pemerintahan melalui kekerasan yang bertentangan dengan Perlembagaan.


( G ) Ajaran Ayah Pin
Ajaran Arifin bin Muhamad (Ayah Pin ) ialah ajaran yang menyeleweng daripada ajaran
Islam sebenar , sesat dan syirik kerana ciri-ciri yang menyeleweng. 12 Dari aspek akidah
Ayah Pin mengatakan dirinya sebagai tuhan yang turun dari langit dan kerajaan langit
adalah di bawah kekuasaannya. Ayah Pin mempunyai kuasa menyembuhkan segala
penyakit dan sebutan namanya boleh menakutkan binatang buas. Ayah Pin mendakwa
bahawa Mekah, Kaabah dan Air Zam-Zam adalah miliknya dan dibina selepas mendapat
wahyu dari langit. Ayah Pin mempunyai kuasa menjadikan manusia menjadi batu melalui
sumpahannya ,mengetahui perkara ghaib, boleh menentukan syurga dan neraka
seseorang, mendakwa roh orang yang mati jahat akan dikurung dalam kubah markaz.
Dalam ajaran ini juga mereka menolak berlaku kemusnahan dunia ketika qiamat. Pada
Ayah Pin seseorang Islam itu perlu menjadi kafir dahulu. 13 Lebih parah lagi mereka
menolak kepentingan mengucapkan dua kalimah syahadah di akhir kematian anak Adam.
Dari aspek syariah mereka secara total menolak rukun Islam dan hukum syarak"berkaitan
dengan Tuhan. Tidak dapat dinafikan juga mereka menolak rukun - rukun Islam termasuk
kewajipan sembahyang lima waktu, puasa di dalam bulan Ramadhan, zakat dan ibadah
haji. menghalalkan makanan yang diharamkan oleh syarak mengada-adakan hukum
syarak"seperti nikah batin.
7.3 PUNCA BERLAKUNYA AJARAN SESAT
Ajaran sesat didapati berpunca dari pelbagai faktor. Salah satu faktor tersebut ialah
kejahilan ilmu.14 Kejahilan merupakan musuh utama dan faktor kepada keterlibatan
dalam fahaman sesat. Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:
sesungguhnya antara tanda-tanda Kiamat ialah ilmu diangkat, kejahilan yang melanda,
arak diminum dan zina makin berleluasa.
12

Ahmadi Haji Baharudin, ( 2002 ) Menjadi Survivor Dalam Dunia Penuh Cabaran. Halaman 63
https://www.u-library.gov.my dicapai pada 27 April 2014.
14
Mohammad Nidzam Abdul Kadir, (2012) 40 Ciri Ajaran Sesat . Kuala Lumpur :
13

Telaga Biru Sdn. Bhd. Halaman 3

14

(Riwayat al-Bukhari, kitab al-'Ilm, no.80)


Dalam riwayat hadis, dikjelaskan bahawa golongan tidak berilmu dilantik menjadi ulama.
Maka mereka berfatwa dan memberi pendapat tanpa asas ilmu lalu mereka sesat dan
menyesatkan masyarakat. Sabda Nabi Muhammad SAW :



.





Maksudnya : Sesungguhnya Allah tidak mengangkat ( menghilangkan ) ilmu secara
rentapan daripada manusia, akan tetapi Allah mengambil ilmu dengan mematikan para
ulama. Hingga apabila tiada lagi ulama, maka masyarakat melantik prang jahil menjadi
pemimpin/ ilmuwan untuk mereka. Maka apabila pemimpin/ilmuwan sebigini disoal,
maka mereka akan memberikan fatwa tanpa ilmu. Maka mereka telah tersesat dan
mereka menyesatkan ( orang lain. )
(Riwayat Muslim, kitab al-'Ilm, no.2673)
Hadis tersebut jelas menunjukkan bahawa antara faktor kepada kesesatan ialah ketiadaan
ilmu. Ilmu hilang dan tidak menjadi pedoman bagi masyarakat. Lebih parah lagi, ahli
ilmu juga tidak menguasai ilmu dengan baik dan matang.

Dosa silam yang banyak juga menjadi faktor pendorong kepada keterlibatan seseorang
itu dalam fahaman sesat.15 Barangkali ada insan yang hidupnya bergelumang dengan
noda dan dosa. Dosa rasuah, zina, minum arak, tidak bersolat dan sebagainya.
Kadangkala mungkin solat, namun selalunya tidak menunaikan kewajipan tersebut. Arak
dianggap sebagai lambang kehidupan moden. Zina dikira tidak salah asalkan selamat
daripada penyakit. Akhirnya sampai satu peringkat hidup, ia ingin bertaubat. Namun
bolehkah dosanya yang tinggi menggunung itu diampunkan? Maka untuk segera
mendapatkan keampunan, ada fahaman yang menawarkan pengampunan dosa secara
15

Mohammad Nidzam Abdul Kadir, (2012) 40 Ciri Ajaran Sesat . Kuala Lumpur :

Telaga Biru Sdn. Bhd. Halaman 6

15

percuma atau dengan bayaran tertentu. Wang tidak menjadi masalah. Akhirnya insan
begini rasa selamat dan lega kerana dosa telah terampun.
Amat mudah untuk terjebak ke dalam fahaman sesat apabila belajar dan mendampingi
guru yang sesat dan menyesatkan.16 Golongan ini lebih ditakuti oleh Baginda Nabi
Muhammad SAW daripada dajal sebagaimana Abu Dzar al-Ghifari r.a. Meriwayatkan,
suatu hari beliau berjalan bersama Nabi Muhammad menuju ke rumah Baginda. Lalu
Baginda SAW yang bermaksud:
Aku lebih takut umatku ( bertemu golongan ) selain dajal daripada dajal yang sebenar.
Apabila aku khuatir Baginda akan masuk ke rumah ( tanpa memberi tahu siapakah
golongan itu ) aku berkata, " Ya rasulullah! Apakah yang engkau lebih takut ke atas umat
mu daripada dajal? Sabda Baginda, "Para imam menyesatkan"
( Riwayat Ahmad ) Terdapat guru yang memang bertujuan
menyesatkan masyarakat kerana tamakkan kedudukan. Ini ialah syaitan dalam bentuk
manusia. Mereka berusaha merosakkan akidah insan dan menyelewengkan ajaran
sebenar. Mereka ini seumpama dajal.
Faktor yang telah dikenalpasti oleh JAKIM sebagai punca berlaku penyelewengan
akidah, antaranya yang paling utama ialah tersebarnya secara meluas buku yang
berunsur ajaran sesat di pasaran atau melalui koleksi khas.17 Dalam kalangan guru
ajaran-ajaran sesat berkenaan ramai yang cuba menonjolkan diri sebagai orang yang arif
dalam ilmu-ilmu pengubatan dan agama semata-mata bertujuan kerana kepentingan diri
atau lain-lain kepentingan dengan berbagai-bagai gelaran.
LANGKAH MENCEGAH AJARAN SESAT.
Individu
Setiap individu perlulah mencari jalan yang lurus atau jalan yang benar untuk

16

Mohammad Nidzam Abdul Kadir, (2012) 40 Ciri Ajaran Sesat . Kuala Lumpur :

Telaga Biru Sdn. Bhd. Halaman 6


17

http://www.islam.gov.my dicapai pada 28 April 2014.

16

mendapat keredhaan Allah SWT.18 Salah satu aspek yang perlu diamalkan ialah solat lima
waktu sehari semlam. Solat lima waktu terdiri daripada tujuh belas rakaat. Dalam setiap
rakaat, surah yang wajib dibaca ialah surah al-Fatihah dan di dalam surah al-Fatihah itu
terdapat doa yang dipohon kepada Allah Azzawajalla iaitu doa agar diberi hidayah
kepada jalan yang lurus. Jalan yang lurus ialah jalan yang benar dan kita boleh
memahami dalam firman Allah :

Maksudnya : Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan
(ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh
Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang
Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman
rakan (kepada orang-orang yang taat).

( Surah an-Nisa' 4:69 )

Jika kita fahami maksud ayat Surah an-Nisa ayat 69, maka kita akan dapat mengetahui
jalan yang ditempuh oleh empat golongan tersebut iaitu jalan yang mereka tempuhi
adalah berdasarkan wahyu Allah. Oleh itu jalan yang lurus ialah jalan yang selamat.

Debat dan hujah


Bagi membanteras ajaran dan fahaman sesat, kaedah berhikmah, nasihat yang baik dan
perdebatan yang baik menjadi satu tuntutan dalam Islam. Firman Allah :

Maksudnya : Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan


18

Mohammad Nidzam Abdul Kadir, (2012) 40 Ciri Ajaran Sesat . Kuala Lumpur :
Telaga Biru Sdn. Bhd. Halaman 7

17

dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau
serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang
lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih
mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
( Surah an-Nahli 16: 125 )
Berdasarkan keterangan tersebut, jelas bahawa dakwah hendaklah dengan hikmah,
nasihat yang baik dan perdebatan hujah yang sihat. Tidak wajar dan tidak harus
digunakan kekerasan melainkan dakwah Islam dihalang. Oleh itu, jika ada ajaran sesat
wujud dalam masyarakat, maka menjadi kewajipan para ulama untuk berdiskusi dan
berdebat dengan hujah. Pihak berkuasa sewajarnya memanggil pihak yang terlibat untuk
mendengar dan meneliti hujah pihak tersebut. Hujah mereka mestilah dijawab dengan
hujah jitu.

Jakim
Pihak JAKIM perlu menyediakan pengajaran dan pendidikan Islam secara berterusan di
institusi-institusi pelajaran formal dan tidak formal. Mengadakan ceramah-ceramah,
taklimat, bengkel dan muzakarah Menerbitkan buku dan risalah berkaitan akidah
Penerangan melalui media elektronik dengan menyediakan slot khas mengenai ajaran
salah dalam dalam program anjuran Bahagian Dakwah dan Bahagian Media Elektronik
dan Penyiaran JAKIM.
Tindakan Pihak Berkuasa
Tindakan daripada pihak berkuasa wajar dilakukan terhadap mana-mana pihak yang
membawa ajaran sesat. Sebagai contoh dalam peristiwa kemunculan nabi palsu, tindakan
ketenteraan diambil oleh pihak berkuasa ketika itu. Musailamah al-Kazzab adalah
seorang insan yang mendakwa menerima wahyu dan beliau ialah nabi sebagaimana Nabi
Muhammad SAW. Abu Bakar as-Siddiq r.a. telah menghantar gerombolan tentera
diketuai Khalid al-Walid r.a. untuk

menghapuskan golongan ini. Pihak kerajaan

18

seharusnya boleh mencontohi peristiwa tersebut dalam memperjuangkan kesucian agama


Islam.

19

9.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, ajaran sesat membawa pelbagai kesan padah dalam kehidupan manusia
yang tidak mempunyai pegangan agama yang kukuh dan utuh. Oleh yang demikian suatu
anjakan paradigma harus dilaksanakan oleh badan-badan kerajaan dan swasta serta
masyarakat sejagat agar dapat mengatasi masalah akidah yang sudah pastinya
menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar. Kita juga perlulah mempelajari ilmu secara
terbuka, bukan bersembunyi dan rahsia. Majlis ilmu terbuka seperti di masjid dan di
surau memberi ruang untuk orang ramai berbincang sama ada pengajaran seseorang betul
atau ada kesilapannya. Akhir sekali, kita mesti menjadikan al-Quran sebagai dasar
sumber pertama dalam Islam.

20

10.0 BIBLIOGRAFI
Mohammad Nidzam Abdul Kadir, (2012) 40 Ciri Ajaran Sesat . Kuala Lumpur :
Telaga Biru Sdn. Bhd
Fauzi Deraman, (2010) Pengajian hadits di Malaysia. Univesiti Malaya:
Dewan Bahasa dan Pustaka
Sabaruddin Hussein, (2014) Yahudi, Syiah dan Dajal . PTS Islamika
Sdn. Bhd., Malaysia

Abdul Fatah Haron Ibrahim, ( 2003 ) Ajaran Sesat Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka
Nasrudin H. Mahmud ( 1995 ) Pengakuan Mantan Pemimpin al-Arqam Kuala Lumpur:
Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia.
Ravichandrika Alagirisamy (2003) Metaphor and ideology in news discourse a case
study of the Al-Ma'unah weapons heists Universiti Sains Malaysia. PHS
Ahmadi Haji Baharudin, ( 2002 ) Menjadi Survivor Dalam Dunia Penuh Cabaran. Kuala
lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

http://www.islam.gov.my
http://www.e-fatwa.gov.my/
https://www.u-library.gov.my
http://www.utusan.com.my/

21

22