Anda di halaman 1dari 21

PERANAN GURU DALAM

MEREALISASIKAN
ASPIRASI NEGARA
BERDASARKAN

Kod etika perguruan 1

Guru tidaklah harus bertingkah laku begitu


rupa sehingga boleh mencemarkan sifat
profesionalnya danyang akan menyebabkan
hilang kepercayaan orang ramai terhadap
profesion perguruan

Kod etika perguruan 2

Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu


rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya
maruah diri dan kehilangan amanah
berhubung dengan kewangan

Kod etika perguruan 3

Dalam semua hubungan dan tugas, guru


hendaklah menjalankannya dengan jujur

Kod etika perguruan 4

Tanggungjawab utama guru adalah terhadap


anak muridnya. Kepentingan murid mengatasi
semua kepentingan lain seperti kepentingan
masyarakat, persatuan atau persendirian

Kod etika perguruan 5

Guru haruslah menumpukan perhatian dan


memberi pengajaran kepada setiap muridnya
tak mengira bangsa, agama dan
kepercayaannya

Kod etika perguruan 6

Guru haruslah bertugas sebagai pengganti


ibu bapa dalam usaha membentuk tingkah
laku murid ke arah matlamat yang diterima
oleh masyarakat

Kod etika perguruan 7

Guru haruslah mendidik dan mengambil


tindakan secara adil terhadap semua murid
tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa,
agama, kepercayaan politik, tempat asal,
keturunan, daya intelek dan lain-lain

Kod etika perguruan 8

Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan


individu di kalangan muridnya dan
membimbing mereka memperkembangkan
potensi mereka dari segi jasmani, intelek,
daya cipta dan lain-lain

Kod etika perguruan 9

Guru haruslah menghormati hak setiap murid


supaya maklumat sulit mengenai diri murid
tidak diberitahu kepada orang atau agensi
yang tidak berkenaan

Kod etika perguruan 10

Guru tidaklah harus menanam sikap yang


boleh merosakkan kepentingan murid,
masyarakat atau negara

Kod etika perguruan 11

Guru haruslah menanamkan sikap yang baik


terhadap semua muridnya supaya mereka
dapat berkembang menjadi warganegara yang
taat dan berguna

Kod etika perguruan 12

Guru tidaklah harus menyatakan atau


membuat sesuatu yang boleh mengurangkan
keyakinan diri murid dan ibubapa terhadapnya

Kod etika perguruan 13

Guru haruslah bertingkahlaku begitu rupa


supaya menjadi contoh baik atau 'role
model' kepada muridnya

Kod etika perguruan 14

Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran


daripada muridnya untuk pelajaran atau pengajaran
tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah
atau cuti sekolah melainkan bayaran yang disahkan

Kod etika perguruan 15

Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya


untuk kerja tuisyen atau pengajaran
persendirian

Kod etika perguruan 16

Guru tidaklah harus memaksakan


kepercayaan, keagamaan, politik
persendirian terhadap muridnya

Kod etika perguruan 17

Guru tidaklah harus meminta atau


menerima hadiah daripada ibubapa atau ahli
masyarakat dalam menjalankan tugas
profesionalnya

Kod etika perguruan 18

Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik


guru lain

Kod etika perguruan 19

Guru haruslah menggunakan cara yang


sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan)
untuk tujuan kenaikan pangkat atau
untuk mendapat pekerjaan

Kod etika perguruan 20

Guru tidaklah harus mengiklankan


dirinya dengan cara membesar-besarkan
namanya untuk mendapatkan sesuatu
pangkat dalam profesion perguruan

Anda mungkin juga menyukai