Anda di halaman 1dari 4

Hadirin yang dimuliakan,

Majlis akan bermula sebentar lagi, untuk itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian,
diminta mengambil tempat di dalam dewan.
Bagi melancarkan perjalanan majlis saya bagi pihak majlis meminta kerjasama tuan-tuan dan
puan-puan supaya mematikan telefon bimbit atau menetapkannya kepada mod senyap. Tuantuan dan puan-puan juga diminta mengikuti program ini sehingga ke akhir majlis.
Terima kasih atas kerjasama semua.
Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat Dipersilakan mengambil
tempat.

Kuntum melati tumbuh melata


Burung merbah di pohon cemara
Assalamualaikum pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

Sayang selasih berisi minyak,


Bunga cengkih di atas jerami;
Terima kasih banyak-banyak,
Sudi datang ke majlis kami.

Senarai Tetamu-tetamu jemputan

Dif-dif jemputan, Peserta-peserta Seminar, Dan hadirin sekalian

Selamat datang ke Merbauan Glory Award 2015

Menadah tangan tanda kerendahan,


Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar majlis mendapat keberkatan.

Bagi memberkati majlis kita pada malam ini, marilah sama-sama kita mengaminkan bacaan
doa yang akan disampaikan oleh.. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

Majlis diteruskan dengan tiga buah nyanyian Lagu Negaraku, Lagu UTM Keunggulan
Terbilang dan Lagu Kolej Tun Hussein Onn Sentiasa Cemerlang. Tetamu-tetamu kehormat
dan para hadirin diminta berdiri.

Terima kasih, semua hadirin dijemput duduk.

Hadirin Sekalian,

Sama-samalah kita memeriahkan majlis ini dengan menyaksikan persembahan tarian


yang dipersembahkan oleh .

Terima kasih diucapkan atas persembahan tarian yang begitu menghiburkan hati sebentar
tadi.
Majlis diteruskan dengan menjemput Pengarah Program MEGA 2015 ,.. bagi
menyampaikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan.
.(Ucapan)
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada .. atas ucapan tersebut.

Hadirin yang dihormati,


Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya,
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya,
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara.

Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tn.. selaku Pengetua Kolej
Tun Hussein Onn untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
.(Ucapan)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tn. atas ucapan alu-aluan
sebentar tadi.

PERASMIAN.

PULAU PANDAN JAUH KE TENGAH


GUNUNG DAIK BERCABANG TIGA

DOA SUDAH UCAPANPUN SUDAH


TIBA MASA MENJAMU SELERA

SORONG PAPAN TARIK PAPAN


MAKAN KERANJI DALAM PERAHU
SURUH MAKAN KITA MAKAN
JANGANLAH SEGAN JANGANLAH MALU

Dipersilakan Yang Berhormat untuk memberi sepatah dua kata.


Jutaan terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat .itu tadi. Maka
dengan ini rasmilah program Sambutan 15 Tahun Kolej Tun Hussein Onn anjuran
Jawatankuasa Kolej Mahasiswa,Kolej Tun Hussein Onn,Universiti Teknologi Malaysia.
Bagi melengkapkan acara dengan penuh gilang gemilang pada mala mini,dipersilakan sekali
lagi Yang Berhoramat . dengan diiringi oleh ayahanda Prof
serta saudara .. ke pentas perasmian untuk melaksanakan upacara rasmi seebagai
symbol kepada berlangsungnya persuaan kita pada mala mini. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

Anda mungkin juga menyukai