Anda di halaman 1dari 12

Tugasan 1

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


SAINS SEKOLAH RENDAH.

Konsep Strategi
Menurut Kamus Dewan (1998), strategi merupakan rancangan yang teratur untuk
mencapai matlamat atau kejayaan. Strategi pengajaran dan pembelajaran merujuk
kepada teknik perancangan kaedah serta teknik mengajar berdasarkan sesuatu
pendekatan untuk tujuan mencapai objektif pelajaran dengan berkesan (Mok Soon Sang,
2008). Dalam kurikulum sains, penekanan strategi pengajaran dan pembelajaran adalah
kepada pembelajaran berfikrah iaitu suatu proses yang boleh membantu murid-murid
menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang akan membantu mereka untuk
membangun pemikiran ke tahap optimum.
Seharusnya proses pengajaran dan pembelajaran mampu membolehkan murid-murid
menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan memperkembangkan sikap saintifik serta
nilai murni secara bersepadu. Pemilihan strategi haruslah menarik minat murid, perlu
memenuhi kehendak kurikulum, kebolehan dan kecerdasan pelbagai murid, kemudahan
sumber pengajaran dan pembelajaran serta kemudahan infrasruktur yang ada. Terdapat
pelbagai strategi atau kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh dijalankan seperti
eksperimen, perbincangan, simulasi, projek, demonstrasi, inkuiri-penemuan, peristiwa
bercanggah serta kajian lapangan. Segala pendekatan, strategi, kaedah atau teknik yang
disaran untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran, adalah berlandaskan
kepada Falsafah dan Matlamat Pendidikan Sekolah Rendah khususnya bagi mata
pelajaran sains. Sehubungan itu, akan dibincangkan di sini dua strategi yang boleh diguna
pakai dalam pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah iaitu simulasi dan
demonstrasi.

15

Simulasi
Simulasi merupakan satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar
yang memerlukan murid berinteraksi sesama mereka berdasarkan peranan masingmasing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula.
Pembelajaran ini dijalankan dalam keadaan terkawal dan mempunyai elemen-elemen
situasi sebenar membolehkan aktiviti dijalankan di dalam bilik darjah. Kaedah ini bertujuan
supaya

murid

dapat

menguasai

konsep

yang

diajar

serta

berupaya

untuk

memindahkannya ke situasi sebenar. Murid digalakkan untuk memberi pendapat,


cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang
dipertanggungjawabkan. Melalui kaedah ini, murid dapat menggunakan kemahiran belajar
seperti mengumpul maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan
mencatat isi-isi penting.
Simulasi adalah tergolong dalam strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan
murid serta berkait rapat dengan pengajaran pemusatan bahan. Ini adalah kerana murid
memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran. Di samping itu, penggunaan
bahan bantu mengajar juga berperanan penting seperti penggunaan model bagi
menggantikan objek sebenar serta bahan-bahan lain yang digunakan semasa simulasi. Di
dalam proses pengajaran dan pembelajaran, masa lebih banyak diperuntukkan kepada
aktiviti pembelajaran murid.
Contoh aktiviti-aktiviti simulasi ialah :
1.

main peranan

2.

permainan

3.

penggunaan model

Main Peranan
Main peranan merupakan kaedah kumpulan berorientasikan proses, iaitu murid-murid
berlakon atau memainkan peranan tertentu berdasarkan syarat-syarat yang diberikan.
Murid berpeluang untuk beraksi sebagaimana yang dikehendaki oleh situasi yang telah
15

ditentukan. Murid akan melakonkan mengikut situasi yang dibayangkan dengan secara
spontan. Main peranan bertujuan untuk memberikan peluang kepada murid melibatkan diri
dalam lakonan dan perbincangan, selain mengalami sendiri sesuatu situasi. Aktiviti ini juga
dapat membantu murid yang pasif melibatkan diri dan seterusnya membina keyakinan diri
mereka. Contoh tajuk yang sesuai bagi aktiviti main peranan ialah rantai makanan dan
siratan makanan (tahun 5). Murid berperanan sebagai tumbuhan, haiwan herbivor, haiwan
karnivor dan haiwan omnivor.
Permainan
Permainan memerlukan prosedur dan peraturan yang harus dipatuhi. Semasa aktiviti
permainan, murid-murid belajar prinsip-prinsip yang spesifik atau memahami proses untuk
membuat

keputusan.

Contohnya,

permainan

Monopoly

atau

Saidina

yang

menggambarkan elemen-elemen kehidupan sebenar.


Penggunaan Model
Model digunakan untuk mewakili objek objek atau situasi sebenar supaya murid-murid
dapat membuat gambaran mental dan memahami konsep dan prinsip sains yang hendak
dipelajari. Contohnya, bagi tema Bumi dan alam semesta tahun 5 yang bertajuk Matahari,
Bumi dan bulan. Guru boleh menggunakan bola pelbagai saiz bagi mewakili saiz
matahari, bumi dan bulan. Seterusnya guru juga dapat simulasikan putaran bumi dan
bulan serta peredaran bumi dan bulan mengelilingi matahari.
Prinsip prinsip melaksanakan simulasi dalam bilik darjah :
1.

Guru perlu memilih suatu situasi berunsur masalah dan terangkan dengan jelas.

2.

Tetapkan peranan-peranan berdasarkan watak-watak dan pilih pelajar yang sesuai untuk
berlakon.

3.

Tetapkan had masa untuk sesi simulasi.

4.

Pastikan pelajar memberi perhaian semasa simulasi.

5.

Adakah perbincangan dan rumusan selepas simulasi.

Menurut Joyce

et

al.,

(2002),terdapat empat fasa dalam pengajaran simulasi,

iaitu :
15

1.

Fasa orientasi
Guru kemukakan topik yang akan diajar dan menerangkan konsep dalam simulasi
serta gambaran umum aktiviti yang akan dijalankan.

2.

Latihan peserta
Guru menerangkan peraturan, peranan, prosedur dan matlamat simulasi. Guru
mengagihkan peranan kepada pelajar supaya mereka faham arahan dan
perjalanan aktiviti.

3.

Proses simulasi
Murid melibatkan diri dalam aktiviti simulasi. Pada ketika atau masa tertentu, aktiviti
boleh dihentikan untuk murid memperoleh maklum balas atau memperjelas salah
tanggapan (miskonsepsi).

4.

Perbincangan
Merangkumi perbincangan murid selepas simulasi tentang hasil pembelajaran,
proses simulasi dan banding beza antara simulasi dengan situasi sebenar.

Demonstrasi
Demonstrasi merupakan salah satu strategi yang boleh digunakan oleh guru dalam
pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah. Teknik ini adalah untuk menunjukkan
sesuatu proses atau cara melakukan sesuatu kemahiran terutamanya bagi sesuatu yang
sukar dan merbahaya kepada murid-murid.
Proses demonstrasi melibatkan pendekatan visual untuk memerhati proses, maklumat
atau idea. Kaedah ini juga merupakan satu cara untuk melatih murid memerhati dan
melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur. Bagi sesuatu aktiviti yang tidak merbahaya
kepada murid, guru juga boleh melibatkan murid untuk menunjuk cara di hadapan kelas.
Biasanya kaedah ini adalah interaktif kerana guru dan murid sama-sama terlibat dalam
persekitaran pembelajaran kolaboratif.
15

Kaedah demonstrasi digunakan ketika hendak memperkenalkan sesuatu topik yang


baharu kepada murid-murid. Ia juga bertujuan memberi peluang kepada murid-murid agar
benar-benar memahami perkara yang hendak dipelajari di samping membolehkan murid
melihat perkara sebenar dan bagaimana ia berfungsi. Melalui kaedah ini juga, guru boleh
menimbulkan persoalan atau permasalahan untuk dipelajari. Secara tidak langsung dapat
menarik dan mengekalkan minat serta perhatian murid terhadap pengajaran dan
pembelajaran sains di dalam kelas.
Selain itu, kaedah ini juga boleh digunakan ketika hendak menerangkan sesuatu konsep
sains yang sukar difahami iaitu melalui pemerhatian atau melihat sendiri peristiwa yang
berlaku. Demonstrasi juga sangat sesuai digunakan ketika hendak menerangkan cara
cara yang betul dan selamat menggunakan alat radas dan bahan kimia yang terdapat di
makmal sains sekolah. Penggunaan kaedah ini dapat membantu guru mengatasi masalah
kekurangan alat radas dan bahan kimia yang sangat terhad bagi sesetengah makmal
sains sekolah rendah.
Jenis Jenis Demonstrasi
Demonstrasi Secara Pendedahan
Kaedah ini diklasifikasikan di bawah strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan
guru. Guru akan menerangkan semua fakta yang bakal diajar. Manakala murid-murid
hanya melihat dan mendengar dalam keadaan senyap. Aktiviti pengajaran ini dimonopoli
sepenuhnya oleh guru.
Langkah-langkah aktiviti demonstrasi secara pendedahan :
1.

Guru menyatakan tajuk demonstrasi

2.

Pelaksanaan demonstrasi oleh guru

3.

Guru menerangkan demonstrasi yang dijalankan

4.

Penerangan keputusan dan rumusan yang diperolehi oleh guru

5.

Guru menulis atau memberi nota kepada murid-murid.


15

Demonstrasi Secara Inkuiri


Melalui demonstrasi ini, guru akan membentuk pemilihan sendiri berdasarkan kebolehan
murid untuk menjalankan demonstrasi kepada kelasnya. Kaedah ini melibatkan
komunikasi dua hala antara guru dengan murid berbanding dengan demonstrasi secara
pendedahan. Oleh itu cara ini sangat sesuai dilaksanakan kepada murid-murid
berkebolehan tinggi.
Langkah langkah pelaksanaan demonstrasi secara inkuiri :
1.

Guru mengemukakan masalah tentang topik yang akan diajar.

2.

Perbincangan antara guru dan murid untuk menentukan hipotesis.

3.

Perbincangan berkaitan prosedur eksperimen yang akan dijalankan.

4.

Guru menjalankan eksperimen.

5.

Guru menyoal tentang pemerhatian serta hasil eksperimen yang diperolehi.

6.

Guru dan murid berbincang tentang keputusan yang diperolehi.

7.

Perbincangan untuk mendapatkan rumusan.

8.

Murid menulis nota berdasarkan pemerhatian sepanjang demonstrasi dan akan


disemak oleh guru.

Prinsip Prinsip Demonstrasi


Sebelum demonstrasi guru perlulah mengambil kira beberapa aspek seperti :

menentukan topik, objektif dan kandungan demonstrasi, alatan dan radas, lokasi,
keselamatan serta maklumkan kepada murid tujuan demonstrasi.

Semasa demonstrasi :

guru perlu memandang murid semasa menerang, menyoal, menerang semula jika
ada keraguan serta memastikan suara jelas dan semua murid dapat melihat.

15

Selepas demonstrasi

Adakan perbincangan tentang aspek penting, tujuan aktiviti supaya murid dapat
membuat rumusan serta memberi aktiviti pengukuhan.

Secara keseluruhannya dapat disimpulkan di sini perbandingan antara simulasi dengan


demonstrasi seperti berikut :

Simulasi Murid menjalankan aktiviti pembelajaran dengan


cara melakon sesuatu situasi yang menyerupai situasi sebenar.

Konsep

Demonstrasi

- Menunjuk suatu proses atau cara untuk

melakukan sesuatu kemahiran.

Prinsip
Simulasi
Merancang dan mewujud situasi
Penerangan watak dan tempoh masa
Untuk lakonan, pilih murid yang mahir

Demonstrasi
Guru tentukan topik,objektif,kandungan
Sedia alat dan radas mengikut langkah
Maklum kepada murid tujuan dan aktiviti

dalam pertuturan
Pastikan murid yang menjadi penonton

yang perlu diperhatikan


Pastikan semua murid dapat melihat dan

Memberi penuh tumpuan

mendengar dengan jelas

Adakan perbincangan dan rumusan

Perbincangan dengan murid aspek

Selepas simulasi

penting,tujuan aktiviti, untuk membuat


rumusan serta aktiviti pengukuhan

Pemusatan murid dan bahan

Pemusatan guru

15

Kelebihan Simulasi

Murid berpeluang alami sendiri situasi dan masalah.


Dapat tingkatkan kemahiran lisan, membaca dan menulis.
Mewujudkan pelbagai aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada

pelajar untuk meneruskan proses P&P.


Pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan.

Kelebihan Demonstrasi

Murid dapat melihat sesuatu perkara dan bagaimana ia berfungsi.


Dapat atasi masalah kekurangan alat, radas dan bahan yang terdapat di bilik sains.
Dapat kurangkan risiko kemalangan terutama ketika menjalankan eksperimen,
serta ketika mengendalikan peralatan atau radas yang berbahaya.

Tugasan 2
15

Konsep dalam Kurikulum Sains yang dipilih :


TEMA

: Menyiasat Bumi, Bulan dan Matahari.

BIDANG

: Bumi, Bulan dan Matahari.

TEMPOH :

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

: Memahami fasa-fasa bulan.

HASIL PEMBELAJARAN

: Pada akhir pelajaran, murid-murid akan dapat

60 minit

1. menggambarkan fasa-fasa bulan.


KEMAHIRAN SAINTIFIK DAN KEMAHIRAN BERFIKIR :
1.

Membuat pemerhatian

2.

Mengukur dan menggunakan nombor

3.

Menggunakan perkaitan ruang dan masa

SIKAP SAINTIFIK/ NILAI MURNI/ PATRIOTISME


1.

Jujur dan tepat ketika merekod data

2.

Bersyukur kepada tuhan

3.

Bekerjasama

PENGETAHUAN SEDIA ADA

: Murid telah mempelajari bahawa bulan beredar


mengelilingi bumi.

BAHAN BANTU MENGAJAR

: Lampu suluh, 4 buah kerusi, bola

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG DICADANGKAN :


1.

Simulasi

2.

Perbincangan

SENARAI BAHAN BANTU MENGAJAR :


15

1.

Bola ( yang telah diwarnakan hitam dan putih )

2.

Lampu suluh

3.

4 buah kerusi

4.

kapur tulis

PROSEDUR PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR


1.

Susun kerusi supaya bertemu pada bahagian belakang antara satu sama lain.

2.

4 orang murid duduk di kerusi tersebut sambil memegang pensil dan kertas.

3.

Lukis bentuk bulatan mengelilingi murid-murid tersebut.

4.

Seorang murid lain memegang lampu suluh sambil menghadap 4 orang murid tadi.

5.

Seorang murid lagi memegang bola sambil mengelilingi 4 orang murid tadi
mengikut bulatan yang dilukis mengikut arah lawan jam.

6.

Pastikan bahagian berwarna putih sentiasa menghadap lampu suluh.

7.

4 orang murid yang duduk dikerusi perlu melukis bentuk bahagian berwarna putih
yang mereka nampak.

Nota :

Bola mewakili bulan.


Lampu suluh mewakili matahari.
4 orang murid yang duduk di kerusi mewakili manusia di bumi.
Bulatan mewakili orbit bulan.
Bahagian putih pada bola mewakili bahagian bulan yang menghadap matahari.
Bahagian hitam pada bola mewakili bahagian bulan yang tidak menghadap
matahari.

REFLEKSI

15

Selepas mendapat tugasan ini, saya cuba mendapatkan maklumat berkaitan beberapa
strategi yang boleh digunakan dalam pembelajaran sains sekolah rendah. Walaupun
maklumat-maklumat tersebut agak mudah diperolehi berikutan ada kaitan dengan apa
yang sedang dipelajari sekarang ini iaitu EDU 3103, tetapi agak sukar pula apabila hendak
menentukan bahan bantu mengajar yang sesuai.
Secara kebetulan, saya sedang mengajar topik fasa-fasa bulan (tahun 5) yang agak sukar
untuk murid faham, jadi timbul idea untuk hasilkan satu satu bahan bantu mengajar yang
dapat mengukuhkan lagi kefahaman murid berkaitan topik berkenaan.
Dari situ dapatlah saya memilih strategi / kaedah simulasi kerana ia lebih sesuai dan
melibatkan peranan murid sebagai matahari, bulan dan bumi di samping penggunan
bahan bantu mengajar yang disediakan. Kebiasaannya bagi tajuk seperti ini, saya sering
tayangkan kepada murid bahan yang terdapat dalam cd yang dibekalkan tetapi itu tidak
memadai. Dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang dihasikan ini, murid dapat
alami dan melihat sendiri perubahan fasa-fasa bulan bermula dari fasa anak bulan
hinggalah kembali kepada fasa anaak bulan semula.
Selepas penggunaan bahan bantu mengajar ini, murid-murid saya dapat menjelaskaan
dan membezakan perubahan fasa-fasa bulan kepada rakan-rakan mereka. Contohnya
perbezaan di antara bulan sabit baru (new cresent moon ) dengan bulan sabit lama ( old
cresent moon ).
Bagi saya, sekiranya seorang guru itu sanggup berusaha untuk anak didiknya, Insyaallah
satu kepuasan akan dapat dirasai apabila melihat berlaku perubahan samada dari segi
tingkah laku, pengetahuan dan sebagainya.

15

15

Anda mungkin juga menyukai