Anda di halaman 1dari 16

MAKAM YANG LIMA

Seni Nafkah Batin

Oleh
IbnuYusof
Admin Megasutra

http://www.megasutra.com

NOTIS:

Ini adalah artikel untuk bacaan dewasa saja (18SX). Ia merupakan Koleksi 1
dari siri-siri artikel Makam Yang Lima yang ditulis oleh IbnuYusof untuk
Portal Megasutra, disatukan dalam bentuk E-Book untuk memudahkan ahli-
ahli Megasutra membacanya sekaligus.

Dilarang menyalin isi kandungan E-Book ini ke dalam bentuk apa pun dan
dengan cara apa pun melainkan setelah mendapat izin bertulis dari
IbnuYusof.
MAKAM YANG LIMA - SIRI 1
Apakah rahsia nafsu perempuan bagi membolehkan suami memuaskan
isterinya dengan cara yang jauh lebih baik dari apa yang diketahui oleh
seksologi Barat? Benarkah Timur mempunyai kaedah yang berkesan bagi
membangkitkan 'explosive climax' ke atas isteri kesayangan walaupun
suami baru berada di peringkat 'foreplay' dan benarkah di Timur ini suami
boleh 'programkan' berapa kali isterinya akan 'climax' sebelum suami
sendiri 'programkan' saat dirinya pula sampai ke daratan? Benarkah di
Timur ini, terutamanya di kalangan ilmu pengetahuan seksologi Melayu,
Titik Lazat Cita telah begitu lama diketahui sebelum G-Spot dikenali di
Barat? Apakah benar Batu Meriyan itu akan memberi rasa seolah-olah
segumpal rambut kepada suami dan apakah 'climax' Batu Meriyan lebih
hebat dari 'climax' Titik Lazat Cita? Wujudkah apa yang digelar 'climax'
Nafsu Badan dan 'climax' Nafsu Luar? Berapa bahagian pula 'climax'
Nafsu Dalam dan apakah strategi untuk sampai ke Makam Yang Lima?
MAKAM YANG LIMA - SIRI 2
Pasangan suami isteri yang melakukan hubungan seks secara 'cowboy-style'
atau 'fast-game' atau 'semberono' mungkin akan cenderung untuk melakukan
adegan yang 'man-centric' (suami yang aktif dan puas) sementara isterinya
seolah-olah akan jadi objek seks saja. Ianya lambat-laun akan memberikan
kesan psikologi yang negatif ke atas isteri apatah lagi apabila suaminya dilihat
'hanya sayang bila mahu lakukan seks'. Dari sudut memberi nafkah batin,
pendekatan seperti ini bolehlah dianggap sebagai pendekatan yang tidak
dialu-alukan.

Berapa banyakkah pasangan yang 'man-centric' tidak dapat dipastikan kerana


adegan ranjang adalah rahsia dalam rumahtangga dan tidak patut dikongsi
ceritanya walaupun kepada sahabat paling terpercaya. Namun boleh
dikatakan majoriti pasangan yang baru berumahtangga akan berhadapan
dengan masalah-masalah 'penyesuaian cara merangsang' atau 'penyesuaian
posisi yang digemari' dan tentu ramai yang kabur apakah yang dikatakan
kepuasan ketika melakukan seks. Adakah kepuasan itu terletak pada klimaks
(inzal mani) semata-mata atau adakah ia suatu keadaan yang lebih bermakna
dari klimaks.

KEPUASAN BATIN ELAK MAKSIAT ZINA

Saya sendiri telah perhatikan keadaan bilamana seorang lelaki yang sudah
beristeri dan punya anak yang sudah besar panjang 'menghampiri zina'
(na'uzubillah) bersama seorang wanita yang masih jadi isteri orang dan juga
sudah punya anak yang besar panjang. Pada saya, mereka jelas 'menghampiri
zina' kerana mereka bukan saya berbual mesra malah menyentuh dan
mengurut-urut antara satu dengan lain. Dari cebisan berita yang saya
perolehi, si wanita ini walaupun punya suami tapi rumahtangganya ibarat
telur di hujung tanduk sementara si lelaki itu pula sudah lama tidak tidur
bersama dengan isterinya yang sah. Apa pula yang dilakukan oleh pihak yang
satu lagi semasa ketiadaan suami atau isteri mereka hanya Allah Yang Maha
Mengetahui. Kita hanya dapat doakan bahawa semua mereka ini kembali ke
pangkal jalan dan menjalani kehidupan berumahtangga sebagaimana suruhan
Islam dan mendidik anak-anak agar menjadi insan soleh.

Dari rujukan-rujukan yang telah saya lakukan selama ini mengenai Seksologi
Timur, terutamanya dalam Islam, dapatlah disimpulkan bahawa kepuasan
batin adalah antara ciri terpenting kebahagiaan rumahtangga. Kepuasan batin
ini pula tidak dapat lari dari kepuasan seks kerana perlakuan seks dalam
keadaan yang dihalalkan dan memuaskan adalah antara tujuan
berumahtangga. Kesannya adalah positif. Maknanya, sekiranya pasangan
suami isteri itu menikmati kepuasan ketika bersama, insyaAllah nafsu
syahwat mereka akan tertutup dari melakukan berbagai maksiat berkaitan
seks.

PINTU RANGSANGAN LELAKI DAN WANITA

Lelaki yang 'lapar seks' amat mudah terangsang matanya. Wanita yang 'lapar
seks' amat mudah pula terangsang telinganya. Maksudnya, jika seorang suami
atau isteri itu tidak mendapat layanan seks yang memuaskan dari pasangan
masing-masing, seorang suami akan mudah terangsang bila melihat wanita
lain walaupun wanita yang dilihatnya itu sudah bersuami, dan seorang isteri
pula akan mudah 'cair' bila dipuji atau diambil berat oleh lelaki lain, walaupun
lelaki yang 'mengambil berat' itu sudahpun beristeri. Sekiranya mereka ini
ada peluang berdua-duaan tanpa dilihat oleh oranglain, syaitan pula akan
'menghiaskan' lagi keadaan mereka dan tanpa disedari mereka jadi lebih
intim dan akhirnya jika tidak segera sedar harga diri, mereka mungkin akan
terjebak ke dalam maksiat yang terkutuk.

Kerana itu, Ilmu Makam Yang Lima adalah salah satu ilmu pengetahuan yang
boleh menjadi benteng yang dapat menyelamatkan pasangan suami isteri dari
terjerumus ke kancah maksiat, apatah lagi di zaman mutakhir ini bilamana
wanita dan lelaki bukan muhrim selalu dapat berjumpa secara langsung atau
tidak langsung dalam kursus, seminar, business-talk, dan sebagainya, serta
menginap pula di hotel-hotel. Apa pun, kita harus sedari dulu bahawa tiada
ilmu yang dapat menjadi benteng jika manusia itu lupa diri, dan punca lupa
diri ialah lupa pada Allah.

TIGA LUBUK NAFSU SYAHWAT

Untuk kali ini, saya akan catatkan mengenai Tiga Lubuk Nafsu Syahwat
sebagai 'gateway' kepada llmu Makam Yang Lima. Dalam ilmu seksologi
Timur, seseorang isteri itu dianggap mampu inzal (klimaks) walaupun dia
masih belum dijima' (ertinya suami masih belum memasukkan zakar ke faraj
apatah lagi berdayung). Caranya ialah dengan memahami Tiga Lubuk Nafsu
Syahwat dan mengetahui cara bagi merangsang Lubuk Nafsu ini dengan
sempurna. Tiga Lubuk Nafsu ini ialah Nafsu Badan, Nafsu Luar dan Nafsu
Dalam.

1) NAFSU BADAN

Seseorang wanita yang masih gadis (virgin) amat mudah terangsang Nafsu
Badannya. Apakah Nafsu Badan? Ia adalah seluruh tubuh dan
pancainderanya selain kawasan alat sulitnya (farajnya) kerana kawasan itu
adalah Lubuk Nafsu yang lain.

Permulaan rangsangan ke Nafsu Badan ialah berkomunikasi dengan cara


yang lemah-lembut dengan isteri. Ia patut bermula seawal hari yang mana
jima' akan berlaku. Jika ia memang sudah jadi amalan suami isteri setiap hari,
itu lebih baik, cuma tambahkan lagi kemesraan di hari yang berkaitan.
Banyakkah bergurau-senda, pegang-memegang, belai-membelai, kucup-
mengucup, perbualan yang santai-tenang dan pernyataan sayang.

Ketika atau saat berada di ranjang, elok bagi suami bersalaman dengan isteri
dan isteri pula mencium tangan suami. Boleh diucapkan 'Assalamu'alaikum
sayang!' atau 'Assalamu'alaikum wahai pintu yang pengasih' dan isteri pula
menjawab 'Wa'alaikumsalam abang!' atau 'Wa'alaikumsalam wahai tuanku
yang terpercaya'. Kemudian bolehlah disusuli kucupan lembut ke dahi dan
pipi isteri. Dalam keadaan masih berpakaian itu, rangsangan-rangsangan ke
Nafsu Badan dilakukan dengan lebih bermakna. Satu pendekatan yang bagus
ialah mengurut isteri dengan Urutan Pembangkit Syahwat (Erotic Massage).
Ini hanya sesuai dilakukan ketika di ranjang, ketika suami isteri hanya tinggal
berdua.

Urutan Pembangkit Syahwat

Apakah itu Urutan Pembangkit Syahwat? Ia bukan gerakan urutan biasa yang
bersifat agak keras dan kadangkala menyakitkan. Urutan Pembangkit
Syahwat lebih lemah-lembut, lebih bersifat meraba-raba dan kadangkala
bersifat antara menyentuh dengan tidak (seolah-olah menggeletek). Ianya pun
tidak dilakukan hanya menggunakan jari-jemari malah boleh menggunakan
hidung, lidah, gigi dan bibir mulut. Ia juga boleh dilakukan dengan
mendekatkan dada dengan dada, kepala dengan kepala. Inilah yang
dinamakan Istimta' (foreplay) yang mempunyai berbagai strategi dan
pendekatan. Sekiranya ia dilakukan dengan sempurna, isteri boleh inzal
(climax) di peringkat ini dan inilah yang telah diajarkan oleh orang tua-tua
Melayu dan mungkin merupakan lompang (niche) yang tidak diketahui oleh
banyak pasangan yang baru atau akan berkahwin.

Rangsangan Istimta' Ke Seluruh Tubuh

Sebenarnya secara prinsip, tubuh seseorang isteri perlulah diterokai


sepenuhnya sebelum jima' dilakukan. Maksudnya, jari-jemari dan anggota
tubuh suami perlu menjelajah dan memberikan rangsangan ke seluruh tubuh
isteri. Ini termasuklah rambutnya, tengkuk, bawah dagunya, kelopak
matanya, telinganya, belakangnya, punggungnya, pehanya bahagian luar dan
dalam, betisnya, malah telapak kakinya! Telah dipetuakan oleh orang tua-tua
Melayu bahawa seharusnya suami sentiasa menyentuh mana-mana bahagian
tubuh isteri bermula dari rangsangan ke Nafsu Badan ini hinggalah ke saat
jima' mahu dimulakan.

Bolehlah dicatat bahawa tiada jalan pintas dalam merangsang Nafsu Badan.
Ianya perlu dilakukan dengan perlahan-lahan hingga isteri terangsang
secukupnya, barulah bergerak untuk merangsang Nafsu Luar pula. Masa
merangsang Nafsu Badan ini disarankan selama 15 hingga 30 minit,
bergantung kepada sama ada isteri cepat atau lambat terangsang.

Mencari Lubuk Rahsia Nafsu Badan

Satu perkara lagi, perlu untuk para suami mengetahui bahawa lubuk syahwat
isteri bergerak di sekitar tubuhnya dan tempatnya berbeza-beza setiap hari.
Maksudnya, kalau pada hari ini anda dapati bahawa rangsangan ke
payudaranya dapat membangkitkan ghairahnya dengan cepat, pada hari esok,
rangsangan ke tempat yang sama kurang berkesan. Kerana itu, suami patut
bersabar meneroka dan mencari Lubuk Rahsia ini setiap kali merangsang
Nafsu Badan.

Apakah tanda (indicator) terjumpanya Lubuk Rahsia? Menurut orang tua-tua


Melayu, tanda yang dapat dilihat atau dirasai ialah isteri seolah-olah terkejut
apabila Lubuk Rahsia itu ditemui. Nafasnya jadi lebih kencang, atau bahagian
tubuh itu seolah-olah 'disua-suakan' kepada suami agar dirangsang
seterusnya. Dipetuakan, jika anda temui Lubuk Rahsia ini, fokuskan
rangsangan di kawasan itu dengan kaedah-kaedah yang sesuai atau kaedah
yang digemari oleh isteri. Biasanya ia adalah sentuhan atau belaian lemah-
lembut, bukan memicit, menekan atau meramas, atau sebarang perlakuan
yang menyakitkan!

Jangan lupa kawasan payudara isteri. Ia adalah antara kawasan tumpuan bagi
rangsangan Nafsu Badan. Cara rangsangan ke kawasan ini adalah dengan
lemah-lembut, belai kawasan payudara dulu gunakan jari-jemari dan/atau
bibir mulut. Kemudian gentel atau hisap puting payudara dengan lembut juga
tapi istiqamah (berterusan). Jika dilakukan rangsangan dengan sempurna,
biasanya isteri yang baru mengalaminya (maksudnya dia dikahwini ketika
masih gadis) boleh mencapai klimaks di peringkat ini, insyaAllah. Untuk
pengetahuan anda, payudara punya keistimewaan kerana ia mempunyai saraf
yang berhubung langsung ke faraj isteri.

Seni merangsang Nafsu Badan terletak pada kemampuan suami untuk


merangsang dengan perlahan-lahan dan lembut untuk mengasyikkan isteri.
Sebenarnya strateginya ialah melambat-lambatkan dari memulakan jima' dan
melihat reaksi isteri serta bertindak berdasarkan reaksi itu. Dalam seni Ilmu
Makam Yang Lima, suami patut tahu bila patut masuk ke fasa seterusnya, dan
ini dapat diketahui dengan meneliti reaksi isteri, iaitu tanda sama ada dia
sudah bersedia untuk ke fasa selanjutnya atau mahu dirangsang lagi di fasa
yang sama.
MAKAM YANG LIMA - SIRI 3
Seni rangsangan ke Nafsu Badan isteri hingga mampu menerbitkan inzal
(climax) bagi pihak isteri adalah suatu perkara yang asing dalam seksologi
Barat tapi ianya diajarkan dalam seksologi Timur. Saya juga perlu catat
bahawa arah rangsangan ialah dari bahagian atas badan, bermula dari
bahagian kiri isteri (kanan suami) lalu ke bahagian kanan isteri. Dari belakang
tubuh isteri membawa ke bahagian depan. Ia kemudiannya bergerak
perlahan-lahan ke bahagian bawah badan isteri, hinggalah ke tumit kakinya.
Semuanya dirangsang dengan perlahan dan lembut, menyamankan, bukan
menyakitkan. Bahagian sulit isteri (farajnya) tidak disentuh dahulu ketika
rangsangan ke Nafsu Badan berlangsung. Ada juga istimta' (foreplay) yang
menyapa (menyentuh) bahagian faraj ini sekejap saja, kemudian kembali
merangsang payudara, ketika rangsangan Nafsu Badan berlangsung. Saya
berpendapat eloklah tunggu dulu jangan disentuh, kerana ada fasa khas untuk
itu selepas rangsangan ke Nafsu Badan.

2) NAFSU LUAR

Sebenarnya apabila rangsangan-rangsangan ke Nafsu Badan berlangsung,


saraf-saraf tubuh isteri akan memberi signal keghairahan terus ke bahagian
farajnya, terutamanya apabila suami sedang merangsang payudara dan puting
payudara. Namun suami perlu tahu strategi merangsang, maksudnya
janganlah pergi untuk merangsang bahagian faraj terlalu awal. Suami perlu
tahu perbezaan meningkatnya syahwat antara lelaki dan wanita.

Antara Air Dan Api

Lelaki itu sifat syahwatnya bagai api. Maksudnya ia mudah marak dan mudah
pula padam. Peranan suami ketika merangsang isteri adalah bagai api yang
sedang menjerang air. Sifat air ialah lambat panas dan lambat pula sejuk
kembali. Begitulah juga keadaannya dengan nafsu syahwat isteri. Masa yang
diperlukan untuk 'menjerang' air ini adalah kira-kira 15 minit hingga setengah
jam. Maksudnya, jangan sentuh alat sulit (faraj) isteri sebelum 'airnya
mendidih'.

Air Yang Mulai Menggelegak

Sebagaimana juga air yang berbunyi apabila mula mendidih, isteri biasanya
akan menunjukkan perubahan dari segi naik-turun nafasnya (nafasnya
menjadi sesak dan pantas), tubuhnya cuba dirapatkan dengan tubuh suami,
matanya sudah jadi layu atau tegak, dan dia mungkin akan mengerang
lembut, atau dia akan mengeluh (sigh), tangannya akan cuba merangkul
suami dengan lebih agresif.

Isteri diberi kelebihan dari segi nikmat bersetubuh iaitu seantero tubuhnya
akan merasa (dan ingin merasa) nikmat bila disentuh atau dirangsang.
Berbeza dengan suami, yang hanya tertumpu nikmatnya pada mata dan alat
kelaminnya saja. Kerana itulah isteri patut melalui proses rangsangan Nafsu
Badan yang mencukupi untuk membolehkannya merasa puas bila seluruh
proses memberi nafkah batin disempurnakan.

Merangsang Nafsu Luar

Bila sudah nyata bahawa isteri berhajat agar bahagian sulitnya pula
dirangsang, biasanya akan diketahui bila bahagian tengah tubuhnya terangkat
atau dirapatkan kepada suami, sampailah masanya untuk suami merangsang
Nafsu Luar. Ia adalah bahagian luar faraj isteri yang terdiri dari:

1) Kawasan Tundun (tempat yang ditumbuhi bulu ari-ari).


2) Bibir Faraj (atau dikenali sebagai Labia Majora).
3) Purana, Daun Keladi (atau dikenali sebagai Labia Minora atau kelentit)
4) Biji Keladi (atau dikenali juga sebagai biji kelentit)
5) Bahagian luar dari lubang faraj, sekadar kemasukan hasyafah (kepala
zakar), iaitu kekadar seinci atau seinci setengah dari perlukaan lubang faraj.

Cara Rangsangan

Sekiranya anda memegang bulu ayam dan menyapu permukaan kulit, anda
akan dapat merasai bahawa ianya seolah-olah sentuhan yang menggeletek.
Jika lebih ringan sapuan itu, akan terasa lebih geli. Itulah ibaratnya
rangsangan yang dilakukan ke atas Nafsu Luar.

Apakah yang digunakan oleh suami untuk merangsang? Paling normal ialah
jari-jemari suami. Pastikan jari bersih dan kuku dipotong pendek. Selain jari-
jemari, ada juga pendekatan yang menggunakan zakar suami, tapi ia tidak
'disuakan' dengan keras (maksudnya mencucuk sana-sini), sebaliknya hanya
'diacahkan' (digesel-gesel saja). Ada juga pendekatan menggunakan bibir
malah lidah suami (apa yang Barat sebut sebagai cunnilingus). Dari segi
hukum, saya tidak mahu komen apa-apa dalam artikel ini. Anda boleh baca
mengenai hukumnya dalam artikel yang lain di Megasutra.

Sentuhan Yang Bersistem

Kawasan manakah yang patut disentuh terlebih dahulu? Dari petua Melayu
tradisi, kawasan yang mula-mula disentuh dalam rangsangan Nafsu Luar
ialah kawasan Tundun isteri. Suami boleh belai, garu-garu sedikit, geletek-
geletek, sesedap rasa. Lakukan untuk seminit dua. Kemudian barulah ke
kawasan Bibir Faraj (Labia Majora). Bibir Faraj sebelah kiri dan kanan isteri
dibelai-belai, ditekan-tekan lembut, dan jari-jemari suami menjelajah di
sekitarnya. Lakukan seminit dua. Baru pindah ke kawasan Labia Minora pula.
Belai, gentel, garu, sekadarnya saja, jangan terlalu kuat. Lakukan dua tiga
minit. Barulah pergi ke kawasan Biji Purana. Kawasan ini paling sensitif dan
terasa ngilu apabila disentuh. Kerana itu elakkan rangsangan yang 'direct',
sebaliknya hanya rangsang di sepanjang 'batangnya' saja, bukan hujungnya,
menggunakan jari dan lain-lain.

Tindakbalas Tubuh Isteri

Biasanya jika rangsangan sebagaimana di atas dilakukan dengan bersistem,


faraj isteri akan mengeluarkan mazi yang mencukupi untuk memulakan jima'.
Namun suami patut sedar bahawa adalah agak 'kritikal' untuk suami
menerbitkan inzal (climax) isteri di peringkat rangsangan Nafsu Luar
(sebelum jima' bermula). Bergantung kepada keberkesanan rangsangan di
atas, isteri mungkin akan inzal bila saja kawasan Purana dirangsang dengan
baik. Jika tidak, suami perlu laksanakan langkah yang akan dicatatkan nanti
dengan berkesan. InsyaAllah, isteri akan inzal sekurang-kurangnya sekali
sebelum jima' dimulakan.

(Disclaimer: Saya minta maaf kerana terpaksa tulis dengan berterus-terang


berkaitan cara rangsangan dan nama-nama anggota tubuh yang dirangsang.
Mungkin ada pihak yang rasa tidak senang bila saya catat sebegini dan anggap
ia lucah(obscene), namun apa yang saya catat adalah dari sudut ilmiah, dan
saya tidak berniat lain selain dari menyampaikannya secara ilmiah).
MAKAM YANG LIMA - SIRI 4
INZALKAN ISTERI SEBELUM JIMA'

Untuk memahami dengan lebih baik, anda disarankan membaca siri-siri


artikel sebelum ini, kerana ianya diterbitkan secara langkah demi langkah.

Satu perkara yang menjadi 'trademark' bagi Ilmu Makam Yang Lima ialah
seni menerbitkan inzal isteri ketika Istimta' (foreplay) yang dilakukan pada
Nafsu Badan (anggota tubuh isteri, dengan tumpuan terhadap Lubuk-Lubuk
Berahi selain bahagian kemaluan) atau selewat-lewatnya semasa rangsangan
ke atas Nafu Luar (bahagian luar dari kemaluan isteri meliputi Bibir Luar,
Daun Keladi, dan Purana atau Biji Keladi, diikuti bahagian dalam jika
keadaan memerlukan). Saya sudah catat cara merangsang Nafsu Luar
bahagian luar dalam artikel sebelum ini. Pada kali ini saya akan catat langkah
seterusnya:

1) TITIK ALUR LINTANG atau TITIK BAYANG

Kawasan Nafsu Luar yang bakal menimbulkan keghairahan yang tinggi tapi
kurang diketahui oleh ramai lelaki ialah Titik Alur Lintang atau Titik
Bayang (U-Spot) iaitu bahagian kiri, kanan dan atas Saluran Kencing isteri.
Kawasan ini jika dirangsang dengan lembut dan betul menggunakan sama ada
jari, aksi lidah* atau Kepala Zakar boleh menyebabkan isteri inzal ke tahap
mani terpancut keluar dari Salur Kencingnya, tapi ini jarang berlaku, dan bagi
sesetengah wanita, ia tidak berlaku langsung.

Semasa melakukan rangsangan, suami patut peka terhadap reaksi isteri.


Tentukan sama ada dia mahu rangsangan itu diteruskan, diperlahankan,
dikuatkan atau dihentikan. Bukan bertanya padanya, tapi perhatikan pada
nafasnya, kejutan-kejutan badannya, gerakan jari-jemarinya. Setiap wanita
akan menzahirkan signal yang berbeza-beza. Secara umumnya jika nafasnya
lebih pantas, berlaku kejutan di badan dan gerakan jari-jemarinya menjadi
tidak keruan, itu signal agar rangsangan diteruskan. Jika semua itu nampak
reda atau tiada respon, beralihlah ke tempat lain.

2) TITIK LAZAT CITA

Secara asas, kawasan Titik Lazat Cita (G-Spot) adalah kawasan rangsangan
ketika berdayung, namun jika langkah di atas tidak menunjukkan kesan,
bolehlah beralih ke Nafsu Dalam, tapi masih di tahap Istimta', belum lagi
memulakan jima'.

Kawasan Titik Lazat Cita berada di dalam Lubang Faraj. Sekiranya isteri
baring terlentang, ia berada sekitar 2 inci dari permukaan Lubang Faraj, di
Makam Atas (dinding sebelah atas). Rasanya seperti satu benjolan, dan
permukaannya terasa kasar sedikit berbanding kawasan lain. Rangsangan
boleh dilakukan dengan jari ke kawasan ini, hingga isteri inzal.

3) TITIK PAYUNG PESONA atau TITIK SANGGUL


Titik Payung Pesona atau Titik Sanggul (A-Spot) berada di sebelah atas
Pintu Rahim (Cervix). Ia berada antara Batu Meriyan dan kawasan Pundi
Kencing. Kawasan ini tempat rangsangan masa Istimta', bukannya Batu
Meriyan kerana batu Meriyan adalah tempat rangsangan semasa jima' nanti.
Rangsangan ke kawasan Titik Payung Pesona dilakukan dengan jari, perlu
dimasukkan jauh ke dalam Lubang Faraj itu. Urut atau tusuk perlahan-lahan.
Rangsang hingga isteri inzal.

SEKALI INZAL SUDAH CUKUP

Strategi suami ialah menerbitkan Inzal Sulung isteri ketika Istimta'. Jika isteri
telah inzal semasa rangsangan ke Nafsu Badan dan ada tanda-tanda
menunjukkan dia mahu terus dijima', maka bolehlah lakukan rangsangan ke
Nafsu Luar sekadarnya saja, tidak perlu lama, dan terus ke Nafsu Dalam
(memasukkan zakar melalui Tusukan Tapa, sebelum berdayung). Secara
keseluruhannya jangkamasa Istimta' (di Nafsu Badan dan Nafsu Luar) ialah
sekitar 17-20 minit. Sama ada Nafsu Badan atau Nafsu Luar diberi tumpuan
bergantung pada kesukaan isteri secara umum dan kesukaannya pada masa
tersebut.

Dengan mengetahui strategi ini, seseorang suami akan dapat memanfaatkan


sepenuhnya Istimta' ke atas isterinya. Dan perlu juga diketahui bahawa
inzalnya isteri semasa rangsangan di Nafsu Badan dan Nafsu Luar akan lebih
memberikan kepuasan, dan lebih digemari oleh isteri berbanding semata-
mata menerbitkan inzalnya ketika jima'. Istimta' termasuk dalam kategori
'ringan-ringan' dan ia lebih disukai oleh wanita berbanding jima' itu sendiri,
melainkan bila sampai tahap bila mana isteri sendiri yang meminta suami
meneruskan dengan jima'. Di sinilah letaknya perbezaan sama ada suami
dilihat mementingkan dirinya sendiri atau melakukannya untuk
melaksanakan nafkah batin. InsyaAllah.
MAKAM YANG LIMA - SIRI 5
Anda mungkin sudah membaca artikel-artikel sebelum ini dalam siri yang
sama. Saya telah mencatat mengenai Titik Alur Lintang (U-Spot), Titik
Lazat Cita (G-Spot) dan Titik Payung Pesona atau Titik Sanggul (A-
Spot) dalam Siri 4. Ketiga-tiga lubuk itu merupakan kawasan-kawasan yang
dirangsang ketika istimta' (foreplay). Walaupun Titik Lazat Cita dan Titik
Sanggul berada di dalam lubang faraj, rangsangan ketika istimta' ini
menjadikan mereka sebahagian dari tempat rangsangan Nafsu Luar. Ini
kerana Nafsu Dalam akan dirangsang hanya dengan tusukan dan dayungan
zakar sedangkan Nafsu Luar dirangsang dengan berbagai cara.

Pokok segala perbezaan antara pendekatan Makam Yang Lima berbanding


pendekatan lain terletak pada strategi menerbitkan inzal isteri sebelum jimak
dimulakan. Bermulanya zakar memasuki faraj dan berdayung adalah tanda
bermulanya jimak. Dalam berbagai pendekatan lain, kita akan dapati bahawa
suami akan cuba menginzalkan isteri pada ketika jimak, ada suami yang
berjaya, ada yang tidak berjaya hinggakan diri sendiri pula yang inzal akibat
berdayung. Dalam disiplin Makam Yang Lima, wanita dianggap berbeza sifat
inzalnya berbanding lelaki. Bagi lelaki, jika sudah inzal sulung maka dia akan
ambil masa yang panjang untuk inzal sekali lagi, malah bagi kebanyakan
lelaki, zakarnya jadi lembik bila sudah inzal dan perlukan masa untuk kembali
mengeras. Wanita pula akan lebih mudah dan lebih cepat inzal berkali-kali
jika dia sudah mengalami inzal sulung sebelum jimak. Oleh kerana itu Ilmu
Makam Yang Lima fokus untuk inzalkan isteri terlebih dulu sebelum jimak
melalui rangsangan ke Nafsu Badan (payudara dan sekitarnya) dan Nafsu
Luar (kawasan luar faraj dan sekitarnya). Mana-mana pasangan suami isteri
yang telah mempraktikkan sistem rangsangan Tiga Lubuk Nafsu ini akan
dapat merasakan keberkesanannya.

BUAT KERJA SAMPAI SELESAI

Tidak kira sama ada anda melakukan kerja mudah atau kerja sukar, ia patut
dilakukan hingga selesai barulah akan mendapat hasil. Inilah falsafah penting
dalam Ilmu Makam Yang Lima. Dan suami akan berperanan sebagai peneroka
dan penjelajah di kawasan-kawasan rangsangan yang penuh misteri. Suami
tidak akan meredah melulu atau hentam ikut perasaan. Dia menyusun
strategi dan akan mengubah taktik berdasarkan respon atau tindakbalas
isterinya. Bila dapat mempraktikkan ini, maka suami akan dianggap lebih
bertimbangrasa dan lebih memahami kehendak dan perasaan isterinya serta
mampu memuaskan isterinya.

INZAL WANITA BUKAN MATLAMAT TAPI TANDA

Ada yang berpendapat bahawa inzal merupakan matlamat dan penamat bagi
sesuatu jimak. Ada juga yang berpendapat bahawa inzal lelaki dan wanita
adalah sama sifat dan tujuannya. Ini kurang tepat. Inzal yang dialami oleh
isteri adalah berbeza berbanding inzal yang dialami oleh suami. Bagi seorang
lelaki, inzal dirinya mungkin menjadi penamat dan tercapainya matlamat.
Bagi seorang wanita, inzalnya dia hanyalah satu (tanda) kepuasan dari banyak
kepuasan yang masih didambakannya. Maksudnya, walaupun seseorang
wanita telah inzal banyak kali dalam sekali jimak, itu belum tentu akan
memuaskannya. Kerana itulah dalam Ilmu Makam Yang Lima, rangsangan
dilakukan secara sistematik, berdasarkan kawasan manakah yang patut
dirangsang terlebih dahulu, dan rangsangan ke kawasan itu dilakukan
secara berterusan hinggalah isteri inzal dan merasa puas kerana bahagian
yang paling mendambakan rangsangan telah dirangsang secukupnya. Itulah
kelebihan kaedah Makam Yang Lima.

SATU DEMI SATU MAKAM DIPUASKAN

Untuk kali ini saya terangkan konsepnya dahulu. InsyaAllah akan saya catat
langkah-langkahnya dalam siri akan datang. Adakah jimak perlu jadi amat
sistematik hinggakan suami jadi macam robot? Sebenarnya Ilmu Makam
Yang Lima tidak sekali-kali menjadikan suami macam robot, malah suami
akan menggunakan pendekatan-pendekatan rangsangan yang berbeza pada
setiap kali istimta' dan jimak. Apa yang isteri mahukan pada satu-satu detik
masa tatkala istimta' dan jimak, maka suami akan memberikannya. Kalau
ditanya kepada isteri, dia pun mungkin tidak tahu apakah yang dia mahu,
kerana itu suami akan meneliti respon isteri dari gerakan-gerakan anggota
tubuhnya, keadaan matanya dan sifat nafasnya. Paling ketara dari tanda-
tanda itu ialah isteri rasa terkejut. Rasa terkejut ini timbul kerana deria
tubuh isteri tidak menyangka bahawa tusukan atau rangsangan ke kawasan
tertentu itu memberi nikmat yang melebihi apa yang telah dirasa atau
dijangka. Dalam Ilmu Makam Yang Lima, itu adalah tanda bahawa kawasan
tersebut perlu dirangsang berterusan hinggalah isteri inzal. Pencarian ini akan
dilakukan dari satu makam ke satu makam, yang mana lebih awal terkejut, di
situlah akan dipuaskan terlebih dahulu. Satu demi satu makam akan
dipuaskan hinggalah selesai Lima Makam. Dan mana-mana Makam boleh
diulang dan dirangsang semula sesedap rasa isteri.
MAKAM YANG LIMA - SIRI 6
Sesetengah kaum lelaki menganggap bahawa ilmu jimak tidak perlu
dipelajari. Mereka berpendapat bahawa ia adalah ilmu yang 'tahu-tahu
sendiri', dan 'semula jadi'. Bagi lelaki yang terdedah pada bahan-bahan lucah
pula, mereka mungkin berpendapat bahawa itulah cara untuk melakukan
jimak. Mereka terpengaruh dengan kaedah dan gaya Barat dan gaya bukan
Islam dalam melakukan seks, dan mungkin terjebak dengan berbagai praktik
seks yang bercanggah dengan ajaran Islam. Sebenarnya seks perlu berdisiplin
dan tidak wajar dilakukan sewenangnya.

NAFKAH BATIN ADA SENINYA

Sebagai seorang suami, lelaki mempunyai tanggungjawab memberikan nafkah


batin kepada isterinya, dan isteri pula bertanggungjawab melayani nafkah
batin dengan cara sebaik-baiknya. Melakukan jimak bukanlah untuk tujuan
berseronok tapi untuk merasa tenang dan bahagia dalam keredhaanNya. Dari
perlakuan jimak itu diharapkan lahir anak soleh atau solehah yang menjadi
aset kepada keluarga, bangsa, agama, negara dan seluruh dunia. Kita
berusaha semoga anak yang bakal lahir itu menjadi khalifah (pengganti) yang
lebih hebat dan lebih baik berbanding ibu bapanya sendiri. Jimak yang
dilakukan dengan tertib dan berseni adalah jimak yang memuaskan kedua-
dua belah pihak suami isteri, insyaAllah. Ia adalah kaedah-kaedah yang
berkesan dalam merangsang tubuh serta emosi pasangan dan melahirkan
generasi yang sihat. Tidak sama antara orang yang mengetahui dan yang tidak
mengetahui.

MALU UNTUK BERTANYA

Ilmu mengenai jimak adalah antara ilmu yang paling sukar untuk diketahui
kerana ramai orang merasa malu untuk bertanya. Walaupun ada pepatah
Melayu yang menyatakan 'Malu bertanya sesat jalan', persoalan-persoalan
mengenai hubungan intim suami isteri kebanyakannya dipendam saja tanpa
dicari jawapannya. Pada masa yang sama, wujud pula terlalu banyak bahan-
bahan yang 'kurang sihat' di media massa juga di internet. Perasaan ingin
tahu menyebabkan ramai orang tercari-cari bahan seperti itu. Akibatnya
ramai juga orang telah mendapat maklumat yang 'tidak seimbang' malah
bahaya.

Atas kesedaran ini, kami menawarkan bahan-bahan 18SX yang telah


mengambilkira kepentingan akhirat, bukan saja kepentingan dunia. Kami
lakukan itu dengan harapan agar semua ahli Megasutra mendapat bahan-
bahan terbaik guna melahirkan generasi pelapis yang terbaik. Orang-orang
Melayu zaman dulu mentakrifkan anak-anak yang bakal lahir ini sebagai
'anak zikir'. Alangkah baiknya jika bangsa kita dapat melahirkan lebih ramai
generasi yang kuat lagi taat pada suruhan agama. Kami menyedari bahawa
fenomena 'malu untuk bertanya' masih berleluasa dan itu merupakan antara
adab kesopanan Melayu-Muslim. Mungkin dengan cara membaca artikel dan
e-book yang kami terbitkan, banyak maklumat berguna dapat disalurkan
secara ilmiah, dan mungkin itulah cara terbaik menyebarkan maklumat untuk
zaman mutakhir ini.

BAGAIMANA MEMULAKAN JIMAK

Apa yang dikatakan sebagai jimak bermula sejak zakar suami dimasukkan ke
dalam faraj isteri melebihi kadar hasyafah (kepala zakar) dan kemudian
berdayung. Bermulanya jimak adalah dengan membaca Basmalah dan
membaca doa pengusir syaitan. Berlangsungnya jimak dan berdayung adalah
dengan keadaan hati sentiasa berzikir ingatkan Allah. Inzalnya suami dan
isteri adalah dengan menyebut nama Allah atau takbir dalam hati. Pada setiap
masa termasuklah ketika jimak, hati seorang Mukmin patut ingat pada Allah.
Semoga segala yang dilakukan itu beroleh keberkatan dan perlindunganNya.
MAKAM YANG LIMA – BERSAMBUNG

Dimaklumkan bahawa siri Makam Yang Lima akan bersambung di


Megasutra. Anda dinasihatkan agar selalu berkunjung ke Megasutra agar
tidak ketinggalan membaca siri terbaru.

Sebenarnya, ilmu Makam Yang Lima dimuatkan secara terperinci dalam E-


Book Permata Yang Hilang. E-Book ini adalah Edisi 2008 dan merupakan
sebuah E-Book komprehensif, padat, setebal 300 muka surat. Ia mengupas
mengenai Seni Nafkah Batin untuk bacaan dan praktik pengantin baru dan
juga suami isteri. E-Book ini sepatutnya disimpan oleh setiap Melayu-Muslim
sebagai khazanah yang tiada ternilai generasi demi generasi. Buku ini
diberikan secara percuma kepada semua Ahli Prima Megasutra.

Bagi anda yang belum menjadi Ahli Prima, anda digalakkan untuk ‘upgrade’
keahlian kerana Ahli Prima mendapat berbagai keistimewaan. Ahli Prima
menerima berbagai bahan secara percuma dari masa ke semasa selama
tempoh 2 tahun keahlian mereka. Apa yang kami berikan kepada Ahli Prima
tidak kami beri kepada ahli-ahli biasa. Bayaran untuk jadi Ahli Prima bagi
tempoh 2 tahun ialah RM30 saja. Wang itu akan kami gunakan bagi
menampung kos mentadbir Megasutra.

Salam hormat,

IbnuYusof
Admin Megasutra
9.09 malam 14 Ogos 2008