Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses yang melibatkan murid murid.Ia juga melibatkan
beberapa model pengajaran yang berkaitan bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan.Ianya melibatkan :
STRATEGI PENGAJARAN
Bagi mencapai objektif pengajaran,guru selalunya akan menggunakan pendekatan yang baik dan
berkesan.Ia dipanggil strategi pengajaran.Peranan strategi pengajaran adalah sangat penting agar
pengajaran dapat dicapai oleh semua yang murid yang memunyai pelbagai tahap kecerdasan dan
kebolehan.Oleh itu,guru seharusnya memikirkan strategi pengajaran yang terdiri dari pelbagai cara untuk
memenuhi semua keperluan murid di dalam bilik darjah.Namun,tiada cara yang paling baik kerana ianya
bergantung kepada kemahuan murid itu sendiri,Oleh itu strategi pengajaran mestilah diatur dengan baik
sekali agar objektif pengajaran dapat dijalankan dengan baik seali.
PENDEKATAN PENGAJARAN
Pendekatan pengajaran ialah bagaimana pengajaran dapat dicapai dengan jayanya.Setiap
pengetahuan atau kemahiran tertentu.Ia meliputi perkara perkara aktiviti
perancangan,pengelolaan,penyampaian,bimbingan dan penilaian dengan tujuan menyebarkan ilmu
pengetahuan atau kemahiran kepada murid murid dengan cara yang berkesan.Perkembangan
pendidikan dari masa ke semasa telah membawa banyak perubahan dalam aktiviti pengajaran di dalam
bilik darja.
TEKNIK PENGAJARAN
Teknik pengajaran yang berkesan akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik
dan berkesan.Setiap teknik pengajaran seharusnya berpusatkan murid dan menggalakkan mereka
menggunakan bakat,kreativiti dan pengetahuan sedia ada murid dalam menjalankan aktiviti di dalam bilik
darjah.Teknik pengajaran seharusnya berasaskan kepada ktiteria tertentu seperti gaya pembelajaran
murid,tajuk pengajaran,jenis pengetahuan atau kemahiran yang hendak disampaikan,tahap pencapaian
murid,persekitaran pembelajaran,nilai,dan sikap yang ingin dipupuk.

FORUM 2

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia


Sememangnya pengajaran Bahasa Melayu sangat mementingkan kemahiran lisan dan juga
tulisan. Mengikut Kamus Dewan kaedah bermaksud cara, hukum atau prinsip, oleh sebab itu kaedah
terdiri daripada suatu siri tindakan yang bersistematik dan teratur bagi mencapai sesuatu objektif.
Dengan itu, pembalajaran Bahasa Melayu sangat bersistematik dan tersusun dengan kaedah
pengajarannya. Mengikut Mackey(1965), salah seorang pengnjur pendekatan situasi berpendapat
bahawa pernyataan lisan bukan sahaja merangkumi semua unsur kefahaman mendengar serta
penggunaan unsur-unsur bunyi bahasa yang betul dalam pola-pola nada dan intonasi yang betul tetapi
ia juga merangkumi pemilihan kata dan juga infleksi serta penyusunan unsur-unsur tersebut dengan

betul supaya dapat menggambarkan makna yang tepat. Ini bermakna kemahiran lisan perlu diterapkan
di dalam pengajaran Bahasa Melayu
Konsep
Didalam pengajaran Bahasa Melayu, konsep yang diterapkan dalam Bahasa Melayu amat
penting. Cara pengajaran inkuiri iaitu, berasaskan murid, murid perlu membuat sendiri apa yang
diberikan oleh guru dan guru menjadi fasilitator. Murid perlu memikirkan apakah yang perlu dilakukan.
Strategi, pendekatan, dan juga teknik sering behubung kait bagi melengkapi antara satu sama lain bagi
mewujudkan sesi pengajaran yang berkesan dan ciri-ciri yang terdapat di dalam konsep-konsep ini,
apabila diaplikasikan di dalam bilik darjah akan membentuk suasana yang kondusif , ceria dan juga
dapat mencapai objektif sesuatu pengajaran. Sebagai contoh, guru menggunakan nota ringkas seperti
peta konsep bagi menerangkan sesuatu pengajaran dan peta konsep tersebut jelas bagi mendapatkan
maklumatdan mudah difahami oleh murid.
Istilah
Istilah yang digunaka di dalam pengajaran Bahasa Melayu hendaklah jelas dan mudah
difahami oleh murid. Istilah-istilah yang digunakan oleh guru dalam bilik darjah hendaklah istilah yang
biasa didengari dan juga mudah untuk difahami. Guru juga perlu menjalankan beberapa usaha untuk
mencapai maksud di dalam sesuatu pengajaran dan hendaklah menyediakan latihan cara-cara untuk
menyebut sesuatu perkatan dengan betul.
Fakta
Fakta tidak boleh diubah. Oleh sebab itu, guru perlu memberikan fakta yang jelas kepada
murid supaya mereka lebih faham objektif pengajaran tersebut. Kebiasaan pengajaran tatabahasa
memerlukan penggunaan fakta yang tepat. Pengajaran tatabahasa membolehkan murid-murid
berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dengan baik menurut Abd Aziz Abd Talib (2000:236). Pengajaran
penulisan karangan juga melibatkan fakta. Sebagai contoh karangan fakta iaitu gejalan lepak dalam
kalangan pelajar berpunca kurangnya pengawalan ibu bapa. Berikan pendapat anda.

Prosuder
Prosuder pengajaran juga perlu dititikberatkan. Guru perlu mementingkan prosuder dalam
sesi pengajaran seperti penggunaan set induksi, langkah pertama, langkah seterusnya penutup.
Prosuder ini perlu kerana guru perlu menarik perhatian murid terlebih dahulu, barulah dapat memulakan
pengajaran supaya dapat mencapai objektif yang optimum.
Metodologi
Konsep, istilah, fakta, prosuder dan juga metodologi sering berhubungkait dalam pengajaran
Bahasa Melayu.
Attachment : No File Attach...
| Reply to This Message | Print Message |

Forum 2
Kaedah pengajaran bahasa Melayu sangat mementingkan aspek kemahiran lisan dan tulisan.
Bincangkan cara mengajar
1. Konsep
2. Istilah
3. Fakta
4. Prosedur
5. Metodologi

Anda mungkin juga menyukai