Anda di halaman 1dari 18

SINGA YANG SOMBONG

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh dan Salam


Sejahtera.
Terima kasih Pengerusi Majlis, Yang saya hormati para hakim,
guru-guru dan rakan-rakan sekalian.
Saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Singa
yang Sombong.
Yang terlena, sedar-sedarkan. Yang tersedar, dengar-dengarkan
Yang terdengar fikir-fikirkan.
Dalam sebuah hutan, tinggal seekor singa yang sombong.
Badannya yang besar dan kuat menyebabkan semua haiwan
takut kepadanya. Banyak haiwan yang telah menjadi mangsanya.
Suatu hari, semua haiwan di rimba telah mengadakan satu
perjumpaan. Mereka berbincang bagaimana untuk menewaskan
singa yang ganas lagi sombong itu. Tiba-tiba Sang Kancil bangun
dan bersuara.
Wahai kawan-kawan, kehidupan kita sekarang semakin
terancam. Semakin lama, semakin ramai kawan kita yang
menjadi mangsa singa yang zalim itu. Oleh itu marilah kita samasama berfikir, bagaimana hendak menewaskan singa itu.
Ya, kami sedia membantu jawab haiwan yang lain.
Siapa ada cadangan, silakan kata Sang Kancil
Semua terdiam. Tiba-tiba tebuan bersuara, Wahai kawankawan, biarlah saya cuba menewaskan singa itu.
Haiwan lain ketawa sambil memperkecilkan kebolehan Tebuan.

Selain saya, siapakah yang berani menawarkan diri, silakan.


Tebuan mencabar kawan-kawannya. Masing-masing tunduk diam.
Oleh kerana tidak ada haiwan lain yang berani menentang Singa,
marilah kita sama-sama menyokong Sang Tebuan sebagai wira
kita. Kata Sang Kancil dan disambut dengan tepukan yang
gemuruh oleh penghuni rimba itu.
Pada keesokan harinya, semua penghuni rimba keluar untuk
menyaksikan pertarungan antara Singa dan Tebuan. Tiba di suatu
tempat, mereka tenampak Singa masih tidur di bawah pokok. Lalu
Tebuan pun terbang menghampiri Singa.
Hai Singa yang zalim. Hari ini aku mencabar engkau untuk
berlawan denganku. Kata Tebuan dengan berani. Engkau nak
berlawan dengan aku? Tanya Singa itu sambil ketawa.
Belum cuba, belum tahu.Walaupun aku kecil, tapi dengan azam
yang kuat, aku akan dapat menewaskan kemalasanmu yang
besar. Jawab Tebuan penuh semangat.
Baiklah, kalau engkau berani, marilah. Kata Singa.
Dengan pantas, Tebuan terbang mengelilingi Singa itu. Singa itu
berpusing-pusing untuk menampar Tebuan tetapi tidak berjaya.
Lama kelamaan Singa itu menjadi letih. Tebuan mengambil
kesempatan ini. Dengan pantas ia masuk ke dalam lubang hidung
singa yang luas itu. Lalu menyengat Singa itu dari lubang
hidungnya.
Singa itu meraung kesakitan. Ia bersin beberapa kali tetapi tidak
berjaya mengeluarkan Tebuan. Semakin lama, semakin kuat
gigitan Tebuan itu.
Tidak lama kemudian, Singa itupun mati kesakitan yang amat
sangat. Semua binatang bersorak kegembiraan. Mereka
menyanjung keberanian tebuan itu.

Ingat kawan-kawan,
1. Orang yang besar tidak semestinya kuat dan orang yang kecil
tidak semestinya lemah.
2.

Kita tidak boleh bersikap malas berusaha

3. Kita mesti berusaha jika ingin berjaya


Sebelum mengundur diri mari kita fikirkan.... kecik jangan
disangka anak, besar jangan disangka bapa... akal yang cerdik
dan semangat kental dapat mengalahkan kekuatan fizikal..
Sekian, terima kasih.

SANG KANCIL DENGAN TALI PINGGANG SAKTI


Ha....ha...ha......, nampaknya hari ini engkau akan menjadi
makanan aku Sang Kancil, ha...ha....ha......, ketawa Sang
Harimau.

Wahai Sang Harimau, janganlah makan aku, lepaskanlah


aku, kasihanilah aku Sang Harimau rayu Sang Kancil.
Ha, kawan-kawan hendak tahu apa kesudahan ceritanya?
Dengarlah cerita saya pada hari ini yang bertajuk Sang Kancil
dengan Tali Pinggang Sakti.
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh dan Salam
Sejahtera kepada barisan Hakim yang arif lagi bijaksana, guruguru dan rakan-rakan sekalian.
Di dalam sebuah rimba, tinggal seekor Sang Kancil yang
cerdik lagi bijaksana.
Pada suatu hari, Sang kancil keluar mencari makanannya, tibatiba dia ternampak Sang Ular yang besar sedang tidur nyenyak di
bawah sebatang pokok.
Aku harus berhati-hati dengan Sang Ular itu, jikalau ia
terjaga habislah aku dimakannya nanti, bisik Sang Kancil di
dalam hatinya. Tanpa membuang masa Sang Kancil pun beredar
dari tempat itu.
Kemudian, Sang Kancil meneruskan perjalanannya untuk
mencari makanan,
tiba-tiba kedengaran bunyi riuh-rendah suara binatang-binatang
di dalam hutan itu.
Lari.... lari......... lari Sang Kancil, Sang Harimau hendak
makan kita, jerit Sang Arnab dan Sang Monyet sambil berlari
lintang pukang. Belum sempat Sang Kancil melarikan diri, tibatiba Sang Harimau terus menerkam ke arah Sang Kancil. Sang
Kancil mengigil dan menangis ketakutan.
Ha....ha...ha......, nampaknya hari ini engkau akan menjadi
makanan aku Sang Kancil, ha...ha....ha......, ketawa Sang
Harimau.

Wahai Sang Harimau, janganlah makan aku, lepaskanlah


aku, kasihanilah aku Sang Harimau rayu Sang Kancil.
Sang Kancil mencari akal untuk melepaskan dirinya
dan dia teringat akan Sang Ular yang sedang tidur nyenyak di
bawah sebatang pokok.
Wahai Sang Harimau, aku mempunyai sebuah tali pinggang
sakti yang ku simpan di bawah sebatang pokok, jika engkau
memakainya sudah tentu semua binatang akan tunduk dan
hormat pada engkau, kata Sang Kancil.
Apa... tali pinggang sakti?! Di manakah tali pinggang
sakti itu?! tanya Sang Harimau.
Tali pinggang sakti itu ada ku simpan di bawah sebatang
pokok tetapi engkau mestilah melepaskan aku dahulu, kata Sang
Kancil.
Baiklah Sang Kancil, aku lepaskan engkau, tapi ingat!!
Kalau kau tipu aku siaplah engkau!!, herdik Sang Harimau.
Sang Kancil pun membawa Sang Harimau ke tempat Sang
Ular yang sedang tidur nyenyak tadi.
Ha..itulah tali pinggang yang ku katakan tadi, bisik Sang Kancil
kepada Sang Harimau.
Tanpa membuang masa, Sang Harimau pun terus
memegang badan Sang Ular yang sedang tidur nyenyak tadi dan
melilitkan badan Sang Ular itu ke pinggangnya.
Wah, hebat sungguh tali pinggang sakti ini! Ha..ha...sekarang
akulah raja di rimba ini, semua binatang akan takut kepada aku,
ha....ha.....ha....., ketawa Sang Harimau.
Sang Ular yang sedang tidur nyenyak pun terjaga apabila
terdengar suara Sang Harimau itu tadi. Apalagi Sang Ular berasa
sangat marah lalu terus membelit pinggang Sang Harimau
dengan kuat.

Sang Harimau pun menjerit memnita tolong. Tolong....


tolong....
tolong....
Sang
Harimau
meronta-ronta
untuk
melepaskan dirinya.
Cis, berani engkau menipu aku Sang Kancil, siaplah
engkau, marah Sang Harimau.
Akhirnya, Sang Harimau pun mati dibelit oleh Sang Ular.
Selamatlah Sang Kancil daripada dimakan oleh Sang Harimau.
Semua haiwan yang tinggal di dalam rimba itu
mengucapkan terima kasih kepada Sang Kancil kerana telah
menyelamatkan nyawa mereka.
....Selesailah sudah... Kisah Sang Kancil... Yang Sangat cerdik lagi
bijaksanaberjaya menumpas musuh yang ganasHidupan
hutan Aman dan gembira.
Hai kawan-kawan,
Dari cerita yang saya sampaikan tadi, dapatlah kita semua
teladan bahawa setiap masalah yang kita hadapi pasti ada
penyelesaian, jika kita menggunakan akal seperti Sang Kancil
tadi.
Sekian, terima kasih.

SI TANGGANG ANAK DERHAKA


Hei Perempuan tua, jangan engkau pandai-pandai mengaku
dirimu itu ibuku! Ibuku tidak sekotor ini. Aku anak orang kaya.
Lebih baik kau berambus dari sini.
Pengawal, halau perempuan tua ini, hamba benci melihatnya!
Para hadirin sekelian,
Begitulah kesombongan dan keangkuhan Si Tanggang terhadap
ibunya dalam kisah Si Tanggang Anak Derhaka yang akan saya
ceritakan pada pagi yang berbahagia ini.
Pada zaman dahulu kala, di sebuah kampung yang
terpencil terdapat sebuah keluarga yang miskin. Di dalam
keluarga tersebut tinggal Mak Umpit dan anak tunggalnya yang
bernama Si Tanggang. Kehidupan mereka sehari-harian, bak kata
pepetah kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang.
Pada suatu hari, Si Tanggang berkata kepada ibunya yang
sedang menyapu di halaman rumah...
Ibu, kehidupan kita ini sangat miskin. Tanggang rasa
eloklah Tangggang pergi merantau di negeri orang mencari
kekayaan. Nanti... Tanggang akan dirikan mahligai yang indah dan
akan Tanggang kalungkan intan permata pada tubuh ibu...
Alangkah terkejutnya Mak Umpit apabila mendengar hasrat anak
kesayangannya itu.

Apa??? Kau nak tinggalkan ibu...? Ibu sudah tua


Tanggang... kasihanilah ibu... jangan tinggalkan ibu, Tanggang...
Segala rintihan dan rayuan Mak Umpit tidak diendahkan oleh
anaknya Si Tanggang.. Keesokan harinya, keluarlah Si Tanggang
meningggalkan ibunya yang tua di kampung sendirian.
Setelah sekian lama berada di negeri orang, dengan berkat
kerajinan Si Tanggang, beliau telah berjaya menjadi Datuk
Nakhoda. Kini, Si Tanggang sudah menjadi kaya raya dan telah
berkahwin dengan seorang puteri raja yang cantik jelita. Akibat
daripada kemewahan dunia yang dimiliki Si Tanggang, kini ...
beliau telah lupa kepada ibunya yang tua dan miskin di kampung.
Pada suatu hari, isteri Si Tanggang telah ikut serta bersam Si
Tanggang dan anak-anak kapal belayar berniaga. Dalam
pelayaran tersebut akhirnya kapal Si Tanggang telah berlabuh di
pantai berhampiran kampung kelahirannya. Berita kedatangan
kapal Si Tanggang telah diketahui oleh orang-orang kampung...
Ibu Si Tanggang sangat gembira dengan berita kepulangan
anaknya kesayangannya itu. Tanpa berlengah lagi Mak Umpit
terus pergi berjumpa Si Tanggang dengan mendayung sampan
menuju ke kapal Si Tanggang untuk berjumpa anak
kesayangannya itu.
Oh, Tanggang anakku! Tidakkah engkau kenal lagi ibumu
ini? Rindunya rasa hati ibu semenjak kepemergianmu nak...
Si Tanggang terkejut dengan kedatangan perempuan tua itu. Dia
berasa malu kepada isterinya untuk mengaku perempuan yang
tua dan hodoh itu ibu kandungnya. Lalu Si Tanggang pun
menghalau perempuan tua itu dari kapalnya.

Hei Perempuan tua, jangan engkau pandai-pandai mengaku


dirimu itu ibuku! Ibuku tidak sekotor ini. Aku anak orang kaya.
Lebih baik kau berambus dari sini.
Pengawal, halau perempuan tua ini, hamba benci melihatnya!
Kerana terlalu ced, Mak Umpit menagis teresak-esak apabila
dimaki dan dihalau oleh anak kandungnya sendiri. Lalu dia pun
mendayung semula sampannya ke pantai. Setibanya Mak Umpit
di pantai, dia terus menadah tangan ke langit dan berseru lepada
Tuhan;
Oh, Tuhanku! Kalau benar Si Tanggang itu adalah anakku
yang kususui dari sususku ini dan yang ku didik dari sebesar dua
tapak jari ini, tujukkanlah balasan Mu ke atas anak yang
durhaka!!!
Tidak semena-mena satu ribut yang Amat kyat telah Turn. Kilat
dan guruh memecah langit telah datang dengan tiba-tiba.
Terdengarlah suara anak kapal riuh rendah di dalam bahtera.
Dalam riuh rendah itu, terdengarlah suara Si Tanggang
melaung.....

Ibu.... ibu.... ibu...ampunkan dosa Tanggang bu....


Tanggang ini anak ibu........ ibu ampunkan Tanggang bu.....
Ampunkan Tanggang bu.... ampunkan Tanggang bu.....
Bahtera Si Tanggang semakin karam, pekik dan lolong orangorang di dalamnya semakin hilang...... akhirnya..... Tanggang,
isteri dan anak-anak kapalnya menjadi batu akibat daripada
penghinaan dan penderhakaan Si Tanggang terhadap ibunya....

Para hadirin sekelian;


Itulah balasannya kepada anak-anak yang tidak mengenang budi
dan dan menderhaka kepada kedua orang tuanya yang telah
bersusah payah mendidik dan membesar dari kecil hingga ke
dewasa.
Terang bulan di malam sepi,
Cahaya memancar ke pohon kelapa,
Hidup di dunia buatlah bakti,
Kepada kedua ibu dan bapa.
Sekian, terima kasih.

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis,


para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta
rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan
pada hari ini ialah Arnab Dengan Buaya.
Di dalam sebuah hutan terdapat sekawan arnab. Salah
seekor daripada arnab-arnab itu sungguh cantik. Bulunya lebat,
lembut dan putih melepak. Giginya pula tersusun rapi dan putih
berseri. Sahabat handai dan binatang-binatang lain di dalam
hutan itu selalu memuji kecantikan gigi arnab ini.
Akibat pujian dan perhatian ini, semakin hari arnab itu
menjadi semakin sombong. Ia mula berlagak seolah-olah ialah
yang tercantik di dunia ini. Lama-kelamaan, haiwan-haiwan lain
mula menjauhkan diri daripadanya. Oleh kerana tiada sesiapa lagi
yang suka berbual dengannya, arnab itu selalu berjalan sendirian.
Pada suatu hari, arnab itu berjalan di tepi sungai. Ia
ternampak seekor buaya sedang berjemur di tebing. Arnab berasa
takut dan tidak berani mendekati buaya itu.
Hai Arnab, cantik sungguh gigi ! Kalau gigi aku juga begitu
cantik, sudah pasti aku boleh menjadi raja di laut. Kata buaya itu
kepada arnab. Arnab berasa sungguh gembira kerana sudah lama
dia tidak mendengar pujian begitu.
Bagaimana engkau menjaga kecantikan gigi kau tu? Tanya
buaya itu lagi. Arnab berasa bangga dengan pujian itu. Sambil
tersenyum, arnab berkata, Engkau mesti banyak makan sayursayuran dan jangan makan daging.
Kemudian, buaya pun mengangakan mulutnya. Bolehkah
engkau tolong periksa gigiku. Gigiku sudah banyak yang rosak,
kata buaya lagi. Tanpa berfikir panjang, arnab pun menghampiri
buaya lalu memeriksa gigi buaya satu demi satu. Tanpa
berlengah-lengah lagi, buaya terus menutup mulutnya dan
menelan arnab itu. Maka tamatlah riwayat arnab yang
mempunyai gigi yang cantik tetapi pendek akal itu. Demikianlah
kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima
kasih.

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi


majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang
dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya
sampaikan pada hari ini ialah Penebang Kayu Dengan Anaknya.
Di dalam sebuah kampung, tinggal seorang penebang kayu
yang miskin . Penebang kayu itu mempunyai seorang bapa yang
telah tua lagi uzur dan seorang anak. Pada suatu hari, penebang
kayu itu bercadang untuk menghantar bapanya ke dalam hutan
dan membiarkannya tinggal di situ.
Bagaimana nanti kalau jiran tetangga kita menanya
tentang ayah? tanya isteri penebang kayu.
Kamu beritahulah mereka yang dia tinggal di tokong untuk
menghabiskan sisa-sisa hidupnya, kata penebang kayu itu.
Penebang kayu dan isterinya tidak sedar bahawa percakapan
mereka telah didengari oleh anak mereka.
Keesokan harinya, penebang kayu pergi ke pecan untuk
membeli sebuah bakul yang besar. Sebaik sahaja waktu senja,
penebang kayu itu pun memasukkan bapanya ke dalam bakul
tersebut.
Apa yang kamu cuba lakukan? tanya bapanya.
Ayah, kami tidak terdaya menjaga ayah kerana kami miskin
dan sentiasa sibuk.Kami ingin membawa ayah ke tempat yang
selamat. Di sana, ayah akan dijaga dengan baik, kata penebang
kayu itu sambil memikul bakul tersebut. Orang tua itu berasa
sedih dan mengerti maksud anaknya. Penebang kayu itu pun
memikul ayahnya berjalan kearah hutan.
Sebelum bayang penebang kayu itu hilang daripada
pandangan, anak penebang kayu itu menjerit, Ayah, jangan lupa
bawa balik bakul itu semula!
Mengapa? tanya penebang kayu itu kehairanan.
Ayah, kata anak penebang kayu itu dengan lembut,
Apabila ayah tua kelak, saya akan gunakan bakul itu untuk
memikul ayah pula.
Kaki penebang kayu itu menggigil dan tidak boleh bergerak.
Dia tunduk sambil berfikir. Selepas beberapa ketika, dia pun
berkata kepada anaknya. Marilah kita pulang ke rumah.

Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali


ini. Sekian, terima kasih.

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi


majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang
dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya
sampaikan pada hari ini ialah Puteri Sulung Dan Puteri Bongsu.

Pada suatu ketika dahulu, Raja Ambun mempunyai puteri


kembar yang amat cantik. Puteri Bongsu yang begitu cantik
dikatakan berdarah putih dan amat disayangi oleh raja.
Kecantikan Puteri Bongsu yang berdarah putih telah sampai
kepengetahuan Raja Tinggi. Raja Tinggi pun menghantar
rombongan untuk meminang Puteri Bongsu. Raja Ambun menjadi
serba salah. Kalau pinangan itu ditolak, tentu akan berlaku
peperangan. Tetapi, kalau pinangan itu diterima, baginda akan
dukacita sepanjang hayat kerana baginda amat kasih kepada
Puteri Bongsu.
Akhirnya, Raja Ambon telah menukarkan Puteri Bongsu
dengan Puteri Sulung. Rancangan ini tentu berjaya, kata
seorang pembesar. Raja Tinggi tidak pernah melihat Puteri
Bongsu. Kita suruhlah Puteri Sulung mengaku yang dia bernama
Puteri Bongsu, Akhirnya pinangan Raja Tinggi itu pun di terima.
Raja Tinggi pun berkahwin lah dengan Puteri Sulung yang
disangkanya Puteri Bongsu itu. Pada suatu hari, jari Puteri Sulung
telah terluka akibat terkena pisau. Luka itu berdarah dan
darahnya berwarna merah. Raja Tinggi berasa terkejut kerana
darah itu tidak berwarna putih.
Dinda mesti berkata benar, siapakah dinda sebenarnya?
tanya Raja Tinggi sambil menghunus kerisnya. Puteri Sulung
menggeletar. Adinda ialah kakak kepada Puteri Bongsu,
Raja Tinggi amat murka. Rupa-rupanya beta telah ditipu!
Kita akan serang negeri Ambun, kata Raja Tinggi dengan
garangnya.
Akhirnya, Raja Tinggi pun menghantar tentera untuk
menundukkan negeri Ambun.
Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali
ini. Sekian, terima kasih.

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis,


para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta
rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan
pada hari ini ialah Ampai-ampai Dan Puteri Laut.
Pada zaman dahulu, ada seorang hamba Raja Laut yang
sangat setia kepada rajanya. Namanya Ampai-ampai. Ampai-

ampai telah ditugaskan oleh raja untuk menjaga puteri baginda


yang sangat cantik.
Pada suatu hari, puteri itu pergi bermain-main di tepi pantai
bersama beberapa orang dayang. Pada ketika itu sebuah kapal
besar yang dimiliki oleh seorang putera raja yang kacak telah
berlabuh di tepi pantai itu. Putera raja terpesona melihat
kecantikan puteri Raja Laut. Puteri Raja Laut pun demikian juga
apabila terlihat putera raja yang gagah perkasa dan kacak itu.
Putera raja telah memujuk puteri Raja Laut supaya menaiki
kapalnya yang sedang berlabuh itu. Setelah memberi isyarat
kepada dayang-dayangnya, puteri itu pun naik ke kapal putera
raja. Putera raja mengerahkan kelasi-kelasinya supaya menaikkan
layar dan segera belayar meninggalkan pantai itu.
Pada waktu itu, Ampai-ampai baru tersedar. Dia berlari
menuju ke pantai tetapi kapal itu sudah pun meninggalkan
pantai. Ampai-ampai pun pulang ke istana lalu menceritakan
kejadian itu kepada Raja Laut.
Raja Laut sangat murka. Baginda mengambil sebatang
kayu lalu memukul tubuh Ampai-ampai sehingga remuk dan
hancur tulangnya. Setelah itu Raja Laut menbuangkan Ampaiampai ke tepi laut.
Engkau jangan naik ke darat sebelum puteri beta pulang
kepada beta, titah baginda.
Ampai-ampai dilanda ombak ke sana sini dan akhirnya
tersangkut pada ranting-ranting kayu di tepi pantai. Itulah
sebabnya Ampai-ampai tidak bertulang hingga sekarang ini dan
sepanjang masa tersidai pada ranting-ranting kayu di gigi air.
Kononnya, dia akan menunggu di tempat begitu sehingga Puteri
Raja Laut itu lalu di situ dan pulang kepada ayahandanya.
Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini.
Sekian, terima kasih.
Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis,
para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta
rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan
pada hari ini ialah Perempuan Muda Yang Berani.
Pada suatu masa dahulu, negeri Tiku diperintah oleh Raja
Tua. Baginda telah menyuruh rakyatnya membuat sebuah perahu
yang besar. Setelah perahu itu siap, baginda pun telah

mengadakan upacara untuk melancarkan perahu itu ke laut.


Rakyat negeri itu telah dikerahkan untuk menolak perahu ke laut
tetapi anehnya perahu itu sedikit pun tidak bergerak dari
tempatnya. Raja Tua sangat hairan lalu memanggil anak
angkatnya Balun yang tahu akan bermacam-macam ilmu.
Balun pun mengambil dupa dan mengasap kemenyan.
Setelah jampi dibaca dan seluruh perahu diasapnya, Balun pun
berkata Perahu ini tidak akan dapat diturunkan jika tidak
digalang dengan tubuh manusia. Tetapi yang menjadi galangan
itu mestilah anak atau saudara tuanku. Orang lain tidak boleh!
Mendengar kata-kata Balun itu, semua orang menjadi
gempar. Tidak ada seorang pun anak kerabat raja yang hendak
mengorbankan nyawanya untuk pelancaran perahu tersebut.
Dalam keadaan hiruk pikuk itu, seorang perempuan muda
yang sedang mengandung tampil ke hadapan perahu. Dia ialah
anak saudara kepada Raja Tua. Perempuan muda itu berbaring di
atas tilam dan bantal yang dibentangkan di haluan perahu.
Semua rakyat dan kerabat diraja menangis melihatkan
perempuan muda yang begitu berani mengorbankan nyawanya
demi kepentingan Raja Tua.
Apabila semua sudah sedia, Balun pun mengambil tujuh
batang lidi dan rapat ke perahu itu. Setelah membaca jampi,
perahu itu pun ditolak ke laut. Sekali lagi telah berlaku keanehan.
Dengan mudah, perahu itu dapat ditolak ke dalam air.
Semua orang yang berkumpul bersorak kegembiraan. Raja
Tua berlari-lari mendapatkan anak saudaranya dan mendapati
anak saudaranya itu tidak mendapat apa-apa kecederaan. Oleh
kerana keberaniannya, Raja Tua telah menurunkan semua harta
pusaka kepada anak saudara perempuannya itu.
Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini.
Sekian, terima kasih.

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi


majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang
dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya
sampaikan pada hari ini ialah Harimau Yang Tamak.
Pada suatu hari, Maharaja Singa telah mengisytiharkan
kepada penghuni rimba bahawa mereka boleh menyembahkan
satu kehendak mereka kepada baginda. Binatang-binatang dalam
hutan itu pun mengadap Maharaja Singa. Masing-masing
membawa permintaan. Tiap-tiap permintaan itu dikabulkan oleh
baginda.
Setelah mendengar cerita kemurahan hati Raja Singa itu,
timbullah rasa tamak di hati harimau. Aku mesti minta supaya
rezeki aku lebih murah daripada sekarang. Aku tidak mahu makan
tiga kali sehari. Sebaliknya aku mahu makan tujuh kali sehari.
Kalau aku dapat makan tujuh kali sehari, tentulah aku akan lebih
kuat daripada Singa.

Setelah berfikir demikian, Sang Harimau pun pergi


mengadap Maharaja Singa.
Hah! Engkau datang juga, Harimau? tegur Singa. Apakah
kehendak engkau? Harimau terkejut mendengar suara Singa
yang bengis itu. Hatinya berdebar-debar.
Patik Patik mahu makan tujuh tujuh kata Harimau
tergagap-gagap.
Tujuh apa? sergah Maharaja Singa lebih keras.
Tujuh hari sekali! jelas Harimauu terketar-ketar.
Baik. Dengan ini, aku sebagai Maharaja di hutan ini
akan kabulkan permintaan engkau. Mulai hari ini, engkau akan
dapat rezeki tujuh haru sekali, kata Singa.
Sang Harimau tersedar yang dia telah tersalah cakap. Dia
hendak mengatakan tujuh kali sehari tetapi dia telah tersebutkan
tujuh hari sekali. TuankuPatikPatik
Sudah! potong Maharaja Singa. Tiap-tiap binatang hanya
boleh mengemukakan satu permohonan sahaja. Permohonan
engkau tadi telah pun beta kabulkan.
Sejak hari itu, Harimau hanya dapat makan tujuh hari sekali.
Itulah sebabnya perut Harimau selalu kempis dan badannya tidak
bermaya. Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya
pada kali ini. Sekian, terima kasih.