Program Tangani Stress Sem8 2015
Program Tangani Stress Sem8 2015
Stres adalah keadaaan resah, cemas dan tegang akibat tekanan fizikal atau mental. Ia adalah
respon fizikal, emosi dan mental yang berlaku kepada seseorang apabila tuntutannya tidak dapat
dipenuhi. Stres ini jika tidak dikawal atau ditangani akan mendatangkan akibat yang buruk bukan
sahaja pada diri sendiri malah orang sekeliling.
Cara untuk menangani stres ialah :
1. BERTENANG
Boleh membantu mengurangkan stres dengan menghentikan kitaran stres di peringkat permulaan.
2. BERNAFAS SECARA DALAM
Pernafasan melalui abdomen adalah cara pernafasan terbaik. Kita bernafas dengan lebih perlahan,
panjang dan lebih dalam.
3.BERKATA" RELAKSLAH"....
Kata-kata ini sedikit sebanyak dapat menbantu mententeramkan perasaan dan mengurangkan
stres.
4. BERIBADAT
Banyakkan solat sunat, berzikir dan berdoa. Ia adalah terapi yang baik untuk menenangkan emosi
dan melegakan perasaan.
5. BERKONGSI PERASAAN ATAU MASALAH DENGAN SESEORANG
Perasaan atau masalah adalah sesuatu yang tak sepatutnya dipendam, sebaliknya harus dikongsi
dengan orang yan dipercayai seperti ahli keluarga atau kawan-kawan. Apabila berkongsi perasaan
atau masalah, ia dapat mengurangkan bebanan yang ditanggung dan seterusnya mengurangkan
stres dalam diri.
6. BERURUT
Dalam keadaan stres, otot-otot di leher, kepala dan bahu akan tegang tanpa disedari. Berurut
(leher, bahu, kepala dan kaki) boleh melegakan otot dan melancarkan perjalanan darah.
Malah, melalui program sebegini juga dapat meningkatkan produktiviti pengajaran dan
pembelajaran pada tahap yang lebih optimum, ujarnya.
Aktiviti Promosi
1. Ceramah Minda Sihat
2. Kuiz
3. Lawatan
4. Pameran
5. Sukaneka
6. Eksplorasi Minda Sihat
7. Program 5 minit minda sihat
8. Pengucapan awam
9. Brosur
10.Pertandingan :
4.2 Melukis poster
4.3 Kain rentang
4.4 Buku skrap
STRES KERJA
Ringkasan Eksekutif
Stres kerja yang tinggi di kalangan guru telah mengakibatkan permasalahan-permasalahan yang
serius yang berhubung kait dengan factor-faktor seperti gangguan emosi, perubahan dalam tingkah
laku dan burn out yang menghalang mereka daripada melaksanakan tugas dan tanggungjawab
dengan lebih berkesan (Dunham, 1976; Kyriacou dan Sutcliffe, 1978). Malah Murdock dan Scott
(1993) mendapati bahawa stres di tempat kerja berlaku sebagai satu tindak balas terhadap
kehendak persekitaran organisasi seseorang individu yang tidak selaras ataupun ketidakupayaannya
untuk mengawalnya. Dalam hal ini, kecerdasan intelektual atau IQ semata-mata tidak memadai
untuk menangani stres. Sebaliknya kecerdasan emosi (EQ) yang akan menjadi penentu kejayaan
menangani stres.
1.0 PENGENALAN
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/1998 Kementerian Pendidikan Malaysia menggariskan penggunaan
budi bicara di kalangan pengurus sekolah ketika mengambil tindakan seperti berikut :
Pertimbangan dan perhatian diperlukan semasa membuat keputusan;
Bersikap terbuka, bersedia mendengar pandangan;
Perundingan dengan hemah, berdiplomasi dalam suasana harmonis
Kepentingan penggunaan budi bicara di atas adalah selaras dengan dimensi-dimensi kecerdasan
emosi yang merupakan formula penting kejayaan sesebuah organisasi terutama sekolah.
Menurut Bar-On, (1997); Slaski dan Cartwright, (2002), stres berhubung rapat dengan kecerdasan
emosi yang tinggi seharusnya dapat menguruskan stres dengan lebih baik. Slaski (2003) mendapati
mereka yang mempunyai kecerdasan emosi yang lebih tinggi, lebih memahami nilai dan
kepercayaan diri, mempunyai visi dan matlamat yang jelas, keyakinan diri dan mengetahui kekuatan
dan kelemahan diri sendiri serta menggunakan kualiti ini untuk mengurus emosi sendiri dan
mengurus hubungan dengan orang lain. Akibatnya mereka tidak mudah dipengaruhi oleh stres.
Manakala Jolly (2001) dalam kajiannya melalui satu projek meditasi telah berjaya membuktikan
bahawa para peserta yang tinggi pencapaian dalam aspek kesedaran kendiri dan empati berjaya
secara signifikan dalam mengurangkan stress.
Stres dalam pengajaran adalah fenomena yang merangkumi kesemua institusi pendidikan seluruh
dunia terutama di sekolah. Kajian-kajian yang dijalankan di Australia (McCormick, 1997), Hong Kong
(Hui dan Chan, 1996), Israel (Yagil, 2004), New Zealand (Manthei, Gilmore, Tuck & Adair, 1996),
United Kingdom (Griffith,Steptoe & Cropley, 1999) dan Amerika Syarikat (Abell & Sewell, 1999)
menunjukkan trend ini. Dalam beberapa kajian; (Chaplain, 1995; Kyriacou, 1980a; Manthei et al ..,
1996) didapati bahawa dikalangan empat orang guru, seorang guru akan menyatakan bahawa
kerjaya guru adalah kerjaya yang menimbulkan stres yang tinggi.
dibincangkan ke mesyuarat guru untuk mendapat pandangan dan ulasan pihak mereka. Ini ialah
perkara yang penting kerana pentadbir dan guru akan berkerja dalam satu pasukan untuk
merealisasikan misi dan visi sekolah. Untuk memudahkan saya menzahirkan apa yang dirancang,
saya menggunakan kemudahan IT dalam bentuk persembahan Microsoft Powerpoint, Microsoft
Excel dan kadang-kadang Microsoft Movie Maker. Kaedah begini dapat menjimatkan masa dan
mengurangkan stres kepada guru jika mesyuarat dijalankan terlalu lama. Perbincangan secara dua
hala dan bukan satu hala pasti dapat mengurangkan stres yang akan dihadapi oleh guru-guru. Saya
percaya idea-idea, pandangan, rungutan dan ketidakpuasan hati guru-guru mesti didengar oleh
pihak pentadbir supaya tidak timbul konflik yang akan mencabar kewibawaan dan imej sekolah.
Apabila ada orang yang sudi mendengar keluhan atau pandangan orang lain, orang yang meluahkan
perasaannya merasakan dia dihargai.
5.4 Program Pembimbing Kakitangan (Sentuhan Rasa)
Satu jadual pertemuan secara bersemuka antara pengetua dengan guru atau staf sokongan akan
disediakan dimana guru dan staf sokongan diberi peluang berjumpa dengan pengetua untuk
berinteraksi. Secara begini, pengetua lebih mengenali dengan dekat guru atau staf berkenaan dan
timbul persefahaman yang lebih baik. Guru dan staf sokongan lebih selesa dengan keadaan begini
dan pengetua dapat mengetahui harapan dan visi mereka terhadap sekolah dan berkongsi bersama
misi dan visi sekolah.
5.5 Naik Taraf Infrastruktur Sekolah
5.5.1 Naik Taraf Kemudahan dan Keselesaan Bilik Guru
Setelah meneliti dan mendapat maklumbalas daripada guru-guru semasa mesyuarat guru dan juga
melalui Program Sentuhan Rasa, saya telah berusaha dengan jayanya untuk menaikkan taraf dan
keselesaan bilik guru dengan menambahkan lagi bilangan komputer desktop di bilik guru dan
memasang sistem rangkaian kabel dan peranti wifi (menggunakan peruntukan yang disalurkan oleh
kilang Intel)dalam bilik guru. Guru-guru merasa lebih selesa dengan ini kerana mereka tidak perlu
lagi berebut-rebut menggunakan komputer desktop dan bagi guru yang mempunyai komputer riba
dengan peranti wifi, mereka boleh terus mengakses rangkaian sekolah dan juga internet. Kalau
dahulu mereka berebut-rebut untuk dapatkan kemudahan komputer di bilik guru, sekarang mereka
begitu selesa. Ini ialah caranya mengurangkan stres.
5.5.2 Naik Taraf Kemudahan Bilik Makan Guru Di Kantin
Bilik makan guru telah dinaiktaraf dengan meletakkan set sofa dan coffee table agar guru dan staf
sokongan yang selesai menjalankan tugas dan menunggu pesanan makanan dan minuman dapat
menggunakan kemudahan ini. Walaupun tidak sebaik suasana di hotel, kemudahan ini menambahkan
lagi keselesaan guru dan staf sokongan.
5.5.3 Naik Taraf Kemudahan Tandas Guru Dan Staf Sokongan
Peruntukan yang diperturunkan kepada pihak sekolah terutama peruntukan penyelenggaraan telah
digunakan dengan sebaik mungkin untuk menaik taraf kemudahan tandas guru dengan memastikan
segala kerosakan diperbaiki dengan segera. Seorang Pembantu Am Pejabat ditugaskan untuk
memantau kerosakan yang terdapat pada tandas-tandas di sekolah termasuk tandas guru dan staf.
Kemudahan tandas yang berfungsi dengan baik dan dalam keadaan selesa dapat mengurangkan stres
guru dan staf sokongan
5.5.4 Naik Taraf Kemudahan ICT Dengan Sistem Rangkaian Kabel Dan Wifi
Setelah saya memulakan tugas sebagai pengetua di sekolah ini, saya dapati bahawa sistem rangkaian
LAN dan WAN yang ada di sekolah hanya terdapat di pejabat sekolah sahaja. Oleh kerana saya sudah
biasa dengan sistem rangkaian LAN dan WAN di sekolah lama saya ia itu SMK . (Sekolah
Rintis Bestari), saya telah memohon bantuan PIBG untuk menaiktaraf infrastruktur ICT di sekolah.
Saya juga bersyukur kerana Kilang Intel telah menyalurkan RM16,800.00 ke sekolah ini hasil
usahasama Intel dengan sekolah saya. Sebelum ini guru-guru merungut kerana terpaksa berebutrebut menggunakan kemudahan komputer (yang mempunyai rangkaian) yang hanya terdapat di
pejabat (dua buah sahaja untuk kegunaan guru) dan di bilik pentaksiran. Komputer yang ada di bilik
guru pada waktu itu ialah komputer yang tidak dirangkaikan. Guru-guru ini merungut kerana tarikh
akhir memasukkan data atau menyediakan laporan kadangkala tidak dapat dipenuhi dan
menimbulkan kegelisahan dan stres pada mereka. Sekarang, guru-guru sekolah saya berasa lebih
selesa dan masalah yang lalu dapat diselesaikan.
dan pasukan IT saya, kami telah memuat turun bahan IT dari internet yang boleh digunakan untuk
mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran dan dikongsi bersama. Kami telah
mewujudkan satu folder bertajuk Bahan It Untuk P&P dalam pelayan komputer sekolah. Satu
taklimat cara memuat turun bahan IT untuk P&P dengan menggunakan perisian YouTube
Downloader telah diadakan dan kami telah meminta panitia-panitia membina bahan-bahan IT untuk
P&P dalam panitia masing-masing. Sekarang, guru-guru tidak perlu risau untuk mendapatkan bahan
IT untuk P&P dan nyata, murid-murid saya amat gembira dengan perkembangan ini.
5.8.6 Kaedah Menilai Pencapaian Murid Melalui Headcount On Line
Kaedah Headcount yang telah saya perkenalkan pada bulan April 2008 dan digunakan hingga kini
telah memudahkan tugas guru untuk melihat pencapaian prestasi murid yang terdahulu (TOV),
sekarang (OTI) dan masa depan (ETR). Pengisian markah secara dalam talian atau dikenali on-line
melalui sistem rangkaian sekolah secara kabel atau wifi memudahkan semua guru untuk melihat
prestasi murid-murid mereka dan membantu Jawatankuasa Kurikulum, panitia matapelajaran dan
juga pihak kaunseling untuk mengenalpasti subjek-subjek prestasi rendah dan senarai murid-murid
yang perlu diberi bimbingan. Langkah-langkah yang perlu diambil boleh dibincangkan dan
dirancangkan dengan segera sebelum dibentangkan dalam Jawatankuasa Kurikulum. Persiapan awal
memudahkan guru-guru untuk bertindak dengan lebih berkesan dan mengurangkan stres kerana
persiapan awal telah pun dirancang dan kemudian dibentangkan dan tidak perlu kekerapan
mesyuarat.
5.8.7 Rumusan Sebagai Pakar Rujuk
Hasil daripada kepakaran saya, kakitangan terutama guru-guru saya amat berterima kasih dan
berasa yakin dengan stail pengurusan yang berasaskan ICT yang telah saya perkenalkan. Hasilnya,
saya telah dianugerahkan Tokoh Kepimpinan IT Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2009 (Sila rujuk
lampiran) dan juga Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2008 (Sila rujuk lampiran)
perbincangan terakhir dibuat dengan penolong kanan-penolong kanan. Kaedah ini memberi peluang
mereka melahirkan keupayaan dan juga menanam sikap toleransi kepada keputusan pentadbiran.
6.0 PENUTUP
Stres yang dialami kakitangan sesebuah sekolah mempengaruhi kehidupan orang lain dan guru-guru
yang berada dalam keadaan stres yang tinggi akan memberi kesan kepada prestasi guru dalam
pengajaran dan pembelajaran. Staf sokongan yang berada pada keadaan stres akan menyebabkan
mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada urusan pejabat, urusan makmal, bengkel dan
layanan kepada orang awam yang datang ke sekolah. Keutamaan latihan kepada kakitangan yang
baru bertugas perlu diberi perhatian untuk menyediakan mereka menghadapi realiti kerja.
Kakitangan baru perlu mempunyai asas-asas menangani stres di tempat kerja. Sokongan daripada
pihak pentadbiran dengan inisiatif-inisiatif yang diambil untuk mengurangkan stress di tempat kerja
adalah penting. Saya mengharapkan agar inisiatif-inisiatif yang telah saya jalankan dapat dijadikan
panduan kepada pentadbir-pentadbir dan mereka yang bakal menjadi pentadbir sekolah.
7.0 LAMPIRAN-LAMPIRAN
ISTEM RANGKAIAN DAN WIFI (HUB DAN ROUTER)
ACCESS POINT
8.0 RUJUKAN-RUJUKAN
Chan, D.W. (2002). Stress, self-efficacy, social support and psychological distress among prospective
Chinese teachers in Hong Kong
Cherniss, C. (2004) Emotional intelligence: What it is and why it matters
Chaplin, R.P. (1995) Stress and job satisfaction: A study of English primary school teachers
Cooper, C.L.& Kelly, M(1993) Occupational stress in head teachers: A national UK study
Chaplin, R.P. (2001), Stress and job satisfaction among primary headteachers: A question of balance?
Cox, T.(1983). Stress London : The Macmillan Press
Danial Zainal Abidin(2004). 7 Formula Individu Cemerlang
Kyriacou,C, (1987). Teacher stress and burnout : An international review
Kyriacou,C & Sutcliffe,J(1977). Teacher stress : A Review
Kyriacou,C., & Sutcliffe,J (1978). Teacher stress : Prevalence, sources, and symptoms
Kyriacou,C., & Sutcliffe,J (1979). A note on teacher stress and locus of control
Nordien Sulaiman (2001). Kepintaran emosi di kalangan guru sekolah menengah di daerah Kota
Setar.
Dicatat oleh LOGIK di 2:58 PG