Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN TEBAANG,

SEKOLAH KEBANGSAAN
TEBAANG,
96200 DARO, SARAWAK

96200 DARO, SARAWAK.

KERTAS CADANGAN
GOTONG ROYONG
PROGRAM 3K

SAMBUTAN
RAMAH
TAMAH
AIDILFITRI
2013

TARIKH: 14 APRIL 2015


TEMPAT: SK TEBAANG

Anjuran: UNIT HEM SK TEBAANG


Dengan Kerjasama: PIBG SK TEBAANG
(SARANA IBU BAPA)

-0-

1.0

PENGENALAN
Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran

dalam

memenuhi

matlamat

Falsafah

Pendidikan

Kebangsaan

bagi

melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan dan berkeperibadian yang


unggul. Kebersihan persekitaran dan bilik darjah merupakan salah satu faktor
yang

dapat

membantu

memenuhi

perlaksanaan

matlamat

tersebut.

Penyediaan persekitaran yang kondusif adalah merupakan tanggungjawab


yang perlu dititikberatkan oleh sesebuah institusi pendidikan.
Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap
tahap kebersihan sekolah melalui pertandingan 3K. Persekitaran sekolah
yang bersih dan ceria dapat membantu mempertingkatkan proses pengajaran
dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan efektif.
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah melalui Jawatankuasa 3K
(Keselamatan,

Kesihatan

dan

Kebersihan)

telah

merancang

untuk

menganjurkan satu aktiviti Gotong Royong bersama pihak PIBG bagi


memenuhi matlamat yang telah diterapkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan
kepada murid dan ibu bapa tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan
dan keceriaan sekolah terutamanya bilik darjah dan persekitaran untuk
mengelakkan penularan wabak aedes denggi. Di samping itu, aktiviti ini akan
membolehkan murid menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka.
Antara aktiviti yang dirangka akan dilaksanakan meliputi aspek
membaik pulih kerusi dan meja murid, mengemaskinikan papan kenyataan
PIBG dan mewujudkan Taman Herba.
Adalah menjadi harapan agar para murid, ibu bapa, guru serta warga
SK Tebaang akan memperoleh manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya
memenuhi serta mencapai matlamat 3K.

-1-

2.0

MATLAMAT
Program ini dirancang dan dilaksanakan bertujuan untuk menceriakan

persekitaran sekolah . Keceriaan yang dihasilkan ini adalah untuk keselesaan


semua pihak. Sekolah yang ceria akan memastikan murid dapat belajar dan
berada di sekolah dalam keadaan yang menyeronokkan dan mereka akan
dapat menimba ilmu dengan lebih bersemangat dan bermotivasi.
Selain itu, matlamat utama program ini juga ialah memberi
pendedahan tentang kepentingan menjaga persekitaran untuk mengelakkan
menularkan wabak demam denggi di kawasan sekolah dan persekitarannya.
Bagi guru pula sekolah yang ceria ini akan memberikan mereka
semangat untuk memberikan ilmu kepada murid dengan lebih baik. Ibu bapa
juga akan merasa lebih selesa ketika berada di sekolah atau mengikuti
program yang diadakan oleh pihak sekolah yang melibatkan ibu bapa.
Mereka juga berasa bangga dan yakin untuk menempatkan anak-anak untuk
menimba ilmu dan melakukan pelbagai aktiviti dalam suasana yang selamat
dan ceria.
3.0
OBJEKTIF
Pada akhir Gotong Royong, objektif yang dapat dicapai ialah:
2.1 Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi
yang bersih, indah, selamat dan ceria.
2.2 Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kesihatan yang baik
dengan menghalang penularan wabak demam denggi.
2.3 Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu
antara murid, ibu bapa, pendidik dan warga sekolah dalam
melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan penglibatan semua
pihak dalam program kebersihan sekolah.
2.4 Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa
terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai
kemudahan yang telah disediakan.
2.5 Menggembleng tenaga dan idea
merealisasikan keberkesanan aktiviti.
4.0

TARIKH PELAKSANAAN
14 April 2015

5.0

SASARAN
-2-

yang

bersepadu

dalam

Ibu bapa murid tahun 4,5 dan 6 dan semua warga SK Tebaang
6.0

TEMPAT
Sekolah Kebangsaan Tebaang

7.0

JAWATANKUASA PELAKSANA
JAWATANKUASA INDUK
Penasihat
Pengerusi
N. Pengerusi

: En. Abdul Khalim bin Mansor


: Pn. Saudah binti Dor (PK HEM)
: En. Iskunadi bin Liap (PK 1)
: En. Mustapha bin Hasim (PK KO)
: Pn. Suraya binti Sulaiman (YDP PIBG)
: Pn. Hajijah binti Yasin (NYDP PIBG)
Setiausaha
: Cik Nik Norhafiza binti Nik Abdullah
P. Setiausaha
: Cik Nuraini binti Mohamad Nasir
Bendahari
: Pn. Fatimah binti Abu Bakar
P. Bendahari: Cik Manisah binti Solhi
JAWATANKUASA KERJA
Tempat Perhimpunan
En. Nicholas Edward Munyug
En. Kachindai Daniel
En. Mohammad Hakam bin Ashari
Jamuan
Cik Asma bt Hassan
Pn. Nor Azma bt Mohd Zin
Cik Hidayah Aqidah binti Md Yusof
Cik Nurul Asyraf binti Mohd Yusoff
Pn. Raebah binti Bilong
Pn. Mariam binti Laihi
Pn. Rafidah binti Sawi
Pn. Roshida binti Abdullah Sani
Persiapan Tempat
Pn. Serinah binti Dor
Cik Siti Aishah Nabihah binti Othman
Cik Nur Atiqah binti Abdul Halim
Agihan Kumpulan
En. Azman bin Alias
Pn. Suraya binti Merah
Pn. Helen ak Seliong
Dokumentasi
En. Mohammad Afif bin Zulkiflee
8.0

TENTATIF PROGRAM

-3-

Masa

Tentatif

2.00 ptg

: Ketibaan ibu bapa


: Ucapan YDP
: Ucapan Guru Besar
: Ceramah aedes denggi daripada
Pegawai Kesihatan
: Pengagihan kumpulan gotong-royong.
: Gotong royong

2.30 ptg
3.30 ptg

9.0
BIL.
1.

2.

5.00 ptg

: Jamuan

5.15 ptg

: Bersurai

CADANGAN AKTIVITI DAN SKOP TUGAS


AKTIVITI

SKOP TUGAS

Menghapuskan

tempat Setiap kelas akan diagihkan mengikut guru-guru dan wakil

pembiakan aedes

dari ibu bapa untuk menghapuskan tempat pembiakan

Papan Kenyataan PIBG

aedes.
Kumpulan yang diagihkan akan mengemaskinikan papan
kenyataan dengan informasi terkini dan berkaitan dengan

3.

PIBG SK Tebaang.
Keceriaan pagar sekolah Kumpulan yang diagihkan akan membuat keceriaan pagar
sekolah menggunakan bahan guna semula iaitu botol air

4.

Mengecat semula pagar

mineral.
Kumpulan yang diagihkan akan mengecat semula pagar

kayu dan astaka

kayu di laluan dan astaka berhampiran padang.

10.0

PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN


Perkara
1.

Jumlah (RM)

Jamuan

RM 100.00
JUMLAH

RM 100.00

11.0
PENUTUP
Adalah

diharapkan

aktiviti

Gotong

Royong

ini

akan

dapat

menghasilkan satu kawasan persekitaran sekolah yang ceria, bersih, selamat


-4-

serta dapat menghapuskan tempat-tempat yang berpotensi untuk pembiakan


aedes. Selain itu ianya juga adalah selaras dengan hasrat Kementerian
Pelajaran Malaysia untuk menjadikan sekolah sebagai pusat pengembangan
ilmu kepada seluruh masyarakat serta tempat yang dapat menjamin
kesihatan murid dan seluruh warga sekolah khasnya dan ibu bapa dan
masyarakat setempat. Dalam menjalankan aktiviti gotong royong muhibbah
ini, dapat menggalakkan dan mengeratkan hubungan rapat dan mesra antara
masyarakat dan pihak sekolah. Ini akan dapat menarik perhatian semua
pihak untuk saling bekerjasama antara satu sama lain.
Adalah diharapkan program ini mendapat kerjasama dari pihak
sekolah serta semua pihak yang terlibat dan menjadikannya sebagai amalan
kepada murid-murid dalam menghadapi kehidupan harian. Semoga segala
sumbangan, kebaikan dan jasa baik ibu bapa yang sama menjayakan
program ini diberkati dan dirahmati.
Disediakan oleh,
___________________________
( Nik Norhafiza binti Nik Abdullah )
Setiausaha HEM,
SK Tebaang.
Diluluskan oleh,
________________________
( Abdul Khalim bin Mansor)
Guru Besar,
SK Tebaang.

-5-