Anda di halaman 1dari 12

Ayam Masak Merah

Oleh: Azie Kitchen


Bahan bahan:
1 ekor ayam - lumur garam + kunyit & goreng separuh
masak.
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2 sudu besar sos cili
60 ml santan
250 ml air
3 biji tomato - belah 4
Garam
secukup
rasa
Gula secukup rasa - saya tambah
Minyak
utk
menumis
Kacang peas - opsyenal
Bahan bahan kisar halus:
4 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
15 - 20 tangkai cili kering - rebus sebentar dan kisar
Bahan bahan hiris:
3 biji bawang besar - lagi sedap bwg holland
5 ulas bawang putih
2 cm halia - hiris jadi 3 keping
Cara cara:

Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan hirisan


sampai layu. Kemudian masukkan bahan kisar dan gaul
rata.
Lepas tu masukkan cili kering yang dikisar dan sos cili.
Tumis sampai pecah minyak.

Bila dah pecah minyak, masukkan ayam yang digoreng


separuh masak tadi. Jika digoreng garing, ayam akan
menjadi liat. Dikacau rata dan biarkan seketika.

Kemudian masukkan air mengikut banyak mana kuah


yang disukai. Lepas tu masukkan santan untuk
memekatkan kuah mengikut yang disukai.

Masukkan buah tomato dan garam. Masak sehingga


pecah minyak. Taburkan sedikit gula, jika suka. Bila rasa
dah sebati, dan warnapun dah cantik, bolehlah ditutup api.

Jika suka, boleh masukkan kacang peas, sebelum ditutup


api dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi minyak,
nasi briyani atau nasi tomato.

AYAM MASAK PAPRIK

Bahan-Bahan:

300 gram ayam (campuran bahagian isi dan tulang

3 sudu besar minyak masak

1 sudu besar cili kisar

2 ulas bawang putih (diketuk)

1 cm halia (hiris nipis)

1 sudu besar kicap manis

1 sudu besar sos cili

1 sudu kecil pes tomyam

1 helai daun limau purut

1 batang serai (dititik)

5 biji cili api (dititik)

1/2 labu bawang besar (hiris kasar)

sedikit air

sedikit sos ikan (optional)

sayur (bunga kubis,kacang panjang dan capsicum hijau)

Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halia dan cili kisar dan pes
tom yam hingga naik bau.
2. Masukkan ayam dan kacau selama 2-3 atas api yang besar.
3. Masukkan bahan-bahan lain beserta air, kacau hingga kuah menjadi pekat.
4. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih yang panas.
Tips:
Kalau nak pedas boleh tambah cili api.
AYAM MASAK KUNYIT

Bahan-Bahan:

300g ayam, bahagian dada

4 batang kacang panjang, potong 2 inci

1 sudu kecil serbuk kunyit

2 senduk minyak masak

1 biji bawang besar, hiris nipis

2 ulas bawang putih, hiris nipis

1 biji bawang merah, hiris nipis

1 biji cili merah, hiris nipis

Cara Penyediaan:
1. Potong dada ayam kepada kiub kecil. Gaulkan dengan serbuk kunyit dan sedikit
garam. Perap selama 5 minit.
2. Panaskan minyak dan goreng dada ayam di atas api yang besar. Kacau dengan
kerap supaya tidak mudah keras dan hangus. Masukkan bawang putih dan bawang
merah. Teruskan mengacau.
3. Apabila ayam hampir masak masukkan cili merah, bawang besar dan kacang
panjang. Taburkan dengan sedikit gula.Kacau selama 1 minit, angkat dan hidang.
Tips:
Jangan goreng terlalu lama kerana isi ayam akan menjadi keras.

Resepi Mudah: Ayam Goreng Mayonaise


6 March 2014 by ctfand 17 Comments
Resepi ayam goreng mayonaise ni amat simple dan sangat mudah. Sesuai sangat bagi ibu-ibu
yang sibuk macam aku..
Bahan-bahannya:
10 sayap ayam
3 sudu makan penuh mayonaise
2 sudu makan sos tiram
3 sudu makan tepung jagung
2 @ 1 sudu makan gula ikut cita rasa nak manis ke tak..
1 sudu teh garam
2 ulas bawang putih tumbuk lumat
Cara-Cara:
1. Ayam di basuh, toskan airnya agar adunan tidak berair nanti.
2. Gaulkan ayam bersama mayonaise, sos tiram, gula, garam dan bawang putih. Masa ni
memang dah terhidu bau sedap ayam yang bakal digoreng. Kalau nak perap dalam setengah jam
pun boleh, tapi kalau nak cepat, tak perap pun tak apa.
3. Masukkan tepung jagung. Gaul lagi.

4. Goreng macam biasa. Pastikan api sederhana supaya ayam masak dengan sempurna.
5. Sedia untuk dihidang dan dimakan begitu saja!
Tambahan
Tentang gula, kalau nak manis bubuh lebih, kalau tak, kurangkan. Macamana nak tau rasa manis
masin sesuai atau tak? Goreng 2 3 ketul dulu, tak ngam..tambah lagi.. Kadar mayonaise dan sos
tiram tu pun sebenarnya boleh diubah mengikut kesesuaian rasa masing-masing.
Yang pastinya, ayam goreng mayonaise ini akan sedikit melekit dan lembab sebab adanya
kombinasi mayonaise, sos tiram dan tepung jagung tadi. Bawang putih pula menyempurnakan
bau dan rasa.
Biasanya, aku goreng ayam sampai nampak sedikit coklat kehitaman, tapi, bukanlah pada
keseluruhan sayap ayam, dan bukan juga hangus. Kalau hangus jadi pahit pulak. Rasa ayam akan
lebih sedap dengan rupa ni sebab manis tu keluar. Macamana nak cakap ni..harap korang
fahamlah.. Minta maaf sangat-sangat gambar belum ada. InsyaAllah, dalam masa terdekat aku
uploadkan gambar..

Anda mungkin juga menyukai