Anda di halaman 1dari 53

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN,

27200 KUALA LIPIS, PAHANG DARUL MAKMUR

TUGASAN KERJA KURSUS


PROGRAM:

NAMA GURU

PROGRAM PENSISWAZAN GURU

NOMBOR KP: 670819-06-5084

IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN

ANGKA GILIRAN: 2012111360080

KEPUJIAN / SEMESTER 6, 2014

NAMA GURU

: ROSLAH BINTI ISHAK

: SABARIAH BINTI

BAHRUM
NOMBOR KP: 750318-10-566
ANGKA GILIRAN: 2012111360082

KURSUS: BMM 3033

KUMPULAN/UNIT:

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU

PSV AMBILAN FEBRUARI 2012

SEKOLAH RENDAH

TARIKH MULA:

TARIKH HANTAR:

10.08.2014

NAMA PENSYARAH:

ENCIK ABDUL MAJID BIN MIN

27.09.2014

B. ISI KANDUNGAN
BIL
i).
ii).
iii).
iv).
v)
1.0
1.1
1.2
2.2
3
3.1
3.2
4
5

PERKARA
Borang Maklum Balas Kerja Kursus
Isi Kandungan
Biodata Guru
Penghargaan
Soalan Tugasan
Pendahuluan
Pengenalan
Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian
Analisis Soalan
Taksonomi Bloom dan Domain Krathwohl
Taksonomi Bloom
Domain Krathwohl
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU
JSU Soalan Bahasa Melayu Tahun 5
JSU Soalan Bahasa Melayu Tahun 6
Refleksi
Rujukan

MUKA SURAT
A
B
C
D
E
5
5
11
17
20
21
22
24
25

C. BIODATA GURU

NAMA

ROSLAH BINTI ISHAK

NO. KP

670819-06-5084

NAMA SEKOLAH

SK FELDA LURAH BILUT, BENTONG PAHANG

NO. TEL. SEKOLAH :

09 2377355

NO. TEL PERIBADI

0I7 950 3445

OPSYEN

PPG AMBILAN FEBRUARI 2012


SEMESTER 5, 2014

UNIT

PSV

SUAMI / WARIS

ROSLAN BIN ENDOT

ALAMAT

:NO.5, RUMAH KEDAI,


JALAN SULTAN HAJI AHMAD SHAH,
28800 LURAH BILUT, BENTONG PAHANG

.BIODATA DIRI
3

NAMA

SABARIAH BINTI BAHRUM

NO.I/C

750318-10-5666

UNIT

PSV1

AMBILAN

FEBRUARI 2012

ALAMAT SEKOLAH :

SK. FELDA LURAH BILUT, 28800 BENTONG, PAHANG.

NO.TEL SEKOLAH

09-2377355

ALAMAT RUMAH

NO:983, JALAN DESA DAMAI 37,TAMAN DESA DAMAI,


28700 BENTONG, PAHANG.

NO. H/P

012-9013120

E-mail

sabariahbahrum@gmail.com

D. PENGHARGAAN
Assalamualaikum wrt.
Syukur alhamdulillah saya panjatkan kepada Allah S.W.T kerana, dengan limpah dan
kurnia-Nya maka kami telah dapat menyiapkan tugasan yang diberikan ini dengan sebaiknya.
Di kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga
kepada pensyarah yang dihormati, Encik Abdul Majid bin Min di atas bantuan, bimbingan dan
nasihat yang sentiasa diberikandari masa ke semasai. Tidak lupa juga ucapan setinggi-tinggi
penghargaan kepada beliau, kerana bimbingannya yang telah banyak membantu kami di dalam
menyempurnakan tugasan ini. Juga ingin kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis,
Pahang dan Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah memberikan peluang kepada kami
untuk menyambung pelajaran di sini.
Seterusnya sekalung budi dan ucapan terima kasih ditujukan khas kepada ahli keluarga
dan rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak memberikan dorongan dan bantuan di
sepanjang tempoh pengajian ini. Tidak ketinggalan juga diucapkan ribuan terima kasih kepada
rakan-rakan sekerja kerana sangat memahami dan turut meluangkan masa bagi menjadi
rujukan kepada kami menyiapkan tugasan ini.
Sesungguhnya tanpa jasa anda semua, tidak mungkin kami dapat menyempurnakan
tugasan ini tanpa sebarang kesulitan. Semoga Allah S. W. T memberkati segala kerjasama dan
bantuan yang telah diberikan sepanjang kami menyiapkan tugasan ini.
Sekian, terima kasih.

Roslah binti Ishak

Sabariah binti Bahrum

1.0 PENDAHULUAN
Tugasan ini dibuat bagi menghuraikan konsep pentaksiran, pengujian dan penilaian
dalam pengajaran Bahasa Melayu sekolah rendah. Pentaksiran ialah proses mendapatkan
maklumat dan membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Pengujian
pula ialah satu kaedah pengukuran dan ianya dijalankan dengan sistematik.Ia dilaksanakan
dalam tiga peringkat iaitu sebelum, semasa dan selepas. Penilaian pula merupakan satu proses
akhir bagi mengetahui dan memperolehi maklumat kuantitatif bagi guru menentukan dan
membuat pertimbangan dalam menilai kendiri seorang pelajar. Soalan yang di analisis ialah
soalan peperiksaan penilaian P3 bagi Tahun 5 dan Tahun 6 bagi Ogos 2014 yang baru berlalu.
Soalan ini di analisis mengikut aras Taksonomi Bloom. Konsep Taksonomi Bloom ialah konsep
soalan yang bertujuan untuk pendidikan.Ianya disusun pertama kali nya oleh Benjamin S.Bloom
pada tahun 1956 dan nama Bloom itu di ambil sempena nama beliau. Jadual Spesifikasi Ujian
dan Ujian Soalan Bahasa Melayu bagi Tahun 5 dan Tahun 6 juga perlu dibuat bagi
melengkapkan lagi tugasan ini. Dalam tugasan ini, kami dikehendaki menilai dan memilih jenis
dan kaedah penilaian kemahiran bahasa dan sistem Bahasa Melayu dan melaksanaka
pemarkahan Ujian Bahasa Melayu.Aras Taksonomi Bloom adalah pilihan terbaik bagi semua
guru dalam membuat pentaksiran, pengujian dan penilaian bagi pelajar mereka. Penanda aras
yang digunakan juga meliputi keseluruhan pelajar dan amat sesuai digunapakai dalam sistem
pembelajaran masa kini.
1.1 PENGENALAN
Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah merupakan subjek yang memperjelas dan
memfokuskan teknik-teknik dalam mengaplikasikan pengertian dan konsep pentaksiran,
pengujianan dan penilaian. Disamping itu, pembelajaran subjek ini juga menekankan tentang
taksonomi Bloom dan juga domain Krathwohl dalam pembinaan jadual spesifikasi ujian dan
soalan ujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu secara khusus.Selain itu, cara penilaian dan
pemilihan jenis dan kaedah penilaian kemahiran bahasa dan sistem Bahasa Melayu dalam
melaksanakan pemarkahan ujian Bahasa Melayuturut ditekankan secara terperinci. Penjelasan
konsep dan prinsip pengujianan, penilaian dan pengukuran serta teori-teori kognitif, afektif dan
psikomotor turut terkandung sebagai agenda utama dalam pembelajaran subjek ini.
Untuk merealisasikan hasil pembelajaran subjek ini, satu tugasan berkaitan pembinaan
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dilaksanakan dengan berpandukan pada soalan kefahaman dan
6

penulisan Bahasa Melayu bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah,Lembaga Peperiksaan


Malaysia. Oleh yang demikian, kefahaman mengenai definisi dan konsep pembinaan JSU ini
dapat diperjelaskan dengan lebih lanjut lagi. Di samping itu, huraian ciri-ciri JSU yang berkualiti
dan sejauh mana keberkesanan JSU yang dibina turut ditekankan dalam penghasilan tugasan
ini bagi membantu meningkatkan prestasi pengajaran Bahasa Melayu di sekolah.Semoga, hasil
tugasan ini dapat memberi manfaat kepada semua yang berkenaan dalam menjayakan usaha
memartabatkan Bahasa Melayu dalam pengajaran kepad aseorang pendidik.

1.2

KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN


Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam

dunia pendidikan.Menurut Sumini (2002), penilaian dan pengujian amat penting dalam bidang
pendidikan kerana maklumat yang terhasil daripada langkah mengadakan penilaian dan
pengujian dapat memberi maklum balas setakat manakah pencapaian pelajar telah ditunjukkan.
Sering kali istilah ini bertukar ganti digunakan.Namun, sesetengah guru masih berpendapat
apabila mengedarkan kertasujian, maka mereka mengukur prestasi pelajar atau menilai
prestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah tanpa mengambil hirau maksud sebenar atau
maksud khusus yang mendukung istilah berkenaan.Khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan
mempunyai makna yang lebih spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan. Menurut
Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untukmemerhati perlakuan atau
tingkah laku seseorang individu dan menghuraikan dengan bantuan skala bernombor, atau satu
sistem yang berkategori. Ini dikukuhkan lagi oleh Milagros (1981) dipetik dalam Raminah
(1991), ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh
murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan dan maklumat yang diperolehi
daripadanyaakandijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan.
Pengukuran membaw amaksud yang lebih luas berbanding pengujian. Pengukuran
membawa definisi sebagai suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik
(melalui angka) tentang sebanyak mana individu atau pelajar mempunyai sesuatu ciri yang
diukur dengan menggunakan alat tertentu (Mohd Isha,2007). Ini bersamaan dengan Najib
(2011), tujuan utama pengukuran adalah untukmendapatkan data (status) yang boleh dijadikan
landasan penilaian. Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang
sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu
7

objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Sebelumnya, Popham (1975) menyatakan
penilaian yang sistematik perlu mempunyai satu tafsiran yang formal tentang nilai fenomena
pendidikan.
Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik ialah dengan mengambil kira semua
faktor

yang

boleh

mempengaruhi

maklumat

atau

dapatan

yang

diperolehi

supaya

dapatmembantu guru dalam membuat sebarang keputusan yang tepat.Ini bertepatan dengan
kenyataanRaminah

(1991),

untuk

memastikan

pengajaran

dan

pembelajaran

dapat

meninggalkan kesan yang menggalakkan, maka penilaian dan pengujian yang dijalankan
mestilah terancang dan sistematik supaya tindakan susulan dapat diputuskan.Popham (2000)
menyatakan istilah-istilah pengukuran, pengujian dan penaksiran digunakan secara silih
berganti dan dianggap sebagai sinonim.
Kini istilah pentaksiran mula digunakan dalam penilaian pencapaian. Pentaksiran
melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan kepada suatu peraturan atau piawaian.
Pentaksiran, yang merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran, merangkumi aktiviti
menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemahkan maklumat tentang
pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia,
2000). Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai
untuk memastikan keadilan kepada pelajar dan juga untuk mengekalkan kewibawaan institusi
pentaksiran.Sistem

pendidikan

di

Malaysia

berpaksikan

Falsafah

Pendidikan

Kebangsaan(FPK)termaktub ke arah usaha berterusan melahirkan warganegara yang


mempunyai imbangan pengetahuan dan kemahiran, sains dan teknologi, nilai-nilai rohani dan
moral yang positif, bertanggungjawab , berdaya cipta, inovatif, kreatif, fleksibel dan berupaya
memberi sumbangan berkesan kepada pembangunan negara yang berharmoni, makmur dan
bersatu.
Maka proses penilaian hendaklah dijalankan secara berterusan sama ada secara formal
atau tidak formal. Kronologi perkembangan sistem pendidikan negara dapat dilihat pada
langkah utama yang dilakukan Kerajaan Perikatan selepas negara Merdeka pada 31 Ogos
1957 iaitumembetulkan dan menyusun kembali sistem pendidikan yang diwarisi daripada
penjajah Inggeris dengan mengadakan dasar-dasar pendidikan yang diperkukuhkan oleh
perlembagaan dan undang-undang. Bermula dengan cadangan dasar yang dikemukakan oleh
Laporan Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1960) telah termaktubnya Akta Pelajaran
8

1961 (Sufean, 1996).Antaranya adalah Dasar Pelajaran Kebangsaan yang menggariskan 3


asas utama bagi mencapai matlamat pelajaran negara. Pertama mewujudkan sistem
persekolahan yang sama bagi semua kanak-kanak; kedua menggunakan Bahasa Kebangsaan,
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua sekolah kecuali peringkat rendah dan
ketiga menggunakan kurikulum serta peperiksaan yang sama kandungannya dan bercorak
kebangsaan bagi semua sekolah dan struktur persekolahan yang lebih kemas dan rasional
(Hussein, 1993). Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) berperanan dalam merancang,
membina dan mengeluarkan semua bentuk pengujian dan pengukuran berlandaskan
FalsafahPendidikan Kebangsaan (FPK) .Ia juga bertindak memberikan khidmat nasihat,
khidmat bantu dan khidmat rundingan kepada pihak sekolah atau pengurusan berkaitan
denganpengujian pendidikan (LPM, 2000).
Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) menetapkan peperiksaan merupakan satu aktiviti
untuk menilai keberkesanan proses pengajarandan pembelajaran (Hussein, 1993). Aktiviti ini
tidak dapat dipisahkan daripada sistem pendidikan di mana sekalipun. Kenyataan ini disokong
oleh Abdullah (1989) yang menyatakan bahawa cara utama untuk mengetahui sama ada
pembelajaran telah berlaku dalam bilik darjah ialah menggunakan ujian dan penilaian. Menurut
Ee Ah Meng (1996), ujian adalah penting untuk menilai kemajuan pelajar dan kejayaan guru.
Selain itu, ia juga dapat mengesan kebolehan dan kelemahanpelajar. Kenyataan ini bersamaan
denganGronlund (1982) dipetik dalam Miller et. al (1998) di mana aspek pengujian dan
penilaian dalam pengajaran adalah sama pentingnya dengan proses pengajaran guru di dalam
bilik darjah. Menurut Raminah (1991), pengujian dan penilaian dapat memberikan maklumat
setepat mungkin tentang prestasi pencapaian seseorang pelajar. Justeru itu, untuk
mendapatkan hasil yang terbaik ianya mestilah dirancang, digubal, ditadbirkan dan
diintepretasikan mengikut prinsip-prinsip berikut: kesahan, kebolehpercayaan dan keobjektifan.

Penilaian
Pentaksiran

Pengujian

Rajah 1: Kaitan antara Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian

1.3

ANALISIS SOALAN

SET 1 : SOALAN BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN) TAHUN 5


NAMA KELAS
JUMLAH MURID
NO. SOALAN

1
2
3
4
5
6
7
8

: 5 SATRIA
: 30 ORANG
JUMLAH MURID

NO. SOALAN

JUMLAH MURID

YANG MENJAWAB

YANG MENJAWAB

SALAH
8
5
5
2
0
0
0
3

SALAH
10
8
9
7
8
7
6
5

21
22
23
24
25
26
27
28

10

9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20

4
0
9
3
0
0
3
9
2
0
2
0

29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40

4
8
4
0
2
0
5
3
4
0
8
4

SET 2 : SOALAN BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN) TAHUN 6


NAMA KELAS

: 6 SATRIA

JUMLAH MURID

: 33 ORANG

NO. SOALAN

JUMLAH MURID

NO. SOALAN

YANG MENJAWAB
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20

SALAH
5
4
4
1
0
0
0
2
3
0
8
2
0
0
2
8
1
0
1
0

JUMLAH MURID
YANG MENJAWAB

21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40

SALAH
9
7
8
6
7
6
5
4
3
7
3
0
1
0
4
2
3
0
7
3

11

TAKSONOMI BLOOM DAN DOMAIN KRATHWOHL

2.1

TAKSONOMI BLOOM
Taksonomi Bloom menitik beratkan aspek kognitif atau pengetahuan.Ia bercorak hierarki

(tahap rendah ke tahap tinggi). Guru akan membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap
berfikir pelajar. Kebanyakan ujian di dalam bilik darjah adalah bertujuan untuk mengetahui
tahap kognitif pelajar sahaja. Menurut Benjamin S. Bloom, aras kognitif boleh dibahagikan
kepada 6 tahap, iaitu Pengetahuan, Kefahaman, Penggunaan, Analisis, Sintesis dan Penilaian.
Aras Taksonomi Kognitif Bloom (1956)
Peringkat-peringkat bidang kognitif :

12

1. Pengetahuan
Mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi, teori, hukum, tarikh, peristiwa
dan lain-lain daripada pembelajaran lepas.Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan
ialah menyatakan, menerangkan, menamakan dan melabelkan.
Peringkat Pengetahuan
Tujuan:
Mengingat semula pelajaran yang telah dipelajari tanpa berlaku perubahan.
Objektif umum:
Supaya pelajar tahu fakta / pengetahuan
Objektif khusus:
Menyatakan , melabelkan, menuliskan.
Ciri soalan:
Memerlukan calon mengingat semula.Jawapan calon adalah menggunakan bahasa asal.
13

Contoh kata kerja:


Labelkan, Senaraikan, Nyatakan, Manakah, Apakah, Berikan, dll.
Contoh soalan:
Apakah maksud perkataan leka ? A. Malas B. Pandai C. Sakit D. Cuai
2. Kefahaman
Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain, menyatakan ideaidea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep dan
menterjemah draf. Istilah atau kata tugas yang digunakan ialah memilih, menerangkan dan
menulis semula.
Peringkat Kefahaman
Arasnya tinggi sedikit daripada aras pengetahuan
Perkara penting:
Menterjemahkan, memberikan tafsiran, ekstrapolasi.
Tujuan:
Memahami sesuatu bahan, menjelaskan dan menterjemahkan
Objektif umum:
Supaya memahami, menjelaskan, menterjemah, mentelaah
Objektif khusus:
Menjelaskan, menerangkan, menulis semula, merumus
Jenis :
Jelaskan , Bacakan, Bandingkan, Ringkaskan
Ciri soalan :
Memerlukan calon memahami fakta dan menghuraikannya, memberi contoh atau ilusitrasi
dalam bahasanya sendiri.
Contoh kata kerja:
Terangkan, jelaskan, Huraikan, Tukarkan, Mengapakah, dll.
Contoh soalan:
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi pernyataan di bawah. Ali seorang murid yang nakal
dan pemalas. Ibu bapa dan gurunya selalu menasihatinya tetapi usaha ibu bapa dan gurunya
sia-sia. A. Ada ubi ada batas B. Bagai mencurah air di daun keladi C. Ada undang di sebalik
batu D. Banyak udang banyak ragam

14

3. Aplikasi
Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah
menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori dan formula. Membina graf daripada data dan lainlain.
Peringkat Aplikasi
Menggunakan pengetahuan / maklumat mujarat (abstrak ) untuk menyelesaikan masalah yang
berbentuk maujud (konkrit)
Objektif umum : Menggunakan
Objektif khusus : Menggunakan, menyelesaikan, mengira
Jenis :
Bagaimanakah , berikan Menekankan penggunaan kaedah, hukum, prinsip dan teori.
Ciri soalan :
Memerlukan calon menyelesaikan masalah non routine atau masalah baru. Ciri soalan adalah
problem- solving. Masalah diselesaikan dengan cara tersendiri menggunakan gabungan teori,
pengalaman dan pelbagai kaedah penyelesaian masalah yang mempunyai unsur persamaan.
Contoh kata kerja :
Selesaikan, Binakan, Carikan, Tunjukkan, Kirakan,Demonstrasikan, dan lain-lain
Contoh soalan peringkat aplikasi:
1.Cara baik untuk meminjam pensel dari rakan .

" Lya, pinjam pensil kau. Pensil kau mana? Aku nak guna". "Lya,boleh saya pinjam
pensel kamu?". Mengambil tanpa meminta kebenaran.

2. Pilih jawapan yang betul bagi soalan yang bergaris.

Adakah sekolah kita memenangi pertandingan itu? . Sekolah kita memenangi


pertandingan itu. Ya, sekolah kita memenangi pertandingan itu Ya, sekolah itu
memenangi pertandingan itu Sekolah kamu memenangi pertandingan itu.

4. Analisis
Sesuatu yang kompleks akan dipecahkan kepada yang kecil, membezakan fakta
daripada pendapat, kaitan kenal antara bahagian tertentu dan mengenali struktur organisasi.

15

Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah membezakan, memastikan dan
memilih.
Peringkat Analisis
Merujuk kepada kebolehan menceritakan dan menyusun perkara-perkara yang telah dipelajari
kepada beberapa bahagian.
Tujuan :
Menaakul sebab dan musabab (akibat) Meleraikan sesuatu komunikasi kepada beberapa
bahgian
Objektif umum : Mencerakinkan, menaakul, menjelaskan, menilai kerelevanan fakta
Objektif khusus : Mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan dan menjelaskan struktur
dan organisasi.
Contoh soalan :
Yang manakah antara berikut tidak menjelaskan kriteria dengan betul? Yang manakah antara
berikut merupakan kata kerja ? Kosa kata yang digunakan Bezakan, Bandingkan , Asingkan,
Tafsirkan, Klasfikasikan Sebab. Mengapa? Huraikan. Menaakul Mencerakinkan.

5. Sintesis
Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, berusaha tersendiri menyelesaikan
masalah, membuat ramalan dan membuat klasifikasi. Istilah atau kata tugas yang digunakan
dalam soalan ialah membina, menghasilkan, menyusun dan mengembangkan.
Peringkat Sintesis
Menguji kebolehan calon mencantumkan , menggabungkan dan mengintegrasikan fakta-fakta/
idea-idea yang berkaitan.
Tujuan :
Membentuk sesuatu yang baharu.
16

Objektif umum : Menulis karangan , mencadangkan sesuatu pandangan, menghasilkan karya.


Objektif khusus : Menggabungkan, Mengubah, Mereka Cipta, Merancang, Menulis, Mencipta
Kosa kata yang popular digunakan : Gabungkan, Mereka Bentuk, Kumpulkan, Susunkan,
Gubahkan, Karangkan
Contoh :
Mencadangkan, senaraikan beberapa cara anda boleh mengatasi masalah itu. Mencipta,
Huraikan satu perncangan yang boleh membuktikan.
Contoh Soalan Peringkat Sintesis :
Sabrina lahir pada 28 Febuari 1989. Tahun bilakah dia menduduki peperiksaan awam SPM?
1999 2002 2003 2006 Susun semula baris-baris pantun di bawah supaya menjadi pantun yang
lengkap.
Budi yang baik dikenang juga,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Pulau Pandan jauh ke tengah.
______________________________,
______________________________ ,
______________________________ ,
______________________________ .
6. Penilaian
Membuat pertimbangan, termasuk memberi rasional berdasarkan alasan dalaman atau
luaran, mentafsir dan mengkritik. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah
memilih, memberikan alasan dan kritikan serta membuktikan.
Peringkat Penilaian
Menguji kebolehan calon, membuktikan, menilaikan, mengesahkan, mengkritikan, memberikan
pendapat sesuatu pernyataan dan sebagainya.
Tujuan :
17

Membuat penilaian dan pertimbangan berdasarkan kriteria tertentu Objektif umum :


menimbangkan nilai, ketekalan dan kecukupan data. Objektif khusus : menilai, membuat
pertimbangan
Jenis : Sejauh mana, menilaikan, apa pendapat anda
Contoh :
Beri pendapat anda mengenai cerita tersebut. Sejauh manakan kebaikan menggunakan kereta
ke kuliah?
Contoh Soalan peringkat Penilaian :
Pada pendapat anda mengapakah setiap kumpulan mestilah menghantar nama ahli kumpulan
mereka awal?

Supaya mereka dapat hadiah. Menunjukkan mereka sangat berminat.

Setiausaha sibuk pada bulan April nanti. Kerana hanya 80 nama pertama akan diterima.

Rajah 2 : Hierarki Taksonomi Bloom


2.2

DOMAIN KRATHWOHL
Taksonomi Krathwohl termasuk di dalam domain afektif yang meliputi emosi, sikap, dan

nilai murid. Pengasas bagi taksonomi ini adalah David R. Krathwohl.

18

TAKSONOMI DOMAIN AFEKTIF (KRATHWOHL)


Bidang ini ialah mengenai perasaan, emosi, dan perkara yang kurang nyata dalam
sesuatu mata pelajaran. Perasaan murid yang suka atau benci akan sesuatu mata pelajaran
amat penting dalam pengajaran guru. Perasaan afektif adalah lebih kekal dan mendalam
kesannya daripada kebolehan kognitif. Disusun oleh David R. Krathwohl, Benjamin S. Blom dan
Bertam B. Masia.
Hierarki Kontinum afektif :
i.

Penerimaan (pemerhatian)
Merupakan kesedaran, kesanggupan menerima dan perhatian yang terkawal atau

terpilih.Di peringkat ini, murid diberi rasa kesedaran mengenai adanya sesuatu fenomena dan
rangsangan; agar sanggup menerima dan memberi perhatiannya kepada fenonema, atau
rangsangan itu. Sesuatu pembelajaran murid mengenai perkara-perkara afektif yang membawa
kepada satu sistem nilai.
Kategori ini terbahagi kepada tiga, iaitu ; Kesedaran, Kesanggupan Menerima dan
Perhatian Yang Terkawal, atau terpilih satu kontinum dari yang pasif, hinggalah ke peringkat
kesanggupan menerima fenomena, atau rangsangan itu, hingggakan murid dapat mengarahkan
perhatiannya kepada rangsangan yang dipilihnya.
ii.

Membalas
Merupakan persetujuan pasif ketika membalas, kesanggupan membalas dan kepuasan

membalas Apabila murid memberi nilai, atau menilai sesuatu benda, fenomena, atau tingkah, ia
menghargai perkara-perkara. Di peringkat ini, tingkahlaku murid sudah stabil dan telah
membentuk ciri-ciri kepercayaan, atau sikap. Di sini yang dipentingkan bukan perhubungan
nilai-nilai yang dihargai, tetapi perihal menyebatikan nilai-nilai, atau ideal tertentu dalam diri.

19

iii.

Menghargai
Menghargai merupakan penerimaan sesuatu nilai, lebih suka akan sesuatu nilai dan

komitmen (kepercayaan). Tingkahlaku menghargai, atau memberi nilai di peringkat ini adalah
atas dorongan dirinya sendiri dan komitmen kepada nilai yang dihargainya.
iv.

Organisasi
Organisasi merupakan mengkonsepi sesuatu nilai dan mengorganisasi sesuatu nilai.Ia

dinilaikan oleh kebolehan membuat penilaian dan memberi penghargaan terhadap sesuatu
benda atau tingkah laku. Ianya juga berdasarkan penghayatan atau nilai estetik. Terdapat tiga
kategori iaituPenerimaan dimana murid menginginkan sesuatu yang baik. Kedua ialah
Pemilihan iaitu usaha memperolehi sesuatu nilai yang telah dipilih dan ketiga ialah Penglibatan.
v.

Perwatakan oleh sesuatu nilai atau kompleks nilai


Perwatakan Perubahan tingkah laku pelajar

selepas proses pengajaran dan

pembelajaran. Kategori perwatakan Set am- kebolehan mengekalkan nilai-nilai. Perwatakan


disiplin diri, dapat menyelesaikan masalah-masalah.
Aras taksonomi Krathwohl
i.

Penerimaan
Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian. Tindakan pelajar

mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan peristiwa atau
persekitaran yang berhubung dengan domain afektif. Konteks pengajaran menekankan kepada
kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab
dengan lengkap.

20

ii.

Gerak balas
Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai

dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa membina


beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.
iii.

Menilai
Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah

dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan. Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun


dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan.
iv.

Organisasi
Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai

dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa membina


beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.
3.0

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)


Jadual Spesifikasi Ujian atau JSU merupakan aspek penting dalam penyediaan sesuatu

ujian. Guru-guru di sekolah seringkali membina soalan-soalan ujian secara spontan dan tidak
terancang. Ujian yang tidak mempunyai perancangan yang rapi biasanya tidak mempunyai
kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Cara yang baik untuk merancang sesuatu ujian
adalah dengan menyediakan JSU yang merupakan rancangan persediaan item/ soalan. JSU
dikenali juga sebagai Test Blue Print dan Test Specification. JSU merupakan matrik dua paksi
iaitu paksi Kandungan (menegak) dan paksi Aras Kemahiran (melintang).

Definisi / Konsep Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU)

Kandungan Ujian tentang topik-topik pelajaran.


Aras Kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan.

21

Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa mengajar

dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar.


Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus dan lain-lain.
Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran.
Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20 % - 80%.

Kepentingan JSU

3.1

Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan.


Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.
Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran.
Menentukan perseimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji.
Memberikan panduan untuk membentuk format ujian.
JSU SOALAN BAHASA MELAYU TAHUN 5
Soalan Peperiksaan P3 Tahun 2014
Bahasa Melayu Tahun 5

Bil

Bentuk Soalan - Objektif

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19

Topik / Aspek Bahasa


Morfologi Kata kerja
Kata nama
Kata ganti diri
Kata adjektif
Kata seru
Kata ganda
Kata hubung
Kata pemeri
Kata arah
Penjodoh bilangan
Simpulan bahasa
Sinonim
Antonim
Kata tanya
Homonim Kata banyak makna
Sintaksis Struktur ayat
Pola ayat
Maksud perkataan
Memahami teks
Jumlah Soalan

Aras Taksonomi

Jumlah
Item

2
1

3
2

2
1
1

2
1
1
2
1
2

1
1
1
1
2

1
1

2
1
3

6
3
2
1
3
1
1
2
1
2
1
1
1
1
2
2
1
5
1
9
40
22

3.2

JSU SOALAN BAHASA MELAYU TAHUN 6


Soalan Peperiksaan P3 Tahun 2014

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16

Kata Kerja
Kata Kerja
Kata Kerja
Kata Adjektif
KATA Adjektif
Kata Adjektif
Kata Sendi
Kata Sendi
Kata Bilangan
Imbuhan
Imbuhan
Imbuhan
Simpulan Bahasa
Kata Ganda
Kata Ganda
Penjodoh Bilangan

TABURAN

SOALAN

JAWAPAN

Sukar

SOALAN / JENIS SOALAN

ARAS

Sederhana

MAKLUMAT

Mudah

N0 SOALAN

Bahasa Melayu Tahun 6

X
X
X
X

X
X
X
X

X
X

X
X

X
X

X
X

X
X

X
X
X
X

X
X
X
X

JUMLAH SOALAN TATABAHASA


JUMLAH KESELURUHAN SOALAN
PERATUS ARAS SOALAN (%)

23

SINONIM
ANTONIM
POLISEM
POLISEM
JAWAPAN KEPADA SOALAN
SOALAN KEPADA JAWAPAN
AYAT SAMA MAKSUD
AYAT SAMA MAKSUD
PILIH AYAT YANG BETUL
PILIH AYAT YANG BETUL

SOALAN

JAWAPAN

Sukar

TABURAN

Sederhana

SOALAN / JENIS SOALAN

Mudah

N0 SOALAN
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26

MAKLUMAT

ARAS

X
X

X
X

X
X
X

X
X
X

X
X
X
X

X
X

24

27
28
29
30

PILIH AYAT-AYAT YANG BETUL


PILIH AYAT- AYAT YANG BETUL
SIMPULAN BAHASA
PERIBAHASA

X
X

X
X

X
X

JUMLAH SOALAN TATABAHASA

21

JUMLAH KESELURUHAN SOALAN

30

PERATUS ARAS SOALAN (%)

75%

REFLEKSI
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada
keluarga suami dan anak-anak tercinta atas segala pertolongan material dan sokongan moral
yang diberikan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah pembimbingan
atas segala tunjuk ajar yang diberi. Tidak dilupakan juga kepada semua yang telah membantu
secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan tugasan ini.
Tugasan pada kali ini memerlukan saya untuk menghuraikan empat jenis penilaian
bahasa dan memberi penerangan tentang Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). Selain itu, saya perlu
menyediakan satu JSU dan membina 20 item bagi ujian objektif aneka pilihan. Melalui tugasan
ini, saya dapat memahami dengan lebih lagi mengenai kepentingan menyediakan JSU sebagai
garis panduan dalam merancang soalan. Saya juga lebih jelas mengenai hubung kait antara
JSU dengan perancangan membina soalan. Sebelum ini, saya kurang memahami tentang
kepentingan menyediakan JSU namun setelah melakukan tugasan ini, saya telah dapat
memahaminya dan dapat menyediakan JSU berserta item soalan. Pengetahuan baru ini akan
memudahkan saya untuk menyediakan set soalan kepada murid pada masa akan datang.
Di samping itu, pada peringkat permulaan saya mengalami masalah mencari maklumat
yang dikehendaki oleh pensyarah. Bagi menghasilkan tugasan yang berkualiti, saya telah
mencari maklumat dari pelbagai sumber seperti buku rujukan di perpustakaan serta membuat
rujukan jurnal. Malah bagi mendapatkan maklumat yang bersifat fakta, saya perlu sentiasa
25

membuat rujukan di buku dan juga di internet bagi memilih isi yang terbaik dan bersesuaian
untuk disampaikan kepada pensyarah pembimbing.
Selain itu, rakan-rakan juga saling bekerjasama untuk berkongsi sebarang maklumat
tambahan yang diperolehi dan memberi cadangan yang munasabah kepada saya membantu
yang seterusnya mebantu saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan lebih sempurna. Saya
turut meminta pandangan dan merujuk kepada guru Bahasa Melayu dalam menyediakan JSU
serta membina item soalan. Tidak dinafikan semasa menyediakan tugasan ini, saya mengalami
kesukaran untuk menyediakan JSU dan membina item ujian objektif aneka pilihan. Ini adalah
kerana saya masih tidak jelas mengenai cara menyediakan JSU dan merancang soalan
berdasarkan kepada konsep Taksonomi Bloom. Seawalnya agak sukar

kerana saya tidak

dapat membezakan dengan baik aras di dalam Taksonomi Bloom dan kurang berpengetahuan
untuk menyediakan soalan yang bersesuaian dengan aras tersebut. Benarlah kata pepatah,
kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Tanpa usaha keras dan kesabaran,
sudah tentu tugasan ini tidak dapat disiapkan dengan jayanya mengikut tempoh yang diberi.
Semua ini menjadi peransang kepada saya untuk lebih giat berusaha pada masa-masa akan
datang.

26

RUJUKAN

Abdullah Hassan. (1987). Isu-isu Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia.

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.


Asmah Haji Omar. (1984). Kaedah Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa

Dan Pustaka.
Benjamin S. Bloom. (1989). Objektif Pendidikan. Selangor : Dewan Bahasa Dan

Pustaka.
Lee Shok Mee & Mok Soon Sang. (1989). Pengujian Dan Penilaian Dalam Pendidikan.

Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.


Mohd Najib Ghafar. (1997). Pembinaan Dan Analisis Ujian Bilik Darjah. Johor : Universiti

Teknologi Malaysia Skudai.


Mokhtar Ismail. (2009). Pentaksiran Pendidikan Edisi Kedua. Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa Dan Pustaka.


Ramina Haji Sabran. (1991). Penilaian Dan Pengujian Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa Dan Pustaka.


http://www.slideshare.net/aliskkt/24496040-pgsrbmnotamodulbmm3103bycikguruslee
http://cikguamira.blogspot.com/2011/11/kkp-bmm-3103.html
http://eprints.utm.my/32363/2/AnaHafizanDaudMFP2012CHAP1.pdf
http://tehteha.blogspot.com/2012/12/1.html
http://deela-bmm3103pbmsk.blogspot.com/2009_07_01_archive.html

27

SOALAN BM TAHUN 6 PRINT KAT CNI http://tatabahasabm.tripod.com/bank/set7.pdf


http://kamaruzamanmoidunny.blogspot.com/2012/09/taksonomi-bloom-perubahan-yang.htm

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN,27200 KUALA LIPIS,


PAHANG DARUL MAKMUR

BMM3033E
( PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH )
TUGASAN INDIVIDU
PENSYARAH:

ENCIK ABDUL MAJID B.MIN


Pensyarah Bahasa Melayu
Jabatan Pengajian Melayu
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan,
Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur
DISEDIAKAN OLEH:

SABARIAH BINTI BAHRUM (750318-10-5666 )


Program Pensiswazahan Guru ( PPG )
Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian
28

Semester 6/ 2013 Ambilan Februari 2012

TUGASAN 2
KONSEP TAKSONOMI BLOOM
Taksonomi bloom mula diperkenalkan oleh Benjamin Bloom pada tahun 1956. Taksonomi
bloom mengkategorikan kemahiran dan objektif yang ingin dicapai oleh pelajar kepada 3
domain iaitu kognitif, afektif dan psikomotor.
1)Domain kognitif digunakan untuk mengukur kemahiran intelektual.
2)Domain afektif digunakan untuk mengukur kemahiran generik, yang telah diterapkan kepada
pelajar melalui penglibatan pelajar dalam persatuan-persatuan dan juga dalam pelbagai
perbincangan secara berkumpulan seperti dalam kursus rekabentuk sistem dan sebagainya.
3)Domain psikomotor pula bertujuan mengukur kemahiran praktikal dan teknikal. Kemahiran ini
diterapkan melalui proses latihan industri, ujikaji makmal dan juga lawatan teknikal.
Kemahiran kognitif merupakan domain taksonomi yang digunakan untuk mengukur kemahiran
intelektual berdasarkan satu hirarki kognitif yang disusun dari aras rendah hingga ke aras tinggi
iaitu aras pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.Taksonomi ini
diperkenalkan pada tahun 1956 oleh Benjamin S. Bloom untuk tujuan pendidikan.
Pada asalnya, domain kognitif Taksonomi Bloom dibahagikan kepada enam aras. Namun,
sekitar tahun 1990-an, terdapat beberapa perubahan telah dilakukan secara berperingkat.
Antara perubahan yang telah dilaksanakan ialah perubahan terminologi. Sebagai contoh, tema
pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian ditukarkan kepada
mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalis, menilai dan membina.
1. Pengetahuan (Knowledge)
Mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dan lainlain daripada pembelajaran yang lepas.
Contoh: Nyatakan, terangkan, namakan, labelkan.
2. Pemahaman (Comprehension)
Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain, menyatakan ideaidea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep, menterjemah
draf.
Contoh: Pilih, terangkan, tulis semula.

29

3. Aplikasi (Application)
Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah
menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Membina graf daripada data, dan lainlain.
Contoh: Selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat.
4. Analisis (Analysis)
Memecahkan sesuatu yang kompleks kepada yang kecil, membezakan fakta daripada
pendapat, kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur organisasi.
Contoh: Bezakan, pasti, pilih.
5. Sintesis (Synthesis)
Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri, menyelesaikan masalah,
membuat ramalan, membuat klasifikasi.
Contoh: Bina, hasilkan, susun, kembangkan.
6. Penilaian (Evaluation)
Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran, menafsir
dan mengkritik.
Contoh: Pilih, berikan alasan, kritikan, buktikan

30

TAKSONOMI BLOOM MENURUT ANDERSON DAN KRATHWOHL


Pada bulan November, 1996 Lorin Anderson yang merupakan bekas anak murid Bloom
bersama David Krathwohl telah mengetuai usaha untuk mengemaskinikan Taksonomi Bloom.
Usaha ini didasarkan dengan harapan agar dapat menambah baik taksonomi ini sesuai dengan
peredaran masa dan abad ke-21. Ahli-ahlinya adalah terdiri daripada pakar psikologi kognitif,
pakar teori kurikulum, pemimpin pendidikan serta pakar pengujian dan pentaksiran. Usaha ini
telah berlangsung selama enam tahun. Akhirnya pada tahun 2001, mereka telah menerbitkan
hasil penyelidikan yang mengutarakan perubahan dalam tiga kategori iaitu istilah, struktur dan
penekanan (Forehand, 2004).
Perubahan Istilah
Rajah 1(a) menunjukkan taksonomi yang lama dan Rajah 1(b) pula mengemukakan taksonomi
bagi versi yang disemak semula. Perubahan yang paling ketara adalah terhadap istilah yang
digunakan iaitu daripada kata nama (pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan
penilaian) kepada kata kerja iaitu mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai
dan mencipta. Perubahan ini adalah berdasarkan pendapat bahawa taksonomi ini merupakan
satu proses aktif. Oleh itu kata kerja adalah lebih sesuai digunakan kerana cirinya yang
menjelaskan tentang tindakan yang dibuat.
Daripada segi istilah juga, perkataan pengetahuan telah diubah kepada mengingat.
Pengetahuan adalah hasil atau produk daripada proses berfikir, maka istilah mengingat adalah
lebih sesuai untuk menggambarkan kategori berfikir. Istilah kefahaman pula diubah kepada
memahami. Sementara itu, sintesis diubah kepada mencipta. Dalam hal ini, versi yang lama
meletakkan sintesis di bawah penilaian dalam hirarki taksonomi. Manakala bagi versi disemak
semula, mencipta merupakan puncak bagi hirarki tersebut. Dalam hal yang berkaitan, berfikir
secara kreatif (mencipta) adalah lebih kompleks daripada berfikir secara kritikal (menilai).
Seseorang murid boleh berfikir secara kritikal tanpa menjadi kreatif tetapi murid yang kreatif
memerlukan cara berfikir yang kritikal. Dengan itu, menilai seharusnya berada pada hirarki
yang lebih bawah daripada mencipta.
Istilah-istilah baru tersebut didefinisikan seperti yang terdapat dalam Jadual 1 di bawah ini.

31

Jadual 1: Istilah dan definisi bagi Taksonomi Bloom yang disemak semula
Istilah

Definisi

Mengingat

Mendapatkan kembali, mengeluar kembali dan mengingat semula


pengetahuan yang relevan daripada ingatan jangka panjang.
Contoh perkataan: Kenal pasti, Senaraikan, Ceritakan, Namakan, ...
Persoalan: Adakah murid boleh mengingat semula maklumat?

Memahami

Membina makna daripada maklumat lisan, tulisan dan grafik melalui


menginterpretasi, memberikan contoh, mengklasifikasi, membuat
ringkasan, membuat inferens, membanding dan menjelaskan.
Contoh perkataan: Buat interpretasi, Berikan contoh, Ringkaskan, Buat
parafrasa, ...
Persoalan: Adakah murid boleh menjelaskan idea atau konsep?

Mengaplikasi

Menggunakan prosedur untuk melakukan atau melaksanakan sesuatu.


Contoh perkataan: Dengan menggunakan, Laksanakan, Hitungkan, ...
Persoalan: Bolehkah murid menggunakan pengetahuan baru dalam
situasi biasa yang lain?

Menganalisis

Memecahkan bahan kepada bahagian kecil, menentukan bagaimana


bahagian-bahagian kecil berkait antara satu sama lain dan terhadap
struktur atau kegunaan umum melalui perbandingan, menyusun atur dan
attributing.
Contoh perkataan: Bandingkan, Susun atur, Susun semula, ...
Persoalan: Adakah murid boleh membezakan antara bahagian-bahagian
kecil?

Menilai

Membuat penghakiman berdasarkan kriteria dan piawaian melalui


semakan dan kritikan.
Contoh perkataan: Berikan hujah anda, kritik, sokong, ...
Persoalan: Adakah murid boleh menjustifikasikan sesuatu keputusan atau
tindakan yang diambil?
32

Mencipta

Menyatukan elemen-elemen untuk membentuk satu gagasan umum yang


koheren atau berfungsi; menyusun atur elemen ke bentuk atau struktur
baru melalui penjanaan, perancangan dan penghasilan.
Contoh perkataan: Rekakan, Binakan, Rancangkan, Hasilkan, ...
Persoalan: Adakah murid boleh menjanakan produk baru, idea baru atau
pandangan yang baru?

Perubahan Struktur
Taksonomi Bloom yang lama mempunyai hanya satu dimensi. Manakala versi yang disemak
semula terdiri daripada dua dimensi iaitu Dimensi Pengetahuan dan Dimensi Proses Kognitif.
Dimensi Pengetahuan memfokuskan kepada jenis pengetahuan yang dipelajari yang
dibahagikan kepada empat bentuk iaitu pengetahuan fakta, konsep, prosedur dan metakognitif.
Dalam hal ini, metakognitif merujuk kepada kesedaran terhadap kefahaman diri dan mampu
memperbaiki kefahaman tersebut jika berlaku kesalahfahaman. Sementara Dimensi Proses
Kognitif memfokuskan proses yang digunakan untuk belajar iaitu mengingat, memahami,
mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Jadual 2 di bawah menunjukkan hal ini.
Jadual 2: Taksonomi Bloom yang disemak semula
Dimensi
Pengetahua
n

Dimensi Proses Kognitif


Menginga
t

Pengetahua Senarai
n fakta
List

Memahami Mengaplikasi Menganalisis


Ringkaskan Klasifikasi
Summarise Classify

Aturan
Order

Menilai
Susunan
Rank

Mencipta
Gabungkan
Combine
33

Pengetahua Terangkan
n konsep Describe

Interpret
Interpret

Pengetahua Bentangkan Ramalkan


n proses Tabulate
Predict

Eksperimen
Experiment

Hurai
Explain

Taksir
Assess

Hitungkan
Calculate

Bezakan
Differentiate

Simpulkan Gubah
Conclude Compose

Rumuskan
Achieve

Tindakan
Action

Pengetahua Kegunaan Laksanakan Binakan


n metasesuai
Execute
Construct
kognitif
Appropriate
use

Rancangkan
Plan

Wujudkan
Actualise

Perubahan Penekanan
Bagi versi yang lama, Bloom menyatakan bahawa taksonomi tersebut telah digunakan secara
tidak dijangka (unexpectedly) oleh ramai orang (Bloom, 1956). Taksonomi ini sesuai digunakan
bagi murid di peringkat awal persekolahan mereka. Manakala taksonomi yang disemak semula
menekankan sasaran penggunaanya kepada pengguna yang lebih ramai. Sasaran ini
termasuklah murid di sekolah rendah, menengah serta pelajar di universiti atau kolej.
Penekanan ini berasaskan anggapan bahawa taksonomi yang disemak semula adalah alat
yang lebih tulen (authentic) untuk merancang kurikulum, penyampaian instruksional dan
pentaksiran (oz-TeacherNet, 2001) (dalam Forehand, 2004).
Contoh Ayat dan Aktiviti
Jadual 3: Contoh ayat dan aktiviti bagi taksonomi yang disemak semula
Kategori

Contoh Permulaan Ayat

Aktiviti dan hasil

Mengingat

Apakah yang berlaku selepas ...? Menyenaraikan kejadian utama.


Berapakah bilangan ...?
Membuat jadual waktu peristiwa.
Apakah yang dimaksudkan...?
Membuat carta drpd fakta.
Siapakah orang ...?
Menulis senarai drpd maklumat
Namakan ...?
yang boleh diingat.
Ceritakan apakah yang berlaku... Membaca sajak/puisi.
Siapakah yang bercakap ...?
Manakah yang benar atau palsu...?
Kenal pasti siapa...?
Namakan semua bahan ...?

Memahami

Tuliskan dalam ayat anda sendiri. Menggunting atau melukis gambar


Terangkan...
untuk menunjukkan peristiwa.
Apakah yang anda rasa akanMelukis kartun untuk menunjukkan
berlaku selepas ini?
turutan peristiwa.
Siapakah yang anda fikir ...?
Menulis
dan
membuat
Apakah idea utama ...?
persembahan berdasarkan satu
Lakarkan jalan cerita ...?
cerita.
34

Terangkan
tersebut ...?

mengapa

watakMenceritakan peristiwa dgn ayat


sendiri.
Menulis laporan ringkas.
Menyediakan carta alir.
Membuat buku mewarna.

Mengaplikasi

Adakah anda tahu maklumat lainBina


satu
model
untuk
tentang ...?
menunjukkan ...
Bolehkah
anda
kumpulkanBuat
satu
diorama
untuk
mengikut ciri seperti ...?
menunjukkan ...
Apakah faktor yang anda akanBuat buku skrap berkaitan ...
ubah jika ...?
Buat model tanah liat ...
Apakah soalan yang anda akanAmbil koleksi gambar foto untuk
tanya ...?
menunjukkan ...
Daripada
maklumat
tersebut,Bina sebuah puzzle game.
bolehkah anda membina setTuliskan buku teks berkaitan
arahan ...?
topik ...

Menganalisis

Peristiwa yang manakah tidakMereka bentuk soal selidik untuk


seharusnya berlaku?
mendapatkan maklumat.
Jika
...
berlaku,
apakahMenulis iklan untuk menjual produk.
kemungkinan penamatnya?
Membuat
carta
alir
untuk
Bagaimana ... sama seperti ...?
menunjukkan peringkat kritikal.
Apakah kemungkinan lain ...?
Membina graf untuk menunjukkan
Mengapakah
...
perubahanmaklumat khusus.
berlaku?
Membuat family-tree untuk
Terangkan apa yang sepatutnyamenunjukkan pertalian.
berlaku ...?
Membuat drama ttg apa yang
Bolehkan anda bezakan ...?
dipelajari.
Apakah punca di sebalik ...?
Menulis biografi orang yang dikaji.
Apakah masalah dihadapi ...?
Menyediakan laporan.

Menilai

Adakah lebih baik ...?


Melaksanakan debat.
Berikan hujah anda ...
Menulis buku peraturan dan
Pertahankan pernyataan ...
yakinkan pembaca.
Adakah baik atau buruk ...?
Menubuhkan
panel
untuk
Bagaimanakah
anda
akanmembincangkan pandangan.
mengatasi masalah ....?
Menulis surat nasihat terhadap
Apakah perubahan yang ...?
keperluan perubahan.
Adakah anda percaya ...?
Menulis Laporan Tahunan.
Apakah
yang
anda
rasa,Menyediakan kertas kes untuk
sekiranya ...?
menjelaskan pandangan.
Setakat
manakah
35

keberkesanan ...?
Sejauh manakah anda yakin ...?
Mencipta

Hasilkan satu binaan ...


Mencipta mesin.
Cadangkan satu penyelesaianMereka bentuk bangunan.
munasabah ...
Mereka produk baru.
Apakah akan berlaku sekiranya .? Menulis tentang perasaan...
Kemukakan kertas cadangan ...
Menulis cereka, lagu, sajak...
Berapa banyak carakah ...?
Mereka bentuk kulit album

Kepentingan Taksonomi Bloom


Taksonomi Bloom yang terdiri daripada enam aras telah digunakan sejak lama dahulu oleh guru
di merata dunia. Taksonomi ini merupakan pengelasan secara sistematik bagi proses berfikir
dan belajar. Pengelasan ini membantu guru mengukur keupayaan murid mereka. Aras yang
tinggi dalam hirarki, memerlukan penguasaan terhadap aras yang lebih rendah. Contohnya, jika
seseorang murid itu mampu menyelesaikan masalah berkaitan aktiviti menganalisis; maka
mereka dianggap telah menguasai hirarki yang lebih bawah iaitu aktiviti mengingat, memahami
dan mengaplikasi.
Dengan perkembangan drastik dalam bidang pendidikan, taksonomi yang disemak
semula menyediakan alat yang lebih sesuai untuk digunakan oleh guru-guru. Struktur yang baru
memaparkan konsep yang menyeluruh dan jelas berkait dengan penyelarasan antara piawaian
dan matlamat pendidikan, objektif, produk dan aktiviti (Krathwohl, 2002). Penyelarasan objektif
pendidikan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan merupakan satu keperluan. Bagi
Malaysia, penyelarasan ini telahpun berlaku dengan wujudnya sistem pendidikan kita yang
berpusat. Oleh itu, penggunaan taksonomi yang disemak semula ini bukan merupakan masalah
yang besar bagi guru-guru di Malaysia.

36

Definisi

37

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) adalah jadual atau carta dua hala yang mengandungi
senarai topik-topik dan objektif-objektif pengajaran dalam bentuk aras kemahiran yang akan
diuji.
Ia menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur yang dapat memberi
panduan serta gambaran untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan yang lengkap yang
mempunyai taburan pemberatan dan taburan aras kesukaran yang sesuai mengikut tahap bagi
membina ujian yang tinggi nilai keesahannya.
Pembinaan JSU adalah amat penting pada peringkat awal sebelum pembinaan itemitem dalam soalan ujian yang akan dilaksanakan.

Fungsi Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

1. Ujian dapat dibina secara terancang dan sistematik.


2. Sebagai panduan kepada penggubal soalan agar memudahkan membina soalan.
3. Menentukan bidang atau topik-topik dan objektif pengajaran yang perlu diuji.
4. Menentukan bidang/topik-topik dan pemberatan yang akan diberi.
5. Menentukan aras soalan dan bilangannya.
6. Menyelaras aras kesukaran dan menstabilkan taraf dan mutu ujian .
7. Menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.
8. Membolehkan perbandingan dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain.
9. Membolehkan ujian dibina oleh penggubal-penggubal lain.
10. Ujian dapat dibina secara terancang dan sistematik.
11. Sebagai panduan kepada penggubal soalan agar memudahkan membina soalan.
12. Menentukan bidang atau topik-topik dan objektif pengajaran yang perlu diuji.
13. Menentukan bidang/topik-topik dan pemberatan yang akan diberi.
14. Menentukan aras soalan dan bilangannya.
15. Menyelaras aras kesukaran dan menstabilkan taraf dan mutu ujian .
38

16. Menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.


17. Membolehkan perbandingan dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain.
18. Membolehkan ujian dibina oleh penggubal-penggubal lain.

Kepentingan JSU

1.

Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan.

Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.

3.

Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran.

4.

Menentukan perimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji.

5.

Kertas ujian dapat digubal secara sistematik.

6.

Kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran adalah terjamin.

7.

Memberi panduan untuk membentuk format ujian.

8.

Memberi panduan untuk membentuk soalan.

9.

Menstabilkan taraf serta aras kesukaran ujian dari tahun ke tahun.

10.

Mengambil kira bilangan masa yg diperuntukkan untuk sesuatu topik.

11.

Membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yg lain.

12.

Taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang;ujian meliputi keseluruhan sukatan


pelajaran

13.

Menjadikan soalan-soalan Bahasa Melayu lebih menarik.

ARAS KEMAHIRAN BIDANG KOGNITIF ITEM ANEKA PILIHAN

39

KATEGORI TAKSONOMI BLOOM

Aras kemahiran bidang kognitif


1. Pengetahuan
Menguji kebolehan calon mengingat kembali fakta, erti, istilah, prinsip, dan definisi.
contoh:Manakah, Apakah ,Siapakah, Berikan, Senaraikan dan Nyatakan .

2. Kefahaman
Menguji kebolehan calon memahami, menukar dan menjelaskan fakta, konsep,
prinsip, hukum, teori , rumus yang dipelajari.
Contoh:Huraikan, Jelaskan, Terangkan, Tukarkan, Mengapakah.

3. Aplikasi
Menguji kebolehan calon

menggunakan fakta, konsep, teori, rumus

pengetahuan dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan.


Contoh: Kirakan , Selesaikan Demostrasikan, Susunkan, Gunakan dan
Aturkan.

4. Analisis
Menguji kebolehan calon membanding dan menghuraikan faktor-faktor
kesamaan, perbezaan dan perhubungan di antara satu sama lain.
Contoh :Bezakan, Bandingkan, Asingkan ,Tafsirkan ,Bahagikan, Klasifikasikan,
Kategorikan.

5.

Sintesis
Menguji kebolehan calon

mencantumkan , menggabungkan dan

mengintegrasikan fakta-fakta atau idea-idea berkaitan.

40

Contoh:Gabungkan, Mereka-bentuk, Kumpulkan, Susunkan ,

Gubahkan

Karangkan .

6. Penilaian
Menguji kebolehan calon

membuktikan, menilai, mengesah,

mengkritik,

merumus atau memberi pendapat tentang sesuatu pernyataan, ciptaan, karya,


prinsip, teori dan sebagainya.
Contoh:Nilaikan ,Rumuskan ,Tafsirkan, Kritikan, Bandingkan Ulaskan,Bezakan,
Huraikan dan Buktikan.
Contoh Soalan mengikut Aras
SoalanBahasa Melayu Pemahaman UPSR Tahun 2011
1. Bapa Farah seorang doktor pakar di sebuah hospital swasta.______________bertugas
di hospital itu sejak tiga tahun yang lalu.
A. Beliau
B. Saya
C. Dia
D. Aku
Aras: Pengetahuan
2. Permaisuri sedang bersantap bersama-sama keluarga_____________, kata dayang
kepada Laksamana.
A. beta
B. patik
C. tuanku
D. baginda
Aras: Pengetahuan

31. Apakah tujuan utama Hari Kantin diadakan ?


A. Mengumpulkan wang bagi persatuan di sekolah
B.Membeli buku-buku untuk sudut bacaan
C.Menjual pelbagai jenis barang
D.Membuka gerai-gerai jualan.
Aras: Pemahaman
41

12.

Klinik Hassan terletak di___________ bank________ Restoran Muhibah.


A. sebelah.dan
B.samping. serta
C. tengah..antara
D. antaradengan
Aras: Aplikasi

Soalan Bahasa Melayu Penulisan UPSR Tahun 2011

BAHAGIAN A
Tuliskan lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar.
Aras: Aplikasi

BAHAGIAN B
1. Cuti sekolah boleh dipenuhi dengan pelbagai aktiviti.
Tuliskan karangan tentang aktiviti-aktiviti yang kamu lakukan semasa cuti
sekolah.
Aras: Analisis

BAHAGIAN C
Tuliskan lima nilai murni berdasarkan petikan.
Aras: Analisis

Ciri-ciri soalan objektif aneka pilihan

42

1.

Item / soalan dikemukan bersama-sama dengan beberapa pilihan jawapan.

2.

Item jenis ini terdiri daripada satu masalah dan beberapa pilihan jawapan

yang munasabah kepada masalah tersebut.


3.

Aneka Pilihan dibahagikan kepada pokok soalan dan pilihan.

4.

Pokok soalan boleh mempunyai rangsangan.

5.

Satu daripada pilihan adalah jawapan dan pilihan yang bukan jawapan

dinamakan pengganggu.

JENIS-JENIS ITEM OBJEKTIF ANEKA PILIHAN

*Antonim
*Sinonim
*Jawapan disenaraikan
*Interpretif
*Mencari kesilapan
*Cantuman
*Kloz
CONTOH-CONTOH ITEM OBJEKTIF ANEKA PILIHAN

Soalan atau pernyataan tidak lengkap diikuti oleh beberapa pilihan jawapan.Hanya satu
jawapan sahaja yang betul. Yang lain adalah pengganggu.
Contoh:

43

Apakah peranan paling penting yang dimainkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru dalam
sistem prasekolah kini?

(A) Mempereratkan hubungan antara sekolah dan masyarakat.


(B)

Menjayakan hari penyampaian hadiah dan hari sukan sekolah.

(C)

Mengutip derma untuk murid-murid yang kurang kemampuan.

(D)

Mengawasi pentadbiran sekola dan pengurusan hal ehwal murid.


Jawapan Betul : A

Analogi
Soalan dalam bentuk pasangan perkataan diikuti dengan empat atau lebih pasangan
perkataan sebagai pilihan jawapan.Calon memilih pasangan pilihan yang berkaitan dengan
pasangan soalan.
Contoh:
periuk - nasi
(A)

kuali-ikan

(B)

cawan-kopi

(C)

lesung-sambal

(D)

keranda-mayat

Antonim (berlawanan) dan Sinonim (bersamaan)

44

Soalan dimulakan dengan perkataan berhuruf . Besar dan diikuti dengan empat atau lebih
perkataan pilihan. Pilih perkataan yang berlawanan/bersamaan

dengan perkataan berhuruf

besar.
Contoh:
PEMARAH
(A)

Peramah

(B)

Penyabar

(C)

Pendamai

(D)

Pengampun

Item Interpretif

Soalan yang dibentuk berdasarkan sesuatu rangsangan yang mungkin berupa graf, peta, rajah,
jadual atau petikan karangan. Item begini biasanya dapat mengukur peringkat kognitif yang
lebih tinggi
Contoh:

Dalam satu pengajaran , guru memilihkemahiran yang berikut untuk diajar iaitu:
Kemahiran Utama
I.9 Melafazkan puisi dengan gaya pengucapan yang sesuai.

Kemahiran Sampingan
2.7 Membaca dan memahami kata dan frasa yang terdapat dalam pelbagai bahan puisi.
45

Apakah aktiviti yang paling sesuai dijalankan?


(A) Menulis sajak
(B) Manghayati sajak
(C) Mendeklamasikan sajak
(D) Mancari perkataan sukar

Kloz (Cloze)
Soalan dibuat dengan memotong/memadankan perkataan-perkataan pada sesuatu
karangancatau cerita pendek.Calon dikehendaki menulis/mengisi setiap tempat yang
dikosongkan itu.Soalan kloz biasanya adalah berhubung (context) dan kadang kala merupakan
satu perenggan atau lebih.
Contoh:
Pada musim cuti yang _________, saya dan keluarga
telah ________ ke Pulau Pinang untuk melawat ibu saudara
saya yang menetap______.
Semasa berada di sana, kami _______ dibawa oleh
ibu saudara saya ke beberapa ________ peranginan.

Rumusan

46

Dalam penilaian,ujian JSU memainkan peranan yang penting kerana dapat menguji
tahap kebolehan seseorang pelajar dengan betul. Justeru itu, JSU wajar diguna pakai oleh
guru bagi mengadakan ujian. Oleh itu, saya berpendapat, semua soalan yang digubal perlu
berdasarkan pada JSU yang telah ditetapkan agar keputusan markah yang diperolehi adalah
rasional dan mampu dijadikan nilai keesahan yang tinggi.
Selain daripada menjadikan kerja pentaksiran yang ingin dilaksanakan menjadi mudah,
ia juga membantu memudahkan lagi pembinaan item-item soalan yang dikendaki mengikut
ketetapan yang telah dibuat melalui pembinaan JSU.
Hal ini secara tidak langsung memudahkan kerja guru memberi markah mengikut
system permarkahan standard dalam pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah khususnya.

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU) PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU


TAHUN LIMA

47

Bahagian A: Soalan Objektif

NOMBOR
SOALAN

TAJUK/ BIDANG

ARAS KESUKARAN

Tatabahasa: Kata nama

Tatabahasa: Kata ganti nama

Tatabahasa: Kata sendi nama

Tatabahasa: Imbuhan

Tatabahasa: Penjodoh bilangan

Tatabahasa: Kata hubung

Nilai dan Teladan

Tatabahasa: Kata adjektif

Tatabahasa: Kata ganda

10

Peribahasa

11

Tatabahasa: Penggunaan kata

12

Tatabahasa: Penggunaan kata

13

Tatabahasa: Ayat Tanya

14

Tatabahasa: Ayat penyata

15

Tatabahasa: Ayat penyata

16

Tatabahasa: Penggunaa ayat

17

Tatabahasa: Penggunaan ayat

18

Soalan petikan 1

19

Soalan petikan 1

1
/

48

20

Soalan petikan 1

9
Rendah
5
ARAS KESUKARAN

Sederhana
6
Sukar
JUMLAH ITEM
Bahagian B: Soalan struktur

Nombor
Soalan

Tajuk/ Bidang

Aras Kesukaran
1

(A) Nilai dan Teladan

2
/

Item
6
5

(B) Kata Kerja


2

20

(A) Kepengggunaan
(B) Kata Dasar

/
/

Kata Sendi Nama

(A) Ayat Tunggal dan Ayat


Majmuk
(B) Kata Hubung
Jumlah Item

5
5
5

/
/

10
5

5
40

49

Bahagian C: Soalan Esei

Nombor
Soalan

Tajuk/ Bidang

Aras Kesukaran

Tema : Alam Sekitar

Tema: Kesusateraan

Jumlah item

Item
5

6
/

1
1

ARAS TAKSONOMI BLOOM:


1

Pengetahuan

Kefahaman

Aplikasi

Analisis

Sintesis

Penilaian

REFLEKSI
Nama: Sabariah binti Bahrum
No. KP: 750318-10-5666
Beberapa minggu lalu, kami telah mendapat tugasan BBM 3033: Pentaksiran dalam
Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Melalui tugasan ini, kami dikehendaki untuk membuat ujian
Bahasa Melayu berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang telah digubal. Tugasan ini
dilakukan secara berpasangan.
50

Semasa menerima tugasan ini, saya berasa sangat teruja kerana berpeluang untuk
membuat soalan ujian Bahasa Melayu yang tidak pernah dilakukan selama ini. Semasa
nmenyiapkan tugasan ini, saya dan rakan sekumpulan banyak melakukan rujukan melalui buku
dan internet. Rujukan ini sangat penting bagi memastikan JSU dan ujian yang dibuat menepati
standard tugasan yang dikehendaki. Selain itu, pensyarah telah banyak member bimbingan.
Oleh kerana kam belum mempunyai pengalaman menggubal soalan, kami telah banyak
bertanya. Penerangan diberikan pensyarah sangat membantu kami dalam melaksanakan
tugasan ini.
Semasa menyiapkan tugasan ini, beberapa kesukaran telah kami hadapi. Antaranya
ialah kurangnya pengalaman merancangan JSU. Melalui rujukan yang telah kami lakukan, JSU
mempunyai pelbagai bentuk. Maka, adalah sukar bagi kami untuk menentukan mana satu yang
betul. Selain itu, saya dan rakan juga menghadapai kesukaran dalam menentukan aras bagi
setiap soalan. Kekeliruan dan percanggahan pendapat sering kali berlaku. Namun, berkat
perbincangan dengan rakan dan bimbingan daripada pensyarah, segala kesulitan telah berjaya
diatasi. Walaupun mungkin terdapat banyak kesilapan, namun saya berpuas hati kerana telah
memperolehi pengalaman berharga ini.
Banyak ilmu serta pengalaman baru yang telah saya perolehi sepanjang menyiapkan
tugasan ini. Antaranya ialah manambahkan pengetahuan saya tentang Taksonomi Bloom. Aras
kognitif taksomi tersebut perlulah difahami dengan betul bagi memudahkan penggubal soalan
menyediakan soalan peperiksaan yang berkualiti.
Apa yang saya harapkan ialah segala pengalaman yang telah diperolehi ini dapat
digunakan di masa hadapan. Tambahan pula, telah menjadi tugas seorang guru untuk memberi
penilaian terhadap murid-muridnya. Ini bertujuan untuk mengetahui tahap penguasaan murid
terhadap sesuat tajuk yang telah diajarkan.

51

Bibliografi

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009).
Murid dan Alam Belajar. Oxford Fajar Sdn.Bhd
Khairuddin Mohamad, (2011).Literasi Bahasa Melayu. Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Kamaruddin Hj. Husin, (1999).Kemahiran Mendengar dan Bertutur.
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Jabatan Pendidikan Khas (1999a).Buku panduan perlaksanaan program
pendidikan pemulihan khas. Kuala Lumpur.
52

Ahmad Fazil IPTS. (2008), PISMP Literasi Bahasa. Jabatan Pengajian Melayu.

53