Anda di halaman 1dari 2

Perjalanan aktiviti program

1. Pameran indahnya jawi


Pameran indahnya jawi memaparkan tentang
keunikan tulisan jawi dari jawi lama sehinggalah
jawi yang disempurnakan kini. Pameran ini
berkonsepkan kepada bahan yang sebenar sebagai
contoh para pengunjung dapat melihat dan
menyentuh bahan yang menggunakan jawi lama.
Majalah-majalah lama seperti majalah dian yang
menggunakan tulisan jawi zaba juga dipamerkan.
Para pengunjung dapat membaca bahan jawi yang
menggunakan konsep jawi zaba.
Selain itu pameran ini memaparkan bahan bantu
mengajar yang menarik bagi mengajar subjek jawi
kepada kanak-kanak.

2. Permainan jawi.
Permainan jawi ini lebih berkonsepkan kepada
pertandingan berkumpulan. Peserta perlu melalui
beberapa stesen bagi melengkapkan tugasan yang
diberi . kumpulan yang mencatatkan masa
terpantas akan dikira sebagai pemenang. Soalan
atau tugasan yang diberi dalam setiap stesen
adalah berkonsepkan pengetahuan am tentang jawi
atau aplikasi kaedah penulisan jawi. Dengan ini
para peserta mampu memantapkan kefahaman dan
pengetahuan mereka tentang tulisan jawi.

3. Tayangan video.
Terdapat beberapa kawasan yang menayangkan
cerita cerita terkini. Namun begitu sedikit
kelainan di tonjolkan disini apabila sari kata cerita
yang ditayangkan adalah dalam tulisan jawi.
Pelbagai jenis cerita boleh dipilih oleh pengunjung.

4 stesen telah diwujudkan bagi aktiviti ini. Hal ini


adalah kerana untuk menampung jumlah
pengunjung yang ramai. Pengunjung boleh berehat
dalam masa yang sama dapat melatih pengetahuan
mereka dalam tulisan jawi.

Anda mungkin juga menyukai