Anda di halaman 1dari 2

Article tentang adat pengebumian cina

Seterusnya mayat akan dibawa ke jirat atau tanah perkuburan untuk


dikebumikan. Pada zaman dahulu masyarakat Cina mengusung mayat dengan
menggunakan pengusung yang diperbuat daripada kayu yang diukir menarik .
lazimnya ukiran tersebut mengikut status si mati. Sekiranya si mati daripada
golongan berada, ukiran lebih halus dan menarik berbanding golongan biasa.
Namun pada zaman sekarang mayat yang telah diletakkan ke dalam keranda
akan dimasukkan ke dalam lori kecil yang dikhaskan untuk menghantar mayat ke
tanah perkuburan.

Semasa mengiring mayat dari rumah ke kawasan perkuburan, pelbagai jenis


lagu akan mengiringinya. Lagu tersebut adalah berbentuk agama atau lagu-lagu
tradisional masyarakat Cina sebagai lambang kesedihan atau takziah. Tidak
kurang juga mereka mendendangkan lagu kegemaran si mati ketika hidup.
Lazimnya pemuzik tersebut ditempah khas untuk mengiringi jenazah. Iringan
muzik akan bermula dari rumah sehinggalah mayat dikebumikan. Biasanya
iringan muzik tidak akan berhenti-henti supaya si mati dapat dihiburkan
sehingga berada di alam akhirat.

Lazimnya pada hari tersebut, ahli keluarga si mati akan memakai baju berwarna
hitam. Warna lain tidak digalakkan, apatah lagi warna merah yang dikatakan
mempersenda si mati dan keluarganya. Baju yang berbunga juga dilarang dalam
upacara kematian tersebut. Pakaian ahli keluarga si mati adalah seperti jubah
hitam yang lengkap dengan topi. Kemudian mereka akan memakai baju jejaring
yang diperbuat daripada jut atau sabut. Baju ini dipakai di bahagian luar baju
hitam. Ketika mayat diusung dengan menggunakan lori khas, beberapa kertas
yang disalut logam akan dicampak sepanjang sepanjang perjalanan. Mengikut
kepercayaan masyarakat Cina cara ini adalah untuk memastikan roh boleh
berjalan pulang ke rumah berpandukan kertas tersebut.

Semasa Pengebumian
Mayat akan dimasukkan ke dalam liang lahad yang sedia digali dan lubang
tersebut haruslah besar supaya boleh memuatkan keranda. Bagi masyarakat
Cina tradisional, mereka memasukkan pelbagai jenis harta milik si mati. Oleh itu
liang lahad perlu besar untuk menampung harta milik si mati. Ini adalah penting
untuk menunjukkan darjat si mati ketika di dunia dan diketahui oleh orang lain di
akhirat kelak. Kini amalan tersebut telah berkurangan kerana telah banyak
kejadian menggali lubang kubur dilaporkan sehingga amalan tersebut tidak
dilakukan lagi. Hanya kertas yang bercop bentuk duit sahaja digunakan bagi
mengelak kejadian mengorek lubang kubur oleh mereka yang tidak
bertanggungjawab.

Upacara pengebumian

Bagi masyarakat Cina Kawasan perkuburan yang strategik memainkan peranan


penting kerana menjadi lambang kebahagiaan yang bakal dikecapi apabila
seseorang telah meninggal dunia. Kawasan perkuburan yang terletak di kawasan
yang tinggi adalah lebih baik jika dibandingkan dengan tanah yang rata.
Kebanyakan tanah perkuburan terletak di kawasan yang berhampiran jalan raya.
Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, kawasan seperti itu akan memudahkan
roh si mati menemui jalan pulang.
Selain itu tanah perkuburan juga dihias dengan menarik. Terdapat beberapa
hiasan yang cantik samada daripada ukiran, warna, atau bentuk. Ukiran ini
sebagai melambangkan kekayaan si mati ketika hidup. Kubur atau jirat yang
besar dan mempunyai bentuk yang menarik menjadi lambang kemewahan. Ini
bermakna si mati layak menikmati kemewahan selepas mati seperti ketika hidup.
Oleh itu tidak hairanlah masyarakat Cina menyediakan jirat yang besar dan
mewah untuk ahli keluarga yang meninggal dunia.

Anda mungkin juga menyukai