Anda di halaman 1dari 1

KPS 6014: TEORI SOSIOLOGI DAN AMALAN PENDIDIKAN

TUGASAN 1: TEORI SOSIOLOGI DAN KAITANNYA DENGAN PENDIDIKAN (25 markah)


Tugasan ini memerlukan pelajar menganalisis secara mendalam satu teori sosiologi dan mengaitkan
teori berkenaan kepada pendidikan. Penulisan perlu berdasarkan rujukan-rujukan ilmiah dengan tata
cara penulisan yang betul. Penulisan dibuat dalam bentuk format penulisan jurnal. Rujukan-rujukan
disenaraikan. Kandungan penulisan antaranya merangkumi perkara-perkara berikut:
- Pengenalan teori, asal usul teori, tokoh-tokoh teori
- Kaitannya dengan teori klasik
- Huraian mendalam mengenai teori
- Pengunaan teori dalam diskusi sosiologi
- Pengaplikasian teori dalam bidang pendidikan
- Rajah atau carta atau gambar-gambar berkaitan
- Rumusan khusus tentang teori yang anda bincangkan
- Lain-lain yang berkenaan
Hasil usaha yang dipaparkan: a. Power point pembentangan (jangkaan bentang mulai minggu 3);
b. Esei lengkap dalam bentuk softcopy dan hardcopy.
Anggaran 15 halaman, TNR langkau 1.5, format APA: serah minggu 10.
TUGASAN 2: SOSIOLOGI DAN ISU DALAM PENDIDIKAN (25 markah)
Analisis sosiologi terhadap isu-isu pendidikan.
a. Jelaskan isu interaksi etnik di sekolah yang mempunyai kaitan dengan perpaduan.
Huraikan dan analisis secara umum.
b. Dapatkan maklumat langkah-langkah atau aktiviti-aktiviti yang telah dan sedang diambil
dalam meningkatkan interaksi antara etnik di sekolah menengah.
Berdasarkan dokumen
Temu bual pelaksana
Temu bual murid
Lain-lain
c. Cadangan-cadangan strategi dan program yang perlu dalam meningkatkan interaksi
antara etnik dalam kalangan pelajar sekolah menengah.
d. Kaitkan analisis berdasarkan kefahaman sosiologi yang berkaitan teori dan konsep
sosiologi. Gambarkan isu berkenaan dalam bentuk gambaran atau rajah rangka konsep
dengan menunjukkan perhubungan antara isu, faktor-faktor dan lain-lain berkaitan
kepada teori sosiologi.
Sekurang-kurangnya 15 halaman, TNR langkau 1.5, format APA: serah minggu 12.
TUGASAN 3: ANALISIS TEORI SOSIOLOGI DALAM JURNAL (10 markah)
Analisis satu artikel jurnal berkaitan Sosiologi Pendidikan. Jurnal yang dirujuk adalah terbitan antara
2011-2015. Ciri ciri jurnal adalah: berwasit/diiktiraf, mengandungi teori atau konsep sosiologi, isu
pendidikan dan berdasarkan penyelidikan. Pemilihan artikel perlu mendapat persetujuan pensyarah.
a. Kenal pasti isu yang dibincangkan.
b. Kenal pasti teori yang digunakan.
c. Huraikan dan bincangkan bagaimana teori digunakan.
Tidak lebih 10 halaman, TNR langkau 1.5, format APA: serah minggu 8.
KEHADIRAN/PEMBENTANGAN/AKTIVITI (10 markah)
Prof Dr Amir Hasan Dawi
15 Februari 2015

Anda mungkin juga menyukai