Anda di halaman 1dari 5

TEKNIK MENCATAT NOTA YANG BAIK

BILA KAH ANDA PERLU MENCATAT NOTA ?


1.Semasa Membaca Buku
ketika membaca apa sahaja bahan bacaan perlulah pembaca membuat
catatan untuk menjadi ingatan dan rujukan dimasa hadapan,ingatan kita
tidak kuat untuk mengingat semua perkara dengan ada catatan nota
ianya membantu kita untuk mengingat fakta tersebut.
2.Semasa Mengulang Kaji Pelajaran
Bagi pelajar catatan nota ringkas amat penting kerana apabila hendak
mengulangkaji pelajaran yang banyak, masa amat terhad dan untuk
membaca semua buku rujukan adalah mustahil , pada masa inilah nota
ringkas amat diperlukan untuk membuat ulangkaji pelajaran dengan nota
yang mudah difahami.
PADA DASARNYA NOTA ITU ADALAH UNTUK MENCATAT ISI YANG PENTING
DENGAN ITU DAPATLAH DIRUMUSKAN,DIFAHAMI DAN DIHAFAL SEGALA FAKTA
YANG PENTING UNTUK DIINGATI DENGAN MUDAH.
MENGAPA ANDA PERLU MENCATAT NOTA ?
1.MEMBANTU ANDA/INDIVIDU UNTUK MEMAHAMI PELAJARAN ATAU CERAMAH
Mengerakkan otak untuk berfikir - dengan membuat atau memcatat nota
memberi ransangan deria kepada otak untuk bekerja dengan memikirkan
perkara perkara yang perlu untuk disimpan dalam bentuk tulisan dengan cara
yang mudah pula tulisan yang ringkas dapat untuk otak mengingati semula
semua peristiwa atau butir-butir fakta dengan lebih berkesan.
2. Telinga mendengar / mata melihat

apabila kita mendengar seminar atau ceramah sudah pasti telinga


kita mendengar penceramah memberi ulasannya dan mata kita
juga akan melihat segala catatan yang diberikan di papan putih,kita
sebagai peserta seminar perlu mencatat segala butiran dengan
sebaik mungkin untuk dijadikan bahan rujukan di masa hadapan,
semua catatan yang dibuat adalah isi penting yang perlu sahaja.
Pada masa yang sama otak kita akan memikirkan apa yang
didengar dan dilihat dengan ini setiap kita dapat memahami segala
pelajaran atau ceramah dengan lebih berkesan.
Semua maklumat tadi akan masuk melalui deria mata dan telinga
semua ini akan diproses diotak dalam bentuk yang diolah semula
dengan lebih sempurna dalam bentuk catatan ringkas tapi mudah di
fahami oleh pencatat nota.
Deria dan pancainderia kita akan bergerak serentak untuk
membantu kita memahami apa yang sedang dibaca atau dipelajari.

2. MEMBANTU INGATAN ANDA


Untuk makluman anda pada dasarnya ingatan kita yang bernama manusia
adalah terhad , tidak semua bacaan,kuliah dan ceramah yang kita dengar atau
ikuti dapat diingat semuanya dengan mudah dengan itu kita perlu :

Membuat catatan kerana nota kita akan menjadi satu rekod atau
trankrip yang kekal
Nota yang tercatat akan membantu kita untuk merujuk kembali bilabila masa yang perlu
Catatan yang dibuat adalah satu kaedah yang paling berkesan untuk
kita mengukuhkan ingatan.
Yang amat penting segala yang kita dengari dan dibaca dalam tulisan
akan :Menggerakkan otak kita untuk menukar ilmu dan maklumat yang kita
perolehi dalam
pendengaran ke bentuk lisan
Menukar penglihatan atau objek yang dilihat kepada bentuk tulisan
atau coretan.

3. ARAHAN DAN ISI PENTING.


Maklumat yang kita dapati tidak semestinya pada satu sumber iaitu melalaui
buku sahaja tetapi :

Penceramah atau pensyarah kadang kala memberi maklumat baru


pelajaran yang tidak terdapat dalam buku
Pelajar perlu bijak dan pandai membuat cacatan nota hanya isi penting
sahaja yang dicatat dan segala nota perlu disimpan dengan baik.
Maklumat dari buku serta penceramah, guru dan pensyarah adalah bahan
yang mengukuhkan maklumat sesuatu persoalan.
Setiap isi penting dan maklumat hendaklah dicatat dengan jelas ,spesifik
dan tepat.

APAKAH LANGKAH-LANGKAH MENCATAT NOTA YANG BERKESAN


1. PERSEDIAAN AWAL

Pelajar perlu bersedia lebih awal sebelum memasuki kelas atau dewan
ceramah,sebaiknya perlu mengetahui apakah subjek yang akan di pelajari
serta isi-isi penting , yang paling utama membaca subjek tersebut terlebih
dahulu dengan ini kita lebih mudah memahami subjek tersebut

2. PILIH DAN SARING

Apabila kita mencatat nota sudah pasti kita tidak dapat menulis setiap
butir patah perkataan penceramah, yang utama kita hanya mencatat dan

memilih isi yang penting sahaja.Kita perlu pandai menapis maklumat yang
perlu dan penting sahaja kita juga perlu bijak menyaring maklumat yang
diberi .Pada dasarnya kita hanya perlu mencatat intipati dan rumusan
sahaja catatan hendak mudah kita fahaminya.

3. MEMERHATI SECARA AKTIF

Sebagai pelajar kita perlu mendengar ajaran guru secara kritikal dan
memberi sepenuh tumpuan serta peka kepada penyampaian guru ,
pensyarah atau penceramah.
Sebagai pelajar kita perlu sentiasa menyoal diri kita sendiri adakah kita
faham ceramah yang disampaikan oleh guru itu,seandainya kita kurang
jelas dan keliru kita perlu bertanya untuk penjelasan penceramah.

4. NOTA DALAM BENTUK PERSOALAN


Sebaiknya kita pelajar perlu menyediakan nota dalam bentuk persoalan seperti:1.
2.
3.
4.
5.

Mengapa - Why ?
Bagaimana - How ?
Bila - When ?
Dimana - Where ?
Siapa - Who ?

5. SUSUN NOTA SECARA LOJIK DAN TERATUR


Menyususn nota yang baik perlu ada :

Tajuk
Tarikh
Isi Penting
Rumusan

Untuk menjadikan nota itu menarik Tajuk dan Isi Penting perlu disusun mengikut
kepentingan atau urutan yang rapi,kemas dan mudah difahami
6. PERMUDAHKAN
Nota yang dibuat sebaiknya gunakan kaedah dan bentuk yang mudah dibaca
dan mudah difahami kerana kita akan menggunakannya berulang kali untuk
membacanya.Kaedah yang baik ialah:

Gunakan tulisan yang jelas dan cantik


Gunakan coretan,gambar rajah atau sketsa
Guna dan gariskan lebih dari satu warna
Gunakan simbol , anak panah dangarisan
Gunakan kependekan, atau singkatan perkataan

7. ULANGKAJI

Pelajar hendaklah sentiasa mengulang kaji pelajaran sebaik dan sekerap


mungkin jika mempunyai masa dan peluang.
Pelajar hendaklah membaca semula nota selepas kuliah atau guru
mengajar kerana ingatan masih segar dan ilmu itu dapat di
perkukuhkan,begitu juga jika ada kesilapan dapat di perbetulkan segera.
Pelajar boleh menyusun semula nota secara lebih terang dan lojik serta
boleh membuat nota tambahan jika diperlukan.

CADANGAN UNTUK MENGHASILKAN NOTA PELAJARAN YANG BAIK:


o
o
o
o

o
o
o
o

Tulisan nota hendaklah baik dan jelas serta lengkap


Mengusun nota dengan baik - asingkan setiap nota mengikut subjek
pelajaran spt sejarah,sain agama dll
Gunakan saiz kertas yang lebar supaya ada ruang untuk anda
menokok tambah dengan dengan bacaan rujukan yang lain
Catat nama guru,bil,tarikh dan nama guru dimuka pertama setiap
catatan pelajaran - ini bertujuan mengelakkan kihilangan nota atau
bercampor
Jangan melakukankerja lain semasa guru sedang mengajar kerana
ini akan mengganggu konsentrasi dan menghalang pertembungan
mata dengan guru.
Berikan tumpuan yang lebih dan catat nota mengikut urutan tajuk
yang diberi oleh guru
Cuba kenal pasti bentuk nota yang diberikan oleh guru kerana
biasanya guru mengajar berpandukan buku tertentu
Catat dengantulisan tangan yang mudah dibaca untuk menjimatkan
masa apabila membuat semakan.
Tulis dengan lengkap dan jelas supaya ia berguna dan memberi
makna bila anda membuat semakan seminggu,sebul boleh
andaan,setahun atau suatu jangka masa yang selepas kelas.
Tinggalkan atau biarkan ruang kosong kerana jika ada
ide,perkataan,ayat atau maklumat yang tertinggal boleh anda
bertanya pada guru atau rakan sebaik tamat kelas dengan itu
mudah anda mengisi ruangan ini.
Gunakan sistem pembahagian ruang tersendiri- misalnya gunakan 2
ruang dikiri dan kanan halaman buku catatan -tajuk,subtajuk,dikiri
dan buturan sokongan dikanan.

o
o
o
o

o
o
o

o
o

Hunakan huruf dan kata-kata ringkas yang sering digunakan kerana


ini menjimatkan masa anda mendengar dan menulis.
Gunakan simbol-simbol tertentu seperti - & untuk dan , = untuk
sama dan sebagainya.
Catatkan tugasan dan buku rujukan yang dicadangankan oleh guru
agar senang anda membuat semakan.
Pisahkan atau asingkan maklumat yang datang dari fikiran anda
dengan yang diberi oleh guru.Misalnya anda catatkan soalan,contoh
dan rujukan.
Berikan perhatian kepada kata-kata penting yanggdigunakan oleh
guru
Sentiasa catatkan contoh-contoh yang diberikan oleh guru kerana
kadang kala idea yang abstrak dapat difahami melalui contoh.
Berikan perhatian yang lebih kepada bahagian akhir pelajaran
sebagaimana bahagian pendahuluan kerana kadang kala isi
pelajaran disampai dalam 10 minit terakhir kelas.
Catat ide tambahan yang terlintas difikiran anda secepat mungkin
selepas kelas tamat keran jika terleka kita akan terlupa.
semaknota anda selepas kelas dan baikai susunannya jika perlu