Anda di halaman 1dari 4

REFLEKSI PERKHEMAHAN

Sebagai mukadimah saya ingin memanjatkan segala kesyukuran dan terima


kasih kepada Tuhan kerana telah melindungi saya dan semua rakan-rakan saya yang
terlibat dalam Perkhemahan Unit Beruniform. Kami berjaya menempuhi segala
halangan dan kekangan dengan berjaya sekali. Saya juga ingin merakamkan ribuan
terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak
langsung dalam mengendalikan program ini.
Kerjasama dalam kalangan ahli jawatankuasa dan peserta Perkhemahan Unit
Beruniform ini merupakan tunggak utama kejayaan program ini. Dalam pada ini, saya
ingin merakamkan setinggi-tinggi ribuan terima kasih kepada Unit Gerko Institut
Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun yang telah menganjurkan program ini bagi
melahirkan guru yang berdisplin dan berkeyakinan diri yang tinggi. Sekalung
penghargaan kepada pensyarah yang sudi hadir bersama kami di sepanjang
perkhemahan ini. Segala maklumat yang disampaikan dapat dijadikan sebagai
pedoman dan ilmu pada masa akan datang. Tanpa kerjasama dan sokongan dari
semua pihak sudah tentu perkhemahan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Kami telah menjalani satu perkhemahan selama 4 hari 3 malam di Institut
Pendidikan Darul Aman pada 30 March hingga 2 April 2015. Pelbagai aktiviti yang
menarik telah dilaksanakan sepanjang saya berada disana. Disana saya dapat
mempraktikkan ilmu yang telah diajar oleh pensyarah kami sepenuhnya dalam pelbagai
hal. Perkhemahan ini adalah wajib disertai oleh semua guru pelatih PISMP sem 4.
Secara jujur, sebelum perkhemahan saya berasa takut dan kurang berkeyakinan untuk
pergi berkhemah dengan keadaan akan dihadapi di sana nanti. Namun persepsi saya
telah bertukar apabila saya telah berada di kem tersebut dan merasakan perkhemahan
ini sangat menyeronokkan dan memberi pengalaman yang cukup manis buat saya. Di
samping itu, saya juga telah mengeratkan hubungan silaturrahim dengan rakan-rakan

yang lain. Kami yang kurang rapat sepanjang jam interaksi kokurikulum telah menjadi
rapat di kem tersebut. Ia telah membina semangat setiakawan di antara satu sama lain.
Sebelum perkhemahan ini diadakan, suatu ahli jawatankuasa telah dilantik untuk
mengendalikan

perkhemahan

kami

di

Kem

Institut

Pendidikan

Darul Aman.

Perkhemahan ini telah diketuai oleh Saudara Sugumaran a/l Rengasamy. Kami telah
berbincang

mengenai

perkara-perkara

penting

yang

perlu

disiapkan

untuk

perkhemahan tersebut sebelum kami bertolak dari IPGKTB, Bukit Mertajam. Kami
meneliti perkara-perkara

yang diperlukan satu persatu sebelum perkhemahan ini.

Setiap ahli jawatankuasa telah melakukan tugas masing-masing dengan sikap penuh
bertanggungjawab. Saya sangat menghormati sikap kawan-kawan pengakap yang
menguruskan perkhemahan ini kerana mereka sangat bertanggungjawab dan
berkaliber.
Saya telah dilantik sebagai AJK Aktiviti dimana saya perlu menguruskan aktivitiaktiviti kumpulan yang akan dijalankan oleh para peserta di kem tersebut. Sebelum
perkhemahan dimulakan, AJK Aktiviti telah membuat perbincangan dimana kami
meneliti aktiviti yang perlu dijalankan di kem Institut Pendidikan Darul Aman dan juga
menguruskan jadual aktiviti untuk pengakap. Di sini, saya telah mendapati kerjasama
antara semua rakan-rakan seperjuangan sangat erat dan kukuh untuk menjayakan
perkhemahan ini.
Pada 30 March 2015 Program Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform telah
bermula secara rasminya. Pada pukul 8 pagi semua guru pelatih PISMP sem4 telah
diminta untuk berkumpul di hadapan tempat letak bas. Saya telah bersiap dengan beg
galas dan berkumpul di hadapan astaka. Kemudian semua ahli yang berkumpul di
hadapan tempat letak bas telah bergegas ke Unit Kokurikulam untuk mengambil
barang-barang perkhemahan yang telah dipinjam dari unit itu. Oleh itu, kami ke stor
Gerko untuk memungah semula semua barang-barang tersebut ke tempat letak bas.

Selepas memeriksa semua barang-barang yang diperlukan telah diambil kami


menyusun semua barang-barang tersebut di dalam bakul yang disediakan. Kemudian
kami bertolak pada pukul lebih kurang 7 pagi. Perjalanan selama 2 jam telah diambil
untuk sampai ke maktab IPDA. Selepas sahaja sampai ke tapak kami telah mendapat
arahan untuk memilih khemah yang telah siap dipasang.
Selepas khemah dibersihkan semua guru pelatih telah dipanggil oleh En.
Mohamad Akhir b.Awang untuk memberi penerangan tentang aktiviti-aktiviti yang akan
diadakan, dan peraturan-peraturan yang perlu diikuti semasa mengikuti perkhemahan
ini. Penerangan yang terperinci telah diberikan kepada semua guru pelatih. Selepas
selesai perjumpaan itu, semua guru pelatih telah pergi untuk menyiapkan diri untuk
aktiviti seterusnya. Saya bersama rakan-rakan yang lain telah bergegas ke kawasan
memasak untuk menyediakan makan malam untuk rakan-rakan ahli pengakap yang
lain. Selepas menyediakan makan malam kami telah mandi dan bersiap sedia untuk
makan dan seterusnya pergi ke dewan terbuka untuk mendengar taklimat malam itu.
Acara rasmi pertama yang diadakan pada hari pertama ialah perjumpaan semua
ahli unit beruniform yang diadakan serentak. Dalam taklimat yang diberikan En. Hj. Abd
Rahim Bin Abdullah memperkenalkan Komenden Kem secara rasmi kepada semua
guru pelatih. Semua guru pelatih diberi nasihat agar mendengar segala arahan
Komenden Kem dan mematuhi arahan tersebut. Selain itu, penerangan tentang tugas
rondaan malam dan kawalan keselamatan juga turut diberi. Semua ahli unit beruniform
tertakluk kepada undang-undang kem dan tindakan akan diambil jika ada guru pelatih
yang engkar mendengar arahan. Talimat pada malam itu tamat pada pukul 12.30
malam dan semua guru pelatih dibenarkan balik ke khemah masing-masing untuk
berehat.
Acara pertama pada pagi hari kedua ialah upacara menaikan bendera diadakan.
Pengakap IPDA telah mengetuai upacara menaikan bendera pada pagi itu. Kami telah
menyanyikan lagi Negara Ku dan lagu pengakap dengan penuh semangat. Selapas
upacara menaikan bendera pada pagi hari kedua tamat, kami telah dibahagikan kepada

kepada beberapa kumpulan dan mempelajari untuk membuat ikatan dan simpulan yang
berlainan. Seterusnya aktiviti yang amat mencabar saya bagi saya berlangsung. Iaitu
aktiviti Orentering untuk menolong mangsa yang cedera. Letih sekali rasanya kerana
kami terpaksa lari kesana dan sini kerana trak laluannya adalah panjang. Orentering
ialah satu pengalaman yang amat bermakna sekali ini kerana ini adalah pengalaman
pertama saya mencari mangsa dan memberi bantuan.
Pada malam terakhir aktiviti kami diteruskan lagi dengan aktiviti malam
kebudayaan. Malam kebudayaan ini boleh dianggap sebagai acara kemuncak bagi
Perkhemahan Unit Beruniform kali ini. Majlis kami pada malam itu dihadiri oleh semua
unit beruniform dan pensyarah pembimbing. Majlis kami pada malam itu dirasmikan
dengan gemilangnya oleh Ketua Unit Gerko Institut Pendidikan Guru Darul Aman iaitu
En. Hj. Abd Rahim Bin Abdullah terdapat pelbagai aktiviti yang menarik sebelum
upacara perasmian ini. Kami dikehendaki mereka tepukan semangat bagi setiap
kumpulan. Ianya akan menambahkan lagi kehangatan majlis pada malam itu.
Kesimpulannya, pelbagai manfaat yang saya dapat daripada mengikuti
perkhemahan ini. Saya melihat perkhemahan ini memberi impak yang positif kepada
diri saya dimana saya telah mempelajari banyak perkara dan benda baru dalam hidup.
Walaupun saya mengikut perkhemahan ini buat kali pertama tetapi saya suka akan
perkhemahan ini kerana memberi makna dan mengisi ilmu dalam dada. Memang pada
mulanya, saya tidak suka dan tidak berminat dengan perkhemahan ini namun setelah
berada di kem ini saya menjadi sangat berminat dengan aktiviti perkhemahan ini. Tidak
ada langsung rasa menyesal saya selama mengikuti perkhemahan ini. Sekian, terima
kasih.

Anda mungkin juga menyukai