Anda di halaman 1dari 20

PERSEPSI GURU PELATIH MATEMATIK UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN

IDRIS TERHADAP PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR

BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sistem pendidikan merupakan wadah utama untuk membentuk identiti anak bangsa, menjadi
alat terpenting untuk menjayakan pembangunan negara, berfungsi sebagai wahana yang kukuh
untuk mencapai perpaduan serta kesejahteraan bangsa dan negara. (Tajul Ariffin dan Nor’Aini,
1992). Pendidikan adalah proses dan aktiviti yang bertujuan untuk menghasilkan perubahan yang
dikehendaki di dalam diri seseorang (Atan Long, 1978). Ia juga adalah satu proses menukarkan
pola tingkah laku manusia. Tingkah laku ini bermaksud tingkah laku dalam pengertian yang luas
termasuk pemikiran, perasaan dan perbuatan nyata. Menurut Ralph (1949), objektif pendidikan
bermakna perubahan tingkah laku yang dicari atau yang dikehendaki berlaku oleh sesebuah
institusi pendidikan ke atas pelajar-pelajarnya.
Dalam era teknologi masa kini, proses pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja
tertumpu kepada penggunaan buku teks, kaedah pengajaran guru melalui penggunaan kapur tulis
dan papan hitam sahaja, malah lebih daripada itu termasuklah penggunaan teknologi yang
menyediakan pembelajaran secara interaktif bagi memupuk minat pelajar.

Oleh yang demikian, melalui teknik dan kaedah pengajaran dan pembelajaran dari guru
sahaja belum dapat menjamin berlakunya proses pembelajaran yang berkesan tanpa melalui
bahan bantu mengajar. Dalam matapelajaran matematik, bahan bantu mengajar memainkan
peranan penting ke arah memahamkan konsep di dalam proses pengajaran selain daripada
bertujuan untuk menarik minat pelajar.

1.2 Latar Belakang Kajian

Kementerian Pelajaran Malaysia mengubal Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan
Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) yang menekankan penggunaan pelbagai teknik
pengajaran serta mengutamakan penggunaan alat bantu mengajar untuk menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran tersebut berkesan. Pihak Kementerian Pelajaran telah menyediakan
pelbagai alat bantu mengajar yang berteraskan teknologi di sekolah-sekolah di negara untuk
memudahkan guru-guru terutamanya guru pelatih menggunakan kemudahan teknologi tersebut
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Abu Zahari (1987), guru pelatih kurang
berketerampilan dengan tugasnya. Ramai di kalangan mereka yang kurang mahir dan kreatif
untuk menggunakan kaedah pengajaran yang efektif bagi menyampaikan isi pengajaran tersebut.

Melalui penggunaan alat bantu mengajar yang pelbagai, pembelajaran secara interaktif akan
menarik minat, perhatian para pelajar, dan menimbulkan rasa ingin tahu yang mendalam. Oleh
itu, adalah menjadi tugas guru untuk menggunakan alat bantu mengajar untuk memberikan
pemahaman yang jelas kepada pelajar tentang apa yang diajari. Ford (1982), menyatakan bahawa
pengalaman secara terus yang dialami oleh seseorang membolehkan perkataan dan simbol

guru-guru terutamanya guru pelatih seharusnya telah dilatih supaya menjadi seorang guru bertauliah dan berwibawa. Pelajar juga dapat memahami sesuatu konsep itu dengan jelas dan tepat kerana mereka dapat melihat secara terus terutamanya yang melibatkan pekara yang abstrak. Menurut Abdul Raof Dalip (1991). tetapi guru yang mahir menggunakan bahan itu boleh memberikan kesan yang berkekalan.memberi makna kepadanya. Sewaktu menjalani latihan mengajar. guru pelatih mengajar dengan menggunakan segala teori dan prinsip pendidikan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran sebenar di bilik darjah. mengatasi sifat pasif pelajar dan memberi rangsangan. Sesuatu bahan dengan sendirinya tidak dapat menghasilkan sebarang perubahan terhadap pembelajaran. sebagai langkah pertama. 1. Rasional alat bantu mengajar digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah untuk memperjelaskan lagi penyampaian maklumat agar tidak terlalu bersifat verbalistik. Latihan mengajar merupakan satu aspek penting dalam program pendidikan perguruan. mengatasi keterbatasan ruang.3 Penyataan Masalah . pengajaran dan penggunaan alat bantu mengajar yang mencukupi (Noor Din. 1999). Guru sepatutnya menyampaikan pengajaran sebaik mungkin dengan membuat persediaan awal dari segi perancangan kaedah penyampai. Beliau juga menyatakan bahawa guru yang mahir menggunakan bahan pengajaran bukan sahaja seorang pelukis yang dapat mereka bahan pengajaran tetapi juga adalah pelukis yang boleh memahami perbezaan individu. mempersamakan pengalaman dan membangkitkan persepsi di kalangan pelajar.

Seseorang guru pelatih juga harus mahir mengenal pasti. sumber-sumber pengajaran pembelajaran dan juga bagaimana menggunakan bahan bantu mengajar dengan berkesan.4 Objektif Kajian I.Sepatutnya pengajaran menjadi lebih baik dan menarik dengan persediaan awal dari segi perancangan kaedah penyampaian pengajaran dan penggunaan bahan bantu mengajar yang cukup. Kualiti sesuatu pelajaran yang memusatkan pelajar amat bergantung kepada keberkesanan guru memilih dan menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai. Perkembangan teknologi mencipta peralatan pengajaran memberi kesan dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dilakukan oleh guru dan juga bagi mempercepatkan proses pembelajaran di kalangan pelajar Guru pelatih (matematik) telah didedahkan pelbagai kaedah mengajar yang memusatkan pelajar. Mengenal pasti jenis bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru-guru pelatih dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran matematik semasa latihan mengajar. Oleh itu. Ini secara tidak langsung boleh membantu pemahaman pelajar. bidang teknologi juga memainkan peranan penting yang menjadi tapak asas yang kukuh dalam bidang pendidikan masa kini. Peralatan yang dihasilkan berasaskan teknologi moden dapat digunakan secara praktik dalam pengajaran dan pembelajaran guru. . membuat keputusan untuk memilih bahan bantu mengajar yang paling berkesan dan mengoptimumkan sumber untuk mencapai objektif pengajaran yang dirancang. Sesebuah sekolah yang mempunyai pusat sumber atau perpustakaan yang dilengkapi bahan bantu mengajar tidak dapat membantu pelajar dalam pembelajarannya jika gurunya tidak mahir menggunakan bahan itu dengan berkesan. 1.

Guru merancang aktiviti yang menggunakan Bahan Bantu Mengajar untuk menyampaikan konsep matematik dengan lebih berkesan. Hasil daripada kajian ini diharapkan dapat memberikan kesedaran kepada guru-guru matematik khususnya dan pihak-pihak lain agar memberikan perhatian dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap kepentingan Bahan Bahan Mengajar dalam pengajaran matematik. . Apakah persepsi guru pelatih terhadap penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran matematik? II. Apakah masalah yang dihadapi oleh guru pelatih dalam menggunakan bahan bantu mengajar? 1. penggunaan Bahan Bantu Mengajar memainkan peranan penting dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Apakah tahap kemahiran guru-guru pelatih dalam menggunakan bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran matematik? III. III.5 Persoalan Kajian I. Dalam konteks pelajaran matematik KBSR khasnya.6 Kepentingan Kajian Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) menekankan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajaran. Mengetahui masalah yang dihadapi oleh guru pelatih dalam penggunaan bahan bantu mengajar.II. Mengetahui tahap kemahiran penggunaan bahan bantu mengajar di kalangan guru pelatih dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran matematik. 1.

Perak. Pemilihan sampel hanya dibataskan kepada pelajar-pelajar ini kerana mereka telah .7 Batasan Kajian Lokasi kajian adalah sebuah universiti iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).s. Dari segi sampel kajian pula.Menurut Omar Hamalik (1982.79 ) menjelaskan bahawa kemajuan teknologi moden sekaligus mengajak kita mengubah sikap dan menyedari akan pentingnya Bahan Bantu Mengajar sebagai memenuhi tuntutan kurikulum dan peningkatan kemampuan pelajar. 1. kepentingan kajian ini juga untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan guru-guru matematik tentang pentingnya penggunaan Bahan Bahan Mengajar dalam proses pengajarandan pembelajaran. ia terdiri daripada pelajar-pelajar tahun 4 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Matematik (AT14) dan Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik dengan Pendidikan. Selain itu membentuk guru supaya lebih kritis dan kreatif dalam pembinaan dan pemulihan Bahan Bahan Mengajar yang sesuai dengan minat pelajar yang dibimbing. Justeru itu satu perancangan yang lebih teliti dapat dirangka seperti menganjurkan kursus yang bersistematik kepada para guru untuk menyalurkan pengetahuann tentang penggunaan Bahan Bantu Mengajar di kalangan guru-guru matematik khasnya. Jabatan PendidikanNegara dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Tanjong Malim di Perak. Tanjong Malim. Akhir sekali. Hasil dapatan daripada kajian ini diharapkan dapat membantu pengkaji memperbaiki kelemahan diri sendiri berhubung dengan penggunaan Bahan Bantu Mengajar untuk dimanfaatkan kepada pelajar yang dibimbing. Pejabat Pendidikan Daerah.m. kajian ini diharapkan agar dapat memberi gambaran yang jelas tentang penggunaan Bahan Bantu Mengajar kepada pihak sekolah. Selain itu. Pemilihan universiti ini adalah bersesuaian dengan penyelidikan kerana pengkaji masih bertugas di universiti tersebut.di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Menurut Mohd Majid (1994). Tujuan kajian ini adalah mengetahui tahap penggunaan alat bantu mengajar di kalangan guru pelatih yang mengajar mata pelajaran matematik atau matematik tambahan.menjalani sesi latihan mengajar pada semester pertama sesi 2014/2015 sebagai guru pelatih yang mengajar subjek matematik atau matematik tambahan. kaedah deskriptif adalah sesuai digunakan dalam penyelidikan yang bermatlamatkan untuk menerangkan sesuatu masalah atau fenomena. . Kajian ini berbentuk kaedah deskriptif yang menggunakan soal selidik dan akan dijalankan ke atas guru-guru pelatih UPSI yang mengajar mata pelajaran matematik atau matematik tambahan semasa latihan mengajar.

2. . Penyelidik telah membuat kesimpulan bahawa BBM memainkan peranan yang amat penting untuk merangsang keinginan pelajar tersebut dengan lebih mendalam. Dapatan kajian beliau menunjukkan bahawa majoriti pelajar lebih cenderung terhadap penggunaan BBM yang pelbagai. Penyelidik telah menggunakan kajian-kajian ini sebagai rujukan dan panduan bagi menjalankan kajian ini agar kajian ini menjadi lebih baik lagi. Wan Monalyza (1990) telah menjalankan kajian mengenai tanggapan pelajar-pelajar Tingkakatan 2 di Sekolah Menengah Yahya Petra terhadao penggunaan BBM dalam mata pelajaran Sains. tulisan dan gambar rajah yang teratur serta mudah dibaca dan bersesuaian dengan topik yang diajar. Maklum balas yang diberikan oleh responden mengatakan bahawa BBM dapat meningkatkan daya ingatan dan kefahaman mereka. Banyak kajian dan penulisan mengenai hubungan di antara penggunaan Bahan Bantu Mengajar dengan minat pelajar.BAB 2 ULASAN KEPUSATAKAAN Dalam bab ini. Minat yang mendalam dalam mata pelajaran matematik memainkan peranan yang penting terhadap pencapaian dalam bidang matematik Juga kajian-kajian mengenai ciri-ciri dan jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar yang digunakan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. terdapat beberapa orang penyelidik yang telah mengkaji tentang penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) dalam proses pengajaran dan pembelajaran.1 Kajian Tempatan Di Malaysia.akan dibincangkan tentang kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji sebelum ini.

Para pelajar juga mengatakan bahawa BBM dapat memberikan kefahaman tentang konsep-konsep asas yang penting dengan lebih mudah. hasil dapatan menunjukkan BBM dapat memberi idea kepada pelajar supaya menjadi lebih kreatif dan memudahkan pelajar membayangkan isi pengajaran yang diajar oleh guru semasa ujian. Chan (1993) dalam kajian beliau The Effectiveness Of Individualised Learning In Computer Study Package in Secondary School Matrics telah dapat membuktikan kepentingan . hasil dapatan menunjukkan BBM dapat membantu pelajar-pelajar menggambarkan konsep pembelajaran dengan lebih jelas. BBM dapat menggalakkan pelajar untuk belajar. Dari segi minat. kognitif.Sabdani Batang (1999) telah melakukan satu kajian yang bertajuk “Persepsi Pelajar Terhadap Keberkesanaan Penggunaan BBM Dalam Mata Pelajaran Fizik Tingkatan 4. Dari segi kognitif. sempurna dan pelajar juga merasakan penggunaan BBM adalah sesuai dan berkesan. penggunaan BBM yang pelbagai cara pengajarannya akan dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Dapatan kajian mendapati bahawa pelajar mempunyai persepsi yang baik terhadap BBM yang guru gunakan. Beliau telah mengkelaskan dapatan kajian ini kepada beberapa aspek iaitu dari segi kemahiran. Dari segi tingkah laku pula.” Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Menengah Taun Gusi dan Arshad di Kota Belud. Dari segi kemahiran. Pelajar juga dapat mengingati isi pelajaran guru dengan lebih mudah. pelajar lebih cenderung meminati penggunaan bahan-bahan 3D. Hasil dapatan kajian ini juga menunjukkan penggunaan BBM merupakan satu cara yang unggul dalam menarik minat pelajar terhadap pengajaran guru. proses pengajaran menjadi lebih lancer. sistem video/TV dan bahan-bahan bercetak. Dari segi pemilihan BBM. tingkah laku.dan pemilihan BBM. Sabah.

penggunaan BBM di dalam pembelajaran dan pengajaran. memperolehi skor yang lebih tinggi dalam ujian pasca berbanding dengan pelajar yang mempunyai pencapaian yang cemerlang dari kumpulan kawalan. Chan merumuskan bahawa jika pelajar yang mempunyai pencapaian tidak cemerlang diberi masa serta panduan. Manakala pelajar yang mempunyai pencapaian tidak cemerlang (Nondestinction Group) dari kumpulan ILCOM memperolehi skor yang lebih tinggi dan signifikan dalam ujian pos berbanding pelajar yang mempunyai pencapaian cemerlang berbanding kumpulan kawalan. mereka berupaya mencapai keputusan yang lebih baik dalam bidang matematik terutama dalam topik matrik. Skop kajian itu melibatkan 70 orang pelajar tingkatan 4 menunjukkan bahawa pelajar yang mempunyai pencapaian cemerlang (Destiction Group) dari kumpulan Individualised Learning With Computer (ILCOM). Dalam kajian ini. perbezaan skor tidaklah signifikan. Dari segi minat. pelajar mempunyai minat yang tinggi terhadap mata pelajaran FIzik setelah diajar dengan menggunakan BBM. Hasil dapatan kajian oleh Khairiah (2004) dalam kajiannya yang bertajuk ‘Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Semasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran Matematik’ mendapati bahawa penggunaan BBM dianggap sebagai pelengkap di dalam proses pengajaran dan . Murally (1998) dalam kajiannya bertajuk ‘Kesan Penggunaan BBM Terhadap Pencapaian Murid Tingkatan 4 Dalam Matapelajaran Fizik’ di dua buah sekolah di daerah Hulu Langat mendapati pencapaian murid adalah lebih baik apabila menggunakan BBM berbanding dengan cara biasa. Pelajar juga boleh mempelajari matrik dengan menggunakan komputer tanpa bantuan guru. Namun demikian.

Noor (1996) telah menjalankan kajian mengenai penggunaan bahan bantu mengajar oleh guru-guru untuk pengajaran matematik bagi kelas-kelas pemulihan. “Respon . 2. 70% guru menggunakan BBM dalam permulaan pengajaran iaitu set induksi.s. m. 2003. Mohd.pembelajaran matematik. Kanak-kanak menganggap apa-apa yang ada disekeliling itu adalah dunia sebenarnya. Dalam kajiannya. Van Eugen (1953. dalam Lim Chap Sam. tingkah laku kanak-kanak bergantung kepada kebolehan memerhati dan membuat interpretasi berkenaan alam persekitarannya.2 Kajian Luar Negara Selain daripada kajian-kajian yang dijalankan oleh penyelidik tempatan. beliau mendapati 90% daripada guru yang dikaji berminat terhadap pengajaran matematik berbantukan BBM. Berikut merupakan ringkasan beberapa kajian luar negara untuk dijadikan sebagai tinjauan literatur dalam kajian ini. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan BBM dalam proses pengajaran dan pembelajaran memang berkesan. terdapat banyak kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik-penyelidik dari luar negara tentang penggunaan bahan bantu mengajar atau teknologi pendidikan dalam meninjau dan melihat sejauh manakah keberkesanan seorang guru itu menggunakan BBM dalam pengajarannya seterusnya membantu dalam pembelajaran pelajar. Pengajaran dan pembelajaran dianggap tidak sempurna jika BBM tidak digunakan di dalam kelas.3) menegaskan. Ahli-ahli psikologi dan para pendidik bersetuju bahawa pembelajaran yang menggunakan deria adalah asas kepada semua jenis pembelajaran. Daripada jumlah ini. Pada peringkat awal pembelajaran.

dan lebih berkuasa daripada respon asal”. dalam Lim Chap Sam. tetapi ia juga memberikan suasana pembelajaran yang seronok dan bermakna kepada pelajar. Secara tidak langsung. penggunaan BBM dapat membina dorongan instrinsik pelajar yang sangat diperlukan dalam proses membina ilmu. Dalam kajian tersebut beliau .s. Respon dilakukan. bagi menggalakkan pembelajaran yang bermakna kepada pelajar. 2003. Walau bagaimanapun.4) Barry (1986) juga telah menjalankan kajian dan mendapati bahawa penggunaan television. penggunaan BBM bukan sahaja memperkukuhkan penguasaan pelajar berkaitan konsep asas. Didapati pengalaman dan aktiviti belajar menggunakan BBm dapat membantu kanak-kanak menguasai konsep matematik dengan lebih mantap.kepada dunia objek-objek konkrit adalah asas kepada timbulnya struktur idea abstrak. beliau menegaskan bahawa media tersebut bukanlah pengganti kepada guru secara keseluruhannya tetapi ia hanya alat untuk memudahkan murid memahami sesuatu tajuk yang diajar. (Lim Chap Sam. Salah konsep atau misconception dalam matematik yang kukuh.s. William (1996) telah menjalankan kajian mengenai pengajaran menggunakan BBM dan pengajaran menggunakan ringkasan daripada buku teks sains. m. pengajaran matematik perlu dimulakan dengan pengalaman-pengalaman belajar yang melibatkan objek sebenar. 2003. video dan radio dapat meningkatkan pemahaman pelajar terhadap tajuk pelajaran yang dikaji.4) ke atas kanak-kanak menunjukkan. diaturkan semula dan diintegrasikan supaya ia menjadi lebih berguna. Oleh itu. m. Kajian-kajian yang dijalankan oleh Baroody (1987.

Misalnya melalui pengalaman enaktif dan manipulatif. Ikonik pula merujuk kepada perlambangan bagi mewakili bahan sebenar seperti yang dinyatakan oleh Noor Shah Saad (2002. . 2003.mendapati bahawa pelajar yang didedahkan dengan kaedah pengajaran berbantukan media lebih mudah memahami sesuatu pembelajaran serta mereka mempunyai daya ingatan yang lebih lama berbanding dengan pelajar yang menggunakan buku teks semata-mata. 3). dialih ataupun disusun secara fizikal oleh pelajar. 1960.s. Enaktif merujuk kepada bahan-bahan konkrit sebenar yang dapat dipegang.8) mengikut perkembangan kognitif yang dinyatakan oleh Jerome Burner. diikuti dengan pengalaman ikonik atau perlambangan dan seterusnya pengenalan kepada simbol-simbol yang semakin abstrak (Bruner. Pada peringkat awal perkembangan kognitif. kanak-kanak perlu beberapa mod persembahan yang berbeza bagi membolehkan mereka membuat takrif ke atas persembahan melalui deria mereka. m. m.s. dalam Lim Chap Sam. Justifikasi berkenaan kepentingan BBM matematik seperti bahan manipulatif dibuat oleh tokoh-tokoh psikologi pembelajaran seperti Zoltan Dienes dan Jerome Bruner seawal tahun 60an lagi.

prosedur kajian dan juga analisis data. Bab ini juga membincangkan kaedah yang dijalankan dalam mendapatkan maklumat kajian ini. Terdapat tiga alasan mengapa soal selidik digunakan dalam kajian ini.1 Reka Bentuk Kajian Kajian ini adalah kajian yang berbentuk deskriptif dan data akan dianalisis secara kualitatif. luas dan menyeluruh. Pertama. 3. Responden juga berada berdekatan dengan penyelidik. Kedua. instrument kajian. mudah.BAB 3 METADOLOGI Bab ini memberikan gambaran yang jelas tentang proses penyelidikan. membolehkan penyelidik membuat kajian. partisipan kajian. Kaedah ini digunakan kerana ia boleh melibatkan responden yang ramai. menjimatkan masa dan memerlukan kos yang rendah. Aspek-aspek penting diterangkan di dalam metodologi ini adalah termasuk reka bentuk kajian. Pendekatan yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk tinjauan di mana pengetahuan dan persepsi guru-guru pelatih terhadap penggunaan bahan bantu mengajar dalam pembelajaran matematik dapat dilihat. hubungan dan perbandingan dengan hasil fakta dan maklumat yang boleh di cross-tabulate dalam pelbagai kaedah saintifik bagi mempelbagaikan dapatan sesuatu kajian. Menurut Ahmad Muhid (2005). menyatakan kaedah ini membenarkan responden memberi respons atau maklum balas tanpa mengira masa dan kebarangkalian memperoleh . Kaedah kajian adalah menggunakan kaedah temu bual dan borang soal selidik. Kaedah ini digunakan kerana ia sesuai. kaedah ini boleh melibatkan responden atau sampel yang ramai.

3 Instrumen Kajian Instrumen kajian yang digunakan oleh penyelidik dalam kajian ini adalah satu set soal selidik yang diambil dan diubahsuai daripada Tahap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (Zainudin Hassan.jawapan yang tepat dan kebolehpercayaannya bertambah. 3. Apakah persepsi guru pelatih terhadap penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran matematik? . Responden-responden ini juga dianggap dapat mewakili keseluruhan populasi pelajar AT14 dan AT48 yang telah menjalani latihan mengajar. 2007) agar bersesuaian dengan objektif kajian yang telah ditetapkan oleh penyelidik. Soal selidik ini mengandungi 30 item yang menjawab persoalan-persoalan kajian berikut : I. Penyelidik telah memilih 20 orang pelajar lelaki dan 20 orang pelajar wanita secara rawak untuk menjadi sampel kajian ini. Daripada populasi tersebut. data yang diperolehi juga mudah untuk dianalisis dan ditafsir. Selain daripada itu. Saru kajian rintis yang melibatkan 15 orang responden telah dijalankan bagi menentukan kesahan kajian ini.2 Populasi dan Sampel Populasi kajian ini terdiri daripada semua pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Matematik (AT14) dan Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) dengan Pendidikan (AT48) yang telah mengajar subjek matematik atau matematik tambahan semasa menjalani sesi latihan mengajar pada semester 1 sesi 2014/2015. 3. seramai 40 orang pelajar dipilih sebagai sampel kajian..

Skala Likert yang digunakan mempunyai 5 pilihan jawapan bagi setiap item. Setiap pilihan tersebut mempunyai markah tertentu. Markah yang diberi adalah berdasarkan kepada jenis item seperti yang dinyatakan dalam Jadual 3. Apakah masalah yang dihadapi oleh guru pelatih dalam menggunakan bahan bantu mengajar? Soal selidik ini mengandungi satu bahagian sahaja. Pecahan soalan di dalam borang soal selidik dinyatakan dengan terperinci dalam Jadual 3.II. Apakah tahap kemahiran guru-guru pelatih dalam menggunakan bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran matematik? III. Soal selidik ini mengandungi 30 item berbentuk format Likert dan menggunakan skala Interval dan responden membuat pilihan jawapan sendiri apabila menjawab item-item ini.1 Skala Likert yang Digunakan Untuk Mengira Skor Responden Bagi Item Negatif Tanda SS S M TS STS Maksud Sangat Setuju Setuju Memuaskan Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju Markah 5 4 3 2 1 Borang soal selidik Persepsi Guru Pelatih Matematik Universiti Pendidikan Sultan Idris Terhadap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar ini mengandungi 30 soalan yang disediakan bagi mendapat respon guru pelatih untuk mengenal pasti persepsi guru pelatih terhadap BBM.2 . tahap kemahiran guru pelatih terhadap penggunaan BBM dan masalah-masalah yang dihadapi oleh guru pelatih semasa menggunakan BBM.1. Jadual 3.

12.27.24. IV.4 Prosedur Kajian Untuk menjalankan kajian ini.15. penyelidik telah membuat pembacaan tentang apa yang hendak dikaji agar mudah dan melancarkan lagi proses penyelidik ini.10.19.6.16. Penyelidik telah memilih satu tajuk yang sesuai dan mendapatkan kelulusan daripada penyelia tesis. III.2 Bil Kategori 1 Persepsi guru pelatih terhadap penggunaan BBM Nombor Item 5.18. Menyediakan soalan untuk kertas soal selidik yang akan diberikan kepada responden untuk dijawab.13.3.25.9. . Antara prosedur dalam menjalankan kajian ini adalah seperti berikut :I.Jadual 3.22. penyelidik mendapat format penyediaan penulisan kajian daripada penyelia tesis. V. II.8.20 dan 23 Tahap kemahiran guru pelatih terhadap penggunaan 2 2.21 dan 28 BBM Masalah yang dihadapi oleh guru pelatih dalam 3 1.14. Setelah tajuk diluluskan.17. Mendapat bimbingan tentang bagaimana menyediakan proposal kajian dengan betul.7.26.29 dan 30 menggunakan BBM 3. Mengedarkan kertas soal selidik kepada responden kajian.4.11.

5 Analisis Data Bagi menganalisis data yang diperolehi melalui borang soal selidik. Membuat rumusan. tahap kemahiran dan masalah yang dihadapi oleh guru pelatih dalam menggunakan BBM. kekerapan.+ . VII. cadangan dan saranan berkaitan kajian yang telah dijalankan. Latar belakang responden dianalisis dengan menggunakan kekerapan dan peratusan responden pula dianalisis dengan menggunakan frekuensi. sisihan piawai dan skor min. Kemudian maklumat yang diterima akan dianalisis dengan menggunakan Statistical Package of Social Sciences (SPSS) untuk mendapatkan kekerapan. diharap agar bakalbakal guru mempunyai persepsi yang positif dan memberangsangkan dalam penggunaan bahan bantu mengajar di dalam pembelajaran dan pengajaran matematik. Statistik yang digunakan ialah statistik deskriptif yang melibatkan pengukuran frekuensi dan peratusan.VI. min dan sisihan piawai. 3. kekerapan peratusan dan skor min. Daripada analisis data yang akan diperolehi. Tatacara Penganalisisan data iaitu data diperolehi dengan menggunakan borang soal selidik dan temubual. Penilaian akan dilakukan mengikut keseluruhan nilai min yang diperolehi bagi tiga bahagian yang berkaitan persepsi. penganalisaan data atau skor mentah ini akan dibuat menggunakan komputer melalui program ‘Statistical Package for the Social Sciences’ (SPSS) dan Microsoft Excell. peratusan.

Barry Tomalin. . Bhd. Faktor Mempengaruhi Pencapaian Sains PMR. Ford Le Roy. Bhd. Penggunaan ABM Oleh Guru Untuk Pengajaran Matematik Bagi Kelas Pemulihan : Latihan Ilmiah. (1986). Universiti Pendidikan Sultan Idris. Fatimah Salleh & Munirah Ghazali. Alat Bantu Mengajar Matematik : Bentong. New York: Mc Graw Hill Company Lim Chap Sam. (1982).RUJUKAN Abdul Raof Dalip. (2002). Abu Zahari Abu Bakar. (1999). (2005). (1991). Tesis Sarjana Muda. Petaling Jaya: Longman. Teori & Perkaedahan Pendidikan Matematik : Petaling Jaya. Noor Din Maulud. PTS Publications & Distributors Sdn. Universiti Malaya. (1998). Omar Hamalik. Psikologi Pendidikan. Murally. Universiti Kebangsaan Malaysia. Memahami Psikologi Pembelajaran. Chan Chong Tik. (2003). (1987). Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn. Penggunaan Internet Sebagai Sumber Pengajaran di Kalangan Guru-guru SMK dan SMA di Daerah Sabak Bernam : Latihan Ilmiah. (1978). Kesan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Terhadap Pencapaian Murid Tingkatan 4 Dalam Matapelajaran Fizik : Latihan Ilmiah. Ahmad Muhid. Mohd Noor. Noor Shah Saad. UTM. Universiti Malaya. Media Pendidikan Bandung: Penerbit Alumni. Atan Long. (1996). A Study On The Effect Of The Usage Of Electronic Media In Classroom Teaching : University Of California. Kuala Lumpur: DBP. Isu-isu Latihan Mengajar Petaling Jaya: Fajar Bakti. The Effectiveness Of Individual Learning With Computer Study In Learning Of Some Secondary School Matrics : Masters of Education Thesis. (1993). Administering Educational Media: Instructional Technology and Library Service. (1982).

. Persepsi Pelajar Terhadap ABM Yang Diunakan Dalam Pengajaran Matapelajaran Sains Paduan: Latihan Ilmiah. London: Longman. (1990). Satu Tinjauan di Sekolah Menengah Taun Gusi Dan Arshad di Kota Belud. Tajul Ariffin Nordin dan Nor Aini Din. Wan Monalyza. Sabah: Latihan Ilmiah. Kuala Lumpur: Arena Ilmu. (1999). A Study On The Difference Between Teaching With Teaching Aids And Teaching With Textbooks : International Journal of Educational Management. Universiti Kebangsaan Malaysia. Persepsi Pelajar Terhadap Keberkesanan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dalam Pelajaran Fizik TIngkatan 4. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Semasa Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik : Latihan Ilmiah. (2004). (1949). (1996). Pendidikan dan Wawasan 2020. Universiti Kebangsaan Malaysia Siti Khairiah. Universiti Pendidikan Sultan Idris. (1992).Ralph W Tyler. Basic Principle of Curriculum. Sabdani Batang. William Bove.