Anda di halaman 1dari 23

Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru

TENGKU AMPUAN AFZAN

SHARINA BT ISMAIL

2011112360351

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU.
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
21 SEPTEMBER 2014

EN. HATIM AZIWIR B ZAADUN ZABIR

21 SEPTEMBER 2014

SHARINA BT ISMAIL

1 SHARINA BINTI ISMAIL_ 820205-

02-5038
UNIT PENDIDIKAN PEMULIHAN
SEMESTER 7/ 2014
1PG KAMPUS TENGKU AMPUAN
AFZAN, KUALA LIPIS.

Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru

Pengakuan:

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan ”

Tandatangan : …………………………………..

Nama : SHARINA BT ISMAIL
Tarikh : 21 SEPTEMBER 2014

2 SHARINA BINTI ISMAIL_ 820205-

02-5038
UNIT PENDIDIKAN PEMULIHAN
SEMESTER 7/ 2014
1PG KAMPUS TENGKU AMPUAN
AFZAN, KUALA LIPIS.

Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru TUGASAN PROJEK Profesion keguruan pada hari ini dilihat semakin goyah kerana ada segelintir guru yang sanggum melanggar kod etika keguruan yang telah sedia termaktub. KUALA LIPIS. Ini sudah tentu akan mengganggugugat martabat profesion keguruan sebagai suatu profesion yang mulia. . 3 SHARINA BINTI ISMAIL_ 820205- 02-5038 UNIT PENDIDIKAN PEMULIHAN SEMESTER 7/ 2014 1PG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN. 1. ULASAN KRITIS Analisis artikel atau penulisan jurnal yang and abaca mengenai salah laku guru yang melanggar kod etika keguruan serta huruaikan kesan dan akibat tindak tanduk tersebut terhadap profesion keguruan di Malaysia. Ini terbukti apabila semakin banyai isu mengenai salah laku guru tersiar di internet dan dada-dada akhbar.

Ledakan teknologi maklumat dan kemajuan teknologi global serta kewujudan arus perdana Koridor Raya Multimedia (MSC) dalam sistem pentadbiran negara.Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru PENGENALAN Cabaran era komunikasi abad ke-21 terhadap sistem pendidikan negara begitu terasa. Tanggungjawab profesion perguruan menjadi semakin berat kerana rakyat masa hadapan yang hendak dihasilkan itu bukan sahaja perlu diterapkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan semata-mata. menuntut konsep pendidikan mencorak ke arah yang bercirikan teknologi secara saintifik. KUALA LIPIS. . telah mencadangkan supaya diadakan etika Profesion perguruan (EPP) bagi 4 SHARINA BINTI ISMAIL_ 820205- 02-5038 UNIT PENDIDIKAN PEMULIHAN SEMESTER 7/ 2014 1PG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN. timbul pula pelbagai masalah dikalangan guru-guru. 1971). tetapi perlu juga diseimbangkan dengan nilai sosial yang baik dari segi moral dan etika yang murni. Malangnya ketika kita bersungguh-sungguh menyahut cabaran masa kini untuk merealisasikan aspirasi negara. Kementerian Pendidikan bagaimanapun telah berusaha sejak dari dulu lagi untuk menjadikan bidang perguruan ini sebagai satu kerjaya yang profesional. Laporan Suruhanjaya Diraja mengenai Perkhidmatan perguruan Malaysia Barat (Laporan Aziz. Profesion perguruan juga merupakan badan yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk menghasilkan rakyat masa depan yang serba canggih sebagai jentera penggerak negara.

Salah laku guru sendiri yang mencalar kewibawaan profesion perguruan ini. 5 SHARINA BINTI ISMAIL_ 820205- 02-5038 UNIT PENDIDIKAN PEMULIHAN SEMESTER 7/ 2014 1PG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN.Seorang murid tahun lima mengadu trauma selepas mendakwa disepak dan dipijak kepalanya oleh seorang guru lelaki yang dipercayai mengalami masalah mental. Etika Profesion Perguruan harus dikaji semula (Najib. Tidak kurang juga apabila ia menjadi bualan hangat dikalangan masyarakat. Kejadian guru-guru memukul pelajar sering dipilih untuk dijadikan tajuk utama bagi media massa. mencabul dan merogol anak didik sendiri sering berlaku dan menjadi topic hangat di media massa. mendera. Dalam usaha untuk memastikan martabat pendidikan terus terpelihara dan tidak terpinggir dalam perubahan arus zaman.Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru pembentukan Tatatusila Guru. . 1971). ANALISIS ARTIKEL KUALA TERENGGANU 17 April .20 petang di sebuah sekolah di Chendering dekat sini. Namun begitu sehingga ke hari ini kita masih mendengar berita-berita yang tidak menyenangkan seperti guru memukul pelajar. Semua guru yang memperolehi sijil perguruan perlu mematuhinya. KUALA LIPIS. Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 1.

6 SHARINA BINTI ISMAIL_ 820205- 02-5038 UNIT PENDIDIKAN PEMULIHAN SEMESTER 7/ 2014 1PG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN. dia juga kini trauma untuk ke sekolah. Katanya. Difahamkan. KUALA LIPIS. Wan Omar berkata. kejadian itu berpunca daripada tindakan guru terbabit yang cuba meleraikan pergaduhan antara mangsa bersama rakan sekelasnya di hadapan surau sekolah berkenaan. pihaknya akan menyiasat kejadian itu termasuk sedang menunggu laporan berhubung kesihatan guru terbabit. mangsa. Jelas Wan Luqman Al-Hakim. Pengarah Pendidikan negeri. . akibat kejadian itu. Lepas tu tiba-tiba cikgu tu datang dan sepak saya sampai jatuh terlentang. dia hanya mengetahui mengenai perkara itu selepas dimaklumkan oleh rakan anaknya yang berada tidak jauh dari sekolah tersebut. "Masa tu saya marah dekat kawan saya sebab dia main-mainkan nama ayah. dia kemudian bergegas ke sekolah untuk menghantar anaknya ke Hospital Sultanah Nur Zahirah bagi mendapatkan rawatan lanjut sebelum membuat laporan polis. Bapa mangsa. Wan Luqman Al-Hakim ketika ditemui di rumahnya mengadu sering sakit kepala dan tidak boleh berdiri lama akibat kejadian tersebut. Mangsa bagaimanapun dibenarkan pulang selepas diberi rawatan sebagai pesakit luar. Dalam pada itu." katanya ketika diminta menceritakan kembali apa yang terjadi. Wan Luqman Al-Hakim Wan Omar pengsan sebelum dibawa ke pejabat guru besar sekolah itu tanpa dimaklumkan kepada ibu bapanya terlebih dahulu. Sementara itu. Zakaria Hussin ketika dihubungi memberitahu.Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru Akibat kejadian itu.

Bagi murid tersebut mungkin akan berasa kurang kepercayaan kepada guru lagi dan berasa trauma untuk kesekolah.Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru KESAN DAN AKIBAT Berdasarkan artikel dari utusan online diatas dilihat suatu lagi salah laku seorang guru yang mana telah menyepak dan memijak kepala seorang murid tahun lima. yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju kearah pembentukan warga neragara yang berilmu. Tindakan seperti ini hanya mengundang kesan yang negative bukan hanya kepada murid berkenaan tetapi juga kepada profesion keguruan. “ Kami guru Malaysia. taat setia. PERKEMBANGAN KERJAYA GURU 7 SHARINA BINTI ISMAIL_ 820205- 02-5038 UNIT PENDIDIKAN PEMULIHAN SEMESTER 7/ 2014 1PG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN. bertanggungjawab dan berkebolehan… … dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab bimbingan anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya. KUALA LIPIS. selidiki apakah punca perbalahan dan selesaikannya dengan cara bertatatusila bukannya menyepak dan memijak kepala murid itu. jelas sekali guru ini telah melanggar Etika Profesion Perguruan (EPP) yang mana telah termaktub dalam ikrar seperti berikut. Tindakan guru ini agak keterlaluan dan segala tindakannya hanyalah berlandaskan emosi semata-mata.” Dari penyataan ikrar dan kod EPP diatas guru tersebut seharunya membimbing anak muridnya. Ia juga mungkin akan memberi kesan kepada pembelajarannya dan mungkin jika lebih teruk mungkin murid berkenaan harus pindah ke sekolah lain bagi melupakan peristiwa yang dialaminya. . Jika dilihat dari sudut Prifesion keguruan pula. maka dengan ini kami menerima tatatusila berikut sebagai panduan.

demi menjaga keselamatan dan kebajikan pelajar. Guru juga sebagai contoh model hidup di mana tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada pelajar. antara peranan guru yang penting ialah sebagai pengarah pembelajaran dengan membimbing pelajar supaya mereka berusaha untuk belajar dan bertindak sebagai ibu bapa kepada pelajar. Dalam kes yang telah dipilih ini guru yang melakukan tindakan diluar kawalan tersebut haruslah menjalani rawatan ataupun sesi kaunseling bagi mengelakkan perkara seperti ini berulang kembali. Selain itu. Peranan yang dimainkan oleh seorang guru dalam sesebuah sekolah amat penting terutama dari segi pencapaian aspirasi dan matlamat sekolah. sudah tentu punca datang daripada kenakalan atau kedegilan murid-murid itu sendiri. Dengan ini. Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab. KUALA LIPIS. Bukan semua murid itu baik dan patuh pada peraturan sekolah. Peranan ini akan membantu pelajar menyesuaikan diri dan menganggap sekolah sebagai sebahagian keluarga mereka. Menurut Mok Soon Sang (1988). guru juga sebagai pendisiplin yang bertanggungjawab menjaga disiplin pelajar serta membantu mereka membentuk sahsiah dan kelakuan yang sejajar dengan nilai dan norma masyarakat. Implikasi perkembangan kerjaya guru kepada perkhidmatan pendidikan di sekolah “Biasanya bukan sengaja guru ingin menimbulkan masalah. Namun itulah naluri seorang kanak-kanak 8 SHARINA BINTI ISMAIL_ 820205- 02-5038 UNIT PENDIDIKAN PEMULIHAN SEMESTER 7/ 2014 1PG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN. . nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru dapat diterapkan dalam jiwa pelajar. guru harus menyedari tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi dewasa kelak.Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru Golongan guru merupakan anggota sekolah yang terlibat secara langsung dalam perlaksanaan kurikulum dan program pendidikan di sekolah.

Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru yang perlu kita sebagai guru untuk fahaminya”. pengajaran dan kesedaran kepada mereka. Cara kekerasan pada mereka adalah kuno dan kolot yang tidak sesuai lagi pada zaman ini. ujarnya lagi. Tetapi hakikatnya. Jika guru menghukum murid. Mungkin guru tersebut termasuk dalam golongan yang yakin bahawa hukuman fizikal seperti merotan dan mendera akan memberi manfaat. membuat penilaian bahawa murid perlu dihukum sebagai peringatan. tetapi dalam sesetengah kes mereka mungkin hilang pertimbangan”. “Kita sememangnya tidak boleh memaafkan guru yang sudah dewasa dan berfikiran matang terlibat dalam insiden seperti itu. Sesungguhnya kebanyakan guru menghendaki murid-muridnya mematuhi segala arahan sekolah. Beliau juga menjelaskan bahawa segelintir guru yang berhadapan dengan masalah disiplin mahupun masalah pencapaian akademik murid yang lemah. murid tidak berani mengadu kepada ibu bapa sebab ibu bapa akan memihak kepada guru. . Amin Shariff. bukanlah mudah untuk meninggalkan cara kekerasan dalam mendidik pelajar. Dr. Datuk Noh Omar berkata guru perlu memahami peraturan dan panduan yang telah digariskan. Mungkin guru berkenaan tidak berniat berbuat demikian hingga perlu mendapatkan rawatan perubatan. Begitulah yang dikatakan oleh pakar psikologi kanak-kanak dan remaja. Tetapi akibat daripada tindakan fizikal itu. kecederaan hingga luka dan lebam sudah tentu merisaukan ibu bapa. Tidak dapat dinafikan bahawa dahulu sememang banyak ibu bapa menyerahkan tanggungjawab mendidik kepada guru. KUALA LIPIS. tetapi jika emosi turut memainkan peranan dalam menjalankan hukuman. Mohd. tetapi pada masa yang sama ada segelintir guru 9 SHARINA BINTI ISMAIL_ 820205- 02-5038 UNIT PENDIDIKAN PEMULIHAN SEMESTER 7/ 2014 1PG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN. biasanya kesan negatif yang berlebihan sebegitu akan terjadi. Kini banyak ibu bapa berpelajaran tinggi dan mengubah cara keibubapaan daripada penggunaan kekerasan kepada psikologi.

Oleh itu. Memang layaknya guru disanjung atas kesudian guru mendidik anak bangsa dan bukan dikutuk sebagai pendera. Ada segelintir guru menjatuhkan hukuman mengikut budi bicara sendiri inilah yang terjadi dalam kes yang dibicarakan ini. PENYELESAIAN (RUMUSAN) Seringkali kita mendengar tentang berita guru memukul murid. KUALA LIPIS.Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru yang enggan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kementerian. isu guru mendera dan bertindak ganas adalah masalah yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak. Bagaimanapun adakah pihak media dan masyarakat akan bersimpati dengan guru sekiranya kereta mereka pula yang dirosakkan oleh pelajar-pelajar atau mungkin guru sendiri yang dipukul pelajar. Justeru itu. Ibu bapa dan masyarakat harus sedar bahawa tugas guru bukan sekadar memberi ilmu pengetahuan dan mendidik. dan berita ini akan menjadi bahan berita sensasi pihak media. semua pihak termasuk ibu bapa dan media perlulah bersikap lebih adil dan rasional apabila berdepan dengan kes guru memukul pelajar. satu proses pembudayaan yang jarang diterima pelajar sewaktu di rumah. Guru adalah pendidik dan berpendidikan. Mereka tahu kesan jika mereka memukul murid. Dalam situasi ini jelas sekali gurulah yang lebih rela memikul tanggungjawab mendisiplinkan pelajar dan sanggup menghadapi pelbagai risiko keganasan pelajar sehingga diri sendiri yang kadangkala akan tertekan. Seterusnya penyelesaian bersama 10 SHARINA BINTI ISMAIL_ 820205- 02-5038 UNIT PENDIDIKAN PEMULIHAN SEMESTER 7/ 2014 1PG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN. Lebih dari itu. mereka bertanggungjawab mendisiplinkan para pelajar. Tidak ada seorang guru pun yang mahu memukul muridnya sesuka hati tanpa sebarang sebab. .

Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru hendaklah ada terutama di antara guru. guru sewajarnya sentiasa menghayati dan mengamalkan Tatasusila Profesion Penguruan. Guru perlu mengelakkan diri daripada nafsu marah dan jauhkan diri daripada membuat kesimpulan terburu-buru tanpa penyelidikan terlebih dahulu seperti yang digariskan dalam buku Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar dan Guru. pelajar dan sekolah agar masalahmasalah ini dapat diselesaikan dengan cara terbaik dan dalam situasi menang menang. 2. Justeru itu. . KUALA LIPIS. Dengan cara inilah boleh mendorong murid memberi penghormatan yang setimpal dengan layanan yang diberikan oleh guru kepada mereka. PENULISAN AKADEMIK 11 SHARINA BINTI ISMAIL_ 820205- 02-5038 UNIT PENDIDIKAN PEMULIHAN SEMESTER 7/ 2014 1PG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN. ibubapa. Sikap guru yang bengis dan garang hanya menakutkan murid untuk ke sekolah”. “Guru perlu sedar bahawa pelajar adalah manusia biasa yang memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar. Oleh itu murid patutlah mendapat layanan yang beradab.

Guru dulu merupakan pemimpin di desa dan kawasan pedalaman. tindakan dan sikap apabila berhadapan dengan pelajar. . Hajjah Nik Zaharah Nik Yaacob. guru memainkan peranan penting dalam mencapai kemerdekaan negara. satu pilihan... KUALA LIPIS. 12 SHARINA BINTI ISMAIL_ 820205- 02-5038 UNIT PENDIDIKAN PEMULIHAN SEMESTER 7/ 2014 1PG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN. Berdasarkan penyataan diatas. Pada masa dulu dilihat. Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin. Kesinambungan tokoh-tokoh guru seperti Rahman Yaacob dan Tun Ghafar Baba sepatutnya tidak boleh putus mengikut peredaran masa. pensyarah IPGKDRI Pendidik yang Berjaya bukan sahaja mempunyai kemahiran mengajar yang tinggi tetapi sentiasa dipengaruhi oleh pandangan luas dalam setiap keputusan.Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru Kerjaya guru……. Dr. Menteri Pelajaran Malaysia. banding bezakan peranan dan kepimpinan guru dahulu dan guru sekarang dalam konteks pendidikan di Negara kita. terpilih atau tiada pilihan….

KUALA LIPIS. Walaupun pada masa kini pelbagai gelaran digunapakai. Tugas guru adalah sama yakni mangajarkan ilmu pengetahuan kepada anak murid atau pelajar. Malah. ‘teacher’. Peluang ini harus digunakan sebaik mungkin oleh guru-guru. . 13 SHARINA BINTI ISMAIL_ 820205- 02-5038 UNIT PENDIDIKAN PEMULIHAN SEMESTER 7/ 2014 1PG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN. cuma agak berbeza dari segi pendekatannya. Guru harus jadi pemimpin dan membimbing masyarakat demi melahirkan barisan pelapis yang terkehadapan dalam serba. Kesan perubahan zaman terhadap fungsi dan kedudukan guru dalam masyarakat Guru adalah pengajar atau pendidik dalam sesebuah institusi pendidikan. Walaubagaimanapun. khidmat guru sehingga ke ceruk-ceruk rantau. Takutnya pada guru. Jadilah guru profesional yang boleh membezakan antara dua keadaan yang berbeza dan bukan mencampuradukkannya. Semua guru sepatutnya sedar bahawa tanggungjawab guru cukup besar. Kini. pendidik ada di mana-mana. perasaan hormat tetap ada. murid akan lari. Peranan mereka menyebarkan kepentingan kemerdekaan dan kemajuan menjadikan mereka disegani. Takut bercampur hormat.serbi. guru tetap guru sama ada dipanggil cikgu. hakikatnya. Pendek kata. Dulu kalau terserempak dengan guru. berbalik kepada tajuk iaitu perbezaan peranan dan kepimpinan guru dahulu dan guru sekarang dalam konteks pendidikan. Sekarang.Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru Peranan mereka dalam memberikan kesedaran kepada rakyat meninggalkan kesan yang bukan sedikit kepada masyarakat. Wlaupun Negara telah merdeka tetapi peranan guru tetap sama. guru-guru lebih didampingi. ‘sir’. ustaz ataupun ustazah.

perkara pertama akan disebut ibu atau bapa saya ialah “Kamu ada buat salah lah tu. Kedudukan guru juga dilihat semakin berbeza daripada dahulu. maka pukullah asal tidak patah riuk. Selain daripada itu. perubahan penerimaan masyarakat terhadap guru. guru kini tidak lagi dihormati sebagaimana pada suatu masa dulu. bukanlah kerana gaji guru makin sedikit atau apa. KUALA LIPIS. pekerjaan sebagai guru dianggap paling menjamin masa depan. lihat sahaja di dalam surat khabar atau media-media massa lain. tidak semua kes adalah kerana keegoan ibu bapa. Anak-anak lepasan sekolah yang menyertai maktab perguruan adalah sangat disanjung tinggi. . Perbezaan yang ketara wujud dalam pelbagai bentuk. Pengalaman saya juga dahulu. sistem pendidikan juga semakin hari semakin diubah. Perubahan dalam masyarakat menyebabkan kedudukan guru di mata masyarakat sekarang amatlah berbeza daripada dulu. Benarlah. apabila pulang kerumah selepas dirotan di sekolah dan memberitahu ibu. Malahan guru adalah lebih 14 SHARINA BINTI ISMAIL_ 820205- 02-5038 UNIT PENDIDIKAN PEMULIHAN SEMESTER 7/ 2014 1PG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN. kamu buat apa sampai cikgu marah?”. Semakin saya dewasa semakin saya memahami semua ini. Anak-anak juga apabila pulang kerumah selepas dirotan guru tidak akan berani mengadu kepada ibu bapa kerana pasti akan bertambah dos mereka nanti. Dahulu. Tetapi di zaman kini amat berbeza. Ibu bapa kini lebih sanggup menyaman guru apabila berlaku sesuatu terhadap anak-anak berbanding membiarkan anak mereka dididik ke arah yang betul. ibu bapa akan menghantar anak-anak ke sekolah dan berpesan kepada guru jika anak mereka berbuat salah. Dahulu. Namun. Pertama. dan ada juga yang disebabkan kelampauan guru itu sendiri. Betullah pada masa itu. tidak pernah wujud kes sebegini. terdapat banyak kes saman terhadap guru. cikgu tidak akan pukul jika tidak buat salah. Dapat dilihat dengan ketara.Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru Guru pada zaman dahulu dan sekarang amatlah berbeza. Buktinya. jika dibandingkan dengan masa lalu. seterusnya perubahan taraf guru dalam sistem pendidikan dan juga perubahan guru itu sendiri.

Walaupun sebahagian besar daripada mereka sudah saya tidak ingat nama. Kita semakin menuju ke alaf baru. ada guru yang meliwat pelajar. mengabaikan pelajar. Haruslah difahami. alaf sains. Sudah tidak ramai yang benar-benar ikhlas ingin menjadi guru. merogol pelajar. Sikap guru pada masa kini juga amat berlainan. dan sebagainya. suruh pelajar salin nota dalam buku teks. memukul pelajar dengan teruk. Cikgu saya dahulu sangat garang dan tegas. Kerana itulah sekarang dikatakan guru banyak makan gaji buta. Pada masa saya kecil saya menganggap mereka melampau namun kini saya merasakan bahawa jika tiada ketegasan dan kegarangan mereka. Jika di lihat dalam berita di televisyen mahupun akhbar. KUALA LIPIS. guru sekarang berdepan dengan bilangan pelajar yang terlalu ramai ditambah dengan pelbagai karenah. Ini berbeza dengan murid yang diajar oleh rakan sejawat mereka sedekad dua yang lalu. Robiah Sidin. tetapi melibatkan bermacam-macam faktor yang berbeza. kemudian dibiarkan sahaja. Dr. Ketika itu murid lebih patuh kepada guru dan ia wajar dicontohi . Apa yang dilihat sekarang anak-anak muda lebih mahu menjadi doktor. perubahan terhadap sikap dan tindakan guru bukan kerana satu faktor. Menurut pakar pendidikan. saintis dan sebagainya. jurutera. Mungkin peratusannya amat kecil namun kerana nila setitik rosak susu sebelanga. hanya sebahagian kecil sahaja. Bukanlah semua guru begini. mungkin saya tidak menjadi manusia yang berguna sekarang. . Prof. Ia mungkin kesan daripada tekanan dari masyarakat atau mungkin juga cara terkini proses pembelajaran. Semua berkejar-kejar menjadi pakar dalam bidang-bidang berkenaan. tapi saya yakin mereka ada menyumbang ilmu yang ada dalam dada saya sekarang. Saya amat berterima kasih kepada guru-guru saya. Cita-cita sebegini turut diterapkan oleh ibu bapa. Masuk kelas. 15 SHARINA BINTI ISMAIL_ 820205- 02-5038 UNIT PENDIDIKAN PEMULIHAN SEMESTER 7/ 2014 1PG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN.Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru mewah sekarang berbanding dahulu.

Guru dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada pengajaran. malah kena pula bertanggungjawab dalam pengurusan kewangan dan harta sekolah. Sebaliknya guru sekarang terlalu banyak kerja bukan setakat bertanggungjawab kepada murid-murid sahaja. Kebanyakan guru kini yang dikeluarkan dari maktab atau universiti bukan sebenarnya bercita-cita untuk menjadi guru. Dr. tanggungjawab semakin berat dan tuntutan masyarakat yang menggunung terhadap guru. Kadang-kadang berusaha mencari idea untuk mendapatkan bantuan kewangan. Apabila bilangan guru amat berkurangan. Walaupun guru dahulu berkelulusan darjah lima tetapi dapat menghasilkan seorang mudid yang bermodal insane yang tinggi. Kementerian menerima sahaja golongan yang sebenarnya tidak begitu sesuai menjadi guru. Robiah Sidin berpendapat punca guru bertindak keterlaluan mungkin kerana menghadapi tekanan jiwa akibat beban kerja yang terlalu banyak. Guru hanya focus kepada pelajar sahaja. guru baru juga apa kurangnya. tanggungjawabnya sedikit. Tidak dapat dinafikan juga walaupun berkelulusan yang tinggi guru masa kini tetapi kadangkala tidak dapat mengurus kelas dengan baik murid tidak mendapat pendidikan yang sepatutnya. . KUALA LIPIS. proses pembelajaran dan pelaksanaan yang 16 SHARINA BINTI ISMAIL_ 820205- 02-5038 UNIT PENDIDIKAN PEMULIHAN SEMESTER 7/ 2014 1PG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN. pendekatan.Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru Prof. Jika kata guru lama gigih melaksanakan tanggungjawabnya. Kadangkala masa didalam kelas sudah tidak berkualiti. Dari segi pendidikan pula dilihat guru dahulu lulusan darjah lima sahaja tetapi guru sekarang berkelulusan tinggi hingga ke peringkat master. Hanya cara. Biarpun begitu ini tidak bermakna guru lama adalah terbaik manakala guru baru tidak diakui juga guru baru juga mampu menjalankan tugasan dengan baik. Guru dahulu tidak begitu banyak kerja.

janganlah merungut perkara yang tak perlu dirungutkan dan anggapkan kerjaya ini adalah suatu kerjaya yang mulia dan jadikan sebagai satu amalan baik serta IBADAH. Apa yang lebih penting adalah bagaimana cara kita mengatasi kemelut itu supaya ia tidak mengganggu tumpuan kerjaya seorang guru. . 17 SHARINA BINTI ISMAIL_ 820205- 02-5038 UNIT PENDIDIKAN PEMULIHAN SEMESTER 7/ 2014 1PG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN. keikhlasan. Tanggungjawab masih sama kerana sebagai guru. Guru sekarang tertekan kerana banyak kerja. KUALA LIPIS.Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru berubah. Mengenai pelbagai cabaran dihadapi guru baru sekarang. mereka perlu mendahulukan kepentingan mendidik anak bangsa sebagai teras utama. ini adalah kerana semuanya perlu dilakukan secara manual. guru dulu juga tidak terlepas daripada berdepan cabaran pada masa itu. Seseorang guru juga perlu memiliki ciri berikut bagi melengkapkan diri sebagai seorang guru sama ada yang dilahirkan sebagai seorang guru’ atau ’yang dijadikan seorang guru’. Tidak kira samaada guru dahulu ataupun sekarang jadilah seorang guru yang baik dan penuh dedikasi. namun usaha. amanah dan kejujuran seseorang guru adalah ditagih oleh anak bangsa dan masyarakat. guru dahulu juga begitu. Walau pun guru itu terpaksa kerana tiada pilihan. kesungguhan.

KUALA LIPIS.Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru 3. PENULISAN REFLEKTIF 18 SHARINA BINTI ISMAIL_ 820205- 02-5038 UNIT PENDIDIKAN PEMULIHAN SEMESTER 7/ 2014 1PG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN. .

Sepanjang menyiapkan tugasan ini. Hatim Aziwir bin Zaadun Zabir yang banyak meluahkan pendapat. KUALA LIPIS. masalah yang dihadapi dan sejauh mana pengalaman anda dalam menjalankan tugasan ini mampu meningkatkan kefahaman anda tentang profesion perguruan. Alhamdulilah. terdapat banyak cabaran yang telah saya tempuhi. Selain daripada itu. dapat juga saya siapkan tugasan yang di amanahkan iaitu Asas Kepimpinan dan perkembangan Profesional Guru (EDU3083) ini dengan jayanya. saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang banyak berkongsi idea dan hasil daripada 19 SHARINA BINTI ISMAIL_ 820205- 02-5038 UNIT PENDIDIKAN PEMULIHAN SEMESTER 7/ 2014 1PG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN. Di sini juga saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga terutama sekali kepada pensyarah iaitu En. akhirnya dengan limpah kurnia dan keizinanNya. melayan kerenah pelajar ketika di dalam kelas dan tidak jemu-jemu dalam memberi ilmu pengetahuan tentang kaedah dan cara menghasilkan tugasan yang diberikan setiap kali tutorial. .Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru Anda dikehendaki membuat satu penulisan refleksi yang merangkumi pengalaman anda. namun berkat kesabaran dan kekuatan yang telah diberikan oleh Allah Swt dapat juga saya siapkan.

Setelah mencari dan menemui pelbagai kesalahan yang telah dilakukan oleh guru. saya juga dapat mengetahui apakah pandangan masyarakat luar kepada guru. Tidak lupa juga buat suami tersayang kerana memahami dengan kerja saya dan sokongan yang telah diberikan. isteri. Selain daripada itu. Namun setelah menerima tugasan ini. ibu kepada anak-anak yang masih kecil memang tidak dinafikan terdapat pelbagai kekangan yang saya hadapi semasa proses menyiapkan tugasan ini. saya juga banyak membuat bacaan dengan melayari laman sesawang bagi mendapatkan info mengenai salah laku guru. Sebagai seorang pendidik sepenuh masa. Saya jua akui bahawa sebelum ini saya kurang memberi penekanan dalam kod etika keguruan. Ini merupakan suatu pengalaman dan maklumat yang diperolehi dalam melaksanakan tugasan ini. Saya juga boleh mengingat kembali kod etika keguruan yang mungkin telah kita lupakan setelah lama berada dalam bidang ini .Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru perbincangan melalui alam maya banyak memberi peluang untuk kami berinteraksi. Namu begitu terdapat juga perbuatan guru yang boleh dibanggakan. ianya mampu meningkatkan kefahaman saya berkaitan dengan profesion yang mulia ini dan saya tidak salah dengan memilih bidang ini sebagai kerjaya. Tugasan ini juga banyak memberi pendedahan kepada saya tentang profesion perguruan ini. saya telah membuat 20 SHARINA BINTI ISMAIL_ 820205- 02-5038 UNIT PENDIDIKAN PEMULIHAN SEMESTER 7/ 2014 1PG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN. KUALA LIPIS. Walaupun telah diketahui tugas sebagai guru di alaf yang serba maju ini amat berat. Untuk menyiapkan tugasan satu iaitu ulasan kritis saya banyak membaca surat khabar lama yang sememangnya telah saya simpan untuk mencari salah laku yang dilakukan oleh guru. Terkadang saya merasa malu dengan segelintir perbuatan guru ini yang mana boleh merosakkan profesion keguruan yang mulia ini. . Namun segalanya dapat saya atasi dengan mendapatkan bantuan serta pandangan dari rakan-rakan sejawat disekolah dan guru-guru lain.

bersabar melayan kerenah anak murid dan yang terpenting jangan sesekali cepat berputus asa. Guru baru ini juga tidak kurang hebatnya. Dengan terhasilnya tugasan ini memberikan saya lembaran baru untuk berusaha dengan lebih gigih mencapai hasrat kementerian dalam membentuk sahsiah guru sebelum mendidik generasi bari dimasa depan. saya perlu meningkatkan tahap profesionalisme dan pengetahuan dalam menjalankan tugas dari masa ke semasa.Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru kajian dan mendapatkan apa yang sepatutnya diketahui dan difahami dan saya akan teruskan dalam menjaga nama baik profesion yang mulia ini. . kendiri seorang guru juga perlu diberi perhatian. Pelbagai pendekatan dan kaedah yang telah digunakan untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran (PdP). KUALA LIPIS. Memang tidak dapat dinafikan lagi guru dahulu sememangnya hebat. Saya juga temubual guru baru yakni guru yang baru mula mengajar. Saya berasa amat bertuah kerana dengan diberikan tugasan seperti ini dapat menyedarkan saya betapa pentingnya menjaga maruah seorang guru dan mengubah tanggapan masyarakat tentang guru kini. Sebagai seorang guru juga . Insyallah sekiranya saya mengamalkan 21 SHARINA BINTI ISMAIL_ 820205- 02-5038 UNIT PENDIDIKAN PEMULIHAN SEMESTER 7/ 2014 1PG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN. Tugasan kedua pula menuntut saya untuk membuat perbezaan diantara guru dahulu dan guru sekarang. Banyak pengalaman telah dikongsikan bersama saya antaranya ialah cara menarik perhatian murid kepada guru. Selain dari aspek profesionalisme. namun saya harus menerima hakikat bahawa menggalas tanggungjawab sebagai guru masa kini perlu banyak bertolak ansur. Saya telah mencari maklumat dengan temubual dengan guru-guru lama yang masih mengajar. Pelbagai pengalaman telah diceritakan kepada saya. Saya akui sebelum ini saya agak mudah untuk berputus asa.

Saya yakin ilmu yang saya perolehi sepanjang menyiapkan tugasan ini amat bermakna dan akan dikongsikan bersama-sama dengan guru-guru lain. KUALA LIPIS. . Sifat tanggungjawab dan rajin juga perlu saya pupuk dalam menjalankan amanah mulia ini. Saya juga berjanji akan terus berbincang dengan guru lain bagi mendapatkan hasil yang terbaik untuk anak didik di sekolah juga terhadap profesion keguruan di Malaysia. 22 SHARINA BINTI ISMAIL_ 820205- 02-5038 UNIT PENDIDIKAN PEMULIHAN SEMESTER 7/ 2014 1PG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN. Sekian. Segala kekurangan yang terdapat dalam penulisan ini didahulukan dengan seribu kemaafan. sekali lagi saya mengharapkan agar penulisan saya ini dapat memenuhi kehendak tugasan dan sekaligus boleh diterima pakai. Akhir kata. terima kasih. memberi seribu kebaikan kepada orang lain dan boleh dikongsi bersama sebagai langkah meningkatkan pencapaian murid pemulihan. Saya juga berharap penulisan ini akan menjadi pencetus kepada idea-idea baru kepada warga pendidik.Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru perkara positif tersebut akan mendorong saya untuk berjaya.

http://duniakucikgu.com. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn.blogspot. Pedagogi Untuk Bakal Guru. Kamarudin Hj.bharian. Husin & Kamarul Azhar (1994). Bhd. Petaling jaya: Fajar bakti. Asas Pendidikan lll( perkembangan & Perlaksanaan Kurikulum). . Subang Jaya: Kumpulan Budiman. KUALA LIPIS.com http://kulanzsalleh. Mok oon Sang (1981).my/bharian/articles/Seksajadicikgu/Article 23 SHARINA BINTI ISMAIL_ 820205- 02-5038 UNIT PENDIDIKAN PEMULIHAN SEMESTER 7/ 2014 1PG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN. Pendidikan di Malaysia.Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru BIBLIOGRAFI Ee Ah Meng (1987).com/kuasa-guru-merotan-murid/ http://www2.