Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR

: FAREEZ BIN HAMDAN

PROGRAM

: PISMP SEM 8

NAMA SEKOLAH

: SEK. KEB. YAACOB LATIF 1

NAMA PROJEK

: PROJEK BISKUT RAYA HONEY CORNFLAKES

TEMPOH PELAKSANAAN

: 23 JULAI 2014

OBJEKTIF:
1. Menyediakan satu platform untuk murid bekeperluan khas mempelajari
kemahiran-kemahiran untuk meneruskan kehidupan.
2. Merancang dan melaksanakan projek yang dipersetujui oleh pihak sekolah.
3. Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti dan
integriti dalam melaksanakan tugas.
4. Mewujudkan kerjasama dan persefahaman antara warga sekolah.
5. Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan nilai profesionalisme keguruan
secara berterusan.
STRATEGI PELAKSANAAN:
1. Mencari bahan dan peralatan untuk membuat biskut raya honey cornflakes di
2.
3.
4.
5.
6.

laman sesawang.
Menyediakan bahan dan peralatan untuk membuat biskut raya honey cornflakes.
Menghias balang untuk meletakkan biskut raya.
Membuat biskut raya honey cornflakes.
Memberikan murid PPKI biskut raya honey cornflakes.
Menulis laporan dan refleksi hasil projek yang dijalankan.

REFLEKSI:

KEKUATAN PROJEK / AKTIVITI


1. Murid-murid PPKI Sekolah Kebangsaan Yaacob Latiff (1) telah melibatkan diri
dengan aktif dan memberi komitmen yang baik kepada guru pelatih sepanjang
menyiapkan projek biskut honey cornflakes ini.
2. Kerjasama antara pihak pentadbir dan guru pelatih yang lain sepanjang
menjalankan projek ini amat memberangsangkan.
3. Guru-guru pelatih telah memberikan sumbangan kepada tabung PPKI hasil
daripada jualan biskut honey cornflakes tersebut.
4. Guru-guru pelatih juga telah memberikan biskut honey cornflakes ini kepada
murid-murid PPKI sebagai biskut raya mereka.
5. Projek ini juga dapat menerapkan nilai keusahawaan dalam kalangan muridmurid PPKI kerana mereka berjaya menjual kesemua biskut honey cornflakes
dengan bantuan guru pelatih.
KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI
1. Salah satu kelemahan dalam melaksanakan projek ini adalah memerlukan modal
yang besar. Walaubagaimanapun kami berusaha untuk meneruskan projek ini
menggunakan duit kami dahulu.
2. Tempoh masa penglibatan murid-murid untuk melibatkan diri dalam projek ini
adalah singkat kerana murid-murid mengikut waktu Kemahiran Hidup dalam
jadual mereka. Segalanya perlu dilakukan tepat pada waktu bagi mengelakkan
masa pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya tergangu atau terlewat.
3. Selain itu, kekurangan bahan sewaktu pelaksanaan projek ini telah mengganggu
kelancaran projek ini.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:
1. Bagi mengatasi kelemahan dari segi modal yang besar, kami perlu berusaha
mendapatkan sedikit dana daripada pihak luar bagi menampung kos
perbelanjaan projek ini.

2. Tempoh masa penglibatan murid yang singkat dapat dielakkan sekiranya projek
ini dijalankan selama dua hari atau tiga hari.
3. Di samping itu, bagi mengelakkan kekurangan bahan sewaktu pelaksanaan
projek ini, kami perlu memeriksa keperluan dan keadaan bahan serta peralatan
yang diperlukan terlebih dahulu sebelum menjalankan projek ini.

KESIMPULAN
Kami berharap agar mendapat masa yang lebih untuk melaksanakan projek ini pada
masa hadapan. Hal ini kerana penganjuran projek ini telah mendapat sambutan yang
sangat menggalakkan dan kami beranggapan bahawa jika dibuka pada murid tahap lain
suasana pasti akan menjadi lebih meriah. Melalui projek ini juga, saya mendapat
banyak pengalaman dan pengetahuan yang berharga bersama-sama dengan muridmurid PPKI sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri. Saya akan mengguna dan
mengaplikasikan pengalaman dan pengetahuan yang dipelajari dengan sebaik mungkin
pada masa hadapan.

Disediakan oleh,

..........................................
(FAREEZ BIN HAMDAN)

Guru Pelatih,
PISMP Ambilan Januari 2011,
IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur.