Anda di halaman 1dari 3

JURNAL REFLEKTIF

Antara aspek yang telah dibincangkan dalam kedua-dua ceramah tersebut adalah pertamanya
menyentuh mengenai aspek inisiatif kendiri. Dalam meningkatkan peningkatan murid dalam
pelajaran,

seseorang

guru

tersebut

perlu

memahami

dan menguasai

perkembangan

profesionalisme yang mana akan mengukur kebolehan seseorang guru dalam membentuk masa
depan murid.

Perkembangan profesional adalah perlu bagi seseorang guru untuk menjadi seorang guru yang
berdedikasi, kreatif dan inovatif dalam meningkatkan kecemerlangan murid. Dalam
meningkatkan kemahiran dan pelbagai usaha yang dilakukan, seseorang guru tersebut haruslah
meningkatkan profesionalisme dalam kerjaya perguruan supaya guru tersebut berupaya
meningkatkan dan membangunkan potensi seseorang murid.

Seterusnya adalah menyentuh mengenai aspek kebertanggungjawaban guru dalam menghasilkan
murid yang berkualiti dan berharga untuk masyarakat, agama dan negara. Guru juga
bertanggungjawab dalam menjadikan dirinya sebagai seorang guru yang relevan dan selari
dengan perkembangan semasa demi untuk meningkatkan prestasi dirinya dan juga murid.

Profesionalisme seorang guru akan membantunya dalam mengejar perkembangan semasa murid
dan meningkatkan profesionalisme kendiri dirinya sendiri. Dengan meningkatkan perkembangan
kendiri sebagai seorang guru yang berprofesional, dan menjadi seorang guru yang mempunyai
prestasi tinggi dan berkualiti.

Ilmu tersebut akan digunakan dalam proses membantu pelajar dan mencapai tahap yang paling berkualiti. Guru yang mengikut program ini juga akan mendapat tajaan penuh dari kerajaan dan mempunyai kemudahan yang sangat baik dalam urusan pendaftaran dan juga keputusan peperiksaan yang mana tidak menetapkan tahap kelulusan yang minimum seperti target pointer yang diperlukan.Aspek lain yang disentuh adalah mengenai faedah dan kebaikan yang diperolehi oleh guru yang mengikuti Program Pensiswazahan Guru dan juga persoalan mengenai sumbangan yang perlu diberikan oleh guru yang bergraduan kepada kerajaan. Dengan peningkatan ini. Selain dari meningkatkan ilmu guru itu sendiri. Ilmu yang diperoleh oleh guru tersebut perlulah diaplikasikan kepada murid-muridnya agar dapat dimanfaatkan dan mencapai tahap yang diinginkan. Dalam aspek kedua yang menyentuh faedah dan kebaikan pertama-tamanya adalah penambahan dan peningkatan ilmu yang diperolehi oleh guru yang mengikuti program. . Seterusnya adalah faedah yang lain diperolehi seperti penempatan yang akan diperolehi oleh guru yang tamat bergraduasi akan diuruskan oleh pihak kementerian yang mana secara automatiknya akan diaktifkan di dalam sistem yang digunakan. taraf peningkatan hidup juga meningkat. guru yang mengikuti Program Pensiswazahan Guru juga mendapat faedah lain seperti peningkatan dalam tangga gaji dan pangkat.

Dengan perkara tersebut.Kemudian. Dengan program ini juga saya telah dapat memperbaiki mutu pengajaran dan pembelajaran supaya mengikuti peredaran dan perkembangan semasa seperti menggunakan kemudahankemudahan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. . Sebagai seorang guru yang sedang menjalani program pensiswazahan guru. dengan adanya ceramah motivasi seperti ini telah menyedarkan betapa penting dan bernilainya seorang guru kepada negaranya dalam membentuk rakyat yang cemerlang. Dengan adanya program seperti ini juga telah membantu saya sebagai seorang guru yang berdedikasi terhadap kerjayanya dan mempunyai rasa tanggungjawab yang besar kepada muridnya dalam proses pendidikan. adalah sumbangan guru kepada kerajaan setelah mengikuti program yang disediakan ini adalah seperti memberikan sepenuh tanggungjawab dan inisiatif yang perlu bagi meningkatkan prestasi murid dalam pembelajaran. Peningkatan kreativiti dalam mendidik muridmurid juga diperlukan supaya selari dengan perkembangan masa kini dan tidak dianggap sebagai ketinggalan zaman. Kesimpulannya. Guru yang bergraduasi pada hari ini perlu menjadi seorang guru yang inovatif dan kreatif serta berdaya maju agar perkembangan pendidikan murid dapat ditingkatkan dan memberi pulangan positif kepada kerajaan. aspek-aspek yang dinyatakan sedikit sebanyak telah berada di dalam diri. Ini dibuktikan dengan menyiapkan tugasan yang diberikan dan berusaha mendapatkan keputusan yang baik untuk menyelesaikan program pengajian dalam masa yang ditetapkan. sedikit sebanyak telah mewujudkan sifat tanggungjawab yang diperlukan bagi seorang guru.