Anda di halaman 1dari 1

Ruj.

Kami
Tarikh
Kepada

: KKSRK 700-55/3 ( )
: 30 Mac 2015

: Pengarah
Kolej Komuniti Mas Gading
Peti Surat 211, Pejabat Pos Bau, Bau Town District,
94000 Bau, Sarawak

Tuan,
LANTIKAN TENAGA PENGAJAR KURSUS PENANAMAN CENDAWAN
TIRAM
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa Kolej Komuniti Sarikei akan
mengadakan Kursus Penanaman Cendawan Tiram pada hari dan waktu
seperti berikut:
Tarikh: 11 – 12 April 2015
Masa: 8 Pagi hingga 5 Petang
Tempat: Kolej Komuniti Sarikei
3.
Sehubungan dengan itu, Kolej Komuniti Sarikei ingin menjemput 1
orang penceramah dan 1 orang pembantu penceramah dari Kolej Komuniti
Mas Gading sebagai tenaga pengajar bagi kursus di atas. Segala tuntutan
boleh dibuat melalui Kolej Komuniti Sarikei berdasarkan pekeliling
perbendaharaan berkuatkuasa.
Di atas kerjasama dan jasa baik tuan Kolej Komuniti Sarikei mendahului
dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
(WILLIAM ABENG)
Pengarah
Kolej Komuniti Sarikei
Kementerian Pendidikan Malaysia

Sk:- Fail Timbul