Anda di halaman 1dari 20

Tajuk

: Memahami trend populasi

Pengenalan

Populasi ialah sekumpulan organisma daripada spesis yang sama, habitat yang
sama dan pada masa yang sama. Pertumbuhan populasi adalah perubahan pada
saiz populasi (N) merentasi masa. Pertumbuhan populasi ini boleh dilihat
berdasarkan nataliti (kelahiran), mortaliti (kematian), imigrasi dan emigrasi. Faktor
pertumbuhan populasi ini boleh dilihat seperti formula berikut ;
Pertumbuhan Populasi =
(Nataliti + Imigrasi ) (Mortaliti + Emigrasi )

Nataliti bagi sesuatu organisma dapat menigkatkan saiz populasi sesuatu spesis.
Setiap spesis mempunyai kadar kelahiran maksimum masing- masing. Kadar
kelahiran maksimum apabila keadaan adalah ideal iaitu keperluan asas yang
mencukupi. Ini dapat membawa kepada pertumbuhan eksponen. Faktor mortaliti
pula akan mengecilkan saiz popluasi dan berlaku apabila keadaan tidak ideal. Hal ini
mungkin disebabkan persaingan antara sesama spesis dan spesis lain serta
jangkitan penyakit. Begitu juga, imigresen kepada penduduk menambah individu
baru sedangkan penghijrahan keluar penduduk membuang individu. Kadar
pertumbuhan penduduk yang positif apabila lebih ramai individu ditambah daripada
penduduk yang keluar, negatif apabila lebih ramai individu yang keluar daripada
ditambah, dan adalah sama dengan sifar apabila dengan jumlah yang sama individu
yang bertambah dan dikeluarkan.
Kajian bagi pertumbuhan populasi bagi organisma yang jangka hayatnya panjang
dan pendek menunujukkan trend populasi boleh dilihat berdasarkan lengkungan graf
pertumbuhan populasi iaitu graf masa (t) lawan saiz populasi (N). Bentuk
lengkungan graf dikawal oleh 3 faktor iaitu;
1. Saiz populasi awal (N0)
2. Faktor pertumbuhan populasi (R) yang mengira kadar pertumbuhan
1

3. Keupayaan muatan (K) yang menentukan faktor persekitaran.

Faktor yang mempengaruhi keupayaan muatan (K) ialah bekalan makanan,


jangkitan penyakit, persaingan dan pemangsa.

Keputusan

Tugasan 1
Selang masa (t) =
generasi

0
1
2
3
4
5
Jumlah

Populasi Badak sumbu A

Saiz
Populasi
(N)
N0 = 30
58
123
236
484
955
1886

Faktor
Pertumbuhan
(R)
1.9
2.1
1.9
2.0
1.9
19.9

Populasi Badak Sumbu B

Saiz
Populasi
(N)
N0 = 20
39
82
161
318
643
1263

Faktor
Pertumbuhan
(R)
2.0
2.1
2.0
2.0
2.0
33.6

Jadual 1: Populasi Badak Sumbu A dan B

Langkah :
1. Plot lengkung pertumbuhan populasi bagi kedua-dua populasi pada paksi
yang sama.
Paksi-X : masa, t Paksi Y : saiz populasi, N

Graf 1: Graf Saiz Populasi Badak Sumbu A dan B melawan selang masa, t
3

2. Berdasarkan graf, perhatikan apakah jenis pertumbuhan yang ditunjukkan


oleh populasi badak: eksponen atau sigmoidal?
Berdasarkan graf, jenis pertumbuhan yang ditunjukkan oleh populasi badak
ialah eksponen.
3. Faktor pertumbuhan (R) dikira untuk setiap populasi bagi setiap sela masa
dan lengkapkan Jadual 1.

Populasi A :

Populasi B :

t1 = 58/ 30 = 1.9

t4 = 484/ 236 = 2.0

t1 = 39/ 20 = 2.0

t4 = 318/ 161 = 2.0

t2 = 123/ 58 = 2.1

t5 = 955/ 484 = 1.9

t2 = 82/ 39 = 2.1

t5 = 643/ 318 = 2.0

t3 = 236/ 123 = 1.9

t3 = 161/ 82 = 2.0

4. Kira min geometri bagi faktor pertumbuhan untuk kedua-dua populasi. Min
geometri dikira dengan menggunakan formula berikut R = tRt-1 Rt-2 ... R0.
Yang manakah populasi, A atau B, mempunyai faktor pertumbuhan yang
paling tinggi?
Populasi A :

Populasi B :

R = 5(1.9 x 2.1 x 1.9 x 2.0 x 1.9)

R = 5(2.0 x 2.1 x 2.0 x 2.0 x 2.0)

= 528.8078

= 533.6

= 1.95

= 2.01

Berdasarkan pengiraan min geometri bagi faktor pertumbuhan untuk keduadua populasi populasi B mempunyai faktor pertumbuhan yang paling tinggi
berbanding populasi A.

Soalan :
Kenapa ada perbezaan dalam saiz populasi antara kedua-dua populasi pada
sela masa 5, adakah ia disebabkan oleh perbezaan dalam saiz populasi awal,
faktor pertumbuhan, atau alam sekitar?
Perbezaan dalam saiz populasi antara kedua-dua populasi pada sela masa 5,
disebabkan oleh perbezaan dalam saiz populasi awal iaitu bagi populasi A,saiz
populasi awalnya ialah 30 berbanding populasi B, iaitu 20 sahaja. Populasi awal A
lebih tinggi daripada B. Oleh itu, faktor nataliti lebih tinggi dan akan menghasilkan
ahli baru lebih banyak dihasilkan di populasi badak A.

Tugasan 2
Populasi koala A

Populasi Koala B

Selang masa (t) =


generasi

0
1
2
3
4
5
Jumlah

Saiz
Populasi
(N)
N0 = 20
36
63
118
212
375
824

Faktor
Pertumbuhan
(R)
1.8
1.8
1.9
1.8
1.8
19.9

Jadual 2 : Populasi Koala A dan B

Saiz
Populasi
(N)
N0 = 20
31
47
66
103
150
417

Faktor
Pertumbuhan
(R)
1.6
1.5
1.4
1.6
1.5
8.1

Langkah :
1. Plot lengkung pertumbuhan populasi bagi kedua-dua populasi pada paksi
yang sama.
Paksi-X : masa, t
Paksi Y : saiz populasi, N

Graf 2: Graf Saiz Populasi Koala A dan B melawan selang masa, t

2. Berdasarkan graf, perhatikan apakah jenis pertumbuhan yang ditunjukkan


oleh populasi koala: eksponen atau sigmoidal?
Berdasarkan graf, jenis pertumbuhan yang ditunjukkan oleh populasi koala
ialah eksponen.
3. Kira faktor pertumbuhan (R) untuk setiap populasi bagi setiap sela masa dan
lengkapkan Jadual 1.
Populasi A :

Populasi B :

t1 = 36/ 20 = 1.8

t4 = 212/ 118 = 1.8

t1 = 31/ 20 = 1.6

t4 = 103/ 66 = 1.6

t2 = 63/ 36 = 1.8

t5 = 375/ 212 = 1.8

t2 = 47/ 31 = 1.5

t5 = 150/ 103 = 1.5

t3 = 118/ 63 = 1.9

t3 = 66/ 47 = 1.4
6

4. Kira min geometri bagi faktor pertumbuhan untuk kedua-dua populasi. Min
geometri dikira dengan menggunakan formula berikut R = tRt-1 Rt-2 ... R0.

Populasi A :

Populasi B :

R = 5(1.8 x 1.8 x 1.9 x 1.8 x 1.8)

R = 5(1.6 x 1.5 x 1.4 x 1.6 x 1.5)

= 519.9

= 58.1

= 1.8

= 1.5

Soalan :
1. Bagi kedua-dua populasi koala, mengapa terdapat perbezaan dari segi
saiz penduduk pada selang masa ke 5? Adakah ia disebabkan oleh
perbezaan dalam saiz penduduk awal, faktor pertumbuhan, atau alam
sekitar?
Kedua-dua populasi koala, terdapat perbezaan dari segi saiz penduduk pada
selang masa ke 5, ia disebabkan oleh faktor pertumbuhan. Apabila saiz
populasi semakin meningkat, ia akan mempengaruhi faktor pertumbuhan.
Populasi koala A dan koala B tinggal di persekitaran yang sama. Populasinya
semakin meningkat dari semasa ke semasa, namun disebabkan berlakunya
persaingan dari segi keperluan makanan, pasangan hidup dan tempat tinggal,
populasi koala yang lebih hebat akan mendominasi persekitaran bagi
memastikan pertumbuhannya. Maka, koala A telah bertambah berbanding
koala B.
2. Di dalam Jadual 2, jika data bagi populasi Koala A adalah sama tetapi di
bawah keadaan hujan yang sedikit dan data bagi populasi Koala B
adalah di bawah keadaan kemarau, mengapa boleh ada perubahan pada
faktor pertumbuhan, R populasi tersebut?
(Faktor pertumbuhan, R = Kelahiran - Kematian).
Perubahan alam sekitar seperti hujan dan kemarau terutamanya, dapat
mempengaruhi

populasi

sesuatu
7

spesis. Hal

ini

kerana,

ia

akan

menyebabkan keperluan asas spesis tersebut menjadi terhad. Oleh kerana


keadaan persekitaran yang kurang ideal untuk pertumbuhan maka ia akan
meningkatkan kadar emigrasi dan kematian spesis dan mengurangkan kadar
kelahiran dan imgrasi spesis.

Tugasan 3
Selang masa (t) =
generasi

0
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
Jumlah

Populasi Kuda Belang 1 A

Saiz
Populasi
(N)
N0 = 20
80
230
400
500
550
580
590
595
600
600
4745

Faktor
Pertumbuhan
(R)
4.0
2.9
1.7
1.3
1.1
1.1
1.0
1.0
1.0
1.0
31.0

Jadual 3: Populasi Zebra 1, A dan B

Populasi Kuda Belang 1 B

Saiz
Populasi
(N)
N0 = 20
50
100
220
360
460
520
550
570
580
600
4030

Faktor
Pertumbuhan
(R)
2.5
2.0
2.2
1.6
1.3
1.1
1.1
1.0
1.0
1.0
27.7

Langkah :
1. Plot lengkung pertumbuhan populasi bagi kedua-dua populasi pada paksi
yang sama.
Paksi-X : masa, t Paksi Y : saiz populasi, N

Graf 3 : Graf Saiz Populasi Kuda Belang A dan B melawan selang masa, t

2. Berdasarkan graf, perhatikan apakah jenis pertumbuhan yang ditunjukkan


oleh populasi kuda belang: eksponen atau sigmoidal?
Berdasarkan graf, jenis pertumbuhan yang ditunjukkan oleh populasi kuda
belang ialah sigmoidal.

3. Kira faktor pertumbuhan (R) untuk setiap populasi bagi setiap sela masa dan
lengkapkan Jadual 1.
Populasi A

Populasi B

t1 = 80/ 20 = 4.0

t6 = 580/ 550 = 1.1

t1 = 50/ 20 = 2.5

t6 = 520/ 460 = 1.1

t2 = 230/ 80 = 2.9

t7 = 590/ 580 = 1.0

t2 = 100/ 50 = 2.0

t7 = 550/ 520 = 1.1

t3 = 400/ 230 = 1.7 t8 = 595/ 590 = 1.0

t3 = 220/ 100 = 2.2 t8 = 570/ 550 = 1.0

t4 = 500/ 400 = 1.3 t9 = 600/ 595 = 1.0

t4 = 360/ 220 = 1.6 t9 = 580/ 570 = 1.0

t5 = 550/ 500 = 1.1 t10 = 600/ 600= 1.0

t5 = 460/ 360 = 1.3 t10 = 600/ 580= 1.0

4. Kira min geometri bagi faktor pertumbuhan untuk kedua-dua populasi. Min
geometri dikira dengan menggunakan formula berikut R = tRt-1 Rt-2 ... R0.
Populasi A :
R = 10(4.0 x 2.9 x 1.7 x 1.3 x 1.1 x 1.1 x 1.0 x 1.0 x 1.0 x 1.0)
= 1031.0
= 1.41 ~ 1.4
Populasi B :
R = 10(2.5 x 2.0 x 2.2 x 1.6 x 1.3 x 1.1 x 1.1 x 1.0 x 1.0 x 1.0)
= 1027.7
= 1.39 ~ 1.4

10

Soalan :
1. Populasi yang manakah sama ada A atau B yang mempunyai faktor
pertumbuhan yang paling tinggi?
Populasi yang menunjukkan faktor pertumbuhan yang paling tinggi ialah
populasi A.

2. Adakah faktor pertumbuhan, R tersebut tetap? Terangkan sebarang


perubahan yang berlaku pada R.
Faktor pertumbuhan, R tidak tetap. Bagi populasi A, faktor pertumbuhan, R
semakin berkurangan pada selang masa 1 hingga selang masa 5, dan
kemudian tetap antara selang masa ke 5 dan 6 iaitu 1.1. Seterusnya menurun
ke 1.0 pada selang masa 7. Faktor pertumbuhan tetap dari selang masa 7
hingga 10 iaitu 1.0. Bagi populasi B, faktor pertumbuhan, R semakin
berkurangan pada selang masa 1 hingga selang masa 6, dan kemudian tetap
antara selang masa ke 6 dan 7 iaitu 1.1. Seterusnya menurun ke 1.0 pada
selang masa 8. Faktor pertumbuhan tetap dari selang masa 8 hingga 10 iaitu
1.0.

3. Apakah keupayaan muatan (carrying capacity) bagi setiap populasi?


Keupayaan muatan bagi populasi A dan B ialah sama iaitu 600.

11

Tugasan 4
Selang masa (t) =
generasi

0
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
Jumlah

Populasi Kuda Belang 2


A

Saiz
Populasi
(N)
N0 = 20
90
220
340
410
440
450
450
440
460
450
3770

Faktor
Pertumbuhan
(R)
4.5
2.4
1.5
1.2
1.1
1.0
1.0
1.0
1.0
1.0
25.7

Populasi Kuda Belang 2 B

Saiz
Populasi
(N)
N0 = 20
50
120
210
260
260
230
200
170
150
150
1820

Faktor
Pertumbuhan
(R)
2.5
2.4
1.8
1.2
1.0
0.9
0.9
0.9
0.9
1.0
8.50

Jadual 4: Populasi Zebra 2, A dan B


Langkah :
1. Plot lengkung pertumbuhan populasi bagi kedua-dua populasi pada paksi
yang sama.
Paksi-X : masa, t Paksi Y : saiz populasi, N

Graf 4: Graf Saiz Populasi Kuda Belang A dan B melawan selang masa
t
12

2. Berdasarkan graf, perhatikan apakah jenis pertumbuhan yang ditunjukkan


oleh populasi koala: eksponen atau sigmoidal?
Berdasarkan graf, jenis pertumbuhan yang ditunjukkan oleh populasi kuda
belang ialah sigmoidal.
3. Kira faktor pertumbuhan (R) untuk setiap populasi bagi setiap sela masa dan
lengkapkan Jadual 1.
Populasi A :

4.

Populasi B :

t1 = 90/ 20 = 4.5

t6 = 450/ 440 = 1.0

t1 = 50/ 20 = 2.5

t6 = 230/ 260 = 0.9

t2 = 220/ 90 = 2.4

t7 = 450/ 450 = 1.0

t2 = 120/ 50 = 2.4

t7 = 200/ 230 = 0.9

t3 = 340/ 220 = 1.5 t8 = 440/ 450 = 1.0

t3 = 210/ 120 = 1.8 t8 = 170/ 200 = 0.9

t4 = 410/ 340 = 1.2 t9 = 460/ 440 = 1.0

t4 = 260/ 210 = 1.2 t9 = 150/ 170 = 0.9

t5 = 440/ 410 = 1.1 t10 = 450/ 460= 1.0

t5 = 260/ 260 = 1.0 t10 = 150/ 150= 1.0

Kira min geometri bagi faktor pertumbuhan untuk kedua-dua populasi. Min
geometri dikira dengan menggunakan formula berikut R = tRt-1 Rt-2 ... R0.
Populasi A :
R = 10(4.5 x 2.4 x 1.5 x 1.2 x 1.1 x 1.0 x 1.0 x 1.0 x 1.0 x 1.0)
= 1025.7
= 1.4
Populasi B :
R = 10(2.5 x 2.4 x 1.8 x 1.2 x 1.0 x 0.9 x 0.9 x 0.9 x 0.9 x 1.0)
= 108.5
= 1.2

13

Soalan :
1. Populasi yang manakah sama ada A atau B yang mempunyai faktor
pertumbuhan yang paling tinggi?
Populasi yang menunjukkan faktor pertumbuhan yang paling tinggi ialah
populasi A.

2. Adakah faktor pertumbuhan, R tersebut tetap? Terangkan sebarang


perubahan yang berlaku pada R.
Faktor pertumbuhan, R tidak tetap. Bagi populasi A, faktor pertumbuhan, R
semakin berkurangan pada selang masa 1 hingga selang masa 6, dan
kemudian tetap antara selang masa ke 6 hingga 10 iaitu 1.0. Bagi populasi B,
faktor pertumbuhan, R semakin berkurangan pada selang masa 1 hingga
selang masa 6, dan kemudian tetap antara selang masa ke 6 dan 9 iaitu 0.9.
Seterusnya menurun ke 1.0 pada selang masa 10.

3. Adakah keupayaan muatan (carrying capacity) bagi populasi A


berubah? Nyatakan mengapa.
Ya, keupayaan muatan bagi populasi A berubah. Hal ini kerana berlaku
perubahan pada saiz populasi A. Semakin tinggi saiz populasi, semakin
besar keupayaan muatan populasi tersebut.

4. Kedua-dua populasi kuda belang mempunyai populasi saiz awal yang


sama. Mengapakah satu populasi tidak bersaing dengan yang lain?
Kenal pasti tiga faktor yang mengawal pertumbuhan populasi.
Antara faktor yang mengawal pertumbuhan populasi ialah kepelbagaian
genetik,

persaingan

dan

kemampuan

persekitaran.

14

untuk

beradaptasi

dengan

Selain itu, faktor pertumbuhan iaitu kadar kelahiran populasi A dan B.


Daripada pemerhatian, kadar kelahiran populasi A adalah lebih tinggi
daripada populasi B. Manakala, kadar kematian populasi B adalah lebih
tinggi daripada populasi A. Selain itu, faktor alam sekitar iaitu setiap haiwan
bersaing untuk mendapatkan sumber air dan makanan. Populasi B kurang
berdaya saing daripada populasi B. Maka, kadar pertumbuhan populasi B
adalah lebih rendah daripada populasi A.
5. Jika data di dalam Jadual 3 menunjukkan dua populasi yang hidup
berasingan dan di dalam Jadual 4 menunjukkan dua populasi yang
hidup bersama, apakah kesan persaingan bagi R untuk kedua-dua
populasi kuda belang?
Bagi Jadual 3, kesan persaingan bagi R untuk populasi kuda belang adalah
rendah kerana perbezaan persekitaran bagi kedua- dua populasi. Bagi
jadual 4, kesan persaingan bagi R untuk kedua- dua populasi kuda belang
adalah tinggi kerana setiap penduduk bersaing sesama sendiri untuk
keperluan asas yang serupa di kawasan yang sama di mana sumbernya
akan menjadi semakin terhad. Maka, bagi Jadual 4, pertumbuhan populasi A
menunjukkan pertumbuhan yang lebih tinggi daripada populasi B kerana
daya saing yang lebih tinggi.

15

Perbincangan :

1. Apakah

perbezaan

diantara

pertumbuhan

eksponen

dan

logistik

(sigmoidal)?

Pertumbuhan eksponen ialah salah satu yang wujud apabila kadar


pertumbuhan penduduk adalah berkadar kepada jumlah yang sedia ada.
Untuk ini, penduduk memerlukan keadaan yang paling ideal. Pertumbuhan
jenis ini ialah apabila setiap penduduk mempunyai bekalan sumber kehidupan
tanpa had dan berkembang

dengan pesat. Kadar pertumbuhan jenis ini

bermula dengan perlahan dan kemudian menjadi lebih cepat dengan


peningkatan penduduk. Populasi dengan pertumbuhan eksponen mempunyai
kadar kelahiran yang berterusan dalam satu tempoh masa dan tidak dihalang
disebabkan faktor kekurangan makanan dan jangkitan penyakit. Dalam
pertumbuhan jenis ini ia tidak mempunyai had. Tetapi dalam pertumbuhan
logistik,

pertumbuhan

adalah

terhad.

Apabila

membandingkan

dua

pertumbuhan ini, pertumbuhan logistik dianggap lebih realistik daripada


pertumbuhan eksponen.
Pertumbuhan logistik (sigmoidal) pula ialah kadar pertumbuhan yang
berkadar dengan jumlah yang sedia ada juga tetapi turut dipengaruhi sumber
yang terhad dan persaingan. Berbeza dengan pertumbuhan eksponen,
pertumbuhan jenis ini, pada awalnya kadar pertumbuhan adalah tinggi.
Kemudian, kadar pertumbuhan semakin berkurang kerana terdapat beberapa
penduduk yang bersaing sesama sendiri pada ruangan yang terhad untuk
keperluan hidup. Apabila penduduk mencapai keadaan yang seimbang, kadar
pertumbuhan adalah sifar. Jika gangguan tidak berlaku, maka nilai penduduk
akan kekal malar.

16

2. Bagaimanakah populasi bertambah dan kehilangan individu?

Populasi sesuatu spesis itu boleh bertambah melalui peningkatan bagi kadar
kelahiran dan imigrasi masuk ke dalam habitat. Manakala, kehilangan individu
bagi populasi tersebut ialah peningkatan bagi kadar kematian dan emigrasi
keluar daripada habitat.

3. Apakah kriteria sesuatu populasi yang mempunyai peningkatan kadar


intrinsik yang tinggi?
Populasi bagi penigkatan kadar intrinsik yang tinggi ialah kadar pertumbuhan
penduduk apabila penduduk semakin berkembang di bawah keadaan yang
ideal dan tanpa had, iaitu, secepat mana penduduknya boleh berkembang.
Kriteria sesuatu populasi yang mempunyai peningkatan kadar intrinsik yang
tinggi ialah dapat membiak pada umur yang muda, bilangan anak yang
dilahirkan bagi setiap kelahiran adalah tinggi dan generasi mudanya dapat
memastikan kelangsungan hidupnya dengan baik. Populasi yang mempunyai
kadar peningkatan intrinsik tinggi pasti boleh membiak dengan mudah dan
dapat menyesuaikan diri dengan baik di dalam habitat. Ciri-ciri lain adalah
antibodi populasi yang kuat maka mereka tidak mudah jatuh sakit.

4. Apakah

faktor

persekitaran

yang

bertindak

pada

(1)

peningkatan

pertumbuhan populasi dan (2) penurunan pertumbuhan populasi?

(1) peningkatan pertumbuhan populasi


Faktor persekitaran yang bertindak untuk peningkatan pertumbuhan populasi
dalam sesuatu kawasan ialah mempunyai ekosistem yan stabil antara
ekosistem air dan darat. Oleh itu, kadar imigrasi iaitu penghijrahan masuk
penduduk dan ini akan meningkatkan populasi. Selain itu, kadar kelahiran
akan meningkat apabila keadaan persekitaran adalah ideal kerana penduduk
berasa selamat untuk pembiakan berlaku.
17

(2) penurunan pertumbuhan populasi

Faktor persekitaran yang menyebabkan penurunan pertumbuhan populasi


dalam sesuatu kawasan ialah berlaku gangguan ekosistem di kawasan
tersebut seperti bencana alam seperti tanah runtuh, banjir, angin taufan dan
gempa bumi. Selain itu pencemaran terhadap air, udara dan tanah yang akan
menyebabkan kekurangan tumbuhan hijau sebagai pembekal makanan
utama. Penurunan tahap kesuburan tanah disebabkan oleh aktiviti manusia
juga menjadi faktor utama. Oleh itu kadar emigrasi akan meningkat begitu
juga dengan kadar kematian.

5. Apakah yang akan berlaku jika saiz populasi melebihi keupayaan muatan
(carrying capacity)?
Jika saiz populasi melebihi keupayaan muatan maka kadar kematian akan
meningkat sehinggalah saiz populasi kembali stabil. Kadar kelahiran juga akan
menurun sehingga kuantiti penduduk kembali stabil.

6. Keupayaan muatan (K) boleh berubah-ubah dari tahun ke tahun (lihat Miller
2001 angka 7,5). Dalam beberapa tahun K tinggi dan dalam beberapa tahun,
ia adalah rendah disebabkan perubahan dalam keadaan alam sekitar yang
tidak dapat diramalkan. Pengeksploitasian secara perdagangan penduduk,
seperti pemburuan ikan atau rusa, bergantung kepada hasil yang
diperolehi. Sebagai contoh, nelayan komersial berlesen boleh manangkap
ikan mengikut berat tertentu ("kuota" mereka) setiap tahun. Oleh itu,
mengapa perubahan rawak di K dari tahun ke tahun menjadi masalah untuk
pengurusan populasi eksploitasi komersial liar?

Perubahan rawak keupayaan muatan,K dari tahun ke tahun menjadi masalah


untuk pengurusan populasi eksploitasi komersial liar. Hal ini kerana,
pemberian

lesen

untuk

aktiviti

pengeksploitasian

haiwan

ini

adalah

berdasarkan saiz populasinya. Semakin besar keupayaan muatan, semakin


tinggi saiz populasi. Maka, jika kapasiti muatan adalah rendah, pertumbuhan

18

populasi turut menurun. Jadi pendapatan untuk perdagangan penduduk akan


berkurangan kerana pertumbuhan saiz populasi yang mengecil.

7. Pihak kerajaan menjual 10 lesen untuk memburu rusa pada setiap tahun
dan pemburuan adalah berdasarkan 20% daripada kapasiti keupayaan
muatan (kuota masing-masing ialah 2% daripada penduduk). Setelah
memahami konsep yang membawa kapasiti dan kadar pertumbuhan
penduduk, apa yang anda akan lakukan jika populasi rusa untuk musim
akan datang diramalkan melebihi 20%?

Jika populasi rusa untuk musim akan datang diramalkan melebihi 20%, maka
kapasiti keupayaan muatannya juga akan turut menigkat. Namun begitu, rusa
adalah haiwan yang semakin berkurang kuantitinya dan boleh dikategorikan
sebagai haiwan yang terancam. Oleh yang demikian, lesen untuk pemburuan
rusa masih perlu dikawal pengeluarannya walaupun kapasiti keupayaan
muatannya akan menigkat. Tindakan untuk mengawal keadaan persekitaran
yang ideal untuk pertumbuhan juga hendaklah diambil supaya kadar
pertumbuhan penduduk semakin meningkat.

KESIMPULAN :
Bentuk lengkungan graf dikawal oleh 3 faktor iaitu;
1. Saiz populasi awal (N0)
2. Faktor pertumbuhan populasi (R) yang mengira kadar pertumbuhan
3. Keupayaan muatan (K) yang menentukan faktor persekitaran.

19

Rujukan

Buku rujukan :
Dr. Shakinaz Desa & Co. (2007). College Matriculation Biology. Dikeluarkanoleh IPTA
Publications; Subang Jaya, Selangor.

Laman Web :

Paul, C. (2007, May). PopulationThe Elephant in the Room. Diakses pada 12 September
2012, daripada

peulchefurka.ca: http://www.paulchefurka.ca/Population.html

Rosmidzatul, M. (2007, September 14). Biodiversiti dan Peranannya Terhadap


Keseimbangan Alam Sekitar. Diakses pada 12 September 2012, daripada ikim.gov:
http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?cmd=resetall&grp=2&key=1359&lg=1&opt=co
m_article&sec=

Timothy, E. (2010, Februari 10). Sustainability: Carrying Capacity & Ecological Footprints.
Diakses pada 12 September 2012, daripada overpopulation.org:
www.overpopulation.org/consumption.html

(t.p). Difference Between Exponential Growth and Logistic Growth. Diakses pada 12
September 2012, daripada differencebetween.net:
http://www.differencebetween.net/language/words-language/difference-betweenexponential-growth-and-logistic-growth/

20