Anda di halaman 1dari 7

PSIKOLOGI PEMBELAJARAN

1.0

PENGENALAN

Dalam era globalisasi, peranan guru semakin mencabar malah guru juga perlu peka khususnya
terhadap aspek pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, bertitik tolak dari sinilah seseorang
murid dapat dibimbing dan dibentuk dengan lebih berkesan. Pembelajaran adalah satu proses
perolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran serta pembentukan sikap dan
kepercayaan.
Proses pembelajaran berlaku secara berterusan dan ia bukan sahaja merangkumi penguasaan
kemahiran tetapi dari segi perkembangan emosi, sikap, nilai estetika dan ciri dalaman juga
dipengaruhi oleh pembelajaran. Pembelajaran membawa perubahan kepada diri seseorang sama
ada perubahan ke arah kebaikan atau sebaliknya. Namun begitu, masalah sering dihadapi oleh
guru masa kini ialah bagaimana hendak mengajar pelajar supaya dapat menguasai maklumat,
konsep dan kemahiran yang berguna apabila dewasa kelak (Slavin, 1997).
2.0

DEFINISI PEMBELAJARAN

Terdapat pelbagai tokoh telah memberikan definisi tentang konsep pembelajaran. Pembelajaran
biasanya didefinisikan sebagai perubahan individu yang disebabkan oleh pengalaman (Slavin,
1997; Mazur, 1990; Rocklin, 1987). Namun begitu, perubahan akibat perkembangan fizikal
seperti ketinggian bukanlah merupakan satu proses pembelajaran.
Manakala, menurut Stalling (1973) berpendapat bahawa pembelajaran berlaku berdasarkan tiga
kriteria yang penting, iaitu:
i)
Pembelajaran harus menampakkan perubahan di dalam tingkah laku.
ii)
Pembelajaran harus melibatkan sesuatu pemikiran.
iii)
Pembelajaran harus menghasilkan perubahan melalui pengalaman atau latihan.
Definisi pembelajaran menurut Crow dan Crow (1983), pembelajaran adalah pemerolehan tabiat,
pengetahuan dan sikap. Pembelajaran melibatkan cara baru membuat sesuatu kerja. Ia berlaku
dalam percubaan individu untuk mengatasi rintangan atau untuk menyesuaikan diri kepada
situasi baru.
Manakala, mengikut Robert M. Gagne (1970) dalam The Condition of Learning,
pembelajaran merupakan “perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat
dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan”. Mengikut
Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran dilihat sebagai

iaitu dengan tujuan. Antara ciri-ciri pembelajaran formal ialah pembelajarannya berlaku secara disedari murid. Oleh itu. Morgan dan King (1975) Introduction to Psychology. tenaga pengajar sering mengadakan ujian dan peperiksaan. Pembelajaran biasanya tidak diperlihatkan dengan serta-merta melalui pencapaian. Selain itu. Secara umumnya pembelajaran boleh dikelaskan kepada tiga jenis iaitu: · Pembelajaran Formal · Pembelajaran Informal (Tidak Formal) · Pembelajaran Non-Formal (Bukan Formal) Pembelajaran formal ialah pembelajaran yang diperoleh melalui satu sistem pendidikan yang dilembagakan dan disusun secara berperingkat-peringkat berdasarkan umur seseorang individu. Kesemua definisi ini memberi penekanan kepada perubahan tingkah laku seseorang sebagai ukuran berlakunya pembelajaran. afektif ( nilai dan sikap ) dan psikomotor ( kemahiran ) seseorang murid atau pelajar. menengah. Perubahan ini mungkin tidak jelas sehingga timbul suatu situasi yang menonjolkan tingkah laku baru ini. Daripada huraian yang diberikan oleh ahli-ahli psikologi pendidikan tersebut . atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru. mengatakan pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang kekal hasil dari pengalaman. Apakah aspek perubahan tingkah laku tersebut ? Pada asasnya terdapat dua mazhab pemikiran yang menyarankan tentang aspek perubahan yang berlaku dalam seseorang akibat dari pembelajaran.C. cara perlaksanaan dan cara penilaian yang nyata. dan pensyarah di peringkat universiti. pembelajaran formal dikelolakan oleh seseorang individu yang terlatih seperti guru-guru di peringkat rendah. fizikal. konsep pembelajaran formal lebih memberi penekanan kepada aspek penilaian. emosi dan sosial. R. dilakukan secara nyata dan disengajakan. pembelajaran formal lebih berasaskan sukatan pelajaran atau kurikulum yang digubal mengikut dasar dan aspirasi negara. menakrifkan pembelajaran sebagai sebarang perubahan tingkah laku yang agak kekal akibat pengalaman yang diperolehi oleh seseorang atau akibat latihan yang dijalaninya. Tujuan pembelajaran fomal berlaku adalah untuk mengembangkan domain kognitif ( aspek mental ).R. . Hilgard.0 KLASIFIKASI PEMBELAJARAN Proses pembelajaran melibatkan aspek mental. Selain itu. dapatlah disimpulkan bahawa walaupun pengertian pembelajaran yang diberikan berbeza antara satu sama lain.Atkinson (1975) Introduction to Psychology. 3. Ciri-ciri pembelajaran formal juga berasaskan struktur yang tertentu. Atkinson dan R. Kebiasaannya. Definisi pembelajaran juga turut dikemukakan oleh E.L. terdapat juga persamaan di antara huraian ini.perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru.

guru perlu terlebih dahulu menarik perhatian pelajar dan mengekalkan perhatian mereka terhadap pengajaran. Prinsip yang kedua pula menekankan aspek pengalaman. Untuk mengukuhkan proses pembelajaran ini institusi akan menganjurkan kursus pendek. Penyertaannya memerlukan bayaran untuk jangkamasa beberapa hari. Pembelajaran begini akan meninggalkan kesan yang lebih lama.Manakala. Mereka akan menanti kedatangan guru tersebut dan memberikan perhatian kepadanya. Pembelajaran informal juga diterima secara tidak langsung tanpa berasaskan sebarang sukatan pelajaran. unsur jenaka juga perlu diterapkan oleh seseorang guru kepada murid kerana kebanyakan murid menyukai guru yang boleh berjenaka. Pihak penganjur juga akan menyediakan kandungan kursus secara lebih mendalam. Untuk menjayakan proses pembelajaran. hidung atau jari. terdapat beberapa prinsip pembelajaran yang perlu diambi kira untuk memastikan proses pembelajaran berkesan. Melalui aspek ini pelajar harus mempunyai kesediaan fizikal. mendengar radio dan menonton televisyen. mental dan emosi sebelum mereka belajar sesuatu pelajaran. Proses pembelajaran seterusnya pula ialah pembelajaran nonformal. Pembelajaran ini juga memerlukan perancangan dan pengendalian teliti. Berdasarkan pemerhatian daripada kajian terhadap proses pembelajaran. bengkel dan seminar. Guru perlu memastikan semua pelajar telah duduk dan memberi perhatian kepadanya sebelum guru tersebut memulakan pengajaran. ceramah. pembelajaran informal atau tidak formal pula adalah perlakuan yang terlaksana secara tidak langsung atau secara tidak sedar. pergaulan dengan rakan-rakan. Hal ini boleh terhasil apabila guru menggunakan peneguhan positif dan negatif di dalam pengajarannya. Antara ciri-ciri pembelajaran nonformal ialah wujud keperluan pertingkatkan kepakaran pelajar. konsep konstruktivisme diamalkan bagi menggalakkan belajar melalui membuat iaitu murid-murid hendaklah digalakkan menggunakan seberapa banyak organ derianya seperti mata. Seterusnya. Seterusnya. Antaranya ialah kesediaan pembelajaran. telinga. guru harus mengambil kira aspek objektif . PRINSIP PEMBELAJARAN. Hal ini akan menjadikan suasana pembelajaran lebih menyeronokkan. Situasi pembelajaran meliputi semua aspek persekitaran seseorang pelajar dan semua faktor yang mempengaruhinya. Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan apabila dilakukan berasas pengetahuan dan pengalaman sedia ada pelajar. Melalui aspek ini. Prinsip pembelajaran juga turut menekankan aspek motivasi. Pelajar-pelajar mendapat pengetahuan dengan didikan dan asuhan ibu bapa di rumah. forum. Pembelajaran ini lebih bersifat secara sampingan dengan tujuan menambah dan melengkapkan pembelajaran formal.

pembelajaran. Pembelajaran merupakan proses cuba-jaya (trial and error) atau memilih . Di dalam teori ini. Menurut ahli psikologi behavioral. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran.0 TEORI-TEORI PEMBELAJARAN Pendekatan pengajaran guru di dalam bilik darjah amat bergantung kepada cara pelajar tersebut mempelajari kandungan sesuatu mata pelajaran. guru akan silih berganti masuk keluar kelas. Pelajar-pelajar hendaklah disedarkan atau diberitahu tentang objektif pembelajaran pada hari tersebut supaya mereka dan guru dapat bekerjasama mencapai objektif tersebut. Beliau telah menjalankan kajian untuk membuktikan bahawa emosi manusia juga dapat dilazimkan secara klasik. 5. Mengikut teori ini. semasa pelaziman dan selepas pelaziman. beberapa orang ahli psikologi mengkaji dan mewujudkan beberapa teori. Tingkah laku ini akan terbawa-bawa di rumah jika guru tersebut terdengar loceng di pintu beliau akan keluar bilik memerhati ahli keluarganya. 5. daripada senang kepada susah. Watson. Proses ini akan mula berlaku ketika awal lahir sehingga ke peringkat tua. terkandung beberapa teori yang dikemukakan oleh beberapa orang tokoh. Contohnya. Teori Pembelajaran Sosial dan Teori Pembelajaran Kognitif. Gerak balas bermaksud apa-apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat sesuatu rangsangan. Mengikut teori ini juga. Hal ini menunjukkan bahawa bunyi loceng adalah merupakan faktor rangsangan manakala tingkah laku guru adalah gerak balas. Teori Pembelajaran Behavioral juga turut diperkenalkan seorang ahli psikologi lain selain Ivan Pavlov iaitu J. daripada dekat kepada jauh atau daripada konkrit kepada abstrak.B. Antara teori-teori yang terlibat ialah Teori Pembelajaran Behaviorisme. pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang berlaku dalam diri seseorang individu yang disebabkan oleh pengalaman. Beliau menyarankan guru boleh mempengaruhi pembelajaran pelajar dengan mengadakan rangsangan yang dapat menghasilkan tindak balas yang positif. guru seharusnya memilih rangsangan yang menyeronokkan. Prinsip pembelajaran terakhir ialah menyusun pengajaran. setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Teori Pembelajaran Behaviorisme lebih menekankan kepada tingkah laku dan persekitaran. Untuk melihat kepada keadaan ini.1 Teori Pembelajaran Behaviorisme Secara umumnya. Pavlov membuat satu eksperimen dengan menggunakan seekor anjing dalam tiga peringkat iaitu sebelum pelaziman. Antara teori yang diperkenalkan ialah Teori Pelaziman Klasik Pavlov. Guru perlu menyusun pengajaran dan penerangannya mengenai sesuatu tajuk pengajaran dengan cara daripada yang diketahui kepada yang tidak diketahui.

dan saling menghubungkait (selecting and connecting). Eksperimen yang telah diperkenalkan oleh beliau ini merupakan asas pendedahan kepada pelaziman operan Skinner. ia merupakan perkaitan antara rangsangan dan gerak balas (R-G) dan akan bertambah kukuh melalui latihan yang diulangulang. menurut Thorndike. jika terdapat kesan yang menyeronokkan. iaitu belajar. Sebaliknya dari pemerhatian Skinner. Mereka menekankan bahawa setiap gerakbalas adalah dihasilkan daripada sesuatu rangsangan yang diketahui. Thorndike menyarankan bahawa pembelajaran manusia dikawal oleh hukum tertentu. hukum kesediaan merujuk kepada kesediaan dan persiapan-persiapan yang perlu ada. kebarangkalian tindakan itu berlaku akan meningkat dan sebaliknya. Bagi membuktikan hasil kajiannya. sebelum seseorang individu itu bertindak. Skinner pernah mengkaji teori-teori behaviorisme yang dinyatakan oleh ahli-ahli psikologi yang lain. Kesimpulannya. Skinner berpendapat manusia dapat mengawal tingkah laku dirinya. Hukum Kesan pula menyatakan bahawa jika sesuatu tindakan diikuti oleh sesuatu perubahan persekitaran yang menyeronokkan. Selepas gerak balas terhasil. Hukum-hukum pembelajaran ini dapat dibahagikan kepada tiga iaitu Hukum Kesediaan. Hukum latihan menyatakan bahawa sesuatu tingkah laku akan diteguhkan melalui aplikasi dan akan dilemahkan tanpa pengukuhan. Tingkah laku tikus di dalam kotak tersebut boleh dikawal dan gerakbalasnya boleh diperhatikan dan direkodkan. yang disebut sebagai hukum pembelajaran. pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh. tetapi ianya berlaku kerana kesan daripada rangsangan yang berkenaan. Teori Pelaziman Operan Thorndike juga merupakan salah satu teori yang dipekenalkan dalam Teori Pembelajaran Behaviorisme. Melalui Hukum Latihan pula. iaitu stimulus (rangsangan) dan response (gerak balas). Kesediaan dapat dilihat dari tiga aspek yang utama iaitu kesediaan psikomotor. . kesediaan afektif dan kesediaan kognitif. Kesan yang menyakitkan akan melemahkan pertalian antara R-G. tingkahlaku yang terhasil tidak mengikut urutan kemunculan tingkahlaku selepas rangsangan. Menurut Thorndike. Ahli-ahli ini berpendapat bahawa tingkah laku manusia adalah pasif iaitu merujuk kepada individu yang tidak dapat mengawal tingkahlakunya. Melalui eksperimen yang dijalankan oleh Thorndike mengatakan bahawa pembelajaran berlaku hasil daripada gabungan antara S-R. Hukum Latihan dan Hukum Kesan. sama ada terlazim atau tak terlazim. Seseorang individu akan menguasai kemahiran jika latihan diadakan. Teori Pelaziman Operan Skinner juga merupakan salah satu teori yang terdapat dalam Teori Pembelajaran Behaviorisme. Skinner telah mereka bentuk sebuah kotak yang dikenali dengan Kotak Skinner. Manakala. Selain itu.

Sekiranya perkara ini berlaku secara berterusan dikhuatiri murid akan terlalu bergantung terhadap rangsangan dari luar sedangkan . Boleh dikatakan bahawa kemahiran ini adalah kemahiran terkerap yang digunakan manusia untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Guru hanya mengajar dan melatih murid manakala murid hanya menerima apa yang diajar oleh guru mereka tanpa memberi sebarang maklum balas.Rph Kekuatan teori behaviouris Kelebihan yang pertama yang kami perolehi melalui teori ini adalah teori ini sangat sesuai untuk melatih atau mendidik kanak-kanak yang masih memerlukan bantuan daripada orang dewasa di sekeliling mereka. Malah dalam teori pembelajaran ini murid berperanan sebagai pendengar dan mereka menghafal apa yang didengar dan dipandang sebagai cara belajar yang efektif. Sekiranya tiada rangsangan maka tindak balas tidak akan berlaku. Selain daripada itu. guru akan memberi rangsangan yang berupa hadiah dan dari situ barulah murid akan memberikan jawapan yang dikehendaki oleh guru. Sebagai contoh. mereka juga suka dengan bentuk-bentuk penghargaan yang diberi kepadanya seperti pujian dan melalui bentuk penghargaan tersebut ianya dapat membangkitkan semangat ingin belajar dalam diri mereka. Melalui aspek kemahiran lisan yang ditekankan dapat memberikan kelebihan kepada murid kerana aspek lisan iaitu mendengar dan bertutur penting dalam situasi harian murid. Dalam hal ini guru perlu memberikan penerangan dengan jelas. Selain itu. Hal ini kerana murid-murid akan dibiasakan belajar dengan sendiri kecuali sekiranya murid menghadapi sesuatu masalah dan memerlukan penjelasan yang lebih daripada guru. penerapan teori behavioris yang kurang tepat dalam sesuatu situasi pembelajaran boleh mangakibatkan berlakunya proses pembelajaran yang tidak kondusif bagi murid-murid kerana pembelajaran berlaku dalam keadaan sehala dimana ianya berpusatkan kepada guru sahaja. Hal ini kerana sistem pembelajaran tersebut lebih tertumpu kepada rangsangan dan gerak balas yang ditunjukkan. Kelemahan yang kedua ialah proses pembelajaran dikatakan kurang memberikan gerak balas yang bebas bagi pelajar untuk berinteraksi serta untuk mengembangkan idea. WEAKNESS (Kelemahan Teori Behaviorisme) Dari segi kelemahan pula. teori ini juga menekankan kemahiran lisan berbanding kemahiran membaca dan menulis. Penggunaan hukuman merupakan salah satu cara untuk guru mendisiplinkan murid dan hal ini akan mendatangkan akibat buruk kepada murid. Kelebihan yang kedua adalah guru tidak perlu mengambil masa yang lama untuk memberi penerangan yang panjang tentang pembelajaran kepada murid-murid. Sebagai contoh kanak-kanak tadika memerlukan bimbingan dan perhatian yang khusus daripada orang di persekitarannya terutamanya guru-guru mereka kerana mereka mudah mengikuti apa yang diajar dan disuruh selain suka meniru perlakuan orang di sekelilingnya.

Kelemahan yang ketiga menurut teori ini adalah penambahan ilmu pengetahuan lebih tertumpu kepada buku teks.murid harus memiliki rangsangan dari dalam diri mereka sendiri sebagai satu cara pembelajaran. Hal ini kerana mereka belajar mengikut urutan kurikulum yang sangat ketat sehinggakan buku teks merupakan buku wajib dalam pembelajaran mereka malah mereka juga perlu dikehendaki memahami dan mempersembahkan kembali isi pembelajaran di dalam buku teks tersebut dengan baik. Hal ini boleh mendatangkan kesan buruk kepada pelajar kerana ilmu pengetahuan yang mereka peroleh tidak begitu berkembangan dengan hanya tertumpu kepada satu buah buku sahaja. .