Anda di halaman 1dari 10

BAHASA MELAYU

UPSR
Nama:
1

Nota Bahasa Melayu UPSR

Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL dan
GANTINAMA dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN.
a) Kata Nama Am ( Betul atau Biasa )
b) Kata Nama Khas
c) Kata Ganti Nama
d) Kata Nama Terbitan
e) Kata bilangan
1. Nama betul dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas.
Kata Nama Am
2. Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa
seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat ,
benda, dan sebagainya.
Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.
Manusia , orang
binatang
tumbuh- tumbuhan
benda
tempat

ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll


ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll
pokok, betik, rumput, lalang dll
pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll
pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll

3. Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang:


(a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat
(b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.
4. Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan.
5. Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan:
buai - buaian
tua - ketua
raja - kerajaan
tahu - pengetahuan
Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.
Contoh:
Dia sedang menjinakkan seekor gajah. Pada akhir ayat
Gajah itu berbadan besar.
Pada awal ayat

Kata Nama Khas


1. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama
sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.
2. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang.
Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan
sebagainya.
Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.
a) benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
b) orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
c) binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
d) tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll
Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
manusia
Zaidi, Mei Fong,
Subramaniam
binatang
Tompok (kucing),
Jalak (ayam)
tempat
Muar (daerah),
Seremban (bandar),
Jepun (negara)
bangunan
Pudu Raya (perhentian bas dan teksi),
Menara Tun Razak (pejabat)
judul buku
Keluarga (majalah),
Rentong (novel),
Kamus Dewan ( buku)
benda
Proton Perdana
(kereta), Pilot
(pen), Seiko (jam)
Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas
Kegunaan Kata
Nama Kata Nama Khas
Am
Benda
bangunan
Bangunan Tabung Haji
kereta
Proton Saga
buku
Bahasa Melayu
sekolah
S.K. Darau
Orang
doktor
Doktor Efendi
kerani
Puan Zainun
guru
Cikgu Azmi
budak lelaki Muhamad Fauzi
3

Binatang

kucing
lembu
katak
ayam
burung
Tempat
negeri
bandar
kampung
tasek
Tumbuhan pisang
cili
jambu
limau

Si Tompok
Lembu Sapi
Katak Puru
Ayam Belanda
Burung Murai
Terengganu
Jerteh
Kampung Pasir Akar
Tasek Perdana
Pisang Emas
Cili Padi
Jambu Batu
Limau Kasturi

Kata nama Terbitan


Kata nama Terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan.
Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan :
di awal kata ( awalan )
di akhir kata ( akhiran )
di awal dan di akhir kata ( apitan )
Sila teliti contoh-contoh imbuhan :
di awal kata
pe- , pem-, pen-, peng-, penge-, per-, dan kedi akhir kata
-ita, -man, -wati, -an, dan -wan
di awal dan di akhir kata per- -an, penge- -an, peng- -an, pen- -an, pem- -an, pe- -an, dan ke- -an
Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama terbitan terdiri daripada beberapa
kelas iaitu :kelas kata
kata kerja

kata sendi
kata nama

kata adjektif

kata dasar
peraga
latih
bawa
lawan
oleh
untuk
lombong
rumah
guru
cantik
besar
tinggi

kata terbitan
peragawati
latihan
pembawaan
perlawanan
perolehan
peruntukan
perlonbongan
perumahan
perguruan
kecantikan
pembesar
ketinggian
4

BAHASA MELAYU (PENULISAN)

Kertas 2

Masa : 1 jam 15 minit

Arahan: Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian
C. Kamu dikehendaki menjawab ketiga-tiga bahagian. Bagi Bahagian B, kamu boleh memilih
sama ada menjawab Soalan 1, Soalan 2 atau Soalan 3.

Bahagian A
(Masa yang dicadangkan: 15 minit)
(10 markah)

Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.

1.
...
2.
....
3.
............
4.
....
5.
............

BAHAGIAN B
(Masa yang dicadangkan: 40 minit)
(30 markah)
Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya
tidak kurang daripada 60 patah perkataan.
1. Saya sebagai sebiji pisang.
ATAU
2. Aku sepasang kasut
6

ATAU
3. Aku sehelai tuala

Bahagian C
(Masa yang dicadangkan: 20 minit)
(20 markah)
Tuliskan empat nilai murni yang dikenal pasti di dalam petikan di bawah. Jawapan anda
hendaklah ditulis dalam satu perenggan yang lengkap. Jumlah perkataan mestilah tidak melebihi
40 patah perkataan.

CADANGAN JAWAPAN

BAHAGIAN A (BINA AYAT)


1. Membuang sampah ke dalam tong sampah
2. Makan bersama keluarga/Menjamu selera/Menikamati juadah di atas tikar
9

3. Berbual-bual di tepi pantai


4. Membina istana pasir
5. Bermain layang-layang
6. Membaca suratkhabar
7. Mandi/Berenang di laut menggunakan pelampung
(mana-mana jawapan lain yang difikirkan sesuai juga boleh diterima)

BAHAGIAN C( NILAI MURNI)


1. Mei Fong bangun awal kerana dia bimbang sampai lewat ke sekolah
Nilai murni: Berdisplin/ menepati masa
2. Dia akan bersarapan bersama-sama keluarga
Nilai murni: menjaga kesihatan
3. Sebelum ke sekolah, dia akan bersalam dengan kedua-dua ibu bapanya
Nilai murni: menghormati ibu bapa/ berbudi bahasa/bersopan santun
4. Sementara menunggu bas sekolah tiba, dia akan membaca buku pelajaran.
Nilai murni: bijak menguruskan masa/ menghargai masa/rajin/tekun
5. Mei Fong tidak pernah melanggar peraturan-peraturan yang telah
ditetapkan
Nilai murni: mematuhi peraturan/ berdisplin
6. Dia juga selalu membantu rakan-rakannya dalam pelajaran.
Nilai murni: baik hati

10

Anda mungkin juga menyukai