Anda di halaman 1dari 1

Laporan Persiapan Dewan

Ho Hui Wen

Khoo Sin Hui

Teoh Pei Hung

Low Huei Shin

Pada bulan Mac, pensyarah subjek Pengurusan Kokurikulum iaitu Encik Lee See
Seng telah memberi tugasan kepada kami. Tugasan khas pada kali ini agak unik. Kami
diminta untuk mengadakan satu jamuan. Kami diarahkan untuk menyiapkan tugasan ini
dengan kerjasama semua pelajar dalam unit L1.
Setelah

menjalankan

mesyuarat

pelantikan

jawatan,

kami

pun

mula

melaksanakan tugas masing-masing. Kumpulan kami memegang tugas sebagai


persiapan dewan. Tugas utama kami adalah menghiaskan kelas kami untuk
mewujudkan suasana yang lebih baik semasa jamuan. Selain itu, kami juga diarahkan
untuk bertanggungjawab tentang majlis perasmian.
Pada mulanya, kami telah menghadapi masalah kesesakan minda untuk
melahirkan idea yang bagus untuk majlis perasmian. Setelah perbincangan, kami telah
membuat keputusan untuk membuat satu papan yang memaparkan tajuk jamuan kami
iaitu The Journey Of L1 lalu mengikat dengan belon-belon. Kemudian, tetamu khas
kami dijemput untuk memecahkan belon-belon tersebut sebagai upacara merasmikan
majlis.
Seterusnya, kami telah menggunakan beon-belon yang lain untuk menghiaskan
kelas kami. Semasa proses menghiaskan kelas kami, kawan-kawan kami dalam L1
telah memberikan pertolongan yang besar kepada kami. Mereka telah membantu kami
dalam meniupkan belon-belon yang berkuantiti begitu banyak. Selain itu, kami juga
mencetakkan perkataan The Journey To L1 dan lekatkannya pada papan putih kelas
kami. Selain itu, kami juga melukiskan gambar pada papan itu supaya kelihatan lebih
menarik.
Jamuan kelas kami telah dijalankan dengan sempurna. Kesimpulannya, ribuan
terima kasih diucapkan kepada pensyarah kami iaitu Encik Lee See Seng dan juga
pelajar-pelajar L1 yang telah memberi bantuan dan kerjasama untuk menjayakan
jamuan ini.

Anda mungkin juga menyukai