Anda di halaman 1dari 8

1.

SOALAN BERKAITAN LANGKAH / CARA / USAHA


BIL

IDEA / ISI

HURAIAN

Kerajaan

Mengadakan kempen untuk menyedarkan orang ramai atau


masyarakat tentang sesuatu isu yang sedang berlaku dalam
masyarakat sama ada baik atau buruk.
Kempen perlu mencapai kumpulan sasaran di seluruh negara.
Agensi-agensi kerajaan yang terlibat perlu turun padang untuk
mendekati masyarakat / kumpulan sasaran.
Penerangan boleh dilakukan dalam bentuk ceramah motivasi,
pameran, pengedaran risalah dan penampalan postar di tempattempat awam.
Kaedah ini akan melahirkan kesedaran dan meningkatkan ilmu
pengetahuan kepada orang ramai mengenai sesuatu isu.

Masyarakat

Masyarakat mestilah prihatin dan sensitif dengan gejala yang


sedang berlaku di negara ini / di kawasan mereka.
Setiap anggota masyarakat tidak boleh mengamalkan sikap
lepas tangan apabila berlaku sesuatu musibah yang melibatkan
penduduk setempat.
Mereka wajib bersatu dan bekerjasama untuk membanteras
gejala negatif yang sedang berlaku tanpa mengira bangsa, agama
dan warna kulit.
Sikap menjaga tepi kain orang hendaklah diamalkan untuk
menggalakkan perkongsian maklumat tetapi jangan mengumpat.
Masyarakat madani dan berwawasan perlu diwujudkan segera
untuk membangunkan negara tercinta ini.
Semangat kejiranan melalui aktiviti bergotong-royong perlu
dihidupankan semula.

Ibu bapa dan keluarga

Ibu bapa merupakan teras pembentukan sebuah keluarga yang


bahagia dan utuh.
Ibu bapa berperanan mendidik anak-anak menjadi manusia
yang beriman, berjaya dan berakhlak mulia.
Mendidik anak-anak dengan ilmu agama sejak kecil lagi.
Menjadi benteng yang kukuh melawan godaan hawa nafsu.
Memberi kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak
walaupun sibuk dengan kerjaya yang semakin mencabar.
Meluangkan masa untuk bersama anak-anak seperti
melancong, makan di restoran dan lain-lain.
Ibu bapa tidak membesarkan anak-anak dengan kemewahan
yang melalaikan.
Memantau / mengawal pergerakan dan pergaulan anak-anak

agar tidak mudah terjebak dalam gejala yang tidak sihat.


Sentiasa bertanya khabar tentang masalah dan keperluan anakanak.
4

Rakan sebaya

Menjadi pembimbing kepada sahabat ke arah yang lebih baik.


Menasihati rakan supaya tidak terlibat dengan gejala yang
negatif sehingga merosakkan moral dan mencemarkan maruah
keluarga.
Melakukan aktiviti yang baik seperti belajar, bersukan dan
membaca.
Melaporkan kegiatan negatif kepada pihak berkuasa supaya
dapat dibanteras secepat mungkin.
Berfikiran positif dan inovatif.

Media Massa

Membentuk pemikiran rakyat ke arah pembentukan


masyarakat madani di negara ini.
Menyiarkan rancangan yang boleh membina jati diri
masyarakat / semangat patriotisme
Rancangan keagamaan, motivasi dan forum perlu
diperbanyakkan untuk menggalakkan orang ramai melakukan
kebaikan. Contohnya TV3 menyiarkan Al-Kuliyyah, TV9 dengan
rancangan Tanyalah Ustaz, Halaqah, Akademik Al-Quran dan
Forum Perdana di TV1.
Tidak menyiarkan drama atau filem yang boleh merosakkan
akhlak golongan muda.
Mengharamkan pengedaran majalah-majalah separa lucah
seperti mangga, URTV dan lain-lain yang memaparkan gambargambar artis lelaki tidak berbaju kecuali berseluar pendek sahaja.
Tidak memuatkan akhbar tempatan dengan berita-berita yang
mengajar remaja melakukan hubungan seks seperti akhbar Metro.

Diri / Individu

Perubahan sikap individu menjadi penentu kejayaan kepada


usaha-usaha yang dirancangkan.
Setiap individu perlu bertanggungjawab melaksanakan peranan
masing-masing.
Kita perlu berubah sekiranya tergelincir daripada landasan
yang sebenarnya. Bak kata pepatah sesat di hujung jalan, kembali
kepangkal jalan / buang yang keruh ambil yang jernih.
Kita juga hendaklah menilai baik atau buruk sesuatu perkara
itu sebelum dilakukan.
Jangan malu untuk mengakui kesilapan dan kelemahan diri
sendiri.
Tidak mudah terpengaruh dengan pujukan dan ajakan rakan.
Membentuk jati diri dan mempunyai pegangan hidup yang

kental untuk mengharugi cabaran dunia moden yang penuh


pancaroba ini.
Menyahut seruan kerajaan untuk menjadi modal insan untuk
membangunkan negara menjelang tahun 2020 bukan menjadi
beban kepada negara.
Mencipta nama untuk mengharumkan nama negara di persada
dunia seperti Datuk Sheikh Muzafar angkasawan negara, Datuk
Nicol David ratu skuasy negara dan lain-lain.

KATA TUGAS : PERANAN IBU BAPA

BIL

IDEA / ISI

HURAIAN

Melahirkan dan
membesarkkan

Mencurahkan kasih sayang

Kita perlu mencari pasangan yang baik-baik untuk melahirkan


zuriat yang baik.
Ibu mengandung selama sembilan bulan sepuluh hari dengan
penuh kesukaran dan debaran.
Setelah lahir ke dunia anak dijaga dan dibelai dengan penuh
kasih sayang tanpa mengira penat dan lelah.
Banyak dugaan menjaga kita semasa kecil dahulu dengan
segala kepayahan dan kepenatan.
Ibu bapa hendaklah mencurahkan sepenuh kasih sayang
kepada anak-anak mereka.
Jiwa anak-anak perlu diisi dengan belaian dan sentuhan manja
daripada seorang ibu.
Jangan membiarkan anak-anak terabai kerana kesibukan
mengejar kebendaan atau kerjaya semata-mata.
Pengabaian aspek ini akan menyebabkan anak-anak mencari
kasih daripada rakan atau kekasih di luar sana.
Tidak bermakna ibu bapa perlu manjakan anak-anak mereka.
Sikap saling sayang menyayangi antara satu sama lain akan
mewujudkan keluarga bahagia.

Mendidik anak-anak dengan


ilmu agama

Ilmu agama merupakan tapak yang kukuh untuk menjadi


benteng kepada anak-anak daripada terjebak dalam kegiatan tidak
sihat.
Ibu bapa hendaklah memberi didikan ilmu agama kepada
anak-anak sejak kecil lagi.
Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Anak-anak perlu diajar membaca al-quran, ilmu tauhid, ilmu
fekah dan sirah nabi Muhammad s.a.w
Panduan untuk menyuluh mereka daripada kegelapan, tipu
daya syaitan dan orang-orang yang berakhlak buruk.
Bapa perlu membawa anak mereka solat berjemaah di masjid
dan mendengar tazkirah yang disampaikan oleh para alim ulama
Anak soleh akan dilahirkan untuk menjadi pewaris generasi
sekarang pada masa akan datang.

Menghantar anak-anak ke
sekolah

Ibu bapa bertanggungjawab menyekolahkan anak-anak mereka


agar tidak tercicir dalam arus globalisasi kini.
Pendidikan merupakan satu pelaburan jangka panjang untuk
masa depan anak-anak.
Dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari di
sekolah atau institusi pendidikan akan membolehkan anak-anak
menceburi pelbagai bidang yang diminati.

Menjana pendapatan sebagai sumber kewangan untuk menyara


keluarga setelah ibu bapa tidak berdaya untuk bekerja lagi.
Dapat menghindari anak-anak daripada terlibat gelaja yang
tidak sihat seperti Vandalisme, lepak, pergaulan bebas dan
penyalahgunaan dadah.
Sumber manusia / modal insan untuk membangunkan negara
pada masa akan datang.
5

Mencari nafkah yang halal

Mengisi masa lapang

Menegur dan memantau


pergaulan

Ibu bapa perlu bekerja untuk mendapatkan rezeki yang halal


untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga.
Sumber rezeki menjadi punca pembentukan akhlak dan budi
pekerti anak-anak.
Wang pendapat itu akan dibelanjakan untuk keperluan harian
dan membiayai persekolahan anak-anak.
Kemiskinan akan menyebabkan pendidikan anak-anak terabai
dan tidak sempurna.
Ibu bapa hendaklah bekerja keras membanting tulang empat
kerat untuk mejaga anak-anak mereka
Ibu bapa tidak boleh membiarkan anak-anak mereka
membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah.
Memupuk budaya membaca dalam kalangan anak-anak
dengan menyediakan bahan bacaan yang bermutu seperti buku
cerita, majalah akademik dan majalah keagamaan.
Membawa anak-anak ke pesta jualan buku untuk memilih
bahan bacaan yang diminati.
Membina bilik khas atau perpustakaan mini di rumah untuk
anak mereka membaca.
Mengajak anak-anak untuk beriadah dan bersukan seperti
berjoging, bermain badminton dan sebagainya.
Makan angin di pantai, tempat peranginan dan lain-lain pada
hari-hari cuti umum seperti melancong ke Pulau Langkawi atau
Bukit Fraser
Ibu bapa hendaklah sentiasa menegur kesilapan atau kesalahan
yang dilakukan oleh anak-anak mereka.
Sekarang ramai ibu bapa takut untuk menegur anak-anak
kerana bimbang mereka akan memberontak.
Teguran ini dapat menyedarkan anak-anak agar tidak
mengulangi lagi kesalahan itu.
Melahirkan jiwa remaja yang tawadhuk atau merendah diri dan
tidak sombong.
Ibu bapa juga perlu memantau pergaulan anak-anak mereka.
Dapat menghalang anak-anak berkawan dengan rakan yang
tidak baik seperti penagih dadah, mat rempit atau bohsia.

Melatih anak-anak hidup


bermasyarakat

Anak-anak perlu diajar hidup bermasyarakat.


Mengajak anak-anak menyertai aktiviti gotong-royong yang
diadakan di kawasan setempat.
Membawa anak-anak menziarahi jiran tetangga untuk
merapatkan hubungan silaturahim.
Menghormati orang yang lebih tua.
Menjadi sukarelawan untuk membantu orang yang
memerlukan bantuan ketika dilanda bencana seperti banjir, gempa
bumi atau kemalangan jalan raya.

SOALAN BERKAITAN PUNCA / FAKTOR / SEBAB

BIL
1

IDEA / ISI

HURAIAN

Individu / diri sendiri


(remaja, pelajar, belia)

Sikap ingin mencuba


Kelemahan jati diri / pegangan hidup
Suka kepada perkara negatif berbanding positif
Sukar mengakui kesalahan diri sendiri
Cetek ilmu agama
Contohnya, seorang remaja yang tidak berilmu mudah
terlibat dengan kegiatan tidak sihat seperti penagihan dadah.

Ibu bapa / keluarga

Sibuk dengan kerjaya / kerja


Tiada masa bersama-sama anak-anak
Kurang perhatian dan kasih sayang
Tidak petingkan didikan agama
Suka memberi kemewahan kepada anak-anak / sogokan
kebendaan
Menyerahkan penjagaan anak-anak kepada pengasuh dan
pihak sekolah
Sukar menerima teguran orang lain terhadap anak-anak.
Keruntuhan institusi kekeluargaan.

Pengaruh rakan
sebaya

Mengamalkan budaya hidup bebas dari segi pemikiran dan


tindakan
Nasihat rakan lebih diutamakan berbanding ibu bapa atau
guru.
Mudah meniru dan mengikut aktiviti yang dilakukan oleh
rakan tanpa menilai baik atau buruk.
Dipaksa dan terpaksa melakukan apa saja dikehendaki
rakan kerana bimbang akan disisihkan daripada kumpulan.
Terlibat dengan gejala negatif yang merosakkan akhlak
dan masa depan seseorang remaja itu.

Pengaruh media
massa

Segala yang disiarkan dan disebarkan melalui media cetak


atau media elektronik
Seperti surat khabar, majalah, buku-buku, televisyen, radio,
astro, internet dan facebook.
Mempengaruhi pemikiran dan kelakuan para penonton.
Penyiaran filem / rancangan yang tidak elok telah
mendorong orang ramai meniru aksi / lakonan tersebut.
Penilaian terhadap baik atau buruk telah menjadi kabur
Penonton seolah-olah diajar untuk melakukan sesuatu yang

tidak pernah terlintas di fikiran mereka.


Contohnya, penayangan filem Jangan Pandang Belakang
telah mempengaruhi kepercayaan orang ramai terhadap kuasa
hantu / tahayul.
5

Masyarakat tidak
prihatin

Lahir masyarakat yang mementingkan diri sendiri /


individualistik.
Masyarakat tidak suka menjaga tepi kain orang
Takut untuk membetulkan kesilapan para remaja yang
sedang berlaku di depan mata mereka.
Semangat kejiranan semakin terhakis.
Saling berbalah antara satu sama lain.
Masyarakat tidak bersatu padu dalam banyak perkara.

Kelemahan
penguatkuasaan
undang-undang

Pihak berkuasa / berwajib gagal melaksankan amanah


secara konsisten.
Penguatkuasaan undang-undang adalah bermusim iaitu
ketika isu hangat diperkatakan oleh orang ramai.
Penguatkuasa undang-undang mudah disoggok dengan
kebendaan seperti wang, harta dan seks.
Penjenayah / orang yang bersalah dibebaskan dengan
mudah melalui penguam bela mereka.
Bilangan anggota yang bertugas tidak mencukupi.
Kekangan hak asasi manusia.

Anda mungkin juga menyukai