Anda di halaman 1dari 1

ABSTRAK

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran dalam
menjanakan idea dalam penulisan Bahasa Cina di kalangan murid Tahun 5 di salah
sebuah sekolah rendah yang terletak di Bahagian Sibu, Sarawak. Untuk kajian ini, teknik
pengajaran yang akan dicadangkan adalah pengajaran berasaskan gambar rajah bersiri
dan kajian ini akan dijalankan ke atas 34 orang murid yang sedang belajar dalam Tahun
5. Murid-murid ini terdiri daripada 23 orang yang berbangsa Cina dan 11 orang murid
berbangsa Iban. Semua murid dalam kelas ini mempunyai taraf sosio-ekonomi yang
berbeza. Kaedah kajian ini adalah berbentuk eksperimen, iaitu kajian banding
kumpulan. Kaedah yang digunakan adalah melalui kaedah kuantitatif

iaitu data

diperoleh melalui Ujian Pra, Ujian Pos dan borang soal selidik. Ujian Pra dikendalikan
bagi mendapatkan gambaran awal murid tentang tahap penguasaan kemahiran menjana
idea dalam Penulisan Esei Bahasa Cina. Kemudian, Ujian Pos diberi kepada muridmurid untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan gambar rajah bersiri dalam
pengajaran penjanaan idea yang digunakan dalam penulisan Bahasa Cina. Selepas itu,
borang soal selidik diberi kepada murid-murid bagi mengetahui maklum balas murid
terhadap kesan teknik pengajaran berasaskan gambar rajah bersiri dalam memperbaiki
keupayaan mereka untuk menjana idea dalam penulisan Esei Bahasa Cina. Seperti yang
diperhatikan dalam kelas, murid- murid menghadapi masalah menjana idea yang bernas
dalam penulisan Esei Bahasa Cina. Untuk mengatasi masalah ini, teknik pengajaran
berasaskan gambar rajah bersiri akan dicadangkan. Sehubungan dengan itu, objektif
utama kajian ini adalah mengenalpasti keberkesanan teknik pengajaran berasaskan
gambar rajah bersiri untuk memperbaiki keupayaan murid menjana idea dalam
penulisan Esei Bahasa Cina.

Anda mungkin juga menyukai