Anda di halaman 1dari 1

Subsistem Keluarga.

Terdapat tiga bahagian subsistem yang pentind dalam keluarga iaitu


Subsistem pasangan suami isteri, Subsistem keibubapaan dan Subsistem antara adik beradik.
Subsistem pasangan suami isteri merujuk kepada hubungan suami dan isteri. Suami
mempunyai tanggungjawab terhadap isteri dan begitu juga sebaliknya. Ia membentuk
kumpulan berpasangan yang saling menyokong dan memerlukan di antara satu sama lain.
Secara umumnya subsistem keibubapaan ialah ibu bapa yang bertanggungjawab dalam
mendidik dan mengasuh anak. Selain itu, ibu bapa juga berfungsi menyediakan kemudahan
dan keselesaan kepada anak-anak dalam pelbagai perkara seperti menyediakan kemudahan
tempat tinggal, makanan, pelajaran dan persekitaraan keluarga yang bak dan selesa kepada
anak-anak. Subsistem antara adik beradik pula adalah menjamin kebahagiaan dan
keseronokan hidup dalam keluarga supaya hubungan antara adik beradik mempunyai
kemesraaan dan kasih sayang di antara satu sama lain. Mereka perlu belajar cara saling
menolong dalam penyelesaian masalah serta tanggungjawab di antara satu sama lain. Namun
begitu, perbezaan umur juga memberi kesan kepada kefungsian subsistem antara adik
beradik.

Anda mungkin juga menyukai