Anda di halaman 1dari 15

1.

Isu Berkaitan ancaman terhadap keselamatan Negara sejak sebelum


merdeka hingga kini
:: DARI TANAH MELAYU KE PENUBUHAN MALAYSIA ::
Sungguhpun Malaya telah mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957, dan setelah lebih 400 tahun dijajah oleh
pelbagai kuasa luar; Eropah dan Asia, namun banyak usaha dan formula yang harus dicapai untuk penyatuan dan
kemakmuran Tanah Melayu.
Ternyata, kemerdekaan yang diperolehi oleh Tanah Melayu dicapai dengan cara keamanan, melalui rundingan meja
bulat tidak seperti negara jajahan lain.
Pembentukan Tanah Melayu dan kejayaan kemerdekaan itu adalah hasil usaha penyatuan tiga kaum utama; Melayu,
Cina dan India berdasarkan tolak ansur sesama mereka. Atas dasar inilah kesepakatan inilah juga yang memberi asas
yang kukuh dalam pembentukkan Malaysia kemudiannya.
Masalah utama dan paling besar pada ketika itu ialah perpaduan dan kesatuan masyarakat yang telah bertambah
akibat pertambahan populasi penduduk. Selain itu pelbagai lagi rentetan dan peristiwa yang terdiri dari faktor politik,
sosial dan ekonomi.

:: USUL PENYATUAN NEGERI-NEGERI ::


Idea penyatuan negeri-negeri di serantau Malaya telah timbul berkali-kali dalam sejarah. Keinginan itu telah timbul
sejak pemerintahan British.
Paling awal gagasan penyatuan ini dapat dilihat dari cadangan penggabungan Negeri-negeri Melayu Bersekutu,
Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat.
Kemudian, paling serius pada tahun 1932, British berjaya menguasai 9 buah negeri serta Sarawak dan Borneo
British. Rasionalnya, ini akan memudahkan pentadbiran tanah jajahan mereka.
Pada tahun 1955, David Marshall mencadangkan penyatuan Singapura dan Malaya yang juga disuarakan oleh
Ghazali Shafie [1954], Tan Cheng Lock [1955]. Dan, pada tahun 1959 Lee Kwan Yew mencadangkan usul
penggabungan Singapura dan Malaya. Akhirnya, cadangan yang konkrit datang dari Tunku Abdul Rahman, dalam
persidangan UMNO 1955. Tunku menyatakan kesediannya untuk menerima Singapura, Serawak, Brunei dan Borneo
Utara British.
Namun, cadangan ini menimbulkan reaksi sokongan ataupun tentangan dari pelbagai pihak.

:: STATUS POLITIK NEGERI-NEGERI DALAM USUL ::


Lima buah negeri yang bercadang untuk bergabung ialah

Brunei
Borneo Utara British [Sabah ]
Sarawak
Singapura
Persekutuan Tanah Melayu

Selama hampir 2 tahun, usaha terhadap rundingan penggabungan ini yang menempuhi cabaran, rintangan dan
kekeliruan bukan sahaja dikalangan pemimpin malah di peringkat rakyat.
Di antara 5 negeri-negeri itu, hanyalah Persekutuan Tanah Melayu yang bebas merdeka. Singapura pada ketika itu
statusnya masih berstatus koloni, sementara Sarawak, Borneo Utara dan Brunei masih dalam naungan penjajahan
British.
Jadi 4 buah negeri itu belum merdeka, dan kemasukkannya ke dalam Malaysia membolehkan negeri-negeri itu
mendapatkan kebebasan dari kuasa kerajaan British.
Perkara bebas melalui percantuman ini menjadi satu faktor umum yang dianggap pendorong negeri-negeri bakal
anggota itu menyertai Malaysia.

:: DORONGAN UNTUK PENUBUHAN MALAYSIA ::


Bebas melalui percantuman inilah yang menjadi pendorong bagi semua negeri untuk merdeka. Hal ini telah disebut
berkali-kali oleh beberapa pihak di Britain dan pemimpin-pemimpin di Asia Tenggara.
Tunku sendiri kerap menekankan peluang kemerdekaan dan bukan soal pengembangan wilayah bagi kepentingan
Kuala Lumpur.
Di Singapura, Singapore Peoples Alliance berkata bahawa cara terbaik untuk merdeka ialah melalui penyertaan
dalam Malaysia.
Tunku juga sanggup bersabar dengan perihal politik dalaman Singapura, dan menyelesaikan masalah-masalah
dalaman tersebut.
Tunku menolak sebarang fahaman berunsurkan komunisme, dan mahukan Singapura benar-benar sanggup bersikap
Malaysian.
Satu sebab dorongan penubuhan Malaysia ialah untuk memupuk persefahaman serantau, dan melahirkan satu
bangsa yang kaya warisan kebudayaannya. Dengan ini ia akan membentuk identiti yang tersendiri.
Kerana itulah, Tunku menekankan Malaysia dalam lingkungan kelima-lima buah negeri bukan mendahulukan
kepentingan Singapura.

Satu sebab lagi ialah mewujudkan keseimbangan kaum dan perpaduan serantau. Pengekalan majoriti penduduk
berketurunan Melayu dan sukukaum pribumi dapat menjamin keamanan dan kestabilan serantau.
Faktor yang lain ialah mengenai soal keselamatan, keamanan dan kestabilan politik serantau. Pada ketika itu
pengaruh Komunis kian menular. Inggeris berpendapat penubuhan Malaysia akan dapat membendung rebakan
semangat komunisme di Singapura, Serawak dan Brunei.
Kebimbangan ini sangat dirasai oleh British kerana kepentingan pelaburan dan kepentingan ekonomi mereka di
timur.
Faktor ekonomi juga menjadi pendorong penubuhan Malaysia. Ringkasnya, Singapura dengan perdagangan
antarabangsa, perusahaan dan pelancongannya, Brunei dengan hasil minyaknya, Sabah dan Serawak dengan hasil
hutan sementara Malaysia dengan hasil galian dan pertaniannya.

RINGKASAN NOTA

POLITIK
Mempercepatkan kemerdekaan bagi negeri-negeri Brunei, Singapura, Sarawak dan Sabah
Membanteras ancaman komunis, lalu mengekalkan keamnan dan kestabilan politik
Mewujudkan keseimbangan kaum dan perpaduan

EKONOMI
Memajukan ekonomi serantau untuk kepentingan negara dan rakyat negeri-negeri anggota
Kepentingan pelaburan Inggeris di Asia Tenggara melalui keselamatan dan kestabilan politik [ ancaman komunis ]

SOSIAL
Memupuk bangsa Malaysia dengan identiti yang baru berteraskan perkongsian warisan budaya yang kaya

:: REAKSI TERHADAP PENUBUHAN MALAYSIA ::


Komitmen Tunku Abdul Rahman dan Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu menimbulkan pelbagai reaksi dan
positif .Dalam negeri-negeri anggota terdapat keputusan atau ulasan yang sering berubah-ubah, dan kadangkala
mengelirukan.

1. Singapura
Lee Kwan Yu dikatakan paling berminat, dan menyetujui cadangan yang diusulkan. Bagaimanapun, ramai sangsi
dengan ketelusan dan keutuhan Malaysia. Pada awalnya memberi sokongan dan akhirnya memberi tentangan sehingga
menyebabkan kekalahan part yang dipimpin oleh Lee Kwan Yu di 2 pilihanraya kecil di Singapura. Sungguhpun
begitu Lee Kwan Yu masih tetap dengan pendirian untuk menyertai penubuhan Malaysia.

2. Brunei
Sambutan rakyat Brunei juga tidak sebulat suara. Berlakunya juga tentangan antara beberapa pihak samada pro
ataupun kontra terhadap usul penubuhan tersebut.

3. Sabah dan Serawak


Penyertaan Sabah dan Serawak memberi erti kemerdekaan dua negeri tersebut dari jajahan British. Mereka juga
percaya sentimen komunis semakin membimbangkan dan ianya mudah diatasi secara bersama dalam satu
pemerintahan yang baru.

Bagaimanapun, ada sesetengah pihak khuatir kepada Malayan domination. Orang-orang bukan Melayu khususnya,
takut didiskriminasikan atau tidak mendapat layanan yang sama. Perasaan ini timbul kerana kuasa politik dipercayai
akan bertumpu di pihak Kuala Lumpur.

4. Persekutuan Tanah Melayu


Sokongan terhadap Malaysia lebih menyeluruh, walaupun terdapat berlainan pendapat. Pemimpin-pemimpin sering
menimbangkan untung ruginya jika penubuhan Malaysia ini dilaksanakan. Pada ketika itu terdapat juga pemimpinpemimpin yang lebih berminat terhadap gagasan penubuhan MAFLINDO [gabungan Malaya, Filipina dan Indonesia]

5.Britain
Secara tuntas, Britain menyetujui pakatan penubuhan Malaysia ini, sungguhpun secara dasarnya Britain menyerahkan
kembali tanah jajahan yang mereka niliki ke asalnya. Namun, mereka masih mempunyai kepentingan ataupun
keuntungan dari segi pelaburan ekonomi mereka.

Walaubagaimanapun, masih terdapat masalah dalaman yang melambatkan proses penubuhan. Justeru itu, Suruhanjaya
Cobbold ditubuhkan bagi meninjau pendapat rakyat dan kerjasama British sehingga Malaysia lahir.

:: KAJIAN KE ATAS PENUBUHAN MALAYSIA ::


Tunku melakukan kunjungan muhibbah ke Sabah dan Serawak [1961], tujuannya ialah supaya Tunku dapat
meyakinkan kepada rakyat Sabah dan Serawak terhadap gagasan penubuhan Malaysia. Tunku juga berjaya
mengurangkan kekeliruan yang timbul sebelum ini.
Pada pertengahan 1961 juga, Tunku melakukan kunjungan ke Brunei atas tujuan yang sama. Ekoran daripada itu,
Sultan Brunei menubuhkan satu suruhanjaya tinjauan untuk menentukan pendirian sebenar rakyat Brunei.
Pada Ogos 1961 satu rundingan telah dibuat antara Malaysia dan Singapura. Antara persetujuan yang dicapai ialah
Singapura mendapat kuasa autonomi dalam hal-hal pendidikan dan buruh. Kerajaan pusat akan bertanggungjawab atas
soal pertahanan , hubungan luar dan keselamatan dalam negeri.
Pada Julai 1962, Tunku dan beberapa orang penting dari Malaysia melakukan satu lagi rundingan di London. Antara
perkara yang tidak disenangi oleh Tunku ialah perlaksanaan Malaysia dalam 2 peringkat yang mengambil masa
tempoh selama 5 tahun. Pada kali ini, rombongan Tunku mengalami cabaran besar untuk meyakinkan pihak Britain
tentang usul mereka. Pada 1 Ogos 1962, Suruhanjaya Cobbold mengemas laporan untuk disiarkan secara rasmi pada 1
Ogos 1962
Pada Ogos 1962 Suruhanjaya Cobbold telah dilancarkan. Ia dipimpin oleh Lord Cobbold dengan empat anggota lain
[ 2 British dan 2 rakyat Malaysia] meninjau pendapat rakyat Sabah dan Serawak. Lebih 70 peratus penduduk dua buah
negeri itu bersetuju. Seterusnya mereka memperakukan supaya Persekutuan Malaysia ditubuhkan.

Malaysia tanpa Brunei


Keghairahan awal Sultan Brunei untuk menyertai Malaysia anehnya tidak berkesudahan apabila Sultan Omar Ali
Sarifuddin membatalkan rancangan untuk menyertai Malaysia. Perubahan itu berlaku kerana Sultan Brunei kecewa
sebab ada di antara tuntutan baginda tidak dipenuhi.

Malaysia dan tentangan luar


Proses pembentukkan Malaysia sebenarnya mendapat tentangan dari Filipina dan Indonesia. Indonesia cuba
menghalang pembentukkannya dan terus memusuhi Malaysia setelah negara baru itu lahir.

Filipina pula mendakwa Sabah adalah asalnya sebahagiannya daripada milik negerinya. Jadi pembentukkan Malaysia
yang memasukkan Sabah ke dalam Persekutuan baru itu akan menyulitkan lagi tuntutan Filipina ke atas Sabah.
Sungguhpun majoriti rakyat Sabah menyokong penubuhan Malaysia, Filipina terus membantah lalu memutuskan
hubungan diplomatik dengan Malaya.

Indonesia yang dipimpin oleh Sukarno, menumumkan dasar Konfrantasi pada 20 Januari 1963 dengan slogan
Ganyang Malaysia . Penubuhan Malaysia didakwa akan menggagalkan rancangan Sukarno untuk menubuhkan
Indonesia Raya. Dasar ini telah memuncak dengan keganasan, yang melancarkan serangan di sekitar sempadan Sabah
dan Serawak. Sukarno juga menghantar gerilanya mendarat di pantai barat Johor untuk mengintip.

Pada tahun 1965, Parti Komunis Indonesia gagal dalam usahanya merampas kuasa di Indonesia, dan Sukarno berjaya
digulingkan. Seterusnya Sukarno digantikan dengan Jeneral Suharto. Rundingan damai berjaya dicapai dan
ditandatangani pada bulan Ogos, 1966.

:: PENGUNDURAN SINGAPURA DARI MALAYSIA ::


Pelbagai masalah dalaman timbul di Singapura hingga minat Singapura untuk kekal dalam Malaysia tidak kekal.2
tahun selepas pembentukkan Malaysia mengalami polarisasi kaum yang berbahaya, antara pelampau-pelampau Cina
Singapura dan pelampau-pelampau Melayu, yang mengancam toleransi hubungan Melayu-Cina secara menyeluruh.

Keretakan hubungan Singapura-Kuala Lumpur mula timbul dalam suasana pilihanraya pertama Malaysia pada tahun
1964. Keretakan ini timbul apabila Singapura mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu.

Keretakan ini berpanjangan dan berbagai usaha penyelesaian dilakukan berkali-kali. Akhirnya pada 7 Ogos 1965
Tunku dan Lee Kwan Yu menandatangani perjanjian perpisahan. Pada 9 Ogos 1965 parlimen meluluskan rang
undang-undang perpisahan. Dengan itu Singapura keluar daripada malaysia dan menubuhkan republik.

:: KONKLUSI ::
Sejarah pembentukan Malaysia sebenarnya tidak panjang. Ianya tidak mempunyai tahap-tahap yang lama seperti
ditempuh dalam mencapai kemerdekaan negara pada tahun 1957.

Namun begitu pelbagai peristiwa berlaku dalam jangkamasa dua atau tiga tahun sebelum penubuhan yang
menimbulkan reaksi penentangan, konflik antara negeri dan kesemuanya ini adalah perkara-perkara mustahak untuk
difahami.

Peristiwa peristiwa ini membawa banyak implikasi dan pengajaran. Akhirnya, 30 bulan selepas hasrat penubuhan
malaysia diumumkan dengan serius oleh Tunku Abdul Rahman, Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963.

Rujukan:
1. Asnarulkhadi Abu Samah dan Jayuim A. Jawan. 1997. Kenegaraan Malaysia. Serdang : Penerbit Universiti Putra
Malaysia.
2. Nazaruddin M. Jali, Nazami Kuntum dan Ismail Rashid, 1996. Kenegaraan Malaysia. Sejarah Awal, Kemerdekaan
dan Pembentukan Malaysia, [Edisi Baru], Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
3. Noordin Sopiee, 1974, From Malayan Union to Singapore Separation, Kuala Lumpur: University of Malaya Press.

http://zanas.wordpress.com/tirai-kemerdekaan-negara/dari-tanah-melayu-ke-penubuhan-malaysia/

2. Ancaman kepada keselamatan negara


PENDEDAHAN Rahimi Osman, bekas pembantu Anwar Ibrahim selama tiga tahun mengenai campur tangan
berbentuk dana asing dalam politik dan pilihan raya di Malaysia adalah sesuatu yang amat serius. Dia menyatakan
sejak 2007, surat yang ditulis kepada Presiden National Endowmwnt for Democracy (NED), Carl Creshman dan
George Soros adalah benar.
Kata Rahimi , badan perisikan antarabangsa turut menghantar lima utusan khas bagi membantu pembangkang.
Bermula 2007 seorang warganegara Amerika Syarikat, Aasil Kazi Ahmad dibayar sehingga AS$30,000 sebulan dan
dia yang dibantu oleh tiga lagi lelaki asing merangka gerak kerja, perang saraf serta latihan kepada Parti Keadilan
Rakyat (PKR) termasuk bagaimana maklumat dalam sistem Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diceroboh.
''Aasil Kazi ialah utusan khas yang dikirim oleh agensi perisikan antarabangsa tersebut bagi membantu menjayakan
misi menabalkan Anwar sebagai Perdana Menteri.
''Rancangan besar pihak asing turut menyalurkan dana dalam jumlah mencecah beratus-ratus juta dolar Amerika. Hasil
dana tersebut membolehkan Anwar membayar wang deposit kepada semua calon PKR dan Rahimi bertanggungjawab
memasukkan wang tersebut ke dalam akaun calon masing-masing,'' dakwa Rahimi.
Mengenali tugas Rahimi di pejabat Anwar suatu ketika dulu, memang dia tahu apa yang berlaku kepada Anwar. Sebab
itu kenyataan detailnya dalam AIDC News yang pernah penulis baca membayangkan lebih daripada itu termasuk soal
moral dan hubungan baiknya dengan Saiful.
Rahimi tahu apa yang berlaku kepada Mohd. Saiful Bukhari Azlan, kerana dia yang memperkenalkan Mohd. Saiful
kepada Anwar dan Mohd. Saiful memberitahu kepadanya apa yang terjadi antaranya dengan Anwar.
Bila Rahimi 'ditahan' suatu ketika di Hotel Quality, Shah Alam selama beberapa hari atas arahan Anwar tentu ada
sesuatu yang tak kena kerana Mohd. Saiful sudah membuat aduan polis kerana kesnya.
Apabila Rahimi disuruh membuat Akuan Bersumpah palsu mengenai sesuatu ia menimbulkan syak yang tinggi
mengapa ia berlaku.
Apa yang didedahkan oleh Rahimi menyentuh keselamatan negara secara langsung. Kalau ia berlaku pada 2007/2008
sewaktu Pilihan Raya Ke-12, seperti dakwaan Rahimi, sudah tentu ia boleh berlaku semula pada Pilihan Raya Umum
Ke- 13 yang bakal menjelang.
Hubungan Anwar dengan agen-agen berkenaan bukan bersifat hubungan diplomatik atau kerajaan dengan kerajaan
tetapi ia adalah hubungan jauh dari itu.

Kalau George Soros yang dianggap oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai penyangak mata wang yang merosakkan
ekonomi sesebuah negara mengapa pula Anwar berkawan dan menulis surat kepada Soros. Untuk maksud apa Anwar
berbuat demikian. Apakah Anwar mempunyai maksud udang di sebalik batu?
Pada hemat penulis, kerajaan dan pihak keselamatan negara harus bertindak tegas dan cepat supaya maruah negara
tidak menjadi rosak dan politik negara menjadi kucar-kacir akibat campur tangan politik dan dana asing yang boleh
menjahanamkan keselamatan dan kestabilan negara.
Rahimi harus dipanggil untuk mendapatkan maklumat yang lengkap kerana beliau tidak akan berani berkata sesuatu
sekira di tangannya tidak ada bukti.
Peruntukan undang-undang mengenai keselamatan negara harus digunakan dengan adil supaya agen-agen perosak
keselamatan negara dapat dibanteras sebelum ia bermaharajalela.
Kuasa-kuasa luar yang berkepentingan memang amat suka menggunakan tokoh-tokoh berkepentingan untuk niatnya
sendiri. Kejatuhan sesebuah negara pada masa lalu terdapat hubungan dengan agensi asing yang menyalurkan
maklumat yang dibocori dan dana yang banyak untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan atau nama demokrasi dan
menghormati hak asasi manusia.
Slogan ini dijadikan alasan hingga menyebabkan kerajaan berubah dan kuasa asing akan menjadikan tokoh yang
berkaitan sebagai boneka untuk mengikuti telunjuk kuasa asing tersebut.
Isu Anwar dengan kuasa asing yang dipaparkan di media perdana dan media baru semakin menjadi-jadi. Anwar tidak
pula menafikannya dan tidak pula mahu menyaman media perdana tersebut.
Tuntutan Majlis Syura Pas supaya Anwar menyaman Wall Street Journal kerana kenyataannya mengenai sokongan
Anwar terhadap keselamatan negara Israel juga tidak dipedulikan.
Anwar bercita-cita besar untuk sampai ke Putrajaya selepas PRU-13 yang bakal menjelang. Anwar semakin pupus
kredibilitinya dan tidak menghiraukan pandangan banyak pihak tentang apa yang telah berlaku dan apa yang sedang
dilakukannya.
Faham pluralisme, librealisme yang cuba dikembangkannya, kenyataannya mengenai LGBT yang dikecam oleh
banyak pihak, isu moral yang masih belum selesai ditambah pula hubung-kaitnya dengan agensi asing yang
kontroversi semacam bukan isu baginya.
Dalam kalangan pengikut tegarnya walaupun ramai sudah meninggalkannya dan partinya, namun terdapat sebilangan
pengikut tegar yang menghadapi sindrom "mental-block', tidak mahu mendengar pandangan orang lain, memiliki
kemampuan menganalisis secara ilmiah juga tidak dapat melakukannya, kalangan yang menganggap Anwar itu
"maksum" sehingga kebenaran tidak ada pada orang lain, hanya ada pada Anwar.

Sebab itu pendedahan Rahimi menambah lagi bukti tentang siapa Anwar sebenarnya. Terlalu banyak yang didedahkan
oleh Raja Petra Kamaruddin dalam blognya, Chandra Muzaffar dalam kenyataannya, Datuk S. Nalakaruppan dalam
dakwaanya, Datuk Zulkifli Noordin dalam analisisnya dan Ummi Hafilda dalam ceramahnya, Ezam Mohd. Nor dalam
pengalamannya dan ramai lagi.
Orang yang dinyatakan itu semuanya ialah kerabat Anwar suatu ketika dulu. Mereka tidak saja pernah menjadi
pengikut dan pengagum Anwar tetapi sangat dekat dengan perjuangan Anwar.
Kalau mengatakan mereka ini dibeli oleh pihak lain kerana sesuatu maksud apabila meninggalkan Anwar, tidak ada
pula bukti yang ditunjukkan. Ia hanya sekadar dakwaan seperti dakwaan beliau bahawa kes Anwar- Saiful adalah
suatu konspirasi.
Anwar nampaknya sedang melatih orang baru yang masih belum tahu siapa sebenarnya Anwar. Orang ABIM dalam
PKR sudah tidak ramai. Tinggal Dr. Mohd. Nor Manuty dan beberapa lain. Musatafa Kamil Ayub yang tewas dengan
Azmin Ali semacam menarik diri. Pengorbanan Mustafa Kamil sangat tinggi dalam PKR tetapi kerana Azmin,
Mustafa Kamil terpinggir malah peranannya di PKR Perak pun semacam tidak ada lagi.
Begitulah nasib kawan-kawan Anwar. Belum habis manis sepah dibuang. Kalau itu boleh berlaku kepada kawan lama
ia juga akan berlaku kepada kawan-kawan baru Anwar yang masih hingus dalam sepak terajang politik dan masih
tidak kenal Anwar lagi.
Suatu ketika nanti mereka akan menjadi orang tidak perlu kerana akan ada orang lain yang sudi pula membantu
Anwar. Itulah taktik Anwar memcatur langkah politiknya untuk sampai ke Putrajaya.
Oleh itu pendedahan Rahimi harus menjadi pembuka mata kepada rakyat supaya lebih peka mengenai Anwar dan
kaitannya dengan agensi asing yang mempunyai kepentingan politik dan kuasa bagi negara kita.
Rakyat Malaysia sudah tentu tidak rela politik demokrasinya dipercaturkan oleh pihak lain sehingga kepimpinan
negara ini adalah di bawah telunjuk kuasa asing.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?


y=2012&dt=0316&sec=Rencana&pg=re_02.htm#ixzz365WsPwSR
Utusan Melayu (M) Bhd

2.Perubahan konsep keselamatan


Oleh Datuk Seri Mohd Bakri Zinin
Situasi ini banyak mengubah senario keselamatan iaitu isu domestik yang dulunya dianggap sebagai masalah dalaman
negara, berubah menjadi ancaman terhadap keselamatan negara secara keseluruhannya.
Selari dengan perkembangan semasa yang melanda dunia, paradigma keselamatan mula berubah ke arah keselamatan
insan, sesuatu yang dinilai tidak boleh tiada dalam mengekalkan keselamatan negara.
Jelasnya, dalam usaha mengekalkan kestabilan negara, tumpuan harus diberi kepada aspek keselamatan dalam negara
berkaitan kemanusiaan dan kemajuan insani seperti dalam bidang ekonomi, makanan, kesihatan, alam sekitar,
peribadi, komuniti serta politik dan kemajuan ICT.
Pengukuhan ekonomi dan penambahbaikan keadaan sosial menjadi mekanisme keselamatan, kerana kepincangannya
mampu menjadi punca atau berpotensi mengancam keselamatan negara.
Perkembangan pesat ICT dieksploitasi dengan aktif sehingga ia menjadi saluran yang boleh melemahkan keutuhan
perpaduan kaum, prasangka antara agama serta kestabilan politik negara. Oleh demikian, aspek keselamatan negara
kini menjadi lebih besar dan increasingly vulnerable, bersifat illusive dan lebih sukar ditangani serta menjalar di
setiap ruang kehidupan masyarakat.
Dalam hal ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memperkenalkan tujuh elemen dalam keselamatan insan
iaitu keselamatan ekonomi, keselamatan makanan, keselamatan kesihatan, keselamatan persekitaran, keselamatan
individu, keselamatan masyarakat dan keselamatan politik.
Ia dianggap sebagai satu alternatif kepada konsep keselamatan konvensional yang lebih menekankan pendekatan
militari dan kerajaan sebagai aktor utama. Konsep keselamatan insan juga dilihat satu konsep terbaik dalam
mengungkapkan konsep keselamatan. Ini kerana ancaman keselamatan tidak lagi datang daripada peperangan dan
penjajahan semata-mata, sebaliknya wujud ancaman baru yang lebih berbahaya dan mampu mengganggu survival dan
hayat manusia.
Contoh paling jelas ialah bagaimana virus Influenza A H1N1 yang melanda dunia meragut nyawa ratusan nyawa
manusia yang tidak berdosa. Tidak perlu kita menunggu perang untuk melihat nyawa manusia terkorban, sebaliknya
cukup dengan ancaman kesihatan seperti ancaman virus pandemic. Cabaran semasa negara Ancaman dan cabaran
keselamatan negara yang dihadapi ketika ini berkait rapat dengan kegiatan domestik yang berbentuk subversif,
pelampau perkauman dan agama, sabotaj dan keganasan yang dilakukan individu, organisasi atau pihak yang
mempunyai kepentingan tertentu, termasuk juga kegiatan jenayah dan aktiviti dadah.
Sungguhpun berlaku beberapa kes jenayah yang menarik perhatian masyarakat kebelakangan ini seperti bunuh,
penculikan, rompakan dan sebagainya, namun secara keseluruhan ia pada tahap boleh diuruskan dan Polis Diraja
Malaysia terus berusaha gigih untuk memastikan keamanan dan ketenteraman awam terus terpelihara.
Proses globalisasi juga semakin diterima rakyat, sehingga mendorong mereka melihat dan menilai sesuatu isu yang
timbul berdasarkan ukuran sejagat dan bukan lagi berdasarkan kepada faktor sejarah, sensitiviti dan nilai-nilai
tempatan.
Senario yang berlaku ini menyebabkan pelbagai isu kontroversi timbul dari semasa ke semasa. Masyarakat Malaysia
tidak lagi menjadikan budaya dan sejarah pembangunan bangsa sebagai ukuran untuk memperkatakan sesuatu.
Sensitiviti dalam konteks masyarakat berbilang kaum tidak lagi menjadi perkiraan dalam menuntut hak dan
kepentingan masing-masing. Perkembangan globalisasi dengan elemen liberalisasi dan hak asasi sebagai pegangan
utama, sekali gus menjadikan rakyat semakin keliru untuk memahami dan membezakan antara demokrasi dan
keterbukaan dengan freedom and rights dalam konteks keselamatan negara. Sebahagian rakyat Malaysia gagal untuk
memahami erti kebebasan yang amat memerlukan batasan demi menjaga kepentingan masyarakat keseluruhannya.

Mereka menuntut kebebasan tanpa sebarang had iaitu bebas sebebas-bebasnya sehingga mendorong mereka
melanggar peruntukan undang-undang negara yang dianggap mengetepikan hak asasi mereka sebagai seorang
manusia. Persoalan berhubung keselamatan diketepikan lantaran fahaman yang dipegang serta membuat tuduhan
bahawa isu keselamatan timbul berpunca daripada kekangan pihak berkuasa.
Senario inilah yang dihadapi kini iaitu berlaku pertembungan antara perjuangan kebebasan dan mempertahankan
keselamatan negara. Di Malaysia, liberalisasi cuba disebarkan dengan konsep hak asasi sebagai fahaman yang
dijunjung dan disanjung secara penuh tanpa mengambil kira core value masyarakat keseluruhannya. Ini
menyebabkan berlakunya konflik yang menjejaskan ketenteraman dan keharmonian masyarakat majmuk negara ini
kerana sensitiviti kaum dan agama dicemari.
Perkembangan ini memberi kesan yang mendalam terhadap keselamatan negara jika negara gagal untuk menguruskan
gelombang globalisasi yang semakin menular dalam sistem kehidupan masyarakat negara ini. Nilai agama dan budaya
nampaknya dilanggar tanpa kawalan. Persoalan berhubung Islam sebagai agama rasmi negara dicabar, penggunaan
perkataan Allah menjadi isu terbuka dan perlu melalui proses mahkamah, hak keistimewaan Melayu yang termaktub
dalam Perlembagaan dipertikai dan cuba dikaji semula, keistimewaan institusi istana sebagai institusi tertinggi negara
ditentang dan diburukkan dengan pelbagai tohmahan. Perkembangan ini wajar dianalisis secara lebih mendalam
kerana ia semakin cenderung ke arah memberi kesan mendalam terhadap keselamatan negara. Langkah ini juga perlu
bagi mengelakkan masyarakat Malaysia terus hanyut kerana akhirnya yang rugi kerajaan, rakyat dan negara bakal
menghadapi porak-peranda.
Perang persepsi Dalam perkembangan sama, elemen information warfare turut memberi kesan negatif terhadap
keselamatan negara kerana terdapat pihak yang menyalahgunakan kecanggihan sistem teknologi maklumat dan media
sosial ini untuk melakukan pelbagai aktiviti disinformation dan misinformation yang bermatlamat membentuk
persepsi dan menimbulkan kekeliruan rakyat.
Perlu diakui bahawa ancaman war of perception ini adalah sesuatu yang nyata dan boleh memberikan kesan yang
sangat dahsyat kepada keselamatan negara. Pihak tertentu nampaknya dengan sengaja menggunakan pendekatan
matlamat menghalalkan cara kerana bagi mereka persepsi lebih penting daripada realiti. Maka lahirlah pejuang
kebebasan dan hak asasi lain berhubung civil liberties yang menggunakan berbagai pendekatan untuk kepentingan
tertentu. Dari sudut fahaman agama pula, radikalisme berteraskan agama terus muncul dalam kalangan masyarakat di
negara ini. Kumpulan yang mempunyai fahaman agama yang menyongsang khususnya agama Islam terus dikesan
menjalankan kegiatan mereka. Setakat ini dikesan beberapa bentuk ajaran sesat yang masih aktif beroperasi di negara
ini. Kumpulan ini boleh mencetuskan ancaman terhadap masyarakat seperti mana berlaku pada Kumpulan Tuhan
Harun yang sanggup membunuh jika kumpulan mereka terasa terancam.
Ancaman turut dihadapi di sudut keselamatan ekonomi kerana ia berupaya menjejaskan kestabilan negara akibat
kemiskinan, pengangguran dan kemunduran dalam kalangan masyarakat. Begitu juga tindakan penyeludupan
barangan subsidi seperti minyak masak, gas masak, minyak diesel dan petrol di sempadan negara boleh menjejaskan
ekonomi seterusnya memberi kesan terhadap kedaulatan dan keselamatan negara. Globalisasi memberi pengaruh yang
besar terhadap keselamatan negara. Kegiatan penyeludupan dan memperdagangkan manusia menjadi isu keselamatan
yang perlu ditangani dengan berkesan. Negara terus dijadikan transit dan tempat operasi oleh sindiket penyeludupan
warga asing yang berhasrat untuk ke negara ketiga.
Selain itu, dengan tertangkapnya anasir militan antarabangsa baru-baru ini, keselamatan negara semakin tercabar.
Perkembangan gerakan militan ini amat membimbangkan dan persis bom jangka yang boleh meletup pada bila-bila
masa. Ancaman terhadap kedaulatan negara turut membabitkan cubaan untuk menawan Sabah oleh kumpulan militan
Kesultanan Sulu. Selepas peristiwa pencerobohan Lahad Datu pada tahun 2013, maklumat berterusan diterima wujud
cubaan untuk menceroboh dan memasuki semula Sabah oleh tentera Kesultanan Sulu. Pelbagai perancangan
dirancang untuk menyeludup masuk dan menimbulkan kekacauan di beberapa bandar di Sabah. Ancaman ini akan
memakan masa yang panjang untuk dihadapi dan keberkesanan ESSCOM menjadi alternatif kepada penyelesaian
permasalahan ancaman daripada kumpulan ini.

Sementara itu, kejadian sabotaj oleh kumpulan pemisah di selatan Thailand juga boleh memberi kesan dan ancaman
keselamatan terhadap negara. Kesan spill over effect dari sudut kumpulan militan ini melarikan ke Malaysia selepas
melakukan keganasan di selatan Thailand tidak boleh diketepikan. Kumpulan ini menjadikan negara ini save haven
sebelum dan selepas mereka melakukan tindakan sabotaj di selatan Thailand. Memang tidak dapat dinafikan arus
globalisasi dan fahaman liberalisasi mendominasi masyarakat umum dan memberi kesan terhadap trend ancaman
keselamatan negara. Corak ancaman sekarang dan mendatang menjadi kabur serta memerlukan mekanisme khusus
dan mengambil masa untuk menilai serta menganalisis bagi membuat sesuatu tindakan. Keadaan ini adalah cabaran
kepada pihak keselamatan menilai sesuatu perkara yang timbul itu sama ada mempunyai prospek ancaman atau
kepentingan awam. Peranan dan keputusan yang diambil adalah penting dalam memastikan kewibawaan pihak
berkuasa keselamatan negara tidak dipertikaikan serta sentiasa relevan sepanjang masa.
Sebagai sebahagian daripada masyarakat dan jentera kerajaan organisasi keselamatan perlu bersifat dinamik untuk
memenuhi tuntutan dan persekitaran yang sentiasa berubah terhadap perkhidmatannya. Peranan pihak keselamatan
tidak hanya semata-mata terhad kepada penguatkuasaan undang-undang, pengumpulan risikan dan maklumat
keselamatan tetapi juga turut bersifat membangun dan bergerak positif dengan mendekati masyarakat, menerusi
pendekatan yang berfokuskan kemasyarakatan dan merangsang pembangunan negara.
Sudah tiba masanya dalam dunia yang global dan kompleks, konsep keselamatan diperkukuhkan dengan integrasi
pelbagai elemen dan tidak hanya dipengaruhi oleh satu faktor. Tanpa menidakkan peranan kekuatan ketenteraan dan
pengaruh kerajaan sebagai elemen penting dalam menegakkan sistem keselamatan negara, saya rasa kita harus
bersikap terbuka untuk menggembleng elemen dalam konsep keselamatan insan seperti yang disentuh demi survival
dan masa depan negara. Saya juga menyarankan kepada semua rakyat Malaysia agar sama-sama berusaha untuk
mengekalkan keamanan dan kedaulatan negara demi kepentingan generasi akan datang. Inilah masanya untuk kita
bersatu hati dan menolak sebarang usaha daripada mana-mana pihak yang cuba menghancurkan keamanan negara.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Perubahankonsepkeselamatan//Article/article_print

3.Langkah
Parti Komunis Malaya (PKM) telah melancarkan pemberontakan bersenjata terhadap pemerintahan di Tanah Melayu
pada tahun 1948. Tujuan utama PKM melancarkan pemberontakan adalah untuk menggulingkan kerajaan dan
seterusnya menubuhkan Republik Komunis Tanah Melayu. PKM telah didesak oleh Komunis Antarabangsa yang
telah bersidang di Calcutta, India. Dalam usaha tersebut, PKM telah melakukan kekejaman, iaitu pembunuhan para
pegawai British, terutama pembunuhan tiga orang peladang British di Sungai Siput pada tahun 1948. British berusaha
untuk membendung kegiatan komunis dengan mengisytiharkan darurat pada tahun 1948. Sepanjang tempoh 12 tahun
Tanah Melayu diisytiharkan darurat, pelbagai langkah telah dilaksanakan untuk membendung kegiatan komunis.
Antara langkah awal yang dilaksanakan adalah memperkenalkan undang-undang darurat. Dalam pada itu, kerajaan
telah mengharamkan Parti Komunis Malaya di Tanah Melayu. Melalui undang-undang darurat, kerajaan berkuasa
untuk menangkap sesiapa sahaja yang disyaki terlibat dalam kegiatan komunis. Kerajaan akan menangkap mereka
tanpa dibicarakan. Selain itu, orang ramai tidak dibenarkan untuk berkumpul lebih daripada lima orang. Pelaksanaan
undang-undang darurat telah menyebabkan banyak yang tidak bersalah ditangkap. Malahan telah menyebabkan
pergerakan orang ramai terbatas kerana mereka bimbang ditangkap kerajaan.
Di samping itu, kerajaan telah menambah jumlah tentera untuk memerangi anggota komunis di Tanah Melayu.
Semasa darurat, kira-kira 40 000 orang tentera termasuk beberapa Rejimen Askar Melayu telah dikerah untuk
menghapuskan komunis. Selain itu, tentera turut mendapat bantuan daripada pasukan polis yang berjumlah 70 000
orang dan Home Guard yang dianggarkan berjumlah 25 000 orang yang mengawal di peringkat kampung. Pasukan
Special Constables (SC) yang berjumlah 29 897 orang dikerah untuk menjaga kawasan ladang pertanian. Melalui
pertubuhan Komanwel, Tanah Melayu mendapat bantuan ketenteraan asing untuk memerangi komunis, antaranya dari
New Zealand, Australia dan India. Walau bagaimanapun, tindakan ketenteraan kurang berjaya kerana anggota
komunis berada di dalam hutan. Kerajaan telah menggunakan teknik perang gerila terhadap komunis.
Seterusnya kerajaan telah melancarkan Rancangan Briggs yang telah diasaskan oleh Sir Henry Gurney pada tahun
1950. Pengarah operasi yang bertanggungjawab dalam melaksanakan rancangan ini ialah Leftenan Sir Harold Briggs.
Tujuan pelaksanaan rancangan tersebut adalah untuk melumpuhkan kegiatan sokongan komunis, iaitu Min Yuen.
Tindakan yang dijalankan adalah memindahkan penduduk Cina dari kawasan pinggir hutan ke kawasan petempatan
baru atau kampung baru. Hal ini bertujuan untuk menyelamatkan mereka daripada diugut dan digunakan oleh gerakan
Min Yuen bagi mendapatkan bekalan makanan dan sebagainya. Petempatan semula yang dibina oleh kerajaan dikawal
ketat dan dipagari kawat berduri untuk menjaga keselamatan mereka. Rancangan tersebut telah berjaya memindahkan
kira-kira 570 500 orang ke kawasan lebih 400 buah kampung baru menjelang tahun 1952.
Pada tahun 1952, Sir Gerald Templer telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu. Antara
usaha yang dilakukan oleh beliau adalah mewujudkan kawasan hitam dan kawasan putih. Rancangan tersebut
digunakan untuk memberi kesedaran kepada penduduk Tanah Melayu supaya tidak member bantuan kepada pihak
komunis. Selain itu, usaha ini juga bertujuan untuk menghalang rakyat daripada terpengaruh dengan ideologi
komunis. Kawasan-kawasan yang terdapat anasir komunis diisytiharkan sebagai kawasan hitam. Pihak tentera dan
polis mengadakan sekatan dan kawalan yang rapi di kawasan tersebut. Usaha untuk membersihkan kawasan hitam

daripada pengaruh komunis dilakukan dari Johor hingga ke utara Tanah Melayu. Kawasan yang berjaya dibersihkan
daripada anasir komunis pula dikenali sebagai kawasan putih. Kawasan tersebut telah dimajukan oleh kerajaan dengan
menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti jalan pengangkutan, pusat kesihatan dan sebagainya. Hal ini telah
menyebabkan rakyat bekerjasama dengan pihak kerajaan untuk memerangi komunis.
Seterusnya pihak British cuba mengeratkan hubungan antara kaum di Tanah Melayu. Penubuhan Jawatankuasa
Hubungan Antara Kaum merupakan usaha ke arah itu. Tujuan penubuhan jawatankuasa tersebut adalah untuk
mengurangkan sokongan orang Cina terhadap gerakan Parti Komunis Malaya. Jawatankuasa tersebut dianggotai oleh
wakil-wakil daripada semua kaum utama di Tanah Melayu, contohnya Dato Onn bin Jaafar mewakili orang Melayu,
E.E.C. Thuraisinggam mewakili kaum India dan Tan Cheng Lock mewakili kaum Cina. Dengan wujudnya kerjasama
tersebut, semangat kebangsaan telah dapat ditanam dalam kalangan kaum Cina dan India. Tambahan pula, pihak
kerajaan telah melonggarkan pemberian taraf kerakyatan.
Kerajaan turut melancarkan perang saraf untuk memberikan kesedaran kepada rakyat Tanah Melayu. Pelbagai cara
telah dilakukan untuk menghebahkan keburukan perjuangan komunis. Kerajaan telah mengadakan ceramah di seluruh
pelosok Tanah Melayu, terutama di kawasan luar bandar. Selain itu, kerajaan mengedarkan poster-poster tentang usaha
kerajaan memerangi komunis. Malahan kerajaan turut menjadikan pihak komunis sebagai sasaran perang saraf untuk
menyedarkan kumpulan tersebut. Risalah-risalah tentang pengampunan kepada anggota komunis yang menyerah diri
telah digugurkan di kawasan hutan. Pihak kerajaan juga menawarkan hadiah yang lumayan kepada sesiapa yang
memberikan maklumat sehingga tertangkapnya anggota komunis, contohnya Chin Peng bernilai $250 000 dan
anggota yang lain bernilai $20 000.
British juga telah menggalakkan penubuhan parti-parti politik sama ada daripada kalangan orang Melayu, Cina
mahupun India. Kesempatan ini telah digunakan oleh orang Cina untuk menubuhkan parti politik, iaitu MCA. MCA
bertujuan untuk membela hak dan kepentingan kaum Cina, manakala kaum India telah menubuhkan MIC yang turut
berusaha untuk memperbaik taraf hidup kaum tersebut di Tanah Melayu. Parti-parti politik pelbagai kaum di Tanah
Melayu telah bersatu untuk mewujudkan perpaduan.Contohnya, Parti Perikatan antara UMNO-MCA telah bergabung
pada tahun 1952. Hasil usaha tersebut telah menyebabkan mereka berjaya memenangi pilihanraya Majlis Bandaran
Kuala Lumpur pada tahun 1952. Dengan wujudnya parti-parti politik mengikut kaum, parti-parti yang berfahaman
sosialis dan radikal telah diharamkan oleh British.
Kesimpulannya, darurat yang berlaku di Tanah Melayu selama 12 tahun ialah suatu usaha yang dilakukan oleh
kerajaan untuk menghapuskan gerakan komunis. Langkah yang dilakukan oleh kerajaan telah berjaya. Dengan
menggunakan kekuatan tentera, pihak komunis yang berada di dalam hutan berjaya ditumpaskan. Selain itu, undangundang darurat telah mengehadkan pergerakan penduduk Tanah Melayu sekali gus membatasi usaha PKM
mempengaruhi masyarakat. Segala usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan telah berjaya menghapuskan anasir
komunis. Walau bagaimanapun, dalam tempoh darurat penduduk Tanah Melayu mengalami pelbagai penderitaan
seperti tidak bebas bergerak dan masalah ekonomi yang terjejas.
http://cicaktersepit.blogspot.com/2012/03/usaha-british-membanteras-ancaman.html