Anda di halaman 1dari 4

NURUL AMRNA BINTI MOHD JAN

930602-04-5558
SOALAN 3
yang diinginkan. Dengan demikian, murid menemui perhubungan yang bermakna antara idea
abstrak dan aplikasi praktikal dalam konteks alam yang nyata. Kaedah ini menyediakan
pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on (aktiviti) dan pemikiran, iaitu
minds-on (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Modul yang diterbitkan oleh Pusat
Perkembangan Kurikulum (2001), antara lain menegaskan pembelajaran kontekstual, murid
akan melalui satu atau lebih daripada bentuk pembelajaran iaitu REACT.
1. R : (relating/menghubung kait), iaitu murid belajar dalam konteks menghubungkaitkan
2.

pengetahuan baru dengan pengalaman hidup.


E : (experiencing/mengalami), iaitu murid belajar dalam konteks penerokaan, penemuan

3.

dan reka cipta.


A : (applying/mengaplikasikan), iaitu murid belajar dalam konteks mengenai pengetahuan

atau informasi boleh digunakan dalam situasi lain.


4. C : (cooperating/bekerjasama), iaitu murid belajar dalam konteks bekerjasama, memberi
5.

maklum balas dan berkomunikasi.


T : (transfering/memindahkan), iaitu murid belajar dalam konteks pengetahuan sedia ada
dan menggunakan atau membina daripada pengetahuan yang diketahui.
Seterusnya, kebaikan pembelajaran kontekstual adalah pengajaran dan pembelajaran

yang menarik. Guru mestilah melakukan aktiviti di dalam kelas semasa pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini kerana, murid tidak akan berasa bosan untuk belajar mata pelajaran
Bahasa Melayu di dalam kelas. Antara aktiviti yang guru boleh lakukan di dalam kelas semasa
pengajaran dan pembelajaran adalah menggunakan Alat Bantu Mengajar (ABM) atau
menggunakan powerpoint (slaid). Contoh penggunaan bahan bantu mengajar adalah dengan
menggunakan keratan akhbar. Daripada keratan akhbar tersebut, setiap murid harus bersiap
sedia dengan keratan rencana masing-masing. Pada setiap hari, iaitu pada sepuluh minit
pertama masa pengajaran, guru akan meminta murid-murid tampil ke hadapan bagi
memperkatakan topik atau fakta yang terkandung dalam keratan rencana pengarang akhbar
yang dibacanya. Fakta tersebut hendaklah diucapkan secara lisan tanpa merujuk keratan
tersebut. Dengan cara itu, pelajar dapat dilatih menggunakan kreativiti sendiri untuk berucap
khalayak atau pengucapan awam yang juga dapat menolong pelajar dalam ujian lisan. Selain
itu, cara ini juga dapat melahirkan pelajar yang petah bercakap. Dengan aktiviti ini, murid-murid

akan berasa seronok untuk belajar Bahasa Melayu. Malahan, aktiviti ini juga akan dapat
merangsang minat yang tinggi dalam kalangan pelajar.
Selain itu, pengalaman konkrit dan penglibatan langsung murid terhadap pembelajaran
kontekstual juga merupakan salah satu kebaikannya. Bagi pengalaman konkrit, murid sendiri
akan dapat mengaitkan kandungan mata pelajaran Bahasa Melayu dalam pengalaman harian
dan penglibatan langsung mereka. Sebagai contoh, guru memaparkan gambar pembeli dan
penjual di sebuah gerai. Murid-murid diminta membina dialog-dialog yang sesuai dan
bertatasusila dan guru menilai ketepatan dialog yang dibina secara lisan. Daripada aktiviti ini,
murid akan praktikkan semasa mereka ingin membeli contohnya di kantin, koperasi dan luar
sekolah. Malahan, hasil daripada aktiviti ini juga murid-murid akan belajar mengenai nilai-nilai
murni. Mereka akan terbiasa untuk bercakap lebih sopan dengan orang lain.
Seterusnya, kebaikan pembelajaran kontekstual adalah menyuburkan pemikiran kreatif.
Daripada pemikiran kreatif ini, murid-murid akan diajar untuk memperoleh kepandaian menjana
sesuatu yang baharu dan murid-murid mampu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi
bersama-sama rakan mereka. Contohnya, guru akan memberikan murid-murid sesuatu cerita
kanak-kanak dan mereka harus berlakon di kalangan yang ramai. Daripada lakonan tersebut,
murid-murid akan berfikir cara untuk melakonkan watak-watak mereka agar tampak menarik.
Hal ini, murid-murid juga akan mempunyai keyakinan diri yang tinggi pada masa akan datang
kerana mereka telah di didik daripada awal lagi.
Tambahan lagi, pengajaran dan pembelajaran kontekstual dapat mewujudkan proses
interaksi erat antara murid dengan murid. Murid-murid akan cuba berinterkasi antara satu sama
lain apabila guru telah menjalankan aktiviti yang melibatkan semua orang. Dengan cara ini,
murid yang berasa malu dan kurang keyakinan, akan mula berinteraksi kerana mereka perlu
memberikan kerjasama sesama sendiri. Sebagai contoh, guru memberikan satu tajuk
mengenai kebaikan menabung dan memberikan kumpulan yang terdiri daripada empat orang.
Daripada perbincangan tersebut, murid-murid akan memberikan pandangan mereka antara
satu sama lain. Dengan cara ini, murid yang kurang bertutur juga akan cuba berinteraksi
dengan rakan mereka sendiri.

Sebagai kesimpulannya, pembelajaran secara kontekstual atau melalui pengalaman


sebenar merupakan antara kaedah yang paling berkesan untuk memahami sesuatu konsep. Ini

kerana murid pada umumnya telah mempunyai serta membentuk idea mereka sendiri
mengenai suatu perkara atau fenomena yang berlaku di sekeliling mereka berdasarkan
pengalaman yang pernah dialami. Idea mereka mungkin betul, mungkin tidak tetapi isu yang
penting di sini ialah seseorang guru harus mampu menggunakan kekuatan yang ada pada

REFLEKSI

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana akhirnya saya dapat juga menyempurnakan
tugasan Pengajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah pada tarikh yang telah
ditetapkan. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya yang
berdedikasi, Cik Zabedah binti Mohamed dan juga rakan-rakan seperjuangan kerana telah
membantu saya menyempurnakan tugasan ini.
Dalam tugasan ini, saya perlu membuat persamaan dan perbezaan kemahiran
mendengar dan bertutur antara Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KSSR) dengan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KBSR). Bagi menyempurnakan tugasan ini, saya perlu
menggunakan peta pemikiran i-THINK.

Tambahan lagi, daripada pemerhatian saya bagi

kemahiran mendengar dan bertutur dalam KBSR dan KSSR ini tidaklah mempunyai banyak
perbezaannya. Manfaat yang saya dapat dalam tugasan ini adalah saya dapat tahu
penggunaan peta pemikiran i-THINK yang semakin ramai menggunakannya.
Seterusnya, bagi tugasan kedua ini pula bersumberkan daripada Dokumen Standard
Kurikulum Bahasa Malaysia (KSSR) saya perlu merancang satu aktiviti pengajaran kemahiran
membaca untuk murid-murid tahap 1. Saya telah memilih aktiviti bersumberkan teks cerita yang
bertajuk Sang Monyet yang Degil . Daripada aktiviti ini, terdapat empat pelaksanaan aktiviti
yang telah saya rancang dan saya perlu tunjukkan langkah-langkah pelaksanaan aktiviti
tersebut. Tambahan lagi, daripada aktiviti tersebut saya perlu serapkan dengan dua elemen
kecerdasan pelbagai, aspek seni bahasa dan aspek tatabahasa. Manfaat yang saya dapat
dalam membuat tugasan ini, sebagai seorang guru saya perlulah sediakan aktiviti-aktiviti yang
menarik agar murid-murid lebih tertarik untuk belajar Bahasa Malaysia. Kebanyakan murid,
mereka tidak berapa gemar untuk belajar subjek Bahasa Melayu kerana bagi mereka subjek
Bahasa Malaysia ini merupakan percakapan mereka pada setiap hari. Tetapi bagi saya sendiri,
banyak yang perlu dipelajari dalam Bahasa Malaysia ini. Oleh yang demikian, untuk
menerapkan minat murid-murid, guru perlu sediakan aktiviti-aktiviti agar mereka tidak berasa
bosan. Apabila mereka sudah minat pada awal umur, mereka tidak akan mempunyai masalah
pada masa hadapan untuk belajar subjek Bahasa Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai