Anda di halaman 1dari 2

Disebalik Topeng Kebebasan Akademik

Dewasa ini, terdapat segelintir mahasiswa yang meletakkan perjuangan mereka


atas dasar kebebasan akademik. Mereka menggunakan sentimen kebebasan akademik
sebagai ekspresi ketidakpuasan kepada pihak atasan yang menyekat pergerakan
mereka. Pelbagai bentuk tekanan cuba diberikan ke atas pihak pentadbiran sebagai
simbolik kepada 'Student Power' yang mampu menentukan halatuju mahasiswa. Tetapi,
amat malang sekali jika kebebasan akademik disulami dengan pengaruh politik luar
yang cuba dibawa masuk ke dalam Universiti. Hal ini memberi ruang dan peluang
kepada politikus-politikus mempergunakan mahasiswa bagi mencapai agenda tersirat
mereka.
Slogan kebebasan akademik bersahutan. Mahasiswa bangkit berdiri menyahut
seruan yang dilaungkan. Institusi pentadbiran Universiti menjadi gamat dengan
berdirinya mahasiswa yang memperjuang kebebasan akademik menentang
perundangan yang telah digariskan. Pelbagai tekanan dilakukan yang disandarkan atas
nama kebebasan akademik. Perkara yang sama turut dilaungkan terhadap seruan
mansuhkan akta hasutan yang mereka jalankan sebelum ini. Apakah yang sedang
berlaku? Apakah agenda sebenar disebalik kebebasan akademik yang diperjuangkan?
Solidariti cuba dilakukan oleh mahasiswa bagi menuntut keadilan ke atas lapan
orang pelajar dengan melakukan bantahan yang diberi nama OccupyUM. Apa yang
dapat dilihat daripada program tersebut, mereka telah memberi ruang kepada segelintir
tokoh-tokoh liberal untuk memberi ucapan dan menunjukkan sokongan terhadap
bantahan tersebut. Mereka melaungkan Mahasiswa Merdeka bagi menyatakan
kebebasan mereka daripada menjadi boneka pihak Universiti. Tanpa sedari sebenarnya
mereka telah dibonekakan oleh pihak sebaliknya. Selain itu, mereka turut mengangkat
tokoh-tokoh tersebut supaya menjadi ikon kepada mahasiswa.
Antara jemputan yang hadir ialah Marina Mahathir. Beliau merupakan Pengerusi
Sister In Islam yang selama ini tidak putus-putus menuntut hak wanita yang
bertentangan dengan syariat Islam (feminisme). Selain itu, mereka turut menjemput
Dato' Ambiga selaku Pengerusi BERSIH yang turut memperjuang perkara-perkara yang
mencabar Institusi Islam di dalam perlembagaan. Beliau merupakan seorang
pendokong Suruhanjaya Antara Agama (IFC), pembela kes murtad, penentang
Mahkamah Syariah dan penganjur Seksualiti Merdeka 2011 (kebebasan seks).
Keterlibatan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) di dalam
OccupyUM kelihatan naif apabila mereka memberi ruang dan pentas kepada golongan
yang selama ini berusaha menentang Islam. Sebagai sebuah gerakan Islam di dalam
kampus Universiti Malaya, mereka seharusnya mencegah kemungkaran daripada
berlaku, bukannya menjadi peserta dan menyokong program tersebut. Kami menyeru
agar PMIUM mampu membawa satu agenda yang besar tanpa menggadaikan prinsip,
serta mengikut acuan Islam.
Perjuang demokratik liberal mengangkat hak asasi manusia dengan melancarkan
agenda-agenda berselindung untuk menghapuskan nilainilai Islam yang sedia ada
digariskan dalam perlembagaan negara. Salah satu senjata mereka adalah
mengibarkan panji hak kebebasan bersuara, yang kini semakin berkembang dalam jiwa
mahasiswa melalui hak kebebasan berakademik. Mahasiswa dijadikan sebagai agen
dan boneka mereka untuk meluaskan agenda liberalisme tersembunyi sesuai dengan

kedudukan mahasiswa yang sentiasa menjadi kontroversi terhadap isu semasa


terutamanya yang berkaitan dengan politik negara.
Sampai bila mahasiswa akan terus dibelenggu dengan agenda tersembunyi di
atas panji kebebasan akademik? Sampai bilakah perjuangan mahasiswa dalam
menuntut keadilan dibonekakan oleh agenda asing yang berpotensi mengancam
Institusi Islam dalam perundangan negara? Mahasiswa seharusnya cakna terhadap
agenda dan anasir pemikiran liberalisme yang amat halus dan membarah serta produktif
dalam mencegah kebatilan dari dalam.
Segala bentuk usaha yang mengancam jati diri mahasiwa muslim dari sudut
pemikiran dan akidah perlu dikecam. Di sebalik topeng kebebasan akademik tersebut
jelas tersirat agenda yang akan mencalarkan kesucian Islam sekiranya tidak dibendung
dan dihalang dari awal. Kebenaran harus ditegakkan tanpa percampuran kebatilan yang
hanya akan merapuhkan kekuatan dan prinsip perjuangan. Paksi kebenaran akan
tertegak dan kebatilan akan terhapus sekiranya Islam yang syumul dapat diterapkan
dalam prinsip yang diperjuangkan bersama.
Penulis,
Nurul Ain binti Abdullah,
Nashrul Izwan bin Abdul Aziz,
Biro Media PEMBINA UM.

Anda mungkin juga menyukai