Anda di halaman 1dari 12

KONSEP GOLONGAN KATA

Menurut Nik Safiah et.al ( Tatabahasa Dewan Edisi ketiga) perkataan digolongkan
berdasarkan kriteria sintaksis dan semantik kerana penggolongan yang sedemikian didapati lebih selaras
dengan status perkataaan satu bentuk bebas yang menjadi unsur binaan sintaksis iaitu frasa,klausa dan
ayat. Binaan sintaksis bermaksud konstruksi yang dibentuk oleh perkataan yang dapat berfungsi sebagai
ayat ataupun sebagai konstituen dalam ayat,iaitu klausa dan frasa. Dengan hal demikian,perkataan dari
sudut binaan sintaksis ialah bentuk yang minimum yang boleh menjadi unsur bagi setiap konstruksi
sintaksis, iaitu ayat,klausa dan frasa. Ayat dan frasa mengandungi 2 konstituen utama iaitu frasa subjek
dan frasa prediket. Frasa subjek dibentuk oleh frasa nama. Frasa prediket pula dibentuk oleh 4 jenis frasa
iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK),frasa adjektif(FA) dan frasa sendi nama(FS). Frasa-frasa ini
disebut frasa utama.
Kata nama,kata kerja dan kata adjektif bolehlah disebut golongan kata utama kerana menjadi inti
bagi frasa utama ayat. Selain tiga golongan kata utama ini, tidak terdapat lagi perkataan-perkataan yang
boleh menjadi inti bagi mana-mana frasa nama. Oleh itu, perkataan selain 3 golongan kata nama itu,
boleh dikelompokkan ke dalam satu golongan kata secara kolektif yang disebut kata tugas yang bersifat
heterogen. Kesimpulannya,golongan kata dalam bahasa Melayu terbahagi kepada 4, iaitu:
1. Kata nama
2. Kata kerja
3. Kata adjektif
4. Kata tugas.
Manakala menurut Asmah Haji Omar( Nahu Melayu Mutakhir) kata boleh dimasukkan ke
dalam golongan tertentu berdasarkan ciri-ciri sintagmatik dan paradigmatiknya. Ciri sintagmatik sesuatu
kata itu memperlihatkan:
1. Fungsi kata itu dalam struktur tertentu
2. Hubungannya dengan kata-kata lain dalam struktur yang sama.
Misalnya, Ali boleh berfungsi sebagai subjek dan juga objek ayat disamping dapat berhubung
secara langsung dengan kata kerja yang mengikuti atau mendahuluinya. Contohnya,
1. Ali memanggil Ahmad.
2. Ahmad tidak mendengar Ali.
Dalam hubungan paradigmatik, Ali boleh digantikan dengan kata nama lain, bapa,abang,saya,dia dan
sebagainya.Dari itu, kita katakan Ali, bapa, abang,saya dan dia memasuki satu golongan. Dalam
penggunaan bahasa, adakalanya sesuatu kata nama itu dapat digantikan dengan kata nama sahaja dan ada
kalanya tidak. Contoh di atas menunjukkan ciri-ciri persamaan dan perbezaan antara kata-kata yang
boleh menempati fungsi yang sama dalam ayat.Ciri-ciri yang sama menimbulkan golongan . Maksudnya
memasukkan kata-kata itu dalam golongan yang sama, sedangkan ciri-ciri perbezaan menghasilkan
beberapa subgolongan dari golongan tadi. Maka kata sempurna dalam bahasa Melayu dibahagikan ke
dalam golongan-golongan berikut :
1. Benda dengan subgolongan nama,ganti nama dan bilangan.
2. Karyaan dengan subgolongan kerja dan sifat serta subgolongan masing-masing.
3. Adverba dengan subgolongannya.
PERBANDINGAN UTAMA GOLONGAN KATA
NIK SAFIAH et.al (2008)
KATA NAMA

ASMAH HAJI OMAR(2009)


BENDA
i. Kata Nama
ii. Kata Ganti Nama

KATA KERJA

KATA ADJEKTIF

iii. Kata Bilangan


KARYAAN
i. Kata Kerja
ii. Kata Sifat
ADVERBA

KATA TUGAS

Golongan Kata Nama


Nik Safiah et.al (2008)
Sejumlah perkataan yang boleh menjadi
unsur inti dalam binaan frasa nama dan
lazimnya kata ini menamakan orang,
haiwan, tempat, benda atau konsep.
Kata nama dipecahkan seperti berikut :
Kata Nama Khas
Kata nama yang merujuk nama sesuatu
benda yang khusus dan ejaannya
berpangkalkan huruf besar. Terbahagi
kepada dua iaitu :
Kata Nama Khas Hidup
-Manusia : Nina, Hani
-Bukan manusia: Lassie,Putih.
a. Kata Nama Khas Tak Hidup
Contohnya : Kuala Lumpur, Proton Saga,
Pasir Mas, Brunei, Gunung Jerai,
Kata Nama Am
Kata nama am ialah perkataan yang
merujuk benda atau perkara yang umum
sifatnya. Kata nama am terbahagi kepada
dua jenis, iaitu

Asmah Haji Omar (2009)


Kata benda yang berfungsi pada subjek dan
objek ayat. Ia merujuk pada sesuatu yang
bernyawa,tak bernyawa,konkrit dan abstrak. Ia
dipecahkan :
Kata Nama Khas dan Am.
i. Kata nama khas adalah nama orang,badanbadan tertentu,undang-undang,tempat,bangsa
dan bahasa. Dalam tulisan huruf pertamanya
huruf besar.Contoh, Tabung Haji, Sungai
Siput.
ii. Kata nama am kata yang tidak merujuk
kepada nama-nama secara khas dan tidak
ditulis dengan huruf
besar.Contoh,kertas,pensel,kaawan.
Kata Nama Bernyawa Dan Tak Bernyawa
i.Kata nama bernyawa.Contoh, polis ,lembu,
pokok
ii. Kata nama tak bernyawa.Contoh, meja
,kerusi, buku
Kata nama manusia dan bukan manusia.
i. Kata nama manusia terdiri daripada kata
nama khas dan am.
ii. Kata nama bukan manusia terdiri daripada
kata nama am.

Kata Nama Konkrit dan Abstrak


i. Kata nama konkrit ialah benda yang boleh
a. i. Kata nama am konkrit (yang membawa dilihat,sentuh,hidu, dengar .Contoh, air,
konsep kebendaan)
angin,wangian
Contohnya : tangan, pekerja, rumah, kereta,
ii. Kata nama abstrak kata nama yang tak
sungai, kambing, lautan
dapat dilihat,hidu,sentuh, dengar.
Contohfikiran,perasaan,kebahagian.
ii. Kata nama am abstrak (yang membawa Kata Nama Berhitungan dan Tak
konsep mujarab atau bukan kebendaan)
Berhintungan.

Contohnya : mimpi, roh, idaman,


kedamaian, perpaduan serapan

a.

b.

a.

b.

c.

i. Dihitung dengan/tanpa penjodoh


bilangan.Contoh, pensel,kereta ,baju.
ii. Dihitung hanya menggunakan kata
ukuranseperti kilo,kati,ela.
Kata Ganti Nama
Kata Nama Institusi dan Bukan Institusi.
i.Institusi. Contoh ke sekolah, ke kementerian.
Kata ganti nama terbahagi kepada dua iaitu : ii. Bukan institusi. Contoh kepada sekolah,
kata ganti nama tunjuk
kepada kementerian
kata ganti nama tunjuk umum
Kata Nama Ukuran
contohnya : ini, itu
Contoh, orang ekor,pokok, kuntum
kata ganti nama tunjuk tempat
Kata Nama Waktu
contohnya : sini, situ
Contoh, pagi, siang, malam.
Kata Nama Tempat
kata ganti nama diri
Contoh, hulu,hilir,pinggir,seberang.
kata ganti nama diri tanya
Kata Nama Warna.
contohnya : siapa, apa, mana
Contoh, biru,merah,hijau
kata ganti nama diri orang
Kata Nama Kumpulan ( Hipernim)
Contoh, buah ( epal,limau,kelapa)
Manakala kata ganti nama diri orang
Kata Nama Bangsa dan Bahasa
terbahagi kepada
i.Bangsa- Melayu,Cina, India.
kata ganti nama diri orang pertama
ii. Bahasa- bahasa Malaysia, bahasa Iban.
contohnya : saya, aku, beta, kita, patik,
Kata Nama Gelaran
kami
i. Gelaran kekeluargaan- Pak Ali,abang,
Anjang.
kata ganti nama diri orang kedua
ii. Gelaran pergaulan- Encik,Puan, Cik.
contohnya : saudara, kamu, awak, kau,
iii. Gelaran pergaulan tak sengaja-Tuan,Haji
engkau, anda
iv. Gelaran warisan- Raja,Wan,Tengku.
v. Gelaran kurniaan- Datuk,Tun,Datin
vi. Gelaran keagamaan- Haji, Hajah
kata ganti nama diri orang ketiga
vii. Gelaran olokan- Si Badul, Si Luncai.
contohnya : ia, dia, beliau, mereka
viii. Gelaran kegerunan- Sang Belang,Sang
-nya
Bedal.
ix.Gabungan gelaran- Pak Haji,Cik Nik.
ixx. Rujukan kehormat- Yang Maha Mulia.
Kata Ganti Nama
Kata ganti nama ialah kata yang berdiri di
tempat kata nama. Terbahagi kepada :
i. Kata Ganti Nama Diri
ii. Kata Ganti Nama Tunjuk
iii. Kata Ganti Nama Tanya.
Kata Ganti Nama Diri.
i. Ganti nama diri manusia (diri
pertama,kedua, ketiga)
ii. Konteks sosiolinguistik-meliputi taraf social
seseorang.
iii. Ganti nama bahasa dirajabeta,patik,tuanku.

iv. Ganti nama biasa


- Hormat-saya,tuan,puan.
-Neutral- saya,anda, saudari
-Kasar/intim- dia,aku,kamu.
v. Konteks nahu.- diperinci menurut bentuk
dan fungsinya.
vi. Ganti nama kendiri- sendiri,kendiri.
vii. Ganti nama diri bukan manusia- ia,ianya.
viii.Bentuk klisis(lemah)- ku,kau,mu.
Ganti Nama Tunjuk.
- ini, itu
Ganti Nama Tanya.
- apa,siapa,mana,berapa?
Kata Bilangan
- Termaktub ciri jumlah di dalamnya
i. Kata bilangan kardinal.
- Kata nombor ( kata yang melambangkan
nombor).Contoh,setengah,sesuku,sebelas ,dua.
- Kata kuantiti ( Jumlah yang tidak nyata)
Contohnya, segenap,sekalian,separuh,suku.
ii. Kata bilangan ordinal.( kata yang
melambangkan urutan dalam jumlah)Contoh,
pertama,kedua,ketiga.

GOLONGAN KATA KERJA


NIK SAFIAH et.al (2008)
kata kerja ialah perkataan yang menjadi
inti bagi binaan atau konstruksi frasa
kerja.
-kata kerja terbahagi kepada dua iaitu :
i.kata kerja aktif
kata kerja aktif tak transitif
kata kerja aktif transitif
ii.kata kerja pasif
Kata kerja aktif tak transitif
-kata kerja yang tidak memerlukan
penyambut atau objek sesudahnya.
-dibahagi kepada subgolongan, iaitu:
i.kata kerja aktif tak transitif tanpa
pelengkap
kata kerja yang boleh berdiri tanpa
objek atau penyambut.
Contohnya: Semua orangpulang.

ASMAH HAJI OMAR (2009)


Merupakan dibawah subgolongan karyaan.
Merupakan kata yang berfungsi pada prediket
dalam ayat. Ia boleh dibahagikan kepada:
i. Kata kerja leksikal
ii. Kata kerja bantu.
Kata Kerja Leksikal(kata kerja umum)
i. Kata kerja perbuatan
-Perbuatan sengaja- ( dilakukan dengan penuh
sedar)Contohnya,membuka ,memberi,mengambil.
- Tak sengaja ( kebalikkan daripada perbuatan
sengaja)Contoh,tertidur,terambil,terkeluar.
- Perbuatan kendiri ( berlaku/dilakukan pada diri
sendiri) contoh,tidur,mandi,bersolek.
-Perbuatan luar kendiri( dilakukan pada orang
lain/benda lain).Contoh,mencukur ,menyolek.
-Perbuatan menyebabkan(berlakunya sesuatu
peristiwa/keadaan)Contoh,bunuh,basuh,membersi
hkan.
- Perbuatan tak menyebabkan. Contoh,

ii. kata kerja aktif tak transitif


berpelengkap
kata kerja yang mesti diikuti oleh
pelengkap untuk menyempurnakan
maksud ayat.
Contohnya: Keadaan
bapanya beransur baik.

Kata kerja aktif transitif


-kata kerja yang mengandungi objek
yang terdiri daripada frasa nama untuk
melengkapkan maksudnya.
contohnya:
Saya telah menjawabsurat itu.
Kami membaikikereta itu.
Kata kerja pasif
-kata kerja hasil daripada proses
transformasi atau perubahan ayat aktif
menjadi ayat pasif.
Contonya:
Surat itu telah saya jawab.
Kereta itu telah kami baiki.

mati,marah,berbaring.
-Menghasilkan.Contoh,masak,buat,tumbuk
- tak menghasilkan.Contoh buka,tutup,makan.
-Perbuatan saling. Contoh,
bersalam,berbual,berpelukan
-menyaling. Contoh, menegur,memeluk,memaki.
-Perbuatan dengan upaya biasa.Contoh
-memasak,menari,melompat.
- Upaya luar biasa. Contoh, tergamak,terangkat.
-Perbuatan seketika. Contoh
berdering,berlari,memandang
--Perbuatan berterusan. Contoh berderingdering,berlari-lari.
- Perbuatan tabiat ( ciri dalam kehidupan
pelaku)Contoh, berjual,bekerja,berabdi.
- Bukan tabiat.Contoh,
menjual,mengerjakan,mengabdikan.
- Perbuatan gerak. Contoh,
pergi,datang,terbang,bawa.
-Perbuatan bukan gerak.Contoh,
duduk,tidur,hinggap.
-Perbuatan
memanfaatkan.Contoh,masakkak,tuliskan,beri.
-Perbuatan yang tidak mendokong
maknamanfaat.Contoh,masak,bawa,tulis.
ii. Kata Kerja Keadaaan
- Kata kerja peristiwa. Contoh,mati,hidup,sakit.
- Kata kerja
kepunyaan.Contoh,ada,punya,mempunyai.
- Kata kerja pemerian. Contoh,
menjadi,merupakan,terdiri.
Kata Kerja Bantu.( iaitu kata kerja yang
membantu kata kerja leksikal)
i. Kata kerja aspek (merujuk pada proses
perbuatan atau keadaan) Contoh,
sudah,telah,sedang,belum,mahu.
ii. Kata kerja madolitas ( membantu dan memberi
ciri suasana kepada perbuatan/keadaan)Contoh,
mahu,hendak,boleh,
dapat,mesti,wajib,mungkin,enggan,perlu.

GOLONGAN KATA ADJEKTIF


NIK SAFIAH et.al(2008)

ASMAH HAJI OMAR ( 2009)

Kata adjektif dikenali sebagai kata sifat iaitu


perkataan yang menjadi unsur inti dalam
binaan frasa adjektif.
-kata adjektif dibahagikan kepada 9 jenis
iaitu:
i. Kata adjektif sifatan @ keadaa
-memberi pengertian sifatan atau keadaan.
Contohnya: baik, lemah, gopoh, sihat,
pandai, berani, takut.
ii.Kata adjektif warna
-membawa pengertian warna sebagai unsur
keterangan.
Contohnya : merah, biru, putih
iii. Kata adjektif ukuran
-membawa pengertian ukuran.
Contohnya: panjang, pendek, besar, kecik,
tebal, nipis
iv. Kata adjektif bentuk
-membawa pengertian rupa bentuk.
Contohnya: bulat, lurus, buncit, leper, lekuk,
bujur, bengkok.
v. Kata adjektif waktu
-membawa pengertian konsep masa.
Contohnya: baharu, lama, awal
vi. Kata adjektif jarak
-membawa pengertian konsep ruang antara
dua bentuk atau keadaan sebagai penerang
k.nama
Contohnya: jauh, rapat, hampir,
vii. Kata adjektif cara
-membawa pengertian keadaan kelakuan atau
ragam.
Contohnya: cepat, selalu, laju, deras, lincah,
jelas.
viii. Kata adjektif perasaan
-membawa pengertian konsep perasaan.
Contohnya: rindu, benci, cinta
ix. Kata adjektif pancaindera
-membawa maksud konsep rasa, pandang,
dengar, bau, sentuh, atau gabungan kelima-

Merupakan subgolongan dari golongan


karyaan dan mempunyai persamaan dengan
kata kerja tak transitif kerana kedua-duanya
tidak mengambil objek.
- Ia dapat dibahagikan kepada 15 jenis.
i. Kata Sifat Tabii.
- Memberi percirian pada tabiat/perangai
manusia. Contoh, baik,jahat,nakal.
ii. Kata sifat Warna
- menerangkan tentang warna dan tidak
pernah berdiri sendiri. Contoh,
merah,biru,hijau.
iii. Kata sifat ukuran
- merujuk ukuran benda bernyawa atau
tidak. Contoh, kecil,gemuk,panjang,pendek.
iv. Kata sifat bentuk
- memberi keterangan tentang sesuatu
bentuk. Contoh, bulat,leper,bengkok.
v. Kata sifat indera
- menerangkan ciri sesuatu berdasarkan
pancaindera rasa,dengar, bau,sentuh. Contoh
manis,hodoh,bising,wangi,kasar.
vi. Kata sifat gabungan indera
- mempunyai ciri 2 indera atau lebih. Contoh,
tenteram (gabungan dengar dan
pandang),kotor ( gabungan
pandang,sentuh,bau).
vii. Kata sifat waktu diwakili oleh kata
sifat lama,baru,segera
viii. Kata sifat jarak menerangkan jarak
antara antara 2 titik dari penutur kepada yang
dirujuknya.Contoh, jauh,dekat,hampir.
ix. Kata sifat kecepatan merujuk pada daya
cepatnya sesuatu gerak. Contoh,
cepat,lambat,laju,deras.
x. Kata sifat kuasa tenaga- boleh berfungsi
sebagai kata adverba. Contoh, segar,
kuat,lemah,lesu.
xi. Kata sifat taraf merujuk pada taraf
seseorang dalam masyarakat. Contoh,
ternama,terkenal, masyhur.
xii. Kata sifat suhu membawa makna sejuk
panasnya keadaan alam dan
jasmani. Contoh,panas,hangat,dingin.
xiii. Kata sifat emosi merujuk perasaan yang
muncul disebabkan sesuatu yang
berlaku. Contoh,gembira,riang,dukacita.
xiv.Kata kerja akaliah membawa makna

lima indera.
- Deria rasa
Contohnya: sedap,masin
- Deria pandang
Contohnya:cantik,segak
-Deria dengar
Contohnya: lunak,garau
-Deria bau
Contohnya:harum,busuk
-Deria sentuh
Contohnya:kasar,licin

penerapan fikiran atau


akal.Contoh,cerdik,pintar,pandai.
xv.Kata sifat akhlak mengambarkan
perangai seseorang menurut peraturan agama
dan kesusilaan. Contoh,
tulus,jujur,bersih,amanah.

GOLONGAN KATA TUGAS


NIK SAFIAH et.al (2008)
Kata tugas ialah golongan kata
yang bersifat pelbagai jenis atau
heterogen, iaitu tidak boleh
menjadi unsur inti bagi frasa-frasa
endosentrik: frasa nama, frasa
kerja, frasa adjektif.
-kata tugas dapat dikelompokkan
kepada empat kelompok yang
berikut :
kata penyambung ayat
kata hubung, iaitu sejumlah
perkataan yang bertugas
menghubungkan dua binaan ayat
atau lebih sehingga menjadi satu
bentuk ayat yang berlapis, yang
dikenali sebagai ayat majmuk.

a)
Kata hubung
-kata hubung gabungan
Jenis kata yang menghubungkan
dua klausa atau lebih yang sama
tara sifatnya.Contohnya: dan, lalu,
serta, sambil, atau, malahan
kata hubung pancangan
Jenis kata hubung yang
menyambung klausa tak setara atau
klausa pancangan pada klausa
utama atau klausa induk.Kata
hubung pancangan terbahagi
kepada 3 jenis iaitu:
i- keterangan
Berfungsi menghubungkan klausa
yang menjadi keterangan pada

ASMAH HAJI OMAR (2009)


Kata adverba ialah kata yang berfungsi pada ajung
ayat dalam struktur subjek-predikat-objek-anjung.Kata
adverba boleh dibahagikan kepada 29.
1. Adverba tempat menerangkan di mana
peristiwa/perbuatan itu berlaku. Contoh;
situ,sini,sana,luar.
2.Adverba arah yang menyatakan dari mana atau ke
mana bergeraknya sesuatu perbuatan/peristiwa.Contoh;
pergi- Dia sudah pergi sekolah.
3. Adverba waktu iaitu kata/frasa/klausa yang
menjawab pertanyaan bila sesuatu peristiwa itu
berlaku. Contoh; sekarang,kini dulu,kelak
4.Adverba alat menjawab pertanyaan dengan apa
sesuatu itu dilakukan.Contoh; dengan pisau,dengan
kereta.
5.Adverba penyertaan menjawab dengan siapa
sesuatu itu dilakukan.Contoh; dengan ,bersama.
6.Adverba gaya menerangkan bagaimana atau dengan
gaya yang bagaimana sesuatu perbuatan dilakukan.
Contoh; perlahan-lahan,cepat.
7.Adverba muasal menjawab dari apa sesuatu itu
disempurnakan. Contoh; dari kulit,dari marmar.
8. Adverba manfaat menjawab pertanyaan untuk
siapa,kepada siapa atau dari siapa sesuatu perbuatan itu
dilakukan. Contoh; kepada adik,untuk tetamu,dari
rumah.
9. Adverba durasi menerangkan jangka waktu yang
terus-menerus yang menjadi konteks sesuatu
perbuatan/peristiwa.Contoh; sentiasa,sebentar,sekejap.
10. Adverba kekerapan menerangkan berapa kali
sesuatu perbuatan/peristiwa berlaku. Contoh;
selalu,kadang-kadang.
11. Adverba perbatasan menunjukkan batas atau

klausa utama.Contohnya:kerana,
agar,semasa, ketika, untuk,
apabila, kalau dll.
ii- komplemen
Berfungsi menghubungkan klausa
yang menjadi komplemen atau
pelengkap apda klausa utama.
Contohnya ada dua
iaitu: bahawa danuntuk.
iii- relatif
Berfungsi menghubungkan klausa
utama dengan klausa kecil yang
lain.
Contohnya: yang
2. Kata praklausa
-sejumlah perkataan yang terletak
di hadapan klausa, yang terdiri
daripada :
Kata seru
Bentuk kata yang berfungsi
melahirkan berbagai-bagai
perasaan dan digunakan dalam ayat
seruan.
Contohnya: aduh, aduhai, ah,
amboi, cih, cis, eh, nak, oh,
wah, dan wahai.
ii. Kata tanya
Perkataan yang digunakan untuk
menanyakan sesuatu atau
menyoalkan sesuatu.
Contohnya: mengapa, bagaimana,
berapa, bila, apa, siapa, mana.
iii.Kata perintah
Bertujuan menimbulkan sesuatu
tindak balas terhadap perintah,
arahan, larangan, silaan, atau
permintaan.
Contohnya: jangan, usah, sila,
jemput, minta, tolong, harap.
iv.Kata pembenar
Perkataan yang mengesahkan
sesuatu pernyataan.
Contohnya: ya, benar, danbetul.
v. Kata pangkal ayat
Perkataan yang hadir di bahagian
hadapan ayat yang menjadi
penanda kesinambungan ayat
dalam wacana.

hadnya sesuatu perbuatan/peristiwa. Contoh


menggunakan gabungan antara hanya atau Cuma
dengan sahaja.
12. Adverba perhinggaan menerangkan tempat atau
waktu berakhirnya perbuatan/peristiwa.Contoh sampai
mana,hingga bila,sampai bila.
13. Adverba cara menunjukkan cara atau kaedah
sesuatu perbuatan. Contoh; begini,begitu,demikian.
14. Adverba permulaan menunjukkan permulaan
perbuatan/peristiwa. Contoh; sejak,semenjak,mulai.
15. Adverba kesungguhanmempersungguhkan sesuatu
perbuatan/peristiwa.Contoh betul-betul,benarbenar,sama sekali.
16. Adverba musabab hanya didukung oleh klausa
yang ditandai kata hubungsebab,kerana,oleh
sebab,oleh kerana.
17.Adverba tujuan menyatakan tujuan sesuatu
perbuatan/peristiwa.Contoh; agar,supaya,untuk.
18. Adverba syarat menyatakan syarat yang dikenakan
untuk berlakunya sesuatu perbuatan. Contoh;
jika,kalau,andaikata,seandainya.
19. Adverba tolak ansur menyatakan 2 keadaan yang
menjadikan konteks berlakunya sesuatu
perbuatan/peristiwa.Contoh;sungguhpun,meskipun,wal
aupun.
20.Adverba kiasan adalah adverba yang mengkiaskan
sesuatu perbuatan itu kepada perbuatan/peristiwa
lain. Contoh; seperti,laksana,umpama,semacam.
21. Adverba pemastian mempunyai fungsi untuk
memastikan sesuatu perbuatan yang belum
berlaku. Contoh; pasti,tentu,tentu sekali.
22.Adverba kejauhan menerangkan jarak jauhnya
sesuatu perbuatan itu dari titik permulaan sampai ke
titik penghujungnya. Contoh; dua batu,lima kilometer
23.Adverba pemakinan menerangkan keadaan /sifat
yang mengalami peningkatan dari pelbagai-bagai
aspek.Contoh; makin,semakin.
24.Adverba tanya ialah kata /frasa tanya,bukan kata
ganti tanya dan yang memerlukan sebagai jawapan
kata/frasa yang berfungsi sebagai adverba.Contoh;
sampai bila?,untuk siapa? berapa orang?
25.Adverba mentara menunjukkan adanya perbuatan
yang lain yang menjadi konteks perbuatan
utama. Contoh; sementara,sambil.
26.Adverba rujukan menerangkan rujukan yang
menjadi konteks berlakunya sesuatu perbuatan.Contoh;
menurut,mengikut,berhubung dengan.
27. Adverba perbandingan ialah subgolongan adverba

Contohnya: hatta, maka, adapun,


arakian, sebermula, alkisah
Kata prafrasa dan pascafrasa
-sejumlah perkataan yanghadir
sebelum dan sesudah empat frasa
tersebut.
Kata bantu (sebelum frasa)
Jenis perkataan yang bertugas
membantu frasa kerja, frasa
adjektif, dan frasa sendi nama
dengan menimbulkan makna
tambahan dari segi aspek waktu
atau ragam.
Kata bantu di bahagikan kepada 2
kumpulan iaitu:
-Kata bantu aspek
Menimbulkan suasana perbezaan
masa, iaitu masa lampau, masa kini
atau masa hadapan.
Contohnya: telah, sudah, baru,
pernah, masih, mula, belum, akan,
sedang.
-Kata bantu ragam
Bentuk kata yang menyatakan atau
menerangkan ragam perasaan yang
berkait dengan perbuatan yang
dilakukan.
Contohnya: hendak, mahu, harus,
mesti, dapat, boleh.
ii. Kata penguat
Perkataan yang mendahului atau
mengikuti frasa atau kata adjektif
dan berfungsi menguatkan maksud
yang terkandung dalam kata atau
frasa adjektif.Ada 3 jenis kata
penguat iaitu:
-Kata penguat hadapan
Perkataan yang terletak di hadapan
frasa atau kata adjektif.
Contohnya : terlalu, paling, agak,
cukup, makin, dan kurang.
-Kata penguat belakang
Perkataan yang terletak di belakang
frasa atau kata adjektif.
Contohnya: sekali, benar, betul,
nian.
-Kata penguat bebas

yang menerangkan kata sifat.Adverba ini didukung oleh


bentuk kata dan juga rangkai kata.
28. Adverba agentif ialah adverba yang menunjuk
kepada pelaku perbuatan.Contoh ;oleh Ahmad.
29. Adverba anafora adalah merujuk pada pernyataan
dalam ayat sebelumnya.Contoh;oleh itu,lagi pula,
namun.

Perkataan yang terletak di hadapan


atau pun di belakang frasa atau kata
adjektif.
Contohnya: amat,
sangat, dan sungguh.
iii. Kata penegas
Sejumlah perkataan yang
memberikan penekanan pada
bahagian-bahagian tertentu dalam
ayat.Terdapat dua jenis kata
penegas iaitu :Yang menegaskan
hanya frasa predikat atau
bahagiannya.
Contohnya, -kah, -tah, -lah
Yang menegaskan kedua-dua
bahagian ayat iaitu subjek atau
predikat.
Contohnya, juga, jua, pun, sahaja,
lagi danmemang.
iv.Kata naf
Perkataan yang menjadi unsur nafi
frasa-frasa
predikat.Contohnya
:bukan dan tidak.
Kata pemeri
Unsur yang menjadi pemeri hal
atau perangkai antara subjek
dengan frasa-frasa utama dalam
predikat.Terdapat dua cara iaitu,
Secara persamaan antara subjek
dengan predikat atau ekuatif,
dengan penggunaan kata
pemeri ialah.
-Secara huraian tentang subjek
oleh predikat, dengan
penggunaan kata pemeri adalah.
vi. Kata sendi nama
Perkataan yang terletaknya di
hadapan frasa nama.Contohnya: di,
bagi, laksana, antara, untuk,
dalam, sampai, pada, kepada, dari,
daripada, ke, bagai, akan, oleh,
dll.
Kata arah
Sejumlah perkataan yang hadir
sebelum frasa nama dan lazimnya

sesudah kata sendi nama untuk


menunjukkan hala atau
jurusan.Contohnya: atas, bawah,
tepi, belakang, hadapan, tengah,
sudut, sisi, luar, utara, selatan, dll.
viii. Kata bilangan
Sejumlah perkataan yang menjadi
penerang jumlah pada frasa nama
dan hadir sebelum frasa
tersebut.Jenis kata bilangan ialah :
Jumlah yang tentu.Contohnya,
dua, sejuta, seribu, tiga, sepuluh,
dll
Bilangan tak tentu.Contohnya,
semua, para, beberapa, seluruh,
banyak, sedikit dll.
Himpunan.Contohnya, beribu-ribu,
berguni-guni, bertiga-tiga, dll.
Pisahan. Contohnya masingmasing, setiap, tiap-tiap.
Pecahan. Contohnya setengah, dua
pertiga, dll.
ix. Kata adverba
Perkataan yang menerangkan kata
kerja, kata adjektif, kata nama, dan
frasa sendi nama dari segi cara,
masa dan
tempat.Contohnya, selalu, sentiasa,
esok, dan sering kali.
4. Kata pascakata
-satu bentuk kata yang hadir
selepas perkataan. Bentuk itu ialah
nya yang berfungsi sebagai
penekan dan pembenda.Antara
bentuk kata demikian
ialah sesungguhnya, nampaknya,
lajunya, dandatangnya.
i. Kata penekan
Bentuk yang
memberikanpenegasan kepada
katayang bergabung dengannya.
Contohnya: Lapisan
ozonsesungguhnya semakin
menipis.
ii. Kata pembenda
Bentuk yang menjadikan sesuatu
perkataan yangbukan daripada

kata nama sebagai kata nama.


Contohnya: Lajunya ialah 100km
sejam.

RUMUSAN
Penggolongan kata merupakan satu proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk
dan fungsi dengan anggota lain atau golongan yang sama. Penggolongan kata penting kerana kita dapat
meletakkan gatra tertentu dalam ayat. Perkataan dalam bahasa Melayu bersifat berubah-ubah seperti
chameleon iaitu perubahan mengikut fungsinya dalam ayat.Justeru itu kita perlu mempelajari konsep
penggolongan kata dengan betul agar boleh membezakan mengikut kelas kata tersebut. Dalam
menggolongkan kata, Nik Safiah et.al (2008) dan Asmah Haji Omar (2009) menggunakan empat kriteria
dalam linguistik iaitu morfologi,sintaksis,semantik dan fonologi.Walaupun terdapat perbezaan dalam
golongan kata utama antara Nik Safiah et.al (2008) dan Asmah Haji Omar (2009),namun teknik
mengkelasannya masih sama iaitu menggunakan empat kriteria utama. Kata adverba dimasukkan sebagai
subkelas kata di bawah kelas kata tugas oleh Nik Safiah et.al tetapi Asmah Haji Omar mengolongkanya
sebagai golongan kata utama. Manakala Asmah mengkelaskan kata nama di bawah subgolongan benda
berbanding Nik Safiah et.al yang menggolongkannya sebagai golongan utama. Selain itu, kata sifat dan
kata kerja berada di bawah subgolongan karyaan oleh Asmah manakala Nik Safiah et.al
menggolongkannya di bawah golongan utama. Buku Nahu Melayu Mutakhir merupakan hasil kajian yang
mendalam tentang golongan kata memandangkan pengunaannya yang pesat pada masa kini. Sesuatu
bidang ilmu boleh dikaji dan diolah dari berbagai-bagai sudut fikiran ,yang dalam itu sendiri ditunjangi
oleh teori dan pendekatan. Asmah Haji Omar (2009) melihat bahasa secara eklektik. Dengan pendekatan
seperti itu, maka cara pemaparan butir-butir bahasa bersifat maksimalis dan dengan demikian memberi
kemungkinan menerangkan setiap butir yang berlaku dalam bahasa berdasarkan teori utama dan teori
tunjangan yang diterapkan. Buku Tatabahasa Dewan pula merakamkan sistem bahasa Melayu yang
merupakan salah satu korpus utama bahasa Melayu dan menjadi pegangan oleh Kementerian Pendidikan
Tinggi dan Kementerian Pelajaran.