Anda di halaman 1dari 9

SEKOLAH SAINS SOSIAL

AJ10103
PENGHANTAR ILMU SEJARAH
SEM I SESI 2013/2014
PENYELARAS:
PROF MADYA RAHMAN TANG & EN. MOSLI TARSAT
TUTOR:
SHAFARINI SHAFINAH BINTI SIFATU
MASA DAN TEMPAT:
9.00AM-10.00AM/BTG 4
SOALAN TUTORIAL:
APAKAH SEJARAH? HURAIKAN PERSOALAN INI DENGAN MEMBERIKAN
PANDANGAN BEBERAPA TOKOH SEJARAWAN.
PEMBENTANG:
MUHAMAD NAZRULHISHAM BIN NASIR (BA13110244)
MOHD. KHAIRI BIN HARUN (BA13110221)

1.0 PENGENALAN
Manusia dan peristiwa adalah dua perkara yang amat berkait rapat antara satu
sama lain. Oleh itu, sejarah tidak dapat dipisahkan dari rentetan kehidupan manusia
masa lampau hinggalah kini. Ia merupakan satu interaksi berterusan yang tiada
penghujungnya.Pada hakikatnya, kepentingan sejarah telah dinyatakan dengan jelas
dalam Al-Quran Al-Karim. Ulama telah menganggarkan kira-kira satu perenam
daripada Al-Quran adalah terdiri daripada kisah-kisah sejarah.Contoh ayat Al-Quran
yang menyentuh tentang sejarah ialah dalam Surah al-Qasas, di mana sebahagian
besarnya menceritakan kisah Nabi Musa menentang Firaun dan kaumnya.Selain itu, ia
juga dapat dibuktikan dalam Surah al-Kahfi yang menceritakan kisah sekumpulan
pemuda yang tidur di dalam gua dan terjaga pada sekian lamanya.

2.0 PENGERTIAN SEJARAH


Pengertian sejarah sebenarnya amat kompleks untuk diperbincangkan. Sejarawan
mendefinisikan sejarah mengikut idea masing-masing yang dipengaruhi oleh zaman, tempat
dan budaya masing-masing. Oleh itu terdapat banyak definisi sejarah mengikut sumber yang
telah dicari.
Perkataan sejarah berasal dari perkataan Arab syajarat yang bererti pohon. Pohon atau
pokok yang mempunyai dahan dan ranting dinisbahkan kepada salasilah dan jurai keturunan
yang bercabang-cabang. Menurut Kamus Dewan, sejarah bererti asal-usul (keturunan),
salasilah, peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau, kisah, riwayat, tambo
dan tawarikh.1 Menurut Kamus Oxford Fajar, history bermaksud sejarah, tawarikh, asalusul, riwayat (hidup). 2
Manakala dalam bahasa Inggeris perkataan history yang berasal dari perkataan
Yunani, historia adalah membawa maksud penyelidikan. Namun terdapat perbezaan antara
perkataan historia zaman Yunani dengan perkataan history pada zaman moden. Historia
adalah karya-karya sejarah yang berunsur mitos dan legenda. Manakala history adalah karya
sejarah yang berdasarkan kajian dan penyelidikan. Contoh karya Yunani ialah Illiad dan
Odyssey yang dihasilkan oleh Homer. Antara sejarawan Yunani yang terkenal ialah
Herodotus yang menghasilkan Historia pada abad ke 5 SM. Buku tersebut dianggap sebagai
karya ulung orang Yunani dalam bidang sejarah.3
Dalam bahasa Arab, terdapat dua perkataan yang digunakan sebagai sejarah iaitu
tarikh dan tarikh. Penggunaan perkataan tarikh adalah berasal dari akar kata arrakha
yang bermaksud penulisan sejarah. Tarikh juga didefinisikan sebagai catatan peristiwa yang
dikaitkan dengan masa, waktu dan haribulan atau zaman.Perkataan tarikh digunapakai oleh
bangsa Arab yang bermaksud sejarah secara umum, tahun-tahun dan kronologi.

3.0 PANDANGAN SEJARAH MENGIKUT TOKOH SEJARAWAN ISLAM


1

Teuku Iskandar, Kamus Dewan, Edisi Baru, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
1989, hlm: 1133.
2
Joyce M. Hawkins,Kamus Oxford Fajar, Edisi Kedua, Shah ALam: Penerbit Bakti, 1997,
hlm:181
3
Chambers Encylopedia, Vol VII, New Revised Edition, London: International Leraning
System, 1971, hlm. 118-119.

Antara tokoh sejarawan Islam yang terkenal ialah Ibnu Khaldun. Ibnu Khaldun
atau nama sebenarnya Abd Ar-Rahman bin Muhammad adalah seorang sejarawan Arab
yang cukup terkenal dengan buku Mukaddimahnya. Beliau lahir di Tunis dengan
mendapat pendidikan di Andalus. Ahli sejarah berpendapat bahawa kaedah yang
digunakan oleh beliau dalam penulisan sejarah amat berbeza kerana pendekatan yang
digunakan lebih global seperti menggabungkan ilmu agama yang berbentuk naqliyyah
dengan ilmu bukan agama yang berbentuk aqliyah.
Oleh kerana luasnya ilmu yang digunakan dalam penyelidikan maka Ibnu Khaldun
lebih banyak menekankan soal tamadun dalam penulisannya daripada sejarah.. Fenomena
ini berlaku disebabkan oleh umat Islam pada masa itu menghadapi tekanan politik dari
negara-negara Barat. Oleh itu penekanan aspek tamadun diutamakan untuk menyedarkan
umat Islam pada masa itu bahawa perubahan telah berlaku dalam sejarah manusia.
Tamadun material mesti berjalan seiring dengan tamadun rohani.Menurut beliau sejarah
mengandungi penelitian dan usaha mencari kebenaran (tahqiq), penjelasan yang halus
tentang sebab dan asal benda, dan pengetahuan tentang bagaimana dan sebab terjadinya
peristiwa-peristiwa tersebut.
Dalam bahagian pendahuluan kitab Mukaddimah, Ibn Khaldun menyebut bahawa
sejarah adalah suatu disiplin ilmu yang memiliki pelbagai pendekatan. Sejarah membuat
kita faham akan hal ehwal sesuatu bangsa terdahulu kerana ia boleh dilihat melalui
perilaku mereka. Oleh itu sejarah menurut beliau adalah sesuatu yang merujuk kepada
peristiwa khusus mengenai suatu zaman dan bangsa. Perbicaraan umum tentang keadaan
sesuatu daerah, bangsa dan zaman itu merupakan dasar bagi ahli sejarah. Kebanyakan
permasalahan sejarah dibangun di atas dasar tersebut dan maklumat sejarah itu menjadi
jelas oleh dasar tersebut.4
Tokoh sejarawan Islam yang seterusnya ialah Al-Iji. Al-iji atau nama
sebenarnya Muhammad bin Ibrahim al-Iji yang hidup pada kurun ke 8H/14M
menyebut tentang teori sejarah dalam bukunya, Tuhfat al-Faqir ila Sahib al-Sarhir.
Dalam buku ini, teori sejarahnya berdasarkan prinsip-prinsip agama yang dibahas
mengikut perbahasan ilmu falsafah.Beliau yang berpendidikan ilmu agama yang
khusus dalam bidang hadis, secara tidak langsung telah menyebabkan idea-ideanya
tentang sejarah dipengaruhi oleh disiplin agama dan falsafah Beliau berpendapat
4

Ibn Khaldun, Mukadimah Ibn Khaldun, terjemahan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur, 2002, hlm.11.

sejarah ialah suatu kajian tentang alam tabii seperti geografi, fizik dan alam metafizik.
Menurut beliau ,sejarah juga membicarakan tentang manusia, tokoh-tokoh tertentu
atau lebih khususnya penyebar-penyebar agama.
Disebabkan oleh terpengaruh dengan hadis, beliau lebih suka menggunakan
perkataan khabar daripada tarikh bagi sejarah. Pada pandangan beliau khabar lebih
umum kerana sebarang berita atau peristiwa dianggap sebagai khabar, manakala
tarikh hanya merujuk kepada era, masa atau kronologi bagi peristiwa tertentu sahaja.

Menurut al-Iji juga,sejarah merupakan suatu ilmu mengenai alam yang dicipta
oleh Allah yang mengandungi ruang masa dan peristiwa yang menjadi objeknya iaitu
makhluk itu sendiri terutama manusia dan kesan daripada aktiviti-aktiviti manusia
tersebut melahirkan maklumat dan peristiwa. Matlamat dan tujuannya ialah mengkaji
kedudukan pemimpin-pemimpin atau individu-individu yang terkenal di dunia, dan
juga pelbagai jenis manusia yang dijadikan Allah di dunia ini. Faedahnya yang paling
utama ialah untuk mengakui hasil ciptaan Allah dengan kewujudan alam ini5

Sejarawan Islam yang seterusnya ialah Al-Kafiyaji. Al-Kafiyaji atau nama


sebenarnya Muhyiddin Muhammad bin Sulayman adalah seorang ahli sejarah Islam
dari Turki yang lahir di Anatolia pada tahun 788H/1386M dan meninggal pada
879H/1474M. Kitabnya mengenai sejarah Islam ialah Al-Mukhtasar fi Ilm al-Tarikh.
Kitab ini merupakan monograf tertua tentang pensejarahan Islam. Al-Kafiyaji telah
menggunakan pendekatan ilmu-ilmu agama seperti fikah dan hadis dalam penulisan
sejarah. Menurut beliau, pensejarahan ialah cabang ilmu yang mengkaji ruang masa
dan keadaannya dan juga suasana-suasana yang berkaitan dengannya serta
memberikan penentuan dan waktunya.
Beliau juga turut menjelaskan erti tarikh dalam buku-nya, iaitu dari segi
bahasa adalah masa dan waktu. Dari segi istilah pula tarikh bermaksud penentuan
5

Mahayudin Hj. Yahaya, Ensiklopedia Sejarah Islam, Vol. V, Bangi: Penerbit UKM, 1989,
hlm: 1529 &1563.

masa yang sesuai bagi masa lalu, sekarang dan akan datang. Ada juga yang
mengatakan tarikh itu bermaksud waktu bagi satu-satu peristiwa yang pertama kali
terjadi dan terus merebak, seperti terjadinya sesuatu agama, atau kejadian-kejadian
besar seperti angin taufan, gempa bumi dan lain-lain malapetaka di langit dan di
bumi.
Menurut Sejarawan Islam seterusnya iaitu Roeslan Abdulgani, ilmu sejarah
adalah

salah satu cabang ilmu pengetahuan yang meneliti dan menyelidiki secara

sistematis keseluruhan perkembangan masyarakat serta kemanusiaan di masa lampau


beserta kejadian-kejadian dengan maksud untuk kemudian menilai secara kritis
seluruh hasil penelitiannya tersebut, untuk selanjutnya dijadikan perbendaharaan
pedoman bagi penilaian dan penentuan keadaan sekarang serta arah proses masa
depan.

4.0 PANDANGAN SEJARAH MENGIKUT SEJARAWAN BARAT


Menurut sejarawan barat yang tersohor E. H. Carr, sejarah ialah suatu proses
berterusan antara ahli sejarah dengan fakta-faktanya, suatu dialog yang tidak
berkesudahan antara masa kini dengan masa lampau. Disebabkan Carr hidup pada
kurun ke 20, idea-ideanya mengenai sejarah tidak lagi terpengaruh dengan cara
pensejarahan orang Yunani, kerana Carr telah berpegang kepada fakta-fakta untuk
mengkaji sejarah.6 Menurutnya lagi, sejarah juga adalah satu usaha untuk memahami
dan mentafsir masa lalu, untuk menjelaskan sebab-sebab dan asal-usul sesuatu
perkara agar dapat difahami. 7
Menurut sejarawan barat yang seterusnya iaitu G. Geff, sejarah yang biasa
difahami ialah pengajian tentang masa lalu seseorang dan menjurus kepada manusia
yang tinggal dalam sesebuah kelompok sosial. Sejarah bukan sahaja berkaitan dengan
6
7

E. H. Carr, What is History?, Penguin Books Ltd, Middlesex, 1980, hlm: 27.
David Cannadine, What is History Now?, Palgrave Macmillan Ltd, 2002, hlm: 1.

individu atau masyarakat tertentu sahaja tetapi ia berkaitan dengan pelbagai manusia
yang hidup dalam pelbagai masyarakat. Sejarah membincangkan tentang dunia yang
dibentuk oleh manusia itu sendiri.8
Selain itu menurut A. Marwick pula,beliau membahagikan pengertian sejarah
kepada tiga aspek iaitu pertama sejarah merupakan keseluruhan masa lalu seperti
sebenarnya berlaku.Kedua pula,sejarah merupakan percubaan manusia menghurai dan
mentafsir masa lalu dan yang terakhir sejarah sebagai kajian yang sistematik terhadap
masa lalu untuk suatu displin ilmu.9
Sehubungan dengan itu juga menurut Robert V. Daniels, sejarah adalah memori
pengalaman sekelompok manusia. Jika ia dilupakan atau dibiarkan maka tamatlah
kisah tentang manusia. Tanpa sejarah kita tiada pengetahuan terhadap siapa kita atau
bagaimana kita menjadi seperti ini, seperti seorang penjenayah yang hilang ingatan
dan berada dalam gelap.
Menurut beliau ejarah adalah rakaman masa lalu yang menggambarkan emosi,
nilai, kesesuaian yang membolehkan hidup kita lebih bermakna yang memberi
seseorang individu sesuatu untuk terus hidup, berjuang atau untuk mati. Dengan
mengkaji peristiwa-peristiwa masa lalu, maka akan mewujudkan semangat ketaatan
kepada negara, agama mahupun kelas-kelas dalam masyarakat. Sejarah juga
merupakan inspirasi untuk mengamalkan sesuatu yang dianggap tradisi dan
memuliakannya.10
Menurut sejarawan barat yang lain iaitu Collingwood, ringkasnya sejarah
berdasarkan sarjana Barat ialah penyelidikan , tindak tanduk masyarakat, pemikiran
dan penyusunan semua pemikiran yang telah dikaji.

Gordon Geff, 1969, History and Social Theory, London: Merlin Press, hlm: 11.
Robert V. Daniels, 1966, Studying History: How and Why, New Jersey: Prentice Hall Inc.,
hlm: 3-4.
10
Mohd Yusof Ibrahim, Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian dan Kaedah, hlm: 10.
9

5.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, terdapat beberapa perbezaan tentang pengertian sejarah mengikut
pandangan sarjana Islam dan Barat. Sejarah mengikut pandangan Barat lebih terpengaruh
dengan erti sejarah orang Yunani manakala Islam tidak terpengaruh dengan mana-mana
bangsa lain. Ini bermakna sarjana Islam menghasilkan idea tentang sejarah yang tulen dan
asli. Selain itu, matlamat pensejarahan dalam Islam adalah untuk memberi kesedaran,
mengambil iktibar dan juga untuk menambah keimanan kepada Allah (swt). Matlamat
pensejarahan Barat adalah semata-mata untuk mengkaji sejarah secara maddi dan
menjadikannya sebagai suatu displin ilmu semata-mata.

6.0 RUJUKAN
Teuku Iskandar, Kamus Dewan, Edisi Baru, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Chambers Encylopedia, Vol VII, New Revised Edition, London: International Leraning
System, 1971
Munir Baalbaki, Al-Mawrid Al-Quareeb, Lebanon: Dar Al-Ilm li Al-Malayin, Beirut, 2001
Joyce M. Hawkins,Kamus Oxford Fajar, Edisi Kedua, Shah ALam: Penerbit Bakti, 1997
Ibn Khaldun, Mukadimah Ibn Khaldun, terjemahan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur, 2002
Mahayudin Hj. Yahaya, Ensiklopedia Sejarah Islam, Vol. V, Bangi: Penerbit UKM, 1989
E. H. Carr, What is History?, Penguin Books Ltd, Middlesex, 1980
David Cannadine, What is History Now?, Palgrave Macmillan Ltd, 2002
Gordon Geff, 1969, History and Social Theory, London: Merlin Press
Robert V. Daniels, 1966, Studying History: How and Why, New Jersey: Prentice Hall Inc
Mohd Yusof Ibrahim, Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian dan Kaedah

Anda mungkin juga menyukai