Anda di halaman 1dari 12

Model Terapi Realiti oleh William Glasser

Diasaskan oleh William Glasser


Asas utama kepada model ini ialah setiap tingkah laku yang ditunjukkan oleh
individu berasaskan pilihan yang dibuat.
- Pilihan yang dibuat oleh individu adalah berdasarkan keperluan-keperluan asas
mereka.
Menurut Glasser, masalah tingkah laku di dalam bilik darjah berlaku akibat daripada
murid-murid bosan atau tidak puas hati dengan jangkaan guru di dalam bilik darjah,
keadaan persekitaran yang menyebabkan murid gagal memenuhi keperluan asas
mereka di sekolah.
Keperluan-keperluan asas termasuk:
- kasih sayang
- mempunyai kuasa dan kawalan
- kebebasan
- keseronokan
- Kurikulum yang berkualiti
- Kualiti pengajaran.
Model terapi realiti yang merupakan satu teknik kausenling untuk membantu individu
meneroka kemahuan diri, membuat refleksi tentang apa yang sedang dilakukan dan
membuat perancangan tent;ang kehendak sebenar mereka pada masa akan datang.
Kesan-kesan terapi realiti :
- membantu murid kenal pasti akibat tingkah laku yang ditunjukkan
- pastikan akibat realiti atau dipilih oleh murid
- kemukakan pelan perancangan untuk membantu murid mengurus tingkah laku
- bertindak sebagai pembimbing murid.Terapi realiti membantu murid mengenal
realiti kehidupan dalam memenuhi keperluan mereke mengikut peraturan yang telah
ditetapkan.
Membina bilik darjah yang berkualiti
tabiat - elakkan mengamal tabiat buruk ganti dengan tabiat yang boleh kekalkan
hubungan baik
mesej- sampaikan mesej kepada murid tentang hasrat dan pendirian
bina hubungan dengan guru murid.
peraturan kelas
elakkan daripada menggunakan kawalan luaran seperti mendenda, mengarah atau
mengancam murid apabila timbul sesuatu masalah
pengetahuan
kompentensi
kualiti

penilaian
kefahaman dan penggunaan

Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu.
Menurut Lewis M.Beaker (2001), sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara
terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.

anak-anak murid tidak menghormati

menggunakan reversed phycology gagal menjawab dengan betul measurements a


avoirdupois
sengaja menutup pintu dengan bunyi yang kuat Denham
kaki mejanya sengaja dikerat yang boleh meyakitinya. nasib baik tidak mencederahkan
dirinyaa
Miss Pamella sengaja menjatuhkan buku-bukunya
bunyi-bunyi yang tidak menyenangkan

peneguran terhadap perkataan2 yang kesat

tidak menggunakan peneguhan negatif

beri peluang kepada murid untuk membaca

tidak begitu memberi perhatian terhadap tingkah laku negatif mereka dan menerusskan
pengajarannya

teguran diberi setiap kali adanya masalah salah laku dan pada masa itu juga
-tegas, tepat
tegura juga diberi secara umum

perbincangan dijalankan
peraturan dalam kelas juga dibincangkan
-sebagai seorang adult (dewasa)
-cara memanggil setiap pelajar dalam kelas
-nilai murni kebersihan (cleanliness) diri beliau ditujukan

pertanyaan soalan sokratik


jawapan dibincang bersama-sama

rebellion, revolution, customs, religion dan sebagainya


tetapi . telah memalukannya namun beliau Berjaya memberi jawapan yang telah
memberi tamparan hebat kepadanya.

pengalaman di luar kelas telah dilaksanakan


pengalaman sendiri
pengalaman langsung lawatan ke muzium
pembelajaran berpusatkan murid dengan dipimpin oleh guru
pengalaman sendiri memberi motivasi instrinsik
perbincangan tentang marriage
dapat mengeluarkan pendapat dengan lebih senang

-demonstrasi guru
survival training
bagi menarik perhatian

teguran kemarahan
minta penjelasan sebelum bertindak

bergembira dengan murid-murid


meluangkan masa beersama-sama mereka.

Hubungan dinamika positif juga mewajibkan guru menghormati dan peka dengan murid dan
dalam masa yang sama tegas dan menetapkan batas-batas tertentu supaya sentiasa
dihormati oleh murid. Perkara inilah yang dilakukan oleh Mr.Mark, beliau telah merangka
satu garisan yang menyebabkan murid-murid tidak mengatasi batasan tersebut dan beliau
berjaya mengekalkan digniti drinya sehingga akhir. Dinamika hubungan guru-murid dan
murid-murid dapat juga diwujudkan sekiranya ada suasana demokratik dalam bilik darjah.
Dalam hal ini, Mr. Mark telah melaksanakan tugasnya dengan baik sekali dengan
melahirkan satu kelas yang mempunyai hubungan sepunya sesama sendiri dengan
memberikan peluang berkomunikasi dan keutamaan kepada mereka.
Beliau tidak pernah meninggalkan sebarang masa pengajarannya di kelas beliau. Apabila,
guru Pendidikan Jasmani,Mr Bell tidak mahu mengajar kelas mereka, beliau telah bersedia
mengajar mereka tanpa sebarang rungutan dan bersemangat tinggi untuk mengajar
mereka. Beliau juga sentiasa ceria tetapi tegas dan tenang dalam kelasnya dan
menunjukkan keikhlasannya dalam proses pengajaran. Beliau turut mengambil berat
terhadap setiap pelajar dalam kelasnya tanpa mengambil enteng terhadap sikap yang
mereka tunjukkan.

Beliau juga tidak takut mengaku kesalahan yang dilakukannya dan dengan mendabik dada
beliau bertanggungjawab atas tingkah lakunya sendiri.
Hubungan dinamika yang baik juga menggariskan aspek ingatan sebagai unsur penting
dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Kprihatinan guru yang
bertimbang rasa terhadap muridnya dan mengambil berat terhadap kebajikan muridmuridnya. Hal ini membolehkan murid-murid dalam kelas sanggup berkongsi masalah yang
dihadapi dengan guru mereka dan senantiasa bekerjasama bagi menjayakan setiap aktiviti
yang dilaksanakan dalam kelas.
Mr Mark juga turut menyemak kefahaman mereka dengan mencampakkan .

Beliau turut menunjukkan keprihatinan terhadap setiap pelajar dan tidak bersikap berat
sebelah terhadap mereka. Bagi beliau setiap pelajar adalah sama, walaupun adanya gosip
dalam sekolah tersebut yang mengatakan Pamella adalah anak emas Mr Mark dan Pamella
sendiri mengatakan dia suka Mr Mark, namun hal ini tidak pernah menggulingkan semangat
Mr.Mark dalam mengekalkan perasaan adilnya terhadap semua pelajar. Beliau juga
mengagihkan tanggungjawab dalam kelasnya bersama, melibatkan murid dalam membuat
keputusan dan galakan bekerjasama bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran
berjalan dengan lancar. Apabila adanya kerjasama daripada murid, barulah projek lawatan
ke Muzium Victoria yang telah dikatakan membawa kejayaan yang memuaskan.

Mr Mark telah memainkan peranan yang eksklusif dalam mempromosikan amalan budaya
penyayang dalam bilik darjahnya bagi melahirkan murid-murid yang baik tingkah lakunya
yang dapat menyumbang kepada tenaga belia komuniti tersebut.

Sebagai tindakan lanjut, Mr Mark bijak dalam mentransformasikan tiga unsur daripada
empat aspek dalam budaya penyayang iaitu, hormat, auntetik, ingatan dan integriti emosi
bagi mempamerkan tingkah laku muridnya yang lebih disenangi oleh diri sendirinya dan juga
masyarakat luar

Mr.Mark juga menyedari emosi orang lain dan diri sendiri dan mampu mengawalnya
sebelum menjadi lebih kronik. Salah satu contoh tepat yang boleh dikonklusikan di sini ialah,
Mr Mark telah naik angina dengan perbuatan jijik murid-murid kelasnya, terutamanya muridmurid prempuanyang sanggup menggadaikan kehormatan diri dengan membakar pad
sanitari mereka dalam kelas yang adanya rakan-rakan lelaki mereka. Hal ini telah
mengundang kemarahan Mr Mark dan beliau telah memarahi murid-murid perempuan
dalam kelasnya bagi menimbulkan kesedaran terhadap perkara yang mereka lakukan dan
serta merta telah memasuki bilik guru kerana tidak ingin kemarahannya itu memuncak dan
membawa impak negatif. Hal ini menunjukkan bahawa beliau mampu mengawal dirinya.

Aspek seterusnya pula ialah, integriti emosi yang berkaitan dengan kejujuran dalam
meluahkan pendapat dan emosi serta mempunyai akauntabiliti atas tingkah laku tersebut.
Apabila, pengetua sekolah tersebut, bertanya tentang kesanggupannya menjadi guru di
sekolah North Quay yang dikatakan sekolah kehilangan harapan yang diduduki oleh pelajarpelajar bermasalah tingkah laku yang serius, walaupun Mr.Mark mempunyai kelulusan
pendidikan tinggi dan memiliki kelayakan dalam profesion kejuruteraan namun,
kesanggupan Mr Mark untuk menjadi guru di sekolah tersebut adalah tinggi dan beliau
mempunyai munasabah tersendiri. Sementalahan itu, hubungan dinamika yang baik juga
menggariskan aspek ingatan sebagai unsur penting dalam mewujudkan persekitaran
pembelajaran yang kondusif. Kprihatinan guru yang bertimbang rasa terhadap muridnya dan
mengambil berat terhadap kebajikan murid-muridnya. Hal ini membolehkan murid-murid
dalam kelas sanggup berkongsi masalah yang dihadapi dengan guru mereka dan
senantiasa bekerjasama bagi menjayakan setiap aktiviti yang dilaksanakan dalam kelas.
Saya mengkaji tajuk tugasan ini dengan mendalam dan telah meluaskan horizon pemikiran
saya dalam memilih kelima-lima model pengurusan tingkah laku dengan strategi-strateginya
yang bervariasi sekali sebagai model yang paling sesuai yang telah diaplikasikan oleh Mr
Mark dalam kelasnya mengikut kontemporari semasa.

Mr Mark telah menggunakan peneguhan positif dengan merangsang fokus murid-muridnya


terhadap perjalanan kelasnya dengan memuji walaupun tidak secara langsung sebaik
sahaja menerima jawapan yang dikehendakinya daripada murid-muridnya di kelas. Mr Mark
mengetahui kebatasannya memberi muka kepada murid-muridnya jadi, jawapan kepada
soalan murid-muridnya diberi dengan cara yang sopan dan tanpa mengambil hati walaupun
kadang-kadang soalan mereka agak menyinggung perasaan. Galakan positifnya
menyebabkan murid-murid melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran dan
terus bertanya pelbagai soalan berkaitan dengan isu yang dibincangkan pada hari itu.
Peneguhan positif yang digunakannya sekali gus memberikan kesan yang positif dalam
kelas dengan penarikan tumpuan muid-muridnya dengan baik sekali. Apabila tingkah laku
tersebut diikuti oleh keadaan positif, malah respons positif murid-murid yang tidak leka
bertanya dan ingin belajar meningkat dan berulang.

Model seterusnya pula ialah, model disiplin asertif Canter. Menurut Chong Lean
Keow(2009), model Disiplin Asertif Canter yang dipelopori oleh Lee and Marlene Canter
tahun 1976, telah melatih murid-murid untuk menerima konsekuen bagi tindakan mereka.
Pengaplikasian model ini membantu Mr Mark untuk mengajar dan menguruskan bilik darjah
dengan efektif dan sekaligus memastikan setiap murid dihormati dalam kelasnya. Sebelum
melentur tingkah laku murid-murid kelasnya ke arah yang sopan, Mr Mark telah menggubal
peraturan dan menguatkuasakannya serta memastikan peraturan yang ditetapkan dipatuhi.
Hal ini adalah kerana, walaupun beliau tidak mempunyai asas untuk menjadi seorang guru
beliau menyedari bahawa, penguatkuasaan peraturan diperlukan untuk memastikan aktiviti
bilik darjah berjalan dengan lancar dan hal ini juga dapat memastikan beliau dapat mengajar
tanpa gangguan dan murid-muridnya pula dapat belajar dalam persekitaran yang kondusif.
Daripada setiap gerak geri Mr Mark dalam kelas saya mendapat tahu bahawa diri beliau
bercirikan seorang guru asertif seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini. Bagi
menjadikan hak guru dan murid dalam bilik darjah lebih jelas, Mr Mark telah menyatakan
peraturan di hadapan murid-muridnya dalam kelas tanpa dibantahi dan dipesoalkan
walaupun beliau tidak menampalkan peraturan dalam kelas namun beliau percayai inisiatif
yang beliau ambil ini membawa perubahan dalam diri para pelajar. Beliau yakin dan jelas
menyatakan jangkaan serta arahan yang konsisten dalam intonasi teguh ketika
mengujarkan setiap peraturan dalam kelasnya. Hal ini adalah kerana, beliau sangat tegas
dalam penetapan dan pelaksanaan peraturannya berikutan prinsip model disiplin asertif
Canter iaitu, guru mempunyai hak untuk menentukan, mengamalkan peraturan dan
mengarahkan murid untuk mematuhinya. Antara peraturan yang telah dikodifikasikannya
adalah seperti, perlakuan sebagai seorang yang dewasa ataupun remaja, cara sapaan
setiap pelajar dalam kelas dan juga nilai murni yang perlu diamalkan terutamanya, aspek
kebersihan (cleanliness). Bagi membolehkan setiap peraturan ini dipatuhi oleh murid-murid
kelasnya, Mr Mark menjadikan dirinya sebagai teladan dalam setiap gerak gerinya iaitu,
tingkah lakunya sebagai seorang dewasa yang bitara, menegur orang lain dengan
penggunan kata-kata yang sopan dan murni serta penampilan dirinya yang cukup bersih
dan kemas. Mr Mark telah menerangkan peraturan, menunjukkan cara pelaksanaan
peraturan dengan membetulkan kesalahan Cik Pamella yang memasuki kelas sangat
lambat tanpa meminta maaf. Beliau tidak membawa imej yang garang dan kasar tetapi
tegas dengan pendiriannya yang sesuai dengan kriteria sebagai seorang guru asertif.
Mr Mark sentiasa bertindak dengan tenang terhadap setiap tingkah laku muridnya
dan menjalankan peraturan yang ditetapkannya dengan konsisten. Apabila berlakunya
tingkah laku yang tidak diingini beliau memberi peluang kepada murid-muridnya untuk

meluahkan perasaannya ataupun minta penjelasan sebelum bertindak. Teguran yang


dilakukannya adalah secara langsung dan juga secara individu. Denham memanggil Mr
Mark sebagai Guv dan juga kadang kala tidak memberi penghormatan langsung apabila
bercakap dengannya. Jadi, Mr Mark menegurnya secara terus menerus dan apabila kali
kedua Denham memanggilnya beliau memastikan dia tidak mengulangi kesalahan yang
terdahulu. Sementalahan itu, ketika murid-murid lain menggunakan kata-kata kesat dan
tidak bersopan apabila bercakap dengannya ataupun dengan murid lain beliau menegur
mereka serta merta tanpa memberikan peluang kepada mereka untuk membantah. Beliau
juga menegur kelakuan Potter yang mengambil kayu untuk memukul Mr Bell yang dikatakan
ekstermis dalam hal Fats yang tercedera dalam kelas pendidikan Jasmani. Beliau juga
menyedari teguran secara individu terhadap murid-murid yang bermasalah dilakukan secara
berhemah dan perlu ditangani dengan diberi perhatian yang banyak.Terlebih dahulu, guru
perlu mendapatkan kepercayaan murid dan seterusnya beri perhatian dan berusaha untuk
berinteraksi dengan murid tersebut. Contohnya, teguran dan nasihat diberi kepada Pamella
apabila masalah keluarganya diheret sehingga ke sekolah. Menyedari kekalutan jiwa yang
dihadapi oleh Pamella, Mr Thackeray berusaha memberi solusi kepadanya walaupun,
muridnya itu kuat bertikam lidah dengannya.
Mr Mark juga memberi teguran dan melaksanakan tindakan ke atas tingkahlaku
murid dan bukan wataknya. Contohnya, bukan diri Purcell yang disalahkan tetapi wataknya
yang tidak menjaga percakapannya dan menggunakan perkataan kesat seperti bleeding
ketika Pamella sedang membaca dalam kelas. Tambahan pula, apabila peraturan bilik
darjah dilanggar, Mr Mark memberi peneguran yang setimpal kepada pelajarnya tanpa
adanya sikap subjektif berhubung peribadi murid yang berkenaan dalam kelasnya. Bagi
mengurangkan kekerapan berlakunya masalah disiplin dalam kelas, Mr Mark juga dengan
sendirinya mencadangkan dan melaksanakan lawatan sambil belajar ke muzium setelah
disahkan oleh pengetua. Secara tidak langsung, para pelajar beliau juga mengenali pelbagai
perkara baru ketika lawatan dan turut bergembira bersama-sama rakan-rakan mereka.
Memiliki ciri-ciri seorang guru asertif, beliau senantiasa konsisten dan adil dalam memenuhi
kehendak muridnya setiap masa.

Kelancaran dan pelaksanaan aktiviti yang baik oleh Mr Mark yang mengelakkan
penerangan yang meleret, iaitu, mengulang perkara yang tidak perlu dan melakukan
fragmentasi menyebabkan kelas Mr.Mark menjadi lancar dan disukai oleh murid-muridnya.
Mr Mark turut menyisipkan unsur momentum dalam pengajaran dan pembelajarannya
dengan memulakan proses pengajarannya dengan lancar, melakukan peralihan antara satu

aktiviti ataupun topik pengajaran dan pembelajaran kepada topik yang lain dengan cekap
dan membuat rumusan dengan menyimpulkan pengajaran pada hari itu dengan berkesan.
Tamsilnya, beliau bermula dari tradisi, kebudayaan masyarakat South Africa kepada
perubahan (rebellion) sehingga lawatan ke Muzium Victoria dengan begitu baik sekali.

Anda mungkin juga menyukai

  • Rujuk BM en Fauzi
    Rujuk BM en Fauzi
    Dokumen2 halaman
    Rujuk BM en Fauzi
    anitawatiguwindasamy
    Belum ada peringkat
  • RPH Sejarah
    RPH Sejarah
    Dokumen5 halaman
    RPH Sejarah
    anitawatiguwindasamy
    Belum ada peringkat
  • Surat Tunjuk Sebab 1e
    Surat Tunjuk Sebab 1e
    Dokumen1 halaman
    Surat Tunjuk Sebab 1e
    anitawatiguwindasamy
    Belum ada peringkat
  • 1
    1
    Dokumen2 halaman
    1
    anitawatiguwindasamy
    Belum ada peringkat
  • Pendidikan - Sem 5
    Pendidikan - Sem 5
    Dokumen37 halaman
    Pendidikan - Sem 5
    Kimus Tak
    Belum ada peringkat
  • Wikipedia Bilik Darjah Maya
    Wikipedia Bilik Darjah Maya
    Dokumen5 halaman
    Wikipedia Bilik Darjah Maya
    anitawatiguwindasamy
    Belum ada peringkat
  • Docs
    Docs
    Dokumen4 halaman
    Docs
    anitawatiguwindasamy
    Belum ada peringkat
  • Transkripsi Teks
    Transkripsi Teks
    Dokumen4 halaman
    Transkripsi Teks
    anitawatiguwindasamy
    Belum ada peringkat
  • Permainan Tradisional Group
    Permainan Tradisional Group
    Dokumen2 halaman
    Permainan Tradisional Group
    anitawatiguwindasamy
    Belum ada peringkat
  • Pismp Sejarah Tugasan Projek 3
    Pismp Sejarah Tugasan Projek 3
    Dokumen4 halaman
    Pismp Sejarah Tugasan Projek 3
    anitawatiguwindasamy
    Belum ada peringkat
  • Format Mingguan Topik 7
    Format Mingguan Topik 7
    Dokumen2 halaman
    Format Mingguan Topik 7
    anitawatiguwindasamy
    Belum ada peringkat
  • Matlamat Sebutan Baku Bahasa Melayu Word
    Matlamat Sebutan Baku Bahasa Melayu Word
    Dokumen6 halaman
    Matlamat Sebutan Baku Bahasa Melayu Word
    anitawatiguwindasamy
    Belum ada peringkat
  • Walaini
    Walaini
    Dokumen3 halaman
    Walaini
    anitawatiguwindasamy
    Belum ada peringkat
  • 08 Isi Pelajaran Interaksi 1
    08 Isi Pelajaran Interaksi 1
    Dokumen20 halaman
    08 Isi Pelajaran Interaksi 1
    Anonymous 6Fb72Pk
    Belum ada peringkat
  • Takrif Wacana
    Takrif Wacana
    Dokumen6 halaman
    Takrif Wacana
    anitawatiguwindasamy
    Belum ada peringkat
  • PM Hanifah Konsonan Berangkap
    PM Hanifah Konsonan Berangkap
    Dokumen8 halaman
    PM Hanifah Konsonan Berangkap
    anitawatiguwindasamy
    Belum ada peringkat
  • Rujuk SJRH
    Rujuk SJRH
    Dokumen48 halaman
    Rujuk SJRH
    anitawatiguwindasamy
    Belum ada peringkat
  • PM Shanam
    PM Shanam
    Dokumen23 halaman
    PM Shanam
    anitawatiguwindasamy
    Belum ada peringkat
  • Ass Eq
    Ass Eq
    Dokumen39 halaman
    Ass Eq
    anitawatiguwindasamy
    Belum ada peringkat
  • Ass Eq
    Ass Eq
    Dokumen20 halaman
    Ass Eq
    anitawatiguwindasamy
    Belum ada peringkat
  • Nota Sejarah Tingkatan 3 - Bab 2
    Nota Sejarah Tingkatan 3 - Bab 2
    Dokumen4 halaman
    Nota Sejarah Tingkatan 3 - Bab 2
    Nur Syafiqah Dayana Amiruddin
    100% (1)
  • Raju Surat
    Raju Surat
    Dokumen2 halaman
    Raju Surat
    anitawatiguwindasamy
    Belum ada peringkat
  • Ert
    Ert
    Dokumen2 halaman
    Ert
    anitawatiguwindasamy
    Belum ada peringkat
  • Front Cover
    Front Cover
    Dokumen2 halaman
    Front Cover
    anitawatiguwindasamy
    Belum ada peringkat