Anda di halaman 1dari 14

KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU KOTA KINABALU

KURSUS DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

CASE STUDY
(GESTATIONAL DIABETES MELLITUS)

NAMA: GREGORY GOSIKIR


NO.K/P: 941129-12-6603
NO.MATRIK: BPP 2013 - 2243

SESI AKADEMIK: JANUARI JUN 2015

ISI KANDUNGAN

PERKARA
MUKA SURAT
PENGENALAN& PENYATAAN MASALAH..............................................................................2
DEFINISI.....................................................................................................................................2
PENCARIAN LITERATUR............................................................................................................3
PERBINCANGAN & HUJAH........................................................................................................4
DIAGNOSIS................................................................................................................................4
SIMPTOM...................................................................................................................................4
INVESTIGASI............................................................................................................................6
PENGURUSAN..........................................................................................................................7
PENJAGAAN ANTENATAL......................................................................................................9
KOMPLIKASI...........................................................................................................................12
RUMUSAN...................................................................................................................................13
RUJUKAN.....................................................................................................................................15

PENGENALAN& PENYATAAN MASALAH


Gestational diabetes mellitus, GDM adalah keadaan dimana wanita hamil mengalami
peningkatan kandungan glukosa dalam darah kebiasaannya dalam trimester yang ketiga.GDM
disebabkan oleh insulin receptors tidak befungsi dengan sempurna. Hal ini terjadi disebabkan
oleh human placental lactogen yang menganggu kefungsian insulin receptors. Ini menyebabkan
peningkatan kandungan glukosa dalam darah dengan mendadak.
GDM mempunyai beberapa simptom dan kebiasaanya dapat didiagnos ketika screening.
Keputusan diagnosis adalah berdasarkan penigkatan kandungan glukosa dalam darah dengan
mendadak. GDM merangkumi 3-15% kehamilan, bergantung kepada kajian setempat.
Wanita hamil yang mempunyai GDM yang tidak dirawat, ia akan menganggu bayi yang
akan dilahirkan. Ini termasuklah macrosomia, kekurangan glukosa dalam darah, jaundice,
shoulder dystocia dsb. GDM adalah keadaan yang boleh dirawat jika diagnosis dapat dipastikan.
Wanita hamil yang mempunyai GDM harus peka akan kawalan kadar glukosa dalam darah. Cara
pengambilan makanan yang betul adalah rawatan yang terbaik.
Jika GDM tidak dirawat, wanita hamil mempunyai kemungkinan untuk mendapat type II
diabetes mellitus selepas kehamilan. Mereka juga mempunyai kemungkinan untuk mengalami
keadaan pre-eclampsia dan caesarean section. Manakala offspring mereka akan mempunyai
kemungkinan yang tinggi untuk mengalami childhood obesity dan type II diabetes mellitus ketika
mereka dewasa kelak. Kebanyakan pesakit mempu mengawal kadar glukosa dalam darah melalui
diet yang disyorkan dan senaman pasif, tetapi sesetengah pesakit harus mengambil ubatan
termasuk insulin.

PENCARIAN LITERATUR
Gestational diabetes mellitus, GDM adalah keadaan dimana berlakunyan ketidakseimbangan
glukosa dalam darah ketika mengandung. GDM dapat disahkan pertama kali ketika hamil
menjadi normoglycemic (keadaan dimana berlakunya keabnormalan kandungan glukosa dalam
darah) ketika postpartum period. Kerana berlakunya peningkatan human placental
lactogen,steroid hormone menjadi insulin resistance pada insulin receptors menyebabkan
terjadinya GDM. Kajian terkini mendapati kira-kira 96-98% wanita hamil mempunyai kadar
glukosa yang normal dalam darah. Hanya 2-4% mempunyai kemungkinan mengalami GDM.
Kajian oleh Dr. Mahesh(2008) dari India, berdasarkan National Diabetes Data Group,
peratusan wanita hamil dengan GDM adalah 4% daripada keseluruhan kehamilan. Namun, the
Fourth International Workshop Conference on GDM menunjukkan wanita yang tidak
mempunyai diabetes mellitus tetapi mengalami GDM adalah 7%. Ini merangkumi 200,000 kes
setiap tahun. Sementara di Australia pada tahun 2005-2006, sebanyak 4.6% wanita hamil dalam
lingkungan umur 15-49 disahkan mengalami GDM.
Peningkatan umur adalah selari dengan penigkatan kemungkinan untuk mendapat GDM,
daripada 1% bagi umur 15-19 tahun dan 13% bagi umur 44-49 tahun. Satu pertiga kes
dimonopoli oleh wanita dalam umur lingkungan 30-34 tahun. Ini membawa keputusan sebanyak
kira-kira 14% kes GDM dalam keseluruhan kehamilan.
Sebuah kajian membuktikan bahawa kejadian GDM berbeza dalam etnik dan kawasan.
Di Afrika, wanita hamil berumur dalam lingkungn 15-49 adalah tujuh kali ganda lebih besar
berbanding dengan Australia. Didapati bahawa sebanyak 80% kes GDM berlaku di Afrika dan
Asia.
Satu kajian oleh Dr. Philips(2005) di Norway, membuktikan rawatan bagi GDM dapat
mengurangkan kejadian shoulder dystocia bagi newborn. Kebiasannya bayi dilahirkan dalam
keadaan ibu mempuyai GDM mengalami macrosomic, dan ini menjadi penyumbang kepada
berlakunya shoulder dystocia
3

PERBINCANGAN & HUJAH


DIAGNOSIS
Assessment untuk GDM harus dilakukan pada petama kali lawatan ke KKIA. Wanita hamil yang
mempunyai simptom-simptom yang boleh menjadi penggalak berlakunya GDM seperti obesiti,
sejarah diabetes mellitus, glycosuria dan genetik keluarga yang mempunyai diabetes mellitus
harus melakukan glucose testing dengan segera. Jika keputusan adalah negatif pada ujian
pertama, mereka harus mengulangi ujian pada minggu 24 dan 28 gestasi. Wanita yang tidak
mempunyai simptom yang ketara harus membuat ujian pada 24-28 minggu gestasi.
Wanita hamil yang perlu membuat ujian
I.
II.
III.
IV.
V.
VI.

Umur >26 tahun


Mempunyai saudara terdekat yang menghidapi diabetes mellitus
Mempunyai berat yang normal sebelum hamil
Sejarah abnormal glucose tolerance
Sejarah poor obstetric outcome
Berada dalam komuniti yang mempunyai peratusan diabetes mellitus yang tinggi

SIMPTOM
Simptom-simptom wanita hamil dengan GDM adalah seperti berikut:
I.
II.
III.
IV.
V.
VI.
VII.
VIII.

Peningkatan rasa dahaga


Kehilangan berat badan disamping peningkatan selera makan
Keletihan
Peningkatan dalam urination
Nausea
Jangkitan yang kerap termasuklah di bladder, vagina dan kulit
Muntah
Penglihatan kabur

Ketika membuat diagnosis bagi GDM, haruslah peka pesakit mungkin:


I.
II.

Mempunyai diabetes mellitus yang belum didiagnosis


Glucose intolerance yang sederhana tetapi menjadi teruk kerana terdapat insulin
resistance
4

III.

Glucose tolerance yang normal sebelum kehamilan tetapi menjadi tidak normal ketika
gestasi

Wanita hamil dengan positif 50g-oral glucose tolerance test, OGTT, perlu ujian selanjutnya
dengan samada 75g OGTT atau 100g OGTT. Ketika ujian, pesakit haruslah berada dalam
keadaan duduk dan tidak boleh merokok sepanjang ujian dijalankan.
Jika menggunakan 100g OGTT, nilai normal bagi berpuasa adalah <95mg/dl, 1-jam
adalah >180mg/dl, 2-jam adalah >155mg/dl dan 3-jam adalah >140mg/dl. Manakal jika
menggunakan 75g OGTT, keputusan adalah sama seperti 1-jam dan 2-jam bagi 100g OGTT.
Untuk

mengesahkan

diagnosis,

dua

atau

lebih

keputusan

ujian

perlu

didapatkan.

Walaubagaimanapun, satu kajian mendapati bahawa walaupun hanya satu keputusan ujian OGTT
yang tidak normal, menyumbang kepada berlakunya newborn macrosomic.
Pemantauan kandungan glukosa dalam darah adalah amat penting bagi menentukan
rawatan. Beberapa kajian yang dilakukan menunjukkan pemantauan kandungan glukosa
sebanyak empat kali sehari dapat membantu dalam pengawalan glukosa dalam darah. Mereka
perlu membuat pemantaun kandungan glukosa ketika sebelum makan dan 2 jam selepas makan.

INVESTIGASI

Fasting blood sugar pada kadar >126mg/dl (7.0mmol/l) atau casual blood plasma pada kadar
>200mg/dl (11.1mmol/l) dapat mengesahkan bahawa pesakit mempunyai kemungkinan besar
mempunyai diabetes mellitus. Terdapat dua ujian yang perlu dilakukan iaitu, one-step approach
dan two-step approach

One-step approach
Lakukan ujian oral glucose tolerance test, OGTT tanpa melakukan ujian pada darah atau serum
glukosa. Mereka tidak boleh mengambil sebarang makanan atau minuman dalm tempoh 8-12
jam selepas mengambil OGTT. Cara ini dapat menjimatkan kos namun kebiasannya hanya
dilakukan bagi pesakit yng mempunyai kebarangkalian yang tinggi menghidapi GDM.

Two-step approach
Lakukan ujian 50g OGTT dan selepas 1 jam, pantau kandungan glukosa dalam darah. Jika nilai
tersebut adalah tidak normal iaitu >140mg/dl (7.8mmol/l) membuktikan pesakit mempunyai kira
80% kemungkinan menghidapi GDM

PENGURUSAN

Semua wanita hamil dengan GDM haruslah diberi kaunseling mengenai pengambilan diet yang
sewajarnya. Kaunseling ini haruslah diberi oleh dietician. Medical nutrition therapy, MNT
haruslah mengambil kira berat badan dan tinggi pesakit. MNT haruslah merangkumi
pengambilan kalori dan nutrien yang seimbang bagi mengawal kadungan glukosa dalam darah.
Bagi pesakit yang mengalami obesity, (BMI>30), pengurangan pengambilan kalori
sebanyak 35-40% dapat mengurangkan kejadian hyperglycaemia disamping tiada penambahan
dalam ketonuria. Manakal pengurangan pengambilan karbohidrat sebanyak 35-40% dapat
mengurangkan peningkatan kadar glukosa dalam darah dan boleh mengelakkan kejadian seperti
macrosomic newborn, shoulder syctocia dsb.
Insulin merupakan ubatan yang paling efisien yang digunakan bagi rawatan GDM. Terapi
insulin digabungkan dengan MNT untuk mendapatkan rawatan yang lebih sempurna. Insulin
hanya akan digunakan sekiranya MNT gagal untuk mengawal kadar glukosa dalam darah pesakit.
Apabila pesakit mengambil insulin, adalah penting bagi pesakit untuk memantau kadar glukosa
dalam darah mereka. Berikut merupakan kadar glukosa dalam darah yang wajar dipatuhi
I.
II.
III.
IV.

Fasting whole blood glucose : 95 mg/dl (5.3 mmol/l)


Fasting plasma glucose : 105 mg/dl (5.8 mmol/l)
Atau
1-h postprandial whole blood glucose : 140 mg/dl (7.8 mmol/l)
1-h postprandial plasma glucose : 155 mg/dl (8.6 mmol/l)
Atau

V.
VI.

2-h postprandial whole blood glucose : 120 mg/dl (6.7 mmol/l)


2-h postprandial plasma glucose : 130 mg/dl (7.2 mmol/l)
Pengambilan ubatan oral bagi merawat GDM adalah tidak digalakkan. Hal ini kerana

ubatan oral mungkin boleh merentasi placental barrier dan boleh menganggu tumbesaran infant
dalam kandungan. Selain itu, ubatan oral juga boleh merentasi mammary gland dan berada
dalam badan bayi apabila ia menghisap susu.
Aktiviti fizikal dapat menurunkan kadar glukosa dalam darah pesakit. Namun aktiviti
fizikal tidak melibatkan aktiviti yang berat seperti berlari atau melompat. Sebarang aktiviti berat
7

boleh menganggu tumbesaran infant dalam kandungan. Senaman ringan seperti seperti stretch up
dan yoga boleh dilakukan.
Wanita hamil yang didiagnos dengan GDMharuslah melahirkan anak pada gestasi
minggu ke 38. Sekiranya berlaku kelewatan kelahiran melebihi gestasi minggu ke 38, hal ini
boleh membimbangkan kerana infant boleh menjadi macrosomic. Sekiranya terjadinya
macrosomic infant, aka nada banyak komplikasi bersalin seperti shoulder dystocia, neonatal
jaundice dsb. Sekiranya wanita hamil menghampiri gestasi minggu ke 38 dan masih belum
melahirkan infant, beliau akan dinasihatkan untuk melakukan lower segment caesarean section,
LSCS.

PENJAGAAN ANTENATAL

A. PEMANTAUAN
Pemantauan terhadap kadar glukosa dalam darah wanita hamil adalah penting dalam menentukan
diagnosis GDM dan juga menentukan jenis rawatan. Self-monitoring of blood glucose, SMBG
berkala adalah penting tertutamanya kepada wanita hamil yang didiagnos dengan GDM.
Pemantauan berkala ini dilakukan bagi mengetahui kadar glukosa dalam darah. Sekiranya tidak
normal, rawatan yang bersesuaian dapat dilakukan. Pemantauan ini juga dapat melihat sejauh
mana keberkesanan rawatan.
Selain daripada pemantauan blood glucose, pemantauan urine ketone juga penting dalam
mengesan sekiranya pesakit kurang mengambil kalori atau karbohidrat bagi pesakit yang diberi
rawatan dengan pengurangan pengambilan kalori dan karbohidrat dalam diet.
8

Oleh yang demikian, pemantauan haruslah merangkumi blood glucose, urine ketone, dan
tekanan darah.
Selain itu, pesakit haruslah melakukan pemeriksaan ultrasound untuk memantau
tumbesaran infant dan melihat sebarang keabnormalan seperi macrosomia.
B. DIET
Kesemua wanita hamil yang didiagnos dengan GDM haruslah menerima kaunseling mengenai
pemakanan oleh dietician.Medical nutrition therapy, MNT individu haruslah merangkumi
pengambilan kalori dan nutrien yang seimbang. Seimbang disini membawa maksud, pemantauan
kadar glukosa dalam darah haruslah dilakukan sentiasa bagi memastikan tidak berlakunya
keadaan hyperglycemia. Untuk mengelakkan kejadian ini, slow-release carbohydrate wajar
diambil oleh pesakit berbanding fast-release carbohydrate. Contoh slow-release carbohydrates
adalah roti wholegrain. Kerana pada waktu pagi adalah waktu kemuncak bagi insulin resistance,
pengambilan sarapan pagi yang tinggi dengan karbohidrat adalah dilarang. Pengambilan diet
yang tinggi dengan fiber, buah-buahan dan sayuran dapat mengurangkan risiko menghidapi
GDM.

C. LIFESTYLE
Kehidupan seharian haruslah didisiplinkan bagi ibu hamil dengan GDM. Pertama adalah dengan
mengawal berat badan. Berat badan yang berlebihan akan membuatkan keadaan GDM
bertambah teruk. Kedua adalah melakukan senaman ringan. Senaman ringan dapat
mengurangkan keterukan dan GDM dan juga dapat menurunkan kadar glukosa dalam darah.
Ketiga adalah untuk menjaga kebersihan diri kerana mereka mudah dijangkiti penyakit
tertutamanya pada bahagian genitalia. Selain itu, mereka dilarang sama sekali untuk merokok
dan mengambil alkohol.
D. UBAT-UBATAN
Sekiranya MNT gagal mengawal kadar glukosa dalam darah, terapi insulin harus diberikan
kepada ibu hamil dengan GDM. Terdapat dua jenis insulin iaitu fast-acting insulin dan short9

acting insulin. Penting untuk memastikan ibu hamil tidak mengalami keadaan Penting untuk
memastikan ibu hamil tidak mengalami keadaan hypoglycemia bagi fast-acting insulin mungkin
disebabkan overdose atau pengambilan makanan karbohidrat yang kurang. Dengan ini, pemantau
kadar glukosa dalam darah adalah penting.
Pengambilan dos bagi insulin haruslah dirujuk kepada doktor. Sebarang kesalahan dalam
dos boleh menyebabkan keadaan hypoglycemia atau hyperglycemia. Sekiranya dos yang
diberikan oleh doktor menunjukkan nilai yang tidak normal dalam pemantauan kadar glukosa
dalam darah, pesakit haruslah merujuk kepada doktor. Ini boleh disebabkan dos insulin yang
tidak bersesuaian atau pengambilan diet yang tidak seimbang.
Seterusnya, jika pesakit menyuntik diri sendiri untuk mengambil insulin, pesakit haruslah
memastikan tenkik aseptik. Kegagalan mengekal teknik aseptik boleh menyebabkan komplikasi
sepeti phlebitis atau thrombophlebitis.

KOMPLIKASI

A. IBU
I.

Wanita yang didiagnos dengan GDM mungkin bakal menghidapi diabetes mellitus, DM
dalam masa hadapan. Kajian menunjukkan kemungkinan wanita hamil dengan GDM
akan menghidapi DM dalam masa lima tahun selepas melahirkan bayi.

II.

Wanita hamil dengan GDM juga mempunyai kebarangkalian sebanyak 30-70% untuk
kembali menghidapi GDM dalam kehamilan akan datang

III.

Maternal hypertension juga dikaitkan dengan kejadian GDM. kajian di Eropah


menunjukkan sebanyak 19.6% pesakit GDM menghidapi maternal hypertension
berbanding 10.5% ibu hamil yang normal.

10

B. FETUS
I.
II.

Kematian fetus atau intra-uterine death, IUD sering dikaitkang dengan kejadian GDM
Komplikasi GDM adalah macrosomic infant dimana bayi mempunyai berat melebihi
empat kg apabila lahir. Satu kajian menunjukkan ibu GDM mempunyai kebarangkalian
sebanyak 14% untuk melahirkan bayi macrosomia berbanding 6.3% ibu normal.

III.

Shoulder dystocia merupakan komplikasi kepada fetus. Ini dikaitkan dengan macrosomic
infant dimana bayi terlalu besar. Selain itu, kejadian seperti kecederaan kepada fetus dan
uterine hemorrhage boleh berlaku dalam situasi ini.

IV.

Neonatal hypoglycemia sering berlaku kepada ibu dengan GDM menyebabkan koma dan
berkemungkinan mati jika tidak dapat didiagnos awal

V.

Kanak-kanak membesar akan mempunyai risiko untuk mendapat obesiti pada usia kanakkanak

RUMUSAN
Gestational diabetes mellitus, GDM merupakan keadaan diamana berlakunya
ketidakseimbangan kandungan glukosa dalam darah ketika dalam kehamilan. GDMdisebabkan
oleh insulin receptors tidak befungsi dengan sempurna. Hal ini terjadi disebabkan oleh human
placental lactogen yang menganggu kefungsian insulin receptors. Ini menyebabkan peningkatan
kandungan glukosa dalam darah dengan mendadak. GDM merupakan penyakit yang boleh
dirawat. Namun ia menjadi masalah jika keadaan ini tidak dapat dikesan sejak awal. Berikut
merupakan symptom-simptom yang menunjukkan kemungkinan ibu hamil menghidapi GDM
iaitu Peningkatan rasa dahaga, Kehilangan berat badan disamping peningkatan selera makan,

11

Keletihan, Peningkatan dalam urination, Nausea, Jangkitan yang kerap termasuklah di bladder,
vagina dan kulit, Muntah, Penglihatan kabur.
Investigasi yang boleh dilakukan bagi mengesan GDM adalah dengan menggunakan oral
glucose tolerance test, OGTT. Selepas melakukan ujian OGTT, darah ibu hamil akan diperiksa
kandungan glukosa. Berikut merupakan nilai normal bagi ujian darah untuk mengesan kadar
glukosa:
Rawatan utama GDM adalah medical nutrition therapy, MNT dimana diet ibu hamil akan
disesuaikan bagi mengelakkan berlakunya

hyperglycemia

atau

hypoglycaemia. MNT

merangkumi pengambilan diet yang rendah kolesterol dan karbohidrat. Sekiranya MNT tidak
berkesan, ibu hamil akan diberi terapi insulin. Dengan pengambilan terapi insulin, ibu hamil
hendaklah sentiasa memantau kadar glukosa dalam darah beliau. Pengambilan ubatan oral adalah
dilarang kerana kandungan ubatan oral boleh merentasi placental barrier.
Antara komplikasi GDM kepada ibu adalah, ibu mempunyai risiko tinggi untuk
menghidapi diabetes mellitus, DM pada masa hadapan. Ketika mengandung pula, ibu hamil
mempunyai risiko untuk menghidapi maternal hypertension. Mankala kompliaksi GDMkepada
fetus adalah macrosomial infant, shoulder dystocia, dan neonatal jaundice. Selain itu, intrauterine death, IUD juga boleh berlaku sekiranya GDM tidak dirawat.

RUJUKAN

I.

Marie T. OToole, EdD, RN Encyclopedia & Dictionary of Medicine, Nursing & Allied
Health (2013) Saunders

II.

Kamus Jururawat. Oxford Fajar (2008)

III.

Linda Skidmore-Roth, MSN. Mosbys Nursing Drug Reference (2014) Elsevier

IV.

Thomas R Moore, MD et al. Diabetes Mellitus and Pregnancy. med/2349 at eMedicine.


Version: Jan 27, 2005 update.

V.

Donovan, PJ (2010). "Drugs for gestational diabetes". Australian Prescriber (33): 1414.
12

VI.
VII.
VIII.
IX.
X.
XI.

http://baiqyulastri.blogspot.com/2013/04/diabetes-melitus-gestasional.html
www.majalahkesehatan.com/apakah-diabetes-kehamilan-gestational-diabetes/
www.nadya2902.blogspot.com/2012/04/mengenal-diabetes-militus.html?m=1
http://factsandhealth.blogspot.com/2010/06/apa-itu-diabetes-gestasional.html
http://hubpages.com/hub/How-to-prevent-diabetes
National Institute for Health and Clinical Excellence. Diabetes in pregnancy. NICE 2008.

13

Anda mungkin juga menyukai