Anda di halaman 1dari 2

Peningkatan Status Kelayakan Guru Prasekolah di Kementerian Pelajaran

Malaysia
Kejayaan program pendidikan prasekolah banyak bergantung kepada penghayatan,
kemahiran dan sikap guru. Peranan guru prasekolah adalah kompleks kerana dari
semasa ke semasa tuntutan mengenai keperluan peranan guru prasekolah berubah
dan bertambah. Peranan guru prasekolah sebagai pendidik adalah penting sebagai
pembina insan yang bakal menerajui negara di masa akan datang.
Perkhidmatan keguruan telah banyak mengalami perubahan sejak zaman
sebelum merdeka sehinggalah kini. Kelayakan seseorang guru dalam sistem
pendidikan formal adalah selari dengan peredaran zaman. Jika diimbas kembali, kita
dapat melihat perkembangan kelayakan asas akademik guru yang mengajar di sekolah
di negara kita berubah dengan begitu cepat. Dalam sistem pendidikan di negara kita,
selain daripada kelayakan akademik terdapat pengkhususan dalam bidang pengajaran.
Guru-guru di Malaysia dilatih untuk mengajar dalam bidang-bidang tertentu di sekolah.
Pengkhususan bidang ini termasuklah bidang pendidikan awal kanak-kanak atau
prasekolah. Latar belakang akademik yang dimiliki oleh seseorang guru dapat
membantu meningkatkan kecemerlangan pendidikan di Malaysia.
Pada peringkat awal penubuhan prasekolah Annex di Kementerian Pelajaran
pada Disember tahun 1991, sebanyak 986 kelas prasekolah berjaya dilaksanakan di
beberapa buah sekolah rendah Kementerian Pelajaran Malaysia. Guru-guru yang
mengajar di kelas prasekolah pada masa itu adalah guru-guru berkelulusan sijil
perguruan asas yang mendapat latihan di Maktab-maktab perguruan. Mereka dilatih
dan diberi kursus dalam perkhidmatan selama 14 minggu terlebih dahulu dalam bidang
prasekolah sebelum dibenarkan mengajar di prasekolah. Pada Disember 1993, guruguru terlatih kumpulan pertama yang memiliki pengkhususan sijil perguruan asas yang
mendapat latihan selama dua tahun setengah dalam bidang pendidikan awal kanakkanak mula mengajar di kelas-kelas prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pada tahun 1997, Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia
mula melatih guru-guru pelatih untuk mendapatkan diploma pendidikan prasekolah.
Guru-guru kumpulan pertama diploma pendidikan perguruan ini mula ditempatkan di
sekolah pada Julai 2000. Pada tahun 2002, guru prasekolah berijazah mula
ditempatkan di prasekolah. Pada masa itu, kebanyakan guru prasekolah berijazah

terdiri daripada guru yang memiliki Sijil Perguruan Asas yang melanjutkan pelajaran di
Universiti Malaya. Pada pandangan saya, mereka merupakan pelopor kepada
pensiswazahan guru prasekolah. Dengan adanya senario ini, sebenarnya telah
membuka mata banyak pihak bahawa pendidikan prasekolah merupakan pendidikan
yang penting dan memerlukan guru yang berkelayakan untuk mendidik kanak-kanak di
peringkat prasekolah. Sebagaimana kelas prasekolah di luar negara seperti United
Kingdom, Amerika Syarikat, Itali, dan lain-lain guru prasekolah adalah terdiri daripada
mereka yang mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya ijazah pertama malahan
ramai yang sudah memiliki ijazah kedoktoran.
Perkembangan positif ini membuktikan bahawa kerajaan memandang
kepentingan pendidikan prasekolah di Malaysia. Kerajaan juga sedar kepentingan
pendidikan prasekolah bagi membentuk asas jati diri dan sahsiah kanak-kanak dalam
pembangunan masa depan negara. Oleh itu, menjadi dasar Kementerian Pelajaran
untuk memastikan guru-guru yang mengajar kelas prasekolah terdiri daripada guru-guru
yang berkelayakan, berkemahiran dan terlatih dalam bidang pendidikan awal kanakkanak atau prasekolah.
Justeru itu, Kerajaan sentiasa mempertingkatkan kelayakan pendidikan guru
sehinggalah sekarang sudah ada guru prasekolah yang mempunyai kelayakan ijazah
pertama dan ijazah kedua mengajar di kelas-kelas prasekolah Kementerian
Pelajaran Malaysia. Meningkatnya status kelayakan guru prasekolah bermakna
semakin mendalam ilmu yang dimiliki oleh seseorang guru prasekolah. Pengetahuan
atau kemahiran yang diperolehi oleh guru itu membolehkan seseorang guru
menggunakan
ilmu
yang
dipelajari
untuk
mempelbagaikan
kaedah
dan gaya penyampaian dalam pengajarannya. Oleh itu, murid akan memahami
pengajaran yang disampaikan dengan lebih mudah. Hal ini adalah kerana dalam
pendidikan prasekolah, guru hendaklah kreatif dalam mempelbagaikan pendekatan,
kaedah, serta teknik pengajaran dan pembelajaran agar dapat membantu kanak-kanak
memperkembangkan diri, keupayaan, bakat, dan minat kanak-kanak.

Anda mungkin juga menyukai