Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN

SETIAP JAWATANKUASA KERJA

LAPORAN AJK PENGANGKUTAN LAWATAN ILMIAH PJM

SEBELUM LAWATAN
Pengangkutan adalah salah satu jawatankuasa yang penting dalam lawatan
ilmiah yang bertempat di Pulau Pinang ini. Jawatankuasa ini dibentuk untuk
melancarkan pergerakan para peserta.
Sebelum program ini dijalankan beberapa persiapan awal telah di buat oleh
jawatankuasa pengangkutan. Selepas Kertas Kerja Lawatan Ilmiah di luluskan
baharulah kami menghubungi En Thanabal Desan untuk mengambil Kertas Kerja
Lawatan dan membuat satu salinan untuk digunakan sebagai lampiran dan bukti
sokongan program ini. Kami mengisi borang permohonan penggunaan kenderaan
(bas) untuk kelulusan Pengarah dari Intitusi Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul
Halim. Setelah semua permohonan diluluskan, program lawatan ini menerima
sebuah bas dan sebuah Van yang boleh memuatkan sebanyak 43 orang peserta di
mana dapat diisi oleh pelajar-pelajar kelas Sains 8Q, Sains 8R, Sains 6F. Dua orang
pemandu iaitu Encik Rosli dan Encik Akmal Hisham telah menjadi pemandu untuk
program lawatan ini. Sebelum hari bertolak Ajk pengakutan telah berbincang
bersama pemandu supaya waktu bertolak dan tempat berkumpul sebelum bertolak di
tetapkan. Alhamdulillah pada jam 7.30 pagi bersamaan dengan 11 April 2015 kami
bertolak dan sampai di MSN Pulau Pinang pada jam 9.00 pagi.

SEMASA LAWATAN
Pada hari lawatan semua Siswa Pelajar berkumpul tepat pada waktunya dan
setelah membaca doa perjalanan kami memulakakan perjalanan ke destinasi.
Sampai di sana kami mengikuti semua tentatif program yang di rancang oleh AJK
program lawatan ilmiah ini. Kami sebagai AJK pengakutan sentiasa mengambil
berat dalam hal pengangkutan seperti semua peserta yang terlibat sentiasa cukup
untuk menaiki bas dalam setiap perjalanan untuk ke program yang dijalankan di
sana. Kami bertolak balik pada jam 12.00 petang dari Pejabat Belia dan Sukan
Negeri Pulau Pinang dan tiba di IPG KSAH pada pukul 1.10 petang.

SELEPAS LAWATAN
Alhamdullilah tiada masalah yang berlaku. Secara keseluruhannya, hal-hal
berkaitan pengangkutan dapat diselesaikan dengan baik dan sempurna di mana
ianya merangkumi aspek pengangkutan peserta dan barang-barang yang dibawa.
AJK pengangkutan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta dan
semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam
menjayakan projek Lawatan Ilmiah pada kali ini. Diharapkan program ini dapat

dijadikan panduan atau diberikan penambah baikan untuk keperluan di masa


hadapan. Sekian

KEKUATAN
Kami AJK Pengangkutan berpuas hati dengan tugas kami bagi dalam
menguruskan pengangkutan untuk Program Lawatan Ilmiah ini. Semua peserta
lawatan telah selamat pergi dan selamat pulang ke IPG seperti waktu yang telah
dirancangkan dengan Izin Allah S.W.T

Di sediakan oleh ,
MOHD KAMARUZAMAN BIN MOKHTAR
AJK PENGANGKUTAN
PROGRAM LAWATAN ILMIAH