Anda di halaman 1dari 15

KURSUS: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

KKD 2063
PEMBANGUNAN SAHSIAH
TUGASAN 2 (20%)
SEMESTER 1 SESI 2012
NO. MATRIK PELAJAR

: D20112053415

NAMA PELAJAR

: CHUNG YUN SEAN

NO. KAD PENGENALAN

: 841120-06-5375

PENSYARAH

: NUZSEP ALMIGO

KUMPULAN E-LEARNING: PHG 04

KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH


TAJUK:
Perubahan sahsiah adalah proses pertumbuhan diri kesan daripada interaksi dalaman
(psikologi) dan input persekitaran luaran. Kursus Pembangunan Sahsiah telah dibina
khusus sebagai input perubahan karektor seorang pendidik yang professional dan
berkesan.
i.

Merujuk kepada kursus Pembangunan Sahsiah, jelaskan empat (4) perkara


utama yang cuba diterapkan kepada guru-guru.

ii.

Huraikan dengan memberi contoh yang jelas bagaimana kursus


Pembangunan Sahsiah memberi kesan kepada perubahan karektor diri
anda.

Disediakan oleh:
Chung Yun Sean

Pensyarah:
Nuzsep Almigo

Kumpulan: PHG 04
SEMESTER 1 Sesi 2012
Pengenalan

Penampilan fizikal, sikap, tingkah laku, pemikiran, perasaan, sosial dan rohani
individu dapat dirangkumi dalam pembangunan sahsiah. Seseorang individu dapat dinilai
sahsiahnya berdasarkan semua aspek tersebut. Penampilan fizikal yang kemas, sikap
yang beramah mesra, tingkah laku yang boleh diterima oleh norma dan nilai masyarakat,
dapat mengawal perasaan diri, boleh bergaul mesra dengan orang lain serta memegang
kepada nilai agama sendiri dapat menunjukkan seseorang individu yang mempunyai
sahsiah yang baik. Manakala, cenderung kepada masalah disiplin, tingkah laku devian,
penyalahgunaan dadah dan memegang nilai-nilai atau budaya yang bercanggah dengan
norma masyarakat adalah individu yang dikatakan mempunyai sahsiah yang bermasalah.
Pendidikan yang melibatkan para pendidik perlu fokus dalam pembangunan
sahsiah. Secara umumnya, keunikan dengan maksud tersendiri, kesesuaian atau
keupayaan untuk berubah, hasil pembelajaran dan organisasi merupakan ciri-ciri sahsiah.
Dengan perkataan lain, ia bukan sekadar himpunan tingkah laku, tetapi melibatkan corak
tingkah laku dan operasi yang bersifat konsisten.
Sahsiah merangkumi empat aspek berikut iaitu kognitif, rohani, fizikal dan sosial.
Pada masa dahulu, manusia tidak dikaitkan dengan bidang psikologi apabila
memperkatakan tentang sikap walaupun kajian terhadapnya telah dilakukan sekian lama.
Pada awalnya, naluri mempengaruhi idea-idea ahli psikologi memikirkan tingkah laku
manusia, diikuti pula dengan teori tingkah laku yang mengatakan manusia menghasilkan
tingkah laku adalah kesan daripada pembelajaran kerana manusia dianggap seperti mesin
dan minda manusia adalah kosong. Setelah timbul kesedaran bahawa otak manusia
adalah berfungsi untuk melahirkan tingkah laku, maka lahirlah teori-teori yang mengkaji
bagaimana minda manusia memainkan peranannya.
Kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami, mengingati
perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing merupakan kemahiran
kognitif. Ia melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengkategori, merancang,
menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-lain. Kemahiran
kognitif ini penting untuk kelangsungan hidup seseorang individu.
Pengenalan Pembangunan Sahsiah

Selepas mendapat satu gambaran menyeluruh berkaitan dengan pembangunan


sahsiah, pengenalan pembangunan sahsiah dan memahami maksud sebenar pembangunan
sahsiah secara am dan juga berdasarkan beberapa perspektif yang berbeza.
Sahsiah adalah perkataan Bahasa Arab yang membawa maksud keperibadian atau
peribadi. Maksud peribadi adalah manusia sebagai diri sendiri, sifat-sifat iaitu kelakuan
dan sikap seseorang yang sudah sebati dengan diri sendiri untuk membentuk watak
dirinya. Ia juga menggambarkan sifat personaliti unik individu yang membezakan dirinya
dengan individu yang lain. Menurut Siti Fatimah, sahsiah sistem tingkah laku individu
dirujuk oleh pengenalan Pembangunan Sahsiah. Ini bermaksud setiap individu ada cara
bertindak yang tersendiri dan cara bertindak itu adalah lebih kurang sama dari sehari ke
sehari. Namun, sahsiah sebagai perkaitan antara penilaian, perasaan, emosi dan perlakuan
manusia. Sahsiah atau personaliti adalah corak keseluruhan seseorang individu yang
merangkumi cara seseorang berfikir, berasa, bertingkah laku dan berhubung dengan alam
sekitarnya telah didefinisikan oleh Abdul Majid dan Rahil.
Selain itu, sahsiah juga merujuk kepada pembentukan psikologi seseorang
individu secara keseluruhan dan merangkumi perangai, kecerdasan, sentimen, sikap,
minat, kepercayaan, cita-cita dan nilai-nilai. Allport menyatakan sahsiah adalah
organisasi dinamik sistem psikofizikal pada seseorang individu yang menentukan tingkah
laku dan fikirannya yang khusus. Sahsiah manusia boleh diperhati, dikenalpasti dan
diperihalkan. Pembangunan sahsiah merujuk kepada aspek perubahan pada diri manusia
itu sendiri sama ada perubahan itu ke arah positif atau negatif. Individu yang berdikari
dengan segala nilai positif yang murni dibentuk oleh perubahan yang positif.
Pembangunan sahsiah juga dimaksudkan sebagai membina akhlak, peribadi dan
tingkah laku dengan matlamat menjadikan seseorang itu bertamadun, intelek, murni dan
berdaya maju. Maka, fokus pembangunan tersebut merangkumi tingkah laku secara
keseluruhan sama ada dalaman atau luaran dan dapat dirumuskan bahawa sahsiah ialah
ciri-ciri keseluruhan tingkah laku yang tetap pada seseorang individu, tetapi berlainan
dengan orang lain. Ia mewakili perwatakan seseorang individu yang dapat diperhatikan
dan dinilai melalui tingkah laku yang ditunjukkannya.
Empat perkara utama yang cuba diterapkan kepada guru-guru:

Perubahan sahsiah adalah proses pertumbuhan kendiri yang mengambil kira


pengalaman lalu dengan individu lain dalam pelbagai bidang dapat membantu diri untuk
membuat perubahan adaptif bagi mencapai kepuasan dalam kehidupan. Kita berhadapan
dengan konflik dalaman yang perlu diselesaikan untuk membawa diri kepada peringkat
pertumbuhan diri yang seterusnya dalam hidup semasa proses perubahan. Pertumbuhan
yang membawa perubahan sahsiah ini memberi kesan langsung terhadap tahap
produktiviti diri.
Bagi mencorakkan diri, setiap individu mempunyai sahsiah diri yang tersendiri
bagi menjadi piawaian ke arah pencapaian dalam kehidupan. Cara membentuk
pengalaman yang telah ditempohi mahupun yang akan datang dapat dibantu daripada
sahsiah diri. Pencapaian yang telah dikecapi termasuk jangkaan tentang masa depan akan
mempengaruhi sahsiah diri. Sahsiah diri sendiri dan individu lain juga mempegaruhi
keadaan kesihatan diri. Sahsiah diri yang dimiliki berupaya menghadkan atau
membolehkan kita mencuba segala peluang dan pilihan yang ada.
Memerihalkan sahsiah secara menyeluruh tentang keputusan berdasarkan persepsi
terhadap sahsiah yang dimiliki oleh individu. Kita memberikan penjelasan tentang
kriteria tertentu berdasarkan pemerhatian tingkah laku daripada orang lain. Keupayaan
memberikan penjelasan ini bukan sahaja membantu kita untuk memperolehi jawapan dari
perasaan ingin tahu yang timbul tetapi boleh memberikan kita rasa kawalan dalam
kehidupan.
Menjangkakan dan meramalkan tingkah laku berdasarkan pengalaman kehidupan
dan interaksi dengan pelbagai individu yang dilalui. Kesannya, ia dapat membantu
seseorang untuk membuat perancangan dan menjadikan diri lebih peka tentang cara
bertindakbalas pada masa akan datang yang bersesuaian dengan situasi. Guru akan dapat
mengenalpasti keupayaan dan potensi yang dimiliki oleh setiap murid. Selanjutnya
berusaha menggalakkan murid melibatkan diri dalam peluang seperti proses pengajaran
danpembelajaran, aktiviti ko-kurikulum secara optimum.
Penjelasan secara teoritikal dengan menggunakan perkataan yang lebih dalam
konteks bahasa yang diterima adalah perlu bagi memerihalkan sahsiah seseorang secara
lebih jitu. Pengalaman diri sedia ada hasil dari interaksi adalah belum mencukupi untuk

memerihalkan sahsiah seseorang secara lebih jitu. Ia perlu disepadukan dengan


penjelasan formal secara teoritikal dan kepelbagaian bidang dan individu. Individu dapat
menjelaskan ciri-ciri sahsiah secara menyeluruh dan bagaimana seseorang melihat dunia
persekitarannya melalui penjelasan secara teori.

Ciri-ciri Guru Berkesan


Guru merupakan arkitek pembangunan negara peranan yang sangat penting
kepada guru dalam profesion mereka. Murid pada hari ini adalah pemimpin masa
hadapan. Seorang guru mempunyai ciri-ciri yang berkesan dalam menjalankan tugas
mulia ini. Guru berperanan untuk membina murid-murid yang akan menjadi masyarakat
yang mempunyai ciri-ciri glokal, patriotik dan semangat cintakan negara semasa dalam
kelas .
Profesional
Profesional dalam menyahut usaha kerajaan untuk menjadikan pembelajaran
bertaraf dunia, guru-guru perlu bersikap profesional. Seorang guru yang profesional
memiliki sikap yang cintakan ilmu, mempunyai iltizam yang tinggi, beretika dan juga
kompeten. Mereka berusaha untuk mendapatkan ilmu secara formal dan tidak formal.
Contohnya, guru sentiasa bersedia untuk berubah seiring dengan peredaran masa dan
sentiasa menyahut cabaran untuk meninggikan tahap pencapaian masing-masing.
Seterusnya, proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bertambah baik dan
matang.
Guru perlu berusaha untuk meningkatkan kendiri mereka melalui penyelidikan
tindakan, refleksi, mengamalkan budaya ilmu, menghadiri Kursus Peningkatan
Profesionalisme Keguruan dan mengamalkan budaya pembelajaran sepanjang hayat bagi
meningkatkan tahap profesionalisme guru.
Guru-guru perlu menghadiri sesi latihan dalam perkhidmatan dan berkolaborasi
sesama rakan sejawat bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka.

Kemahiran ikhtisas ini sangat penting bagi setiap guru kerana ini akan mendorong guru
menyampaikan pengajaran bermutu kepada pelajar. Paling penting, guru hendaklah
sedaya upaya meningkatkan teknik pengajaran dalam bilik darjah kearana keberkesanan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah perlulah dikaji agar murid dapat
impak yang maksima.
Guru boleh mengikuti kursus-kursus peningkatan profesionalisme yang
dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah mahupun Bahagian
Pendidikan Guru supaya dapat memperkembangkan kemahiran. Kursus-kursus ini
termasuklah Kursus Dalam Perkhidmatan dan Kursus Dalaman yang dilaksakan oleh
pihak sekolah.
Keadaan dan masalah dalam amalan-amalan pendidikan dikesan terutamanya
mencari kelemahan-kelemahan atau masalah yang terdapat dalam sistem pendidikan atau
pengajaran seorang guru adalah tujuan penyelidikan tindakan. Menurut Kurt Lewin,
penyelidikan tindakan merangkumi empat peringkat iaitu, merancang, bertindak,
memerhati dan membuat refleksi. Contohnya guru membuat kajian penyelidikan tindakan
untuk mengetahui strategi, kaedah dan teknik yang paling sesuai untuk mengajar,
perancangan aktiviti, pemulihan dan pengayaan, penggunaan bahan-bahan pengajaran
dan pengurusan aktiviti kumpulan. Namun topik yang hendak dikaji perlu berkait dengan
masalah pengajaran yang sebenar di dalam bilik darjah tidak seharusnya dilupakan oleh
guru. Seterusnya, guru dapat memperbaiki dan mengubahsuai semula kaedah mengajar
supaya keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah tercapai dan
refleksi pula penting untuk mengetahui kebaikan dan kelemahan pengajaran dan
pembelajaran.
Refleksi sangat wajar dibuat bagi setiap sesi pengajaran dan pembelajaran agar
guru dapat memikirkan kaedah terbaik dalam pengajaran. Terdapat enam bidang yang
perlu diberi perhatian iaitu budaya membaca, budaya berfikir, budaya belajar, budaya
berkarya, bermusyawarah dan refleksi bagi meningkatkan budaya ilmu. Guru yang
mempunyai konsep kendiri yang baik seperti yakin, bersikap terbuka, percaya dan
mempunyai nilai-nilai diri yang baik akan membantu menjadikan mereka guru yang
berkesan.

Guru perlu menguasai atau mempunyai pengetahuan dasar minimum yang


mencukupi sebagai guru bagi menjamin bahawa seorang guru itu profesional.
Pengetahuan isi kandungan, pengetahuan pedagogi am, pengetahuan kurikulum,
pengetahuan kandungan pedagogi, pengetahuan tentang pelajar dan ciri-ciri diri,
pengetahuan konteks penting dan pengetahuan falsafah, matlamat, tujuan, nilai dan
sejarah pendidikan merupakan pengetahuan minimum.
Satu perkara yang tidak kurang penting ialah kepekaan guru terhadap
perkembangan pendidikan negara dan di dunia. Setiap guru perlu bersedia untuk
menerima sebarang perubahan dalam pendidikan termasuk menerima inovasi baru,
belajar kaedah terbaik, menggunakan teknologi terkini dan menilai keberkesanan
pendidikan yang diaplikasikan di luar negara.
Kreatif
Menurut kamus Websters, pemikiran kreatif merupakan kebolehan untuk
mewujudkan sesuatu yang baru. Guru boleh melakukan pengajaran dan pembelajaran
dengan sesuatu cara yang unik nutuk menunjukkan kreatif. Guru haruslah berfikir di luar
kotak, melihat sesuatu daripada perspektif baru, membuka minda dengan idea-idea baru,
menerbitkan idea besar kepada idea- idea yang lebih kecil, berfikir secara fleksibel dan
membuat sintesis, imaginasi dan visualisasi.
Contohnya, semasa proses mencerna minda pelajar, guru menggunakan daya
imaginasi mereka. Guru boleh mengemukakan soalan-soalan yang umum apabila
memulakan pengajaran mereka. Ini dapat membuka minda pelajar supaya dapat berfikir
di luar kotak. Selain itu, penggunaan media- media seperti media berbentuk visual, audio,
teks dan grafik yang membantu menjana minda pelajar ini perlulah selaras dengan
strategi pedagogi yang sesuai agar objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai.

Inovatif

Inovatif berasal dari perkataan Latin yang bermaksud pembaharuan. Inovatif


adalah kemampuan membuat transformasi atau mencipta sesuatu yang baru sama ada
dalam bentuk sumber atau kaedah yang relevan dalam pengajaran dan pembelajaran agar
dapat menjana minda murid- murid untuk menerima ilmu dan kemahiran yang diajar.
Inovatif seorang guru adalah merangkumi kebolehan mengubahsuai teknik atau kaedah
sedia ada kepada cara yang lebih baik lagi.
Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk guru-guru di Malaysia berusaha
mewujudkan Anugerah Guru Inovatif. Tujuannya ialah mengenalpasti guru atau
kumpulan guru yang telah melahirkan idea dan usaha kreatif dan inovatif dalam
pelaksanaan kurikulum di peringkat sekolah. Selain itu, pengiktirafan dan penghargaan
kepada guru atau kumpulan guru yang dikenal pasti sebagai kreatif apabila kewujudan
anugerah. Guru menggalak berusaha mencari idea-idea baru dalam melaksanakan
kurikulum dan berkongsi dengan guru-guru lain bagi meningkatkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran.
Terdapat beberapa strategi yang dapat digunakan untuk melahirkan guru yang
kreatif dan inovatif ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Murid dapat membantu
mencerna minda dalam penggunaan daya imaginasi. Pemilihan dan pengaplikasian media
pengajaran membantu murid meneroka ke tempat yang tidak dapat atau mustahil untuk
diterokai. Contohnya, pemberian gambaran visual kepada murid melalui guru membawa
murid meneroka ke kawasan gurun, dasar lautan ataupun angkasa lepas. Dengan cara ini,
murid dapat melihat perkaitan atau menyerap ilmu pengetahuan dengan lebih baik.
Rumusannya, dalam pengajaran dan pembelajara, guru hendaklah mempunyai
sikap kreatif dan inovatif. Ini dapat memahirkan guru dalam merancang cara mengajar
yang paling sesuai untuk murid-muridnya. Selain itu, daya kreatif dan inovatif guru juga
boleh mempengaruhi minat dan kebolehan murid. Dalam pengajaran dan pembelajaran,
daya kreatif dan inovatif guru yang dapat merangsang murid dalam proses menerima
ilmu pengetahuan malalui penggunaan ICT.

Integriti

Integriti ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada
individu anggota perkhidmatan pelajaran dan organisasi pelajaran berlandaskan etika dan
piagam pelanggan berdasar sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan
terbaik. Kod etika dan piagam pelanggan diamal dan dihayati oleh anggota organisasi
yang akhirnya menjadi budaya kerja organisasi, melaksana amanah dan kuasa yang
dipertanggungjawab dengan memberi keutamaan kepada kepentingan awam.
Ciri-ciri positif yang wujud pada individu dan sesebuah organisasi merupakan
intergriti. Menurut kamus Oxford, intergriti bermaksud quality of being honest and
having strong moral principles, the state of being whole and undivided. Kamus Dewan,
Edisi ke-3 mentakrifkan intergriti sebagai keadaan sempurna dan utuh. Manakala Collin
English Dictionary (1994), pula mentakrifkan intergriti sebagai adherence to moral
principles, honesty, wholeness, soundness.
Antara perkara yang terkandung dalam integriti ialah melaksanakan amanah
mengikut kepentingan awam, mengutamakan kepentingan awam dan telus serta tulus.
Isu-isu seperti penyelewengan dan salah guna kuasa tidak patut berlaku. Guru seharusnya
mengutamakan kepentingan murid melebihi kepentingannya sendiri dalam konteks
pengajaran guru di dalam kelas. Contohnya, guru memilih tajuk dan kaedah yang sesuai
untuk keperluan murid berbanding kaedah yang disukai guru. Ketika proses pengajaran
dan pembelajaran berlangsung, guru hendaklah bersikap jujur dan memberi layanan yang
adil kepada murid-murid.
Pada 6 September 2007, YB. Dato Sri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri
Pelajaran Malaysia pada ketika itu telah membentangkan satu kertas kerja yang bertajuk
mewujudkan Masyarakat Malaysia Berintergriti Melalui Sistem Pendidikan Berkesan.
Menurutnya, sebuah pelan induk yang dinamakan telah dirangka oleh Pelan Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 2010 merupakan sebuah pelan
yang komprehensif dan holistik serta dilaksanakan untuk memastikan modal insan yang
dibangunkan dapat memenuhi hasrat dan cabaran yang dinyatakan.
Guru selaku pendidik perlu bertanggungjawab dan bertindak sewajarnya terhadap
murid. Antara tanggungjawab tersebut ialah seperti sentiasa memikirkan masa depan
murid, ada tahap kesabaran yang tinggi, bersifat pengasih dan penyayang, pupuk suasana

seronok belajar, beri pengharapan baru, bentuk roh dan sahsiah terpuji dan ada kapasiti
mengubah murid menjadi yang terbaik.
Semangat Berpasukan
Menurut kamus Websters New World, kerja berpasukan bermaksud perkara yang
dilakukan bersama sekumpulan orang di mana setiap orang yang berada di bawahnya
adalah individu yang berkepentingan dan memberi sumbangan kepada kecekapan
kumpulan tersebut. Oleh itu, apabila semua ahli yang terlibat memberi sumbangan dan
terlibat aktif dan bekerja menuju tujuan yang sama kerja, berpasukan yang berkesan
dihasilkan. Semangat berpasukan juga menghasilkan kerja berpasukan yang berkualiti
tinggi. Guru tidak boleh bekerja secara individu terutamanya untuk menyelesaikan
masalah-masalah yang rumit. Semangat berpasukan dapat mencetuskan pernyataan
perasaan, inovasi dan percambahan idea yang lebih baik dan kreatif.
Semangat berpasukan yang tinggi diperlukan dalam kerja berpasukan. Terdapat
beberapa perbezaan antara kumpulan dan pasukan. Di sesebuah sekolah, guru mungkin
adalah sebagai kumpulan tetapi yang lebih penting, guru seharusnya bekerja sebagai satu
pasukan. Ahli dalam kumpulan bekerja secara bebas dan tidak bekerja untuk tujuan yang
sama. Pasukan pula bekerja saling bergantungan, mempunyai tujuan peribadi dan
pasukan, memahami matlamat dan saling menyokong antara satu sama lain. Ahli
kumpulan menumpukan kepada diri mereka sendiri kerana mereka tidak terlibat dalam
perancangan antara ahli. Komited terhadap matlamat mereka dapat menyebabkan ahli
pasukan pula merasakan pemilikan terhadap peranan mereka dalam kumpulan ini. Selain
itu, apa yang mereka katakan dan takut mengajukan soalan, ahli kumpulan perlu berhatihati. Mereka tidak sepenuhnya memahami apa yang terjadi dalam kelompok mereka
menyebabkan hal ini berlaku. Sementara itu, matlamat yang ditentukan dalam pasukan
akan menggalakkan semua ahli pasukan mengekspresikan pendapat, pandangan dan
pertanyaaan yang pelbagai.
Menurut Larson dan La Fasto dalam buku mereka berjudul Teamwork: What
Must Go Right/ What Can Go Wrong (Sage Publications 1989), terdapat beberapa ciriciri pasukan yang berkesan. Pasukan mestilah mempunyai tujuan yang jelas. Setiap ahli

hendaklah memahami tujuan tersebut dan tahu peranan masing-masing. Pada masa yang
sama, pasukan perlu mempunyai struktur berasaskan keputusan dan harus membuat
tindakan yang akan menghasilkan sesuatu keputusan yang diingini. Setiap ahli mestilah
memberikan komitmen dan bersatu. Suasana dalam pasukan hendaklah berkolaborasi
dalam mencapai matlamat yang sama dan saling bekerjasama. Mereka saling melengkapi
antara satu sama lain walaupun semua guru tidak semestinya melakukan perkara yang
sama. Pasukan sentiasa positif menerima sokongan luaran dan dorongan agar mereka
mencapai matlamat.
Berorientasikan pelanggan
Kita perlu mengamalkan sikap berorientasikan pelanggan sebagai seorang guru.
Pelanggan sekolah terdiri daripada murid-murid dan ibu bapa mereka. Ibu bapa terdiri
daripada ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru di Malaysia. Guru yang menjadi agensi
perkhidmatan juga tidak terlepas daripada memberikan perkhidmatan terbaik yang
berorientasikan pelanggan. Terdapat empat perkara yang akan dibincangkan dalam
perkhidmatan berorientasikan pelanggan iaitu responsif, proaktif, mesra dan berkualiti.
Kesemua perkara ini terkandung dalam Lampiran Pekeliling Kemajuan Pentadbiran
Awam Bilangan 1 Tahun 2008: Panduan Pengurusan Perhubungan Pelanggan.
Kerajaan telah menyatakan beberapa ciri kualiti Perkhidmatan Pelanggan yang
dibahagikan kepada 3 kategori iaitu fizikal, penyampaian dan emosi dalam pekeliling
tersebut. Komponen fizikal mengandungi persekitaran yang kondusif dan kemudahan
sokongan. Dalam komponen penyampaian pula mengandungi kebolehpercayaan,
responsif, menepati masa, ketepatan, mudah diperoleh, mudah difahami, kompeten,
kredibiliti dan keselamatan. Terakhir, komponen emosi mengandungi mesra dan adil,
mendengar dan memahami dan menghormati.
Responsif bermaksud menyampaikan perkhidmatan yang responsif yang
memenuhi ciri- ciri seperti cepat memberi respons kepada semua urusan pelanggan dan
memaklumkan sehingga urusan selesai. Kita mempunyai beberapa tanggungjawab yang
perlu diselesaikan dengan segera di sekolah seperti urusan biasiswa, mencatat buku

prestasi murid dan memaklumkan perkembangan murid kepada ibu bapa. Guru
hendaklah sentiasa responsif terhadap urusan-urusan sebegini.
Guru juga perlu sentiasa menawarkan perkhidmatan yang konsisten kepada
pelanggan dari segi kualiti pengajaran dan pembelajaran serta menepati piagam yang
telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). NKRA digariskan oleh
KPM sebagai piawai yang patut dipatuhi oleh pihak sekolah pada masa kini. Biasanya,
dalam setiap kelas terkandung Piagam Pelanggan yang menggariskan amalan yang patut
dilaksanakan oleh guru termasuk menepati masa.
Justeru itu, borang, arahan, panduan perkhidmatan dan maklumat-maklumat yang
diperlukan juga hendaklah disediakan dengan jelas. Contohnya, bagi urusan pendaftaran
dan pengesahan kanak-kanak masuk sekolah, Borang Maklumat Murid dan sebagainya
hendaklah diserahkan berserta arahan yang jelas kepada ibu bapa. Guru-guru juga
diminta lebih kompeten iaitu berpengetahuan dalam menjalankan tanggungjawab masingmasing.
Guru seharusnya berususan dengan murid dan ibu bapa tanpa mengira pangkat
dan kedudukan serta lebih mesra dan adil kepada mereka dari segi emosi. Selain itu, guru
yang sentiasa mendengar dan memahami perkara yang dibangkitkan oleh pelanggan dan
mengambil tindakan yang sewajarnya menunjukkan dia mempunyai sahsiah yang baik.
Menghormati ibu bapa juga penting selain guru memberi layanan dengan penuh rasa
hormat.
Guru yang mementingkaan keselesaan murid mereka ialah guru yang mempunyai
sahsiah yang tinggi dari segi fizikal. Kebersihan dan suasana di sekolah juga turut
memainkan peranan yang penting dalam persekitaran kelas yang kondusif. Pada pendapat
saya, kebersihan dan keceriaan juga akan meningkatkan motivasi murid untuk hadir ke
sekolah dan mengikuti sesi pembelajaran dan pengajaran dengan lebih menyeronokkan.

Kesimpulan

Sahsiah yang baik dan memenuhi etika bagi memartabatkan profesion perguruan
harus diterapkan oleh stiap guru. Guru juga perlu mematuhi Kod Etika Perguruan.
Namun begitu, terdapat beberapa faktor dan mekanisme yang mengawal tingkah laku
manusia.
Faktor-faktor

tersebut

ialah

keperluan

kehidupan,

nilai-nilai

hidup,

penguatkuasaan, undang-undang, pendidikan agama dan budaya kerja. Selain itu, etika
perguruan dan memiliki sahsiah yang baik juga harus dipatuhi oleh guru ketika
melaksanakan tugas mulia ini. Guru perlu melakukan muhasabah diri dengan cara
menilai diri, menghitung kebaikan dan keburukan yang telah kita lakukan.

Rujukan

Abd. Majid Mohd Isa & Rahil Mahyuddin (1995). Psikologi pendidikan 1: Pertumbuhan
dan perkembangan. Petaling Jaya: Longman.

Atan Long (1976). Psikologi pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Comer, R., & Gould, E. (2011). Psychology around us. East Sussex: Psychology Press Ltd.

Corey, G (2008). Theory and practise of counseling and psychotherapy. (8th Ed.). Pacific
Grove, CA: Brooks/ Cole.

Ee Ah Meng (1996). Psikologi pendidikan 1: Psikologi perkembangan. Kuala Lumpur: Fajar


Bakti.

Foo Say Fooi (2005). Etika perguruan: Jaminan peningkatan profesionalisme. Serdang:
Penerbit Universiti Putra Malaysia

Anda mungkin juga menyukai