Anda di halaman 1dari 16

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI


PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
TINGKATAN 1

DSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 1


15 Mac 2012

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara."

DSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 1


15 Mac 2012

PENDAHULUAN
Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM)
dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.
Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah
menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.
Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial.

DSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 1


15 Mac 2012

TAFSIRAN
o

Band ialah label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki bagi tujuan pelaporan
individu.

Standard ialah pernyataan tentang sesuatu domain yang merujuk tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberikan
gambaran holistik tentang individu.

Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur merujuk standard dan
menunjukkan kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu
terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan secara menegak (band).
Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih petunjuk prestasi menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul
untuk menggambarkan penguasaan hasil pembelajaran.

Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan perkara yang diketahui dan dikuasai oleh murid berdasarkan standard yang
dapat ditaksir dan dicapai.

Evidens :

Murid

Instrumen

Pernyataan yang menerangkan cara-cara murid melaksanakan perkara yang diketahui dan dikuasai
berdasarkan deskriptor.
Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan
dalam bentuk produk atau proses seperti penulisan, laporan, foto, grafik, artifak, dan lain-lain.

Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian
bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali dan lain-lain.

DSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 1


15 Mac 2012

KERANGKA STANDARD PRESTASI


BAND

STANDARD

Tahu

Tahu dan Faham

Tahu, Faham dan Boleh Buat

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali

DSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 1


15 Mac 2012

TAFSIRAN BAND
BAND

PERNYATAAN BAND

TAFSIRAN

TAHU

Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau
memberikan respons kepada perkara yang asas.

TAHU DAN FAHAM

Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau


menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.

TAHU, FAHAM DAN BOLEH


BUAT

Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan


kemahiran dalam satu-satu situasi.

TAHU, FAHAM DAN BOLEH


BUAT DENGAN BERADAB

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu


mengikut prosedur atau secara sistematik.

TAHU, FAHAM DAN BOLEH


BUAT DENGAN BERADAB
TERPUJI

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dalam situasi baru, dengan


mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap
positif.

TAHU, FAHAM DAN BOLEH


BUAT DENGAN BERADAB
MITHALI

Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai


keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta
cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk
mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang
sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

DSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 1


15 Mac 2012

sesuatu

MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI


Pendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.

OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI


Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Tingkatan 1, murid dapat:
1.

Mengetahui maksud komponen-komponen kecergasan seperti daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan,
kelenturan, kuasa, dan kelajuan

2.

Melibatkan diri dan mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal untuk membina kemahiran motor dan kecergasan fizikal

3.

Mengaplikasikan kemahiran asas dalam permainan, olahraga, gimnastik pendidikan, pergerakan kreatif, gimnastik irama dan
pendidikan pergerakan dengan betul dan selamat

4.

Memahami dan mematuhi arahan serta peraturan dalam semua aktiviti bagi menjaga keselamatan

5.

Melibatkan diri dalam pengurusan alatan sukan dan permainan serta mengetahui isu-isu dalam sukan dan permainan

6.

Berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan semasa beraktiviti dalam suasana yang riang dan menggembirakan

DSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 1


15 Mac 2012

MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN


Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap
kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat.

OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN


Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Tingkatan I, murid dapat:
1.

Memahami kesan malnutrisi

2.

Memahami institusi kekeluargaan dan isu berkaitan

3.

Memahami peranan dan tanggungjawab setiap ahli keluarga

4.

Memahami masalah remaja dan cara menghadapinya

5.

Memahami keperluan makanan berdasarkan piramid makanan

6.

Mengklasifikasikan ubat dan dadah

7.

Mengaplikasi prinsip dan prosedur Danger, Response, Airways, Breathing, Circulation ( D.R.A.B.C.)

DSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 1


15 Mac 2012

BAND

PERNYATAAN STANDARD

Tahu tentang komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan
kesukanan serta kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, kebersihan dan keselamatan persekitaran.

Tahu dan faham tentang komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan
dan kesukanan serta kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, kebersihan dan keselamatan persekitaran.

Tahu, faham dan boleh melakukan aktiviti dalam komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi,
pendidikan pergerakan dan kesukanan serta boleh mengurus kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat,
kebersihan dan keselamatan persekitaran.

Tahu, faham dan boleh mengaplikasikan komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi,
pendidikan pergerakan dan kesukanan dalam aktiviti harian dengan betul dan selamat serta membentuk sikap
positif terhadap kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, kebersihan dan keselamatan persekitaran
berasaskan pengetahuan dan pengalaman.

Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kebolehan semasa beraktiviti dalam gaya hidup sihat,
berkemahiran merancang, berkomunikasi dan empati dengan orang lain serta berupaya mengendalikan emosi
dalam mengurus hidup secara positif, sihat dan selamat.

Memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran secara sistematik dan berterusan dan menjana kreativiti
minda menjurus kepada gaya hidup sihat serta sejahtera serta berkeupayaan meningkatkan kualiti kehidupan
secara keseluruhan bagi membentuk gaya hidup sihat.

DSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 1


15 Mac 2012

BAND
1
Tahu

PERNYATAAN STANDARD
B1

DESKRIPTOR

B1 DJ1
komponen Mengetahui komponen kecergasan
fizikal, fizikal.

Tahu tentang
kecergasan
kemahiran
sukan
dan
rekreasi,
pendidikan B1 DJ2
pergerakan dan kesukanan Mengetahui kemahiran asas
permainan dan olahraga.
serta kesihatan diri dan
keluarga, gaya hidup sihat,
kebersihan
dan
keselamatan persekitaran.

B1 DK1
Mengetahui maksud malnutrisi dan
institusi kekeluargaan.

EVIDENS
B1 DJ1 E1
Menyatakan definisi komponen-komponen
kecergasan fizikal.
B1 DJ2 E1
Menyatakan kemahiran asas dalam permainan
bola sepak, bola jaring dan pingpong.
B1 DJ2 E2
Menyatakan fasa-fasa lakuan dalam larian
pecut dan lontar peluru.
B1 DK1 E1
Menyatakan maksud malnutrisi.
B1 DK1 E2
Menyatakan makna perkahwinan dan
kerukunan rumah tangga.

B1 DK2
Mengetahui maksud konflik, stres
dan penyalahgunaan bahan.

B1 DK2 E1
Menyatakan maksud konflik dan stres.
B1 DK2 E2
Menyatakan maksud penyalahgunaan bahan
seperti dadah dan ubat.

B1 DK3
Mengetahui hak dan tanggungjawab
pengguna.

DSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 1


15 Mac 2012

B1 DK3 E1
Menyenaraikan hak dan tanggungjawab
pengguna.

10

BAND
2
Tahu dan Faham

PERNYATAAN STANDARD
B2

DESKRIPTOR
B2 DJ1
Menyatakan organ dan otot dalam
komponen kecergasan fizikal.

Tahu dan faham tentang


komponen kecergasan
fizikal, kemahiran sukan
dan rekreasi, pendidikan
pergerakan dan kesukanan
serta kesihatan diri dan
keluarga, gaya hidup sihat,
kebersihan dan
keselamatan persekitaran. B2 DJ2

Menyatakan otot utama dalam


kemahiran sukan dan fasa-fasa
lakuan dalam olahraga.

EVIDENS
B2 DJ1 E1
Menyatakan organ-organ yang terlibat dalam
aktiviti daya tahan kardiovaskular.
B2 DJ1 E2
Menyatakan otot utama yang terlibat semasa
menjalankan aktiviti daya tahan otot, kekuatan
otot, kelenturan dan kuasa.
B2 DJ2 E1
Menyatakan otot utama yang terlibat dalam
kemahiran permainan bola sepak, bola jaring
dan pingpong.
B2 DJ2 E2
Menyatakan otot utama yang terlibat dalam
kemahiran lari pecut dan lontar peluru.
B2 DJ2 E3
Mengenal pasti fasa-fasa lakuan dalam acara
lari pecut dan lontar peluru.

DSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 1


15 Mac 2012

B2 DJ3
Menyatakan pergerakan asas
gimnastik.

B2 DJ3 E1
Menyatakan teknik-teknik lakuan dalam
kemahiran pendaratan dan kemahiran statik.

B2 DJ4
Mengetahui dan memahami asas
perkhemahan.

B2 DJ4 E1
Menyatakan ciri-ciri pemilihan tempat
perkhemahan, mendiri dan mengemas khemah
.

11

B2 DJ5
Memahami pengurusan sukan dan
isu-isu dalam sukan.

B2 DJ5 E1
Mengenal pasti alatan sukan dan permainan
mengikut saiz, bentuk dan berat objek.
B2 DJ5 E2
Menyenaraikan isu-isu dalam sukan dan
permainan.

B2 DK1
Mempunyai kefahaman tentang
malnutrisi dan institusi kekeluargaan.

B2 DK1 E1
Menjelaskan tanda, simptom dan kesan
malnutrisi.
B2 DK1 E2
Menyatakan cara menghormati orang yang
lebih tua, ahli keluarga yang sakit dan orang
berkeperluan khas.

B2 DK2
Mempunyai kefahaman tentang
kumpulan makanan, pengurusan
konflik dan stres.

B2 DK2 E1
Menyatakan kumpulan makanan dan fungsinya
dalam setiap aras piramid makanan.
B2 DK2 E2
Menyatakan sebab-sebab dan kesan berlaku
konflik dan stres.

B2 DK3
Mempunyai kefahaman tentang Hak
Kepenggunaan.

DSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 1


15 Mac 2012

B2 DK3 E1
Menyatakan peranan agensi yang terlibat dalam
hal ehwal pengguna

12

BAND
3
Tahu, Faham dan
Boleh Buat

PERNYATAAN STANDARD
B3

Tahu, faham dan boleh


melakukan aktiviti dalam
komponen kecergasan
fizikal, kemahiran sukan
dan rekreasi, pendidikan
pergerakan dan kesukanan
serta boleh mengurus
kesihatan diri dan
keluarga, gaya hidup sihat,
kebersihan dan
keselamatan persekitaran.

DESKRIPTOR

EVIDENS

B3 DJ1
Melakukan aktiviti komponen
kecergasan fizikal.

B3 DJ1 E1
Melakukan aktiviti daya tahan kardiovaskular, daya
tahan otot, kekuatan otot, kelenturan, kuasa dan
kelajuan.

B3 DJ2
Melakukan kemahiran asas
permainan.

B3 DJ2 E1
Melakukan kemahiran asas dalam permainan bola
sepak, bola jaring dan pingpong.

B3 DJ3
Melakukan aktiviti pergerakan asas
pendidikan pergerakan.

B3 DJ3 E1
Melakukan aktiviti kemahiran pendaratan dan
kemahiran statik.
B3 DJ3 E2
Mengenal pasti komponen kecergasan yang
diaplikasikan dalam aktiviti pergerakan kreatif dan
gimnastik pendidikan.

B3 DK1
Menerangkan cara menguruskan
konflik dan stres

DSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 1


15 Mac 2012

B3 DK1 E1
Menerangkan prosedur menguruskan konflik dan
stres.

13

BAND
4
Tahu, Faham dan
Boleh Buat
dengan Beradab

PERNYATAAN STANDARD
B4

Tahu, faham dan boleh


mengaplikasikan
komponen kecergasan
fizikal, kemahiran sukan
dan rekreasi, pendidikan
pergerakan dan kesukanan
dalam aktiviti harian
dengan betul dan selamat
serta membentuk sikap
positif terhadap kesihatan
diri dan keluarga, gaya
hidup sihat, kebersihan
dan keselamatan
persekitaran berasaskan
pengetahuan dan
pengalaman.

DSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 1


15 Mac 2012

DESKRIPTOR

EVIDENS

B4 DJ1
Mengaplikasikan langkah-langkah
keselamatan dalam melaksanakan
aktiviti kecergasan fizikal.

B4 DJ1 E1
Melakukan langkah-langkah keselamatan
dalam melaksanakan aktiviti dalam komponen
daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot,
kekuatan otot, kelenturan, kuasa dan kelajuan
dengan betul dan selamat.

B4 DJ2
Mengaplikasikan langkah-langkah
keselamatan dalam melaksanakan
kemahiran olahraga.

B4 DJ2 E1
Melakukan kemahiran lari pecut dan lontar
peluru dengan betul dan selamat.

B4 DJ3
Mengaplikasikan langkah-langkah
keselamatan dalam melaksanakan
kemahiran pendidikan pergerakan.

B4 DJ3 E1
Melakukan langkah-langkah keselamatan
dalam melaksanakan kemahiran gimnastik,
gimnastik pendidikan dan pergerakan kreatif.

B4 DJ4
Mengaplikasikan aspek keselamatan
dalam aktiviti perkhemahan.

B4 DJ4 E1
Mengaplikasikan aspek keselamatan sebelum,
semasa dan selepas melakukan aktiviti
perkhemahan.

B4 DK1
Menjalankan tugas dan
tanggungjawab sebagai ahli
keluarga.

B4 DK1 E1
Menerangkan cara penjagaan warga tua, ahli
keluarga yang sakit dan orang istimewa.

B4 DK2
Mengklasifikasikan dadah dan ubat.

B4 DK2 E1
Membanding beza antara dadah dan ubat.

14

BAND
5
Tahu, Faham dan
Boleh Buat
dengan Beradab
Terpuji

PERNYATAAN STANDARD
B5

Menguasai dan
mengaplikasi pengetahuan
dan kebolehan semasa
beraktiviti dalam gaya
hidup sihat, berkemahiran
merancang, berkomunikasi
dan empati dengan orang
lain serta berupaya
mengendalikan emosi
dalam mengurus hidup
secara positif, sihat dan
selamat.

DSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 1


15 Mac 2012

DESKRIPTOR

EVIDENS

B5 DJ1
Menguasai tatacara melaksanakan
latihan kecergasan fizikal.

B5 DJ1 E1
Menjelaskan kaedah dan faedah melakukan
latihan kecergasan fizikal.

B5 DJ2
Menguasai kemahiran, undangundang dan peraturan dalam situasi
permainan dan olahraga.

B5 DJ2 E1
Mempamerkan dan mengaplikasi kemahiran,
undang-undang dan peraturan dalam situasi
permainan dan olahraga.

B5 DK1
Menjalankan tugas dan peranan
sebagai ahli keluarga yang
bertanggungjawab.

B5 DK1 E1
Membincangkan peranan ahli keluarga untuk
mencapai ciri-ciri keluarga bahagia.

B5 DK2
Menilai kesan penyalahgunaan
dadah.

B5 DK2 E1
Membincangkan bahaya dadah kepada
individu dan negara.

B5 DK3
Mengetahui peranan agensi yang
berkaitan dengan pengguna.

B5 DK3 E1
Membincangkan bagaimana pengguna boleh
menggunakan perkhidmatan agensi yang
terlibat.

B5 DK4
Mengaplikasi pengetahuan
keselamatan dan pertolongan cemas

B5 DK4 E1
Menunjuk cara prosedur pertolongan cemas
D.R.A.B.C.

15

BAND
6
Tahu, Faham dan
Boleh Buat
dengan Beradab
Mithali

PERNYATAAN STANDARD
B6

Memperkembangkan
pengetahuan dan
kemahiran secara
sistematik dan berterusan
dan menjana kreativiti
minda menjurus kepada
gaya hidup sihat serta
sejahtera serta
berkeupayaan
meningkatkan kualiti
kehidupan secara
keseluruhan bagi
membentuk gaya hidup
sihat.

DSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 1


15 Mac 2012

DESKRIPTOR

EVIDENS

B6 DJ1
Menghayati nilai-nilai dan ciri-ciri
kecergasan fizikal yang berkualiti.

B6 DJ1 E1
Melibatkan diri secara tekal dalam aktiviti
kecergasan fizikal

B6 DJ2
Menguruskan sukan secara efisyen.

B6 DJ2 E1
Merancang, memimpin, mengurus, mengawal
dan menilai susun atur peralatan sukan.

B6 DK1
Mengamalkan gaya hidup sihat
melalui pengambilan makanan
seimbang.

B6 DK1 E1
Merancang hidangan makanan seimbang untuk
sarapan pagi, makan tengahari dan makan
malam.

16

Anda mungkin juga menyukai