Anda di halaman 1dari 7

SOALAN BAHASA MELAYU AKADEMIK 1( KERJA RUMAH)

1. Mengapakah bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa ilmu?

Bahasa

ilmu

ditakrifkan

sebagai

bahasa

yang

mampu

menjadi

perantaraan bagi penyampaian ilmu pengetahuan sehingga ke tahap yang


lebih tinggi (kamus dewan, 1994:88 ).
Bahasa ilmiah ialah bahasa yang bersifat ilmu (secara) pengetahuan,
keilmuan, akademik. Kedua-dua konsep ini membawa maksud yang sama,
iaitu bahasa Melayu sebagai pengantar ilmu pengetahuan moden iaitu ilmu
Sains, Teknologi, Kedoktoran, Ekonomi, kejuruteraan dan lain-lain di samping
sastera dan agama.
Hasil

daripada

perancangan

korpus,

bahasa

Melayu

kini

mempunyai perbendaharaan kata dan istilah yang cukup, sistem Rumi yang
mantap serta tatabahasa yang sempurna dan dinamik untuk melaksanakan
fungsinya sebagai bahasa ilmu.
Tegasnya, bahasa Melayu harus boleh berfungsi sebagai bahasa
akademik yang lengkap dengan laras-laras bahasa untuk memperkatakan
pelbagai hal baru dalam aneka bidang ilmu moden khususnya kedoktoran.

2. Apakah aspek-aspek bahasa yang mempengaruhi keintelektualan


tatabahasa?

Keintelektualan bahasa bermaksud keupayaan sesuatu bahasa itu


menyampaikan buah fikiran dan hujah yang tepat dan berkesan. Dapat
dicapai melalui perkembangan perbendaharaan kata (kosa kata) dan struktur
tatabahasa.
Perbendaharaan kosa kata
Sebagai bahasa ilmu, perbendaharaan kata (kosa kata) bahasa
Melayu kini jauh lebih banyak dan lebih khusus sifatnya.
Nyatalah bahawa perbendaharaan kata (kosa kata) bahasa Melayu
sebagai bahasa ilmu adalah banyak dan lebih khusus sifatnya. Bukan semua
istilah perlu diketahui oleh semua orang. Pakar sesuatu bidang hanya perlu
mengetahui istilah bidangnya sahaja. Misalnya, labur dalam kosa kata biasa
hanya bermakna menyapu dengan kapur, tetapi dalam ekonomi, labur
bermaksud memberikan atau menyerahkan sejumlah wang untuk sesuatu
usaha seperti perniagaan dengan tujuan untuk memperoleh keuntungan atau
menanam modal.
Struktur kata
Keintelektualan tatabahasa dapat dikesan daripada perubahan
struktur kata bahasa Melayu. Kata-kata bahasa Melayu, asalnya terdiri
daripada konsonan atau vokal tunggal dan tidak ada gugus konsonan.
Namun kini, terdapat bukan sahaja bunyi baru seperti pr, kp, rt dan
sebagainya. Oleh itu, wujudlah perkataan-perkataan seperti ambulans, bank,
insurans,kompleks dan lain-lain.
Selain itu, perubahan juga berlaku kepada struktur suku kata
Melayu. Sebelum ini, struktur suku kata bahasa Melayu terdiri daipada pola-

pola VK, KV, KVK, KVKV, VKV, KVKKV dan KVKKV tetapi kini strukturnya
sudah menjadi kompleks.
Misalnya :
KKKVKKVK = Struktur
VKKKKKVKVK = Instrumen
VKKKVKVKVK = Eksperimen
Polanya lebih kompleks ialah apabila gugus konsonan tersebut berlaku
di akhir kata.
Misalnya :
VKKVKK = Import
KVKK= Bulb

3. Apakah ciri-ciri yang ada pada bahasa ilmu?

a) Keintelektualan bahasa.
-keintelektualan

bahasa

bermaksud

keupayaan

sesuatu

bahasa

itu

menyampaikan buah fikiran dan hujah yang tepat dan berkesan. Kemuncak
pencapaian taraf keintelektualan bahasa ialah pengunaan laras saintifik dan
ilmiah yang bertujuan menghasilkan bentuk bahasa yang tepat, yang
mencerminkan kejelasan pemikiran yang saintifik yang lojik. Dapat dicapai
melalui perkembangan perbendaharaan kata (kosa kata) dan struktur
tatabahasa.
-pada peringkat tatabahasa keintelektualan bahasa dapat diukur melalui
pembentukan

kata

terutamanya

aspek

pengunaan

ayat

iaitu

tahap

pembinaan dan pemupukan laras ilmiah dan teknikal.


b) Kesempurnaan Bahasa.
Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu juga perlu mempunyai ciri-ciri
kesempurnaan iaitu sesuai, tepat, tegas, dan berkesan dalam sesuatu situasi
atau konteks pengunaannya. Bahasa yang sempurna itu adalah bahasa yang
memperlihatkan

sifat-sifat

keberkesanan dan keindahan.

kestabilan,

kelenturan,

kepelbagaian,

4. Sejauh manakah sifat-sifat kestabilan, kelenturan, kepelbagaian,


keberkesanan dan keindahan menentukan kesempurnaan bahasa?

Kestabilan
Maksud kestabilan bahasa ialah satu-satu bahasa ilmu itu
perlu mempunyai peraturan atau sistem seperti peraturan sebutan,
imbuhan (awalan, akhiran, sisipan, apitan), sistem berstruktur ayat dan
frasa-frasanya.
Peraturan dan cara pengunaan aspek-aspek bahasa ini
penting kerana tanpa peraturan, kestabilan bahasa tidak mungkin
dicapai. Bahasa yang stabil perlu mempunyai peraturan yang tegas
dan teratur ini diaktakan bahasa sudah dikodifikasikan. Bahasa yang
berkodifikasi ini merupakan bahasa yang mempunyai sifat kestabilan.
Contoh sifat-sifat kestabilan dalam bahasa Melayu dapat
dilihat dari segi sistem sebutannya. Misalnya, kita menyebut rumah
dan kereta api, bukannya lumah atau mahru untuk perkataan rumah
dan bukannyakeletapi atau api kereta untuk kereta api.
Kelenturan
Ini

bermaksud

bahasa

itu

boleh

menyesuaikan

dan

disesuaikan dengan alam sekitar dan pembaharuan-pembaharuan


yang berlaku dalam masyarakat bahasa. Bagi menjadi bahasa yang
sempurna ia harus berupaya dan boleh menyesuaikan diri dengan
perubahan masa dan selera penuturnya tanpa mengorbankan sifatsifat aslinya.
Contohnya dalam aspek ejaan dan sebutan, bahasa Melayu
dalam usaha untuk menjadi bahasa yang sempuna dan bersifat

kelenturan. Misalnya dalam perkataan Inggeris university dan dialect


perlu dieja dan disebut seperti yang ditentukan oleh sistem ejaan baru,
iaitu universiti dan dialek dan sebutannya seperti yang dieja

iaitu

mengikut fonemnya dan bukannya yuniversiti dan dailek seperti yang


disebut dalam bahasa Inggeris.
Kepelbagaian
Bahasa yang sempurna itu perlu mempunyai pelbagai cara
dan gaya penyampaian. Ini bermakna sesebuah fikiran, perasaan atau
pendapat itu tidak terikat kepada satu cara atau gaya sahaja tetapi
juga boleh dilahirkan dalam pelbagai cara demi melahirkan kesan yang
berbeza.
Misalnya untuk tujuan meminta seseorang memasangkan
radio kerana keadaan terlalu senyap, ianya boleh disampaikan dalam
cara-cara yang berbeza;
1. Bosan pula rasanya, alangkah baiknya jika ada sesuatu yang dapat
menghiburkan.
2. Cantiknya radio ini..
3. Kenapa senyap sahaja di sini.
Keberkesanan
Sesuatu bahasa yang sempurna itu mempunyai keupayaan
memberikan maksud dengan tepat dan berkesan. Bahasa itu
mempunyai perkataan, istilah, susunan frasa dan ayat yang baik,
sesuai dan tepat dan boleh menyampaikan maksud dan pengertian
dengan berkesan tanpa menimbulkan kekeliruan dan keleburan erti.

Keindahan

Selain itu, bahasa yang sempurna itu harus mempunyai ciri


keindahan. Bahasa yang digunakan untuk melahirkan perasaan,
pendapat dan buah fikiran itu harus mempunyai perkataan-perkataan
yang sedap didengar, bertenaga dan menarik dan dapat menyentuh
perasaan, hati pembaca atau pendengar.
Bahasa- bahasa yang mempunyai unsur-unsur keindahan
bahasa terdapat dalam laras sastera. Namun begitu, bahasa indah
juga boleh didapati dalm bidang-bidang lain juga :
Buat baik berpadah-padah,
Buat jahat jangan sekali.
Kalau ada sumur di lading,
Bolehlah hamba menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Bolehlah kita berjumpa lagi.