Anda di halaman 1dari 24

PENILAIAN PERISIAN PPBK

1.0

Pendahuluan

Strategi menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran


banyak digunakan dalam institusi pendidikan . Pengajaran berasaskan
komputer meninggalkan beberapa kesan positif terhadap proses pengajaran
dan pembelajaran. Penggunaan PPBK dalam pengajaran dan pembelajaran
telah memberikan satu pengalaman yang baik, bermotivasi dan
menyeronokkan, di samping dapat menggantikan kaedah pengajaran
tradisional. Oleh kerana penggunaan komputer dalam pengajaran semakin
diperluaskan , penilaian perisian pembelajaran berbantukan komputer perlu
dilaksanakan dengan sebaiknya agar ianya benar-benar dapat memberikan
kesan yang mendalam dalam proses pengajaran pembelajaran. Penilaian
bertujuan untuk mengukur sama ada tercapainya objektif pembinaan perisian
PPBK. Penilaian perisian PPBK ini memerlukan satu perancangan yang teliti
seperti apa yang hendak dinilai, bagaimana menilainya serta siapa yang akan
menjalankan penilaian ini serta sasaran penilai. Penilaian perisian
pembelajaran PPBK ini dijalankan agar bahan yang dihasilkan benar-benar
dapat menyokong proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu bagi
pereka perisian atau pembinanya ,proses penilaian ini akan menjamin mutu
penghasilan bahan untuk mendapatkan pengiktirafan dari pihak tertentu.
Penilaian perisian PPBK ini merangkumi kandungan pelajaran, rekabentuk
pengajaran ,grafik ,cirri-ciri teknikal dan instrumen penilaian yang disediakan
untuk kegunaan penilai.

2.0

Rancangan Penilaian

Menurut Alessi and Trolip (1991) proses penilaian melibatkan


beberapa langkah iaitu,
a)

melihat dokumentasi sekali imbas dan meneliti maklumat

penting
b)

mendapatkan maklumat penting tentang perisian kursus dari


dokumentasi yang dilampirkan untuk disalin ke borang
penilaian.

c)

Menggunkan perisian kursus pada komputer dari awal hingga


akhir sambil meneliti ciri yang sedia ada .

d)

Memberikan penilaian berdasarkan penggunaan.


Menurut Norhashimah (1996) tumpuan penilai apabila menilai
sesebuah perisian kursus ialah

a. ) senang untuk diedarkan kepada pelajar.


b. ) mempunyai dokumentasi yang lengkap.
c. ) mempunyai panduan pengguna yang jelas.
d. ) skrin yang ramah pengguna.
e. ) menggunakan ruang ingatan yang optima.
f.

) dapat dijalankan dengan licin tanpa sebarang masalah.

Proses penilaian perisian kursus PPBK bertajuk asas perkakasan


komputer ini mengambil kira isi kandungan perisian yang dibina.
Aspek-aspek seperti kesesuaian isi kandungan kepada pelajar,
mencapai objektif topik dengan jelas secara eksplisit atau

implisit,aspek nilai-nilai murni dan ketepatan isi kandungan. Aspek


pedagogi juga dipertimbangkan seperti maklumbalas perisian
terhadap pelajar semasa berinteraksi dengan komputer. Perisian
yang baik juga mudah digunakan dan cukup menarik kepada
pengguna. Penilaian perisian kursus ini akan dilaksanakan melalui
penilaian sumatif dan penilaian formatif.
Menurut Flagg(1990) penilaian formatif ialah koleksi
maklumat yang sistematik untuk tujuan membuat keputusan bagi
merekabentuk dan memperbaiki sesuatu perisian atau
bahan.Penulaian terhadap perisian ini dijalankan semasa
pembangunan dan juga semasa proses pembaikan perisian melalui
kaedah temubual,pemerhatian dan analisa rekod. Pengunpulan data
akan dilakukan secara tidak formal dan ianya dilakukan secara
berterusan bagi setiap langkah pembangunan perisian. Penilaian
formatif dilakukan untuk menilai bahan-bahan interaktif seperti
hiperteks/hypermedia dan ianya menekankan kepentingan
maklumbalas dan interaksi dikalangan pengguna. Penilaian sumatif
pula akan digunakan untuk mengumpul maklumat dan
menggunakannya untuk membuat keputusan tentang penggunaan .
Penilaian ini akan dijalankan selepas tamat penghasilan dan
penggunaan sesuatu perisian. Dalam penilaian sumatif kaedah
yang digunakan ialah kaedah tinjauan. Instrumen yang digunakan
untuk penilaian ini ialah item-item soal selidik yang berdasarkan
jawapan ya atau tidak dengan ruangan komen akan disediakan untuk
diisi oleh sasaran penilaian.
a)

Penilai sasaran terdiri daripada

Pelajar ( peserta kursus KDP 14 Minggu Komputer Dalam


Pendidikan

b)

Guru / Pengajar / pensyarah

c)

Pengkali / penulis

d)
a)

Pakar pengaturcaraan
Satu senarai semak akan digunakan bagi menilainya dan
diedarkan kepada penilai sasaran iaitu 40 orang peserta
kursus KDP 14 Minggu Komputer Dalam Pendidikan
,pensyarah dan pakar pengaturcaraan perisian PPBK di salah
sebuah maktab perguruan. Satelah selesai menggunakan
perisian PPBK bertajuk Asas Perkakasan Komputer ini,
borang penilaian akan diedarkan dan penilai sasaran ini akan
mengisi borang menjawab menjawab beberapa soalan dan
item yang dikemukakan dalam senarai semak yang terdapat
dalam borang penilaian ini.

b)

Penulis akan membuat pemerhatian dan mendapatkan


beberapa maklumat atau maklumbalas melalui temubual yang
dilakukan terhadap beberapa lima pelajar yang
menggunakan perisian ini, dua orang pensyarah yang
mengajar subjek dan dua orang pakar pengaturcaraan
perisian PPBK yang dikenalpasti di kalanagan tenaga pengajar
yang ada.

c)

Guru atau tenaga pengajar yang terlibat secara


langsung dalam proses pengajaran matapelajaran perkakasan
Komputer juga akan memberikan maklumbalas mengenai
perisian ini dengan mengisi borang senarai semaka yang
disediakan. Satu sesi temubual akan dilakukan oleh penulis
dengan guru berkenaan untuk mendapatkan beberapa
maklumat mengenai mutu perisian, kesesuaian kandungan
,grafik,audio , kesesuaian perisian .

d)

Beberapa orang pakar pengaturcaraan perisian PPBK dan


matapelajaran akan membuat penilaian terhadap perisian ini.

Penilai akan memberikan maklumbalas dari segi mutu,kualiti


kandungan perisian,persembahan,rekabentuk pengajaran dan
teknikal. Satu instrumen penilaian akan digunakan oleh
jawatankuasa ini.
3.0

Kaedah Pengumpulan Maklumat

a)

Temubual

Pada peringkat awalnya penulis akan membuat temubual secara


terancang dengan beberapa orang peserta kursus dan juga
pensyarah atau guru yang terlibat dalam proses pengajaran dan
pembelajaran subjek asas perkakasan komputer . Tujuan temubual
ini dilakukan ialah untuk mendapatkan maklumbalas dan juga
sebarapa banyak maklumat yang tepat dan berkaitan dengan
masalah yang wujud dalam proses pembelajaran sekarang.
Maklumat yang diperolehi itu akan dikumpulkan dan direkodkan
.Soalan- soalan yang akan dikemukakan itu berdasarkan kepada
satu senarai semak yang mengandungi item-item berikut.
i.

Kandungan tajuk yang sedang dipelajari

ii.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan.

ii.

Aktiviti dan latihan yang dilaksanakan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran


iii.

Bahan bantu mengajar yang digunakan.

iv.

Proses penilaian yang dilakukan .

v.

Bahan sokongan lain yang digunakan untuk proses pengajaran

pembelajaran

b)

Pemerhatian

Preose pemerhatian akan dibuat oleh penulis terhadap


perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran subjek asas
perkakasan komputer . Satu senarai semak akan digunakan oleh
penulis semasa proses pemerhatian ini . Melalui senarai semak ini
pemerhati hanya perlu merekodkannya
pemerhatiannya. Pemerhatian dibuat ke atas proses
pembelajaran asas perkakasan komputer bagi mendapatkan
gambaran yang tepat tentang proses pembelajaran di dalam kelas
ini. Pemerhatian berpandukan senarai semak yang telah dibina oleh
penulis yang merangkumi beberapa perkara, antaranya ialah :
i.

Tindakbalas pelajar semasa proses pembelajaran.

ii.

Cara pensyarah merangsangkan pelajar.

iii.

Ciri -ciri pengajaran yang menyukarkan pelajar untuk

memahami proses kerja.


iv.

Reaksi pelajar terhadap perisian ini yang menggunakan

bahasa Inggeris.
v.

Cara pensyarah mengendalikan alat bantuan mengajar.

vi.

Cara pensyarah menilai kefahaman pelajar.

vii.

Respon pelajar terhadap contoh kerja yang diberikan kepada

mereka.
viii.

Sifat kerjasama antara pelajar semasa membuat latihan.

xi.

Strategi yang digunakan semasa proses pembelajaran.

x.

Kesan strategi pengajaran yang digunakan.

c)

Senarai semak

Dalam penilaian perisian kursus ini senarai semak akan digunakan


oleh pengkaji semasa fasa reka bentuk .Senarai semak akan
bertindak sebagai panduan kepada pengkaji semasa proses reka

bentuk. Panduan ini akan membantu pengkaji untuk membina


perisian kursus berdasarkan matlamat dan objektif yang telah
dirangka. Ianya akan digunakan oleh pengkaji sebagai proses
refleksi semasa proses reka bentuk dijalankan. Senarai semak yang
akan digunakan semasa proses reka bentuk adalah seperti di
bawah :

i. Matlamat Dan Objektif kajian


Pembinaan perisian kursus PPBK ini dapat membantu pelajar
memahami tajuk perkakasan komputer dalam proses pengajaran dan
pembelajaran teknologi maklumat.
1.

Penggunaan perisian PPBK dalam proses pengajaran dan


pembelajaran mengenai perkakasan komputer lebih menjimatkan
masa dan dapat menarik minat pelajar untuk belajar berbanding
dengan kaedah tradisional .

2.

Penggunaan perisian kursus PPBK mengenai perkakasan


komputer ini dapat membantu meringankan tugas guru dalam
membantu pelajar memahami tajuk yang disampaikan

3.

Perisian ini dapat menyediakan suasana pembelajaran akses


kendiri mengikut tahap dan penguasaan pelajar.

ii.

Kelebihan Menggunakan Komputer (teknikal) dan Perlaksanaan

Perisian PPBK

a) Penggunaan unsur-unsur multimedia yang interaktif seperti


grafik,audio,animasi
b) Pengajaran menjadi lebih efektif dengan adanya penggunaan
hyperteks.
c) Menjimatkan masa dan kos dan sumber dapat disimpan dan
direkodkan

iii.
a)

Strategi Penggunaan Perisian


Perisian digunakan sebagai bahan bantu mengajar untuk
matapelajaran asas perkakasan komputer

b)

Pengajaran berpusatkan pelajar di mana pelajar akan menggunakan


perisian ini untuk belajar dan mendapatkan maklumat mengenai
perkakasan komputer.

c)

Strategi pengajaran pembelajaran akses kendiri, terarah kendiri


dilaksanakan di mana pelajar akan berinteraksi dengan komputer
dan perisian mengikut keupayaan masing-masing

iv.

Sumber Sokongan Perisian

a)

Perisian ini menyediakan panduan penggunaan dan maklumat


tentang spesifikasi keperluan perkakasan komputer yang diperlukan
untuk membolehkan nya digunakan

b)

Perisian ini bersifat executable( exe) iaitu boleh dilaksanakan tanpa


bergantung kepada perisian asal atau mana-mana perisian lain.

v.

Aspek Pendidikan Dalam Perisian

a)

Matlamat pengajaran
Kandungan perisian tersebut sesuai dengan matlamat pengajaran
dan pembelajaran dan mencapai objektif.
Keseluruhan kandungan sukatan dalam perisian menepati kehendak
kurikulum pendidikan.

b)

Objektif pembelajaran
Perisian ini sesuai atau boleh membantu mencapai objektif-objektif
pengajaran dan pembelajaran
Mempunyai maklumat yang bersesuaian dengan kumpulan sasaran
yang boleh membantu pelajar memahami tajuk
Pelajar dapat melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran
pembelajaran
Suasana pembelajaran yang menyeronokkan dengan adanya
integrasi elemen-elemen multimedia seperti animasi,audio.
Proses pembelajaran dijalankan mengikut keupayaan pelajar
Menyediakan latihan dan aktiviti susulan yang sesuai

.
c)

Penerapan Nilai Murni


Terdapat penerapan unsur-unsur nilai murni dalam perisian seperti :
menghargai kepentingan dan sumbangan teknologi maklumat
dalam menyelesaikan sesuatu tugas
Melakukan sesuatu tugas mengikut prosedur yang betul

Mengambil bahagian dan bertolak ansur dalam kerja kumpulan


Berkeupayaan untuk berkomunikasi secara verbal dan non verbal
untuk mendapat dan menyampaikan maklumat
Memandang tinggi sumbangan multimedia
d)

Pensebatian Unsur-Unsur KBKK


Kebolehan menyusun dan menyenggara sistem komputer serta
menggunakannya untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah
Kebolehan mengenalpasti dan menyelesaikan masalah mengikut
perancangan yang dibuat dengan bantuan perisian
Kebolehan membuat bandinganbeza.

e)

Kesesuaian Kandungan
Kandungan perisian menepati kandungan kurikulum
Isi kandungan menepati dan boleh mencapai objektif yang
dinyatakan
Perisian ini tidak mengalami kesilapan fakta dan ejaan
Penggunaan bahasa Malaysia yang mudah dan sesuai dengan
sasaran

Perisian menggalakkan interaksi pelajar melalui latihan atau ujian


untuk menggalakkan maklumbalas oleh pelajar.

Perisian menggalakkan pembinaan pengetahuan pelajar dengan


bantuan guru atau sesama pelajar melalui pendekatan
konstruktivisme supaya pelajar lebih efektif.

Perisian yang dibina menyediakan ruang perbincangan dan aktiviti


susulan yang boleh memperkembangkan kognitif pelajar.

f)

Pedagogi

a)

Perisian ini sesuai dengan peristiwa atau langkah pengajaran

sepertimana yang telah digariskan oleh Gagne (1985) di mana


terdapat sembilan peristiwa pengajaran semasa mengajar seperti

mendapatkan perhatian

menyampaikan objektif pelajaran

mengingatkan semula pelajaran lepas

menyampaikan objektif pelajaran

memberikan contoh yang baik dan sesuai

memberikan latihan

mendapatkan maklumbalas

Memberikan ujian untuk mengukur prestasi

Menyediakan aktiviti pengayaan

b) Perisian yang dibina ini boleh difahami oleh kumpulan sasaran


c) Maklumat yang terdapat dalam perisian adalah tepat dan relevan
dengan objektif pengajaran serta boleh meningkatkan motivasi
pelajar.
d) Perisian juga mudah dikendalikan oleh pelajar dengan bantuan
minimum daripada guru.
e) Perisian dapat menarik perhatian pelajar seperti penggunaan warna
yang sesuai,animasi,grafik,audio dan sebagainya untuk
meningkatkan motivasi pelajar.

f) Perisian ini juga perlu mempunyai menu atau pilihan untuk


memenuhi keperluan pelajar yang mempunyai pelbagai kebolehan.
g) Kesuaian maklumbalas adalah sesuai dengan objektif pengajaran.
Jenis maklumbalas terdapat dalam perisian
ialah bermaklumat,maklum balas motivasi dan maklumbalas
pengesahan.
h) perisian ini mempunyai simpanan rekod prestasi pelajar.
i) panduan pengguna disediakan bagi menerangkan cara-cara
menggunakan perisian .
j) Perisian mudah dikawal oleh pelajar untuk bergerak dari satu
bahagian ke bahagian lain dan boleh berhenti bila-bila masa dan
boleh meneruskan semula pelajaran.
k) Arahan atau panduan disediakan jelas,ringkas teratur ,konsisten .
l) Ujian atau latihan yang disediakan adalah bersesuaian dengan
objektif pengajaran.
m) Terdapat unsur-unsur kreativiti dan Inovarif dalam perisian
n) Mempunyai unsur-unsur yang akan saling bertindak atau
maklumbalas bukannya page turners. Ini adalah untuk
memastikan pengguna dan komputer saling berhubungan antara satu
sama lain. Interaktif yang disediakan sesuai dengan objektif pengajaran.
o) Elemen navigasi menggunakan pendekatan metafora dinamik ,
perpetual unique navigation ,misalnya menu utama
menggunakan topik sebenar dalam sub menu, subtopik.
g)

Reka Letak ( Gaya persenbahan)

a) Unsur-unsur teks , arahan dan naratif yang jelas ,padat dan teratur juga akan
dipaparkan pada skrin.

b) Jumlah teks yang digunakan pada latarbelakang tidak terlalu


banyak sehingga menyukarkan pembacaan pelajar.
c) Teks yang berkaitan dan jelas . warna ,saiz font kontras dengan
latarbelakang disamping saiz huruf yang sesuai untuk dilihat dan dibaca
dengan jelas.

d) Penggunaan visual dan animasi yang berkeupayaan untuk


membantu pelajar memahami tajuk, menjelaskan konsep tentang isi
kandungan perisian komputer. Imej statik digunakan untuk memberikan
gambaran tentang sesuatu objek,fakta atau konsep.
e) Pemilihan corak latarbelakang yang mengambilkira perkara berikut.

Kapasiti paparan warna pada monitor

Penggunaan gambar imbasan yang berkualiti dan menarik.

Penggunaan video yang relevan dengan tema perisian

Format layout skrin adalah consistent dalam keseluruhan perisian


kursus.

f) Warna jelas,selesa dipandang dan mempunyai kontras yang baik


antara latar belakang dengan imej. Jumlah warna yang digunakan tidak
lebih daripada empat warna dalam satu skrin.
4.0

Semakan Proses Penilaian PPBK

Penilaian

Penilai

Penilaian
Formatif
Peserta kursus
KDP 14 Minggu
Komputer

Pensyarah /
tenaga pengajar

Pakar
Pengaturcaraan

Kaedah

Instrumen

Proses Mentadbir
Maklumat Penilaian

Lima orang peserta kursus


yang dipilih untuk
ditemubual terdiri daripada
tiga peserta lelaki dannm
dua peserta perempuan
Set senarai
yang mempunyai tahap
Temubual
semak
pengetahuan dan
kemahiran komputer yang
baik

Sesi temubual dengan


seorang pensyarah yang
mengajar asas perkakasan
komputer . Soalan yang
Set senara
dikemukakan adalah
Temubual
i semak
berdasarkan senarai semak
yang telah dibina

.Salah seorang daripada


pensyarah yang
dikenalpasti mempunyai
pengetahuan dan
kemahiran dalam bidang
pengaturcaraan perisian .
Set senarai Sesi temubual akan
Temubual
semak dilakukan unrutk
mendapatkan maklumat
dan komen mengenai
kesesuaian perisian dalam
pelbagai aspek .

Pemerhatia Set senarai Pemerhatian dibuat dibuat


n
semak ke atas satu
sesi pembelajaran asas

perkakasan komputer dan


dari pemerhatian
tersebut beberapa
maklumat yang diperlukan
akan diambil untuk melihat
kekuatan dan kelemahan
sistem yang sedia ada dan
keberkesanan pebggunaan
perisian PPBK dalam
pengajaran pembelajaran
tajuk berkenaan.

Peserta kursus
KDP 14 Minggu
Komputer dan
Pensyarah / Guru

Pakar
Pengaturcaraan
Perisian PPBK

Penulis Perisian

Penilaian

Peserta kursus

Sesi temubual juga dibuat


pada
pakar pengaturcaraan
perisian PPBK untuk
mendapatkan maklumat
Set senara asas tentang
Temubual
i semak keperluan perisian kursus
PPBK dalam proses
pengajaran pembelajaran
asas perkakasan komputer.

Dalam proses
membangunkan perisian
penulis akan penulis akan
memerhatikan supaya reka
bentuk perisian PPBK yang
dihasilkan akan menepati
kehendak-kehandak dan
Pemerhatia Set senarai
keperluan pembangunan
n
semak
perisian PPBK bertajuk
asasa perkakasan
komputer
berpandukan senarai
semak yang telah di bina.

Tinjauan

Soalselidik Empat puluh orang pelajar

yang sedang mengikuti


kursus KDP 14 minggu
Komputer dalam
pendidikan akan menjawab
soalan yang
disediakan dalam borang
soalselidik.

KDP 14 Minggu
Komputer

Pensyarah /Guru

Tinjauan

Dua orang tenaga


pengajar yang telibat
dalam pengajaran asas
Soalselidik
perkakasan komputer akan
menjawab soalselidik.

Sumatif

Tinjauan
Penulis Perisian

Tinjauan
Pakar
Pengaturcaraan
Perisian PPBK

Penulis akan membuat


penilaian dengan menjaw
ab soslan-soalan yang
Soalselidik
disediakan dalam
borang soalselidik .

Pakar pengaturcaraan
perisian PPBK yang telah
dikenalpasti diminta
Soalselidik untuk menjawab
soalselidik .

Jadual 1:
Penilaian Perisian PPBK

Senarai Semakan

BORANG PENILAIAN PERISIAN


BAHAGIAN A

Nama Penilai

Kumpulan Sasar

Jawatan

Matapelajaran

Tarikh

Keperluan Sistem Komputer

Saiz Ingatan

Sistem Operasi

Strategi Pengajaran

Perkara

a)

Adakah objektif perisian jelas dinyatakan dengan jelas

pada awal
perisian?

b)

Adakah objektif relevan dengan peringkat pembelajaran

pelajar?

c)

Aspek kandungan yang bersesuaian secara bersiri atau

berturutan.

d) Adakah maklumat dalam kandungan kandungan perisian sesuai


dan terkini?

e) Adakah tahap kesukaran bersesuaian dengan tahap umur dan


peringkat
pembelajaran?

f)

Adakah tutor boleh mengubahsuai isi kandungan?

g) Adakah terdapat cadangan aktiviti lain yang bersesuaian dengan


objektif?

Ya

Tidak

h) Adakah kandungan dapat ditukar atau dipindahkan serta


kesimpulan yang
menyeluruh?

i)

Adakah perisian menyediakan kepada pengguna panduan

penggunaan

j)

Adakah perisian bebas daripada sterotaip?

k) Adakah kandungan pengajaran mengambarkan rangka kurikulum


daripada tajuk?

l)

Adakah aras bahasa bersesuaian dengan aras pelajar?

m) Perisian ini menggunakan bahasa Malaysia dan tidak terdapat


sebarang kesalahan
ejaan?

a) Adakah maklumat yang dipersembahkan ada kaitan dengan


pengetahuan

lepas?

b) Adakah perisian memberi maklumbalas yang jelas dan


bersesuaian dengan pelajar?

c). Adakah maklumbalas yang diberikan dapat membantu pelajar?

d) Adakah perisian ini bersifat user friendly dan mudah dikendalikan


oleh pengguna ?

e) Adakah penggunaan paparan, warna,bunyi yang pelbagai dan


mode respon yang
bersesuaian?

f) Adakah bunyi boleh dibuka dan ditutup serta penggunannya


bersesuaian?

g) Rekabentuk dan paparan skrin sesuai dan menarik

h) Integrasi teks dalam perisian ini jelas dan membantu pengguna

i) Pemilihan fon ,saiz dan warna teks bersesuaian dengan paparan


skrin

k) Susunan tajuk dan sub tajuk mudah dikendalikan pengguna

l) Adakah perisian ini menyediakan butang bantuan ?

m) Adakah susunan soalan memudahkan pengguna menjalankan


aktiviti penulaian?

a)

Adakah pelajar dapat menggunakan perisian secara bebas dan

tiada gangguan
teknikal?

b)

Adakah penggunaan butang bantu(Help) dapat digunakan

dengan
berkesan?

c)

Adakah pelajar dapat menjelajah ke mana-mana menu tanpa

mengikut prosedur
tertentu ?

d)

Adakah panduan dan arahan penggunaan disediakan dengan

jelas.

e)

Adakah gaya persembahan perisian ini dapat menarik

minat pengguna?

f)

Ada aktiviti aktiviti pelajar dipelbagai ,sesuai dan menarik minat


pengguna?

g)

Adakah dalam perisian terdapat unsur-unsur yang boleh

memotivasikan pengguna
dan memberikan rangsangan untuk terus menggunakan
perisian ini.

h)

Adakah perisian ini akan terus dapat meningkatkan motivasi

pelajar

i)

Adakah perisian ini dapat menyediakan pembelajaran kendiri

k)

Adakah perisian ini dapat menyediakan pembelajaran koperatif

l)

Adakah perisian ini dapat menerapkan nilai-nialai yang baik

terhadap pengguna

m)

Adakah aktiviti dan latihan yang disediakan relevan dan mudah

dilaksanakan

Berdasarkan soalan dibawah , sila berikan komen anda .


a)

Adakah kandungan perisian ini menepati sukatan dan objektif

penagajaran dan pembelajaran ?

b)

Nyatakan beberapa elemen multimedia yang menarik tentang

rekabentuk perisian ini .

c)

Adakah aktiviti dan latihan yang disediakan dalam perisian ini sesuai

dengan tahap pelajar dan dapat membantu mengukuhkan pengetahuan


pellajar?

d)

Berikan beberapa cadangan anda untuk membantu meningkatkan

mutu persembahan perisian ini

RUJUKAN
Gagne, Briggs and Wager. 1974. Dalam EdTech'98 Proceedings:Dalgarno
.
Mohd Nasarruddin Ahmad. 1990. Penghasilan dan penilaian satu perisian
penjana ujian: satu kajian. Universiti Sains Malaysia.
Norhashimah Abu Samah.1996. Pengajaran Bantuan
Komputer.DBP.Kuala Lumpur
Reeves, Thomas C. 1991. Ten commandments for the evaluation of
interactive multimedia in higher education. Journal of Computing in Higher
Education Vol. 2: 84-113.
Rozinah Jamaluddin.2000. Asas Asas Multimedia Dalam Pendidikan. Siri
pengajian Dan Pendidikan Utusan. Utusan Publications & Distributors
Sdn.Bhd.
Yusup Hashim. 1998. Teknologi Pengajaran.Siri Pendidikan Fajar
Bakti.Shah Alam
http://www.informatics.edu.my
http://www.jaring.my/msia/rnd/msc.html