Anda di halaman 1dari 4

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Terima kasih buat tuan pengerusi majlis, yang saya hormati barisan panel hakim yang arif
lagi bijaksana, penjaga masa, guru-guru, hadirin dan hadirat sekalian.
Sebelum bahtera saya layarkan, definisi tajuk saya dahulukan.
PEMANTAPAN IBADAH MEMBINA SAHSIAH UNGGUL, itu tajuk syarahan saya.
Dapatlah difahami bahawa, perbuatan atau amalan yang dilakukan kerana Allah secara
bermutu tinggi dapat melahirkan individu Islam yang sentiasa menyerah diri kepada Allah
dan membenarkan segala yang disampaikan oleh para rasul.
Hadirin dan hadirat yang diredhai Allah sekalian.
Bagaimana untuk kita memantapkan ibadat agar sahsiah unggul dapat dapat dijana?
PERTAMA: KHUSYUK DALAM BERIBADAT.
Untuk membentuk ibadah yang berkualiti, kita harus menghadirkan hati kepada Allah.
Allah menjanjikan kejayaan bagi insan yang khusyuk di dalam solat sebagaimana
firmanNya di dalam Surah Al-Mukminun ayat 1 dan 2:


(Sesungguhnya berjayalah orang-orang Yang beriman, Iaitu mereka Yang khusyuk Dalam
sembahyangnya)

Anak panah yang tertusuk pada kaki Saidina Ali berjaya dicabut keluar ketika beliau
sedang khusyuk menunaikan solat. Dr Yusuf Al Qaradawi pernah menerima anugerah
tokoh Maal Hijrah dari kerajaan Malaysia, mengaplikasikan khusyuk dalam beribadah
sebagai rencah kehidupannya. Maka benarlah bahawa khusyuk dalam beribadat
melahirkan muslim sejati bersahsiah unggul.

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan Allah.


KEDUA: ISTIQAMAH DALAM BERIBADAT
Istiqamah ialah berterusan dalam melaksanakan sesuatu ibadah kepada Allah. Muslim
yang sejati hanya akan muncul jika kita beristiqamah dalam menyembah Allah. Allah
berfirman di dalam Surah Hud ayat 112:

..

(Oleh itu, hendaklah Engkau (Wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan Yang betul
sebagaimana Yang diperintahkan kepadaMu, dan hendaklah orang-orang Yang rujuk kembali
kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian)

Nik Nor Madihah yang memperoleh 20A dalam SPM 2009 memformulasikan istiqamah
dalam beribadat sebagai petua buat mereka yang ingin menurut jejak
langkahnya.Kehebatan ibadat Khulafa Ar-Rasyidin sememangnya tidak dapat disangkal
kerana bukan sahaja menjaga ibadat wajib, tetapi ibadat sunat turut dititikberatkan. Maka
benarlah bahawa istiqamah dalam beribadat pembina sahsiah yang unggul.
Hadirin dan hadirat yang berada dalam redha Allah.
KETIGA:IKHLAS DALAM IBADAH.
Ikhlas dalam ibadah semata-mata kerana Allah sememangnya akan menjadi teras
pembentukan sahsiah unggul. Allah telah berfirman di dalam surah Az-Zumar ayat 14:

(Katakanlah lagi: "Allah jualah Yang Aku sembah Dengan mengikhlaskan amalan ugamaku
kepadaNya)

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari telah pun menderma lebih dari 300 juta ringgit ke arah
keagamaan merupakan insan yang ikhlas dalam perbuatannya. Keikhlasan Saidina Usman
Bin Affan membelanjakan sejumlah hartanya bagi membeli telaga Raumah tidak pernah
bermegah-megah dengan usahanya. Ini sekaligus membuktikan ikhlas dalam perbuatan
mampu membina sahsiah unggul.
Sidang dewan yang dirahmati Allah.
KEEMPAT:MENUNAIKAN IBADAT DENGAN SEMPURNA.
Bagi membentuk muslim yang sejati, ibadat perlu ditunaikan dengan sempurna. Arahan
beribadat telah Allah rakamkan di dalam Al-Quran melalui surah Ali 'Imran ayat 51:

(Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, oleh itu, Beribadatlah kamu kepadaNya)

Rasulullah merupakan contoh terbaik manusia mulia yang bersahsiah unggul bertitik tolak
dari ibadahnya yang sempurna. Kejayaan adik Muhammad Husayn Tabatabai menghafaz
30 juzuk Al-Quran ketika berumur 5 tahun berkat dididik melaksanakan ibadah dengan
sempurna. Maka benarlah bahawa,menunaikan ibadah dengan sempurna melahirkan
keperibadian unggul.
Sidang pendengar yang budiman.
KELIMA: AMANAH DALAM IBADAT MELAHIRKAN MUSLIM SEJATI.
Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa amanah dalam beribadat mampu melahirkan
muslim yang sejati seperti menjaga solat. Allah telah berfirman di dalam surah AlMukminun ayat 9:



(dan mereka Yang tetap memelihara sembahyangnya)

Kejayaan umat islam terdahulu dengan menakluki 2 per 3 dunia adalah hasil daripada
amanah dalam beribadat seperti menunaikan solat di awal waktu secara berjemaah.
Namun hari ini umat Islam begitu goyah jati diri sehingga sering ditindas dan mundur.
Apabila kita kaji perkara ini dengan mendalam, semuanya berpunca dari kerapuhan
amanah dalam ibadah seperti melengah-lengahkan solat yang merobek pembentukan
muslim sejati. Maka benarlah bahawa amanah dalam ibadat melahirkan insan yang
bersahsiah unggul.
Hadirin, HadiratSidang dewan yang dihormati.
KEENAM: TAWADHUK DALAM IBADAT.
Tawadhuk dalam beribadat adalah pancaran hati yang suci murni dan penuh dengan rasa
rendah diri kepada Allah. Allah menyukai sifat ini sebagaimana firmanNya di dalam surah
Al-Araaf ayat 55:

(Berdoalah kepada Tuhan kamu Dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan)

Gugur berderai air mata Saidina Umar Al Khattab apabila berdoa memohon keampunan
dari Allah atas dosa-dosa silam. Namun kini, lain pula halnya apabila berita tentang
pembuangan bayi bagaikan tidak lekang dari dada-dada akhbar. Ini menunjukkan tahap
kesombongan yang tidak segan silu melakukan dosa akan menjadi penghalang dalam
pembentukan sahsiah unggul. Maka benarlah bahawa sifat tawadhuk mampu
mengungguli setiap sahsiah insan.

Hadirin hadirat sekalian.


KETUJUH : SABAR DALAM BERIBADAT
Sabar dalam beribadat mampu melonjakkan kualiti ibadah yang dapat menjana peribadi
muslim sejati. Allah telah menggandingkan sabar dengan ibadah yang paling utama iaitu
solat melalui firmanNya di dalam surah Al-Baqarah ayat 45:

(Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) Dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang)

Rasulullah yang sememangnya telah dijanjikan syurga tetap terus bersabar mendirikan
solat sehingga bengkak kakinya. Kesabaran Pn. Norlina Alawi dalam membela nasib anak

yatim yang menghidap HIV positif wajar dicontohi dan diteladani. Hal ini membuktikan
bahawa sabar dalam beribadat melahirkan insan yang bersahsiah unggul.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Sebagai konklusinya, khusyuk, istiqamah, ikhlas, kesempunaan ibadat, amanah,
tawadhuk dan sabar dapat membina sahsiah insan yang unggul. Sekian. Wassalam.

Anda mungkin juga menyukai