Anda di halaman 1dari 5

http://cikgusazali.blogspot.

com
SOALAN 3 (e)
SPM 2005

KEMAHIRAN PERIBAHASA

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayatayat tersebut.
(i)

Walaupun kita berasa kasihan atas nasib malang yang menimpa Amira, tetapi dia yang
menanggungnya tentulah berasa lebih perit lagi.

(ii)

Jamal menikmati segala kemewahan yang disediakan oleh bapanya tetapi dia tidak
gembira kerana tidak dibenarkan bergaul bebas sesuka hati seperti remaja lain.

(iii)

Perbelanjaan kita biarlah bersesuaian dengan pendapatan dan janganlah kita berbelanja
berlebih-lebihan.

i.
ii.
iii.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.


Seperti burung di dalam sangkar, mata lepas badan terkurung
Ukur baju di badan sendiri

SPM 2006
Baca dialog di bawah dengan teliti, kemudian senaraikan peribahasa atau kata-kata hikmat yang
sesuai untuk diisikan pada tempat kosong.
Amir

Sofea :
Amir

Sofea :
`
Amir

i.
ii.
iii.

Ramai pengguna bahasa Melayu suka menggunakan bahasa rojak semasa


berkomunikasi
Yalah, bukan itu sahaja! Media massa pun sering mengabaikan penggunaan bahasa
yang betul.
Jika kita sayang akan bahasa, kita mesti menggunakan bahasa yang betul pada
setiap masa dan keadaan, kerana(i)
Media massa perlulah memainkan peranan yang bersungguh-sungguh dalam
mendaulatkan bahasa Melayu tanpa perlu berdolak-dalik, bak kata pepatah
(ii)..
Saya bersetuju dengan pendapat kamu. Media massa dapat menyalurkan idea dan
kritikan dengan lebih berkesan kerana.(iii)
Bahasa jiwa bangsa/Bahasa menunjukkan bangsa
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
Mata pena lebih tajam daripada mata pedang

SPM 2007
Berikan maksud peribahasa di bawah.
(i)
(ii)
(iii)

Bahasa Jiwa Bangsa


Bagai dakwat dengan kertas
Seperti air dalam kolam

i.
ii.
iii.

Bahasa merupakan lambang keperibadian/identiti bangsa


Tidak pernah bercerai; sangat cocok
Orang yang tenang sikap dan tingkah lakunya
1

http://cikgusazali.blogspot.com
SPM 2008
Tulis ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksud dan
penggunaannya.
(i)
(ii)
(iii)

Bagai menatang minyak yang penuh.


Benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau.
Hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah.

i.

Mak Minah menjaga anak saudaranya bagai menatang minyak yang penuh kerana dia
tidak mempunyai anak kandung. (Maksud: Diperlakukan dengan sangat hati-hati)
Walaupun Ali hendak merantau jauh ke benua Eropah, ibu bapanya tidak membantah
kerana mereka yakin Ali pandai menjaga diri, seperti kata pepatah benih yang baik
jatuh ke laut menjadi pulau. (Maksud: Yang baik itu biar di mana pun tempatnya,
akan tetap baik juga)
Walaupun sedikit, keuntungan yang diperoleh koperasi pekebun kecil itu dibahagi
sama rata ibarat hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. (Maksud:
Pembahagian yang sama rata)

ii.

iii.

SPM JUN 2009


Berikan maksud peribahasa di bawah.
(i)
(ii)
(iii)

Tiada rotan akar pun berguna.


Menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri.
Kerbau dipegang talinya, manusia dipegang janjinya.

i.
ii.

Kalau tiada yang baik, maka yang kurang baik pun boleh juga.
Menceritakan cela cacat sendiri atau keluarganya, maka diri sendiri juga yang dapat
malu.
Janji yang sudah diucapkan mestilah ditepati, kerana harga manusia terletak pada
janjinya itu

iii.

SPM 2009
Baca dialog di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai bagi mengisi tempat
kosong dalam dialog tersebut.
Ayah

Syafik :
Ayah :

Syafik :
Ayah :

i.
ii.
iii.

Syafik, jagalah diri baik-baik ketika di rantau orang. Di sana nanti sesuaikan
diri dengan budaya dan adat resam mereka. Ikutlah nasihat orang tua-tua,
iaitu..(i).
Terima kasih ayah. Saya akan sematkan nasihat ayah itu dalam hati saya.
Di luar negara nanti ayah berharap Syafiq belajarlah rajin-rajin. Setelah berjaya
kelak, berkhidmatlah kepada negara ini kerana kerajaan memerlukan tenaga
muda untuk membangunkan negara, bak kata peribahasa(ii)..
Saya tidak lupa akan nasihat ayah itu.
Satu lagi, jika ada peluang, jelajahilah negara orang dan timbalah pengalaman
sebanyak-banyaknya kerana(iii)..
di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung/masuk kandang kambing mengembek,
masuk kandang kerbau menguak
pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
Jauh berjalan luas pemandangan

http://cikgusazali.blogspot.com
SPM JUN 2010
Berikan maksud peribahasa di bawah.
(i)
(ii)
(iii)

Bagai lebah menghimpunkan madu.


Seperti si buta baru celik.
Kemenyan sebesar lutut; jika tidak dibakar, tidak akan berbau.

i.
ii.
iii.

Sangat rajin
Menjadi sombong apabila memperoleh kejayaan
IImu atau kepandaian yang tidak digunakan atau diajarkan kepada orang lain tidak
membawa faedah

SPM 2010
Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.
Sekolah merupakan institusi formal yang mampu melahirkan modal insan yang akan
memajukan negara. Bagi mencapai matlamat ini, guru-guru hendaklah menjalin hubungan yang erat
dengan murid-murid di samping bekerjasama bagai .(i)
Selain itu, mereka perlulah berusaha dengan gigih dan rajin untuk menempa kecemerlangan
kerana..(ii) . Sebagaimana yang diketahui, resepi kejayaan seseorang murid ialah
permuafakatan antara guru dengan ibu bapa dalam melaksanakan pelbagai program untuk
meningkatkan prestasi murid-murid dalam akademik. Apabila bermuafakat, sesuatu kejayaan mudah
diperoleh kerana .(iii).
i.
ii.
iii.

aur dengan tebing


kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat

SPM JUN 2011


Berikan maksud peribahasa di bawah.
(i)
(ii)
(iii)

Besar pasak daripada tiang.


Cepat kaki ringan tangan.
Pantang berundur sebelum berjuang.

i.
ii.
iii.

Perbelanjaan lebih besar daripada pendapatan


Rajin dan giat
Tidak mudah berputus asa sebelum berjaya

http://cikgusazali.blogspot.com
SPM 2011
Baca maksud peribahasa di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan
maksud peribahasa tersebut.
(i)
(ii)
(iii)

Pasangan yang sepadan.


Sesuatu yang tidak akan terjadi jika satu pihak sahaja yang melakukannya.
Orang yang merantau akhirnya kembali ke tempat asal.

i.
ii.
iii.

Bagai pinang dibelah dua/bagai cincin dengan permata


Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi
Belut pulang ke lumpur/Ikan pulang ke lubuk/Setinggi-tinggi terbang bangau akhirnya
hinggap di belakang kerbau

SPM JUN 2012


Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan situasi
dalam ayat-ayat tersebut.
(i)

Sekalipun kita digalakkan supaya berbuat baik, tetapi perlu berhati-hati supaya tidak ada
pihak yang cuba mengambil kesempatan atas kebaikan kita itu. Walau bagaimanapun,
janganlah kita berfikir untuk melakukan kejahatan sepanjang hayat.

(ii)

Semua anak imam itu berjaya dalam bidang akademik dan bidang keagamaan. Hal ini
tidaklah menghairankan kerana mereka berketurunan orang yang baik-baik.

(iii)

Arif menuduh Irfan mencuri telefon bimbitnya tetapi Irfan menafikannya. Berikutan
kejadian itu, ibu Arif menasihatinya supaya tidak membuat tuduhan secara melulu
kerana tindakan itu boleh menyebabkan pergaduhan.

i.
ii.
iii.

Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sesekali


Bagaimana acuan begitulah kuihnya
Serkap jarang

SPM 2012
Berikan maksud peribahasa di bawah.
(i)
(ii)
(iii)

Membaca jambatan ilmu.


Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.
Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat.

i.
ii.
iii.

Ilmu pengetahuan dapat dipertingkatkan melalui pembacaan.


Sedikit demi sedikit lama-lama berhasil juga.
Kata sepakat tercapai dengan mesyuarat.

http://cikgusazali.blogspot.com
SPM JUN 2013
Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.
Mengenang budi memang menjadi amalan masyarakat kita sejak dahulu lagi. Orang yang
banyak berbakti dan berjasa tetap akan dikenang sekalipun orang itu telah meninggal dunia seperti
yang terungkap dalam peribahasa (i). . Namun begitu, terdapat juga segelintir
anggota masyarakat yang tidak mengenang budi sebagaimana yang digambarkan oleh peribahasa
..(ii). . Oleh itu kita dinasihati supaya tidak lupa akan jasa dan bakti yang diterima,
malah cubalah berusaha untuk membalasnya kerana peribahasa ada menyebut (iii)
i.
ii.
iii.

harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama


seperti kacang lupakan kulit
orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa

SPM 2013
Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan
maksud ayat tersebut.
(i)
(ii)
(iii)

Sengaja mencari susah atau bahaya.


Sesuatu yang sudah pasti diperoleh atau dimiliki.
Orang yang bodoh kalau ada kesungguhan mempelajari sesuatu lama-lama akan pandai
juga.

i.
ii.
iii.

Tiada beban batu digalas/mendukung biawak hidup/menjolok sarang tebuan


Dalam tangan
Belakang parang kalau diasah lagikan tajam

SPM JUN 2014


Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan situasi
dalam ayat-ayat tersebut.
(i)
(ii)
(iii)

i.
ii.
iii.

Ghazali mewarisi kebijaksanaan ayahnya dalam menguruskan perniagaan keluarga


mereka.
Nadia cepat memahami dan menguasai apa-apa sahaja yang diajar oleh guru-gurunya.
Dia disenangi oleh rakan-rakannya kerana rajin bekerja dan sedia memberikan bantuan
apabila diperlukan.
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi/bagaimana acuan begitulah
kuihnya/bapa borek anak rintik
Terang hati/otak cair/ringan kepala/tajam akal
Ringan tulang