Anda di halaman 1dari 8

TEORI TINGKAH LAKU

Teori tingkah laku adalah teori perkembangan perilaku, yang dapat diukur,
diamati dan dihasilkan oleh respons pelajar terhadap rangsangan.Mengikut
pendekatan teori tingkah laku, setiap rangsangan menimbulkan tindakbalas dan
pembelajaran yang berlaku akibat kaitan dengan rangsangan dan gerak balas.
Sesuatu rangsangan yang berkaitan dengan rangsangan yang lain akan
mendatangkan pembelajaran yang dikenali sebagai pelaziman. Contohnya dalam
pembelajaran asas perkakasan komputer minat pelajar terhadap tajuk adalah
disebabkan cara penyampaian pengajaran yang baik menyebabkan pelajar
memberikan perhatian. Rangsangan yang pertama ialah komputer dan rangsangan
kedua ialah cara pengajaran yang menarik. Oleh karena perkaitan antara keduanya
adalah positif maka gerakbalas yang berlaku juga positif. Tingkahlaku memberikan
perhatian akan dilazimkan ,yaitu pelajar akan terus memberikan perhatian apabila
belajar mengenai komputer. Tumpuan pembelajaran adalah kepada tingkahlaku
luaran yang dipengaruhi oleh peneguhan. Kebanyakkan pembelajaran yang
dijalankan adalah tanggungjawab guru dan dikawal sepenuhnya oleh perekabentuk
pengajaran atau sistem pengajaran seperti komputer yang digunakan. Prinsip
utama teori ini ialah rangsangan dan gerakbalas serta peneguhan .Dalam perisian
kursus PPBK , tumpuan objektif penggunaan ialah hanya pada peringkat kefahaman
dan pengetahuan. Teori ini akan berpegang pada anggapan bahwa pembelajaran
perisian kursus PPBK merangkumi tanggungjawab guru, dan dikawal sepenuhnya
oleh pereka bentuk pengajaran atau sistem pengajaran. Teori ini juga berlandaskan
kepada anggapan bahwa pelajar akan mengekalkan sesuatu tindakan jika
peneguhan yang bersesuaian diberikan kepadanya. Sebagai contoh, apabila
seseorang pelajar diberikan ganjaran selepas menunjukkan sesuatu gerakbalas, ia
akan mengulangi tindakbalas tersebut setiap kali rangsangan yang serupa
ditemui.Dalam proses pengajaran dan pembelajaran perisian PPBK ini, guru perlu
memahami tingkahlaku-tingkahlaku pelajar yang dapat meningkatkan pembelajaran
pelajar semasa kegiatan pembelajaran . Prinsip-prinsip teori tingkahlaku yang
diterapkan meliputi: a) Proses belajar dapat berlaku dengan baik bila pelajar ikut
dengan aktif didalamnya b) Bahan pelajaran disusun dalam urutan yang logik
supaya pelajar dapat dengan mudah mempelajarinya dan dapat memberikan
respon tertentu c) Tiap-tiap respon harus diberi maklum balas secara langsung
supaya pelajar dapat mengetahui apakah
respon yang diberikannya telah
benar d) Setiap kali pelajar memberikan respon yang benar maka ia perlu diberi
ganjaran dan motivasi .
Aplikasi teori belajar behaviorisme dalam
kegiatan pembelajaran tergantung dari beberapa hal seperti: tujuan pembelajaran,
sifat materi pelajaran, karakteristik pebelajar, media dan fasilitas pembelajaran
yang tersedia. Pembelajaran yang dirancang dan berpijak pada teori behaviorisme
memandang bahwa pengetahuan adalah obyektif, pasti, tetap, tidak berubah.
Pengetahuan telah terstruktur dengan rapi, sehingga belajar adalah perolehan
pengetahuan, sedangkan mengajar adalah memindahkan pengetahuan (transfer of
knowledge) ke orang yang belajar atau pebelajar. Fungsi mind atau pikiran adalah

untuk menjiplak struktur pengetahuan yag sudah ada melalui proses berpikir yang
dapat dianalisis dan dipilah, sehingga makna yang dihasilkan dari proses berpikir
seperti ini ditentukan oleh karakteristik struktur pengetahuan tersebut. Pelajar
diharapkan akan memiliki pemahaman yang sama terhadap pengetahuan yang
diajarkan. Artinya, apa yang dipahami oleh pengajar atau guru itulah yang harus
dipahami oleh murid.Metode behaviorisme ini sangat cocok untuk perolehan
kemampaun yang membuthkan praktek dan pembiasaan yang mengandung unsurunsur seperti : Kecepatan, spontanitas, kelenturan, reflek, daya tahan dan
sebagainya, contohnya: percakapan bahasa asing, mengetik, menari, menggunakan
komputer, berenang, olahraga dan sebagainya. Teori ini juga cocok diterapkan
untuk melatih anak-anak yang masih membutuhkan dominansi peran orang
dewasa, suka mengulangi dan harus dibiasakan, suka meniru dan senang dengan
bentuk-bentuk penghargaan langsung seperti diberi permen atau pujian. Menurut
Gagne,Briggs& Wager(1992) terdapat sembilan elemen utama untuk sesuatu
pengajaran : a) menarik perhatian b) menyatakan objektif pelajaran c)
merangsang proses mengingat semula kandungan lepas d) bahan-bahan yang
boleh menimbulkan rangsangan pelajar e) memberikan bimbingan f) tugasan dan
soalan g) membuat penilaian tahap penguasaan pelajar h) mengekal dan
mengembangkan pengetahuan dan kemahiran pelajar. Dari pembahasan di
atas,dapat di simpulkan bahwa hubungan rangsangan dan tindak balas berlaku
tanpa sebarang proses media pemikiran setiap rangsangan menimbulkan
tindakbalas dan pembelajaran yang berlaku akibat kaitan dengan rangsangan dan
gerak balas. Sesuaturangsangan yang berkaitan dengan rabgsangan yang lain akan
mendatangkan pembelajaran yangdikenali sebagai pelaziman Proses pembelajaran
manusia jugaasama walaupun manusia mempunyai keupayaan belajar lebih baik,
mereka juga boleh belajar dengan cara yang jmudah dan mekanikal .Ciri dari hasil
belajar behaviorisme adalah mengutamakan unsur-unsur dan bagian kecil, bersifat
mekanistis, menekankan peranan lingkungan, mementingkan pembentukan reaksi
atau respon, menekankan pentingnya latihan, mementingkan mekanisme hasil
belajar,mementingkan peranan kemampuan dan hasil belajar yang diperoleh adalah
munculnya perilaku yang diinginkan. Guru yang menganut pandangan ini
berpandapat bahwa tingkahlaku siswa merupakan reaksi terhadap lingkungan dan
tingkah laku adalah hasil belajar.Dalam hal konsep pembelajaran, proses cenderung
pasif berkenaan dengan teori behavioris. Pelajar menggunakan tingkat
keterampilan pengolahan rendah untuk memahami materi dan material sering
terisolasi dari konteks dunia nyata atau situasi. para guru dan pendidik
lainnyadapat lebih memahami para peserta didik.akan lebih mudah memberi
mereka motivasi,baik motivasi dari dalam(intrinsic motivation) maupun motivasi
dari luar(ekstrinsic motivation).Motivasi dari dalam (intrinsic motivation)dapat
dilakukan dengan memberikanpemahaman bahwa tak ada yang bisa membantu
bila tidak mau membantu diri sendiri.Sedangkan motivasi dari luar (ekstrinsic
motivation) dapat dengan mengambil contoh orang-orang yang telah sukses
terlebih dahulu.

Make Money at : http://bit.ly/best_tips

pengenalan Menurut Siti Hajar Abdul Aziz 2009, beliau menyatakan bahawa
Pengasas teori ini adalah J.B Watson yang popular dengan teori Little Albert. Namun
selain daripada J.B Watson terdapat tokoh lain yang turut mengkaji tentang teori ini.
Mereka adalah Skinner, Thondike dan Pavlov. Teori pemerolehan bahasa Behavioris
pada zaman sebelum ini lebih menekankan tingkah laku yang dapat dilihat sahaja.
Bagi mereka perkara yang berlaku dalam otak manusia tidak dapat dikenalpasti.
Mereka membuat analogi otak manusia sama seperti sebuah kotak hitam yang
gelap. Oleh itu mereka tidak mementingkan peranan otak dalam pemerolehan
bahasa. Golongan mazhab ini menolak pendapat yang menghubungkan operasi
kognitif dengan pemerolehan bahasa. Posted by IPG Kampus Bahasa Melayu at 8:53
AM No comments: Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to
Pinterest Konsep Khas Teori Behaviorisme ( Ivan Pavlov ) Menurut laman web
sesawang scribd yang ditulis oleh Eddliestaniselie teori ini mengatakan bahawa
setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas ialah apa sahaja
tingkah laku yang timbul akibat daripada rangsangan. Manakala rangsangan pula
adalah apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas pembelajaran
boleh berlaku akibat kaitan di antara rangsangan dengan gerak balas. Rangsangan
juga boleh dikaitkan dengan satu rangsangan yang lain untuk mendatangkan
pembelajaran. Pembelajaran yang berlaku kerana perkaitan di namakan pelaziman
manakala pembelajaran akibat dari perkaitan dua rangsangan di namakan
pelaziman klasik. Sebagai contoh apabila guru memberikan arahan supaya murid
mengangkat tangan, maka murid dengan cepat akan mengangkat tangannya.
Arahan ialah rangsangan, manakala tindakan mengangkat tangan ialah gerakbalas.
Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku
kesan daripada kaitan antara rangsangan dengan gerakbalas. Pembelajaran yang
berlaku melalui perkaitan tersebut dinamakan sebagai pelaziman dan pembelajaran
yang berlaku akibat dua ransangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik. Pelaziman
klasik ini termasuklah mengaitkan simbol-simbol dengan apa yang dilambangkan,
mengaitkan nama dengan watak, mengaitkan istilah teknik di dalam fizik dengan
apa yang dimaksudkan atau mengaitkan tarikh dengan peristiwa Posted by IPG
Kampus Bahasa Melayu at 8:45 AM No comments: Email This BlogThis! Share to
Twitter Share to Facebook Share to Pinterest Prinsip Teori Behaviorisme - Ivan Pavlov
Menurut Ragbir Kaur Joginder Singh (2010), beliau menyatakan bahawa terdapat
tiga prinsip asas di dalam eksperimen Ivan Pavlov. Prinsip tersebut ialah: i. Setiap
rangsangan akan menimbulkan gerak balas ii. Pembelajaran berlaku akibat kaitan
antara rangsangan dan gerak balas iii. Pembelajaran yang berlaku akibat perkaitan
di antara dua rangsangan dinamakan pelaziman Posted by IPG Kampus Bahasa
Melayu at 8:43 AM No comments: Email This BlogThis! Share to Twitter Share to
Facebook Share to Pinterest IVAN PAVLOV

TEORI PELAZIMAN KLASIK Biodata dan foto berkenaan dengan pengasas Teori/Model
Menurut Choong Lean Keow 2009, beliau menyatakan Pavlov merupakan salah
seorang daripada ahli teori Behavioris selain daripada Skinner, Thondike dan
Watson. Beliau dilahirkan pada 14 September 1849 di Ryazan, Rusia Tengah. Beliau
telah meninggal dunia pada Meninggal 27 Februari 1936 di Leningrad Rusia ketika
berusia 86 tahun. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz 2009, beliau menyatakan sama
seperti yang dinyatakan oleh Choog Lean Keow. Beliau menambah bahawa Ivan
Pavlov merupakan ahli fisiologi, psikologi dan ahli fizik berbangsa Rusia. Sebagai
seorang yang sangat mencintai bidang fisiologi beliau telah meminta seorang
pelajar duduk di sebelah katilnya dan merekodkan perihal kematiannya. Beliau
terkenal dengan orang pertama yang mendeskripsikan fonomena pelaziman klasik
atau pelaziman responden. Semasa kecil Ivan Pavlov bersekolah di sekolah Seminari
Teologi dan telah melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yang bernama
Universiti St. Petersburg di dalam bidang Kimia dan Fisiologi. Beliau telah mendapat
gelaran doktor falsafah pada tahun 1879. Pada tahun 1884, beliau telah dilantik
menjadi Profesor di Institut of Experimental Medicine. Pada tahun 1904 pula, beliau
telah dianugerahkan hadiah Nobel bagi kategori fisiologi atas eksperimen beliau
iaitu melatih anjing untuk mengeluarkan air liur apabila mendengar bunyi yang
dikeluarkan oleh metronome. Hasil eksperimen ini telah mengasaskan teori
behavioris dalam bidang psikologi yang merupakan rujukan asas kepada konsep
pelaziman klasik pada masa kini. Posted by IPG Kampus Bahasa Melayu at 8:39 AM
No comments: Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to
Pinterest Teori pelaziman klasik Ivan Pavlov Teori pelaziman klasik adalah tentang
tingkah laku pembelajaran yang telah dipelopori oleh Ivan Pavlov ( 1849-1936).
Pada tahun 1980-an. Pavlov mengkaji fungsi pencernaan pada anjing dengan
melakukan pemerhatian pada kelenjar air liur. Dengan cara itu, beliau dapat
mengumpulkan, menyukat dan menganalisis air liur haiwan itu dan bagaimana ia
dapat diberikan makanan pada keadaan yang berbeza. Beliau sedar anjing akan
mengeluarkan air liur sebelum makanan sampai ke mulutnya dan mencari
hubungan timbal balik antara air liur dengan aktiviti perut. Pavlov hendak melihat
rangsangan luar dapat mempengaruhi proses ini. Oleh itu contoh paling awal dan
terkenal bagi pelaziman klasik melibatkan pelaziman air liur pada anjing kajian
Pavlov. Berikut adalah tahap-tahap eksperimen dan penjelasan dari gambar di
bawah: Gambar pertama. Apabila anjing diberikan makanan (Ransangan Tidak
Terlazim RTT ) maka secara refleks anjing akan mengeluarkan air liur( Gerakbalas
Tidak Terlazim GTT ). Gambar kedua. Jika loceng dibunyikan ( Ransangan neutral
RN ) maka anjing tidak memberi respon atau mengeluarkan air liur. Gambar ketiga.
Dalam eksperimen ini anjing diberikan makanan (Ransangan Tidak Terlazim RTT )
setelah mendengar bunyi loceng (Ransangan Terlazim RT )terlebih dahulu, anjing
akan mengeluarkan air liur akibat pemberian makanan. Gambar keempat. Setelah
perlakuan ini dilakukan secara berulang-ulang, maka ketika anjing mendengar bunyi
loceng (Ransangan Terlazim RT ) tanpa diberikan makanan, secara automatik
anjing akan memberikan respon berupa keluarnya air liur dari mulutnya
( GerakbalasTerlazim GT ). Dalam eksperimen ini menunjukkan bagaimana cara

untuk membentuk perilaku anjing agar ketika mendengar bunyi loceng ia akan
memberi respon dengan mengeluarkan air liur walapun tanpa diberikan makanan.
Kerana pada awalnya (gambar 2) anjing tidak memberi respon apapun ketika
mendengar bunyi loceng. Jika anjing secara terus menerus diberikan ransangan
berupa bunyi loceng dan kemudian mengeluarkan air liur tanpa diberikan sebuah
hadiah berupa makanan. Maka kemampuan stimulus terkondisi (bunyi bel) untuk
menimbulkan respons (air liur) akan hilang. Hal ini disebut dengan extinction atau
penghapusan. Pavlov mengemukakan empat peristiwa eksperimental dalam proses
akuisisi dan penghapusan sebagai berikut: Konsep Keterangan Ransangan tidak
terlazim Sesuatu yang mampu menghasilkan sesuati gerak balas. Contoh: makanan
Gerak balas tidak terlazim Sesuatu yang dihasilkan oleh sesuatu rangsangan.
Contoh: lelehan air liur Ransangan terlazim Ransangan yang baru yang diberi
bersama ransangan lama. Contoh: loceng Gerak balas terlazim Gerak balas yang
dihasilkan oleh ransangan baru setelah dipadankan dengan ransangan lama.
Contoh: lelehan air liur Menurut laman sesawang
http://peoplelearn.homestead.com/psychlearncontent2a.html, Psikologi
Behaviorisme menggunakan suatu pendekatan ekperimental, ransangan dan
objektif dimana kajian Pavlov tetap merupakan model yang luar biasa dan tidak
dapat ditandingi. Pavlov bersama anjing yang digunakan bagi menjalankan uji kaji.
Gambaran susun atur kajian yang dijalankan Pavlov. Contoh Dalam Kehidupan
Nyata Menurut Brennan, James F. 2006 dalam bukunya Sejarah dan Sistem
Psikologi, sebagai contoh untuk menambah kelekatan dengan pasangan, jika anda
mempunyai pasangan yang sangat suka dengan coklat (RTT), setiap kali anda
bertemu (GTT) dengan kekasih anda maka berikanlah sebuah coklat untuk kekasih
anda, secara automatik dia akan sangat suka dengan coklat pemberian anda.
Berdasarkan teori, ketika hal itu dilakukan secara berulang-ulang, selanjutnya cukup
dengan bertemu dengan anda tanpa memberikan coklat, maka secara automatik
pasangan anda akan sangat suka dengan anda, hal ini dapat terjadi pembentukan
perilaku antara (RTT), (GTT), (RT), dan (GT) seperti eksperimen yang telah dilakukan
oleh Pavlov. Menarik bukan? Posted by IPG Kampus Bahasa Melayu at 8:26 AM No
comments: Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to
Pinterest Analisis Teori Menggunakan Teknik SWOT Selepas mencari pelbagai
maklumat daripada pelbagai sumber seperti buku dan juga internet, kami telah
membuat beberapa analisis mengenai teori ini dengan menggunakan teknik SWOT.
STRENGTH (Kekuatan Teori Behaviorisme) Kelebihan yang pertama yang kami
perolehi melalui teori ini adalah teori ini sangat sesuai untuk melatih atau mendidik
kanak-kanak yang masih memerlukan bantuan daripada orang dewasa di sekeliling
mereka. Sebagai contoh kanak-kanak tadika memerlukan bimbingan dan perhatian
yang khusus daripada orang di persekitarannya terutamanya guru-guru mereka
kerana mereka mudah mengikuti apa yang diajar dan disuruh selain suka meniru
perlakuan orang di sekelilingnya. Selain itu, mereka juga suka dengan bentukbentuk penghargaan yang diberi kepadanya seperti pujian dan melalui bentuk
penghargaan tersebut ianya dapat membangkitkan semangat ingin belajar dalam
diri mereka. Kelebihan yang kedua adalah guru tidak perlu mengambil masa yang

lama untuk memberi penerangan yang panjang tentang pembelajaran kepada


murid-murid. Hal ini kerana murid-murid akan dibiasakan belajar dengan sendiri
kecuali sekiranya murid menghadapi sesuatu masalah dan memerlukan penjelasan
yang lebih daripada guru. Dalam hal ini guru perlu memberikan penerangan dengan
jelas. Selain daripada itu, teori ini juga menekankan kemahiran lisan berbanding
kemahiran membaca dan menulis. Melalui aspek kemahiran lisan yang ditekankan
dapat memberikan kelebihan kepada murid kerana aspek lisan iaitu mendengar dan
bertutur penting dalam situasi harian murid. Boleh dikatakan bahawa kemahiran ini
adalah kemahiran terkerap yang digunakan manusia untuk berkomunikasi antara
satu sama lain. WEAKNESS (Kelemahan Teori Behaviorisme) Dari segi kelemahan
pula, penerapan teori behavioris yang kurang tepat dalam sesuatu situasi
pembelajaran boleh mangakibatkan berlakunya proses pembelajaran yang tidak
kondusif bagi murid-murid kerana pembelajaran berlaku dalam keadaan sehala
dimana ianya berpusatkan kepada guru sahaja. Guru hanya mengajar dan melatih
murid manakala murid hanya menerima apa yang diajar oleh guru mereka tanpa
memberi sebarang maklum balas. Malah dalam teori pembelajaran ini murid
berperanan sebagai pendengar dan mereka menghafal apa yang didengar dan
dipandang sebagai cara belajar yang efektif. Penggunaan hukuman merupakan
salah satu cara untuk guru mendisiplinkan murid dan hal ini akan mendatangkan
akibat buruk kepada murid. Kelemahan yang kedua ialah proses pembelajaran
dikatakan kurang memberikan gerak balas yang bebas bagi pelajar untuk
berinteraksi serta untuk mengembangkan idea. Hal ini kerana sistem pembelajaran
tersebut lebih tertumpu kepada rangsangan dan gerak balas yang ditunjukkan.
Sekiranya tiada rangsangan maka tindak balas tidak akan berlaku. Sebagai contoh,
guru akan memberi rangsangan yang berupa hadiah dan dari situ barulah murid
akan memberikan jawapan yang dikehendaki oleh guru. Sekiranya perkara ini
berlaku secara berterusan dikhuatiri murid akan terlalu bergantung terhadap
rangsangan dari luar sedangkan murid harus memiliki rangsangan dari dalam diri
mereka sendiri sebagai satu cara pembelajaran. Kelemahan yang ketiga menurut
teori ini adalah penambahan ilmu pengetahuan lebih tertumpu kepada buku teks.
Hal ini kerana mereka belajar mengikut urutan kurikulum yang sangat ketat
sehinggakan buku teks merupakan buku wajib dalam pembelajaran mereka malah
mereka juga perlu dikehendaki memahami dan mempersembahkan kembali isi
pembelajaran di dalam buku teks tersebut dengan baik. Hal ini boleh
mendatangkan kesan buruk kepada pelajar kerana ilmu pengetahuan yang mereka
peroleh tidak begitu berkembangan dengan hanya tertumpu kepada satu buah buku
sahaja. OPPORTUNITY( Peluang Teori Behaviorisme ) Berdasarkan teori ini, guru
adalah model bagi murid dalam berbahasa. Guru perlulah menggunakan bahasa
yang betul daripada segenap aspek seperti aspek sebutan, nada, jeda dan intonasi
semasa proses pengajaran dan pembelajaran bagi memudahkan murid mempelajari
bahasa dengan betul dan berkesan. Sekiranya guru dapat mengambil peluang ini
iaitu peluang menggunakan bahasa dengan baik semasa pengajaran dan
pembelajaran,murid secara sendirinya akan terbiasa dengan cara berbahasa yang
betul. Selain itu, guru perlulah mengamalkan pengajaran yang seimbang iaitu

dengan mengurangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru


tetapi sebaliknya lebih banyak mempraktikkan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang berpusatkan murid dan aktiviti. Melalui teknik ini, murid akan
dapat mengembangkan idea dan pendapat mereka. Murid juga akan mempunyai
tahap keyakinan yang lebih tinggi. Teori ini juga sangat mementingkan latih tubi
yang intensif. Melalui latih tubi yang kerap dan intensif yang dijalankan oleh murid
terhadap murid, kebiasaan dan kecekapan murid dalam berbahasa dapat
dipertingkatkan. Selain itu juga, berdasarkan teori ini murid akan berasa termotivasi
melalui ransangan yang diberikan guru semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Apabila murid melakukan perkara yang betul dan baik, guru
digalakkan untuk memberikan ganjaran dan pujian atas pencapaian atau
tingkahlaku murid. Perkara-perkara ini secara tidak langsung dapat menaikkan
semangat dan motivasi murid untuk terus belajar. THREAT(Ancaman Teori
Behaviorisme) Di dalam teori ini terdapat beberapa ancaman yang dapat
dikenalpasti. Antaranya ialah pembelajaran individu dipengaruhi oleh sejauh mana
baiknya sistem saraf seseorang. Sekiranya seseorang individu baik sistem sarafnya
maka mudah untuk mereka menguasai gerak balas tertentu melalui rangsangan
terlazim dan rangsangan tidak terlazim. Namun sekiranya seseorang itu
mempunyai masalah dalam sistem sarafnya maka individu tersebut akan
memperoleh kesukaran di dalam pembelajarannya. Ancaman yang seterusnya
adalah merujuk kepada pembelajaran yang berpusatkan guru boleh mendatangkan
kesan negatif kepada murid. Hal ini kerana murid akan berasa diri mereka tidak
begitu penting sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan kerana
mereka tidak dapat berkongsi idea dan pendapat bersama rakan-rakan dan juga
guru. Sebagai contoh guru hanya akan mengajar dan murid hanya perlu menerima
apa yang diajar oleh guru sebagai tindak balas hasil daripada rangsangan yang
guru tunjukkan. Dan hasilnya murid tidak dapat mengembangkan idea dari dalam
fikiran mereka sendiri dan hanya bergantung kepada guru semata-mata. Selain itu,
ancaman bagi teori ini ialah ganjaran. Teori ini terlalu menekankan aspek ganjaran
yang perlu diberikan guru kepada murid sekiranya murid dapat melakukan sesuatu
perkara dengan baik. Hal ini dapat menjadikan murid melakukan sesuatu bukan
atas dasar ingin memperbaiki pencapaian dan menambah pengetahuan, sebaliknya
disebabkan oleh ganjaran semata-mata. Posted by IPG Kampus Bahasa Melayu at
8:00 AM No comments: Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook
Share to Pinterest Friday, September 17, 2010 Implikasi Teori atau Model Pengajaran
Behavioris Terhadap Proses Pengajaran dan Pembelajaran Menurut Choong Lean
Keow 2009, beliau menyatakan implikasi teori Behaviorisme terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran adalah seperti yang berikut. Yang pertama ialah guru
perlu sedar bahawa kaitan antara rangsangan dan gerak balas boleh dilazimkan
iaitu dipelajari. Sebagai contoh apabila guru ingin menyuruh murid-murid beratur
ketika waktu rehat di kantin sekolah guru boleh mengaitkannya dengan cara untuk
berjaya dalam kehidupan. Implikasi yang seterusnya ialah kaitan antara rangsangan
dan gerak balasdapat dikukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu
dikaitkan dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak balas terlazim itu.

Sebagai contoh guru ingin murid-murid supaya tidak mengaitkan mata pelajaran
matematik dengan kesukaran, dengan memberi mereka latihan- latihan yang
mudah dan apabila mereka beransur mahir menyelesaikan masalah yang sukar
maka guru bolehlah menukar aras pembelajaran kepada tahap yang sederhana
sukar dan seterusnya ke aras pembelajaran yang sukar. Di samping itu, dalam
proses pembelajaran, generalisasi boleh berlaku. Ini bermakna perkara yang
dipelajari dalam situasi A boleh dipindahkan ke situasi B. Sebagai contoh guru mata
pelajaran sains mengaitkan kejadian pencemaran alam sekitar yang mengakibatkan
kemusnahan alam semula jadi dengan kemusnahan alam yang berlaku seperti
tsunami yang melanda Bandar Acheh. Seterusnya menurut Kamarudin Hj. Husin
1997 menyatakan bahawa faktor motivasi memainkan peranan yang penting bagi
menghasilkan gerak balas yang diinginkan. Dalam hal ini pemberian ganjaran perlu
diberi perhatian. Sebagai contoh ketika murid menjawab soalan yang diberikan oleh
guru dengan betul maka guru boleh memberikan pujian kepadanya atau dengan
memberikannya hadiah supaya pada waktu pembelajaran yang seterusnya pelajar
tersebut akan lebih menumpukan perhatian di dalam kelas untuk memperoleh
pujian yang diingini. Namun sekiranya pelajar tersebut tidak dapat menjawab
soalan yang diberi maka guru perlulah membimbing pelajar tersebut supaya
mereka tidak berasa terpinggir dan seterusnya dapat bersama-sama memahami
tajuk pembelajaran pada ketika itu. Selain itu juga, beliau berkata di dalam proses
pembelajaran tingkah laku yang dapat dilihat, diamati, diukur dan dikawal
hendaklah diberi perhatian. Hal ini kerana melalui perubahan tingkah laku yang
ditunjukkan oleh murid guru boleh mengambil sebarang tindakan sekiranya ianya di
kesan lebih awal. Sebagai contoh sekiranya seseorang murid menunjukkan tingkah
laku yang negatif seperti tidak faham tentang apa yang diajar oleh guru maka guru
boleh membuat pemulihan terhadap dirinya. Dalam pembelajaran, penghapusan
boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini bermakna, sekiranya sesuatu
tingkahlaku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkahlaku itu mungkin akan
terhapus begitu sahaja. Konsep pemulihan serta-merta juga dapat membantu
seseorang guru meningkatkan keberkesanan pembelajaran

Make Money at : http://bit.ly/best_tips