Anda di halaman 1dari 49

Disediakan oleh:

Nur Afifah Sauti


Razniza Mohammad
Wan Nor Azilah Wan A. Rahman

ADAT RESAM DAN


PANTANG LARANG
MASYARAKAT CINA
PENGENALAN

 Masyarakat Cina mempunyai adat resam atau
pantang larang yang agak unik.
 Kehidupan seharian mereka yang dipengaruhi oleh
persekitaran dan alam sekeliling menyebabkan
mereka banyak bergantung kepada nasib.
 Dalam pelbagai perkara, tukang tilik mempunyai
peranan yang besar sebagai pakar rujuk dalam
hal-hal kelahiran, perkahwinan dan kematian.
 Adat resam dan pantang larang ini diamalkan secara
berbeza-beza mengikut kaum-kaum tertentu
dalam masyarakat Cina, namun apa yang
diterangkan seperti berikut merangkumi adat
resam masyarakat Cina secara keseluruhannya.

KELAHIRAN
 Pelbagai adat resam dan pantang larang
tertentu diamalkan oleh masyarakat Cina
dalam aspek ini dan ia merangkumi
peringkat sewaktu mengandung dan
selepas lahir
 Pelbagai bentuk adat resam dan pantang
larang diamalkan oleh wanita masyarakat
Cina semasa mengandung dan juga
selepas bersalin untuk memastikan bayi
yang bakal lahir itu tidak ditimpa kejadian
buruk seperti keguguran, kecacatan atau
kematian.
SEBELUM
KELAHIRAN
SEWAKTU MENGANDUNG
 Wanita-wanita masyarakat Cina yang mengandung
sentiasa diberikan kawalan ketat di dalam setiap
tindak-tanduk dan kegiatan seharian mereka.
 Dalam masyarakat Cina ibu mertua
bertanggungjawab menjaga wanita mengandung
dan bukannya suami.
 Masyarakat Cina juga amat mementingkan anak
lelaki. Ini kerana anak lelaki boleh melanjutkan
keturunan mereka melalui pewarisan nama nenek
moyang.
 Anak perempuan hanya menjadi milik ibu bapa buat
sementara waktu sahaja dan apabila berkahwin,
mereka dianggap menjadi milik keluarga
suaminya.
PANTANG LARANG
 Terdapat banyak pantang larang yang perlu
dipatuhi semasa mengandung dan
diantaranya ialah tidak dibenarkan
melakukan kerja-kerja seperti memaku
kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan
mengalami kecacatan. Wanita hamil juga
perlu mengawal tingkah laku seperti tidak
mengeluarkan kata-kata kesat dan
dilarang memukul binatang. Ini bertujuan
menghindari bayi dari terkena badi.
 Mereka juga digalakkan bekerja supaya mudah
bersalin.
 Sebarang konflik atau perselisihan perlu
dihindari supaya kandungan tidak mengalami
sebarang gangguan.
 Memberi nama kepada bayi yang belum lahir
semasa mengandung juga adalah antara
pantang larang dalam masyarakat Cina.
 Ini adalah untuk mengelakkan perasaan kecewa
bila harapan tidak tercapai.
 Selain itu wanita hamil tersebut tidak digalakkan
terlalu kerap menggosok perut mereka kerana
bayi yang lahir kelak akan mempunyai sifat
yang manja.

 Dari segi penjagaan makanan, wanita yang
hamil dilarang sama sekali makan makanan
yang �tajam� seperti nenas dan mangga
serta tidak digalakkan makan banyak kerana
ditakuti bayi akan menjadi besar dan ini akan
membuatkan ibu sukar untuk bersalin.
 Untuk menentukan sama ada kandungan itu
lelaki atau perempuan, maka masyarakat Cina
melihat bentuk perut wanita yang hamil,
terutama apabila kandungan berusia empat
bulan ke atas.
 Jika perut ibu agak bulat, bayi yang dikandung
adalah perempuan dan sebaliknya lelaki jika
perut kelihatan tajam.


SELEPAS
KELAHIRAN
BERPANTANG
 Wanita-wanita Cina yang baru melahirkan
anak terpaksa berpantang selama empat
puluh hari hari.
 Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana
dibimbangi masuk angin.
 Pusat bayi yang baru dilahirkan diikat dan
dililit dengan sehelai kain pada perutnya.
Ini bertujuan untuk mengelakkan perut
bayi dimasuki angin dan untuk
mengeringkan tali pusat.
 Pusat bayi yang tenggelam ke dalam
adalah petanda bagi masyarakat Cina.
 Anak tersebut dipercayai akan menjalani
kehidupan yang senang pada masa depan.
Manakala pusat yang tersembul dikaitkan
dengan hidup yang kurang baik.
 Bayi yang baru lahir selalu diperhatikan bentuk
fizikalnya oleh orang-orang tua. Mereka akan
mengaitkan telinga yang lebar dan tebal
sebagai bakal menjalani kehidupan yang
kaya.
 Masyarakat Cina mempercayai sekiranya
terdapat lebih daripada satu pusar di atas
kepala, bayi akan menjadi nakal dan tidak
mendengar kata.
 Dari segi pemakanan, masyarakat Cina
menggunakan sejenis arak yang dibuat
daripada beras yang diperam dalam
masakan mereka.
 Arak tersebut dimasukkan bersama-sama
ayam, halia dan lada, kemudiannya
digoreng.
 Masakan panas dan pedas ini dipercayai
dapat mengeluarkan angin daripada badan
wanita yang bersalin disamping
menguatkan semula tenaga.
KENDURI
 Seperti masyarakat Melayu, masyarakat
Cina juga turut mengadakan kenduri iaitu
apabila bayi mencapai umur sebulan.
 Kuih khas yang berbentuk bulat berwarna
merah dan kuning yang berintikan kacang
dan tau su serta telur yang diwarnai
merah kemudiannya diberikan kepada
saudara-mara yang terdekat.
 Mereka yang mendapat kuih dan telur ini
akan membalasnya dengan membawa
hadiah berupa pakaian bayi dan pati
ayam untuk ibu-ibu.
MENCUKUR JAMBUL
 Seperti masyarakat Melayu, masyarakat
Cina juga mengamalkan adat mencukur
rambut
 Mereka mencukur rambut bayi kerana
beranggapan rambut bayi yang dilahirkan
adalah rambut sementara.
 Rambut yang tumbuh semasa dalam
kandungan perlu dicukur untuk
menumbuhi rambut baru.
 Adat ini sebagai pengiktirafan terhadap
kelahiran orang baru ke dalam
masyarakat.
MEMBERI NAMA
 Nama orang Cina terdiri dari 3 perkataan yang
dimulai dengan nama keluarga.
 Patah kata kedua mewakili nama segenerasi di
kalangan adik-beradik dan sanak-saudara
 . Nama ketiga pula merupakan nama bagi
panggilan diri sendiri. Sistem nama yang
baik perlu mengambil kira makna , unsur Yin
dan Yang serta dibuat mengikut perhitungan
matematik Cina.
 Terdapat lima aspek penting yang perlu diberi
perhatian dalam memberi nama bayi yang
baru lahir.
ASPEK MEMBERI NAMA:
 Nama yang diberi haruslah mengandungi maksud
yang baik seperti lambang kekayaan, kemewahan
dan kesejahteraan.
 Bunyi nama mestilah sedap didengar.
 Nama mestilah dibuat berdasarkan kiraan matematik
iaitu angka yang terhasil tidak bertentangan dan
seelok-eloknya sepadan.
 Nama yang diberikan patut mempunyai timbangan
unsur Yin dan Yang yang sama berat.
 Nama mestilah mempunyai lima unsur iaitu emas, air,
api, tanah dan kayu serta saling melengkapi.

 Oleh yang demikian, nama seseorang bayi
harus disusun secara seimbang yang
mengandungi unsur Yin dan Yang.
Kegagalan memberikan nama yang baik
juga akan mempengaruhi perjalanan hidup
seseorang, samada akan ditimpa
kecelakaan atau mendapat kesejahteraan.
 Kerumitan orang Cina memilih nama yang
sesuai untuk seseorang bayi kadangkala
menyebabkan mereka mengambil masa
yang agak lama, khususnya bagi mereka
yang masih terikat dengan adat yang
terpaksa merujuk kepada kitab-kitab
tertentu.

PERKAHWINAN
 Perkahwinan dalam masyarakat Cina
merupakan satu titik tolak yang membawa
perubahan besar dalam kehidupan mereka.
 Perkahwinan penting untuk mengekalkan
institusi keluarga dan melaluinya keturunan
nenek moyang dapat diteruskan daripada satu
generasi kepada generasi yang lain.
 Dalam masyarakat Cina, sesuatu perkahwinan
itu dirancang dan diatur sebaik-baiknya.
 Mengikut kepercayaan mereka juga, pasangan
yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat
dianggap tidak sah.
 Terdapat dua bentuk perkahwinan yang
diamalkan oleh mereka iaitu eksplisit iaitu
perkahwinan yang diatur samada oleh ibu
bapa atau orang tengah (moi-ngin) dan
implisit iaitu perkahwinan di mana kedua-
dua lelaki dan perempuan diberi
kebebasan untuk memilih pasangan
masing-masing.
 Pada asasnya adat resam perkahwiwan
masyarakat Cina merangkumi peringkat
merisik, meminang, bertunang dan majlis
perkahwinan.

MERISIK
 Adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang
gadis yang dihajati.
 Masyarakat Cina terlalu mengambil berat tentang nama ,
keturunan, peribadi, watak dan tingkah laku si gadis.
Ciri-ciri ini penting untuk mewujudkan perkahwinan yang
berkekalan.
 Cara merisik terpulang kepada ibu bapa kerana pada
lazimnya ibu bapa pihak lelaki akan menanyakan
kenalan dan rakan taulan yang kenal dengan keluarga si
gadis.
 Sebahagian masyarakat Cina lebih gemar mengadakan
perbincangan tersebut di restoran-restoran dengan
disertai saudara mara lain.
 Tradisi makan bersama ini amat penting dalam masyarakat
Cina kerana ia dapat mengeratkan perhubungan di
antara kedua belah keluarga. Perbincangan ketika
merisik adalah berkenaan perkara-perkara umum
terutama tentang latar belakang keluarga dan asal
keturunan.
MEMINANG
 Setelah kedua-dua pihak berpuas hati
dengan latar belakang keluarga masing-
masing adat meminang akan dijalankan.
 Seorang wakil dipilih untuk berkunjung ke
rumah si gadis bagi membincangkan
perkara-perkara berkaitan perkahwinan.
 Ibu pengantin pengantin perempuan pula
akan berbincang dengan wakil tersebut
berkenaan jumlah mas kahwin, peruntukan
meja dalam jamuan makan dan memilih
hari yang paling sesuai.
 Pihak lelaki tidak akan tawar menawar kerana
bimbang akan menjatuhkan maruah.
 Segala ketetapan yang telah dipersetujui,
diberitahu kepada kedua ibu bapa pihak
lelaki.
 Ibu bapa pihak lelaki akan berbincang dengan
anaknya untuk menyediakan segala
permintaan daripada pihak perempuan..
 Setelah kedua-dua pihak sudah saling
mengenal dan bersetuju untuk berkahwin,
barulah adat bertunang dijalankan.

BERTUNANG
 Hari pertunangan dilakukan berdasarkan kalendar
Cina dan ia hendaklah bersesuaian dengan
bintang kelahiran kedua pasangan tersebut.
 Khidmat tukang tilik digunakan untuk penetapan
tarikh tersebut berpandukan kepada sebuah buku
iaitu Toong-Su.
 Ini penting kerana jika dilakukan pada waktu yang
tidak sesuai dipercayai akan ditimpa bencana dan
perkahwinan akan menghalami kegagalan.
 Pada masa inilah bakal pengantin lelaki berkunjung
ke rumah perempuan untuk menunaikan
permintaan.
 Upacara bertukar cincin dilakukan mengikut masa
yang ditetapkan .
 cincin disarung di jari manis kiri oleh kedua-dua
bakal pengantin sehingga hari perkahwinan.
 Bagi membukitkan persetujuan, gadis berkenaan
akan menyerahkan sekeping kertas merah
atau nyen-sang yang tertulis nama gadis,
umur dan tarikh lahirnya yang didapati
daripada tukang tilik.
 Setelah nyen-sang diterima, pihak lelaki akan
mengadakan persediaan. Nyen-sang
kepunyaan si gadis pula akan diberi kepada
tukang tilik bersama-sama maklumat yang
sama tentang dirinya.
.
 Tukang tilik akan menghitung hari dan masa yang
sesuai berdasarkan kedua-dua nyen-sang dan
dicatat pada sehelai kertas merah yang
dinamakan nyik-kor.
 Ketika menentukan hari yang sesuai, tukang tilik
membuat ramalan berdasarkan tahun kelahiran
kedua pasangan.
 Setelah mendapat tarikh dan masa yang sesuai,
tukang tilik akan menyediakan dua keping nyik-
kor dan diberikan kepada lelaki dan perempuan
yang hendak berkahwin.
 Nyik-kor tersebut mengandungi peraturan-peraturan
dan adat-adat yang perlu diikuti oleh kedua bakal
pengantin merangkumi adat-adat tertentu
 Hantaran dan mas kahwin lazimnya diberi semasa
upacara bertukar cincin perkahwinan atau pada
hari lain seperti hari istiadat perkahwinan yang
diadakan di Pejabat Pendaftaran Perkahwinan.
 Di antara hantarannya ialah sebentuk cincin emas,
sepersalinan pakaian, kain dan wang tunai.
 Sekiranya pihak lelaki tidak menyediakan barang
hantaran yang cukup kepada pengantin
perempuan, sejumlah besar wang tunai akan
diberi.
 Beserta dengan penghantaran mas kahwin, keluarga
pengantin perempuan diberitahu tarikh
perkahwinan dan rundingan akan dibuat dengan
pengantin perempuan.
 Dalam masyarkat Cina, semakin besar mas kahwin
yang diberikan, semakin tinggi martabat dan
kedudukan pihak lelaki.
MAJLIS
PERKAHWINAN
 Hari perkahwinan akan dilangsungkan
setelah setahun bertunang atau mengikut
tempoh yang dipersetujui oleh kedua belah
pihak.
 Sebelum tiba hari perkahwinan sekiranya
terdapat kematian di kalangan ahli keluarga
bakal pengantin, perkahwinan itu mesti
ditangguhkan pada tahun hadapan ataupun
selama seratus hari.
 Adalah tidak manis mengadakan
perkahwinan sewaktu orang lain sedang
berkabung kesedihan.
 Pada hari perkahwinan tersebut pengantin
perempuan dan lelaki dihias indah.
Masyarakat Cina pada masa dahulu
memakai pakaian pengantin yang
diperbuat daripada kain sutera dan disulam
benang emas.
 Kemudian setiap pakaian dihias dengan
pelbagai aksesori. Baju pengantin sebaik-
baiknya bewarna putih, merah atau kuning.
Adalah dilarang memakai baju hitam, biru
dan kelabu kerana dipercayai warna-warna
tersebut melambangkan kematian dan
kesedihan.

 Seterusnya pengantin lelaki akan bertandang ke
rumah pengantin perempuan dan pada masa
itulah pengantin lelaki dan perempuan akan
duduk bersama buat kali pertama.
 Mereka akan diiringi oleh pengiring masing-
masing.
 Seterusnya pasangan pengantin akan
didudukkan di atas pelamin yang telah
disediakan di ruang tamu.
 Selepas acara bersanding, pasangan pengantin
akan dibawa bertemu ahli keluarga masing-
masing.
 Pengantin lelaki akan memperkenalkan
keluarga dan sauadara maranya
kepada isterinya dan ini begitulah
sebaliknya di samping itu juga kedua
pengantin akan meminta restu
daripada keluarga mertua masing-
masing.
 Dalam masyarakat Cina juga, upacara meminum
teh sangat penting dan masih diamalkan.
 Ia merupakan tradisi masyarakat Cina yang
mempunyai maksud yang tersendiri.
 Adat ini melambangkan penerimaan pasangan
pengantin terutamanya si isteri dalam
keluarga si suami di samping bertujuan untuk
mengeratkan hubungan kekeluargaan.
 Dalam upacara ini pasangan pengantin akan
memberi teh yang disediakan kepada saudara
mara pihak lelaki. Walau bagaimanapun adat
bersanding dan upacara minum teh ini sudah
kurang diamalkan oleh masyarakat Cina hari
ini.
 Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat Cina
ialah pada sebelah malam iaitu jamuan makan.
 Jamuan makan ini diadakan secara besar-besaran
samada di rumah, dewan, atau restoran.
 Tetamu-tetamu yang datang akan membawa ang-
pau sebagai hadiah kepada pasangan pengantin.
 Pada masa yang sama kedua pengantin akan cuba
mengenali dan beramah mesra dengan ahli
keluarga kedua belah pihak.
 Akhir sekali, sebagai bukti perkahwinan, pasangan
pengantin akan menandatangani dua pucuk surat
perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su di hadapan
beberapa orang saksi.
KEMATIAN
SEMASA KEMATIAN
 Apabila berlaku kematian, mayat akan
dibersihkan dan dimandikan sebagai
memberi penghormatan terakhir kepada
si mati.
 Setelah dimandikan mayat disapu dengan
minyak wangi dan disolek. Ia bertujuan
untuk mengharumkan si mati terutama
apabila berada di alam akhirat.
 Kemudiannya mayat tersebut dipakaikan
dengan pakaian yang cantik. Lazimnya
pakaian tersebut adalah pakaian yang
dipakai ketika hari perkahwinan.
 Oleh itu adalah menjadi kewajipan
masyarakat Cina menyimpan pakaian
perkahwinan untuk dipakai sewaktu
meninggal dunia.
 Si mati turut dipakaikan dengan aksesori
yang lain terutamanya wanita.
 Kemudian mayat akan dimasukkan ke dalam
keranda yang diperbuat daripada kayu
yang diukir menarik. Bagi yang kaya,
keranda diukir dengan bersalutkan logam.
 Ini adalah untuk menunjukkan kedudukan
seseorang semasa hidupnya.

 Apabila berlaku kematian, ahli keluarga,
saudara-mara dan sahabat handai
dikehendaki menangis atau meratapi
pemergian si mati.
 Tangisan ini perlu dilakukan dengan kuat apabila
si mati diletakkan di ruang tamu sehinggalah
diusung ke kawasan perkuburan ditanam.
 Lazimnya tangisan yang dilakukan perlu
diselitkan dengan kata-kata yang
menunjukkan si mati telah membuat jasa.
 Tangisan ,mengungkit keburukan si mati dilarang
sama sekali.
 Jika ini berlaku, roh si mati tidak akan tenteram dan si mati
akan tersiksa.
 Ada juga segelintir masyarakat Cina yang melupuskan
hutang piutang si mati dengan alasan untuk
mententeramkan si mati agar tidak disoal di alam akhirat
kelak.
 Tangisan ahli keluarga terutama ibu bapa atau saudara
yang lebih tua lebih baik dan ini digalakkan dalam
masyarakat Cina.
 Selain itu masyarakat Cina juga akan mengupah lebih
ramai untuk menangisi si mati.
 Tangisan yang kuat terutama dalam perjalanan menuju ke
kawasan perkuburan amat digalakkan.
 Tangisan ini seolah-olah menggambarkan kesedihan
keluarga dan sahabat handai terhadap kematian itu.
 Tangisan akan berlanjutan sehingga mayat dikebumikan.
 Seterusnya mayat akan dibawa ke jirat atau tanah
perkuburan untuk dikebumikan.
 Pada zaman dahulu masyarakat Cina mengusung
mayat dengan menggunakan pengusung yang
diperbuat daripada kayu yang diukir menarik .
 lazimnya ukiran tersebut mengikut status si mati.
Sekiranya si mati daripada golongan berada,
ukiran lebih halus dan menarik berbanding
golongan biasa.
 Namun pada zaman sekarang mayat yang telah
diletakkan ke dalam keranda akan dimasukkan ke
dalam lori kecil yang dikhaskan untuk menghantar
mayat ke tanah perkuburan.
 Semasa mengiring mayat dari rumah ke
kawasan perkuburan, pelbagai jenis lagu akan
mengiringinya. Lagu tersebut adalah
berbentuk agama atau lagu-lagu tradisional
masyarakat Cina sebagai lambang kesedihan
atau takziah.
 Tidak kurang juga mereka mendendangkan lagu
kegemaran si mati ketika hidup.
 Lazimnya pemuzik tersebut ditempah khas untuk
mengiringi jenazah.
 Iringan muzik akan bermula dari rumah
sehinggalah mayat dikebumikan. Biasanya
iringan muzik tidak akan berhenti-henti supaya
si mati dapat dihiburkan sehingga berada di
alam akhirat.
 Lazimnya pada hari tersebut, ahli keluarga
si mati akan memakai baju berwarna
hitam.
 Warna lain tidak digalakkan, apatah lagi
warna merah yang dikatakan
mempersenda si mati dan keluarganya.
 Baju yang berbunga juga dilarang dalam
upacara kematian tersebut.
 Pakaian ahli keluarga si mati adalah seperti
jubah hitam yang lengkap dengan topi.
 Kemudian mereka akan memakai baju
jejaring yang diperbuat daripada jut atau
sabut. Baju ini dipakai di bahagian luar
baju hitam.
 Ketika mayat diusung dengan
menggunakan lori khas, beberapa kertas
yang disalut logam akan dicampak
sepanjang sepanjang perjalanan.
 Mengikut kepercayaan masyarakat Cina
cara ini adalah untuk memastikan roh
boleh berjalan pulang ke rumah
berpandukan kertas tersebut.
 http://malaysiana.pnm.my/01/0102cna_pengenala