Anda di halaman 1dari 4

Faedah Faedah Kokurikulum

Pendahuluan
Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. Terdapat banyak jenis
kegiatan kokurikulum di sekolah. Kegiatan tersebut termasuklah aktiviti badan
beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. Semua pelajar
digalakkan menyertai kegiatan kokurikulum. Ada banyak faedah kegiatan
kokurikulum. Kegiatan kokurikulum dapat didefinisikan sebagai kegiatan yang
dijalankan di luar bilik darjah. Kegiatan ini termasuklah kegiatan sukan dan
permainan, pertubuhan pakaian seragam dan kelab atau persatuan. Setiap
pelajar diwajibkan supaya menyertai sekurang-kurang satu daripada setiap
aktiviti tersebut. Kegiatan kokurikulum ini bukan sahaja dapat memberikan
keseronokan malahan dapat mendatangkan pelbagai kebaikan kepada
pelajar yang menyertainya. Kegiatan kokurikulum telah dianggap satu aktiviti
yang penting tetapi pembabitan pelajar agak mengecewakan. Ada pelbagai
faktor yang menyebabkan pelajar tidak mahu melibatkan diri mereka dalam
aktiviti ini. Sikap tidak acuh pelajar ini telah menyebabkan kerajaan
mewajibkan kegiatan ini dan menjadi syarat unntuk pemilihan ke universiti.
Sebenarnya, kokurikulum mempunyai banyak kebaikan yang tersirat.
Isi-isi

Pelajar yang terlibat dengan kokurikulum dapat menyihatkan badan mereka.


Peluh yang keluar dapat menghilangkan toksik badan. Pelajar yang
menghadapi era persekolahan zaman ini memang penuh masalah, jadi
pembabitan dalam kokurikulum mampu mengurangkan tekanan ini. Kegiatan
yang dijalankan itu mampu mengalih fikiran pelajar sejenak daripada
persiapan peperiksaan mereka yang penuh dengan penghafalan dan
membuat latihan. Minda mereka dapat berehat sebentar apabila melakukan
aktiviti
yang
berbeza
iaitu
kokurikulum.
Dalam masa yang sama pembabitan pelajar memastikan mereka tidak
terbabit dengan aktiviti yang tidak sihat. Kegiatan kokurikulum dilakukan pada
masa-masa yang telah ditetapkan. Penetapan masa ini menyebabkan pelajar
terpaksa menguruskan masa mereka dengan bijak. Pelajar yang terbabit
dalam aktiviti ini akan mengutamakan aktiviti kokurikulum dan pembelajaran
mereka. Ringkasnya, mereka kekurangan masa untuk melibatkan diri dalam
aktiviti
yang
tidak
sihat
seperti
melepak.
Selain itu, pelajar turut dapat menambah keyakinan diri mereka melalui
aktiviti kokurikulum ini. Kokurikulum menyediakan satu medan yang sesuai
kepada pelajar untuk memimpin atau mengetuai sesuatu pertubuhan. Situasi
ini memberikan mereka satu keyakinan terhadap kemampuan mereka dalam
aspek-aspek tertentu. Mereka mula menyedari bakat yang ada dan berupaya
untuk mengembangkannya serta mengasahnya menjadi sesuatu yang lebih
cemerlang lagi seperti memimpin pertubuhan belia, syarikat dan mungkin
juga
negara.
http://prauniversiti6.blogspot.com

Malahan, aktiviti kokurikulum membuka minda dan mata pelajar tentang erti
persahabatan dan pergaulan. Mereka akan bertemu dengan pelbagai orang
dalam menjalankan aktiviti kokurikulum itu. Mereka mengenal jenis manusia
sebenar terutama apabila menghadapi masalah untuk menganjurkan sesuatu
aktiviti. Mereka juga mengenali erti persahabatan yang sejati. Pengalaman ini
semua akan mengajar pelajar erti kehidupan yang tidak boleh mereka
peroleh
di
luar.
Pelajar juga mengetahui banyak perkara baru. Aktiviti dalam pertubuhan
beruniform akan mendedahkan mereka kepada cara-cara untuk
menyelamatkan mangsa ketika kecemasan, cara berkhemah, cara memasak
dan cara menguruskan perbelanjaan persatuan. Semua ini memberi satu
pengetahuan yang berguna kepadapelajar. Ilmu ini turut memberi pelajar satu
dimensi baru dalam cara mereka melihat sesuatu pertubuhan apabila mereka
keluar dari sekolah.
Salah satu faedah kegiatan kokurikulum ialah aktiviti itu dapat memenuhkan masa lapang.
Mereka tiada masa untuk terlibat dengan gejala sosial. Mereka sentiasa sibuk dengan aktiviti
di sekolah. Sebagai contoh, jika mereka aktif dalam bidang sukan, mereka akan berlatih
setiap petang. Oleh itu, kegiatan kokurikulum dapat mengisi masa lapang dengan
berfaedah.
Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi pemimpin. Ada berbagaibagai jawatan dalam persatuan. Sebagai contoh, jawatan pengerusi, setiausaha, bendahari,
ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Apabila pelajar memegang jawatan pengerusi, mereka akan
belajar menjadi ketua. Ahli jawatankuasa juga belajar menguruskan aktiviti persatuan. Ahli
biasa juga boleh belajar daripada kawan-kawan yang ada jawatan. Oleh hal yang demikian,
dengan menyertai aktiviti kokurikulum, pelajar akan belajar menjadi
pemimpin.
Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga kita dapat membentuk disiplin
diri. Disiplin sangat penting untuk mencapai kejayaan. Pelajar yang tidak berdisiplin susah
untuk berjaya. Sebagai contoh, apabila hendak menjalani latihan sukan atau bahas, kita
mesti menepati masa. Jika terlewat, kita akan rugi. Hal ini kerana masa latihan itu sudah
dibazirkan. Dengan menepati masa, kita sudah mematuh disiplin. Oleh itu, kita akan menjadi
lebih berdisiplin apabila terlibat dengan kegiatan kokurikulum.
Tambahan pula, badan kita akan menjadi sihat apabila menyertai kegiatan kokurikulum. Kita
boleh menjadi ahli kelab sukan seperti pasukan bola sepak dan pasukan bola tampar. Untuk
menang dalam pertandingan yang disertai, kita akan menjalani latihan. Sekurang-kurangnya
latihan itu dijalankan tiga kali seminggu. Dengan latihan itu kita akan menjadi cergas. Kita
akan mengeluarkan peluh. Badan kita akan menjadi sihat dan kuat. Kita tidak akan mudah
sakit.
Akhir sekali, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan. Setiap persatuan dan
kelab ada banyak ahlinya. Ahli-ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum. Ada yang berbangsa
Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul.
Mereka boleh berbincang untuk bertukar-tukar pendapat. Dengan ini akan mengeratkan
hubungan sesama mereka.

http://prauniversiti6.blogspot.com

Salah satu kebaikan yang diperoleh daripada kegiatan kokurikulum ialah para
pelajar dapat meningkatkan daya kepemimpinan. Daya kepemimpinan ini dapat
dipupuk apabila seseorang pelajar dilantik sebagai ketua dalam sesuatu kegiatan.
Daya kepemimpinan ini juga amat berguna kepada para pelajar apabila sudah dewasa.
Sebagai contohnya, pelajar yang pernah memimpin sesuatu pertubuhan seperti
pengakap, kadet remaja, dan sebagainya, mereka akan lebih yakin untuk menjadi
pemimpin sesuatu organisasi pada suatu hari nanti. Oleh itu, daya kepemimpinan ini
haruslah dipupuk sejak awal lagi kerana kalau hendak melentur buluh biarlah dari
rebungnya.
Selain itu, kesihatan yang baik dan otak yang cerdas akan diperoleh daripada
kegiatan kokurikulum. Kebanyakan pelajar di sekolah lebih suka menyertai kegiatan
sukan atau permainan disebabkan faktor-faktor tertentu. Kegiatan sukan ini dapat
membina stamina yang kuat serta membolehkan para pelajar mengeluarkan peluh,
iaitu salah satu bahan perkumuhan manusia. Sebagai contohnya, aktiviti sukan dan
permainan seperti bola sepak dapat membina kekuatan stamina, manakala sukan catur
pula akan mencerdaskan minda seseorang. Pepatah Melayu mengatakan bahawa
badan
sihat,
otak
cerdas.
Seterusnya, kegiatan kokurikulum juga dapat memupuk semangat perpaduan dalam
kalangan pelajar. Semangat perpaduan ini adalah amat penting dalam mewujudkan
negara yang aman dan makmur. Semangat perpaduan dapat dipupuk apabila pelajar
berbilang kaum bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam sesuatu kegiatan. Sebagai
contohnya, pelajar berbilang kaum mewakili pasukannya untuk bertanding dalam
acara sukan yang diadakan setiap tahun seperti dalam pasukan bola sepak. Secara
tidak langsung, hubungan antara pelajar akan bertambah erat dan kukuh ibarat isi
dengan kuku serta bersatu untuk mencapai matlamat yang diharapkan kerana bersatu
teguh
bercerai
roboh.
Kegiatan kokurikulum juga dapat mengembangkan potensi seseorang pelajar.
Sesetengah pelajar tidak mengetahui kelebihan yang terdapat pada dirinya. Melalui
kegiatan kokurikulum, kelebihan itu akan dapat diketahui apabila seseorang pelajar
bergiat dalam kokurikulum. Sebagai contohnya, ada pelajar yang tidak mengetahui
kelebihan yang ada pada dirinya, tetapi setelah menyertai kegiatan kokurikulum,
bakatnya terserlah dan terus bergiat dalam acara yang diminati, yang akhirnya
menjadi juara di kelabnya. Dengan ini, pelajar itu akan berpeluang untuk mewakili
kelabnya untuk bertanding pada peringkat sekolah. Secara tidak langsung, kejayaan
pada peringkat sekolah ini akan membawa pelajar ini untuk mewakili daerah, negeri,
dan kemudiannya negara .

http://prauniversiti6.blogspot.com

Kesimpulan
Kesimpulannya, aktiviti kokurikulum haruslah disertai oleh semua pelajar
tanpa sebarang prasangka buruk. Mereka tidak harus menganggap aktiviti ini
akan menghalang kemajuan mereka dalam peperiksaan. Mereka tidak harus
menyalahkan kokurikulum kalau mereka tidak memperoleh keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan. Mereka seharusnya melihat aktiviti ini sebagai
satu proses pembelajaran yang harus dialami oleh semua orang sebagai
sebahagian daripada proses kehidupan kita sebagai manusia. Oleh itu,
dengan
kegiatan
kokurikulum,
perpaduan
kaum
dapat
diwujudkan. Kesimpulannya, terdapat banyak faedah menyertai kegiatan
kokurikulum. Pihak sekolah hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik
untuk menggalakkan pelajar menyertainya. Ibu bapa pula hendaklah
menggalakkan anak-anak mereka terlibat dengan kegiatan kokurikulum. Oleh
itu, kita dapat menghasilkan pelajar yang cemerlang. pihak sekolah
hendaklah memainkan peranan supaya pelajar bergiat cergas dalam kegiatan
kokurikulum. Hal ini demikian kerana kegiatan kokurikulum ini memberikan
peluang kepada para pelajar untuk menjadi lebih giat dan cergas. Selain itu,
kerjasama daripada semua pihak terutamanya ibu bapa harus diperkukuh
supaya segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan. Pepatah Melayu
mengatakan bahawa hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.
Oleh itu, semua pelajar digalakkan mengambil bahagian dalam aktiviti
kokurikulum supaya pelajar yang berdaya saing, berketerampilan, kreatif dan
inovatif dapat dihasilkan.

http://prauniversiti6.blogspot.com

Anda mungkin juga menyukai